Rabu, 22 Januari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Cakera keras bernilai RM4 juta dilarikan empat perompak

Posted:

Cakera keras bernilai RM4 juta dilarikan empat perompak

Cakera keras bernilai RM4 juta dilarikan empat perompak

22/01/2014 11:41pm

PETALING JAYA - Sebuah lori 20 tan yang membawa cakera keras (hard disk) yang dianggarkan bernilai RM4 juta dirompak empat lelaki di SS8, berhampiran kilang pengeluar pemacu cakera keras Western Digital di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Superintendan Arjunaidi Mohamed berkata, lori yang dikendali pemandu lori berumur 44 tahun dihalang tiga buah kereta jenis Hyundai Sonata, Proton Waja dan BMW yang dipandu suspek, kira-kira 200 meter dari kilang berkenaan untuk membawa muatan itu ke negeri lain dalam kejadian kira-kira 11.15 malam.

"Empat suspek dalam lingkungan 20-an kemudian bertindak memecahkan cermin lori berkenaan dengan menggunakan parang dan mengarahkan pemandu lori itu untuk keluar dari kenderaan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiga suspek kemudian bertindak merampas dan melarikan lori berkenaan manakala seorang lagi suspek meninggalkan tempat kejadian dengan kereta BMW.

Arjunaidi berkata, Hyundai Sonata dan Proton Waja yang ditinggalkan di tempat kejadian merupakan kereta curi yang dilaporkan hilang di Kampung Subang. - Bernama

Hos Piala Dunia 2034: AFF nafi gesa KBS buat keputusan segera

Posted:

Hos Piala Dunia 2034: AFF nafi gesa KBS buat keputusan segera

Hos Piala Dunia 2034: AFF nafi gesa KBS buat keputusan segera

22/01/2014 10:50pm

KUALA LUMPUR - Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa mereka menggesa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya cepat membuat keputusan mengenai cadangan negara Asean untuk membida Kejohanan Piala Dunia 2034.

Badan induk bola sepak Asean itu berkata, Setiausaha Agungnya Datuk Azzuddin Ahmad tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian sebaliknya menyerahkan perkara berkenaan untuk pertimbangan KBS.

"Apabila disoal tentang kedudukan semasa berhubung bidaan tersebut, Azzuddin menyatakan bahawa pihak AFF telah membuat pembentangan mengenai perkara ini semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan Asean di Laos, bulan lepas.

"Perlu dijelaskan bahawa pihak AFF hanya menunggu keputusan namun tidak ada membuat gesaan kepada mana-mana pihak untuk memutuskan perkara tersebut," demikian menurut AFF dalam kenyataan, hari ini.

Sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu, hari ini dilaporkan sebagai berkata, Azzuddin telah menggesa KBS supaya membuat keputusan segera menjadi salah satu hos daripada negara Asean untuk proses bidaan penganjuran Piala Dunia 2034.

Kenyataan itu menyebut, keputusan secara sebulat suara yang dicapai oleh Menteri-Menteri Sukan Asean pada mesyuarat di Laos itu, akan dimaklumkan kepada negara anggota masing-masing termasuk Malaysia sebelum bidaan berkenaan dikemukakan kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA). - Bernama

Orang ramai diminta bantu kenal pasti identiti mangsa bunuh di perkuburan Cina

Posted:

Orang ramai diminta bantu kenal pasti identiti mangsa bunuh di perkuburan Cina

Orang ramai diminta bantu kenal pasti identiti mangsa bunuh di perkuburan Cina

22/01/2014 10:22pm

KUALA LUMPUR - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti identiti seorang lelaki yang ditemui mati dibunuh di tanah perkuburan Cina Kwang Tong di Jalan Bellamy di sini, pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Khairi Ahrasa berkata, mangsa ditemui memakai baju belang putih hitam berjenama Ralph Lauren, berseluar jean serta memakai jam Casio automatik.

Mangsa dalam lingkungan umur 20-an itu dipercayai warga tempatan berketurunan Sikh atau India dan mempunyai tatu berlambang sarang labah-labah dan tulisan 08 di lengan kiri, manakala lengan kanan mangsa mempunyai tatu lambang matahari.

"Orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang hilang, sila tampil beri maklumat untuk membantu siasatan.

"Polis telah menyemak laporan mangsa hilang secara bersepadu namun sehingga ini kita belum menemui gambaran mangsa dalam data sistem polis," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumur, di sini hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved