Khamis, 13 Februari 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


6 juta pengguna bakal terjejas

Posted:

6 juta pengguna bakal terjejas

6 juta pengguna bakal terjejas

Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
azlan.hizar@kosmo.com.my


MAHDZIR (kanan) menunjukkan paras air di Empangan Klang Gate di Hulu Klang yang menyusut secara mendadak semalam.


KUALA LUMPUR - Lebih enam juta penduduk Lembah Klang dan Putrajaya bakal berdepan krisis bekalan air jika kemarau yang berlaku berikutan perubahan cuaca ekstrem ketika ini berterusan dua minggu lagi.

Perubahan ekstrem cuaca menyaksikan suasana nyaman di seluruh negara sepanjang Januari kini bertukar amat panas sehingga mencecah 35.9 darjah Celsius di sesetengah kawasan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cuaca panas sejak bulan lalu menyebabkan simpanan air di Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu dan Empangan Klang Gate, Hulu Klang di sini kurang daripada 60 peratus.

Beliau berkata, jika tiada hujan dalam tempoh 16 hari lagi, jumlah simpanan air akan jatuh sehingga 45 peratus.

Katanya, jika keadaan itu berlaku, program catuan bekalan air bersih akan dilaksanakan sekali gus menjejaskan kira-kira dua juta pemegang akaun.

Setiap pemegang akaun mewakili tiga pengguna.

"Sehingga semalam, baki simpanan air di Empangan Sungai Selangor ialah 57.6 peratus manakala Empangan Klang Gate pula 58 peratus berpunca daripada cuaca panas dan kering serta permintaan yang tinggi oleh pengguna.

"Buat masa ini bekalan air masih terkawal namun jika keadaan ini menjadi kritikal, catuan air mungkin terpaksa dilakukan," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Empangan Sungai Selangor dekat sini semalam.

Empangan Sungai Selangor berkapasiti 230 juta meter kiub merupakan salah satu daripada dua sumber utama air mentah ke lima buah loji rawatan air yang membekalkan kira-kira 2,900 juta liter air terawat sehari.

Jumlah tersebut menyamai dengan keperluan 60 peratus permintaan penduduk Lembah Klang.

Difahamkan, kali terakhir takungan air daripada empangan itu mengalir melalui alur limpahnya ke Sungai Selangor ialah sejak bulan Jun tahun lepas.

Mahdzir menjelaskan, pihaknya juga akan melakukan pembenihan awan sekiranya simpanan air di Empangan Sungai Selangor terus merosot kepada 45 peratus.

Mengenai isu sama di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, beliau berkata, paras air semua empangan masih terkawal walaupun berdepan cuaca panas.

Jalan kaki 3 kilometer cari air

Posted:

Jalan kaki 3 kilometer cari air

Jalan kaki 3 kilometer cari air

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my


ORANG ramai terpaksa mengambil air dari paip utama Syabas di Taman Impian Ehsan, Cheras Selatan, Selangor semalam.


KAJANG - Seorang warga emas yang menghidap penyakit buah pinggang kronik di Taman Impian Ehsan, Balakong di sini terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer bagi mendapatkan bekalan air bersih.

Perkara itu terpaksa dilakukan oleh Leong Chew Tak, 62, bersama isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah sejak Selasa lalu berikutan masalah gangguan bekalan air tanpa notis yang berlaku di kawasan tempat tinggalnya itu.

Menurut Chew Tak, dia terpaksa berjalan kaki sejauh itu untuk mendapatkan sumber air di paip utama milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang terletak di Persiaran Impian di sini.

"Lori tangki air yang disediakan Syabas tidak cukup untuk menampung permintaan penduduk dan kadang-kadang saya tidak sempat untuk mengambilnya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Balakong pula mendapati sebahagian kawasan berkenaan iaitu di Taman Impian Ehsan, Taman Setia Balakong, Taman Impian Indah, Taman Cheras Jaya dan Desa Ria menghadapi gangguan bekalan air.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang tinggal di Taman Setia Balakong, Muhammad Rusli Maddai, 27, berkata, gangguan bekalan air tanpa notis awal daripada pihak berkenaan mengakibatkan orang ramai tidak dapat membuat persediaan menyimpan air.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

MyHome bantu rakyat beli rumah

Posted:

MyHome bantu rakyat beli rumah

MyHome bantu rakyat beli rumah

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


NAJIB pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MPN
di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Golongan isi rumah berpendapatan rendah dengan jumlah RM3,000 ke bawah bakal menikmati subsidi membeli rumah terpilih pada harga kos rendah dengan kadar maksimum sehingga RM30,000 di bawah Program MyHome yang akan dilancarkan pada 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM300 juta dan jumlah itu mampu menampung subsidi bagi 10,000 unit rumah kepada rakyat berpendapatan rendah.

Katanya, dana tersebut akan ditambah jika kerajaan mendapati program tersebut mendapat sambutan daripada pemaju dan pembeli.

"Ia merupakan insentif kepada sektor swasta untuk terus membina rumah kos rendah yang sangat diperlukan oleh rakyat.

"Di bawah program ini, pemaju yang mendapati rumah yang hendak dijual tidak mendapat subsidi dan terpaksa dijual melebihi harga kos rendah, maka mereka layak menyertai bagi mendapatkan bantuan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved