Jumaat, 3 Januari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pasukan ATM diingatkan hindari rasuah

Posted:

Pasukan ATM diingatkan hindari rasuah

Pasukan ATM diingatkan hindari rasuah

03/01/2014 10:25pm

KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan supaya menghindari gejala negatif seperti rasuah dan mengatur perlawanan pada saingan Liga Malaysia 2014.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan itu harus memelihara nama baik dan imej pasukan serta menjadi contoh kepada pasukan lain dengan menujukkan nilai moral yang tinggi.

"Gejala negatif mestilah dihindari kerana ini akan meranapkan impian pasukan, memusnahkan masa depan pemain dan menjejaskan nama baik ATM," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pasukan bergelar 'The Gladiator' musim 2014 di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak ATM, Tan Sri Dr Zulkefli Mohd Zin berkata ATM masih mengekalkan sasaran musim lalu iaitu untuk memenangi satu daripada tiga piala yang akan dipertandingkan tahun ini.

Pada musim lepas, ATM di bawah jurulatih B. Siathianathan, merangkul Piala Sumbangsih dan menduduki tangga keenam dalam Liga Super serta melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia. - Bernama

Dua beradik rentung dalam kebakaran di Lahad Datu

Posted:

Dua beradik rentung dalam kebakaran di Lahad Datu

Dua beradik rentung dalam kebakaran di Lahad Datu

03/01/2014 10:22pm

LAHAD DATU - Dua beradik lelaki rentung apabila rumah mereka terbakar di Kampung Teck Guan Batu Satu, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata mayat Mohd Firul Azhar Tamrin, 5, dan Mohd Nur Jihad Tamrin berumur dua setengah tahun ditemui berhampiran antara satu sama lain di dalam sebuah bilik.

"Kami menerima panggilan 12.45 tengah hari. Dua jentera bersama tujuh anggota yang diketuai Ketua Operasi Abu Bakar Taraji dikejarkan ke tempat kejadian dan apabila pihak kami sampai, rumah tersebut sudah terbakar 95 peratus," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 1.13 tengah hari dan api berjaya dipadam sepenuhnya 21 minit kemudian.

Mohd Apandi berkata, semasa kejadian ibu mangsa dikatakan bekerja manakala bapa mangsa Tamrin Sumaila, 31, menunaikan solat Jumaat.

Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama

Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Malaysia

Posted:

Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Malaysia

Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Malaysia

03/01/2014 10:41pm

PETALING JAYA - Simbol paling ikonik dalam dunia bola sepak, Trofi Piala Dunia FIFA, tiba di Malaysia hari ini dalam siri penjelajahan trofi tersebut selama sembilan bulan merangkumi 88 negara.

Trofi bola sepak paling berprestij itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dengan pesawat khas dengan diiringi oleh Duta FIFA dan bekas penyerang Manchester United, Dwight Yorke dan Pengurus Bola Sepak Global, Coca-Cola, Annamaria Gazda.

Coca-Cola merupakan rakan kongsi korporat Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Malaysia merupakan persinggahan ke-56 selepas Hanoi, Vietnam dalam siri penjelajahan sejauh 149,576.78km dari Rio de Janeiro, Brazil, yang bermula pada 12 Sept tahun lepas.

Selepas Malaysia trofi itu akan singgah di Jakarta, Indonesia, Isnin ini.

Trofi Piala Dunia itu berukuran 36.8 sentimeter tinggi dengan berat 6.18 kilogram dan ia diperbuat daripada emas 18 karat serta dihiasi dengan permata 'malachite' pada bahagian tapaknya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved