Ahad, 2 Februari 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jangan terbeli kereta 'piang'

Posted:

Jangan terbeli kereta 'piang'

Jangan terbeli kereta 'piang'

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
dan MOHD. IZUAN ROSELI
berita@kosmo.com.my

KERETA Mercedes-Benz terpakai berharga RM150,000 ini lazimnya dijual oleh sindiket kereta piang pada harga serendah RM40,000. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Satu sindiket dipercayai didalangi penarik kereta kini aktif menjual semula kereta-kereta mewah yang mahu ditarik oleh bank kepada pelanggan berminat dengan harga serendah RM20,000.

Dikenali sebagai kereta 'piang' atau kereta sakit, ia mempunyai permintaan tinggi disebabkan harga yang murah berbanding harga pasaran.

Kereta tersebut juga selamat digunakan tanpa sebarang masalah diganggu oleh pihak berkuasa walaupun menjadi buruan pihak bank.

Presiden Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE), Datuk Dr. Munsyi Muslim Yacob (gambar kecil) berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan memujuk pemilik asal kereta yang gagal melunaskan bayaran bulanan supaya menjual kenderaan tersebut kepada mereka.

Jelas beliau, pemilik kereta yang tidak mempunyai pilihan terpaksa bersetuju menjual kereta itu bagi mengurangkan kerugian yang dialami walaupun mengetahui bakal berhadapan risiko disenarai hitam oleh pihak bank.

"Apabila pemilik kereta bersetuju untuk menjualkan kereta itu, satu surat perjanjian dibuat oleh penarik kereta supaya pemilik kereta tidak membuat laporan kepada pihak polis dan bank mengenai urusan jual beli tersebut.

"Dianggarkan hampir 1,000 kes seperti ini berlaku setiap tahun dan ia amat sukar diselesaikan," katanya kepada Kosmo!.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Cuaca sejuk sepanjang Februari

Posted:

Cuaca sejuk sepanjang Februari

Cuaca sejuk sepanjang Februari


SYAKIR IRFAN AZMAN, 8, dan kakaknya, Sofea Hanim, 9, memakai baju sejuk ketika berbasikal di Kampung Bedal, Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca sejuk yang dialami kebanyakan tempat terutamanya di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia akan berlanjutan sepanjang Februari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu pada bulan Januari dan Februari agak rendah berbanding bulan-bulan lain di mana tiupan angin timur laut mempengaruhi fenomena cuaca sejuk tersebut.

"Keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini juga membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, fenomena cuaca sejuk yang dialami di Kuala Krai, Kelantan akan berterusan sehingga akhir bulan ini di mana purata suhu minimum adalah 21.7 darjah Celcius berbanding pada Januari 21.8 darjah Celcius.

"Pada hari ini (semalam), suhu di Kuala Krai mencatatkan bacaan serendah 18 darjah Celcius dan suhu maksimum 30.4 darjah Celcius. Kawasan ini agak sejuk berbanding kawasan sekitarnya," jelasnya.

31,671 premis diperiksa

Posted:

31,671 premis diperiksa

31,671 premis diperiksa

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my


HASAN (dua dari kanan) dan Shahiruddin (kanan) mendengar penerangan seorang peniaga ketika meninjau Pasar Bentong di Bentong kelmarin.


KUANTAN – Sebanyak 31,671 premis borong dan runcit diperiksa menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sepanjang tempoh tujuh hari pelaksanaan skim bermula 26 Januari hingga 1 Februari lalu, 160 kes direkodkan iaitu 154 kes kesalahan tidak meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu untuk barang harga terkawal dan enam kes tidak meletakkan tanda harga.

"Kes ini melibatkan rampasan bernilai RM6,824 dan kompaun berjumlah RM16,650," katanya dalam satu kenyataan selepas lawatan mengejut di premis perniagaan sempena Ops Harga 2014 di sekitar Bentong dekat sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved