Ahad, 2 Februari 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Mydin sumbang bantuan kepada 40 ibu tunggal

Posted:

Mydin sumbang bantuan kepada 40 ibu tunggal

Mydin sumbang bantuan kepada 40 ibu tunggal

SITI HAWA menyampaikan sumbangan kepada sebahagian daripada 40 orang ibu tunggal di Surau Al-Falahiyah, Kampung Pasir, Ampang, Selangor baru-baru ini.


SUMBANGAN. Seramai 40 orang ibu tunggal sekitar Kampung Pasir, Ampang, Selangor menerima sumbangan daripada Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Menurut Presiden Kelab Rekreasi Sukan Mydin, Reza Murad Ali, sumbangan itu merupakan salah satu pendekatan untuk menceriakan golongan yang kurang bernasib baik itu.

"Barangan hamper yang diberikan ini sebenarnya hasil derma daripada para pekerja kami sendiri. Inisiatif mereka itu sangat kami hargai," katanya ketika ditemui di Surau Al-Falahiyah, Kampung Pasir baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Sumber Manusia Mydin, Datin Wira Dr. Siti Hawa Mohd.

Ujar Reza, sumbangan yang sama akan diteruskan di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur.

Kem Inspirasi Minda motivasi diri pelajar KVBP

Posted:

Kem Inspirasi Minda motivasi diri pelajar KVBP

Kem Inspirasi Minda motivasi diri pelajar KVBP


SERAMAI 160 pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat menyertai Kem Inspirasi Minda 2014 di kolej itu di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.


INSPIRASI. Seramai 160 pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat (KVBP), Johor menyertai Kem Inspirasi Minda 2014 yang dianjurkan oleh pihak kolej berkenaan baru-baru ini.

Kem yang bermula 23 hingga 25 Januari lalu itu bertujuan memberi inspirasi dan motivasi kepada semua penuntut tahun dua KVBP.

Pengarah KVBP, Maimunah Mohd. Sidin berkata, program itu sebagai satu batu loncatan kepada pelajar memulakan pembelajaran di kampus.

"Saya percaya para pelajar dapat memanfaatkan input dari kem ini dalam kehidupan seharian," katanya.

Seramai 15 fasilitator terlibat dalam menjayakan Kem Inspirasi Minda itu yang terdiri daripada individu dengan latar belakang pendidikan pelbagai bidang termasuk guru, jurutera, peguam dan usahawan.

Teater Ratu Laut Merah pukau penonton Pulau Mutiara

Posted:

Teater Ratu Laut Merah pukau penonton Pulau Mutiara

Teater Ratu Laut Merah pukau penonton Pulau Mutiara


PELAKON dan tenaga kerja teater bangsawan Ratu Laut Merah bergambar kenangan selepas pementasan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang baru-baru ini.


TONTON. Pementasan teater bangsawan bertajuk Ratu Laut Merah berjaya menarik penonton di Pulau Mutiara untuk memenuhi Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengarah yang juga penulis skrip teater berkenaan, Zack Zaideen berkata, teater yang dipersembahkan selama tiga jam itu merupakan tayangan kedua selepas di Kuala Lumpur sebelum ini.

"Ia dibintangi oleh pelakon bangsawan terkenal iaitu Wan Hanna Su, Asrulfaizal dan Tengku Nooasyikim.

"Saya harap pementasan dapat meningkatkan semangat golongan belia dan anak muda untuk memahami erti sebenar persembahan bangsawan," katanya ketika ditemui selepas persembahan selesai.

Ujar Zack, selepas kejayaan Ratu Laut Merah, pihak produksi bakal mempersembahkan satu lagi teater bangsawan bertajuk Kemala Sakti Kesuma Ningrat yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 16 Mac ini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved