Isnin, 16 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Nicky kini ibu lima anak

Posted:

Nicky kini ibu lima anak

Nicky kini ibu lima anak

DENGUSANNYA laju menyerkap ke pendengaran pengunjung di Taman Safari Bukit Gambang (TSBG), Kuantan, Pahang. Seluruh badan terpejong seketika tatkala mendengar ngauman sepasang pak belang dan mak belang yang menyedari ada jemputan tidak diundang hadir ke istananya.

Sosok kenderaan bercorak harimau bintang yang dinaiki pengunjung seperti sudah biasa dilihat oleh haiwan tersebut. Kedua-dua harimau itu terus bersenda tanpa mempedulikan kenderaan yang memasuki wilayahnya.

Berbeza sungguh bentuk tubuh Nicky, harimau betina yang pernah mencuri tumpuan orang ramai lapan tahun lalu jika dibandingkan keadaannya kini. Nicky kelihatan bertenaga, tegap dan sihat.

Sebelum ini, Nicky yang ditempatkan di Zoo Melaka menjadi mangsa penyeludupan haiwan liar dari Pahang nyaris menjadi menu eksotik sebuah restoran Cina terkemuka di Kuala Lumpur. Nicky bagaimanapun telah diselamatkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Perdagangan Malaysia ke Papua New Guinea, Datuk S. H Foo.

Ditangkap

Foo menyedari mengenai anak harimau itu melalui perbualan rakan-rakannya yang memberitahu bahawa Nicky telah ditangkap oleh penduduk kampung di Rompin, Pahang untuk dijual ke restoran yang menjual makanan eksotik.

Beliau mengambil keputusan membeli anak harimau berkenaan dengan sejumlah harga yang dirahsiakan dan menyerahkannya ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) Melaka sebelum ia diberi kepada pengurusan Zoo Melaka pada 11 Ogos 2005.


KEADAAN Nicky ketika ditemui selepas dilaporkan hilang selama dua hari di Zoo Melaka. Nicky berusia tiga bulan ketika kejadian tersebut berlaku.


Dalam tempoh kurang seminggu berada di Zoo Melaka, Nicky sekali lagi menggemparkan kakitangan zoo tersebut apabila ia dilaporkan hilang. Namun, selepas 62 jam, Nicky yang berumur tiga bulan ketika itu ditemui semula di kawasan semak berhampiran sangkar tempat kuarantin harimau belang di zoo itu.

Selepas di tempatkan di zoo tersebut, Nicky menjadi tumpuan orang ramai dan tarikan zoo untuk melihatnya dari dekat.

Pengurus TSBG, Shahrul Hizal Hamid berkata, Nicky dipindahkan ke TSBG dari Zoo Melaka bersama pasangan kelaminnya iaitu Dido sejak bulan Disember tahun lalu.

"Harimau ni macam manusia juga, kalau berpindah mesti berpasangan. Kita tak boleh pisahkan salah seekor dan dipasangkan dengan harimau yang lain.

"Sebenarnya, Nicky sudah lima kali melahirkan anak tetapi hanya lima ekor yang hidup. Secara fitrahnya, harimau betina terdorong untuk makan anak sendiri sebaik dilahirkan," jelasnya ketika ditemui di TSBG baru-baru ini.

Menurut Shahrul Hizal, sepanjang tempoh bunting, harimau betina berasa anaknya selamat berada di dalam perut.

Jadi, haiwan tersebut memakan anak yang dilahirkan kerana menyangka anak tersebut berada dalam bahaya jika dibiarkan hidup di luar badan si ibu.

Sementara itu, rutin hidup Nicky diisi dengan jadual diet yang seimbang dan berdisiplin. Nicky akan diberi makan selama enam hari berturut-turut dan baki sehari lagi dijadualkan untuk berpuasa.


SALAH seekor daripada empat anak Nicky yang berumur sembilan bulan yang terpaksa dipisahkan daripada ibunya atas faktor keselamatan.


Diet yang disediakan untuk Nicky ialah dua ekor ayam sehari selama lima hari, dua kilogram daging pada hari keenam dan Nicky perlu berpuasa pada hari ketujuh. Jadual pemakanan tersebut perlu dipatuhi bagi memastikan tubuh badan Nicky kekal cergas.

"Haiwan yang dibela di zoo berbeza dengan haiwan liar di hutan. Harimau di hutan hidup aktif kerana keluar berburu untuk mendapatkan makanan berlainan dengan harimau yang dipelihara.

"Harimau di sini kurang bersenam untuk latihan kecergasan. Jadi, amalan berpuasa bagi haiwan liar adalah perkara biasa," ujarnya.

Setakat ini, empat ekor anak Nicky daripada kelahiran lalu ditempatkan dalam kandang secara berasingan. Anak-anaknya yang diberikan nama Tam, Ten, Walker dan Johny sudah mencecah umur sembilan bulan.

Seekor lagi anak Nicky daripada kelahiran kali keempat ditempatkan di Sungkai, Perak. Ia merupakan satu-satunya anak Nicky dan Dido yang berjaya hidup daripada kelahiran tersebut.

Pembantu Renjer, Mohd. Rafizan Ghazali, 28, berkata, beliau bertanggungjawab untuk memastikan kawasan persekitaran tempat tinggal anak-anak Nicky bersih dan jadual pemakanan dilakukan secara teratur.

"Saya beri mereka makanan seperti ayam, daging, susu formula dan vitamin. Selain itu, kesemua anak harimau akan dibawa keluar dari kandang untuk berlatih berjalan bagi menguatkan otot kaki dan membiasakan diri dengan manusia.

"Latihan melompat atas kerusi pula dilakukan bagi menguatkan tulang anak harimau. Waktu tidur mereka pula adalah selama lapan jam sehari," kata lelaki yang baru bergelar renjer sejak Mac lalu.

Anak-anak Nicky akan berada dalam jagaan nurseri selama 12 bulan sebelum boleh dilepaskan ke persekitaran hutan di TSBG. Keempat-empat anak Nicky yang tinggal bersama sejak kecil boleh tinggal bersama sehingga dewasa jika mereka sudah terbiasa hidup bersama.

Difahamkan, sebanyak 23 harimau baka Malayan termasuk Nicky dan Dido ditempatkan di safari yang berkeluasan 55.84 hektar itu.


TAMAN Safari Bukit Gambang merupakan safari yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 55.84 hektar.


Pernahkah anda terfikir bagaimana haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing patuh pada tuannya? Konsep yang sama digunakan ke atas haiwan pemakan daging seperti harimau iaitu melalui pemberian makanan dan bau badan penjaga.

Harimau dapat mengecam orang yang memberinya makan dan tidak mengancam keselamatan si penjaga. Penjaga harimau juga mengamalkan kaedah menyapu peluh badan mereka pada harimau supaya haiwan tersebut mengenali siapa penjaganya.

Selain diberi makanan yang mencukupi, Nicky akan diberikan ubat cacing setiap suku tahun bagi menyingkirkan parasit dalam ususnya. Jika ada luka pada badan pula, Nicky hanya diberi rawatan semburan antibiotik.

Hero inspirasi kucing jalanan

Posted:

Hero inspirasi kucing jalanan

Hero inspirasi kucing jalanan

BIARPUN tidak sempurna, semangat juang Hero menjadi inspirasi kepada sesiapa yang mengenalinya.


PEMERGIAN kucing kudung bernama Hero pada 24 November lalu akibat penyakit leukemia meninggalkan kesan yang mendalam kepada pencinta haiwan di negara ini. Siapakah boleh melupakan kekejaman yang dilakukan ke atasnya oleh makhluk yang bergelar manusia?

Hero kehilangan dua kaki hadapan setelah dipotong oleh individu kejam hanya gara-gara kucing malang itu 'mencuri' ikan mentah di sebuah restoran di Semenyih, Selangor lapan tahun lalu.

Laman Facebook Kakimotong Fan Club dilimpahi dengan kata-kata takziah dan semangat kepada pemilik Hero atau lebih dikenali dengan Papa Hero, Mohd. Hairey Yahya.

Teladan

Satu-persatu ucapan di laman tersebut dibaca, Kosmo! tertarik dengan kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Nazirah Kay yang mungkin boleh dijadikan teladan kepada pembaca.

"Semalam, mak cerita pasal orang kampung mendera kucing kerana makan ayam. Adakah patut dia ikat leher kucing itu dan gantung pada pokok?

"Bila orang kampung tegur, dia ajak bergaduh dan dia ambil dawai dan cucuk leher kucing itu sampai mati. Selepas mati, dia biarkan sahaja berulat di pokok tersebut.

"Tapi, Allah bayar tunai pada dia (orang tersebut) kerana tekaknya sakit dan tidak boleh menelan walaupun sudah dibedah. Suara sudah macam kucing," ujarnya.

Satu lagi kisah yang dikongsikan Mira Amifa tidak kurang menyayat hati. Seekor kucing telah mencuri lauk yang akan dijual seorang peniaga pada keesokan harinya.

Akibat perasaan geram, peniaga terbabit memberi makanan percuma yang telah dibubuh racun kepada semua kucing di kampungnya. Ekoran kejadian tersebut, terdapat beberapa ekor kucing mati setiap hari hingga menyusahkan orang kampung untuk mengutip dan menanam kesemua kucing berkenaan.

Tidak lama kemudian, peniaga terbabit ditimpa penyakit misteri dan meraung seperti kucing dalam kesakitan ketika dia sedang nazak.

Sementara itu, pesara kerajaan, Fatimah Ab. Rashid, 59, berkata, beliau mengenali Hero melalui media sejak tahun 2011.

MOHD. HAIREY berazam untuk menyelamatkan lebih banyak kucing jalanan melalui Pertubuhan Aktivis Haiwan-HERO.


Manja

"Saya berusaha menghubungi Papa Hero melalui akaun Facebook miliknya lalu membuat temu janji untuk berjumpa. Luluh hati sehingga menitiskan air mata tatkala kali pertama menemui Hero.

"Selepas pertemuan itu, keluarga kami menjadi rapat dan saling berkunjung ke rumah masing-masing," ujarnya ketika ditemui di Sydney, Australia baru-baru ini.

Bagi Fatimah, sifat Hero yang amat manja menyentuh hati sesiapa yang berpeluang berjumpa dengan kucing berjiwa kental itu.

Hero disifatkan amat berhati-hati dengan orang lain mungkin disebabkan trauma akibat dizalimi manusia. Raut wajahnya mampu menerbitkan rasa belas kasihan biarpun individu tersebut tidak suka terhadap kucing.

Sepanjang mengenali Hero, Fatimah melihat Hero menunjukkan perasaan sayang ke atas 'adik-adik' kucing terbiar lain yang ada di rumah Mohd. Hairey.

Ketika mula-mula mendapat tahu tentang ketiadaan Hero yang pergi buat selama-lamanya, dia tidak berhenti mengalirkan air mata.

"Sebelum ini, saya sudah diberitahu bahawa Hero tidak sihat dan dimasukkan ke wad. Tidak sangka begitu cepat dia pergi dan saya amat terkilan kerana tidak sempat menemuinya buat kali terakhir.

"Hanya tiga perkataan yang boleh menggambarkan apa yang terjadi kepada Hero iaitu 'manusia yang zalim'," ujarnya dalam nada kesal.

Tambah Fatimah, aura yang ada pada kucing jalanan bernama Hero yang dizalimi secara fizikal sangat dan berjaya menyatukan rakyat Malaysia.

Media merupakan perantara yang memainkan peranan besar dalam persepaduan tersebut kerana berjaya menonjolkan semangat juang Hero yang cekal. Hero telah menjadi inspirasi kepada orang ramai yang sebelum ini tidak mahu ambil peduli perihal kucing jalanan. Ketika ini, Mohd. Hairey merupakan orang paling terkesan dengan kehilangan Hero. Dia menjaga kucing malang itu seperti anaknya sendiri sehingga ramai kenalan Mohd. Hairey memanggilnya dengan nama Papa Hero.

"Ramai yang bersimpati dengan apa yang menimpa Hero. Namun, apa yang orang ramai tidak tahu ialah Hero sebenarnya sumber inspirasi kepada diri saya dan pencinta haiwan yang lain.

"Hero disifatkan sebagai penggerak kepada saya dan kawan-kawan untuk meneruskan usaha menyelamatkan haiwan yang teraniaya dan tidak bernasib baik," ujar Papa Hero ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Terkini, Papa Hero sedang bergiat aktif dalam menggerakkan satu pertubuhan bukan kerajaan yang didaftarkan secara rasmi di bawah nama Pertubuhan Aktivis Haiwan (HERO) pada 6 Disember lalu.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertubuhan tersebut boleh ke akaun Facebook, Pertubuhan Aktivis Haiwan - HERO. - NADIA SHAIFUL BAHARI

Legasi peniaga pedati kuda

Posted:

Legasi peniaga pedati kuda

Legasi peniaga pedati kuda


PUSAT perkumpulan para peniaga pedati kuda di Baltimore sebelum mereka keluar berjaja di sekeliling bandar.


CUACA nyaman pada hari itu dihiburkan dengan bunyi hentakan kuda yang membawa pedati di Jalan Orchard dalam bandar Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat (AS). Pedati itu dikendalikan dua lelaki, Yusuf Abdullah, 25, dan Jerry Powell, 47.

"Anda mesti beli di sini. Kami menjual buah-buahan yang terbaik di kawasan ini dan akan berkunjung ke kawasan perumahan di seluruh bandar," teriak Powell lantas mengetuk pintu-pintu rumah sambil Abdullah membungkus beberapa biji mangga dan gugusan anggur untuk pelanggan.

Pasangan itu akan mengulangi rutin itu sehingga kesemua buah epal, oren, pisang, kobis, tomato, timun dan delima habis dijual sebelum kuda pembawa pedati, Tony dikembalikan ke kandang.

Powell dan Abdullah merupakan peniaga buah dan sayur yang menjalankan urusan jual beli menerusi pedati berhias. Gelaran bagi peniaga seperti mereka ialah arabber. Biarpun kumpulan peniaga seperti mereka telah merosot di AS, kelibat mereka masih dapat dilihat di merata kawasan di Baltimore yang diberi jolokan Charm City.

"Saya tidak menyangka arabber masih diteruskan di Baltimore. Daripada satu atau dua pedati beberapa tahun lalu, kini ia meningkat menjadi lapan. Kami berharap jumlah itu akan terus meningkat pada tahun depan," ujar Dan Van Allen, wakil Persatuan Pemeliharaan Arabber yang ditubuhkan pada tahun 1994 yang bertujuan menyokong peniaga arabber.

Tiada siapa tahu sejarah tercetusnya gelaran arabber. Satu teori popular mengatakan ia merupakan slanga kuno dalam kalangan orang jalanan. Wartawan legenda Baltimore, H.L. Mencken yang lahir pada tahun 1880 melaporkan dia pernah mendengar panggilan itu ketika zaman remaja.


BALTIMORE satu-satunya negeri dalam Amerika Syarikat yang masih memelihara tradisi perniagaan menggunakan pedati kuda.


Kekalkan warisan

Sejak bergenerasi, sebelum pembentukan bandar-bandar, pusat beli-belah dan pasar raya, menjual makanan menggunakan pedati kuda adalah pandangan biasa di kebanyakan tempat di AS. Namun kini hanya Baltimore yang masih teguh mengekalkan warisan tersebut.

"Ketika saya mula berniaga, terdapat kira-kira 20 pedati dan ekonomi juga stabil," imbas Powell yang telah dua dekad bergelar arabber.

Seawal Subuh, trak membawa barangan segar tiba dari pasar borong Baltimore. Kemudian para arabber menyusun setiap barangan jualan di dalam ruangan pedati masing-masing sebelum keluar berjaja.

"Kebanyakan orang tua tidak larat keluar rumah. Jadi kami bawa barangan basah kepada mereka," tambah Powell yang telah melakukan pelbagai kerja tetapi memilih arabber sebagai profesion istimewa.

Pelanggan-pelanggan terawal kebiasaannya terdiri daripada penunggang motosikal yang membeli beberapa biji buah sebagai sarapan. Pembantu Powell, Abdullah pula cekap mengira dan mengingati setiap harga barangan.

Tanpa gangguan tuan tanah atau bil utiliti, kos modal arabber amat rendah dan secara tidak langsung membolehkan mereka menjual barangan pada harga lebih murah berbanding pasar raya.

Di atas Bukit Marble yang menempatkan perumahan vintaj pula, Powell sering berurus niaga dengan pelanggan tetapnya, Bryant Alexander yang berusia 67 tahun.

"Ia memudahkan saya dan barangan yang dijual mempunyai kualiti lebih baik berbanding pasar raya. Secara peribadi, arabber perlu disenaraikan dalam status sejarah," luah Alexander.

Para arabber juga tidak berdepan masalah bagi mendapatkan kelengkapan pedati dan kuda kerana komuniti yang menjual barangan kuda tulen yang dipanggil Amish hanya berada berdekatan pusat bandar. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


PUO reka kereta Perodua Face

Posted:

PUO reka kereta Perodua Face

PUO reka kereta Perodua Face

PELAJAR Politeknik Ungku Omar menunjukkan kereta Perodua Face yang direka mereka untuk menyertai Perodua Eco Challenge 2013 di Ipoh, Perak baru-baru ini.


INOVATIF. Politeknik Ungku Omar (PUO) memperkenalkan rekaan kereta baharu, Perodua Face di Pusat Jualan, Servis dan Perkhidmatan Perodua Ipoh, Perak baru-baru ini.

Pengarah PUO, Datuk Md. Nor Yusof berkata, kereta dua pintu yang berkonsep mesra alam dan lebih menjimatkan petrol tersebut berjaya memenangi pertandingan Perodua Eco Challenge 2013 anjuran syarikat automobil, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. yang diadakan baru-baru ini.

Beliau berkata, pasukan pelajar PUO menukar rekaan kenderaan itu agar lebih aerodinamik, menggunakan bahan binaan luar fiber supaya lebih ringan dan menggantikan dengan enjin DOHC 16 valve intercooled Turbo.

"Seramai 25 pelajar PUO dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Perdagangan mengambil masa hampir tiga bulan mereka cipta Perodua Face dengan kos pengubah suaian sebanyak RM46,000," katanya.

61 pelajar tamat latihan kemahiran jangka pendek

Posted:

61 pelajar tamat latihan kemahiran jangka pendek

61 pelajar tamat latihan kemahiran jangka pendek


NUZRIN (baju batik kiri) dan Hasanuddin meraikan sebahagian daripada 61 orang peserta kursus Giat Mara dari enam buah sekolah sekitar Perlis di Kangar baru-baru ini.


KEMAHIRAN. Seramai 61 pelajar dari 16 buah sekolah menengah di Perlis berjaya menamatkan kursus latihan kemahiran jangka pendek untuk program Kelab Teknologi Bumiputera anjuran Giat Mara di Kangar, baru-baru ini.

Pelajar tersebut merupakan pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah yang diberi latihan kemahiran selama lima hari bagi kursus asas seperti pendingin hawa, kimpalan timah, semburan cat dan pertukangan kayu.

Majlis penyampaian sijil program tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Nuzrin Nuiman.

Turut hadir Pengarah Giat Mara Perlis, Hasanuddin Abdul Salam.

45 pelajar UTeM sertai kembara disiplinkan diri

Posted:

45 pelajar UTeM sertai kembara disiplinkan diri

45 pelajar UTeM sertai kembara disiplinkan diri


PELAJAR UTeM yang menyertai kembara berbasikal bergambar kenangan sebaik tiba di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka baru-baru ini.


KEMBARA. Seramai 45 pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyertai kembara berbasikal sejauh 25 kilometer dari kampus induk universiti berkenaan di Durian Tunggal ke Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

Pengarah program, Wan Mohd. Azahar Wan Mohd. Yusof berkata, program tersebut bertujuan mendisiplin peserta dalam mematuhi peraturan jalan raya.

Menurutnya, ia juga dapat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta selain memupuk semangat bekerja secara berkumpulan.

"Kami juga berpeluang beramah mesra dengan penduduk setempat di sepanjang jalan-jalan yang dilalui," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mati menanti 'Tuhan Harun'

Posted:

Mati menanti 'Tuhan Harun'

Mati menanti 'Tuhan Harun'

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA polis mengiringi Harun (berkerusi roda), Sumustapha (tiga dari kanan), Shaizral Eddie (kanan) dan Azida (bertudung) keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan semalam.


KUANTAN – Selepas 37 hari kes pembunuhan Ahmad Raffli Abdul Malek berlaku, pihak berkuasa semalam mengheret empat pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' termasuk ketuanya ke muka pengadilan dengan salah seorang daripada mereka dituduh membunuh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang itu.

Pengikut ajaran sesat tersebut, Sumustapha Suradi, 39, bersama dua lagi individu yang masih bebas dituduh membunuh Ahmad Raffli, 49, pada pukul 1.50 petang 10 November lalu di rumah No. 7 Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis tampar warga asing ditukar

Posted:

Polis tampar warga asing ditukar

Polis tampar warga asing ditukar


AKSI-aksi tindakan anggota polis yang dipercayai menampar dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap warga asing yang tersebar di YouTube sejak 13 Disember lalu.


GEORGE TOWN - Anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar seorang daripada warga asing di Bayan Baru Jumaat lalu ditukar serta-merta ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Balik Pulau.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

"Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta dan kini ditugaskan di Bilik Gerakan Barat Daya," kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Menteri Muda Sarawak diacu pisau perompak

Posted:

Menteri Muda Sarawak diacu pisau perompak

Menteri Muda Sarawak diacu pisau perompak

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

KUCHING – Liwan Lagang, Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri tidak dapat melupakan kejadian cemas diacu pisau oleh perompak yang kemudian melarikan Toyota Fortuner miliknya di pekan Kota Sentosa di sini semalam.

Cerita Liwan, 55, sehingga sekarang beliau masih trauma dan tidak boleh melupakan saat-saat menjadi mangsa rompakan.

Bagaimanapun, kata Liwan, beliau bersyukur kerana hanya cedera di paha kanan, lutut dan ibu jari kiri akibat bergelut dengan penjenayah bersenjata tajam itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Khairul Anuar di puncak prestasi

Posted:

Khairul Anuar di puncak prestasi

Khairul Anuar di puncak prestasi

KHAIRUL ANUAR (kanan) mengatasi rakan senegara, Atiq Bazil pada final acara recurve lelaki semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Pingat emas memang sudah pun berada dalam tangan kontinjen Malaysia, tetapi aksi final dua pemanah recurve lelaki negara semalam menjadi tumpuan bukan sahaja kerana ia pingat pertama daripada acara memanah tetapi gara-gara perebutan wang insentif RM20,000.

Bagaimanapun ternyata pengalaman memberi kelebihan buat Khairul Anuar Mohammad untuk menewaskan juniornya, Atiq Bazil Bakri 7-1 dalam perlawanan yang berat sebelah itu.

Ketika diberitahu bakal menerima insentif RM20,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN), Khairul, Anuar, 22, ternyata terkejut kerana tidak menyangka dia akan mendapat wang sebanyak itu.

"Saya tidak terfikir langsung tentang insentif ketika beraksi kerana saya memberi lebih tumpuan kepada perlawanan akhir itu. Tetapi, apa pun alhamdulillah, saya bersyukur jika ia benar.

"Jadi bolehlah saya gunakan duit itu nanti untuk membantu keluarga saya yang tinggal sehelai sepinggang akibat banjir di Kemaman, Terengganu tempoh hari. Emas ini pula saya hadiahkan kepada emak saya, Kelsom Dollah," katanya selepas perlawanan.

Di bawah SHAKAM, atlet yang memenangi emas pertama akan menerima insentif RM20,000 diikuti RM5,000 jika memenangi emas berikutnya setiap satu.

Perkara ini disahkan pegawai media MSN, Fahmi Omar. Bagaimanapun untuk acara berpasukan, ia akan dibahagikan sama rata antara atlet terbabit.

Sementara itu, Atiq walaupun kalah, dia masih berjaya membuktikan usia yang muda bukan penghalang untuknya menyinar pada temasya Sukan SEA kali ini.

Pada usia 19 tahun, Atiq merupakan pakej kejutan yang boleh dibanggakan daripada acara memanah sekali gus melegakan Persatuan Memanah Malaysia bahawa skuad negara sudah ada pelapis yang bersedia menggantikan Khairul Anuar satu hari nanti.

"Saya hanya mencuba yang terbaik. Tetapi perasaan gementar sedikit mengganggu prestasi saya hari ini. Maklumlah, pasti ada rasa gementar apabila berhadapam pemanah ranking kesembilan dunia (Khairul) ketika ini.

"Apa pun saya puas hati dengan pencapaian saya kali ini apabila berjaya membawa

pulang pingat perak kerana ini merupakan temasya Sukan SEA pertama saya," katanya.

Secara keseluruhan semalam, skuad memanah negara turut menyumbang dua perak dan satu gangsa.

Dua perak diperoleh menerusi Atiq dan gandingan Mohd. Zaki Mahazan-Saritha Cam Nong dalam acara beregu campuran compound.

Pada aksi final, Zaki-Saritha kalah kepada pemanah Laos menerusi kiraan anak panah terdekat dengan titik tengah selepas terikat 149-149 dan 18-18 dalam pusingan penentuan.

Gangsa pula sekali lagi disumbang Saritha selepas menewaskan rakan senegara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh 144-139 dalam penentuan tempat ketiga/keempat acara compound individu wanita.

Pingat emas acara itu dimenangi pemanah tuan rumah, Aung Ngeain.

Impian emas Malaysia musnah

Posted:

Impian emas Malaysia musnah

Impian emas Malaysia musnah


PEMAIN negara, Mohd. Hanafiah Dolah melakukan halangan terhadap libasan pemain Thailand dalam perlawanan akhir acara regu lelaki Sukan SEA 2013 semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Skuad sepak takraw negara terus kempunan untuk membawa pulang pingat emas selepas tewas 0-2 kepada Thailand pada final acara regu lelaki semalam.

Pada aksi di Stadium Tertutup Wunna Theikdi B itu, regu negara yang diketuai Mohd. Muqlis Borhan (apit kiri), Mohd. Hanafiah Dolah (apit kanan) dan Izurin Refin (tekong) tetap memberikan saingan yang sengit pada set pertama, namun tewas 16-21.

Bagaimanapun, aksi pemain-pemain negara agak 'longlai' pada set kedua, sekali gus kecundang 8-21 kepada regu Thailand yang diketuai Pattarapong Yupadee (apit kiri), Pornchai Kaokew (apit kanan) dan Siriwat Sakha (tekong).

Kekalahan itu turut melebarkan kemarau pingat emas skuad negara selepas kali terakhir muncul juara dalam acara regu pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina.

Selain diselubungi perasaan kecewa, suasana 'panas' turut menyelubungi kem skuad sepak takraw negara.

Situasi tegang yang hampir mencetuskan pergaduhan itu berlaku selepas pengurus pasukan, Zamry Fareed Mohd. Norden tidak berpuas hati dengan laporan sebuah akhbar tempatan (bukan kumpulan Utusan) yang didakwa cuba memburuk-burukkan reputasi pemain Malaysia.

Namun, ketua jurulatih, Jamaluddin Hassan tetap tenang menghadapi keadaan itu.

"Bagi saya, pencapaian dalam acara regu ini lebih baik berbanding di Palembang, Jakarta (Sukan SEA 2011).

"Dua tahun lalu, kami menang pingat gangsa tetapi di sini (Myanmar) kami mampu meraih perak.

"Cuma sedikit terkilan kerana terlepas pingat emas. Pada set pertama, pemain-pemain beraksi dengan baik berbanding di set kedua.

"Saya rasa mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan ini. Namun, pengalaman menjadi perbezaan antara kedua-dua regu.

"Rata-rata pemain negara masih muda dan kurang pengalaman, manakala pemain Thailand pula ada yang telah berusia lebih 30 tahun. Itu merupakan kelebihan mereka (Thailand) untuk mencapai kemenangan," katanya.

Bagaimanapun, Jamaluddin yakin sekiranya pemain-pemain negara diberi banyak pendedahan di peringkat antarabangsa, mereka mampu menjadi lebih hebat pada masa hadapan.

Ketika diminta mengulas mengenai persembahan Izurin semalam, beliau mengakui sepakan servis yang dilakukan pemain itu tidak konsisten.

"Memang sasarannya sudah betul, tinggal lagi tidak menjadi sahaja. Kalau dilihat sebelum ini, sepakan servisnya sangat baik tetapi hari ini (semalam) kurang menyerlah.

"Setiap kali servis yang diperoleh, mereka tidak mampu mengutip mata berbanding Thailand. Daripada tiga servis yang dilakukan, mereka pasti dapat satu mata. Itu yang memberikan kelebihan kepada regu lawan. Itulah perbezaan antara Siriwat dan Izurin.

"Daripada aspek kawalan bola juga tidak banyak bezanya. Seperti mana yang saya katakan, pengalaman menjadi pemisah antara mereka," katanya.

Sementara itu, Jamaluddin mempertahankan keputusannya untuk tidak menurunkan pemain simpanan, Norshahruddin Mad Ghani dan Noor Azman Abdul Hamid selepas ketinggalan pada set kedua.

Katanya, regu negara sudah ketinggalan agak jauh dan langkah menurunkan pemain simpanan tidak akan memberikan banyak impak kerana mereka perlu mengambil masa bagi menyesuaikan diri.

Kim Swee: Awasi ancaman Vietnam

Posted:

Kim Swee: Awasi ancaman Vietnam

Kim Swee: Awasi ancaman Vietnam


KIM SWEE (kanan) mengingatkan barisan pemainnya agar berhati-hati dengan ancaman Vietnam pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A hari ini.


NAY PYI TAW, Myanmar - Pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee menuntut anak-anak buahnya supaya mempamerkan semangat juang yang tinggi pada aksi terakhir Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA 2013 menentang Vietnam di Stadium Zeyyer Thiri petang ini.

Kim Swee berkata, pemain-pemain tidak boleh berfikir untuk turun dengan misi mengutip satu mata kerana situasi itu mampu mengundang padah, sekali gus menutup peluang mereka melayakkan diri ke separuh akhir.

Bagaimanapun, kejayaan menjaringkan gol awal akan memberikan kelebihan kepada Harimau Malaya.

"Kami tidak boleh ambil sikap sambil lewa, pemain-pemain perlu bermain dengan semangat juang yang tinggi.

"Kami tidak boleh turun dengan misi untuk mendapatkan satu mata dan menjangkakan perkara yang mudah. Vietnam pasti melancarkan banyak serangan balas yang pantas.

"Rekod jaringan Vietnam juga sudah terbukti bahawa mereka mampu menjaringkan gol. Kami perlu lebih berhati-hati dengan pergerakan kapten, Nguyen Van Quyet.

"Dia memainkan peranan yang sangat baik tidak hanya di posisi tengah tetapi mampu melancarkan serangan yang berbahaya dari sebelah kiri dan kanan," kata Kim Swee selepas mengendalikan latihan ringan di tempat penginapan pemain di Golden Guest Hotel semalam.

Sementara itu, Kim Swee mengakui bahawa beliau berkemungkinan akan menurunkan barisan pemain yang berbeza pada perlawanan penting itu.

"Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, pemain-pemain perlu cergas sepenuhnya dan saya percaya mereka yang direhatkan atau yang belum diturunkan sudah pasti boleh menjalankan tugas dengan baik terutamanya bagi menghadapi perlawanan yang penting ini.

"Seperti mana yang saya sering beritahu sebelum ini, senarai nama hanya akan dikeluarkan beberapa jam sebelum perlawanan bermula.

"Saya harap sesiapa sahaja yang diturunkan nanti dapat bermain dengan baik," katanya.

Ketika ditanya mengenai sesi latihan semalam, Kim Swee berkata, beliau sengaja memilih untuk melakukan sesi latihan ringan kerana pemain baharu sahaja menamatkan perlawanan menentang Singapura (kelmarin) dan akan menentang Vietnam hari ini.

Katanya, selain memastikan pemain tidak rasa keletihan, mereka juga mempunyai banyak masa menganalisis corak permainan pihak lawan

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Kim Swee berkata, tidak ada pemain Harimau Muda yang alami kecederaan serius dan kesemua mereka bersedia untuk diturunkan.

Selepas seri 1-1 dengan Singapura, ada pengkritik yang mendakwa percaturan Kim Swee serba tidak menjadi dan beliau sudah ketandusan idea.

Bagaimanapun, beliau tidak mudah melatah dan menganggap isu itu sebagai perkara biasa.

"Ini adalah perkara biasa. Apabila pemain tidak menjaringkan gol, mereka akan dikritik. Apabila pasukan tidak menang, mereka juga akan dikritik.

"Namun, perjalanan kami masih jauh dan perkara yang paling penting adalah kami layak ke separuh akhir. Saya harap, pemain-pemain akan menjadikan perkara itu sebagai satu cabaran," katanya.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, Harimau Muda berjaya mengumpul tujuh mata, ketinggalan satu mata di belakang Singapura diikuti Vietnam (enam mata), Laos (satu mata) dan Brunei tanpa sebarang mata.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Perkahwinan budaya Jovian, Nina Sabrina

Posted:

Perkahwinan budaya Jovian, Nina Sabrina

Perkahwinan budaya Jovian, Nina Sabrina

Oleh ALIF ABU BAKAR

DEWAN utama Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur padat dengan jemputan yang kemas berpakaian tradisional Melayu. Tambah unik apabila hadirin yang hadir dari Indonesia tampil dalam persalinan klasik Jawa. Lelaki lengkap berkemeja (beskap) dan songkok (blangkon) manakala perempuan bergaya elegan bersama busana berteras batik.

Tetamu acara itu sahaja sudah menjemput pesona, belum lagi melihat dua individu yang diraikan, pasti memukau. Sambil menanti ketibaan raja sehari, seisi dewan melirik tajam gugusan dekorasi yang digubah istimewa sempena resepsi persandingan pereka fesyen terkemuka tempatan, Jovian Mandagie bersama Nina Sabrina Ismail Sabri, anak sulung kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Meskipun ia adalah persandingan kedua (resepsi pertama diadakan pada malam 14 Disember 2013), perincian majlis tetap dirapi sempurna, bermula daripada hiasan dalaman, susun atur meja, pelamin dan pentas hiburan.

Tumpuan teralih ke pusat dewan saat pengacara, Adibah Noor mengumumkan ketibaan mempelai perempuan, Nina Sabrina. Gemalai gerak penari-penari Gadung Melati mengiringi setiap langkah Nina Sabrina. Pengantin wanita berusia 26 tahun itu kemudiannya duduk penuh sopan di atas pelamin, wajahnya ditutup kipas tangan berwarna putih.

Cantuman budaya

Lantas, pahlawan hati Nina Sabrina tampil di tengah-tengah keramaian. Jovian, 27, yang dipimpin ibu bapanya mengorak teruja menuju ke pelamin. Namun tidak sah jika perkahwinan Melayu tanpa 'tol', hentian singkat yang perlu dilepasi pengantin lelaki. Pantun dijawab, usikan diterima, teka-teki diselesaikan lantas halangan terakhir Jovian iaitu tol ketujuh menyaksikan interaksi simbolik antara pengantin lelaki itu bersama bapa mertuanya, Ismail Sabri.


UPACARA penyerahan keris daripada Ismail Sabri (kanan) kepada Jovian (tengah) dipinjam daripada adat perkahwinan orang Terengganu.


Ismail Sabri mengeluarkan keris yang disisip pada sampingnya lalu diserahkan kepada menantunya. Upacara itu menjadi perlambangan kepada penyerahan anak perempuan kepada suami selepas halal bergelar pasangan hidup.

Istiadat persandingan Jovian dan Nina Sabrina secara telusnya adalah rangkuman budaya dua negara. Adat Melayu dan Jawa yang mewakili Malaysia dan Indonesia dicantum bijak dari sudut pakaian, dekorasi, hidangan dan hiburan. Malah, penari-penari tradisional pada upacara itu turut diterbangkan khas dari Bali.

Adat penyerahan keris itu misalnya, diambil daripada kebudayaan orang Terengganu. Paparan tarian Johor dan Melaka turut diselitkan bagi mewakili nilai Malaysia.

Begitu juga aturan hiburan, penyanyi dari dua negara itu dipertemukan di atas satu pentas. Ning Baizura yang dipilih menjadi wajah identiti negara, lunak mengalun lagu tradisional dan moden buat santapan telinga hadirin.

Iringan muzik asli Indonesia pula membawa tetamu ke tengah lantai dewan untuk menari dan berhibur beramai-ramai atas nama serumpun. Betapa indah garapan sebuah majlis perkahwinan yang bertulangkan budaya ketimuran.

Seperti persandingan di Indonesia, begitu jua adat yang dipinjam Jovian dan Nina Sabrina. Tidak ada upacara merenjis seperti resepsi orang Melayu di sini. Pengantin bersama ahli keluarga hanya berdiri di atas pelamin menyambut salam dan ucapan selamat daripada hadirin yang beratur panjang menanti giliran.

Busana

Paling istimewa apabila Jovian dan Nina Sabrina membuat keputusan untuk menggabungkan senarai jemputan daripada kedua-dua belah pihak. Perhimpunan keluarga besar dua mempelai itu berjaya membentuk suasana persaudaraan yang erat.

ADAT bersiram dijayakan Nina Sabrina dan Jovian sebagai penghargaan kepada budaya Jawa dan Melayu.


"Majlis perkahwinan adalah hari bagi menyatukan setiap ahli keluarga. Ia adalah detik istimewa meraikan cinta," lembut tutur Nina Sabrina menyusun bicara.

Mengimbas majlis pernikahan pasangan itu pada 11 Disember lalu di Muzium Diraja Istana Negara Lama, Kuala Lumpur ramai yang memuji persalinan serba sederhana dua mempelai tersebut. Menurut Jovian, busana semua resepsi diilhamkan oleh pasukan perekanya.

Mengaku sedikit tertekan dengan jangkaan orang sekeliling, Jovian yang bertindak sebagai perancang utama rekaan persalinan bagi majlis perkahwinannya hanya mahukan yang terbaik untuk isteri dan dirinya.

"Selalu saya reka baju kahwin orang, sekarang bila saya kahwin, sudah tentu saya ingin hasilkan rekaan paling sempurna," seri pengantin terlihat jelas pada wajah Jovian ketika ditemui Stailo usai majlis persandingan.

Untuk majlis akad nikah, Jovian cuba menghidupkan karakter ringkas Nina Sabrina dengan menekankan idealisme romantik dan manis pada persalinan mereka. Kesamaan Nina Sabrina seperti seorang puteri juga mendorong Jovian memilih konsep kayangan sempena acara memateri cinta itu.

Lazim dikenali sebagai pereka gaya avant garde, Jovian bagaimanapun menolak konsep tersebut pada setiap resepsi perkahwinannya. Tiada dres sarat atau baju Melayu bersongket penuh.

Bak kata Nina Sabrina: "Kami berdua inginkan busana yang tidak akan lapuk ditelan zaman. Maksudnya, bila kami tua dan tengok kembali foto-foto perkahwinan, pakaian ini masih relevan dan ada nilai merentas zaman."

Sehari sebelum persandingan 15 Disember lalu, telah berlangsung resepsi serupa di lokasi yang sama. Namun konsep dekorasi termasuk pelamin bagi dua hari itu adalah berbeza 100 peratus.

Begitu juga pakaian, persandingan pertama menyaksikan Jovian dan Nina Sabrina memilih songket Brunei sebagai latar utama persalinan. Suntikan elemen fusion pula diimbangi sempurna menjadikan ia antara busana yang masyhur dijadikan rujukan. Jovian juga banyak bermain dengan teknik liptan (draping) bagi menghasilkan busana Nina Sabrina.


ACARA memotong kek dan tarian pertama menyaksikan Jovian dan Nina Sabrina tampil moden dalam persalinan Inggeris.


Bersiram

Persandingan kedua pula memaparkan dua set persalinan. Pada awal acara, Nina Sabrina menyarungkan kebaya Jawa yang dihasilkan dengan cantuman fabrik eksklusif iaitu satin duchess dan renda Perancis.

Bagi acara memotong kek dan tarian pertama, Jovian muncul tampan dalam tuksedo putih yang dipadankan bersama celana dan tali leher kupu-kupu hitam. Nina Sabrina pula memukau pandangan apabila memilih untuk mengenakan gaun kembang rona perak dengan perincian bunga dan dedaunan berwarna emas.

Bagi memenuhi saranan si ibu, Any Silvana Salim yang berasal dari Indonesia, Jovian mengadakan acara bersiram, berinai dan khatam al-Quran secara serentak. Ketiga-tiga acara itu dilaksanakan dua hari sebelum majlis pernikahan.

Nina Sabrina memberitahu, acara bersiram sebelum berkahwin juga dilakukan di beberapa tempat di Malaysia dengan tujuan menaikkan seri pengantin. Antaranya ialah di Perak yang juga kampung halamannya.

"Kalau dalam adat Melayu, perempuan perlu berkemban ketika bersiram tetapi kerana saya tidak mahu kelihatan seksi, saya memilih pakaian orang Jawa," kongsi Nina Sabrina yang memakai pelapik dada berasaskan bunga melur pada acara bersiram.

Pada sebelah malamnya pula, Jovian dan Nina diraikan dalam upacara berinai berkonsep Arab dan disudahi dengan majlis khatam al-Quran.

Sementara itu, masih ada satu lagi resepsi persandingan antara Jovian dan Nina Sabrina di Bera, Pahang. Mengikut perancangan awal, ia sepatutnya diadakan pada minggu depan tetapi mungkin ditunda ke bulan Januari depan ekoran bencana banjir.

Sentimen seksi dres midi

Posted:

Sentimen seksi dres midi

Sentimen seksi dres midi

Oleh ALIF ABU BAKAR

MOTIF barok tersusun kemas pada dres midi ini sekali gus menghadirkan aura menggoda si pemakai.


IDEOLOGI seksi seorang wanita secara kasarnya diukur pada potongan badan. Kecantikan susuk tubuh kaum Hawa tambah menyerlah apabila ia disarung pakaian yang melekap sempurna mengikut bentuk.

Dres dengan potongan mencecah pertengahan betis atau dalam terma fesyen digelar dres midi antara item terbaik untuk digayakan dalam usaha menampilkan pesona seksi itu. Justeru, jenama dalam talian tanah air, Kree menghamparkan dua rekaan dres midi khusus buat pengikut setia mereka.

Diberi nama Candice, dres midi keluaran sulung Kree dicabangkan kepada dua tona yang elegan. Cantuman rona hijau, biru dan putih menghidupkan jiwa alam pada dres midi bercorak flora, menyerlahkan perwatakan feminin semula jadi si pemakai.

Menggunakan likra jersi sebagai teras material, satu lagi rekaan dres midi Kree disuntik penegasan pada aturan warnanya iaitu jingga dan putih beralun senada dalam cetakan barok (baroque) iaitu seni popular di Eropah pada abad ke-17.

Dres panjang

Kehangatan sambutan skirt mini Fabulous Kree beberapa bulan lalu pula dijadikan kesempatan jenama tersebut untuk turut menghasilkan dres panjang dengan rekaan sofistikated sederhana.


PENERAPAN elemen batik pada dres Alayna memberikan nilai Asia dalam konteks moden.


Pereka Kree, Afiq Mohamed sekali lagi menunjukkan kehalusan kerjanya menerusi dres panjang Irina, Alayna, Helena dan Aymeline. Keseluruhannya, terdapat lebih 10 rekaan dres panjang ditawarkan kepada para pelanggan.

Tanpa mengehad usia terhadap ciri rekaan, setiap helaian bijak mengimbangi nilai versatil, fungsional dan kesepadanan. Keselesaan kekal menjadi tunjang penghasilan pakaian Kree selepas mengambil kira ciri-ciri pengikut mereka yang terdiri daripada wanita aktif dan tinggi keyakinan.

Likra dipilih sebagai fabrik utama dalam koleksi dres panjang kali ini. Olahan ringkas pada dres Aymeline mencipta penampilan eksklusif dengan bersahaja. Saduran motif flora besar dalam persalinan hitam itu bagai memberi tarikan magnet kepada si pemakai.

Begitu juga Irina yang memadankan dua rona paling klise, hitam dan putih. Penerapan motif barok pada bahagian bawah dres seakan-akan mencipta ilusi bahawa ia tercantum daripada blaus dan skirt labuh. Tidak lupa, mainan minimum motif batik yang menjadi jati diri Asia Tenggara pada Alayna.

"Bagaimanapun kami masih memberi pilihan kepada mereka yang kurang menggemari fabrik likra. Dres panjang Helena misalnya diperbuat daripada sifon," kongsi Afiq.

Koleksi baharu Kree kini boleh diperoleh menerusi laman web www.kree.my pada harga bermula RM199.90 sehingga RM259.90.

Gedung tumpuan fesyen kasual

Posted:

Gedung tumpuan fesyen kasual

Gedung tumpuan fesyen kasual

Oleh ALIF ABU BAKAR


BARISAN blazer sedia pakai yang menepati saiz orang Asia.


SEJAK diperkenalkan pada tahun 1947, perusahaan H&M Hennes & Mauritz AB (H&M) terus melakar sejarah cemerlang dalam industri fesyen antarabangsa. Selepas 66 tahun, jenama yang bermula di Sweden itu telah melebarkan sayapnya ke 43 buah negara dengan lebih 2,500 gedung dibuka di seluruh dunia.

Malaysia antara negara yang baru menerima kehadiran H&M pada tahun lalu. Namun, dalam tempoh setahun, cawangannya bercambah pantas. Sejak dibuka di Lot 10, Kuala Lumpur, label tersebut kemudiannya dikembangkan ke Selangor menerusi pusat beli-belah Paradigm Mall, Setia City Mall dan 1Utama. Warga Pulau Pinang juga bertuah selepas gedung H&M dibuka di Gurney Paragon.

Bulan lalu, H&M meneruskan kegemilangannya di Malaysia. Pembukaan gedung keenam di Avenue K, Kuala Lumpur menjadi petanda penerimaan luar biasa masyarakat tempatan kepada jenama tersebut.

Konsep

Tidak banyak beza berbanding gedungnya yang lain, H&M Avenue K masih mengekalkan konsep sederhana pada perincian dekorasi. Inspirasi rekaan Sweden meniupkan rasa selesa dalam diri setiap pengunjung sepanjang berbelanja.

Susun atur gedung dibahagikan kepada tiga tingkat. Barangan wanita ditempatkan di aras tanah iaitu tingkat teratas jika menggunakan pintu masuk utama Avenue K. Bahagian kanak-kanak terletak di aras tengah manakala ruangan kaum Adam ditetapkan di aras bawah.

Warna putih melatari keseluruhan 3,251 meter persegi gedung tersebut. Tempias rona pucat seperti perak dan coklat kayu diselitkan pada beberapa rak yang menggantung pakaian.


PELBAGAI stail pakaian wanita yang dijual di H&M.


Menawarkan

Tiada apa yang lebih menarik tentang H&M melainkan pakaian sedia pakai yang dijual pada harga berpatutan. Meskipun bergelar produk luar negara, kebanyakan barangan H&M tidak memerlukan pelanggan membelanjakan wang yang besar. Kualitinya juga boleh dibanggakan.

Gedung baharu itu menawarkan seleksi pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak yang dikemas kini mengikut musim. Namun, ia masih mengikut kesesuaian cuaca di negara ini.

Wanita H&M paling beruntung kerana pakaian yang dijual merangkumi pelbagai stail seperti gaya santai, formal dan elegan, semuanya serba lengkap. Aksesori seperti beg tangan, anting-anting dan selendang juga antara item yang sering menangkap perhatian para wanita.

Pengaruh fesyen jalanan Eropah pula ketara dilihat pada helaian kaum Adam. Jean sendat yang pernah mengisi ketaksuban remaja kini diganti dengan lambakan seluar potongan langsing (slim fit). Pengaruh baju-T polos pula beralih kepada singlet bercetak atau berhias grafik santai.

H&M juga bijak menyebarkan dogma fesyen kasual segak dalam kalangan lelaki tempatan. Sebelum ini, sukar untuk melihat golongan jejaka lokal menyarungkan blazer atau sut separa formal untuk acara santai, namun sejak kebelakangan ini, gaya bersut atau padanan blazer bersama kemeja polos dan khaki menjadi trend hangat.

Barisan blazer sedia pakai yang menepati saiz orang Asia menjadikan H&M gedung pilihan utama kebanyakan lelaki kota khususnya kelompok belia.

Keistimewaan

Gedung H&M Avenue K mungkin tidak sebesar gedung pertamanya di Lot 10, namun ruang sederhana itu menjadi keistimewaan kepadanya. Meskipun terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur, gedung baharu itu tidak terlalu padat berbanding cawangannya yang lain.

Kedudukan strategik bersebelahan stesen transit aliran ringan KLCC turut menjadi kelebihan kepada H&M Avenue K.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Selera Cina-Thai pikat pelanggan

Posted:

Selera Cina-Thai pikat pelanggan

Selera Cina-Thai pikat pelanggan

Oleh HAPIZAH AZIZ
rencana@kosmo.com.my

Cef Eh Bau (kanan) dan kakitangan Restoran Jade menunjukkan menu yang disediakan.


KOMBINASI sajian Cina dan Thailand yang dipertaruhkan Restoran Jade, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan merupakan salah satu langkah untuk memikat selera para pelanggannya.

Ternyata hotel tersebut membuat pilihan yang tepat memperkenalkan menu tersebut apatah lagi negeri Kelantan bersempadan dengan Thailand tentunya ia bersesuaian dengan selera komuniti Siam atau masyarakat pelbagai kaum di negeri ini yang semakin sebati dengan cita rasa negara jiran itu.

Hotel Perdana Kota Bharu yang baru beroperasi baru-baru ini mengumumkan untuk mempromosikan hidangan Cina-Thai sebagai sajian teras di Restoran Jade hotel berkenaan sempena pembukaan restoran itu.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi, Nik Adura Zuliana Datuk Nik Abdul Rashid berkata, pelbagai pilihan hidangan ditawarkan secara ala carte termasuk pat pau ayam kukus, daging singto longhai (Daging Singa Menangis), udang goreng dua rasa, ikan goreng lima rasa, tomyam dan sayur campur istimewa.

Menu pilihan

Katanya, hidangan ayam goreng bawang tanpa tulang, sup sirip ikan yu dengan isi ketam dan ikan kukus ala Siam dan ikan kukus dengan potongan mangga turut menjadi menu pilihan ramai.


IKAN siakap goreng lima rasa mampu membuatkan pengunjung kecur air liur.


Di samping itu katanya, mi tom yam makanan laut serta minuman tembikai susu dengan sagu juga disediakan bagi memenuhi cita rasa pelanggan.

"Dalam menyediakan semua hidangan, Cef Eh Bau bersama pasukannya, Eh San Eh Rong, Alimi Che Ibrahim dan Chong Tak Sang dipertanggungjawabkan bagi menyedia hidangan tersebut," katanya sempena promosi makanan Cina-Thai di Restoran Jade, Hotel Perdana Kota Bharu baru-baru ini.

Menurutnya, Cef Eh Bau yang berketurunan Siam dari Tumpat, Kelantan mempunyai pengalaman tiga dekad dalam penyediaan makanan di restoran.

"Antara hidangan lain yang ditawarkan ialah ayam goreng tanpa tulang yang dibalut dengan madu, ikan siakap goreng Taman Jade, tiram pancake, makanan laut Pacific serta goreng cendawan dan kerang boleh dinikmati apabila menjamu selera di hotel ini," katanya.

Tambahnya, semua hidangan yang disediakan menggunakan bahan segar yang diperoleh dari sekitar negeri ini bagi mengekalkan rasa asli masakan.

Pelanggan katanya, boleh membuat tempahan tiga meja dalam bilik khas atau di kawasan restoran terbuka yang boleh menampung sehingga 100 orang.

Restoran ini mendapat pengikitirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pengebumian negara buat Mandela

Posted:

Pengebumian negara buat Mandela

Pengebumian negara buat Mandela

ANGGOTA tentera berdiri di sisi keranda Mandela di tapak persemadiannya di kampung Qunu semalam.- REUTERS


QUNU, Afrika Selatan - Nyanyian, ucapan dan bedilan artileri memecah kesunyian di kampung kelahiran Nelson Mandela di sini semasa majlis pengebumiannya semalam

Beribu-ribu tetamu dengan sebahagian mereka menyanyi dan menari berhimpun di sebuah khemah besar di pekarangan kediaman keluarga ikon anti-Apartheid tersebut.

Mandela meninggal dunia pada usia 95 tahun setelah sekian lama jatuh sakit.

Kerandanya yang dibalut bendera Afrika Selatan dibawa ke khemah tersebut menggunakan sebuah kereta meriam sebelum diletak di atas karpet kulit lembu.

"Sebatang pokok besar telah tumbang (Mandela), beliau pulang ke pangkuan nenek moyangnya," kata seorang ketua puak, Ngangomhlaba Matanzima yang mewakili keluarga Mandela.

Cucunya, Nandi Mandela pula berkata, Mandela pernah berkaki ayam untuk ke sekolah di sini semasa kanak-kanak sebelum beliau akhirnya menjadi seorang presiden dan tokoh global.

"Kisah ini sebagai teladan bahawa kita boleh mencapai apa sahaja yang kita impikan dalam hidup," kata Nandi.

Balu Mandela, Grace Machel dan isteri keduanya, Winnie Madikizela-Mandela memakai pakaian hitam dan duduk mengapit Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Antara hadirin termasuk veteran sayap tentera parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Duta Amerika Syarikat, Patrick Gaspard dan diplomat asing.

ANC merupakan pergerakan pembebasan yang menjadi kuasa politik dominan selepas pemerintahan rejim kulit putih Apartheid berakhir.

Turut berada di majlis pengebumian tersebut ialah Putera Charles, Putera Albert II dari Monaco, personaliti televisyen AS, Oprah Winfrey, bilionair Richard Branson dan bekas perdana menteri Zimbabwe, Morgan Tsvangirai.

Selesai majlis tersebut, segelintir tetamu akan menghadiri upacara mengebumikan mayat Mandela di tapak perkuburan keluarga mendiang di sini, dalam wilayah Cape Timur.

Sebelum keranda berisi mayat Mandela diturun ke dalam liang lahat, tembakan meriam 21 das dilepaskan dengan beberapa pesawat melakukan penerbangan lintas hormat sebagai penutup kepada majlis pengebumiannya.

Sebelum ini, acara berkabung selama 10 hari diadakan termasuk majlis memorial besar-besaran di sebuah stadium di Johannesburg dan upacara ziarah selama tiga hari di ibu negara Afrika Selatan, Pretoria.

Mandela dipenjara selama 27 tahun kerana menentang rejim Apartheid sebelum muncul untuk memimpin peralihan pemerintahan negara kepada demokrasi.

Ketika itu, ramai penduduk Afrika Selatan bimbang negara mereka kembali berdarah akibat konflik perkauman yang serius.

Mandela menjadi Presiden dalam pilihan raya pertama yang disertai oleh semua kaum pada tahun 1994. - AP

Israel sambung bekalan bahan api ke Gaza

Posted:

Israel sambung bekalan bahan api ke Gaza

Israel sambung bekalan bahan api ke Gaza


PENDUDUK di utara Genting Gaza berpindah dengan menaiki bot selepas rumah mereka dilanda banjir semalam.- REUTERS


BANDAR GAZA - Israel mula memindahkan bahan api ke satu-satunya loji jana kuasa di Genting Gaza semalam, kata seorang pegawai Palestin ketika wilayah pentadbiran Hamas itu dilanda banjir besar akibat hujan lebat pada musim sejuk.

Pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang bertanggungjawab mengatur pemindahan barangan antara Gaza dan Israel, Raed Fatuh berkata, rejim Zionis akan memindahkan 450,000 liter bahan api ke loji berkenaan.

Loji itu sebelum ini ditutup selama 50 hari akibat sekatan bahan api oleh Israel.

PA tidak berkuasa di Genting Gaza tetapi bertanggung jawab mengatur pemindahan barangan dari wilayah berkenaan dan Israel yang tidak mengiktiraf Hamas.

"Israel menjual bahan api itu kepada PA yang dibayar menggunakan dana Qatar," kata Raed.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Tenaga Palestin menyatakan, ia berharap loji janakuasa itu akan kembali beroperasi lewat semalam.

Hujan lebat yang bermula Khamis lalu menyebabkan banjir besar di Genting Gaza dengan beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka. - AFP

Raja Jordan tolak kereta terkandas

Posted:

Raja Jordan tolak kereta terkandas

Raja Jordan tolak kereta terkandas

RAJA ABDULLAH II dilihat bersama beberapa pengguna jalan raya membantu menolak sebuah kereta yang tersangkut di dalam salji di Amman, Jordan kelmarin.- Agensi


AMMAN - Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II bin Al-Hussein mengejutkan rakyat jelata kelmarin apabila baginda dilihat membantu menolak sebuah kereta yang tersangkut di dalam salji di sebatang jalan raya di sini.

Kereta milik sebuah keluarga itu tersangkut selepas negara padang pasir tersebut dilanda ribut salji kelmarin.

Raja Abdullah II menolak kereta itu bersama beberapa pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, baginda melawat kawasan tersebut bagi memeriksa perkembangan terkini kerja-kerja membersihkan salji di jalan raya.

Peristiwa itu yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya telah dimuat naik ke laman web perkongsian video YouTube. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved