Ahad, 16 Februari 2014

Kosmo Online - Kesihatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Gadis akalasia tidak makan 25 tahun

Posted:

Gadis akalasia tidak makan 25 tahun

Gadis akalasia tidak makan 25 tahun

WALAUPUN hanya minum susu, namun gadis malang ini mampu bergerak aktif dan kekal sihat.


DARIPADA makanan berkhasiat yang kaya nutrien sehingga hidangan tinggi kolesterol, anda pasti tidak terkecuali daripada menjadi peminat tegar makanan tertentu.

Bagaimanapun, keadaan berbeza bagi seorang gadis yang berasal dari Sonipat, sebuah daerah kecil yang terkenal dengan aktiviti penanaman gandum berdekatan New Delhi, India.

Percaya atau tidak, sepanjang 25 tahun usia gadis bernama Manju Dharra itu, dia tidak pernah merasai nikmat menjamah makanan pejal.

Kehidupan harian gadis istimewa itu sebaliknya bergantung penuh kepada makanan berbentuk cecair seperti susu, dadih, teh dan air yang menjadi sumber bekalan tenaganya.

Dia yang menghidap penyakit akalasia iaitu kecenderungan untuk memuntahkan semula makanan secara tiba-tiba terutamanya yang berbentuk pepejal, dikatakan mampu minum antara 4 hingga 5 liter susu lembu segar sehari.

Menurut ibunya, Bhagwati Dharra, tabiat pelik anaknya itu hanya disedari ketika Manju berusia dua tahun.

"Pada mulanya saya sangka ia perkara normal bagi bayi iaitu hanya minum susu tanpa menjamah makanan lain.

"Namun, ketika umur Manju dua tahun, saya mula berasa pelik apabila dia enggan makan sebarang makanan dan lebih membimbangkan, dia akan memuntahkan semula makanan tersebut," katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online.


SEORANG doktor di sebuah klinik di Jaipur, India sedang membuat pemeriksaan terhadap Manju.


Tambah Bhagwati, dia pernah memujuk anaknya supaya makan roti dan nasi tetapi tidak berjaya kerana Manju akan menangis dan beberapa hari kemudian dia jatuh sakit.

Pada mulanya wanita tersebut beranggapan anaknya cerewet dan terlalu memilih dalam perihal makanan.

Beli lembu

Tetapi apabila menyedari perkara yang sama sering berulang khususnya semasa Manju disuruh menjamah makanan, dia mula sedar bahawa anaknya sedang sakit.

Menyedari hakikat tersebut, Bhagwati membawa Manju berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan susulan.

"Hampir semua rawatan di setiap klinik yang ada di daerah ini telah kami cuba tetapi penyakit Manju belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh.

"Saya diberitahu oleh seorang doktor di Jaipur, penyakit Manju mampu dirawat oleh pakar tetapi memandangkan keadaan kewangan kami sekeluarga sekarang tidak stabil, kami terpaksa menggunakan alternatif lain untuk merawat penyakitnya," ulasnya.

Tambah Bhagwati, dia mengakui agak pelik memandangkan keenam-enam anaknya yang lain sihat dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan seperti Manju.

Ekoran daripada keadaan tersebut, bapa Manju yang bekerja sebagai tukang batu, Ramkanwar Dharra telah mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli beberapa ekor lembu yang mampu membekal susu untuk anaknya.

Walaupun Manju hanya mendapat bekalan tenaga daripada susu, dia bagaimanapun dapat membesar dengan sempurna seperti wanita-wanita India yang lain selain cergas melakukan aktiviti harian.

Jangan gopoh ambil makanan dari ketuhar

Posted:

Jangan gopoh ambil makanan dari ketuhar

Jangan gopoh ambil makanan dari ketuhar


BIARKAN seketika makanan di dalam ketuhar selepas tamat tempoh memasak seperti yang dicadangkan pengeluar.


KERANA mahu senang, sesetengah orang memanaskan makanan sejuk beku seperti ayam dan ikan menggunakan ketuhar gelombang mikro dan terus memakannya. Namun, makanan tertentu mungkin telah dicemari bakteria Salmonella tetapi tidak dapat dihapuskan kerana pengguna mengabaikan panduan penggunaan ketuhar berkenaan.

Satu kajian terbaharu oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menegaskan tentang betapa perlunya pengguna memasak menggunakan ketuhar dengan cara yang betul iaitu membiarkan seketika makanan di dalam ketuhar selepas waktu masak tamat.

CDC melakukan penyelidikan itu selepas kes rakyat AS yang sakit akibat Salmonella meningkat saban tahun. Setelah diperiksa, didapati ia ada kaitan dengan cara orang Amerika menggunakan ketuhar.

"Membiarkan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro yang sudah off merupakan sebahagian daripada proses memasak. Pengguna mesti mengikuti arahan memasak yang disarankan pengeluar, termasuk mematuhi waktu tunggu yang dicadangkan," tulis CDC dalam laporannya.

Orang ramai berpendapat makanan sejuk beku sudah masak sepenuhnya dan hanya perlu dipanaskan tetapi CDC berkata, suhu 74 darjah Celsius harus meliputi keseluruhan makanan bagi membunuh kesemua mikrob.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved