Ahad, 30 Mac 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pesawat China temui tiga objek

Posted:

Pesawat China temui tiga objek

Pesawat China temui tiga objek

BEBERAPA orang menyaksikan kapal frigat HMAS Toowoomba milik Tentera Laut Diraja Australia yang turut menyertai misi mencari pesawat MH370 di Pangkalan Tentera Laut Armada Barat, Pulau Garden, Perth semalam.


PERTH - Sebuah pesawat China yang terbang di kawasan pencarian baharu di selatan Lautan Hindi yang terletak 1,800 kilometer (km) dari barat Perth, Australia mengesan tiga objek yang berwarna putih, merah dan oren.

Menurut agensi berita Xinhua, objek tersebut ditemui di dalam kawasan pencarian baharu untuk mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Kru pesawat Ilyushin IL-76 itu melihat objek tersebut pada jarak ketinggian 300 meter dari Lautan Hindi.

Agensi berita itu melaporkan, sebuah kapal milik China, Haixun 01 itu akan cuba untuk menjejaki objek tersebut dan mengambilnya selepas ia dilihat kru pesawat berkenaan.

Kelmarin, beberapa pesawat turut mengesan 11 objek termasuk dua objek yang berbentuk segi empat tepat yang berwarna kelabu dan biru.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, kapal-kapal akan cuba untuk mengambil objek tersebut.


TEMBAKAN suar dilepaskan daripada sebuah pesawat tentera Udara Diraja New Zealand di lokasi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi kelmarin.


"Objek-objek itu tidak boleh disahkan atau dipercayai sebagai serpihan dari pesawat MH370 itu sehingga ia ditemui semula dan diambil kru kapal-kapal tersebut," kata AMSA dalam satu kenyataan.

"Setakat ini, masih tidak diketahui berapa banyak bahan terbuang seperti yang digunakan untuk aktiviti perikanan berada di lautan itu.

"Sekurang-kurangnya, satu objek perikanan telah dikenal pasti," menurut kenyataan itu.

Lokasi pencarian baharu itu beralih ke kawasan 1,100 kilometer ke timur laut dari kawasan pencarian sedia ada sejak kelmarin.

Perpindahan lokasi itu adalah disebabkan satu analisis terbaharu mengenai data radar yang mendapati pesawat berkenaan terbang lebih laju daripada yang dianggarkan sebelum ini menyebabkan minyak pesawat MH370 itu habis dengan cepat.

Kerja-kerja pencarian sebelum ini ditumpukan di kawasan sejauh 2,500 kilometer (km) dari barat laut Perth.

Namun, kawasan pencarian itu kini ditumpukan di kawasan yang terletak sejauh 1,850km dari barat Perth.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika ia sepatutnya menghubungi menara kawalan di Vietnam.

Ketika hilang, pesawat Boeing 777-200ER itu dalam penerbangan ke Beijing, China.

Seramai 153 warga China menaiki pesawat itu. - Agensi

Ribuan lampu bangunan, binaan utama dipadamkan

Posted:

Ribuan lampu bangunan, binaan utama dipadamkan

Ribuan lampu bangunan, binaan utama dipadamkan


GAMBAR menunjukkan lampu-lampu di bangunan Taipei 101 belum dipadamkan (kiri) dan selepas dipadamkan di Taipei, Taiwan semalam.


SINGAPURA - Lampu-lampu dipadamkan di ribuan bandar raya dan bandar di seluruh dunia bagi meraikan Earth Hour 2014 semalam.

Jambatan Pelabuhan dan Rumah Opera Sydney merupakan antara struktur binaan yang pertama di dunia bergelap selama 60 minit.


JAMBATAN Pelabuhan Sydney sebelum (atas) dan selepas bergelap (bawah) di Sydney semalam.


Sambutan Earth Hour itu bermula di Singapura menerusi kempen yang dianjurkan Tabung Hidupan Liar (WWF) di daerah Teluk Marina.

Beberapa bintang Hollywood, Andrew Garfield, Emma Stone dan Jamie Foxx mengetuai acara tersebut di Singapura.

Ia merupakan kempen untuk mengumpulkan wang menerusi internet untuk tujuan projek alam sekitar. - Agensi

Obama temui aktivis wanita Arab Saudi di Riyadh

Posted:

Obama temui aktivis wanita Arab Saudi di Riyadh

Obama temui aktivis wanita Arab Saudi di Riyadh


OBAMA (kiri) menyampaikan Anugerah Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa kepada Maha di Riyadh semalam.


RIYADH - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam menemui seorang aktivis wanita Arab Saudi, Maha Al-Muneef di sini.

Pertemuan itu dilakukan ketika Maha berikrar untuk tidak mematuhi larangan memandu yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi ke atas wanita.

Maha merupakan seorang daripada 10 orang wanita yang diberikan penghargaan oleh Jabatan Negara AS pada tahun ini kerana keberanian mereka untuk memperjuangkan hak-hak wanita.

Obama mengambil kesempatan dengan menyampaikan Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa pada satu majlis di sini kepada Maha

Pada awal bulan ini, Maha tidak dapat menerima anugerah tersebut di Jabatan Negara AS di Washington.

Maha merupakan pengasas Program Keselamatan Keluarga Wanita Kebangsaan pada tahun 2005 bagi menentang kempen keganasan rumah tangga di Arab Saudi.

"Untuk menyaksikan perkembangan yang telah dilakukannya, kemampuannya untuk bekerja di negara beraja ini bagi memujuk kebanyakan penduduk bahawa ia (hak wanita) merupakan isu yang penting untuk masyarakat bagi tempoh yang panjang, saya berpendapat, anugerah ini amat wajar (diberikan kepada Maha)," kata Obama.

Selepas pertemuan itu, Obama berlepas pulang ke Washington.

Ketika bertemu dengan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah selama dua jam kelmarin, Obama memberitahu, kedua-dua negara masih buntu berhubung kepentingan strategik tentang dasar mengenai peperangan saudara di Iran dan isu nuklear Iran.

Menurut Obama, negaranya tidak akan menggunakan pendekatan ketenteraan ke atas Syria yang kini terlibat dalam peperangan saudara sejak Mac 2011. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved