Sabtu, 28 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Gajah Borneo sudah kenal Farina

Posted:

Gajah Borneo sudah kenal Farina

Gajah Borneo sudah kenal Farina

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

KEMUNCULAN sekumpulan gajah Borneo dari belukar di tebing Sungai Kinabatangan petang itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh Nur Zhafarina Othman.

Setelah lebih sejam meranduk air di sungai terpanjang di Sabah itu, peluang di depan mata dimanfaatkan sepenuhnya dengan merakamkan gambar dan mencatat tabiat mamalia tersebut.

Nur Zhafarina atau Farina merupakan penuntut ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Cardiff, Britain yang sudah tujuh tahun mengkaji spesies gajah terkecil di dunia itu.

Bertugas sebagai penyelidik biologi di Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) yang bekerjasama dengan Universiti Cardiff dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, komitmen Farina, 29, terhadap gajah Borneo bukan sekadar memenuhi tuntutan pengajian malah merupakan minatnya.

Keakrabannya dengan mamalia tersebut serta jerih payahnya untuk memulihara populasi gajah Borneo yang semakin mengecil, menjadikan Farina sangat terkenal di daerah Kinabatangan.

Malah, penduduk di sana menggelar anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini sebagai Mamak Gajah atau Puteri Gajah.

Nama Farina juga tidak asing dalam kalangan badan sukarela yang terlibat dalam bidang konservasi gajah, kebanyakannya dari luar negara seperti Zoo Houston dan Zoo Columbus di Amerika Syarikat (AS); Elephant Family; Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan AS; serta Tabung Konservasi Spesies Mohamed Bin Zayed.

Kepakaran beliau mengenai gajah Borneo juga mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila menjadi pakar rujuk dalam kalangan rakan-rakan sejawatnya dari AS dan Eropah. Farina juga sering dijemput membentangkan kertas kerja berkaitan penyelidikannya di luar negara.


FARINA (kanan) dan rakan penyelidiknya akan memasuki hutan di Kinabatangan sebanyak dua kali sebulan bertujuan memantau tabiat gajah berkenaan.


Kelainan

"Beliau satu-satunya penyelidik tempatan di sini, beragama Islam dan ibu kepada seorang anak yang masih kecil.

"Begitupun, status itu sama sekali tidak menyekat Farina daripada menjadi penyelidik terbaik dan wirawati kepada spesies gajah paling kecil di dunia ini," ujar penulis hidupan liar dan konservasi dari Britain yang pernah menemu bual Farina, Jeremy Hance.

Minat Farina terhadap gajah bermula kira-kira sedekad lalu apabila beliau mahu menyiapkan projek tahun akhirnya semasa menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Ketika itu, saya hanya mahu mencari kelainan. Saya inginkan projek kajian yang lain daripada rakan-rakan sekelas.

"Demi keinginan itu, saya pergi berjumpa dengan Dr. Sen Nathan, Pengarah Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

"Beliau mencadangkan saya supaya mengkaji tentang perbandingan morfologi antara gajah di tanah besar dengan gajah di pulau.

"Saya pergi ke beberapa zoo di Semenanjung untuk menjalankan kajian. Berkat kerja keras, alhamdulillah, saya mendapat markah A untuk projek itu.

"Pada masa yang sama, Dr. Benoit Goosens iaitu penyelia PhD saya sekarang, datang melawat Sabah bersama Geran Inisiatif Darwin untuk menjalankan projek konservasi genetik gajah Borneo.

"Beliau mengambil saya sebagai pelajar ijazah sarjana di bawah seliaannya. Semenjak itu, saya sentiasa mencari peluang untuk bekerja dengan spesies gajah ini.

"Apabila Goosens menawarkan saya untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD dan menjadikan tabiat serta pergerakan gajah Borneo sebagai subjek kajian, saya sahut cabaran itu.

"Ia peluang terbaik untuk saya mendekati dan memahami haiwan tersebut di habitat asalnya," ujar Farina yang memilih untuk menyelidik tingkah laku sosial mamalia tersebut sebagai fokus kajiannya.


SUDAH hampir tujuh tahun Farina bergelumang dengan selut dan hutan demi spesies gajah yang dikaguminya.


Kolar satelit

Menurut statistik Jabatan Hidupan Liar Sabah, dianggarkan hanya tinggal 2,000 ekor gajah Borneo yang masih ada di habitat asal, kebanyakannya di timur laut Sabah dan sebilangan kecil pernah ditemui di Kalimantan, Indonesia.

Walaupun kerdil, gajah Borneo atau dikenali juga sebagai gajah pygmy, dapat mencapai berat 2,000 kilogram (kg), namun ia jauh lebih kecil berbanding gajah dewasa Afrika yang boleh mencecah 7,000kg.

Azam Farina, beliau mahu memahami tingkah laku dan kehidupan sosial gajah, bukan sahaja gajah Borneo, tetapi juga gajah daripada spesies lain yang terdapat di Asia.

"Sebelum misi mengesan gajah Borneo dimulakan, saya dan rakan-rakan perlu merancang pergerakan kami berpandukan kepada data daripada kolar satelit yang dipasang pada leher gajah.

"Pemasangan kolar satelit ini sangat membantu khususnya dalam mengumpul data tambahan daripada penyelidik berbeza bagi memudahkan usaha mengurus gajah Borneo di kawasan Kinabatangan di samping mengetahui perilaku sosial gajah tersebut melalui alat sistem pengesanan global (GPS).

"Melalui pemerhatian saya, gajah yang ditemui di hilir Sungai Kinabatangan tidak bersifat ganas. Belum ada penduduk di sini yang mati akibat serangan gajah seperti di India, Sri Lanka dan Indonesia," ujarnya yang biasa meredah hutan, memanjat pokok dan merentas paya semata-mata untuk mengesan gajah.

Sebagai penyelidik, Farina yang menetap bersama suami dan anak perempuannya di Kota Kinabalu akan ke Kinabatangan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

"Dari Kota Kinabalu saya akan mengambil pesawat ke Sandakan. Jika menggunakan laluan darat, jaraknya lebih kurang 350 kilometer (km) namun dengan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau dan jalan bengkang-bengkok, ia mengambil masa enam jam untuk tiba.

"Sebaik sahaja sampai di Sandakan, saya akan meneruskan perjalanan ke pekan Sukau yang meliputi perjalanan sejauh 135km dengan 42km daripadanya melalui jalan batu kerikil yang melintasi ladang kelapa sawit," jelas Farina, anak kedua daripada lima beradik.

Menurut isteri kepada pensyarah UMS ini, Sukau merupakan pekan kecil yang semakin membangun.

Selain menjadi perkampungan yang menjadi pintu gerbang kepada kepelbagaian hidupan liar seperti monyet Bangakatan dan gajah Borneo, ia juga menjadi pusat penuaian sarang burung di Gua Gomantong serta lokasi terletaknya perkuburan kuno Batu Tulung.


SEKUMPULAN 10 ekor gajah Borneo ditemui mati di Tawau, Januari lalu. Dianggarkan terdapat 2,000 ekor sahaja gajah kerdil di Sabah sekarang.


Sukau

"Dengan kekayaan flora dan fauna, Sukau semakin dikenali terutamanya dalam kalangan pelancong asing yang gemarkan pelancongan lasak," katanya.

Perjalanan Farina untuk menjejak kumpulan gajah kerdil tidak berakhir di pekan Sukau.

"Tiba di pekan Sukau, perjalanan diteruskan dengan menaiki bot untuk ke kawasan habitat gajah Borneo yang mengambil masa antara satu hingga dua jam. Kalau ada kawanan gajah yang sedang bermain-main di tebing sungai, itu memang rezeki kami.

"Jika tidak, saya dan rakan-rakan akan meredah hutan belukar untuk menjejak tapak gajah Borneo berpandukan data daripada GPS," ujar Farina yang mengakui sudah mengenal gajah-gajah di Kinabatangan, malah dalam kalangan gajah, haiwan itu juga sudah mengenali Farina.

"Setakat ini sudah lapan ekor gajah yang dipasang dengan kolar satelit. Setiap satunya mempunyai nama seperti Gading, Putut, Elvis dan sebagainya. Malah, ada seekor gajah betina yang saya namakan sempena nama anak saya iaitu Aqeela," ujar Farina.

Dalam satu rakaman video dokumentari berkenaan misi mengesan gajah-gajah Borneo, Farina dilihat begitu berani berdepan dengan gajah liar.

Malah isteri kepada Fauzie Sarjono, 32, ini tidak kekok berkomunikasi dengan gajah-gajah yang ditemuinya. Menariknya, ada gajah yang berhenti membuat bising selepas Farina menyuruhnya senyap!

"Penyelidikan tentang gajah Borneo adalah sesuatu yang sangat menarik, apatah lagi populasi mamalia ini sangat sedikit dan unik kerana gajah kerdil ini hanya boleh ditemui di sini," jelas Farina.

Anak manja jadi penembak tepat

Posted:

Anak manja jadi penembak tepat

Anak manja jadi penembak tepat

Oleh ZULHILMI JALIL

IBU kepada empat orang anak ini meminati kerjaya beruniform sejak di bangku sekolah lagi.


BIARPUN sudah 15 tahun berlalu, Koperal Nor Azila Abd. Latip, masih tidak mampu melupakan insiden bagaimana nyawanya hampir melayang.

Pada waktu itu wanita kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini diarahkan mengawal perhimpunan haram pada tahun 1998 di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

"Pada masa itu, saya sedang berusaha menangkap seorang peserta perhimpunan wanita yang cuba menimbulkan huru-hara.

"Maka, berlaku sedikit pergelutan antara saya dan wanita itu ketika cuba menangkapnya.

"Tiba-tiba seorang lelaki yang membawa pisau datang dari arah belakang dan cuba menikam saya.

"Mujurlah ada anggota polis lain yang perasan sebelum menjerit memberitahu ada orang ingin menikam saya," ceritanya yang bersyukur diberi kesempatan mencurahkan bakti bersama Polis Diraja Malaysia sehingga kini.

PGA

Tahun ini, genaplah 17 tahun ibu kepada empat orang anak ini terlibat dalam profesion unit beruniform.

Menurut Nor Azila, minat terhadap kerjaya beruniform itu timbul sejak beliau di bangku sekolah lagi. Apatah lagi, arwah bapanya juga seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor sebelum pencen.

"Pada mulanya arwah ayah tidak bersetuju apabila saya mahu menjadi anggota polis.

"Mungkin sebab dia menyangkakan saya tidak akan tahan dengan latihan yang akan dijalani kelak. Lebih-lebih lagi saya anak manja dalam keluarga," kongsi anak kedua daripada empat beradik ini.

Namun, atas iltizam yang tinggi itu jugalah, Nor Azila tekad untuk meninggalkan kerjaya lamanya sebagai kerani akaun di DRB-Hicom sebaik sahaja dipanggil mengikuti latihan kepolisan pada tahun 1996.

Sebaik sahaja tamat latihan, Nor Azila ditugaskan di Unit Komputer dan Perlesenan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Selepas tujuh tahun di IPKKL, wanita berkulit sawo matang ini ditugaskan di unit Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tengah yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Menyentuh mengenai kerjaya yang menjadi periuk nasinya itu, Nor Azila yang meminati aktiviti lasak sememangnya ada auranya tersendiri dalam unit PGA.

LATIHAN intensif diperlukan untuk menjadi penembak tepat.


Kalahkan lelaki

Selain menjalankan tugas-tugas hakiki di pejabat, Nor Azila antara anggota polis wanita yang boleh dianggap sebagai penembak tepat PGA Briged Tengah.

Maka, tidak hairanlah apabila Nor Azila selalu mewakili pasukannya dalam mana-mana pertandingan menembak.

"Semua orang boleh menembak, tapi untuk jadi penembak tepat ia bukanlah mudah. Ada seni yang harus dipelajari.

"Ia memerlukan latihan dan kemahiran tertentu bagi memastikan seseorang itu dapat menembak dengan tepat," katanya.

Ujar beliau, untuk menjadi seorang penembak tepat, kawalan pernafasan, stamina dan teknik pegangan senjata antara faktor yang dititikberatkan.

Jika tersilap langkah, katanya, ia akan mencederakan diri sendiri.

"Ada teknik tertentu kalau ingin menembak. Semasa ingin melepaskan tembakan, kita tidak boleh bernafas macam biasa.

"Paling penting, senjata api yang digunakan perlu dipegang kemas. Jika tidak, tembakan akan teralih sama ada ke bawah atau ke atas. Itu yang bahaya," ceritanya ketika ditemui di Padang Sasar Tembak, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nor Azila pernah mengendalikan senjata api jenis Walther P99, Yavuz, .38, HK MP5, M-16 dan Berreta. Kebiasaannya beliau akan melakukan latihan secara intensif seminggu sebelum hari pertandingan.

"Selalunya orang akan rasa gugup kalau nak menembak. Perkara itu yang selalunya mengganggu tumpuan nanti," katanya yang mengakui senjata api jenis Walther P99 buatan Jerman antara yang sukar dikendalikan.

Bagi Nor Azila, menembak dapat memberikan kepuasan kepada peminat sukan menembak.

"Jarang orang dengar penembak tepat wanita. Sebab itulah, setiap kali pertandingan saya dan pasukan akan berasa bangga dan puas hati kalau dapat kalahkan pasukan lelaki," katanya yang baru sahaja selesai menyertai Kejohanan Menembak Piala Ketua Polis Negara 2013 di Kota Tinggi, Johor, bulan lepas.

Keajaiban Tepung Hairan

Posted:

Keajaiban Tepung Hairan

Keajaiban Tepung Hairan

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

PERCUBAAN demi percubaan dilakukan oleh Roazura untuk mendapatkan resipi tepung kek yang mudah disediakan.


KETIKA mula mengetahui produk keluaran Roazura Bahari, 36, yang dikenali Tepung Hairan, kru Jurnal membayangkan yang produk ciptaannya itu disediakan dalam bentuk campuran tepung kek, air dan minyak.

Tetapi sangkaan meleset apabila melihat formulasi tepung kek yang diolah sendiri oleh ibu kepada tiga orang anak ini.

Malah, kru Jurnal turut berpeluang merasai keenakan tepung kek yang dipasarkan oleh wanita ini. Ternyata kek yang dihasilkan sedap, lembap dan lembut ditambah lagi dengan topping yang pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur memandangnya.

"Idea untuk menjalankan perniagaan ini diperoleh pada tahun 2010 kerana anak-anak saya gemar makan kek tetapi saya lebih suka membuatnya sendiri berbanding membeli di kedai-kedai kek.

"Selepas berhenti kerja dalam bidang pemasaran, saya menjalankan pelbagai perniagaan untuk menambah pendapatan keluarga.

"Sebagai permulaan, saya tidak percaya dengan berniaga dari rumah mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi alhamdulillah, selepas mencuba pelbagai jenis perniagaan, akhirnya saya temui formulasi tepung kek yang jarang diketengahkan ini," ujarnya yang berasal dari Hulu Langat, Selangor.

Jelasnya, dia juga menyertai kelas membuat kek bagi meningkatkan kemahirannya tetapi kesemua resipi membuat kek memerlukan penggunaan bahan asas yang agak rumit.

Resipi

"Saya memperoleh satu resipi membuat kek tetapi apabila melihat bahan-bahan yang diperlukan, niat untuk membuat kek itu terbantut seketika kerana tidak mudah untuk menghasilkannya.

"Untuk itu, saya mencari idea untuk menghasilkan kek dengan mudah, cepat dan sedap.

"Hampir berkilo-kilo tepung juga dibazirkan untuk mencari resipi kek yang terbaik dan mudah," tambahnya yang melakukan lebih daripada 10 percubaan untuk menghasilkan Tepung Hairan.

Beritahu beliau, ketika melakukan percubaan, ada resipi yang tidak sedap, keras dan menjadi muak apabila dimakan menyebabkan dia tidak berputus asa untuk terus mencuba.

"Untuk menghasilkan formula tepung kek yang benar-benar unik ini memerlukan kesabaran yang tinggi apatah lagi pada mulanya saya tidak percaya yang menjual tepung kek boleh berjaya.

UJAR Roazura, ramai pelanggan pada mulanya tidak mempercayai formula tepung kek yang diketengahkannya.


"Bagi menghasilkan resipi yang unik ini, kita perlu mengetahui sifat bahan-bahan asas untuk membuat kek seperti tepung, susu dan gula.

"Ramai pelanggan yang tidak percaya dengan hanya mencampurkan air dan minyak, mereka boleh menghasilkan kek yang mudah dan sedap," katanya yang kini maju setapak lagi dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah kedai untuk memudahkan operasi perniagaan.

Tambahnya, melihatkan belum ada produk seumpamanya di pasaran, dia mengambil keputusan untuk meletakkan jenama pada tepung kek keluarannya.

Katanya, rata-rata pelanggan seakan-akan tidak percaya apabila mengetahui formulasi tepung kek yang digunakannya sehinggalah mereka mencuba sendiri di rumah.

"Apabila bercakap mengenai produk ini, sudah tentu kebanyakan individu akan berasa hairan dengan formula yang saya ketengahkan.

Kualiti

"Oleh sebab itulah, saya meletakkan nama Tepung Hairan kerana selain mudah diingati, ia juga dapat membantu dari segi pemasaran.

"Malah, saya tidak menggunakan sebarang bahan pengawet dan telur selain produk ini tidak mengandungi kolesterol serta boleh bertahan selama setahun," beritahu beliau yang turut menjual produk itu secara online di laman sosial Facebook dengan carian, Tepung Hairan.

Jelasnya, setakat ini, tiada sebarang aduan diajukan pelanggan dari segi rasa cuma pada awal perniagaan dahulu, kuantiti tepung dan topping yang ditawarkan agak sedikit menyebabkan dia menambah kuantiti tepung dan topping demi kepuasan pelanggan.

Roazura memberitahu, terdapat enam jenis produk tepung kek yang diketengahkannya iaitu red velvet, marble, oreo lemon cheese, choc moist tiramisu, choc moist dan choc moist cheese.

Jelasnya, lingkungan harga antara RM12 hingga RM27 ditawarkan kepada pelanggan mengikut jenis tepung kek yang digunakan.

"Setakat ini, choc moist, choc moist cheese dan red velvet mendapat permintaan yang tinggi.

"Saya sangat cerewet dalam memastikan kualiti produk. Saya akan pastikan berat timbangan setiap tepung diuji terlebih dulu bagi mengekalkan rasanya.

"Ini kerana sekiranya tersalah timbangan, kek yang dibuat tidak akan menjadi," tambahnya yang turut mendapat sokongan daripada suami, Shamsuddin Ahmad, 42.

Katanya, dia bercita-cita mahu menjadi pelopor kepada perniagaan tepung kek yang mudah disediakan selain berhasrat untuk menembusi pasaran luar negara sebagai perancangan akan datang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pelajar bakar Universiti Al-Azhar

Posted:

Pelajar bakar Universiti Al-Azhar

Pelajar bakar Universiti Al-Azhar

API membakar bangunan Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar di Kaherah semalam.


KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.

Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.

Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.

Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut.

Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.

Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.

Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Resepsi perkahwinan Fizo, Mawar meriah

Posted:

Resepsi perkahwinan Fizo, Mawar meriah

Resepsi perkahwinan Fizo, Mawar meriah


FIZO (dua dari kanan) dan Mawar (kanan) beramah mesra dengan tetamu pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Pasir Puteh, Kelantan semalam.


PASIR PUTEH - Majlis resepsi perkahwinan pelakon Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo, 28, dan Mawar Abdul Karim yang diadakan di kediaman keluarga Fizo di Taman Sri Jawa, Selising di sini semalam meriah apabila dibanjiri lebih 15,000 jemputan dengan diserikan konsep taman bunga.

Mawar, 24, bersama ibu bapa serta 40 anggota keluarganya dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang diiringi 100 penunggang motosikal berkuasa besar tiba di pekarangan rumah keluarga pelakon drama bersiri Cinderella itu pada pukul 12 tengah hari.

Kedua-dua mempelai itu kemudiannya disajikan muzik gamelan Orkestra Seni Warisan Pauh Lima, Bachok, persembahan seni silat dan dikir barat sebelum disandingkan di pelamin.

Fizo ketika ditemui pada majlis itu berkata, sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan untuk dimasak dengan resipi khas gulai kawah Kelantan sebelum disajikan kepada tetamu.

"Kenduri kesyukuran ini adalah sebahagian simbolik rasa kasih dan penghormatan saya kepada peminat yang banyak memberi sokongan," katanya.

Pasangan tersebut bernikah pada 10 November lalu di kediaman pengantin perempuan di Kajang, Selangor.

Neelofa anggap tidak masuk akal

Posted:

Neelofa anggap tidak masuk akal

Neelofa anggap tidak masuk akal

Oleh RONI HIDAYAT dan NOR IDAYU BOSRO
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor menganggap khabar angin dia ditangkap khalwat bersama seorang tokoh korporat sebagai tidak masuk akal dan boleh menjatuhkan imej serta kredibilitinya sebagai artis.

Neelofa, 24, yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp semalam berkata, dia tidak menolak kemungkinan fitnah yang disebarkan itu bertujuan untuk memalukannya.

Katanya, secara jujurnya dia sendiri tidak tahu-menahu tentang perkara berkenaan sehingga ia tersebar.

"Sekiranya perkara tersebut benar, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes yang didakwa itu.

"Kalau benar ia berlaku, dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan surat Jabatan Agama Islam serta saksi-saksi," katanya yang ketika ini sedang melancong di London, England.

Semalam Kosmo! melaporkan penafian pengurus Neelofa, Mohd. Amer Syafiq Khalip mengenai berita pelakon berkenaan ditangkap khalwat malam Khamis lalu bersama lelaki yang dipercayai suami seorang selebriti.

Menurut Amir, pada malam Neelofa dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani pengacara program MeleTop itu ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di ibu negara.

Dalam perkembangan sama, Neelofa turut mengharapkan pihak terlibat berhenti menyebarkan berita tidak benar mengenai dirinya.

"Saya harap orang yang berkenaan bertanggungjawab ke atas fitnah yang disebarkan," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM gagal jelas situasi sebenar

Posted:

FAM gagal jelas situasi sebenar

FAM gagal jelas situasi sebenar

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

AMIRULHADI (kanan) dibenarkan menyertai Johor DT meskipun didenda sebanyak RM25,000 kelmarin.


"INILAH 'lawak' paling kelakar yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tahun ini."

Demikian respons bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali ketika diminta mengulas mengenai hukuman yang dikenakan FAM ke atas bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal.

Meskipun didenda sebanyak RM25,000, Amirulhadi dibenarkan menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT).

FAM membuat keputusan tersebut selepas mendapati perjanjian Amirulhadi bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) wujud 'keraguan'.

Khalid berkata, FAM gagal menjelaskan situasi sebenar sebab utama bekas pemain Selangor itu dibenarkan berhijrah.

Katanya, sudah tiba masanya FAM meneliti peraturan kontrak baharu dengan memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat dan kemas.

"Undang-undang apa ini? Malulah saya. Seolah-olah bola sepak kita ini langsung tidak profesional.

"Dia (Amirulhadi) didenda sebanyak RM25,000 tetapi dibenarkan menyertai Johor DT? Atas sebab kontrak 'meragukan'? Sepatutnya, FAM kena jelaskan lebih terperinci mengapa perpindahan ini dilaksanakan.

"Pada pendapat saya, perkara ini tidak ditujukan kepada mana-mana persatuan negeri sebaliknya FAM harus bersikap lebih profesional.

"Peminat-peminat bola sepak ingin tahu perkara sebenar dan jika FAM masih mengekalkan pendekatan seperti ini, penyokong-penyokong tidak akan terkejut jika perkara sama ini berulang pada akhir tahun depan.

"Jadi, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, FAM mendedahkan situasi sebenar atau lebih tepat, laksanakan peraturan dengan lebih berkesan pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Khalid berkata, beliau menasihatkan persatuan atau kelab agar tidak terlalu mengikut kehendak pemain jika sudah tidak memiliki hasrat bersama majikan asal.

"Kalau pemain itu tidak mahu lagi bersama pasukan, lepaskanlah dia. Tiada guna simpan pemain itu dan jika ada baki kontrak, berundinglah dengan cara yang lebih baik.

"Buat satu tempoh masa dengan baik. Lebih baik jika membawa saksi ketika menandatangani kontrak.

"Saya berharap FAM akan lebih tegas dari segi peraturan terutamanya berkaitan dengan masalah kontrak," katanya.

Ramdan yakin pertahan gelaran

Posted:

Ramdan yakin pertahan gelaran

Ramdan yakin pertahan gelaran

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


RAMDAN akan bertemu Chun Seang pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Peringkat Akhir 2013 di Putrajaya hari ini.


PEMAIN muda negara, Misbun Ramdan Mohmed Misbun optimis mampu mempertahankan gelaran juara pada Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Peringkat Akhir 2013 selepas menumpaskan Mohd. Arif Abdul Latif untuk mara ke separuh akhir hari ini.

Biarpun berdepan dengan bekas pemain seniornya itu, Ramdan yang kini di bawah naungan Kelab Badminton Nusa Mahsuri meraih keyakinan itu apabila mencatat keputusan 17-21, 21-19, 21-12 untuk muncul pendahulu Kumpulan D.

Ternyata kemenangan ketiga itu membuktikan dia masih konsisten sebagaimana kecemerlangannya meraih empat gelaran di peringkat antarabangsa di Portugal, Slovenia, Greece dan Ireland tahun ini.

Begitupun, anak bekas jurulatih negara, Misbun Sidek itu tidak menafikan saingan yang lebih sengit bakal dihadapinya yang akan bertemu seorang lagi pemain senior, Tan Chun Seang yang menjuarai Kumpulan B semalam.

"Memang saya sentiasa bersedia walaupun siapa yang akan saya jumpa dan saya sudah jangka halangan pada kejohanan ini akan hadir daripada pemain-pemain senior.

"Saya juga tahu saingan akan lebih tinggi walaupun tidak pernah bertemu dengan Chun Seang tetapi saya akan sentiasa bersedia.

"Buat masa ini saya tidak fikir lagi strategi untuk menentangnya sebab tidak pernah lawan, mungkin idea saya akan lebih jelas ketika menentangnya esok (hari ini)," ujar Ramdan.

Ditanya mengenai perlawanan menentang Arif semalam, Ramdan mengakui bahawa dia tidak meramalkan kemenangan ke atas pemain Kelab Badminton Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) itu.

"Saya gembira dengan keputusan ini kerana saya tidak sangka dapat menewaskan Arif tetapi permainan yang dipamerkan Arif sangat sengit.

"Dia seorang pemain yang mempunyai skil yang tinggi," tambah Ramdan.

Sementara itu, Chun Seang mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam satu aksi sengit yang berkesudahan 8-21, 21-16, 21-17.

Dalam pada itu, satu lagi aksi separuh akhir akan mempertemukan juara Kumpulan A, Chong Wei Feng dan Zulfadli Zulkiffli yang muncul sebagai pendahulu Kumpulan C.

Podolski sandaran Arsenal hadapi Newcastle

Posted:

Podolski sandaran Arsenal hadapi Newcastle

Podolski sandaran Arsenal hadapi Newcastle

LONDON - Lukas Podolski memperoleh suntikan moral selepas meledakkan satu gol ketika Arsenal menewaskan West Ham United 3-1 pada aksi Liga Perdana England di Upton Park, Khamis lalu.

Penyerang Jerman yang direhatkan selama empat bulan selepas mengalami kecederaan itu sekali lagi menjadi sandaran utama skuad The Gunners menjelang aksi menentang Newcastle United di St. James Park malam ini.

Meskipun masuk sebagai pemain gantian, kejayaan Podolski menjaringkan satu gol itu mampu meredakan kebimbangan pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang berdepan masalah di posisi serangan.

Wenger mengambil keputusan untuk meletakkan Podolski di posisi penyerang tengah selepas penyerang utama, Olivier Giroud masih gagal menemui sentuhan.

Biarpun kembali mempamerkan aksi positif selepas pulih dari kecederaan hamstring ketika menentang Fenerbahce pada akhir Ogos lalu, Podolski mengakui bahawa dia masih perlu bekerja keras.

"Saya telah menunggu detik ini dalam tempoh yang lama iaitu selama empat bulan dan ia bukan satu aksi yang mudah.

"Saya tidak pernah mengalami kecederaan otot sebelum ini. Jadi, ia adalah pengalaman baharu bagi saya. Ia adalah kecederaan hamstring yang mana memerlukan masa panjang untuk sembuh.

"Setiap pagi, anda perlu menjalani sesi rawatan dan berlatih untuk mengekalkan tahap kecederaan manakala pemain-pemain lain berlatih di atas padang dan ia bukan senang bagi saya untuk mengharungi detik-detik itu.

"Lebih teruk apabila saya menyaksikan pasukan saya beraksi di bangku simpanan atau di rumah. Ia tidak semudah yang dijangka untuk menyaksikan pasukan sendiri beraksi di depan mata.

"Anda tidak akan dapat merasai sebahagian dari pasukan ini terutamanya ketika berada dalam bilik persalinan.

"Namun, perkara ini menjadi lumrah dalam dunia bola sepak dan saya sangat gembira kerana dapat beraksi semula bersama Arsenal," katanya. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


70 orang diserang piranha di Argentina

Posted:

70 orang diserang piranha di Argentina

70 orang diserang piranha di Argentina

IMEJ ikan piranha yang menyerang ribuan pengunjung di sebuah sungai di Argentina baru-baru ini.- Agensi


BUENOS AIRES – Seramai 70 pengunjung yang sedang mandi-manda di sebatang sungai di Argentina cedera akibat diserang sekumpulan ikan piranha kelmarin.

Serangan mengejutkan itu turut menyebabkan tujuh ka nak-kanak hilang beberapa batang jari tangan dan kaki mereka.

Pengarah agensi penyelamat tempatan, Federico Cornier berkata, kejadian berlaku ketika beribu-ribu pengunjung sedang mandi di Sungai Parana, Rosario Rabu lalu.

"Mereka mandi di sungai ekoran cuaca panas yang mencecah 37° Celsius," kata Cornier.

Menurutnya, serangan itu dilakukan oleh ikan piranha spesies palometas yang bergigi tajam dan ganas.

Kawasan itu kini ditutup sehingga siasatan oleh pihak berkuasa selesai. – Agensi

Tentera mahu rakyat bertenang

Posted:

Tentera mahu rakyat bertenang

Tentera mahu rakyat bertenang


SEORANG penunjuk perasaan antikerajaan terbaring selepas ditahan polis pencegah rusuhan di Bangkok, Thailand kelmarin.


BANGKOK- Ketua tentera darat Thailand semalam menggesa kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik politik di negara berkenaan supaya bertenang.

Namun, Jeneral Prayuth Chan-ocha tidak menolak kemungkinan tentera akan melakukan rampasan tentera.

Thailand dikejutkan oleh ketegangan politik dan keganasan jalanan sejak dua bulan lalu melibatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan penunjuk perasaan antikerajaan.

Pihak tentera telah melakukan sebanyak 11 rampasan kuasa dalam sejarah Thailand sejak tahun 1932.

"Pintu tersebut (rampasan kuasa) tidak terbuka atau tertutup," kata Prayuth ketika menjawab soalan wartawan berhubung campur tangan tentera.

Beliau turut meminta orang ramai supaya berhenti daripada meminta tentera menyebelahi mana-mana pihak dalam pertikaian politik tersebut.

"Tolong jangan libatkan tentera dalam konflik ini," kata Prayuth.

Kelmarin, dua orang maut selepas penunjuk perasaan yang cuba menghalang pilihan raya pada 2 Februari depan bertempur dengan polis

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand meminta agar pilihan raya pada 2 Februari depan ditangguhkan sekali gus satu tamparan buat Yingluck.

Beliau dijangka memenangi pilihan raya berkenaan ekoran mendapat sokongan padu penduduk di utara dan timur laut Thailand.

Prayuth menyatakan, pihak tentera mahu kerajaan dan pembangkang agar bertenang dan menamatkan keganasan jalanan.

"Anda bertanya, "Siapa Menang?," "Siapa Menang," jawapannya tiada sesiapa yang akan menang dalam pergolakan ini," katanya.

Polis tidak bertindak menangkap ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban yang menuntut negara berkenaan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantik sehingga pembaharuan dapat dilaksanakan.

Suthep berikrar, penunjuk perasaan akan menghalang pilihan raya daripada diadakan.

Pihak berkuasa perlu berhati-hati kerana sebarang tindakan keras boleh mencetuskan lebih banyak keganasan dan huru-hara.

Ketegangan semasa ini bertitik-tolak dari tahun 2006 apabila abang Yingluck, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera.

Penunjuk perasaan menuduh Yingluck menjadi boneka Thaksin yang menetap di luar negara bagi mengelakkan hukuman penjara berhubung satu kes rasuah.

Namun, beliau masih mempunyai pengaruh yang luas Thailand.

Thaksin atau sekutu-sekutunya telah memenangi setiap pilihan raya sejak tahun 2001. - Agensi

10,000 pekerja bina kota ais di China

Posted:

10,000 pekerja bina kota ais di China

10,000 pekerja bina kota ais di China


SEBUAH kren turut digunakan untuk membina kota salji dan ais tersebut.


Heilongjiang, timur laut China - Seramai 10,000 pekerja di China membina sebuah kota ais bersama berpuluh-puluh arca gergasi sempena Festival Ais dan Salji Harbin ke-30, lapor pihak penganjur semalam.

Acara itu akan membuka tirai pada 5 Januari depan.

Kota dan arca-arca berkenaan dibina menggunakan bongkah ais seluas 180,000 meter persegi dan salji berkeluasan 150,000 meter persegi.

Ketika ini, kerja pembinaan sedang giat dilakukan untuk menyiapkan infrastruktur tersebut. Festival itu akan diadakan di wilayah Heilongjiang.

Pekerja-pekerja memotong permukaan Sungai Songhua di sini untuk mengambil bongkah-bongkah ais yang diperlukan untuk membina kota dan arca tersebut.

Setiap bongkah ais yang dipotong mempunyai berat mencecah 250 kilogram.

Ketulan ais itu kemudian akan diukir menjadi sebuah arca yang cantik. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perkhidmatan bas RapidKL, LRT dan Monorel dilanjut sehingga 2 pagi pada 31 Disember

Posted:

Perkhidmatan bas RapidKL, LRT dan Monorel dilanjut sehingga 2 pagi pada 31 Disember

Perkhidmatan bas RapidKL, LRT dan Monorel dilanjut sehingga 2 pagi pada 31 Disember

28/12/2013 11:00pm

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pengangkutan awam bandar, bas RapidKL, sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan dilanjutkan sempena sambutan Tahun Baharu 2014, Selasa ini.

Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad, Lim Jin Aun berkata, semua stesen LRT dan monorel akan dibuka sehingga pukul 1 pagi dengan stesen utama iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa melanjutkan operasi masing-masing sehingga pukul 2 pagi.

"Meskipun begitu, kami akan memantau bilangan pengguna dengan teliti.

Jika terdapat keperluan untuk melanjutkan lagi tempoh operasi, kami akan berbuat demikian selain menambah bilangan tren," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkhidmatan bas RapidKL pula akan dilanjut setengah jam melebihi perkhidmatan tren bagi memudahkan orang ramai, katanya.

Lim berkata, laluan bas yang akan dilanjut perkhidmatannya ialah U64 (dari Taman Seri Muda ke Pasar Seni), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Sri Manja/Sentosa ke Pasar Seni), U70 (Puchong Prima ke Pasar Seni), U22 (Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Terminal Kajang ke Mydin Sinar Kota), U23 (Taman Melawati ke Lebuh Ampang), U224 (Bandar Dato Senu ke Kotaraya), U6 (Taman Jasa Utama ke Medan Pasar) dan U88 (Kota Damansara ke Pasar Seni). - Bernama

Peruntukan RM10 juta untuk usahawan bumiputera di Pulau Pinang tahun depan

Posted:

Peruntukan RM10 juta untuk usahawan bumiputera di Pulau Pinang tahun depan

Peruntukan RM10 juta untuk usahawan bumiputera di Pulau Pinang tahun depan

28/12/2013 10:10pm

KEPALA BATAS - Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membantu usahawan bumiputera di negeri itu tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Fokus Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera MPBPP, Muhamad Farid Saad berkata, peruntukan itu akan membantu usahawan bumiputera menambah pusingan modal serta peralatan untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Usahawan BUmiputera Pulau Pinang 2013 (PenBEX) yang berlangsung sembilan hari bermula 21 Disember lepas itu di Dataran Transformasi Usahawan Kubang Menderong di sini hari ini.

Muhamad Farid berkata, pihaknya juga sedang berusaha menarik lebih ramai golongan muda di Pulau Pinang untuk menceburi bidang keusahawanan dengan menawarkan pelbagai kursus kepada mereka.

Tambahnya, sejumlah 50,000 pengunjung dan sebanyak RM1.1 juta hasil jualan berjaya dicatat sepanjang tujuh hari penganjuran PenBEX.

"Sasaran kita adalah 70,000 pengunjung dengan hasil jualan tunai sebanyak RM1 juta, nampaknya nilai jualan telah melepasi sasaran walaupun berbaki dua hari lagi. Ini satu pencapaian yang baik," katanya.

Pada majlis itu, pengusaha restoran dan ladang kambing di Permatang Pauh menerusi syarikat Puncak Niaga Kristal Sdn. Bhd., Datuk Abdul Halim Ahmad dipilih menerima Anugerah Usahawan Bumiputera Pulau Pinang.

Abdul Halim membawa pulang wang tunai RM12,000, sijil dan trofi. - Bernama

Lebih 15,000 rai perkahwinan Fizo Omar di Pasir Puteh

Posted:

Lebih 15,000 rai perkahwinan Fizo Omar di Pasir Puteh

Lebih 15,000 rai perkahwinan Fizo Omar di Pasir Puteh

28/12/2013 11:03pm

PASIR PUTEH - Lebih 15,000 orang, termasuk peminat dari selatan Thailand, hadir meraikan majlis kesyukuran perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim di kediaman beliau di Taman Seri Jawa di sini.

Kedua-dua mempelai, yang memilih tema pakaian warna merah jambu, disajikan dengan muzik gamelan Orkestra Seni Warisan Pauh Lima, Bachok, persembahan seni silat dan dikir barat oleh pendikir terkenal, Halim Yazid sebelum bersanding di pelamin yang ditempah khas.

Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan bagi resipi khas gulai kawah Kelantan selain pelbagai juadah kuih-muih dan 'Hot Burger' untuk dinikmati tetamu.

"Jutaan terima kasih semua peminat di negeri ini yang bukan sahaja menyokong saya meningkatkan kemajuan dalam industri lakonan tetapi turut memberi sokongan dalam perniagaan burger yang popular dengan harga kaki lima tetapi nikmatnya bertaraf lima bintang," kata Fizo.

Fizo dan isterinya bernikah pada 10 November lepas di Country Height, Kajang, Selangor. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Usaha Cakra tempa nama

Posted:

Usaha Cakra tempa nama

Usaha Cakra tempa nama

AGAK sukar buat penyanyi baharu untuk mendaki puncak kerjaya jika tidak dibekalkan dengan lagu-lagu yang berkualiti dan senang ditangkap oleh telinga para pendengar.

Tidak hanya bergantung pada melodi dan lirik yang digarap puitis, suara yang melantunkan lagu juga turut memainkan peranan yang penting dalam jatuh bangunnya karier penyanyi itu.

Senario seperti ini digambarkan secara tepat oleh Cakra Khan, penyanyi yang kini popular dengan lagu berjudul Harus Terpisah.

Lagu yang begitu cepat mendapat perhatian pendengar itu bukan sahaja mampu mengubah karier Cakra di tanah tempat tumpah darahnya, Indonesia, malah di negara-negara serantau yang lain seperti Malaysia dan juga Singapura.

Ditambah dengan keupayaan vokal yang luar biasa, nama Cakra seakan-akan melonjak naik seiring dengan populariti single pertamanya itu.

Beberapa bulan yang lalu, anak muda kelahiran Pengandaran, Indonesia ini pernah dikhabarkan untuk datang ke Malaysia bagi mempromosikan album sulungnya di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Namun, rangka promosi yang dijangka berlangsung pada 24 November itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Ketika berpeluang bertemu dengan Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman pada malam pertama Konsert Destini yang diadakan di Dewan Agong Tunku Canselor Universiti Shah Alam, Selangor minggu lalu, penyanyi berbintang Pisces ini menjelaskan, pihak pengurusannya ada menerima usul mengenai promosi itu tetapi tidak mendapat maklum balas selanjutnya mengenai perancangan tersebut.

Tiada pengesahan

"Pihak pengurusan saya di Indonesia ada menerima usul mengenai rangka promosi yang akan diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Tetapi, ia hanyalah perancangan awal tanpa mendapat sebarang pengesahan daripada kedua-dua belah pihak.

"Setelah agak lama menunggu pengesahan daripada pihak penganjur dari Kuala Lumpur, kami diberitahu bahawa rangka promosi itu sebenarnya tidak dirancang secara rasmi.

"Justeru, perancangan untuk datang ke Malaysia terpaksa dibatalkan," katanya.

Ketika ditanya mengenai reputasinya yang kelihatan sedikit tercalar akibat pembatalan persembahannya di Malaysia, ujarnya: "Saya cuba sehabis baik dalam menyelesaikan perkara itu agar tiada perselisihan faham berlaku antara pihak pengurusan, penganjur mahupun peminat.

"Pihak pengurusan saya di Indonesia berusaha sebaik mungkin dalam memperbetulkan keadaan dengan menghubungi pihak penganjur supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Tambahnya: "Sepanjang menceburkan diri dalam bidang nyanyian, saya tidak pernah terjebak dengan sebarang masalah. Jadi, saya rasa lebih baik agar masalah seperti ini diselesaikan supaya kedua-dua belah pihak masih boleh berkerja sama pada masa akan datang."

Cakra turut berkongsi, promosi yang baik bukan berlangsung dalam masa yang singkat. Baginya, dia memerlukan masa yang lebih untuk memperkenalkan karya-karyanya serta bertemu dengan para peminat.


PERSEMBAHANNYA bersama Datuk Rossa memukau penonton menerusi lagu Terlanjur Cinta.


"Untuk sebuah promosi yang berkesan, saya memerlukan masa yang lama di sini. Paling kurang tujuh hari.

"Dalam tempoh itu, mungkin lebih ramai dapat mengenali saya dengan lebih dekat lagi," ujar Cakra yang sememangnya mahu ke Malaysia dan bertemu dengan peminat sejak hujung tahun lepas lagi.

Bukan anak orang berada

Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, Cakra menjelaskan, dia terpaksa menyanyi pada usia yang sangat kecil kerana keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit untuk membeli makanan ringan.

"Saya mula menyanyi ketika usia tujuh tahun. Ketika itu saya memerlukan duit untuk membeli jajan (makanan ringan). Selain itu, saya turut berniaga buah dan aiskrim di sekolah tempat saya belajar.

"Kerja-kerja seperti itu terpaksa dilakukan bagi membiasakan diri untuk berdikari tanpa bergantung harap sepenuhnya dengan keluarga saya," tutur anak bongsu daripada dua beradik ini dengan nada merendah diri.

Anak muda ini ternyata tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan cita-citanya untuk bergelar penyanyi.

Bermula seawal tujuh tahun sebagai penyanyi irama dangdut, Cakra kemudian mula dikenali sebagai selebriti YouTube kerana gemar memuat naik rakaman videonya menyanyikan lagu-lagu popular daripada penyanyi-penyanyi antarabangsa.

Bukan artis segera

Sambil tertawa, Cakra mengakui bahawa dia tidak begitu arif tentang fungsi sebenar laman perkongsian video tersebut dan sering mendapatkan bantuan rakan-rakannya yang banyak membantu dalam membuka akaun peribadinya.

"Saya tidak mempunyai komputer peribadi dan sambungan internet di rumah. Saya juga tidak mampu membeli kamera video untuk merakamkan lagu-lagu dalam bentuk video yang telah saya nyanyikan.


CAKRA mengakui tidak gemar berkongsi hal peribadi melalui laman sosial seperti Instagram dan Twitter.


"Justeru, dengan kamera yang dipinjam daripada seorang rakan, saya merakamkan lagu-lagu yang saya suka di rumah sebelum pergi ke warung internet (kafe siber) untuk dimuat naik," katanya.

Bagaimanapun, Cakra menjelaskan, bakatnya dicungkil bukan melalui puluhan video saduran yang ada pada akaun YouTubenya.

Ujarnya, pihak syarikat rakamannya di Indonesia, MyMusic Records menyedari tentang kebolehannya menyanyi ketika menonton persembahannya di sebuah kafe tahun lalu.

"Sejujurnya, saya dilamar untuk menjadi artis rakaman bukan kerana hobi menyanyi dan memuat naik video-video di akaun YouTube.

"Bakat saya dikesan ketika saya sedang menyanyi disebuah kafe di ibu kota. Ketika itu, seorang wakil daripada MyMusic datang kepada saya dan meminta demo untuk dipertimbangkan.

"A lhamdulillah, tidak lama selepas itu, saya telah mengikat kontrak bersama mereka sebagai artis rakaman. Proses tersebut berjalan dengan begitu pantas sekali," tutur Cakra.

Teruja dengan konsert amal

Cakra terbang ke Malaysia bagi menggantikan tempat vokalis kumpulan Ungu, Pasha yang dijadualkan mengadakan persembahan pada Konsert Destini yang berlangsung selama dua malam berturut-turut.

Mengambil tempat penyanyi yang sering berduet dengan Datuk Rossa itu untuk malam pertama, Cakra memberitahu, dia begitu teruja dengan undangan tersebut walaupun hanya diberitahu lebih kurang seminggu sebelum berlangsungnya konsert tersebut.

"Ketika diberitahu tentang persembahan ini, saya begitu gembira dan teruja kerana bukan sahaja dapat menghiburkan para peminat buat pertama kalinya, tetapi pada masa yang sama dapat memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan," katanya yang begitu tertarik dengan konsep penganjuran konsert tersebut.

Konsert yang dianjurkan bagi mengumpulkan dana untuk pelajar-pelajar miskin itu diterajui oleh nama-nama besar dalam industri nyanyi Malaysia dan Indonesia termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Rossa dan Amy Search.

Letusan cahaya Konsert Destini

Posted:

Letusan cahaya Konsert Destini

Letusan cahaya Konsert Destini


KONSERT DESTINI mungkin dijadikan acara tahunan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan sepanjang dua malam penganjuran.


BUKAN mudah untuk menggabungkan penyanyi-penyanyi terkemuka tempatan dan luar negara dalam sebuah konsert berskala besar.

Lebih-lebih lagi, konsert itu dianjurkan bagi tujuan membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran.

Itulah keistimewaan Konsert Destini, sebuah konsert amal anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) yang berlangsung selama dua hari berturut-turut di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, pada 21 dan 22 Disember lalu.

Mengangkat cahaya sebagai elemen utama pada dua malam penganjuran, pujian harus diberikan kepada pihak produksi yang begitu teliti dalam menganjurkan konsert tersebut.

Sistem bunyi, pencahayaan dan band yang mengiringi sepuluh penyanyi yang membuat persembahan bergerak selari dalam menghidupkan konsert yang dihadiri seramai 8,000 penonton itu.

Persembahan mantap

Pentas DATC dibuka dengan persembahan bertenaga daripada penyanyi berkulit hitam manis, Dayang Nurfaizah. Penyanyi bersuara gemersik yang memenangi anugerah Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita pada Anugerah Industri Muzik ke-20 baru-baru ini rancak mengalunkan lagu popularnya, Dayang Sayang Kamu.

Usai menyanyikan lagu yang begitu sinonim dengan dirinya, Dayang kemudian membawa penonton mengulit kenangan dengan mendendangkan lagu berhantunya, Seandainya Masih Ada Cinta.


GELAGAT Neelofa yang bertindak sebagai pengacara konsert mengusik Adib (kiri) dan Ashraf (kanan) sebelum Siti Nurhaliza mengadakan persembahan.


Selain Dayang, penyanyi rock terkemuka tanah air, Awie turut mendendangkan beberapa buah lagu malar hijau pujaan ramai seperti Bujang Senang, Sejati dan Terima Kasih.

Pada malam kedua persembahan, penyanyi yang pernah popular menerusi filem Sembilu itu turut menerima kunjungan pelakon komedi, Usop Wilcha, atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri sambil melambai-lambaikan tangan kepada penyanyi itu.

Turut memberikan persembahan yang menarik, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor. Penonton dihiburkan dengan rantaian lagu-lagu popular seperti Sweet Child of Mine dan Ikut Rentakku.

Dua penyanyi yang dilahirkan program pencarian bakat, Akademi Fantasia, Hafiz dan Adira berjaya mencuri tumpuan penonton apabila kedua-dua mereka menyanyikan lagu Ombak Rindu, lagu runut bunyi yang dipetik daripada filem bertajuk sama yang diberi nafas baharu.

Impak dua datuk

Persembahan pada malam itu diteruskan lagi dengan kemunculan penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Rossa.

Menyanyikan lebih enam buah lagu, suasana DATC bertukar hangatkan apabila penyanyi Cakra Khan muncul untuk berduet dengannya menerusi lagu Terlanjur Cinta. Pada malam kedua, tempat Cakra diganti oleh Pasha, vokalis band Indonesia terkenal, Ungu.

Rossa ternyata gembira kerana diundang untuk menjayakan konsert tersebut.


Pasha muncul untuk berduet bersama Datuk Rossa menerusi lagu Terlanjur Cinta.


Katanya: "Saya begitu tertarik dengan konsep yang digunakan oleh pihak penganjur untuk mengumpulkan dana. Mungkin idea bernas ini dapat dibawa pulang ke Indonesia."

Tidak dinafikan, kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan acara kemuncak pada kedua-kedua malam penganjuran Konsert Destini.

Mengalunkan lagu-lagu seperti Destinasi Cinta, Cindai dan Lebih Indah, Siti Nurhaliza bijak bermain dengan mood penonton dengan seleksi lagu-lagu baharu dan lama pilihannya.

Walaupun Konsert Destini dianjurkan bagi tujuan amal, elemen kejutan turut diselitkan bagi memberikan sesuatu yang istimewa kepada para penonton.

Setelah membuat kemunculan awal beberapa jam sebelum tamatnya konsert, rocker terkenal, Amy Search muncul daripada celah-celah ribuan penonton yang sedang menonton sambil menyanyikan lagu Isabella. Lagu hit yang dipetik daripada album Fenomena itu masih mampu membuatkan para penonton ikut menyanyi bersama.

Lebih istimewa, penyanyi-penyanyi lain yang turut sama menjayakan konsert tersebut naik ke atas pentas beramai-ramai sambil menyanyikan lagu tersebut.

Secara keseluruhan, Konsert Destini yang berdurasi selama 2 jam 30 minit itu cukup segala rencahnya. Walaupun pada awal ramai yang menganggap konsert tersebut bakal dilabel hambar, namun begitu, tiada satu momen longgar yang mampu membuatkan penonton beralih arah daripada terus menonton persembahan dua malam yang menelan belanja sebanyak RM700,000 itu. - IZWAN MOHD. ISA

Hi-5 sedia ceriakan Malaysia

Posted:

Hi-5 sedia ceriakan Malaysia

Hi-5 sedia ceriakan Malaysia


KELIMA-LIMA bintang Hi-5 ini teruja untuk berjumpa dan beramah mesra dengan peminat cilik mereka di sini.


BUAT julung-julung kalinya para pelakon yang membintangi rancangan televisyen kanak-kanak popular Hi-5 bakal membuat persembahan istimewa di Rumah Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Sentul, Kuala Lumpur pada 28 dan 29 Disember ini sempena musim cuti persekolahan.

Acara yang dikenali sebagai Hi-5 House Party itu dianjurkan oleh Hi-5 Operatios Pte. Ltd. serta The Wonderland+ akan menampilkan pelakon utamanya seperti Stevie Nicholson, Lauren Brant, Dayen Zheng, Ainsley Melham dan Mary Lascaris.

Dalam sidang akhbar yang diadakan bersama Hi-5 pada bulan lalu, mereka melahirkan rasa teruja untuk menghiburkan sekali gus beramah mesra dengan peminat cilik mereka dari Malaysia.

PENGUNJUNG berpeluang menonton lagu-lagu popular Hi-5 secara langsung.


Sementara itu, menerusi kenyataan akhbar daripada The Wonderland+, Hi-5 akan menghiburkan peminatnya dengan lagu-lagu hit mereka.

"Dalam acara Hi-5 House Party ini, pengunjung yang hadir akan dihiburkan dengan persembahan lagu popular Hi-5 seperti L.O.V.E, Ready Or Not dan Wish Upon A Star serta dua lagu baharu mereka iaitu Dance With The Dinasours dan Come On In.

"Selain itu, pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak juga tidak harus melepaskan peluang untuk mencuba semua permainan yang disediakan seperti sorok dan cari, kata chats, patung muzik, mari meneka dan pertandingan limbo," jelas kenyataan akhbar berkenaan.

Persembahan akan berlangsung dalam tiga sesi iaitu pada pukul 11 pagi, 2.30 petang dan 6 petang.

Bagi yang belum mendapatkan tiket persembahan, jangan ketinggalan membelinya kerana ia masih dijual.

Tiket-tiket berharga RM103, RM183 dan RM253 menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau menghubungi talian 03-7880 7999 atau 03-4047 9000.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved