Selasa, 4 Februari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perompak pecah pejabat pos selepas gagal pecah mesin ATM

Posted:

Perompak pecah pejabat pos selepas gagal pecah mesin ATM

Perompak pecah pejabat pos selepas gagal pecah mesin ATM

04/02/2014 11:06pm

KOTA BHARU - Sekumpulan penjenayah, yang dipercayai gagal memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di kawasan Nilam Puri dan Kubang Kerian, mengubah tindakan jenayah mereka dengan memecah masuk pejabat Pos Malaysia di Mulong di sini Jumaat lepas serta melarikan wang tunai RM11,000.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner Azham Othman berkata, penjenayah dipercayai memecah masuk pejabat pos itu kira-kira pukul 1.45 pagi dan semasa memeriksa lokasi kejadian selepas menerima aduan alat penggera keselamatan berbunyi, polis mendapati tiada yang mencurigakan memandangkan pintu pagar kawasan itu berkunci.

"Kejadian itu hanya disedari ketua pejabat pos berkenaan yang memulakan tugasnya semalam, selepas bercuti tiga hari sempena perayaan Tahun Baru Cina," katanya ketika melawat lokasi kejadian hari ini.

Tambahnya, siasatan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kelibat seorang lelaki yang masuk melalui pintu utama dengan memakai topi keledar serta bersarung tangan.

Siasatan di tempat kejadian turut menemui sebuah tong gas Oxyacetelyne (OXY) yang digunakan untuk memotong pintu cermin dan peti besi yang menempatkan wang tunai itu di pejabat pos berkenaan, katanya.

"Kita menemui 19 kesan cap jari di beberapa tempat di lokasi kejadian dan kumpulan penjenayah itu turut bertindak menyembur enam kamera CCTV di dalam premis itu dengan cat putih," katanya.

Beliau mengesyaki kejadian pecah masuk itu dilakukan kumpulan sama yang gagal memecahkan mesin ATM di Nilam Puri dan Kubang Kerian bulan lepas berdasarkan modus operandi yang sama. - Bernama

Mayat lelaki reput, kepala terputus dijumpai di George Town

Posted:

Mayat lelaki reput, kepala terputus dijumpai di George Town

Mayat lelaki reput, kepala terputus dijumpai di George Town

04/02/2014 10:57pm

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki yang hampir reput dan kepala terputus dijumpai dalam hutan simpan Bukit Gedung, 50 meter dari Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, kepala lelaki itu dijumpai tergantung menggunakan akar kayu pada sebatang pokok setinggi dua meter dari aras tanah oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 5 petang.

"Berdasarkan keadaan mayat yang telah berbau dan mereput, polis percaya lelaki itu telah meninggal dunia lebih daripada dua minggu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Katanya, mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Tambahnya, polis sedang meneliti laporan orang hilang untuk mengenal pasti identiti mangsa dan meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - Bernama

Kilang komponen perabot rugi lebih RM2 juta akibat kebakaran

Posted:

Kilang komponen perabot rugi lebih RM2 juta akibat kebakaran

Kilang komponen perabot rugi lebih RM2 juta akibat kebakaran

04/02/2014 10:54pm

MUAR - Sebuah kilang komponen perabot mengalami kerugian lebih RM2 juta apabila dua daripada bangunan operasinya di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kebakaran yang berlaku pada kira-kira pukul 8.45 pagi itu.

Kesemua pekerja kilang berkenaan yang baharu sahaja datang 10 minit sebelum memulakan kerja sempat menyelamatkan diri.

Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmud berkata, seramai sepuluh anggota beserta dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.04 pagi.

Katanya, operasi memadamkan api kebakaran itu berlanjutan hingga lewat petang ini bagi memastikan api tidak merebak ke bangunan lain berdekatan kilang berkenaan.

"Kita sedang menyiasat punca kebakaran ini dan nilai kerugian sebenar juga masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved