Khamis, 27 Mac 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rabung Hindi Selatan lokasi MH370

Posted:

Rabung Hindi Selatan lokasi MH370

Rabung Hindi Selatan lokasi MH370


KAPAL HMAS Success milik tentera laut Australia berada di Lautan Hindi bagi mencari serpihan pesawat MH370. - AFP


SYDNEY - Pakar geologi marin percaya bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) tenggelam di satu kawasan rantaian gunung berapi dasar laut yang sangat besar di Lautan Hindi, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam.

Seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia, Dr. Robin Beaman berkata, beberapa objek dipercayai serpihan pesawat MH370 tersebut dikesan di satu kawasan gunung berapi dasar laut yang tidak pernah dipetakan sebelum ini.

Katanya, hanya sedikit diketahui mengenai dasar laut di selatan Lautan Hindi dan usaha untuk mencari bangkai pesawat jenis Boeing 777-200 itu memerlukan teknik pemetaan tiga dimensi dengan menggunakan peralatan yang canggih.

"Bagaimanapun, Australia tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membuat carta dasar laut sedalam lebih 3,000 meter kerana satu-satunya kapal yang mampu melakukan kajian itu, RV Southern Surveyor telah ditamatkan perkhidmatannya pada Disember tahun lalu.

"Sebuah kapal baharu bagi menggantikan kapal berkenaan kini sedang dibina di Singapura," katanya.

Menurutnya, untuk membuat carta dasar laut dalam mereka memerlukan sejenis alat yang dikenali sebagai Pemancar Berbilang Gema Bunyi yang menghantar denyutan bunyi ke dasar laut sebelum bunyi itu dipantulkan semula untuk dianalisis.

Pesawat berkenaan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac lalu.

Ia membawa 239 orang manakala 153 orang merupakan warga China.

Misi mencari pesawat itu dilakukan di kawasan lebih 2,000 kilometer dari Perth.

Beaman berkata, objek pertama yang dikesan oleh satelit milik DigitalGlobe pada 16 Mac lalu terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari barat daya zon aktif satu rantaian gunung berapi bawah laut yang dikenali sebagai Rabung Hindi Selatan.

Rabung Hindi Selatan yang mempunyai panjang lebih 1,700km bermula di barat daya Australia hingga ke New Zealand.

Satu lagi objek yang dipercayai serpihan MH370 di kesan oleh sebuah kapal terbang China di satu lokasi kira-kira 180km barat daya rabung tersebut.

Sebuah kapal terbang peninjau Australia pada Isnin lalu mengesan satu lagi objek kira-kira 200km timur laut rabung berkenaan.

"Berdasarkan penemuan tersebut kemungkinan pesawat ini terhempas di rusuk rabung itu dan di kawasan ini tiada carta dasar laut pernah dibuat," jelasnya.

Tambahnya, rabung itu mempunyai muka bumi yang kompleks dengan puncak setinggi berpuluh-puluh meter.

"Sangat sukar untuk mengesan bangkai pesawat di dasar lautan ini tanpa carta yang bagus dan pasukan mencari juga memerlukan kapal selam kawalan jauh.

"Tiada keraguan lagi kita perlu membuat peta dasar laut yang baharu di kawasan ini," jelasnya. - Agensi

Boeing, MAS berdepan saman hampir AS$1 bilion

Posted:

Boeing, MAS berdepan saman hampir AS$1 bilion

Boeing, MAS berdepan saman hampir AS$1 bilion


SEBUAH model pesawat Boeing 777 diletakkan di atas meja ketika satu sidang akhbar oleh Ketua litigasi penerbangan global Ribbeck Law, Monica Kelly di Kuala Lumpur semalam. - AFP


KUALA LUMPUR - Sebuah firma guaman di Amerika Syarikat (AS) mahu mewakili keluarga mangsa penumpang pesawat MH370 bagi mengemukakan saman terhadap Boeing dan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Firma Ribbeck Law berkata, pihaknya mahu mengemukakan saman kerana mengesyaki pesawat itu terhempas selepas mengalami masalah mekanikal.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing itu hilang pada 8 Mac lalu sebelum diumumkan terhempas di Lautan Hindi.

Seramai 239 penumpang termasuk anak kapal yang menaiki pesawat jenis Boeing 777-200 itu dipercayai terbunuh dalam kejadian tersebut.

Ketua litigasi penerbangan global Ribbeck Law, Monica Kelly berkata, syarikat itu telah memfailkan satu petisyen terhadap Boeing dan MAS di sebuah mahkamah di Illinois, AS.

Petisyen itu dipohon bagi mendapatkan bukti termasuk kecacatan reka bentuk dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada bencana berkenaan.

"Fokus kes ini adalah pada Boeing kerana kami percaya kemalangan itu berpunca daripada kerosakan mekanikal.

"Teori kami, peralatan di kokpit mengalami kegagalan dan terbakar serta menyebabkan kru pesawat pengsan akibat asap.

"Kami juga mengesyaki ada kecacatan pada badan pesawat yang menyebabkan tekanan kabin hilang dan menyebabkan kru tidak sedarkan diri," katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, syarikat itu percaya pesawat tersebut terbang selama beberapa jam sebelum terhempas akibat kehabisan minyak.

"Kami membuat rumusan ini berdasarkan kemalangan terdahulu dan menolak teori berlakunya rampasan atau juruterbang membunuh diri," tambahnya.

Ketika ini syarikat itu mewakili Chrisman Siregar bapa kepada seorang penumpang dari Indonesia, Firman Siregar.

Sekiranya saman itu difailkan syarikat berkenaan menuntut pampasan berjumlah hampir 1 bilion dolar AS dan meminta Boeing membaiki keseluruhan pesawat jenis 777.

Ribbeck Law juga mewakili 115 penumpang sebuah pesawat Penerbangan Asiana yang terhempas di San Francisco pada Julai tahun lalu. - Reuters

Oksigen dalam botol untuk dijual

Posted:

Oksigen dalam botol untuk dijual

Oksigen dalam botol untuk dijual


SEORANG wanita menunjukkan dua botol berisi udara segar yang akan dikeluarkan secara komersial pada Jun depan.- AGENSI


BEIJING - Pencemaran udara yang teruk di sini mendorong pemerintah China mengambil langkah drastik untuk menjual kandungan oksigen bersih di dalam botol-botol kaca.

Udara bersih dan segar itu akan dijual kepada orang-ramai dengan pelancong asing dijangka menjadi pelanggan utama.

Rancangan tersebut antara lain, diatur bagi menangani tahap jerebu yang serius di beberapa kota raya negara itu yang disifatkan mengalami krisis alam sekitar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kebanyakan udara bersih itu yang diambil di sekitar kawasan pergununganTianmu dan Leigong akan dibotolkan oleh pihak berkuasa wilayah Guizhou, barat daya China.

Udara bersih itu akan mula dijual pada Jun depan dan dijangka menjadi antara produk tarikan pelancong di negara itu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved