Selasa, 18 Februari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Chong Wei berada dalam undian strategik merampas gelaran juara All England 2014

Posted:

Chong Wei berada dalam undian strategik merampas gelaran juara All England 2014

Chong Wei berada dalam undian strategik merampas gelaran juara All England 2014

18/02/2014 11:33pm

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berada dalam undian strategik untuk merampas kejuaraan All England 2014 yang akan berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham, England pada 4 - 9 Mac depan.

Menurut undian yang dikeluarkan Badminton World Federation (BWF), Chong Wei turun selaku pemain pilihan utama dijangka akan membuat perhitungan semula dengan juara bertahan Chen Long dari China pada final.

Dalam undian kejohanan tersebut Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand pada perlawanan pusingan pertama.

Kemudian beliau dijadual akan menentang rakan sepasukan Chong Wei Feng atau Marc Zwiebler dari Jerman pada pusingan kedua sebelum berdepan dengan pencabarnya Du Pengyu dari China yang turun selaku pemain pilihan ketujuh dalam saingan suku akhir.

Bagaimanapun Du Pengyu dijangka akan menerima saingan sengit daripada pemain muda yang sedang meningkat naik Kento Momota dari Jepun untuk mara ke pusingan suku akhir. - Bernama

Pemilik banglo cemas, tanah belakang rumah runtuh

Posted:

Pemilik banglo cemas, tanah belakang rumah runtuh

Pemilik banglo cemas, tanah belakang rumah runtuh

18/02/2014 11:31pm

KUALA LUMPUR - Pemilik sebuah banglo di Jalan Melawati 5, Taman Melawati di sini cemas apabila tanah di bahagian belakang rumahnya tiba-tiba runtuh dan menyebabkan air dari bukit berhampiran melimpah masuk ke dalam rumah hari ini.

Mohamad Hassan, 64, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika hujan lebat.

"Saya dengar bunyi bising di bahagian belakang rumah, saya buka pintu belakang dan lihat air sedang melimpah keluar dari bahagian bukit.

"Saya segera tutup semua pintu dan tingkap. Kemudian air melimpah masuk di bahagian dapur sehingga paras buku lali dan tidak lama kemudian saya dengar bunyi seperti letupan dan nampak tanah runtuh dan mengenai bahagian luar dinding rumah," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau yang telah 13 tahun mendiami rumah itu berkata, akibat kejadian itu struktur dinding belakang rumah senget. - Bernama

Piala FA: Pahang layak ke separuh akhir tewaskan PDRM FC

Posted:

Piala FA: Pahang layak ke separuh akhir tewaskan PDRM FC

Piala FA: Pahang layak ke separuh akhir tewaskan PDRM FC

18/02/2014 10:50pm

PAHANG melangkah ke pusingan separuh akhir kempen Piala FA selepas mengharungi aksi yang penuh dramatik sebelum berjaya menundukkan PDRM FC 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Dalam perlawanan suku akhir itu, skuad Tok Gajah yang dikendalikan oleh Ronald Smith layak selepas menang dengan agregat 3-2 untuk bertemu dengan Johor Darul Takzim (Johor DT).

Gol tuan rumah dijaringkan oleh Mohd. Fauzi Roslan dan Mohd. Hafiz Kamal manakala gol tunggal pasukan pelawat diperolehi melalui Chad Carles Souza. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved