Selasa, 28 Januari 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Teko Melon hadiah ulang tahun

Posted:

Teko Melon hadiah ulang tahun

Teko Melon hadiah ulang tahun

Oleh HAFIZ AHMAD

PELBAGAI replika dan monumen menarik yang berkaitan dengan industri perlombongan bijih timah dipamerkan di Pusat Pelawat Royal Selangor.


INDUSTRI perlombongan bijih timah merupakan penyumbang besar pendapatan negara pada abad ke-18 dan membekalkan 55 peratus kepada pasaran dunia bermula pada tahun 1820 hingga penghujung abad ke-19.

Bingkisan sejarah itu serba sedikit diterangkan di Pusat Pelawat Royal Selangor yang terkenal sebagai syarikat pembuatan produk-produk berteraskan logam dan piuter.

Bermula daripada cetusan idea penubuhan pada tahun 1885 sehingga menjadi jenama ulung dunia, momen-momen indah perusahaan diasaskan oleh Yong Koon tersebut diperjelaskan satu persatu di bangunan seluas 3,716 meter persegi itu.

Tidak hanya melawat galeri, kunjungan tanpa bayaran itu turut dibawa ke kilang pembuatan yang terletak di bahagian bawah bangunan. Pelawat dapat melihat proses penghasilan produk-produk Royal Selangor.

Pengarah Eksekutif Pemasaran Royal Selangor, Chen Tien Yue berkata, populariti pusat pelawat itu telah berkembang semenjak 10 tahun lalu dengan mencapai purata sebanyak 30,000 pengunjung sebulan pada tahun 2013.

"Ia menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara sejak ditubuhkan pada tahun 2004. Malah, Pusat Pelawat Royal Selangor turut menerima beberapa anugerah berkaitan pelancongan," ujarnya ketika melancarkan koleksi edisi terhad replika Teko Melon bersempena sambutan ulang tahun ke-10 Pusat Pelawat Royal Selangor di Setapak Jaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dikemaskan dengan tiga warna iaitu hitam pusam, biru logam dan merah jambu, ia terhad kepada 200 unit setiap warna yang mewakili ciri-ciri bandar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

Rona hitam pusam mewakili Kuala Lumpur menandakan kemodenan sebuah bandar yang pernah menjadi pusat utama industri perlombongan bijih timah di Malaysia.


TIEN YUE bersama tiga replika Teko Melon edisi terhad sempena ulang tahun ke-10 Pusat Pelawat Royal Selangor.


Kekayaan warisan dan budaya Peranakan di Pulau Pinang diserlahkan menerusi Teko Melon berwarna biru logam manakala keharmonian dan kepelbagaian cara hidup di Singapura digambarkan melalui teko berwarna merah jambu. Ia juga mewakili ciri-ciri yang terdapat pada bunga kebangsaan republik itu iaitu Vanda Miss Joaquim.

Setiap satu Teko Melon boleh didapati pada harga RM1,200 di semua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan menerusi pembelian dalam talian, www.royalselangor.com.

Dalam pada itu, beberapa pakej diberikan kepada pengunjung sempena ulang tahun Pusat Pelawat Royal Selangor seperti diskaun 25 peratus untuk tempahan kumpulan bagi empat orang yang ingin mengikuti bengkel-bengkel yang disediakan.

Salah satu bengkel yang boleh diikuti ialah School of Hard Knocks dengan sesi pembelajaran selama setengah jam. Peserta akan diajar menghasilkan mangkuk piuter menggunakan alat-alat pertukangan tradisional.

Di bengkel The Foundry, seorang pengajar akan membimbing pelajar dalam mengenali proses-proses pembentukan, penggilapan dan penghiasan aksesori loket menggunakan acuan yang disediakan.

Sajian halal makan besar

Posted:

Sajian halal makan besar

Sajian halal makan besar


IKAN bawal stim bersama sos soya merupakan antara menu istimewa Hotel Grand BlueWave Shah Alam.


KEPADA masyarakat Muslim yang gemar mencuba makanan tradisi Cina atau ingin merasai pengalaman menyertai acara makan besar pada malam Tahun Baharu Cina yang halal, apa kata anda singgah ke Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, Selangor.

Promosi istimewa sempena Tahun Baru Cina itu memperkenalkan set menu Golden Prosperity dan All You Can Eat (AYCE) sehingga 28 Februari ini.

Set menu Golden Prosperity menyediakan tiga menu yang berbeza pada harga serendah RM688 hingga RM1,488 untuk lima hingga 10 orang. Selain perbezaan menu, jenis masakan dan pemilihan bahan juga berbeza antara set menu.

Menu AYCE direka bagi memenuhi kumpulan kecil dengan minimum dua orang dan memiliki 46 jenis menu seperti dim sum goreng dan kukus, mi goreng, nasi goreng, wantan, masakan Cina berasaskan daging, hidupan laut, ayam, itik dan sayur-sayuran dan pilihan sup selain pencuci mulut.

Menurut Chef Restoran Tung Yuen, Christopher Leong, semua hidangan yang tersenarai dalam menu pada kedua-dua set tersebut merupakan makanan autentik Cina yang mendapat pensijilan halal.

Salah satu menu yang paling menarik dan harus dicuba ialah Sami Buddha Terjun Di Sebalik Dinding iaitu sejenis sup yang direbus sebanyak dua kali dengan pelbagai makanan laut kering bersama sup stok.

"Resipi ini mempunyai bau yang sangat wangi dan membuka selera, malah rebusan sebanyak dua kali memerlukan masa yang panjang sekurang-kurangnya empat jam.

"Semakin lama ia diperam menjadikan rasanya bertambah sedap," kata Leong.

Sementara itu, Chef Adrian Wan, 37, berkata pemilihan masakan dan bahan yang dimasak pada Tahun Baru Cina direka kelihatan mewah kerana ia merupakan perayaan setahun sekali.

"Ikan, abalone dan ayam dipilih kerana bercitarasa mewah tetapi yang lebih penting di BlueWave ialah kami mahu memperkenalkan hidangan Cina yang halal kepada orang ramai," ungkapnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved