Jumaat, 24 Januari 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Warga kampus IPG Datuk Razali Ismail sertai kayuhan basikal

Posted:

Warga kampus IPG Datuk Razali Ismail sertai kayuhan basikal

Warga kampus IPG Datuk Razali Ismail sertai kayuhan basikal

GHULAM SARVER (tengah) bergambar bersama guru pelatih dan pensyarah IPG Kampus Datuk Razali Ismail pada pelancaran program Kayuhan Tranformasi Pendidikan di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.


KAYUHAN. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu melancarkan program Kayuhan Transformasi Pendidikan IPG Zon Timur 2014 baru-baru ini.

Seramai 25 guru pelatih bersama enam pensyarah memulakan kayuhan dari IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Batu Rakit menuju IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan dalam perjalanan sejauh 170 kilometer.

Pengarahnya, Ghulam Sarver Mobarak Ali berkata, penganjuran program kayuhan basikal edisi ketiga itu dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar IPG Kampus Datuk Razali Ismail.

"Kebiasaannya, guru-guru yang memulakan perkhidmatan akan ditempatkan di kawasan pendalaman. Jadi, program sebegini dapat memberi pendedahan awal kepada mereka tentang kehidupan luar," katanya.

Pelajar sekolah Tamil cemerlang UPSR dirai

Posted:

Pelajar sekolah Tamil cemerlang UPSR dirai

Pelajar sekolah Tamil cemerlang UPSR dirai


SARAVANAN (tengah) beramah mesra dengan pelajar sekolah jenis kebangsaan Tamil yang cemerlang UPSR di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.


CEMERLANG. Seramai 136 murid sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil sekitar Parlimen Seremban, Negeri Sembilan yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diraikan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban kelmarin.

Majlis tersebut bagi menghargai kejayaan mereka memperoleh keputusan 7A pada UPSR tahun lalu di samping menyuntik semangat dan motivasi agar murid-murid daripada 30 buah sekolah itu terus cemerlang pada masa hadapan.

Anugerah cemerlang berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan.

Setiap pelajar turut menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM200.

Peka bantu sambung bekalan air empat keluarga miskin

Posted:

Peka bantu sambung bekalan air empat keluarga miskin

Peka bantu sambung bekalan air empat keluarga miskin


PENGURUS Kanan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Wilayah Klang, Khairul Anuwar Ismail (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada Mazlan Mohammad yang menerima bantuan penyambungan semula bekalan air di Klang, Selangor baru-baru ini.


PRIHATIN. Empat buah keluarga gembira apabila bekalan air yang dipotong di rumah mereka disambung semula menerusi program Tabung Budi, Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) di Klang, Selangor baru-baru ini.

Penerima bantuan itu ialah Mazlan Mohammad, 46, Jusrina Mahat, 36, Siti Norhaiza Zakaria, 27, dan Nor Ommi Baharom, 44.

Pengurus Tabung Budi, Hashimah Che Mat Din berkata, penerima berkenaan terdiri daripada golongan miskin, tiada pendapatan tetap, ibu tunggal dan orang kelainan upaya.

Menurut beliau, Peka telah menyelesaikan bil air pengguna terlibat yang tertunggak dalam tempoh kira-kira enam bulan selain menanggung bayaran caj penyambungan menerusi program yang dilaksanakan pihaknya.

"Sehingga kini, sebanyak 556 buah keluarga telah menerima manfaat menerusi program berkenaan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved