Sabtu, 25 Januari 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jatuhkan hukuman ikut emosi

Posted:

Jatuhkan hukuman ikut emosi

Jatuhkan hukuman ikut emosi

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

YARNIS menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungkai semalam. Di belakang ialah Muktasim manakala kanan Siti Aisyah.


TAPAH - Seorang guru lelaki bertindak keterlaluan sewaktu menjatuhkan hukuman denda ke atas dua murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai di sini apabila menjadikan mereka bagaikan lembu dengan menggantung loceng di leher dan memaksa mereka makan rumput pada Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku selepas kedua-dua murid berusia 10 tahun itu didakwa gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi.

Mereka dihukum oleh guru berusia 26 tahun itu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sebuah kelas yang mempunyai 11 orang murid di sekolah tersebut.

Empat orang pelajar gagal menyiapkan tugasan yang diberikan namun guru itu hanya menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua pelajar tersebut.

Salah seorang bapa saudara mangsa iaitu Muktasim Hashim, 28, mendakwa, pada mulanya mereka dirotan dua kali di tapak tangan sebelum diarah memakai loceng di leher dari pukul 9 pagi sehingga tamat waktu persekolahan pada pukul 1.30 petang.

"Jika gagal berbuat demikian, mereka akan dirotan 10 kali lagi. Jadi mereka akur dengan arahan tersebut sehinggakan mereka malu untuk ke kantin sekolah.

"Kejadian kedua pula berlaku pada waktu rehat pukul 10.10 pagi apabila guru tersebut yang datang semula ke kelas mangsa telah bertindak mengambil rumput di hadapan kelas lalu memaksa mangsa makan," katanya ketika ditemui pada satu sidang akhbar di Balai Islam Taman Permai, di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan dengar keluhan rakyat

Posted:

Kerajaan dengar keluhan rakyat

Kerajaan dengar keluhan rakyat

Oleh SOPI SAMAILE
berita@kosmo.com.my


HASAN (kiri) dan Ahmad Bashah (tengah) bertanya sesuatu kepada seorang peniaga ikan ketika mengadakan tinjauan di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, Selangor semalam.


SELAYANG – Peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta untuk pembelian stok penimbal bagi menstabilkan harga barang yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin membuktikan kerajaan mendengar aduan dan keluhan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, menerusi aduan rakyat itu, kerajaan membuat dasar dengan memberi modal RM8 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) manakala bakinya diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) bagi mencapai matlamat mengimbangi harga barangan pengguna di pasaran.

"Kerajaan yang prihatin terhadap kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat telah menyalurkan peruntukan itu kepada FAMA dan Nekmat untuk menjadi pemborong produk asas tani dalam memastikan harga barangan stabil di pasaran.

"Langkah tersebut juga diharapkan dapat mengekang peranan orang tengah yang selama ini mengaut keuntungan lumayan dalam perniagaan tertentu dengan memanipulasikan harga sehingga membebankan pengguna," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Baju sejuk jadi popular di Kuala Krai

Posted:

Baju sejuk jadi popular di Kuala Krai

Baju sejuk jadi popular di Kuala Krai


MOHD. RIZWANI menunjukkan sebahagian daripada baju sejuk yang dijual di gerainya di bandar Kuala Krai, Kelantan semalam.


KUALA KRAI - Cuaca sejuk yang melanda Kuala Krai sehingga 17 darjah Celsius persis di London, United Kingdom minggu ini menyebabkan baju sejuk menjadi pakaian popular dan mendapat permintaan yang agak tinggi di jajahan itu berbanding sebelum ini.

Tinjauan Kosmo! semalam di bandar Kuala Krai semalam mendapati ramai antara penduduknya yang mengenakan baju sejuk, jaket atau sekurang-kurangnya berbaju dua lapis walaupun selepas pukul 10 pagi.

Seorang penjual pakaian di Pasar Besar Kuala Krai, Mohd. Rizwani Abdul Halim, 34, mengakui dia yang sebelum ini hanya 'memerap' baju-baju sejuk jualannya terpanggil untuk mempamer dan menjual pakaian itu sejak kelmarin.

"Cuaca sejuk ini memaksa ramai orang mencari pakaian sejuk dan secara tak langsung permintaan terhadapnya lebih banyak daripada kebiasaannya.

"Pada hari ini (semalam) saya telah menjual 20 helai baju sejuk yang dijual dengan harga antara RM10 hingga RM30 sehelai," katanya yang berniaga pakaian terpakai di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved