Sabtu, 29 Mac 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kapal tunda disangka pesawat terhempas

Posted:

Kapal tunda disangka pesawat terhempas

Kapal tunda disangka pesawat terhempas

SEBUAH kapal tunda disangka kapal terbang penumpang di Lautan Atlantik dekat Gran Canaria, Kepulauan Canary kelmarin.


MADRID, Sepanyol - Perkhidmatan Kecemasan Kepulauan Canary milik Sepanyol tersilap sangka apabila mempercayai maklumat yang disalurkan seorang lelaki yang mendakwa dia melihat sebuah kapal terbang di permukaan Lautan Atlantik kelmarin.

Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan itu menyatakan, lelaki tersebut melihat objek seperti kapal terbang penumpang di atas lautan semasa berjalan di tepi pantai Pulau Gran Canaria.

"Dia (lelaki tersebut) memberitahu kami, terdapat sebuah kapal terbang dan kami mula melakukan misi pencarian," tambahnya.

Ketika beberapa buah helikopter penyelamat dan polis dikerahkan ke kawasan pencarian, pihak Menara Kawalan Trafik Udara Gran Canaria mengesahkan kepada perkhidmatan kecemasan bahawa objek yang dilihat itu ialah kapal terbang.

Pihak perkhidmatan kecemasan kemudian menghantar kenyataan di laman Twitter dengan membuat pengesahan bahawa sebuah kapal terbang terhempas 3.21 kilometer dari pantai.

Bagaimanapun, beberapa buah helikopter di lokasi kejadian mengesahkan bahawa objek tersebut bukan sebuah kapal terbang.

Namun, objek itu sebenarnya adalah sebuah kapal tunda yang kelihatan seperti sebuah kapal terbang. - Agensi

Singapura pertahan cara Malaysia kendali misi cari MH370

Posted:

Singapura pertahan cara Malaysia kendali misi cari MH370

Singapura pertahan cara Malaysia kendali misi cari MH370


ANGGOTA tentera membantu memasukkan sebuah heikopter Sea Hawk ke dalam pesawat C-17 milik Tentera Udara Diraja Australia di Perth semalam.


SINGAPURA - Pemerintah Singapura semalam mempertahankan cara kerajaan Malaysia mengendalikan misi pencarian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam turut menyatakan, jiran-jiran Malaysia melakukan apa yang terdaya untuk membantu mencari pesawat MH370 itu selepas ia dilaporkan hilang.

Namun, katanya, kebanyakan negara-negara jiran Malaysia itu mengalami kekurangan sumber untuk melakukan misi pencarian pada skala besar-besaran.

"Saya berpendapat, sebahagian kritikan itu (ke atas Malaysia) adalah tidak adil," katanya.

Terdapat kritikan yang dilemparkan sebelum ini oleh beberapa pihak yang mendakwa, kerajaan Malaysia melengah-lengahkan usaha mencari pesawat berkenaan. - Agensi

Pesawat temui 11 objek di Lautan Hindi

Posted:

Pesawat temui 11 objek di Lautan Hindi

Pesawat temui 11 objek di Lautan Hindi


GAMBAR menunjukkan salah satu objek yang dilihat dari atas sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja New Zealand di lokasi kawasan pencarian baharu dari di Lautan Hindi semalam.


SYDNEY - Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menyatakan, lima pesawat carian menemui beberapa buah objek pelbagai warna di kawasan pencarian baharu.di Lautan Hindi.

"Imej fotografi objek yang dirakamkan itu akan dinilai malam ini (semalam).

"Bagaimanapun, objek itu tidak boleh disahkan atau diambil kira sebagai serpihan pesawat MH370 sehingga ia tidak dipindahkan di atas kapal," kata AMSA dalam satu kenyataan.

Menurut AMSA, jumlah keseluruhan 10 pesawat yang mengendalikan pencarian di kawasan baharu merangkumi keluasan 250,000 kilometer persegi .

Agensi tersebut berkata, misi mendapatkan objek itu merupakan tugasan kapal peronda Pentadbiran Maritim China, Haixun 01 yang melakukan pencarian di kawasan itu.

Ia akan memproleh objek-objek itu pada hari ini.

"Keadaan cuaca dijangka munasabah untuk melakukan pencarian pada hari ini," kata AMSA.

Antara pesawat yang mengesan objek adalah sebuah pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand dan pesawat peninjau Australia, P3 Orion.

Berdasarkan laporan berita BBC, 11 objek dikesan berada di dalam kawasan pencarian baharu itu.

Terdahulu, AMSA dalam satu kenyataan berkata, misi pencarian pesawat Malaysia Airlines itu dipindahkan ke lokasi baharu kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut Perth berdasarkan maklumat terkini yang disalur oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Pihak AMSA berkata, agensi penyiasatan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menyemak data itu dan memutuskan maklumat tersebut merupakan petunjuk paling kukuh bagi mengesan kemungkinan serpihan.

Operasi pencarian penerbangan MH370 dipindahkan ke utara di Lautan Hindi selepas petunjuk baharu mendapati pesawat mungkin bergerak lebih laju daripada anggaran asal. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved