Khamis, 6 Februari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiada kesan ketara ke atas kualiti udara disebabkan letusan gunung berapi

Posted:

Tiada kesan ketara ke atas kualiti udara disebabkan letusan gunung berapi

Tiada kesan ketara ke atas kualiti udara disebabkan letusan gunung berapi

06/02/2014 11:10pm

KUALA LUMPUR - Tiada kesan ketara ke atas kualiti udara disebabkan letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini, kata Jabatan Alam Sekitar (JAS).

JAS dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat yang dicatatkan pada 3 petang semalam (Rabu) di Cheras, Kuala Lumpur (IPU 107) dan Ipoh, Perak (124) adalah disebabkan kepekatan ozon di permukaan bumi yang tinggi ketika cerapan dilakukan.

Menurut JAS, pembentukan ozon di permukaan bumi berlaku setiap hari pada awal petang terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang padat dengan aliran trafik.

"Pelepasan sebatian organik meruap dan oksid-oksid nitrogen daripada ekzos motor bertindak semula jadi di bawah pengaruh cahaya matahari menghasilkan ozon di permukaan bumi dengan kepekatan tinggi.

"Kepekatan permukaan bumi yang tinggi ini tidak berpanjangan dan berlaku dalam tempoh satu hingga dua jam sahaja. Oleh itu, fenomena ini telah menyebabkan kualiti udara di kawasan bandar-bandar besar yang padat dengan trafik menjadi tidak sihat untuk sesuatu tempoh yang singkat," katanya.

JAS turut melaporkan bacaan IPU yang direkodkan pada 10 pagi ini menunjukkan sebanyak 33 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, 19 kawasan pada tahap sederhana dan tiada kawasan pada tahap tidak sihat.

Berikutan cuaca panas dan kering, JAS mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri. - Bernama

Peniaga maut kereta bertembung lori pasir

Posted:

Peniaga maut kereta bertembung lori pasir

Peniaga maut kereta bertembung lori pasir

06/02/2014 10:41pm

BUTTERWORTH - Seorang peniaga maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori pasir di Jalan Permatang Pauh berhampiran Flat Ampang Jajar, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa Quah Chew Siang, 43, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit di bahagian pemandu.

Seorang saksi Shaifulrizam Che Ahmad, 33, berkata mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya bagaimanapun gagal berbuat demikian sebelum keretanya bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

"Ketika kejadian saya sedang menunggang motosikal dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat, sebaik melihat ke belakang saya nampak kereta jenis Perodua Kenari itu telah bertembung dengan lori berkenaan.

"Saya berpatah balik dan cuba memberi bantuan dengan memanggil mangsa, tetapi dia tidak memberi sebarang respons.

Saya terus hubungi ambulans dan polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Lapan kes H1N1 dikesan di Sabah sejak Isnin lepas

Posted:

Lapan kes H1N1 dikesan di Sabah sejak Isnin lepas

Lapan kes H1N1 dikesan di Sabah sejak Isnin lepas

06/02/2014 10:39pm

KOTA KINABALU - Jabatan Kesihatan Sabah telah mengesan lapan kes Influenza A (H1N1) di negeri ini sejak Isnin lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Christina Rundi.

Beliau berkata, tujuh kes melibatkan lima kanak-kanak dan dua orang dewasa dikesan di Wad Melur 2, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas di sini dan satu kes di daerah Sandakan.

Berikutan laporan awal pihak hospital, beliau berkata saringan telah dilakukan ke atas 31 orang yang terdedah dan sebanyak 10 sampel 'Nasopharyngeal Aspirate Respiratory Syncytial Virus (NPA RSV) diambil untuk ujian pengesahan.

Dr. Christina berkata, hasil ujian tersebut mendapati tujuh pesakit yang mengalami simptom batuk, demam dan selesema disahkan positif A H1N1.

"Kesemua pesakit telah diberi rawatan dan dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, antara langkah kawalan segera ialah memberikan rawatan antivirus kepada semua pesakit, menjalankan langkah saringan kepada semua yang terdedah serta mendisinfeksi wad yang terlibat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved