Selasa, 28 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thailand buntu tarikh pilihan raya

Posted:

Thailand buntu tarikh pilihan raya

Thailand buntu tarikh pilihan raya

ISTERI dan anak perempuan pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan yang mati dibunuh, Suthin Tharatin meratapi kematiannya di sebuah tokong di Bangkok semalam.


BANGKOK - Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand semalam mencadangkan agar pilihan raya umum yang dijadual pada minggu hadapan ditangguhkan untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan lagi.

Saranan itu ekoran lebih banyak pertumpahan darah diramal menyusul selepas beberapa serangan yang berlaku sejak beberapa minggu lalu.

Suruhanjaya tersebut dijadualkan menemui Perdana Menteri Sementara Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini bagi membincangkan tarikh pilihan raya yang baharu selepas Mahkamah Perlembagaan membenarkan ia ditangguhkan.

"Sebagai pegawai pilihan raya, sudah menjadi tugas kami untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar dan kami juga mahu memastikan negara ini aman sebelum proses berkenaan dilaksanakan.

"Kami tidak mahu tragedi berdarah tercetus semasa pilihan raya ini,'' kata seorang pegawai Suruhan- jaya Pilihan Raya, Somchai Srisut- thiyakorn.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Jarupong Ruangsuwan berkata, kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan tersebut dan akan meneruskan proses berkenaan mengikut jadual.

"Kami mesti meneruskan pilihan raya umum yang dijadualkan pada 2 Februari depan.

"Sebarang penangguhan adalah sia-sia dan akan memberi lebih banyak masa kepada penunjuk perasaan untuk menyerang kerajaan,'' kata beliau yang juga ketua parti pemerintah, Parti Puea Thai.

Dalam pada itu, proses pengundian awal yang berlangsung kelmarin terjejas apabila penunjuk perasaan menawan beberapa pusat pengundian manakala seorang pemimpin pembangkang maut, Suthin Tharatin selepas ditembak penyerang tidak dikenali.

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan mendesak supaya Yingluck meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pembentukan sebuah kerajaan baharu dengan anggota-anggota Kabinet yang dilantik bagi melaksanakan beberapa pembaharuan termasuk membasmi rasuah.

Yingluck membubarkan Parlimen lebih awal bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 2 Februari depan untuk meredakan konflik politik dalaman Thailand.

Namun, tindakan itu dibantah penunjuk perasaan antikerajaan dan pembangkang yang bimbang beliau akan kembali berkuasa.

Para penunjuk perasaan itu menuduh Yingluck menjadi boneka abangnya, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan di luar negara.

Pihak tentera menggulingkan Thaksin pada tahun 2006 selepas terdapat dakwaan pemerintahannya dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Reuters

Diktator Korea Utara bunuh keluarga bapa saudara

Posted:

Diktator Korea Utara bunuh keluarga bapa saudara

Diktator Korea Utara bunuh keluarga bapa saudara


JONG-UN


PYONGYANG - Saudara-mara terdekat bapa saudara pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un telah dibunuh atas arahannya.

Media Korea Selatan melaporkan bahawa anak-anak Jang Song-thaek, adik-beradik dan beberapa cucu telah dihukum mati.

Song-thaek, 67, dibunuh pada bulan lalu selepas beliau didakwa berkomplot untuk menjatuhkan rejim komunis pimpinan Jong-un.

Beberapa sumber memberitahu agensi berita Yonhap bahawa setakat ini masih tidak jelas bila pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.

Namun, kesemua mereka dihapuskan selepas kematian Song-thaek pada 12 Disember lalu.

"Beberapa saudara-mara Song-thaek ditembak mati menggunakan pistol di hadapan orang lain ketikameronta semasa diseret keluar dari kediaman mereka," kata sumber kepada Yonhap.

Antara yang dibunuh termasuk saudara perempuan Song-thaek, Jang Kye-sun dan suaminya yang juga Duta ke Cuba beserta anak saudara Song-Thaek, Jang Yong-chol bersama dua anak lelakinya.

Yong-chol pernah menjadi Duta ke Malaysia.

Korea Utara sebelum ini mengejutkan dunia berhubung pengumuman pembunuhan Song-thaek yang dilihat sebagai penaung Jong-Un.

Kematiannya merupakan perubahan politik terbesar yang berlaku di Korea Utara sejak Jong-un, 30, mengambil alih tampok pemerintahan daripada bapanya, mendiang Kim Jong-il. - Agensi

Lelaki bersahabat dengan harimau

Posted:

Lelaki bersahabat dengan harimau

Lelaki bersahabat dengan harimau


ABDULLAH SHOLEH mula menjaga Mulan ketika ia berusia tiga bulan.


MALANG, Indonesia - Seorang pelajar Islam, Abdullah Sholeh, 33, mula berkawan dengan seekor harimau Benggala, Mulan sejak ia berusia tiga bulan di kampung Dilem, timur Jawa di sini," lapor akhbar MailOnline semalam.

Penjaga Mulan, Noer Muhammad Sholeh, 51, meminta Abdullah untuk menjaga harimau itu ketika ia berumur tiga bulan.

Sejak dari itu, Abdullah sentiasa tidur, bermain, dan bergurau dengan harimau tersebut.

Pasangan itu tidak boleh dipisahkan sehinggakan Abdullah sering tidak tidur di katilnya semata-mata mahu tidur di sebelah kandang harimau peliharaannya.

Mulan kini seberat 178 kilogram dengan panjang tiga meter termasuk ekor serta setinggi satu meter.

Bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, penduduk kampung terpaksa memasang palang-palang besi untuk memisahkan pasangan tersebut apabila mereka berada bersama di dalam kandang.

Mulan makan sebanyak enam kilogram daging ayam atau kambing sebanyak dua kali sehari. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved