Khamis, 23 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua pejuang Palestin terkorban

Posted:

Dua pejuang Palestin terkorban

Dua pejuang Palestin terkorban

BEBERAPA penduduk menyaksikan sebuah kereta yang dinaiki dua pejuang Palestin terkena peluru berpandu milik tentera Israel di Beit Hanoun, Genting Gaza semalam.


GAZA - Dua pejuang Palestin terbunuh apabila kereta yang dinaiki mereka diserang tentera Israel semalam sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di wilayah berkenaan.

Para pejuang Palestin sebelum ini melancarkan beberapa serangan roket ke wilayah Israel.

Serangan itu kemudian dibalas oleh tentera Israel menerusi beberapa serangan udara yang menyebabkan beberapa pejuang Palestin terkorban.

Serangan itu berlaku setahun selepas konflik antara kedua-dua belah pihak berakhir pada November 2012 sehingga tercetusnya satu gencatan senjata melibatkan pergerakan Hamas dengan Israel.

Pasukan perubatan Palestin menyatakan, kedua-dua pejuang tersebut yang mati itu ialah Ahmad al-Zaanin, 21, dan Mahmud al-Zaanin, 23.

Mereka terkorban selepas sebuah peluru berpandu mengenai kereta yang dinaiki mereka di bandar Beit Hanoun.

Tentera Israel berkata, serangan itu menyasarkan Ahmad al-Zaanin yang merupakan ketua operasi sebuah kumpulan pejuang Palestin. - AFP

Kekacauan di Ukraine kian runcing

Posted:

Kekacauan di Ukraine kian runcing

Kekacauan di Ukraine kian runcing


SEORANG penunjuk perasaan membaling batu ke arah anggota-anggota polis di Kiev, Ukraine semalam.


KIEV - Perdana Menteri Ukraine, Mykola Azarov semalam mengecam kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan dengan menggelarkan mereka sebagai 'pengganas' selepas kekacauan di negara itu semakin meruncing.

Ramai pemerhati melihat kecaman tersebut sebagai langkah pertama Azarov bagi menamatkan kekacauan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

"Pengganas itu menangkap berpuluh-puluh orang awam dan memukul mereka. Saya secara rasmi menyatakan bahawa ia adalah suatu tindakan jenayah dan mereka perlu bertanggungjawab ekoran tindakan mereka,'' kata Azarov dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Keganasan semalam tercetus pada tarikh Hari Penyatuan Kebangsaan yang mana negara itu menyambut ulang tahun penyatuan Ukraine pada tahun 1919.

Seramai tiga orang maut dipercayai akibat ditembak dalam kekacauan pada malam kelmarin.

Konflik itu berpunca selepas kerajaan meminggirkan satu perjanjian untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan Kesatuan Eropah. - Reuters

Lapan paus pandu mati di Miami

Posted:

Lapan paus pandu mati di Miami

Lapan paus pandu mati di Miami


SALAH seekor ikan paus pandu yang mati.


MIAMI - Sebanyak lapan ekor paus pandu mati selepas haiwan berkenaan terkandas di sebuah kawasan perairan cetek di barat daya negeri Florida kelmarin.

Pihak Pengawal Pantai telah menutup kawasan berkenaan dan mengarahkan bot-bot mengurangkan kelajuan di pantai berhampiran Fort Myers ketika pihak berkuasa mencari enam lagi haiwan berkenaan yang masih hilang.

Daripada lapan ekor ikan paus yang mati itu, empat daripadanya terpaksa dibunuh oleh pakar-pakar veterinar selepas ia gagal diselamatkan.

Penyelaras Perkhidmatan Perikanan di Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan, Blair Mase berkata, pakar-pakar veterinar akan melakukan bedah siasat ke atas haiwan berkenaan. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved