Sabtu, 8 Februari 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pelajar mangsa buli maut minum racun serangga

Posted:

Pelajar mangsa buli maut minum racun serangga

Pelajar mangsa buli maut minum racun serangga

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
berita@kosmo.com.my

INILAH SMK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor tempat Kavinraj belajar.


KAJANG - Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dia nekad meminum racun serangga malam kelmarin dipercayai akibat tidak tahan dibuli dan diejek rakan sekelas.

Mangsa, T. Kavinraj, 13, yang juga pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, Semenyih di sini mengalami tekanan perasaan selepas diejek dan dipulau oleh rakan-rakan kerana dia tidak mempunyai bapa.

Akibatnya, anak sulung daripada empat beradik itu berasakan dirinya terasing di sekolah itu tanpa sebarang kawan.

Bapa mangsa, P. Thangavelu, mati pada Disember 2012 akibat serangan strok.

Mendiang Thangavelu meninggalkan empat orang anak berumur antara lapan hingga 13 tahun termasuk Kavinraj serta balu, B. Thanamalar, 43.

Mangsa yang mendapat keputusan 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rinching di sini juga dikatakan dipulau rakan kerana ditempatkan di kelas keempat dan terakhir.


KAVINRAJ


Ibu mangsa, B. Thanamalar, mendakwa, anaknya itu mengadu telah meminum racun serangga perosak yang disimpan di dalam rumah pada kira-kira pukul 9.30 malam.

"Dia datang kepada saya dan beritahu tekaknya terasa pedih sebab minum racun. Mungkin dia sangat tertekan kerana teringat kepada bapanya.

"Saya cepat-cepat bawa dia ke Hospital Serdang. Semasa 15 minit dirawat, dia disahkan mati selepas batuk darah," katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Rinching di sini semalam.

Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, B. Ananthi, 47, mendakwa, rakan sekelas mangsa mengejek dan memulau Kavinraj setiap hari.

Keadaan itu menyebabkan anak saudaranya itu mengalami masalah kemurungan.

"Kawan-kawan dia ejek, budak pandai tak ada ayah, mana boleh duduk kelas ini, pergi masuk kelas budak pandai. Tak sangka dia sangat tertekan dengan ejekan itu," katanya.

Beliau menjelaskan, Kavinraj ada mengadu yang dia dibuli di sekolah dan ibunya telah menasihatkannya supaya bersabar.

Katanya, anak saudaranya itu juga mengadu kepada gurunya supaya ditukarkan kelas dan gurunya meminta supaya tunggu pada hari Isnin lepas.

"Dia ada memaklumkan perkara itu kepada ibunya semasa pulang dari sekolah pada Khamis lalu tetapi pada malam Jumaat, dia minum racun," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Mati disyaki ditetak suami sendiri

Posted:

Mati disyaki ditetak suami sendiri

Mati disyaki ditetak suami sendiri

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang surirumah ditemui mati dengan kesan tetakan di bahagian lehernya di Taman Setia Jaya, Batu Pahat, Johor semalam.


BATU PAHAT – Seorang surirumah ditemui mati dengan kesan tetakan pada leher hingga hampir putus dipercayai dilakukan oleh suaminya yang sakit mental di rumah mereka di Taman Setia Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Tan Wei Qi, 37, dilaporkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan mengalami pendarahan teruk.

Difahamkan, suami mangsa yang berumur 40-an dipercayai mempunyai masalah mental dan gangguan emosi sejak dua tahun lalu selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 60, memberitahu, dia hanya mengetahui tentang kejadian itu pada pukul 9 pagi apabila datang ke rumah pasangan itu selepas gagal menghubungi mereka"Disebabkan gagal dihubungi, saya pergi ke rumah mereka dan mendapati dia dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

BR1M 3.0 dilancar 22 Februari

Posted:

BR1M 3.0 dilancar 22 Februari

BR1M 3.0 dilancar 22 Februari

Oleh SAHLIZAH MOHAMAD
sahlizahmohamad@kosmo.com.my


NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada majlis pecah tanah Wisma UMNO Bukit Gantang, Taiping, Perak semalam.


TAIPING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini.

Beliau berkata, pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari ini.

Menurutnya, pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma UMNO Bukit Gantang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved