Sabtu, 8 Februari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Singapura bantah nama kapal baharu Indonesia

Posted:

Singapura bantah nama kapal baharu Indonesia

Singapura bantah nama kapal baharu Indonesia


GAMBAR fail tanpa tarikh menunjukkan sebuah kapal perang milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia.


SINGAPURA -- Pemerintah Singapura membantah rancangan Indonesia yang mahu menamakan dua kapal perang terbarunya sempena nama dua askarnya yang terlibat mengebom bandar raya ini pada tahun 1965.

Tiga menteri Singapura telah meminta rakan sejawat mereka di Indonesia untuk menimbang semula cadangan berkenaan.

Jakarta sebelum ini merancang menamakan dua kapal terbaru mereka sempena dua anggota tenteranya, Osman Haji Mohamed Ali dan Harun Said yang didapati bersalah mengebom bangunan MacDonald House di Orchard Road di sini pada Mac 1965.

Seorang jurucakap Kementerian Luar Singapura berkata, dua askar itu didapati bersalah mengebom lokasi tersebut yang meragut tiga nyawa manakala 33 yang lain cedera.

Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam, Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen dan Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean telah menghubungi rakan sejawat masing-masing dari Indonesia bagi menyampaikan bantahan tersebut.

Serangan itu berlaku ketika konfrontasi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia. Singapura merupakan sebahagian daripada Malaysia ketika itu.

Kedua-dua anggota tentera berkenaan kemudiannya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati di sini. Pulau ini memperoleh kemerdekaan pada Ogos 1965.

Bagaimanapun, kedua-dua anggota tentera itu dianggap sebagai wira di Indonesia dengan upacara pengebumian negara turut dijalankan untuk mereka. - Reuters

Empat anggota polis cedera serangan bom di Kaherah

Posted:

Empat anggota polis cedera serangan bom di Kaherah

Empat anggota polis cedera serangan bom di Kaherah


BEBERAPA penduduk melihat kesan letupan di Kaherah pada 24 Januari lalu. Mesir sering digegarkan dengan siri serangan bom selepas bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi
diguling.


KAHERAH - Empat anggota polis cedera dalam satu serangan bom ke atas pos kawalan di sebuah jambatan di sini semalam, kata Kementerian Dalam Negeri Mesir.

Serangan tersebut mencetuskan ketegangan di bandar raya ini selepas beberapa siri serangan serupa pada 24 Januari lalu telah mengorbankan 24 anggota polis.

Kejadian tersebut dipercayai didalangi oleh kumpulan pejuang yang tidak berpuas hati selepas bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi ditumbangkan dalam satu rampasan kuasa oleh tentera pada Julai tahun lalu.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, dua bom meletup berhampiran pos kawalan polis di jambatan tersebut di tengah bandar raya ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan sama ada bom berkenaan dipasangan di lokasi kejadian atau di baling oleh penyerang tidak dikenali.

Menurut pegawai berkenaan, empat anggota polis yang berada di pos kawalan itu cedera akibat terkena serpihan bom tersebut.

Imej televisyen Mesir menunjukkan beberapa buah kenderaan polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi serangan untuk membantu mangsa. - AFP

Pengarah filem didenda RM4 juta kerana ada tiga anak

Posted:

Pengarah filem didenda RM4 juta kerana ada tiga anak

Pengarah filem didenda RM4 juta kerana ada tiga anak

Agensi
YIMOU (kanan) dan isterinya, Chen Ting bersama tiga anak mereka.


BEIJING - Pengarah filem terkenal China, Zhang Yimou dan isterinya membayar denda lebih AS$1.2 juta (RM4 juta) semalam kerana mempunyai tiga orang anak sekali gus melanggar dasar satu keluarga satu anak yang dikuatkuasakan di China.

Satu notis di pejabat perancang keluarga daerah Wuxi, selatan China menunjukkan denda tersebut telah dibayar secara tunai dan wang berkenaan telah diserahkan kepada Perbendaharaan Negara.

Pada tahun lalu, terdapat khabar angin bahawa Yimou, 63, dan isterinya Chen Ting, 32, mempunyai lebih daripada seorang anak sekali gus melanggar undang-undang negara itu yang hanya membenarkan seorang anak untuk satu keluarga.

Jurucakap Yimou kemudiannya mengesahkan beliau mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan serta akan bekerjasama dengan siasatan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa China kemudian mendenda pasangan itu sebanyak AS$1.2 juta (RM4 juta).

Lazimya, denda dan bukan hukuman penjara biasa dikenakan terhadap keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak.

Yimou merupakan salah seorang pengarah terkenal di China dan mengarahkan beberapa buah filem popular seperti ,Hero, House of Flying Daggers serta The Flowers of War yang dibintangi aktor Hollywood, Christian Bale.

Beliau juga mengarahkan majlis pembukaan dan penutup Sukan Olimpik Beijing pada 2008. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved