Isnin, 10 Mac 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bancian di Myanmar mungkin cetus ketegangan

Posted:

Bancian di Myanmar mungkin cetus ketegangan

Bancian di Myanmar mungkin cetus ketegangan

SEJUMLAH etnik Rohingya berkumpul di sebuah kem di pinggir Suttwe, Rakhine pada 26 Februari lalu.


SITTWE, Myanmar - Satu bancian penduduk pada hujung bulan ini dibimbangi bakal mencetuskan lebih banyak ketegangan di negara ini walaupun ramai etnik Rohingya yang bertahun-tahun ditindas berharap masalah identiti mereka dapat diselesaikan.

Beribu-ribu etnik Rohingya kini mendiami kem-kem pelarian di barat negara ini selepas beberapa siri keganasan anti-Islam yang menyebabkan beratus-ratus penduduk tersebut terbunuh.

Bancian penduduk tersebut yang pertama di Myanmar sejak 30 tahun lalu bermula pada hujung bulan ini dengan dibantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Proses berkenaan diharap dapat memberi data terbaharu kepada negara itu yang kini masih bergantung kepada bancian penduduk yang terakhir dilakukan pada tahun 1983.

Bagaimanapun, para pemerhati memberi amaran bahawa kontroversi berhubung definisi rasmi etnik dan sikap etnik Rohingya tidak percaya pada kerajaan boleh merosakkan usaha damai di negara ini.

Persoalan berhubung identiti Rohingya itu sangat sensitif di negeri Rakhine.

Dendam lama melibatkan komuniti beragama Buddha dan Islam itu sampai ke kemuncaknya dua tahun lalu.

Dalam siri keganasan tersebut, berpuluh-puluh orang mati dan menyebabkan 140,000 etnik Rohingya terpaksa menjadi pelarian. - AFP

Suami cari mayat isteri di dalam laut

Posted:

Suami cari mayat isteri di dalam laut

Suami cari mayat isteri di dalam laut


TAKAMATSU (kanan) mendengar pengajarnya yang memberitahunya tentang cara untuk menyelam di dalam laut yang sejuk di Onagawa pada 2 Mac lalu.


ONAGAWA - Seorang lelaki, Yasuo Takamatsu tidak berputus asa menyelam untuk mencari isterinya yang hilang selepas ombak besar tsunami melanda Jepun tiga tahun lalu.

"Isteri saya lemah-lembut dan baik," kata Takamatsu.

"Dia sentiasa berada di sisi saya baik secara fizikal atau mental. Saya masih merinduinya," tambah lelaki berusia 57 tahun itu.

Bekerja sebagai seorang pemandu bas, Takamatsu tiada pengalaman menyelam sebelum ini tetapi dia mempelajarinya demi mencari mayat isteri yang dikasihi, Yuko.

Lelaki tersebut masih tidak dapat melupakan saat Yuko kali terakhir menghubunginya sebelum hilang dibawa tsunami setinggi 20 meter.

Dalam mesej pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada pukul 3.21 petang (waktu tempatan) itu Yuko memberitahu: "Saya mahu pulang."

Mesej tersebut dihantar setengah jam selepas gempa bumi kuat bawah laut melanda Jepun pada 11 Mac, 2011 yang diikuti dengan tsunami yang bergerak ke pantai Jepun.

"Itulah pesanan terakhir daripada isteri saya," kata Yuko.

"Saya sedih mengenangkan dia masih di luar sana (laut). Saya mahu membawanya pulang secepat mungkin," tambahnya.

Secara rasmi, lebih 15,800 orang terbunuh dalam bencana tersebut dengan sekitar 2,636 mangsa disenaraikan sebagai masih hilang.

Dalam usaha mencari isterinya, Takamatsu dibantu oleh seorang juruselam berpengalaman, Masayoshi Takahashi. yang mengajarnya cara untuk menyelam.

Menurut Takahashi, dia gembira dapat membantu pelajarnya itu dan akan mengajar Takamatsu untuk menyelam dengan selamat.

"Menyelam untuk mencari sesuatu tidak sama dengan selaman santai kerana anda berisiko untuk terperangkap dalam serpihan hanyut dan bangkai kapal," katanya.

"Saya mahu dia boleh bertenang dan memeriksa dengan teliti di dalam laut. Dia tahu apa yang dicari," tambah juruselam tersebut.

Takamatsu juga sedar bahawa peluang untuk menemui Yuko adalah tipis.

Selepas tiga tahun isterinya hilang, arus laut telah menghanyutkan apa sahaja ke serata Lautan Pasifik dengan banyak serpihan dan mayat tenggelam di dasar laut.

"Namun, saya tidak boleh berputus asa. Saya mesti terus mencari isteri saya" kata Takamatsu. - AFP

Bandar Filem di Mumbai jadi tumpuan pelancong

Posted:

Bandar Filem di Mumbai jadi tumpuan pelancong

Bandar Filem di Mumbai jadi tumpuan pelancong


SEKUMPULAN pelancong Australia (kiri) menyaksikan penggambaran sebuah filem di Bandar Filem, Mumbai pada 21 Januari lalu.


MUMBAI - Para pegawai pelancongan di negeri Maharashtra menawarkan pakej yang dikenali sebagai Lawatan Bollywood bagi membolehkan para pelancong menyaksikan industri perfileman di sini.

Pakej lawatan itu termasuklah melawat studio perfileman di bandar ini, galeri pakaian dan dibawa melalui rumah-rumah milik bintang Bollywood terkenal.

Bagi lawatan penuh dengan bayaran sebanyak AS$52 (RM169.33), para pelancong berpeluang melihat proses penggambaran filem selain melihat aktor-aktor terkenal melakonkan sesuatu babak.


GAMBAR satu pasangan Rusia dirakamkan oleh seorang penduduk India di dalam sebuah studio di Bandar Filem pada 21 Januari lalu.


Para pelancong biasanya berpeluang melihat pelakon televisyen tetapi sekiranya bernasib baik mereka kemungkinan berjumpa dengan aktor-aktor popular Bollywood.

Pengerusi TravelMartIndia, Manoj Gursahani yang menganjurkan lawatan itu berkata, pakej berkenaan memberi peluang kepada para pengunjung melihat cara industri perfileman Bollywood berfungsi.

"Idea lawatan ini adalah memberi peluang kepada para pengunjung melihat bandar perfileman inii, katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved