Khamis, 2 Januari 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sambutan tahun baru di Kompleks Bukit Jambul meriah

Posted:

Sambutan tahun baru di Kompleks Bukit Jambul meriah

Sambutan tahun baru di Kompleks Bukit Jambul meriah

LEBIH 2,000 pengunjung memenuhi pekarangan Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang untuk menyambut ambang tahun baru 2014 baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 2,000 pengunjung menyambut kedatangan tahun 2014 di pusat beli-belah Kompleks Bukit Jambul di Sungai Nibong, Pulau Pinang baru-baru ini sambil menyaksikan pertunjukan bunga api selama lima minit sebagai kemuncak acara.

Pengurusnya, Siti Rohani Ibrahim berkata, penganjuran kali pertama diadakan itu sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung termasuk pelanggan pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, pertunjukan bunga api merupakan identiti acara sambutan tahun baru 2014 selain persembahan hiburan oleh artis tempatan seperti penyanyi dangdut, Ani Mayuni dan bekas pelajar Akademi Fantasia, Adam.

Econsave beri sumbangan kepada pesakit kanser

Posted:

Econsave beri sumbangan kepada pesakit kanser

Econsave beri sumbangan kepada pesakit kanser


ZAMZURI (dua dari kiri) bersama kakitangannya menyampaikan bantuan barang makanan kepada Che Ashah di Taman Desa Aman Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Penderitaan hidup pesakit kanser payudara, Che Ashah Hussein, 54, dari Taman Desa Aman Sungai Lalang sejak tiga tahun lalu mendapat perhatian Econsave Cash @ Carry Sdn. Bhd. (Econsave) Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Syarikat itu melalui program Dana Prihatin Econsave menghulurkan pelbagai barang makanan bernilai RM1,000 kepadanya.

Ketika ini, sudah hampir sebulan Che Ashah tidak mempunyai selera makan setelah sebelah tangannya mulai mengecil.

Pengurus Operasi Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor dan Pengurus Econsave Bandar Puteri Jaya, Ahmad Izuddin Othman melawat Che Ashah dan menyampaikan bantuan.

UEM Sunrise sumbang pakaian sekolah untuk anak Orang Asli

Posted:

UEM Sunrise sumbang pakaian sekolah untuk anak Orang Asli

UEM Sunrise sumbang pakaian sekolah untuk anak Orang Asli


SEBAHAGIAN daripada 53 pelajar Orang Asli yang menerima bantuan pakaian seragam dan peralatan persekolahan daripada UEM Sunrise di Kampung Sungai Geroyang, Tapah, Perak baru-baru ini.


SUMBANG. Firma pemaju hartanah, UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) menyumbang pakaian seragam dan peralatan persekolahan kepada 53 pelajar Orang Asli di Kampung Sungai Geroyang dan Kampung Sungai Merbau, Tapah, Perak baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat UEM Sunrise, Nik Surina Suria berkata, program Kembali ke Sekolah tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Datuk Shamsudin Abu Hassan.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan bertujuan meringankan beban keluarga Orang Asli terbabit dalam menyediakan pakaian seragam dan peralatan persekolahan anak-anak mereka.

"Ia merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat kami untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat setempat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved