Sabtu, 25 Januari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hubungan baik kerajaan pusat dan kerajaan negeri penting untuk kemajuan negara

Posted:

Hubungan baik kerajaan pusat dan kerajaan negeri penting untuk kemajuan negara

Hubungan baik kerajaan pusat dan kerajaan negeri penting untuk kemajuan negara

25/01/2014 11:09pm

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan baik antara kerajaan pusat dan negeri amat penting untuk kemajuan pembangunan ekonomi negara.

Beliau berkata, Iskandar Malaysia adalah contoh terbaik hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri Johor yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

"Iskandar Malaysia setakat ini berjaya menarik nilai pelaburan terkumpul sebanyak RM131 bilion dengan 45 peratus daripadanya telah direalisasi.

"Ini adalah hasil hubungan erat yang terjalin antara kerajaan pusat dan negeri, hasil perbelanjaan infrastruktur sebanyak RM8 bilion kita berjaya menarik pelaburan RM131 bilion dengan 554,000 peluang pekerjaan sejak 2006 sehingga kini," katanya.

Perdana Menteri berkata, demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam 'Bingkisan Medini' dan penutupan rasmi program tahunan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2013/2014 di sini malam ini. - Bernama

Marahkan isteri, anggota Maritim Malaysia lepaskan tembakan di dalam pasar raya

Posted:

Marahkan isteri, anggota Maritim Malaysia lepaskan tembakan di dalam pasar raya

Marahkan isteri, anggota Maritim Malaysia lepaskan tembakan di dalam pasar raya

25/01/2014 11:03pm

PELABUHAN KLANG - Gara-gara perselisihan faham dengan isteri, seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai dinding cermin sebuah pasar raya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, suspek yang berusia 45 tahun hilang pertimbangan selepas bertengkar dengan isterinya di dalam premis tersebut.

"Dia yang hilang pertimbangan telah mengeluarkan sepucuk pistol jenis Glock yang dibekalkan agensinya lalu melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai dinding cermin sebuah premis di dalam pasar raya besar berkenaan.

"Tembakan itu tidak mencederakan sesiapa. Suspek kemudiannya menyerah diri di Balai Polis Pelabuhan Klang di sini tidak lama kemudian," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO!

Kedai rakyat 1Malaysia dapat sambutan - Ahmad Bashah

Posted:

Kedai rakyat 1Malaysia dapat sambutan - Ahmad Bashah

Kedai rakyat 1Malaysia dapat sambutan - Ahmad Bashah

25/01/2014 9:02pm

TANAH MERAH - Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk luar bandar kerana barangannya berkualiti dan dijual dengan harga rendah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, KR1M berkonsepkan kedai serbaneka dan menjual 397 jenis produk keperluan asas pada harga sehingga 50 peratus lebih murah daripada yang dijual di premis lain.

"KR1M di Tok Bali, Pasir Puteh merupakan KR1M yang merekodkan jualan tertinggi di seluruh negara iaitu antara RM350,000 dan RM400,000 sebulan. Ini jelas menunjukkan KR1M mendapat sambutan menggalakan daripada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KR1M Tanah Merah di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata, sejak diperkenalkan pada April 2011, sebanyak 125 KR1M sudah ditubuhkan di 110 kawasan Parlimen, dan sebanyak 60 KR1M lagi akan dibuka di seluruh negara tahun ini.

"Di Kelantan sudah ada empat KR1M iaitu di Kota Baharu, Tok Bali di Pasir Puteh, Ayer Lanas di Jeli dan Tanah Merah. Dua lagi akan dibuka iaitu di Machang dan Gua Musang dalam tempoh terdekat ini," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved