Sabtu, 1 Februari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pertempuran antara kumpulan pro dan anti kerajaan menjelang pilihan raya esok

Posted:

Pertempuran antara kumpulan pro dan anti kerajaan menjelang pilihan raya esok

Pertempuran antara kumpulan pro dan anti kerajaan menjelang pilihan raya esok

01/02/2014 10:52pm

BANGKOK - Enam orang dilaporkan cedera berikutan pertempuran dekat pejabat daerah Lak Si antara kumpulan anti kerajaan yang menentang pilihan raya umum esok dengan kumpulan pro kerajaan yang mahukan ia diteruskan.

Pertempuran itu berlaku kerana pemprotes anti kerajaan menyekat pintu masuk ke sebuah bangunan yang menyimpan peti dan kertas undi untuk pilihan raya itu.

Seorang daripada yang cedera ialah pemberita akhbar tempatan dalam insiden sekitar 4 petang dan antara sebab utama ialah mercun besar yang dilemparkan ke arah kumpulan anti-kerajaan.

Ada pihak melaporkan mereka mendengar beberapa tembakan, mengkibatkan anggota polis dan tentera dikejarkan ke kawasan berkenaan.

Berikutan pertempuran itu, Keretapi Negara Thai menghentikan sementara perkhidmatan antara stesen Laksi dan Don Muang demi keselamatan penumpang.

Bagaimanapun, perkhidmatan berjalan semula pada lewat petang. - Bernama

Trafik masih perlahan di Lebuhraya PLUS pada sebelah malam

Posted:

Trafik masih perlahan di Lebuhraya PLUS pada sebelah malam

Trafik masih perlahan di Lebuhraya PLUS pada sebelah malam

01/02/2014 10:33pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari ibu negara ke arah utara dan selatan sehingga jam 9 malam masih perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressway Berhad memberitahu Bernama, keadaan trafik perlahan dari Seberang Jaya ke Juru, Bukit Tambun Selatan/Bukit Tambun Utara ke Juru dan sebelum masuk plaza tol Jambatan Pulau Pinang menuju Pulau.

Aliran trafik juga agak perlahan di bahagian selatan PLUS iaitu dari Nilai ke Seremban dan Simpang Renggam/Sedenak ke Kulai.

"Bagaimanapun, aliran trafik berjalan lancar dengan pembukaan lorong kanan di Kilometer 67.9 selatan dari Gurun ke Pendang berikutan berlaku kemalangan di kawasan terbabit," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang bercuti sempena Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah turut menyumbang kepada keadaan trafik perlahan di beberapa laluan lebuh raya itu.

Dalam pada itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kemalangan di Kilometer 228.1 Simpang Ampat-Pedas Linggi menyebabkan lorong kiri terhalang dan aliran trafik perlahan.

"Selain laluan Tapah ke Gopeng, laluan sebelum dan selepas tol Simpang Pulai dan tol Changkat Jering juga perlahan," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Lelaki cedera ditembak polis ditahan ketika terima rawatan di Hospital Melaka

Posted:

Lelaki cedera ditembak polis ditahan ketika terima rawatan di Hospital Melaka

Lelaki cedera ditembak polis ditahan ketika terima rawatan di Hospital Melaka

01/02/2014 9:40pm

MELAKA - Seorang lelaki cedera ditembak apabila cuba melanggar anggota polis hari ini ditahan ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, sebelum tangkapan, sepasukan anggota polis pergi ke sebuah rumah di Taman Sri Rambai di sini dipercayai menjadi tempat menyimpan barang curi pada 6.30 pagi tadi.

Beliau berkata, pasukan polis terserempak dengan dua lelaki di belakang rumah itu sebelum mereka bertindak melarikan diri dan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Mereka kemudian memecut ke arah anggota polis sebelum seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek, namun suspek berjaya meloloskan diri," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, katanya polis mendapat panggilan daripada pihak Hospital Melaka pada 1.15 tengah hari setelah menerima seorang pesakit dari sebuah hospita swasta di sini yang terkena tembakan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved