Jumaat, 21 Mac 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Keluarga penumpang China masih menaruh harapan

Posted:

Keluarga penumpang China masih menaruh harapan

Keluarga penumpang China masih menaruh harapan

DUA ahli keluarga penumpang pesawat MH370 berpelukan sesama sendiri selepas mendengar pengumuman pihak berkuasa Australia berhubung penemuan dua objek di Lautan Hindi yang kemungkinan serpihan pesawat itu.


BEIJING - Anggota-anggota keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang 8 Mac lalu tetap menaruh harapan tinggi bahawa saudara mereka masih hidup.

Mereka melahirkan harapan itu selepas pihak berkuasa Australia mengumumkan penemuan dua objek yang dikesan melalui satelit di Lautan Hindi mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat itu.

Seorang ahli keluarga penumpang MH370, Wen Wancheng enggan menerima pengumuman terbaharu itu yang membawa maksud dia telah kehilangan anak lelakinya yang menaiki pesawat tersebut.

"Anak saya masih hidup. Anak saya masih hidup," kata wanita berusia 63 tahun dan berasal dari wilayah Shandong itu.

"Saya tidak percaya akan berita itu," ujarnya sambil menangis.

Pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing itu membawa penumpang seramai 239 orang termasuk anak kapal.

Seramai 153 penumpang pesawat jenis Boieng 777-200 itu adalah warga China.

Seorang lagi ahli keluarga mangsa, Zhao Chunzeng yang enggan mendedahkan identiti ahli keluarganya dalam pesawat itu berkata, mereka tetap menunggu pengesahan berhubung penemuan itu.

"Kami masih menunggu dan kami tidak boleh memberi sebarang komen mengenai berita tersebut sehinggalah ia disahkan benar," ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, kerajaan memberi perhatian serius terhadap berita yang diterima daripada Australia itu.

"Kerajaan China telah bersiap sedia untuk membuat persiapan berdasarkan sebarang maklumat terkini," ujar beliau dalam satu kenyataan. - AFP

MH370 tidak menjunam ke laut

Posted:

MH370 tidak menjunam ke laut

MH370 tidak menjunam ke laut



NEW YORK - Seorang pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) percaya pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu tidak terhempas dengan kuat di Lautan Hindi.

Pakar tersebut, David Gallo (gambar kecil) berkata, rumusan itu dibuat selepas sebuah satelit berjaya mengesan beberapa objek bersaiz besar di satu lokasi di Lautan Hindi kira-kira 2,500 dari barat daya Perth, Australia semalam.

Gallo merupakan ketua penyiasat AS yang membantu mencari sebuah pesawat Air France yang hilang selepas terhempas di Lautan Atlantik pada 2009.

Katanya, berdasarkan gambaran yang diberikan oleh para pegawai Australia, terdapat dua objek besar dengan sebuah objek berkenaan berukuran lebih 20 meter panjang dan dikelilingi beberapa objek kecil terapung di Lautan Hindi. Objek tersebut dipercayai serpihan kapal terbang.

Ujarnya, beberapa pakar marin yang mengkaji angin dan ombak memberitahu bahawa keadaan lautan di lokasi objek itu dikesan adalah tenang sejak beberapa hari lalu.

"Biasanya serpihan akan bertaburan di lautan tetapi sekiranya keadaan laut adalah tenang kemungkinan serpihan ini berada dekat antara satu sama lain," katanya.

Berdasarkan saiz yang digambarkan oleh pegawai Australia, Gallo meramalkan objek itu kemungkinan sayap atau badan pesawat.

"Daripada serpihan yang besar ini kemungkinan pesawat ini mendarat dengan agak perlahan ketika di laut.

"Kapal terbang ini tidak terhempas secara menjunam ke permukaan laut," jelasnya.

Menurutnya, ketika misi mencari pesawat Air France, ekor kapal terbang adalah serpihan pertama ditemui selepas lima hari pesawat itu dilaporkan terhempas.

Beberapa serpihan lagi dan beberapa mayat penumpang pesawat itu hanya dijumpai hampir dua minggu selepas penemuan pertama tersebut.

Dalam tragedi tersebut, seramai 228 penumpang dan anak kapal pesawat itu maut manakala kotak hitam kapal terbang itu hanya dijumpai selepas dua tahun tragedi berlaku.

"Lautan adalah tempat yang misteri dan sukar untuk kita meramalkan sama ada penumpang pesawat MH370 ini terselamat atau sebaliknya.

"Kita hanya akan mengetahui semua itu selepas pesawat ini djumpai," jelasnya. - Agensi

Britain hantar kapal peninjau ke Lautan Hindi

Posted:

Britain hantar kapal peninjau ke Lautan Hindi

Britain hantar kapal peninjau ke Lautan Hindi

LONDON - Sebuah kapal peninjau tentera laut Britain menyertai usaha mencari Penerbanban MH370 yang hilang selepas dua serpihan dipercayaikapal terbang itu dijumpai di Lautan Hindi.

Kementerian Pertahanan Britain berkata, kapal HMS Echo kini berada di Lautan Hindi dan bergerak ke lokasi di mana dua objek dipercayai serpihan sebuah pesawat dikesan sebuah satelit.

Kapal itu direka untuk mengambil data lautan bagi membantu operasi kapal selam dan tentera laut serta lengkap dengan sebuah bot laju untuk kegunaan tinjauan.

Sementara itu, sebuah kapal dagang dari Norway dilaporkan menjadi kapal pertama tiba di lokasi serpihan itu dikesan kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth, Australia.

Beberapa kapal dan pesawat dari beberapa buah negara juga dikerahkan ke lokasi yang sama bagi membantu usaha mencari.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved