Ahad, 29 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Menu tradisi dari Terengganu

Posted:

Menu tradisi dari Terengganu

Menu tradisi dari Terengganu

SATU per satu kaki lembu dibelek dengan teliti seorang wanita berusia 50 tahun di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, Terengganu.

Tanpa mengendahkan waktu berlalu, ibu kepada lima orang anak ini tekun melihat kaki-kaki lembu yang bakal direbus untuk dijadikan makanan yang sinonim dengan masyarakat negeri ini.

Sekilas pandang, riak wajah Mek Wook Endut kelihatan tenang meskipun penghasilan makanan tradisi yang dikenali sebagai rojak kateh itu menuntut waktu yang panjang dalam menuai hasil pendapatan bagi wanita ini.

Mek Wook memberitahu, dia akan membeli kaki-kaki lembu tersebut daripada peniaga atau pengusaha lembu tempatan.

"Pada kebiasaan, saya akan menggunakan kaki lembu luar negara kerana saiznya yang lebih besar berbanding lembu tempatan.

"Bagaimanapun, kaki lembu tempatan tetap digunakan dalam pembuatan rojak ini sekiranya stok kaki lembu import tiada," katanya.

Wanita yang sudah mencecah dua dekad mengusahakan perniagaan rojak kateh ini menambah, peniaga-peniaga pada kebiasaannya akan menjual empat batang kaki lembu pada harga RM30.

" Ia lebih mahal berbanding sedekad lalu yang dijual pada harga RM10 sahaja," keluhnya.

Dalam pada itu, Mek Wook memberitahu, kateh dalam loghat Pantai Timur membawa maksud kaki.

"Justeru, rojak kateh diperbuat daripada bahagian-bahagian kaki lembu termasuk tulang rawan yang merupakan tisu perantara pada sendi haiwan itu.

MOHD. FAIZAL sentiasa memantau kaki-kaki lembu yang direbus agar tidak menjadi lembik.


"Ia turut menggunakan urat yang tebal menghubungkan otot dengan tulang kaki lembu," ujarnya.

Selain kaki lembu, dia menambah, kaki kerbau turut digunakan dalam pembikinan rojak kateh ini.

Mek Wook berkata, pembuatan rojak kateh memerlukan tahap kesabaran dan tenaga yang tinggi memandangkan ia memakan masa yang banyak.

"Seawal subuh, saya akan memulakan proses membuat rojak ini dengan menyediakan kuah.

"Ia tidak memerlukan banyak ramuan tetapi hanya cili kering, gula dan cuka," ujarnya.

Mutu kuah

Menjelas lanjut, dia berkata, cili kering dikisar dan dimasak selama 30 minit.

Menurutnya, cili berkenaan perlu dimasak dengan teliti bagi memastikan mutu kuah yang terhasil, di samping mengelakkan ia cepat basi.

Selepas itu, Mek Wook memaklumkan, gula akan dimasukkan dan dimasak bersama cili berkenaan selama 30 minit lagi.

"Cuka akan dimasukkan kemudian iaitu ketika proses membungkus rojak kelak," jelasnya.

Sementara itu, anak bongsu Mek Wook, Mohd. Faizal Awang, 25, memberitahu, dia akan membantu ibunya merebus kaki-kaki lembu yang digunakan dalam pembuatan hidangan tersebut.

"Rebusan kaki-kaki lembu ini hanya menggunakan air biasa.


MEK WOOK menyediakan kayu api untuk merebus kaki-kaki lembu yang diperoleh daripada peniaga tempatan.


"Bagaimanapun, ia mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira empat hingga enam jam, bergantung kepada saiz kaki-kaki lembu ini," ujarnya.

Tambahnya, proses merebus kaki-kaki lembu tua boleh mengambil masa sehingga enam jam kerana ia lebih keras.

Elak pembaziran

Kata Mohd. Faizal, keadaan kaki lembu yang sedang direbus juga harus dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan ia terlebih masak sehingga tidak boleh digunakan untuk membuat rojak berkenaan.

"Semasa merebus, kami hanya menggunakan kayu api bagi mengelak pembaziran. Bagi kami, penggunaan dapur gas tidak berbaloi memandangkan ia memakan masa yang begitu panjang untuk merebus kaki-kaki lembu ini.

"Saya akan memindahkan kaki-kaki lembu yang telah disiap direbus daripada tong besi yang menjadi medium rebusan ke dalam sebuah raga," ujarnya.

Mohd. Faizal, yang kelihatan berpeluh akibat mengendalikan bara api rebusan menambah, kaki-kaki lembu yang telah direbus akan disejukkan selama satu jam sebelum Mek Wook memisahkan urat-urat dari tulang.

Dalam pada itu, Mek Wook berkata, dia akan menggunakan pisau tajam untuk memisahkan urat-urat pada bahagian kaki lembu berkenaan.

"Saya turut akan mengasingkan lemak daripada urat-urat ini untuk memastikan kualiti rojak kateh tidak terjejas," jelasnya.

Mek Wook memberitahu, proses memasak yang panjang itu juga menyebabkan kuku kaki lembu dapat ditanggalkan dengan mudah dan hanya perlu diumpil dengan pisau bagi membolehkan urat pada bahagian itu diambil.

"Selepas selesai proses pengasingan urat, ia akan dipotong kecil dan dibersihkan sebanyak empat hingga lima kali," ujarnya.

Dia menambah, selepas itu, urat-urat berkenaan akan dibungkus bersama kuah rojak sebelum diedarkan kepada para peniaga di Pasar Besar Kedai Payang.

Menurutnya, seekor lembu ataupun empat batang kaki lembu mampu menghasilkan kira-kira 100 bungkus rojak kateh.

"Saya akan menjual rojak kateh pada harga RM1 dan menghantar dalam 50 hingga 60 bungkus kepada peniaga, bergantung kepada permintaan mereka iaitu sama ada sehari atau seminggu.

"Namun, ada juga sesetengah pembeli yang akan mendapatkan rojak ini apabila menganjurkan majlis di rumah mereka. Ini sekali gus meningkatkan lagi pendapatan kami," katanya.

URAT lembu dicampur bersama kuah sebelum dijual.


Makanan pilihan pengunjung

Seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Mohd. Nasir Mahmud, 47, memberitahu, permintaan rojak kateh juga agak tinggi semasa musim cuti persekolahan.

"Kadangkala saya mampu menjual sehingga 200 bungkus sehari. Ia lebih banyak apabila berlangsungnya majlis-majlis keraian.

"Rojak kateh bukan sahaja diminati penduduk setempat tetapi juga pelancong luar yang datang ke sini," ujarnya.

Mohd. Nasir memberitahu, dia menjual rojak itu pada harga RM1 sebungkus dan ada kalanya, terdapat pelanggan yang membeli sehingga lebih 10 bungkus.

Seorang lagi peniaga, Nafikah Mohammad, 70, memberitahu, cara pembuatan rojak kateh memainkan peranan penting kerana ia boleh menentukan ketahanan rojak kateh.

"Terdapat rojak kateh yang mampu bertahan sehingga seminggu. Justeru, adalah penting bagi para penguasa memberi tumpuan terhadap pembuatan hidangan ini," katanya.

Peninju ubah masa depan negara

Posted:

Peninju ubah masa depan negara

Peninju ubah masa depan negara


NI OO (kanan) berjaya menewaskan pesaingnya dari Filipina pada peringkat akhir tinju wanita kelas 57 kilogram.


TEGAP, gagah dan tumbukan tangan kiri yang padu, pemenang pingat emas acara tinju dari Myanmar, Nwe Ni Oo berjaya merubah imej wanita di negara konservatif itu.

Linangan air mata peninju berusia 19 tahun itu pada majlis penyampaian pingat Sukan SEA 2013 di Naypyidaw baru-baru ini telah menyentuh hati ramai pihak. Dia memenangi pingat emas setelah berjaya menewaskan pesaingnya dari Filipina pada peringkat akhir tinju wanita kelas 57 kilogram.

"Ia suatu yang mengujakan kerana sebelum ini, saya tidak pernah bersaing dengan warga asing. Saya gembira dapat berlawan di hadapan penyokong tempatan," katanya.

Kejayaan remaja yang dilihat membuka jalan kepada atlet wanita lain untuk mewakili Myanmar di kejohanan-kejohanan sukan serantau. Sebelum ini, sejak tahun 2001, Myanmar gagal memenangi pingat emas ekoran kekurangan sokongan kewangan semasa era pemerintahan junta dan sokongan awam.

Keluar daripada bayangan pemerintahan tentera, Myanmar berbangga dengan reputasinya sebagai sebuah negara yang mempunyai kesaksamaan jantina dalam sebuah rantau yang dibelenggu dengan keganasan terhadap wanita.

Anak tempatan yang juga merupakan pemenang Anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi dan wanita lain di negara berkenaan diberi hak sama rata di bawah undang-undang baharu, menikmati status sosial lebih tinggi berbanding wanita di India dan China.

Namun demikian, kaum wanita masih perlu mengharungi cabaran besar di negara miskin itu.

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dua pertiga daripada wanita di Myanmar tergolong dalam tenaga buruh kurang mahir dengan upah rendah, sementara hanya 18 peratus mendapat pendidikan peringkat menengah dan tinggi sekali gus menghalang prospek masa depan mereka.

Myanmar yang berpegang teguh pada ajaran Buddha dan tradisi menuntut kaum Hawa untuk berpakaian sopan, terutamanya di kawasan-kawasan desa.

Rentetan itu, pihak penganjur Sukan SEA ke-27 di negara itu mengecualikan acara gimnastik dan bola tampar pantai atas kepercayaan disebabkan pakaian yang dikenakan oleh atlet sukan tersebut terlalu seksi.

Pujian

Atlet wanita telah menerima pujian di atas pencapaian yang diperoleh dalam acara sukan yang mereka ceburi, daripada sukan tradisional Myanmar seperti Chinlone mahupun bola sepak.

Namun, pasukan tinju wanita telah mendapat pujian khas apabila memperoleh satu emas, satu perak dan dua gangsa bagi membantu pungutan pingat keseluruhan Myanmar.

Walaupun beraksi penuh bersemangat ketika di gelanggang, Ni Oo merupakan seorang yang sangat merendah diri ketika di luar.

Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia menceburi bidang sukan untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk keluarganya yang tinggal di selatan negara itu.


TANGISAN NI OO pada majlis penyampaian pingat Sukan SEA 2013 menyentuh hati banyak pihak.


"Keluarga sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya terutamanya, bapa yang berharap saya menjadi peninju terbaik," kata remaja berbadan kecil ini kepada AFP.

Kemenangannya dianggap luar biasa memandangkan dia hanya bergiat dalam sukan itu tiga tahun lalu dan mempunyai berat dua kilogram lebih ringan untuk kategorinya di acara sukan serantau itu.

Bagi pemerhati, kemenangan atlet-atlet wanita dalam Sukan SEA kali ini membawa erti yang lebih bermakna daripada sekadar pungutan pingat.

Kesaksamaan

Menurut aktivis kesaksamaan jantina, May Sabe Phyu, sukan boleh meningkatkan lagi peranan wanita di negara tersebut.

"Apabila wanita memenangi pingat, ia menunjukkan kita juga mampu mencapai kejayaan seperti kaum lelaki," katanya sambil menambah dia mahu melihat keseimbangan yang lebih baik dalam pentadbiran kerajaan.

Pendapatnya juga telah dibentangkan dalam satu taklimat ringkas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyatakan, masih banyak yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat mewujudkan kesaksamaan gender, antaranya menambah penglibatan wanita dalam masyarakat dan menangani halangan norma-norma budaya.

Dalam pada itu, semasa bercakap dalam satu forum wanita di Yangon baru-baru ini, Suu Kyi berkata, ketika era pemerintahan junta, wanita dibebankan dengan tanggungjawab menjaga keluarga,

"Setelah menjadi sebuah negara terbuka, kaum wanita berazam untuk sama-sama membantu membangunkan negara ini.

"Kami mahu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan mengambil peranan yang lebih penting," katanya.

Bagi atlet tempatan, Sukan SEA merupakan peluang bagi kegemilangan peribadi dan memainkan peranan dalam perubahan politik, ekonomi dan sosial.

Kejohanan yang berlangsung sehingga 22 Disember lalu itu membuka ruang baharu bagi peninju-peninju wanita tempatan sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu.

"Wanita Myanmar sangat tradisional dan kebanyakannya tidak pandai bertinju. Saya berasa besar hati kerana diberi peluang membantu wanita bertinju dan bersaing dalam sukan lain," kata Aung San Oo, bekas peninju yang telah melatih Ni Oo dalam kejohanan tersebut. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Diarak motosikal berkuasa tinggi sebelum berkhatan

Posted:

Diarak motosikal berkuasa tinggi sebelum berkhatan

Diarak motosikal berkuasa tinggi sebelum berkhatan

SEBAHAGIAN daripada pemilik motosikal berkuasa tinggi bergambar bersama kanak-kanak yang menyertai program berkhatan beramai-ramai sebelum diarak menaiki motosikal berkuasa tinggi itu di Taman Seri Jelok, Kajang, Selangor baru-baru ini.


KHATAN. Seramai 32 orang kanak-kanak menyertai program berkhatan beramai-ramai di Taman Seri Jelok, Kajang, Selangor.

Program anjuran Surau Al-Asmah, Taman Seri Jelok itu turut mendapat kerjasama Panel Penasihat Klinik Kajang.

Lebih 500 penduduk berkumpul memeriahkan program yang turut menyaksikan kanak-kanak terbabit diarak menaiki motosikal berkuasa tinggi di sekitar taman perumahan tersebut.

Ekspedisi Amal YMSC bantu keluarga miskin

Posted:

Ekspedisi Amal YMSC bantu keluarga miskin

Ekspedisi Amal YMSC bantu keluarga miskin


SEBAHAGIAN daripada peserta Ekspedisi Amal YMSC bergambar sebelum memulakan perjalanan membantu fakir miskin di daerah Sik dan Baling, Kedah di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


KONVOI AMAL. Sebanyak 40 ahli Kelab Sukan Pemuda Islam Pulau Pinang (YMSC) menyertai Ekspedisi Amal YMSC ke daerah Sik dan Baling, Kedah bagi membantu golongan miskin di daerah itu baru-baru ini.

Presiden YMSC, Munower Sadiq Kader Sultan berkata, ekspedisi sehari itu itu disertai 10 buah kenderaan yang berlepas dari Lebuh King, George Town.

Menurutnya, sebanyak 30 keluarga telah dikenal pasti untuk dibantu sempena ekspedisi tersebut.

Menurut beliau, setiap keluarga menerima barangan keperluan harian bernilai RM100 dan wang tunai RM50 serta sebuah motosikal bagi kegunaan harian.

300 pelajar dapat bantuan beg sekolah

Posted:

300 pelajar dapat bantuan beg sekolah

300 pelajar dapat bantuan beg sekolah


PARA pemimpin masyarakat setempat bergambar bersama pelajar penerima yang menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis di Kota Tinggi, Johor baru-baru.


BEG BAHARU. Seramai 300 pelajar sekolah rendah kurang berkemampuan di kawasan Tenggara mendapat bantuan beg sekolah dan alat tulis sumbangan Biro Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Tenggara, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Majlis penyerahan bantuan itu diadakan di Balai Raya Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Sekretariat Anak Johor Darul Takzim (Sejati), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Kelab Berkereta Royal Star Johor.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pelajar Singapura maut di Gunung Stong

Posted:

Pelajar Singapura maut di Gunung Stong

Pelajar Singapura maut di Gunung Stong

Oleh ADHAM SHADAN dan SAMSUL BAHARI MOHAMED
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba mengikat mayat Jun Jie yang ditemui mati terjatuh ke dalam Kolam Tok Merah di Gunung Stong semalam.


KUALA KRAI – Keterujaan 23 pelajar Universiti Nasional Singapura untuk menikmati panorama indah dari Kem Baha, Gunung Stong, Dabong dekat sini bertukar menjadi igauan ngeri apabila salah seorang daripada mereka maut terjatuh dari tebing gunung itu petang kelmarin.

Sebelum kejadian pada pukul 7 petang, mangsa Lee Jun Jie, 23, tergelincir semasa berada di tepi tebing untuk melihat pemandangan indah matahari terbenam.

Mangsa terus terjunam ke dalam kolam semula jadi Kolam Tok Merah di kawasan Air Terjun Jelawang dari ketinggian 10 meter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga sahabat maut dalam gelap

Posted:

Tiga sahabat maut dalam gelap

Tiga sahabat maut dalam gelap

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS dan
SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
berita@kosmo.com.my


KIRI: Muhammad Syahid, Muhamad Amirul, Mohd. Akbar


KUALA NERANG - Niat seorang pekerja kedai memproses getah sekerap untuk menghantar makanan yang dibeli di pasar malam buat ibu tersayang terkubur apabila dia maut bersama dua rakannya dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal yang ditungganginya bersama rakan-rakan.

Dalam kejadian pukul 9 malam kelmarin di Kilometer 8, Jalan Kuala Nerang-Jitra di Kampung Kurung Hitam di sini itu menyebabkan mangsa, Muhammad Syahid Salim, 21, dan dua rakannya iaitu Mohd. Akbar Sanusi, 18, dan Muhamad Amirul Akbar Jaafar, 20, maut di tempat kejadian.

Jarak rumah Muhammad Syahid dan Mohd. Akbar yang juga pekerja kedai proses getah sekerap di Kampung Nai Teh di sini dengan lokasi kemalangan kira-kira lima kilometer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kena kerja terus sampai mati

Posted:

Kena kerja terus sampai mati

Kena kerja terus sampai mati

KUALA LUMPUR - Kedatangan tahun baharu 2014 bukanlah suatu perkara yang menggembirakan bagi golongan pekerja di seluruh dunia yang kini berdepan dengan krisis persaraan global.

Satu tinjauan yang dibuat oleh agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) mendapati krisis persaraan global kini semakin membebankan pekerja di pelbagai peringkat umur.

Krisis tersebut menyebabkan kebanyakan pekerja terpaksa bekerja sehingga melebihi umur persaraan yang ditetapkan iaitu pada umur 65 hingga 70 tahun ataupun lebih.

Menurut AP, ini berikutan krisis kemelesetan ekonomi dan kewangan pada tahun 2008 yang menjejaskan kedudukan sosioekonomi seluruh pekerja di dunia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Novel tema cinta, kekeluargaan emosi

Posted:

Novel tema cinta, kekeluargaan emosi

Novel tema cinta, kekeluargaan emosi

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

PENGGEMAR bacaan ilmiah dan fiksyen tidak melepaskan peluang menambah koleksi buku yang ditawarkan pada harga murah di Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KALI pertama bertentang mata dengan novelis muda yang berselindung di sebalik nama Ayumi Syafiqah, fikiran diburu perasaan sangsi. Adakah benar gadis pendiam tersebut penulis asal novel Tak Mampu Menjaga Cintamu?

Perwatakan gadis berusia 20 tahun itu disifatkan terlalu pemalu dan tidak banyak berbicara di luar topik yang dibincangkan. Dia seperti menjaga setiap tutur perkataannya.

Ketika ditebak soalan, bagaimana dia menghasilkan naskhah cinta yang sarat dengan emosi dalam masa singkat iaitu selama sebulan setengah? Ayumi Syafiqah tidak mengambil masa lama untuk menjawab persoalan tersebut.

"Saya suka menulis kerana boleh menjadi orang lain ketika menulis. Saya menyelami emosi setiap watak yang digambarkan dalam cerita.

"Selain itu, menulis juga membuatkan saya boleh lari seketika daripada dunia realiti terutama ketika sedang menghadapi masalah peribadi atau pelajaran," ujarnya ketika ditemui pada Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ayumi Syafiqah atau nama sebenarnya Ummi Syafiqah Zaki merupakan pelajar tahun kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat di Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana di Shah Alam, Selangor.

Ilham

Setakat ini, gadis yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu itu berjaya menghasilkan tiga novel iaitu Kau Pemilik Hatiku, Status Hati: Dia Milikku dan Tak Mampu Menjaga Cintamu. Kesemua novel tersebut sudah berada di pasaran dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca setia novel tanah air.

AYUMI SYAFIQAH mengakui tidak melalui alam percintaan tetapi gemar menjadikan lagu sebagai ilham ketika menulis novel cinta.


Ayumi Syafiqah kerap mendapat ilham untuk dijadikan plot dalam novelnya melalui penghayatan lagu dan ada juga yang diinspirasikan daripada drama bersiri Inggeris.

Menurutnya, novel Tak Mampu Menjaga Cintamu mengetengahkan tema cinta dan kekeluargaan. Kisah yang diolah banyak bermain emosi dan air mata, ia jauh berbeza dengan dua novelnya sebelum ini yang lebih kepada kisah santai.

Namun, naskhah tersebut bukan sekadar kisah cinta Uda dan Dara tetapi mengangkat tema kasih sayang kekeluargaan dan kepercayaan teguh dalam hidup berpasangan.

Dikecewakan

Novel berkenaan mengisahkan tentang gadis bernama Anatasya yang pernah dikecewakan lelaki yang sangat disayanginya. Ekoran cinta yang mendalam, dia gagal melihat siapa sebenarnya lelaki bernama Naqiu.

Teguran dan amaran daripada rakan baiknya tidak diendahkan sehingga Anatasya sanggup menuduh mereka sengaja ingin memutuskan hubungannya dengan lelaki hidung belang tersebut.

Tidak lama menjalin cinta, akhirnya Anatasya dan Naqiu telah terlanjur. Selepas kejadian itu, Naqiu pergi meninggalkan Anatasya menangisi nasibnya.

Ketika itu, segala-galanya sudah terlambat kerana Naqiu cuma berniat mempermainkannya. Beberapa tahun kemudian, Anatasya semakin matang meneruskan hidup.

Dia menanam tembok kebencian yang tinggi terhadap kaum lelaki disebabkan peristiwa hitam yang masih berbekas hingga kini. Namun, dalam satu insiden, dia bertemu Naqiu untuk kali kedua.

Apakah yang terjadi seterusnya? Pembaca perlu mendapatkan novel terbitan Love Novel Enterprise tersebut bagi mengetahui pengakhiran dilema yang dilalui oleh watak utama iaitu Anatasya.

Urusan perbankan lebih selesa bersama AmBank

Posted:

Urusan perbankan lebih selesa bersama AmBank

Urusan perbankan lebih selesa bersama AmBank


SURAYA (kanan) bersalam dengan Sunny pada majlis perasmian pembukaan semula cawangan AmBank Sungai Bakap, Pulau Pinang.


PENYEDIA nombor satu pembiayaan kereta, AMMB Holdings Berhad (AmBank), baru-baru ini merasmikan pembukaan semula cawangan Sungai Bakap, Pulau Pinang yang berkonsep lebih mesra pelanggan dengan reka bentuk lebih segar.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Ketua Pengagihan Runcit AmBank, Suraya Hassan, pengubahsuaian itu berpandukan konsep AmConnective bertujuan memberi pengalaman baharu dan keselesaan kepada pelanggan ketika membuat urusan perbankan.

"Matlamat Kumpulan AmBank adalah menjadi peneraju dalam memberi keselesaan kepada pelanggan dan kakitangan kami," katanya.

Tambahnya lagi, proses pengubahsuaian tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat di seluruh cawangan AmBank di Wilayah Utara.

Dalam pada itu, bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, cawangan Ambank itu turut menyediakan perkhidmatan perbankan pada hujung minggu iaitu pada hari Ahad minggu pertama dan terakhir setiap bulan.

Selain itu, cawangan tersebut turut mempunyai akses tempat letak kereta yang lebih baik dan mencukupi bagi menampung peningkatan jumlah pelanggan pada waktu puncak.

Cawangan itu turut menyediakan kaunter pertanyaan di depan pintu masuk bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan dan produk yang memenuhi kehendak mereka.

"Sungai Bakap semakin berkembang dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju, pekan ini hanya dipisahkan dengan jarak 15 kilometer dengan jambatan kedua Pulau Pinang.

"Kami menyedari perubahan pesat bandar raya ini dan kami komited untuk berkembang bersama-sama dengan masyarakat Wilayah Utara yang merangkumi Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis," kata Suraya.

Sebagai sebahagian daripada tawaran khas pembukaan cawangan tersebut pada 23 Disember lalu, pelanggan akan menikmati pelbagai promosi hebat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee ambil pendirian positif

Posted:

Kim Swee ambil pendirian positif

Kim Swee ambil pendirian positif

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KIM SWEE (dua dari kanan) tetap komited untuk melaksanakan tugas sebagai pengendali sementara Harimau Malaya.


DATUK Ong Kim Swee tetap komited untuk melaksanakan tugasnya sebagai jurulatih sementara skuad Harimau Malaya.

Biarpun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan terdapat calon lain bakal menyandang 'kerusi panas' bagi menggantikan tempat Datuk K. Rajagobal, Kim Swee mengakui fokusnya tidak terjejas berhubung perkara itu.

"Sudah jelas sebelum ini saya hanya dilantik sebagai pengendali sementara Harimau Malaya. Jadi, sepatutnya tiada sebarang spekulasi timbul mengenai perkara ini.

"Jika sudah ada calon sesuai (pengendali tetap Harimau Malaya), masanya pasti tiba tidak kira cepat atau lambat dan saya tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perkara itu," katanya kepada Kosmo! semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengesahkan jurulatih kelahiran Perancis, Philippe Omar Troussier merupakan antara calon dari Eropah yang paling hampir untuk dipertimbangkan bagi mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Tengku Abdullah dilaporkan berkata, hanya faktor kewangan semasa FAM yang mengekang hasrat pengambilan segera Troussier sebagai jurulatih tetap Harimau Malaya.

Ini kerana Troussier dilapor menuntut gaji lebih RM416,000 sebulan sehingga menyebabkan FAM memerlukan suntikan kewangan dari pihak penaja bagi memenuhi tuntutan jurulatih itu.

Senario itu juga dilihat seakan-akan menutup ruang buat Kim Swee mengendalikan skuad Harimau Malaya secara tetap biarpun beliau antara calon popular dalam kalangan peminat tempatan bagi menggantikan Rajagobal yang tidak lagi disambung kontrak oleh FAM.

Selain Troussier, antara nama-nama jurulatih asing yang disebut-sebut menyandang 'kerusi panas' itu termasuklah bekas penolong jurulatih Liverpool, Alex Milner; Marcel Desailly (Perancis); Bobby Houghton (England) dan juga bekas pengendali Singapura, Radojko Avramovic.

Kali terakhir skuad kebangsaan menerima sentuhan jurulatih asing ialah pada 2004 di bawah kendalian jurulatih kelahiran Hungary, Bertalan Bisckei.

Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu buat masa ini beliau belum membuat sebarang perancangan buat Harimau Malaya menjelang aksi terakhir kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen pada Mac tahun depan.

"Masih terlalu awal terutamanya mengenal pasti senarai pelatih dan sebagainya.

"Buat masa ini, semua pemain juga sedang bercuti, jadi berkemungkinan besar sesi latihan akan diadakan dalam tempoh seminggu dua lagi," jelas Kim Swee yang masih diberi kepercayaan membimbing skuad Harimau Muda A.

Sebagai rekod, mendiang Bertalan Bicskei merupakan jurulatih asing yang terakhir membimbing skuad negara iaitu dari 2004 hingga 2005.

Sebelum Bicskei, antara jurulatih luar yang pernah membimbing skuad negara ialah Alam Harris dari England, Hatem Souissi (Tunisia) dan Claude Le Roy (Perancis).

Angkat berat ada alasan gagal

Posted:

Angkat berat ada alasan gagal

Angkat berat ada alasan gagal

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


FAIZ (kanan) dan Nor Khasidah menunjukkan pingat gangsa yang dimenangi pada temasya Sukan SEA di Myanmar baru-baru ini.


KEM angkat berat negara hampir dimalukan pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar yang berakhir Ahad lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Faiz Musa dan Nor Khasidah Abdul Halim muncul penyelamat apabila masing-masing membawa pulang satu pingat gangsa.

Menurut pengurus skuad angkat berat negara, Abdullah Awang, kekurangan kejohanan baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa menjadi antara penyebab anak-anak buahnya gagal menyerlah di Myanmar.

"Terlalu sukar untuk mencari bakat untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa terutama atlet wanita.

"Dengan jangka hayat yang agak pendek seperti mempunyai komitmen keluarga, pencarian bakat juga terhad kepada saingan pada Sukan Malaysia (Sukma).

"Jika kejohanan peringkat kebangsaan atau negeri, memang tidak banyak, malah hampir tiada kecuali di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.

"Jadi, bagaimana kami mahu mencari pelapis andai ruang dan peluang mengadakan pertandingan di peringkat tempatan sendiri hampir tidak ada," ujar Abdullah.

Abdullah menambah, jika ada kejohanan di peringkat Asia sekalipun, kebanyakan peluang itu ditutup dengan pelbagai 'masalah teknikal'.

"Bukan alasan tetapi inilah hakikatnya. Bukan tiada atlet negara yang bagus tetapi tanpa pengalaman dan pendedahan, mana mungkin mereka dapat menyaingi atlet Thailand, Indonesia dan Myanmar yang sering saja bertanding," tambahnya.

Pada temasya di Myanmar, Mohd. Faiz dan Nor Khasidah masing-masing meraih gangsa dalam kategori 94 kilogram (kg) dan 69kg.

Atlet negara yang turut mengambil bahagian ialah Mohd. Hafifi Mansor bagi kategori 69kg, Muhammad Aznil Bidin (56kg), Constantine Clement (62kg), Azizah Fadzil (53kg), Frenceay Titus (58kg) dan Elyone Matin (63kg).

Arsenal tutup tirai 2013 di puncak

Posted:

Arsenal tutup tirai 2013 di puncak

Arsenal tutup tirai 2013 di puncak


JARINGAN Giroud (tengah) menerusi tandukan berjaya membantu Arsenal menewaskan Newcastle 1-0 semalam sekaligus meraih tiga mata penuh untuk kekal sebagai pendahulu Liga Perdana England.


LONDON – Arsenal menutup tirai 2013 dengan bergaya apabila kekal sebagai pendahulu Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Newcastle United pada aksi terakhir Liga Perdana England tahun 2013, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan The Gunners berjaya memintas Manchester City sekaligus kembali menghuni tangga teratas.

Penyerang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud muncul wira buat Arsenal selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan yang berpunca daripada sepakan percuma Theo Walcott pada minit ke-65.

Walaupun Newcastle terus memperhebatkan serangan bagi mencari gol penyamaan namun kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel perlawanan tamat.

Tiga mata berharga itu ternyata penting buat skuad kendalian Arsene Wenger dalam usaha memburu kejuaraan trofi pertama dalam tempoh lapan tahun.

Sementara itu, Everton turut melakar kemenangan dengan menewaskan Southampton 2-1 dalam satu lagi aksi Liga Perdana England di Goodison Park, semalam.

Everton terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit kesembilan perlawanan menerusi Seamus Coleman menjadikan kedudukan 1-0 buat tuan rumah.

Namun, penyerang Sunderland, Gaston Ramirez berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol pada minit ke-71.

Berselang tiga minit kemudian, penyerang pinjaman Everton daripada Chelsea, Romelu Lukaku menjaringkan gol kemenangan skuad kendalian Roberto Martinez itu untuk membolehkan mereka melonjak ke tangga keempat liga. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


18 maut dalam nahas lori pikap dan lori pengangkut tepung

Posted:

18 maut dalam nahas lori pikap dan lori pengangkut tepung

18 maut dalam nahas lori pikap dan lori pengangkut tepung

29/12/2013 10:02pm

JAKARTA - Sejumlah 18 orang, yang sedang dalam perjalanan untuk menziarahi jenazah di sebuah kampung lain, maut apabila lori pikap yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori pengangkut tepung di Tongas, Probolinggo, Jawa Timur, petang semalam.

Pihak berkuasa berkata, kemalangan jalan raya yang disifatkan sebagai yang terburuk pada penghujung tahun 2013 itu, berlaku pada kira-kira pukul 4 petang ketika lori pikap yang sarat membawa 32 penumpang itu dilaporkan sedang memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan lori berkenaan.

Pelanggaran itu mengakibatkan sejumlah penumpang lori pikap itu tercampak dari kenderaan itu dan 15 daripada mereka maut di tempat kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Jawa Timur, Awi Setiyono berkata, polis masih menyiasat rapi untuk mengenal pasti punca kemalangan itu, sama ada kesalahan manusia, keadaan jalan yang kurang baik atau keadaan kenderaan yang tidak sesuai.

Media tempatan melaporkan suasana pilu di Hospital Umum Tongas apabila keluarga mangsa menuntut jenazah yang terkorban.

Jenazah kesemua mangsa kemalangan itu dikebumikan tadi. - Bernama

Dua pemuda ditahan dipercayai miliki dua pucuk pistol tiruan

Posted:

Dua pemuda ditahan dipercayai miliki dua pucuk pistol tiruan

Dua pemuda ditahan dipercayai miliki dua pucuk pistol tiruan

29/12/2013 9:46pm

KOTA BHARU - Dua pemuda, masing-masing berusia 19 tahun, ditahan polis selepas dipercayai memiliki dua pucuk pistol tiruan ketika pemeriksaan di sebuah rumah kedai tanpa nombor di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd Rafar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, suspek pertama yang juga seorang pelajar, berada dalam keadaan mencurigakan ditahan di hadapan rumah kedai berkenaan dan pemeriksaan tubuh tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

Idris berkata, anggota polis kemudiannya masuk ke dalam rumah kedai itu dan membuat pemeriksaan badan ke atas suspek kedua, seorang penganggur, dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

"Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di sebuah bilik di rumah kedai tersebut kami menemui sepucuk pistol tiruan berwarna perak bertulisan Dam Wesson yang berisi enam butir peluru berwarna kekuningan dan sepucuk lagi pistol tiruan berwarna coklat kehitaman berisi satu kelopak kosong berwarna perak.

"Polis turut menemui kelopak kosong berwarna hitam dan sebungkus plastik cerah mengandungi bebola plastik kecil berwarna putih," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selain memiliki senjata api tiruan, kedua-dua suspek turut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kejadian pecah rumah di Pengkalan Chepa, katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tiruan tanpa lesen. - Bernama

Empat bahagian di Sarawak dilanda banjir

Posted:

Empat bahagian di Sarawak dilanda banjir

Empat bahagian di Sarawak dilanda banjir

29/12/2013 8:36pm

KUCHING - Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata, beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter.

Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan.

Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).

Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lagi korban tunjuk perasaan Thai

Posted:

Lagi korban tunjuk perasaan Thai

Lagi korban tunjuk perasaan Thai

SEORANG lelaki meninjau lokasi seorang penunjuk perasaan mati ditembak di sebuah kem kumpulan penentang Yingluck dekat Rumah Kerajaan semalam.


BANGKOK - Dua orang terbunuh semalam pada tunjuk perasaan yang diadakan di sini bagi membantah pilihan raya umum Thailand yang dijadualkan akan diadakan pada 2 Februari tahun depan.

Salah seorang daripada mereka merupakan seorang lelaki yang bertugas mengawal tempat perhimpunan anggota-anggota kumpulan yang dikenali sebagai Rangkaian Pelajar dan Rakyat Bagi Pembaharuan Thailand.

Dia ditembak mati oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali berhampiran Rumah Kerajaan di sini pada kira-kira pukul 3 pagi.

Mangsa itu dikenali sebagai Jamrieng Jitwat, 31, dari wilayah Prachuab Khiri, Selatan Thailand.

Tiga orang lagi cedera dalam serangan itu.

Kumpulan tersebut adalah antara pihak yang cuba menghalang urusan pendaftaran calon-calon pilihan raya di Stadium Thailand-Jepun di Dindaeng, Bangkok sejak beberapa hari lalu.

Seorang lagi yang terbunuh merupakan penunjuk perasaan yang menentang pentadbiran Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Dia mati terkena peluru senjata api milik seorang lelaki yang melepaskan tembakan rambang pada satu perhimpunan tunjuk perasaan bagi membantah pilihan raya tersebut.

Menurut agensi berita Bernama, sehingga pukul 6 petang kelmarin, kira-kira 153 orang cedera ekoran pertempuran melibatkan anggota-anggota polis pencegah rusuhan dengan para penunjuk perasaan.

Pada pertempuran itu, seorang sarjan mejar polis, Narong Pitisilp, 45, dan seorang lelaki berusia 30 tahun, Wasu Sujantana turut terbunuh.

Dalam pada itu, 53 parti politik telah mendaftar untuk menyertai pilihan raya itu.

Pemimpin penunjuk perasaan itu, Suthep Thaugsuban berikrar akan melumpuhkan Bangkok pada hari mengundi kerana kumpulannya membantah pilihan raya tersebut.

Para penunjuk perasaan itu telah berhimpun di sini sejak bulan lalu sebagai usaha untuk menggulingkan Yingluck yang dianggap sebagai boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan.

Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang berlaku pada September 2006 selepas kerajaannya didakwa para penunjuk perasaan dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Namun, parti pimpinan Yingluck, Pheu Thai dijangka memenangi semula pilihan raya tersebut menyebabkan para penunjuk perasaan berusaha untuk menghalang urusan pendaftaran calon-calon yang bakal bertanding itu. - Agensi

Berus badan ketam lelabah

Posted:

Berus badan ketam lelabah

Berus badan ketam lelabah


SEORANG penyelam mencuci badan ketam lelabah dengan menggunakan berus gigi di Akuarium Epson Shinagawa Aqua di Tokyo semalam.


TOKYO - Seorang penyelam mencuci badan ketam lelabah dengan menggunakan berus gigi di Akuarium Epson Shinagawa Aqua di sini semalam.

Para pekerja akuarium itu membersihkan badan hidupan marin dan cermin akuarium tersebut menjelang ketibaan tahun baharu 2014.

Sejumlah pengunjung turut menyaksikan para pekerja itu melakukan kerja-kerja pembersihan badan haiwan dan dinding cermin akuarium tersebut. - Agensi

Jet Li hidap penyakit tiroid

Posted:

Jet Li hidap penyakit tiroid

Jet Li hidap penyakit tiroid


JET LI


HONG KONG - Bintang filem aksi Hollywood, Jet Li mengaku dia kini menjalani rawatan penyakit tiroid, lapor portal berita hiburan, Hollywood Reporter semalam.

Bagaimanapun, Li yang berusia 50 tahun berkata, dia kini mengambil ubat-ubatan sebagai cara untuk pulih daripada penyakit itu.

"Saya kini menghidap hipertiroidisme. Kadangkala saya kehilangan berat badan sebanyak 15 kilogram (kg). Namun, ada ketikanya, berat badan saya naik sebanyak 15kg. Ketika ini, saya kelihatan gemuk.

"Saya tidak berpeluang untuk menurunkan berat badan kerana rawatan perubatan yang saya jalani itu melibatkan kawalan denyutan jantung. Justeru, saya tidak boleh melakukan senaman.

"Saya akan menunggu sehingga doktor menyatakan, saya boleh melakukan senaman ringan sebelum saya bertindak menurunkan berat badan," kata Li.

Dia telah disahkan menghidap tiroid aktif pada tahun 2010 dan hanya mengambil ubat-ubatan untuk mengawalnya.

Namun, penyakitnya itu menjadi semakin serius sejak kebelakangan ini.

Penyakit yang dialami Li itu menyebabkan dia mengalami peningkatan kadar metabolisme asas, gangguan sistem saraf autonomi, perasaan gelisah, kadar denyutan jantung meningkat, pengambilan air yang berlebihan dan berlaku penurunan berat badan walaupun selera makan meningkat.

"Saya hanya manusia biasa seperti orang lain.

"Saya bukan Wong Fei Hung (watak dalam sebuah filem yang dilakonkannya)," kata Li.

Dia pernah menjadi juara seni mempertahankan diri kungfu.

Li mula melibatkan diri dalam bidang lakonan sekitar tahun 1980-an.

Dia menjadi terkenal apabila membintangi filem Once Upon a Time in China pada tahun 1990-an.

Antara filem Hollywood yang pernah dilakonkannya ialah Lethal Weapon 4 dan Romeo Must Die.

"Saya dalam kesakitan, tetapi saya masih lagi belum menderita," katanya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Status album macam kad nama - Azlan

Posted:

Status album macam kad nama - Azlan

Status album macam kad nama - Azlan

SEPERTI santainya dia menghulurkan salam sebelum memulakan perbualan, prinsip hidupnya juga mudah. Dia harus terus bergerak, tidak boleh terus berada di takuk lama dan tidak perlu takut berdepan risiko.

Ungkapan selamba itu tidak hanya lancar di bibir. Penjelajahan yang telah dilalui sepanjang lebih 10 tahun bereksperimentasi dengan muzik hampir membenarkan segala kata-kata vokalis hebat.

Azlan pernah merentasi perjalanan nyanyian bersama Meet Uncle Hussein (MUH), namun bermula 2009, layar bahteranya bertukar corak. Bersama-sama grup yang dikenali sebagai Azlan & The Typewriter, pelantun lagu Tanda-Tanya yang masih mencalonkan dirinya dalam senarai lima vokalis unggul lelaki dalam Anugerah Industri Muzik ke-20 itu ternyata masih ampuh.

Ditemani rakan-rakan yang sudah menjadi saudara permuafakatan muziknya termasuklah Andy (gitaris), Kee (gita kedua), Zack (dram) dan Man (bass), Azlan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee itu bersedia membentangkan sebuah lagi karya bernama album.

"Sebenarnya single pertama daripada album berkenaan yang bertajuk Bukan Ugutan sudah pun dilancar ke YouTube dan dihantar ke radio-radio," tutur tersenyum sambil menambah penghasilan album ketiga bersama The Typewriter sudah berlangsung mengikut perancangan.

Masih lagi bereksperimentasi meneruskan ideologi bahawa muzik yang bijak haruslah berada di hadapan penggemar muzik masa kini, penyanyi berstatus bapa itu melenturkan apa yang tersurat dan tersirat di sebalik kesungguhannya menghasilkan sebuah album.

Pengalaman merupakan guru muziknya sudah banyak kali mendidiknya untuk sedar bahawa untuk menjadi kaya, pemuzik hari ini tidak boleh bergantung kepada penjualan album.

"Saya dan The Typewriter memang buat album studio untuk peminat tegar kami sahaja. Kami buat, rakam, terbitkan dan edarkan sendiri.

"Ringkasnya, album bagi seseorang penyanyi atau grup muzik sekarang tidak ubah seperti kad nama. Kalau seseorang individu mahu menyatakan bahawa dia wakil dari syarikat mana atau apa perusahaan yang dilakukannya, orang itu akan bagi kad nama. Sama macam kami. Mahu perkenalkan diri bahawa kami penyanyi dan pemuzik yang serius, kami hasilkan dan tunjukkan album. Ia semacam identiti sahaja. Selebihnya, survival kami sebagai pemuzik harus datang daripada pelbagai cabang. Kena ada strategi lain," kemas lontaran dari dada vokalis cukup popular menerusi judul-judul seperti Idola dan Lagu Untukmu itu.

Untuk album yang bakal jadi pembuka tirai 2014 buat Azlan & The Typewriter itu, Azlan ternyata masih gemar bermain nada dan ritma yang mungkin kurang lunak di telinga peminat yang baru mula hendak berjinak dengan muzik.

SEDAR survival anak band berdepan kesukaran begitu juga penjualan album yang tidak membanggakan namun Azlan tetap membikin album sebagai penghargaan buat pengikut tegarnya.


Belum puas

"Muzik dalam album itu mungkin sukar diterima peminat baharu tetapi peminat muzik yang mengikuti perkembangan muzik saya sebelum ini, mungkin mereka akan suka. Untuk album bersama The Typewriter, memang konsep begitu. Kami belum berhajat mahu bertukar pegangan.

"Walaupun sudah masuk album ketiga, kami masih ada banyak idea. Masih belum puas bereksperimentasi. Bila buat kerja sama-sama lagi banyak idea boleh dihasilkan. Ini yang suka bekerja dalam sebuah kumpulan," katanya yang cukup sedar bahawa survival muzik berkumpulan itu tidak mudah.

Memetik semula kata-katanya dalam satu wawancara terdahulu. Kata Azlan: "Semua orang boleh menjadi seseorang walaupun asalnya dia bukan sesiapa. Bak kata pepatah Inggeris, from zero to hero. Segalanya tidak mustahil dalam industri, begitu juga dengan survival sebagai anak seni.

"Saya pegang satu moto hidup, nak seribu daya, tak nak pergi mati."

Ada banyak kaitannya daripada setiap percakapan Azlan. Dia tidak pernah melencong daripada setiap kenyataan yang pernah keluar dari mulutnya.

Tambah Azlan: "Mungkin sebab itu juga The Beatles berpecah. Mungkin ada sebab lain yang lebih kukuh, tapi memang survival pemuzik kumpulan itu berat dipikul kalau tidak sepenuh jiwa raga. Saya mungkin beruntung kerana dari mula lagi dikenali sebagai vokalis.

"Sebab itu saya tetap akan hasilkan album sebagai pemuzik berkumpulan. Konsep album berkumpulan akan banyak fokus kepada muzik kami, rock alternatif," katanya memberi bayangan bahawa ada sebuah lagi album studio bakal terhasil."

Zaman hilang budaya

Masih larut bercerita tentang pengisian dan falsafah yang terkandung dalam album terbaharunya itu, kata Azlan, penulisan muzik dan lirik lagu-lagu kali ini lebih matang dan serius.

"Penghasilan album ini solid bersama anak band The Typewriter tanpa menjemput pemuzik lain. Kiranya kami memang rock & roll sangat. Liriknya juga tidak terbatas kepada isu Melayu sahaja tetapi tidak bercakap tentang politik. Antara tajuk lagunya termasuklah Akuarium dan Pasar Karat. Ada satu bait-bait lirik yang saya suka macam 'sekarang zaman hilang budaya, tersalah kata pistol jawabnya'. Lirik-lirik begitu ada dalam album berkenaan.

"Dalam penulisan lirik, saya banyak baca tulisan arwah Loloq. Bagi saya album Aku Amy ialah satu penghasilan yang dahsyat. Album itu pun rasanya untuk peminat tegar bukan bermain di radio," buah fikirnya dikongsi lagi.

AZLAN kini bergerak sendiri bawah label Dark Liquid.


Menyambung tentang survival anak band, Azlan ternyata ada strategi dalam melancarkan peluru-peluru muziknya. Dia bekerja atas landasan yang dibina sendiri. Dia membentuk tembok-tembok pendinding agar tidak mudah dipengaruhi atau terpengaruh dengan perang semasa.

"Saya ada pergerakan yang telah disusun. Saya bekerja ikut keperluan. Ada projek bersama band dan projek solo atas nama Azlan. Tapi ke mana-mana pun saya pergi, saya tetap membawa nama Azlan & The Typewriter.

"Untuk 2014, sengaja saya mahu ketengahkan projek band terlebih dahulu. Sebenarnya saya ada rahsia. Saya punya idola saya," katanya memetik nama-nama seperti Awie Wings dan Amy Search sebagai ikon penting yang mempengaruhi gerak hatinya.

Tanpa perlu malu untuk mengakui mencontohi jejak orang lama dalam industri, kata Azlan: "Untuk hidup dalam industri begini, perlumbaan saya tidak bersandarkan laju atau lambat. Saya bawa imej rock dalam nada muzik yang kami gemar, tapi dalam soal vokal, saya terlalu hormat kepada dengan vokal Amy dan Awie. Begitu juga dengan band muzik popular macam Hyper Act. Muzik boleh pergi dengan bermacam rasa, tapi vokalis menentukan hidup mati sesebuah band."

Mengenali Azlan, tanpa lantunan vokal yang cukup mengagumkan itu tidak mengesahkan keberadaan Azlan di atas mana-mana pentas. Azlan menyimpan sedikit 'kuasa' balada dalam vokalnya tanpa total dimasukkan ke dalam buah karya bersama The Typewriter.

"Rasanya saya masih baru dengan konsep balada rock. Kalau hendak dengar lagu-lagu begitu. Kena tunggu album solo. Perancangan memang sudah ada. Tapi saya mahu dahulukan album bersama band," tutupnya sambil bertekad mahu mengurang berat badan sebagai persediaan beraksi lebih energi atas pentas persembahan.

Jamal sudah biasa tidur sendirian

Posted:

Jamal sudah biasa tidur sendirian

Jamal sudah biasa tidur sendirian

JAMAL ABDILLAH masih belum bertemu calon yang sesuai untuk disunting sebagai isteri.


"SIAPA yang tidak mahu berkahwin, saya juga begitu. Balik rumah ada orang menunggu, ada teman untuk berkongsi luahan hati, ada orang yang jujur mengkritik tentang persembahan saya," bicara Datuk Jamal Abdillah ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini.

Sepuluh tahun hidup menduda, penghibur kesayangan ramai itu mengakui memang sudah tiba waktu yang tepat untuk dirinya kembali mencari seorang suri. Namun, tempoh yang lama sejuk di ranjang tanpa belaian insan bernama isteri menjadikan dirinya betah dengan kehidupan solo.

"Perasaan hendak kahwin itu ada tapi kadang-kadang saya terfikir, bolehkah saya kembali berkongsi kehidupan dengan seorang wanita lain. Sudah terbiasa tidur sendiri, kadang-kadang kalau anak saya mahu tidur bersama pun saya pun, saya rasa tidak selesa.

"Dalam usia begini, saya sudah 54 tahun, tambahan pula anak-anak pun sudah besar, saya fikir biarlah saya rileks-rileks dulu bab kahwin. Rasa nak kahwin itu ada tapi belum jumpa calon yang sesuai," kata bapa kepada Osama Yamani, 12, dan Ahmad Zaki Yamani, 8, itu tersenyum.

Sesuatu yang jika difikirkan tidak masuk akal, baru-baru ini Jamal terlalu tertutup dalam soal cinta dan wanita itu terkait dalam satu gosip percintaan bersama penyanyi suam-suam kuku Nas Adilla. Untuk seorang penyanyi yang bergelar Datuk, gosip percintaan dengan artis muda mungkin sesuatu yang menjengkelkan.

NAS ADILLA yang baru-baru ini heboh dikatakan akan melangsungkan perkahwinan bersama Jamal Abdillah.


"Saya tidak pernah ambil pusing soal gosip sebegitu, apabila jadi artis tak kiralah tua atau muda, kena bersedia dengan cerita-cerita yang kurang senang. Macam gosip dengan Nas Adilla, saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita hendak kahwin itu boleh muncul.

"Sebenarnya kami kerap bekerjasama sejak tahun lepas lagi, tapi saya langsung tiada perasaan terhadap dia (Nas Adilla). Saya fikir, keterujaan ramai artis sekarang bermain dan memuat naik gambar ke dalam laman sosial seperti Instagram yang jadi punca banyak gosip.

"Berkongsi gambar memang seronok tetapi impak yang akan datang tidak boleh dijangka. Banyaknya impak negatif," kata Jamal tanpa rasa kurang senang ditanya lagi persoalan gosip tentang dirinya.

Alang-alang bercerita tentang cinta dan wanita, penyanyi yang pernah berkahwin dan bercerai sebanyak tiga kali itu disuakan pertanyaan tentang wanita idamannya.

Kata Jamal, dia tidak terlalu mementingkan usia dan paras rupa pasangannya jika hendak berkahwin lagi.

"Apa yang paling penting, perempuan itu harus memahami karier saya sebagai penyanyi, sebagai anak seni. Itu sahaja.

"Cakap memang senang tapi sebetulnya saya tidaklah terdesak hendak kahwin. Saya selesa begini, mungkin kekok agaknya nanti kalau bangun tidur tengok ada isteri di sebelah," katanya dalam nada berseloroh.

Tiga hari jumpa dah lamar - Lana

Posted:

Tiga hari jumpa dah lamar - Lana

Tiga hari jumpa dah lamar - Lana

TIADA lagi cinta antara Johan dan Lana Nordin. Biarpun bertekad mahu berubah menjadi wanita yang lebih sopan, hubungan Lana dan Johan tetap tidak diterima keluarga Johan.


KISAH cinta kilat pasangan pelakon Johan As'ari bersama Lana Nordin tidak ubah seperti percikan bunga api. Berdentam-dentum dan cahaya bersemarak menghiasi angkasa bagai ada pesta besar hendak diraikan, namun dalam tempoh sebulan, ia lenyap dibawa angin.

Kalau sebelum ini pengamal media gemar menggunakan istilah 'mi segera' sebagai perumpamaan terhadap kelahiran artis daripada program-program realiti, istilah yang sama juga boleh dilencongkan terhadap cinta singkat Johan dan wanita yang selama ini digelar Pamela Anderson Melayu itu.

Awal minggu lalu, Johan memutuskan bahawa perhubungannya bersama Lana tidak mampu lagi untuk diteruskan. Tiada restu keluarga menjadi alasan paling kukuh untuk Johan membuang cinta Lana yang sudah mula berputik itu. Semua sedia maklum bahawa selama ini pelakon seksi itu tidak mudah tertarik kepada jejaka Melayu, sementelah bekas kekasihnya Parvel Michalec, seorang peragawan komersial yang berasal dari dari Republik Czech.

"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksa dia. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana," kata Johan yang memilih untuk menjaga hati keluarganya dan melepaskan Lana walaupun terpaksa.

Lana sendiri menyedari percintaannya dengan Johan penuh liku. Akui Lana, dia tidak sebodoh yang disangka. Ketika dia dilamar untuk dijadikan isteri, Lana sudah terasa samar-samar namun dia sengaja memberi ruang kepada Johan untuk membuktikan janji manisnya itu.


JOHAN (kiri) yang sanggup memegang dan menghulurkan mikrofon kepada Lana semasa mereka diserbu media ketika hadir ke Anugerah Skrin, bulan lalu.


"Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah," ujarnya reda dengan ketentuan ini," kata Lana kepada media.

Selang sehari selepas pengakuan putus cinta, Johan kembali tampil dengan kenyataan terkini. Katanya, taraf perhubungannya bersama Lana belum sampai ke tahap pasangan kekasih. Ternyata kemunculan mereka yang bagaikan merpati dua sejoli pada malam Anugerah Skrin, 29 November lalu tidak ubah sekadar persembahan untuk peminat.

Johan dan Lana yang konon-kononnya sedang bahagia mengulit cinta ketika itu mahu khalayak tahu bahawa mereka sudah seia sekata, mengikat janji untuk ke pelamin perkahwinan. Kisah cinta mereka menjadi tumpuan sehinggakan ada pihak merasa terkilan, gara-gara kemenangan para artis yang lebih layak diperhatikan menjadi isu kedua. Isu utama ialah Johan dan Lana.

Sepintas lalu, cinta kilat Johan dan Lana itu seolah-olah produk murahan untuk dipermain-mainkan di hadapan media. Media yang hari ini terlalu dahagakan sensasi menjadikan permainan cinta mereka sebagai tajuk utama. Tiga hari bercinta satu Malaya sudah tahu, belum sempat hendak menyambut 'ulang bulan' percintaan, bergegar lagi dengan kisah putus cinta. Murahnya cinta mereka.

Johan barangkali jejaka yang paling selamba. Beralih perasaan dari seorang wanita kepada wanita yang lain macam menukar baju dari dalam almari, selepas ini siapa pula cinta baharu Johan, begitu juga dengan Lana.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved