Ahad, 2 Februari 2014

Kosmo Online - Kesihatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Penyakit payudara gergasi

Posted:

Penyakit payudara gergasi

Penyakit payudara gergasi

SAIZ payudara wanita ini membesar sehingga saiz N ekoran pertumbuhan kelenjar susu secara abnormal.


TIDAK seperti kebanyakan wanita normal lain, Julia Manihuari hanya mampu terlantar di atas katil selama enam bulan selepas melahirkan anak ketiga.

Bahkan, wanita malang berusia 32 tahun itu tidak berdaya untuk duduk, berdiri mahupun berjalan ekoran pembesaran abnormal payudaranya.

Cerita ibu kepada empat orang anak itu, saiz payudaranya mula membesar sehingga saiz N, iaitu saiz coli paling besar mengikut ukuran Amerika Syarikat (AS), selepas kelahiran anak ketiganya 11 tahun lalu.

Katanya, saiz payudara yang terlampau besar dan berat memberi tekanan kepada keseluruhan tubuhnya yang bersusuk kecil.

"Ia sungguh menyeksakan. Saya tidak mampu menanggung payudara yang lebih besar daripada tubuh saya.

"Saya juga tidak dapat bergerak bebas. Jika saya cuba bangun, seluruh tubuh akan menjadi lemah. Saya mudah pitam kerana payudara yang terlalu berat," katanya seperti dipetik portal berita Daily Mail.

Pembedahan

Tambah Manihuari, payudaranya semakin membesar sehingga menyamai saiz perut, menyebabkan dia berasa sakit serta sukar untuk bergerak.

"Selain itu, keadaan kulit yang menegang juga terasa perit dan mula berkudis.

"Saya turut mempunyai masalah kesukaran bernafas kerana ia seolah-olah menghimpit paru-paru," katanya yang mempunyai ketinggian 152 sentimeter.

Bimbang dengan keadaan payudara yang semakin membesar, Manihuari segera mendapatkan rawatan di Hospital Loayza Archbishop di bandar Lima, Peru.

Dia yang berasal dari kawasan pedalaman di utara negara berkenaan meminta doktor menjalankan pembedahan bagi mengecilkan saiz payudaranya kerana khuatir ia akan memudaratkan kesihatannya.

Manihuari dan suaminya, Ascension yang hanya bekerja sebagai petani bernasib baik kerana mendapat sumbangan derma daripada pihak media tempatan bagi membiayai kos pembedahan tersebut.

Dilaporkan bahawa berat payudara kanan Manihuari sebelum pembedahan ialah 9 kilogram (kg), manakala sebelah kiri mencecah 8.6kg.

Kebiasaannya, payudara wanita normal dengan saiz badan seperti Manihuari seberat antara 800 hingga 900 gram sahaja.


PEMBEDAHAN yang dijalankan berjaya membuang 15.8kg lebihan daging daripada payudaranya.


Manihuari tampil lebih sihat dan bertenaga dengan saiz payudara yang lebih kecil iaitu 34B selepas pembedahan yang mengambil masa selama hampir enam jam itu. Pembedahan itu berjaya membuang kira-kira 15.8kg daging daripada payudaranya.

Malah, menurut Manihuari, dia tidak lagi berasa sakit dan dapat berjalan selain mampu membuat kerja-kerja rumah.

"Sebelum pembedahan itu saya tidak dapat lakukan sebarang kerja.

"Keadaan menjadi begitu buruk pada masa itu kerana payudara yang terlampau besar sehingga bersentuhan dengan kaki saya," ujarnya.

Kelenjar susu

Pengarah hospital berkenaan, Dr. Zarela Solis berkata, Manihuari menghidap penyakit yang jarang-jarang berlaku dalam kalangan wanita hamil iaitu ginekomastia bilateral, sejenis penyakit pembesaran kelenjar susu.

Jelasnya, Manihuari menjalani pembedahan itu bagi mengelakkan paru-parunya rosak selain memastikan kesihatannya stabil.

"Lebihan daging itu perlu dibuang kerana dikhuatiri akan menghimpit paru-parunya sekali gus mengakibatkan kematian," kata Solis.

Sementara itu, menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH), pertumbuhan itu terjadi secara spontan sepanjang tempoh kehamilan atau ketika menggunakan ubat-ubatan tertentu.

Bagaimanapun, katanya, punca sebenar gangguan kesihatan tersebut masih belum diketahui.

Meskipun demikian, pakar bedah payudara di Hospital Universiti Staten Island, AS, Dr. Cynara Coomer memberitahu, penyakit ini boleh disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon selama kehamilan.

"Selama mengandung, hormon estrogen dan progesteron dalam tubuh wanita meningkat menyebabkan pembesaran kepada payudara.

"Bagi perempuan normal, payudara akan mengalami penambahan dari segi ukuran.

"Tetapi dalam kes ini, terjadi pertumbuhan payudara secara ekstrem, berkemungkinan sebagai tindak balas terhadap hormon-hormon tersebut." jelasnya.

Propolis rawat demam denggi berdarah

Posted:

Propolis rawat demam denggi berdarah

Propolis rawat demam denggi berdarah


SIFAT antivirus pada propolis membantu menyembuhkan keradangan.


PROPOLIS lebah dikatakan dapat menyembuhkan demam denggi berdarah dengan lebih cepat.

Ini kerana hasil penyelidikan mendapati ekstrak propolis kaya dengan bahan antioksida seperti bioflavanoid dan asid eter fenetil kafeik yang berupaya mencegah pendarahan.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Medika 2013 itu dijalankan sekumpulan penyelidik ke atas 106 responden yang menghidap penyakit tersebut di Rumah Sakit Persahabatan, Jakarta Timur, Indonesia selama empat hari.

Pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang diberi plasebo dan propolis dengan kuantiti 100 miligram sebanyak tiga kali sehari.

Hasil ujian darah pada hari kedua menunjukkan jumlah trombosit pada kumpulan yang diberi propolis lebih tinggi dan mereka pulih dengan lebih pantas.

Penyelidik yang juga Ketua Jabatan Farmakologi dan Terapeutik, Fakulti Perubatan Universiti Sumatera Utara, Aznan Lelo memberitahu, sifat antivirus pada propolis membantu menyembuhkan keradangan dengan cepat.

"Pada hari kedua penyelidikan, responden yang mengambil propolis sudah berasa baik dan ingin pulang.

"Dengan proses penyembuhan lebih cepat, pesakit tidak perlu dirawat di hospital dalam tempoh yang lama," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved