Sabtu, 25 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pilihan raya Thai boleh ditunda

Posted:

Pilihan raya Thai boleh ditunda

Pilihan raya Thai boleh ditunda

YINGLUCK


BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam memutuskan bahawa pilihan raya umum yang dijadual berlangsung pada 2 Februari depan boleh ditunda, lapor agensi berita Bernama.

Menurut satu kenyataan, mahkamah berkenaan turut memberi tanggungjawab kepada Perdana Menteri kerajaan sementara, Yingluck Shinawatra dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Supachai Somcharoen untuk menetapkan tarikh baharu pilihan raya.

Proses pilihan raya sepatutnya bermula Ahad ini dengan pengundian awal.

Perkembangan terbaharu itu dianggap sebagai satu tamparan kepada Yingluck kerana beliau berkeras mahu pilihan raya itu berlangsung seperti yang dijadual meskipun berdepan dengan tunjuk perasaan yang diketuai pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban.

Tunjuk perasaan di bahagian selatan, yang memperlihatkan sokongan kuat kepada PDRC, menyaksikan beberapa calon gagal mendaftar di 28 kawasan dan kakitangan SPR takut untuk bertugas di lokasi tertentu.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu itu dijangka tidak menghentikan tunjuk perasaan di ibu negara ini yang berlangsung selama beberapa bulan.

Tunjuk perasaan itu bermula dengan protes terhadap satu rang undang-undang pengampunan yang kemudian dibatalkan kerajaan.

Para penunjuk perasaan itu kemudian mendesak pembaharuan politik dilakukan, pilihan raya ditangguhkan dan peletakan jawatan Yingluck.

Terdahulu, jurucakap PDRC, Akkanat Prompan berkata, kumpulan itu tidak bercadang untuk berarak bagi mengganggu pengundian awal pada Ahad ini.

Namun, pihak PDRC berkata, rakyat berhak menentang pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata, Suthep akan mengetuai satu perarakan, yang bermula pada 10 pagi pada hari ini untuk 'menjemput' rakyat menyertai tunjuk perasaan mereka bagi mendesak Yingluck meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara.

Perarakan itu dijangka bermula dari persimpangan Ratchaprasong.

Akkanat juga berkata, perintah darurat yang diisytihar di Bangkok dan wilayah berhampiran tidak memberi kesan ke atas perhimpunan PDRC.

Para penunjuk perasaan itu mahu Yingluck meletakkan jawatan kerana beliau dianggap sebagai boneka abangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 selepas kerajaannya didakwa melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Agensi

JLo, Pitbull, Leitte nyanyi lagu bola sepak Piala Dunia

Posted:

JLo, Pitbull, Leitte nyanyi lagu bola sepak Piala Dunia

JLo, Pitbull, Leitte nyanyi lagu bola sepak Piala Dunia

PITBULL


RIO DE JANEIRO, - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberitahu penyanyi terkenal, Jennifer Lopez, Pitbull dan Claudia Leitte dari Brazil menyanyi lagu rasmi Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia di Brazil pada Jun depan.

Badan bola sepak telah membuat pengumuman itu kelmarin.

Namun, ia tidak memberitahu bila lagu "We Are One (Ole Ola)" akan diperdengarkan kepada orang ramai.

Lagu tersebut dicipta Pitbull.

Leitte berkata, dia akan menari tarian samba bersama Pitbull dan Jennifer Lopez yang turut dikenali sebagai JLo semasa membuat persembahan.

Sebelum ini, bintang pop Colombia, Shakira mencipta lagu Waka Waka pada Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan. - AP

Guna najis lembu tampal dinding rumah

Posted:

Guna najis lembu tampal dinding rumah

Guna najis lembu tampal dinding rumah


SEORANG lelaki menampal dinding rumahnya dengan najis lembu di kampung Subalpur, India semalam.


KOLKATA, India - Seorang penduduk menggunakan najis lembu untuk membina dinding rumahnya di kampung Subalpur, 240 kilometer dari sini semalam.

Penggunaan najis lembu untuk menampal dinding rumah itu sudah menjadi tradisi dalam kalangan penduduk luar bandar di India.

Menurut satu kajian saintifik, najis lembu itu boleh menyejukkan ruang di dalam rumah berkenaan.

Najis itu juga boleh membunuh bakteria yang mampu menjejaskan kesihatan manusia. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved