Sabtu, 8 Februari 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kongsi video anak bersama Dutch Lady

Posted:

Kongsi video anak bersama Dutch Lady

Kongsi video anak bersama Dutch Lady


CHE NORIZAM (kiri) bersama seorang pelajar SK Bangsar dan Mia Sara(kanan) bergambar bersama pada majlis pelancaran kempen Mak Kata di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PENERAJU utama industri tenusu tempatan, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) melancarkan kempen Mak Kata di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Duta susu untuk membesar Dutch Lady, Mia Sara Nasuha telah menyempurnakan pelancaran kempen yang diinspirasikan daripada iklan televisyen Dutch Lady pada tahun 1983.

Iklan tersebut menampilkan dua kanak-kanak lelaki sedang bercerita mengenai pesanan yang diberikan oleh ibu mereka mengenai kebaikan meminum susu. Dialog tersebut telah menjadi ikutan masyarakat tempatan pada ketika itu.

Menyedari peranan dan impak penting yang dibawakan oleh golongan ibu, Dutch Lady Malaysia telah melakukan pencarian di seluruh negara untuk mengumpul pesanan ibu yang terbaik.

Pengetua SK Bangsar, Che Norizam Abdullah berkata, kebanyakan pesanan Mak Kata yang dihantar oleh para pelajar biasanya berkaitan dengan pendidikan, pemakanan sihat dan keselamatan.

"Pelbagai nasihat ibu sering kita dengari seperti kebaikan menikmati makanan sihat, kepentingan tidur awal atau disiplin menyiapkan kerja rumah.

"Seorang ibu pasti sayangkan anaknya, jadi kasih sayang ini disampaikan melalui pesanan, lalu menjadi dorongan dan panduan untuk seseorang itu berjaya dalam hidup," katanya.

Sementara itu, menurut Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Van Tran, pihaknya tidak menyangka video yang disiarkan di internet itu telah mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

"Video itu merupakan sebahagian daripada permulaan kempen iklan Dutch Lady Malaysia pada tahun 1983. Kami telah menyiarkannya di laman Facebook dan Twitter milik Mia Sara dan Dutch Lady.

"Ia telah memberi inspirasi kepada kami untuk mengadakan kempen ini," jelasnya.

Kempen Mak Kata sedang berlangsung sehingga 28 Februari ini. Sehubungan itu, Mia Sara dan Dutch Lady Malaysia akan berkunjung ke beberapa lokasi terpilih di seluruh negara bagi mengumpul pesanan Mak Kata daripada para ibu dan anak mereka.

Ibu-ibu juga boleh menghantar pesanan mereka atau klip video melalui khidmat pesanan ringkas atau laman web www.smartmoments.com atau www.facebook.com/DutchLady.SmartMoments.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved