Sabtu, 8 Februari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ops Tanduk: 256 PATI ditahan sekitar Kota Kinabalu

Posted:

Ops Tanduk: 256 PATI ditahan sekitar Kota Kinabalu

Ops Tanduk: 256 PATI ditahan sekitar Kota Kinabalu

08/02/2014 8:26pm

KOTA KINABALU - Sebanyak 256 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Tanduk yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu semalam.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd. Salleh berkata, daripada jumlah itu, 195 adalah warga Filipina terdiri daripada 115 lelaki dan 80 wanita manakala selebihnya warga Indonesia, 42 lelaki dan 19 wanita.

Katanya, sebanyak 625 orang diperiksa dalam operasi itu membabitkan 118 anggota dari Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Imigresen, Polis, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Tambahnya, pihaknya sedang berbincang dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk mengadakan Ops Tanduk Bersepadu di seluruh negeri, termasuk kawasan di bawah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). - Bernama

Pelajar tahfiz lemas di Kuantan

Posted:

Pelajar tahfiz lemas di Kuantan

Pelajar tahfiz lemas di Kuantan

08/02/2014 7:46pm

KUANTAN - Seorang pelajar tahfiz lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah resort di Balok dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Abdul Aziz Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi itu, mangsa, Muhammad Hafeez Amir Sharudin, 20, dari Kampung Huma Luas, Kerdau, Temerloh dilaporkan mandi di kolam sedalam tiga meter bersama enam lagi rakannya.

"Mangsa disedari lemas lima minit selepas itu oleh salah seorang rakannya yang kemudian meminta bantuan pekerja resort. Mangsa yang diselamat telah diberi bantuan pernafasan sebelum dihantar ke sebuah klinik berhampiran.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan," katanya.

Mangsa adalah antara 65 pelajar sebuah tahfiz yang datang ke resort berkenaan sejak semalam untuk mengikuti seminar peperiksaan yang akan berakhir esok. - Bernama

RM84,000 dilarikan daripada mesin ATM, polis tahan dua lelaki

Posted:

RM84,000 dilarikan daripada mesin ATM, polis tahan dua lelaki

RM84,000 dilarikan daripada mesin ATM, polis tahan dua lelaki

08/02/2014 7:30pm

KOTA BHARU - Dua lelaki ditahan di Pasir Mas di sini bagi membantu siasatan kes menyamun RM84,000 daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di hadapan Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas pada Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd. Rafar berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong Rogayah kira-kira pukul 10 malam tadi disusuli penahanan lelaki berumur 36 tahun kira-kira pukul 3.30 pagi tadi di kampung sama.

Tambahnya, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Honda CRV berwarna perak yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Pemeriksaan polis turut menemui sebatang kuku kambing berukuran 1.9 meter, segulung kabel berukuran 8.2 meter, dua peralatan mendaki serta sebatang cota berwarna hitam.

"Polis juga menjumpai dua topeng muka dan sehelai sarung tangan warna hijau, yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah itu," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved