Ahad, 2 Februari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tujuh cedera akibat ditembak di Bangkok

Posted:

Tujuh cedera akibat ditembak di Bangkok

Tujuh cedera akibat ditembak di Bangkok

BEBERAPA penunjuk perasaan antikerajaan merangkak dan membongkokkan badan semasa berlaku kejadian tembakan.- AP


BANGKOK – Seramai tujuh orang cedera termasuk dua jurugambar media dalam pertempuran melibatkan kumpulan antikerajaan dengan prokerajaan di sini semalam sehari sebelum pilihan raya umum bermula pada hari ini.

Pertempuran itu bermula selepas sekumpulan penyokong prokerajaan berarak ke sebuah pejabat daerah yang menempatkan kotak undi.

Namun, kumpulan tersebut dikepung kumpulan antikerajaan yang cuba menghalang kotak undi tersebut dihantar ke pusat pengundian sebagai usaha untuk menjejaskan pilihan raya tersebut.

Kedua-dua kumpulan itu menggunakan batu dan bunga api semasa mereka saling bertempur sebelum diikuti dengan tembakan pistol serta raifal.

Sekumpulan lelaki turut menggunakan sebatang kayu untuk memecahkan cermin sebuah kereta yang membawa beberapa orang penunjuk perasaan.

Kereta tersebut kemudian beredar meninggalkan tempat kejadian.

Sebilangan orang yang terperangkap dalam kejadian itu turut mendapatkan perlindungan di sebuah pusat beli-belah dan di bawah jejantas. Beberapa orang lagi berlindung di belakang kenderaan.

Seorang jurugambar dan wartawan dari Amerika Syarikat, James Nachtwey cedera ditembak di kaki.

Dalam kejadian itu, seorang jurugambar akhbar Daily News turut mengalami kecederaan.

Ketegangan semakin meningkat di Bangkok ekoran penunjuk perasaan antikerajaan yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban berikrar untuk menghalang pilihan raya umum yang disertai parti Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang berlangsung pada hari ini.

Kumpulan tersebut tidak mahu parti pimpinan Yingluck itu memenangi pilihan raya kerana mereka menganggap beliau menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra.

Thaksin kini hidup dalam buangan selepas digulingkan tentera semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Beliau digulingkan selepas kerajaannya dituduh terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Yingluck menjadi Perdana Menteri pada 5 Ogos 2011 selepas partinya memenangi pilihan raya parlimen.

Dalam pada itu, beberapa pegawai pelancongan berkata, krisis politik di Thailand yang bermula akhir tahun lalu mungkin menyebabkan sektor pelancongan kehilangan pendapatan sehingga AS$1.2 bilion (RM4.01 bilion) pada tahun ini. – Agensi

14 maut, Gunung Sinabung meletus

Posted:

14 maut, Gunung Sinabung meletus

14 maut, Gunung Sinabung meletus


SEORANG penduduk melarikan diri selepas Gunung Sinabung meletus di daerah Karo, Sumatera semalam.- REUTERS


KARO – Seramai 14 orang terbunuh termasuk empat orang pelajar semalam selepas Gunung Sinabung di sini menghamburkan lahar dan gas panas, kata seorang pekerja bantuan kemanusiaan.

Menurut pekerja itu, Benny Kaban, lebih banyak mangsa yang mati akan ditemui selepas gunung tersebut yang terletak di utara Sumatera meletus.

Gambar-gambar yang dirakamkan seorang jurugambar agensi berita AFP menunjukkan beberapa mayat diselubungi debu ketika beberapa pekerja penyelamat memakai topeng gas tiba untuk menyelamatkan mangsa-mangsa gunung tersebut.

Tiga orang lagi termasuk seorang bapa dan anaknya melecur setelah terkena debu panas dan mereka kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.

Gunung itu menghamburkan debu dan batu setinggi 2,000 meter ke udara.

Kejadian itu berlaku selepas lebih 13,000 penduduk kembali ke rumah masing-masing selepas gunung tersebut yang setinggi 2,460 meter menunjukkan pengurangan aktiviti letusan.

Gunung itu mula meletus sejak November tahun lalu. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved