Khamis, 12 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Arab Saudi lubuk rezeki PATI

Posted:

Arab Saudi lubuk rezeki PATI

Arab Saudi lubuk rezeki PATI

MEMBINA kerjaya sebagai pengurus undang-undang di Jeddah, Arab Saudi selama lebih lima tahun memberi pelbagai cabaran buat Yunos Abdul Rahman.

Lelaki berusia 35 tahun dari Johor Bahru, Johor itu menganggap perbezaan bahasa dan budaya merupakan kekangan terbesar dalam menjalankan tugasan harian di syarikat usaha sama Malaysia dan Arab Saudi.

Baginya, pekerja yang terlibat dalam sektor kerajaan Arab Saudi amat menghormati pekerja dan pelancong dari negara lain terutama Malaysia walaupun mempunyai kekangan dalam berkomunikasi.

Namun, lambakan pekerja buruh asing dari Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Filipina yang mencari rezeki di Arab Saudi itu bukan satu fenomena baru. Kebanyakan pekerja asing itu juga mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

"Di Jeddah, saya tinggal di Sharbatli iaitu sebuah taman perumahan yang tertutup di daerah itu. Kebanyakan pengawal keselamatan, pemandu teksi, buruh kasar dan pembantu rumah di sini terdiri daripada pekerja asing.

"Saya jarang mendengar pekerja-pekerja asing menimbulkan masalah di negara ini. Mereka bekerja di bawah syarikat-syarikat kecil yang menjadi penaja untuk bekerja di sini. Tanpa tajaan itu, mereka dikira sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Arab Saudi," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian rusuhan pekerja asing di Riyadh pertengahan November lalu merupakan antara peristiwa yang menggemparkan rantau Arab itu.


PENDATANG asing Filipina mendirikan khemah di tepi jalan besar berhampiran konsulat mereka di Jeddah.


Rusuhan

Pada masa yang sama, pekerja asing di Jeddah turut mengadakan rusuhan berskala kecil untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pihak polis ekoran tindakan penghantaran mereka ke negara asal selepas tempoh pengampunan.

Rusuhan di Riyadh itu mengorbankan dua nyawa. Ratusan PATI terpaksa menyerah diri selepas pasukan keselamatan mengepung kawasan kejiranan di Riyadh.

Seminggu selepas tamat tempoh pengampunan selama tujuh bulan, PATI yang terdiri daripada golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak akan dipindahkan dengan bas ke pusat perhimpunan sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka.

Akhbar Arab News melaporkan, rusuhan itu telah mengorbankan seorang warga Arab Saudi dan seorang pekerja yang tidak dikenali manakala 68 yang lain mengalami kecederaan.

Pihak polis telah menahan seramai 561 perusuh yang melontar batu dan menghalang jalan-jalan sempit di sekitar Riyadh. Mereka juga mengancam keselamatan orang ramai dengan mengacukan pisau, merosakkan lebih 100 buah kereta dan premis-premis di situ.

Pihak polis memberitahu, perusuh yang terdiri daripada PATI juga telah campur tangan dalam rusuhan di Manfuhah.

Daerah Manfuhah, Riyadh merupakan kediaman bagi PATI terutamanya dari timur Afrika.

Pihak polis Arab Saudi memberitahu, PATI di Manfuhah diberi peluang untuk datang kembali ke pusat pemindahan semasa proses penghantaran balik sedang diatur.

Pihak berkuasa mula memerangi beribu-ribu orang PATI berdasarkan tempoh tamat tarikh pengampunan mereka. Proses tersebut dilakukan untuk mengesahkan status mereka di negara itu.

Mereka dianggap sebagai PATI kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh lawatan. PATI juga mencari pekerjaan sebagai pembantu kedai dan pembantu buruh harian untuk individu yang menggaji mereka.


PEKERJA asing membawa barangan mereka untuk dihantar ke pusat pengumpulan di Riyadh.


Mereka diwajibkan mempunyai penaja rasmi untuk menaja pekerjaan mereka sepanjang bekerja di negara itu. Tanpa tajaan daripada syarikat, mereka dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin.

Dianggarkan seramai sejuta PATI dari Bangladesh Filipina, India, Nepal, Pakistan dan Yemen mengambil peluang semasa proses pengampunan bagi meninggalkan negara itu.

Sementara itu, hampir empat juta PATI berjaya mencari pekerjaan dengan penaja yang sanggup menggaji mereka.

Walaupun dibayar rendah, pekerjaan pembantu rumah dan pekerja sektor binaan merupakan tawaran menarik kepada pendatang dari Asia dan negara-negara Arab lain untuk bekerja di negara itu.

Kadar pengangguran

Arab Saudi mempunyai kadar pengangguran lebih 12.5 peratus walaupun negara itu kaya dengan minyak dan gas.

Pakar ekonomi Arab Saudi menegaskan, ketibaan pekerja haram ke Arab Saudi memberi manfaat yang besar dalam jangka masa panjang.

Namun, kerajaan Arab Saudi merasakan peningkatan pembayaran kos untuk buruh akan melonjak kerana kekurangan pekerja harian.

Kementerian Tenaga Buruh pula memberitahu, pihaknya sentiasa menerima permohonan daripada PATI yang ingin mendapatkan status sah bekerja di negara itu. Namun, pihak kerajaan akan mengenakan denda bagi mereka yang telah melewati tarikh pengampunan pada 3 November lalu.

Menurut pakar hartanah, selepas ribuan ekspatriat pulang ke negara masing-masing, banyak kawasan perumahan kini kosong.

Disebabkan perkara itu, jumlah bayaran sewa juga berkurangan sebanyak 15 peratus.

Pakar-pakar juga menyarankan pemaju supaya menggunakan peluang itu untuk mengubah suai rumah dan pangsapuri terutamanya di kawasan popular bagi memenuhi permintaan dan keperluan rakyat.


RAKYAT Ethiopia berkumpul di Manfuhah sementara menunggu masa untuk dihantar pulang ke negara asal.


Pertambahan jumlah ekspatriat dan pekerja asing di negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini ternyata telah meningkatkan permintaan unit-unit kediaman terutama di kawasan popular.

Peniaga hartanah Arab Saudi, Fuad Boqari, berkata pemilik hartanah mula mengubah suai dan memperbaharui kediaman untuk memenuhi keperluan golongan pendapatan rendah. Mereka membelanjakan 50 peratus daripada pendapatan untuk membayar sewa setiap bulan.

Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Hartanah, Dewan Perniagaan dan Industri Madinah, Jamal Farghal memberitahu, golongan ekspatriat Arab Saudi tidak akan menjejaskan premis-premis dan pusat perniagaan komersial yang digunakan untuk melindungi mereka.

"Jumlah pendapatan mungkin akan terjejas terutama di premis-premis. Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjejaskan kedai-kedai komersial di pusat bandar kerana mereka bekerja di bawah pelabur yang tertakluk kepada undang-undang pekerja," jelasnya.

Pakar hal ehwal pajakan, Samer Al-Jeilani memberi tumpuan kepada nasib individu yang berpendapatan rendah di negara itu.

Menurutnya, mereka yang berpendapatan bulanan bawah RM2,578 (SAR3,000) didapati sukar untuk membayar sewa tahunan yang dianggarkan bernilai RM8,555 hingga RM12,832.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Yes Politeknik, 1M4U PKB bantu mangsa banjir

Posted:

Yes Politeknik, 1M4U PKB bantu mangsa banjir

Yes Politeknik, 1M4U PKB bantu mangsa banjir

SEBAHAGIAN sukarelawan Yes Politeknik dan 1M4U PKB yang terlibat dalam misi bantuan mangsa banjir di SMK Manek Urai, Kuala Krai baru-baru ini.


KERJA AMAL. Sukarelawan Yayasan Politeknik Malaysia (Yes Politeknik) dan 1Malaysia For Youth Politeknik Kota Bharu (1M4U PKB) bergabung tenaga membantu mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.

Penyelarasnya, Mohd. Shaiful Azhar berkata, antara program yang dijalankan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan sekitar pusat pemindahan berkenaan demi kesihatan mangsa-mangsa banjir.

"Bantuan ini secara tidak langsung merupakan satu bentuk pendidikan sahsiah kepada para pelajar terlibat," ujarnya.

13 anggota polis wanita jalani kursus Ops Cantas

Posted:

13 anggota polis wanita jalani kursus Ops Cantas

13 anggota polis wanita jalani kursus Ops Cantas


SHUKRI (tengah) bergambar bersama anggota-anggota polis wanita yang menyertai Kursus Cantas Khas Wanita Kontinjen Selangor di Kem PGA Ulu Kinta, Ipoh baru-baru ini.


TANGKAS. Seramai 13 anggota polis wanita termasuk tiga pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menjalani kursus Ops Cantas Khas Wanita di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kursus seminggu itu bertujuan memantapkan kemahiran anggota pasukan tersebut bagi mengendalikan operasi pencegahan jenayah berat.

"Pasukan Ops Cantas Khas Wanita Selangor tersebut bakal ditugaskan melakukan tugas-tugas operasi yang selama ini dipikul anggota lelaki," katanya ketika ditemui di pusat latihan itu.

Abdul Taib terima kunjungan hormat GJPBS

Posted:

Abdul Taib terima kunjungan hormat GJPBS

Abdul Taib terima kunjungan hormat GJPBS


ABDULLAH (lapan dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada Abdul Taib semasa kunjungan hormat di Kuching baru-baru ini.


KUNJUNGAN HORMAT. Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Pengerusinya, Abdullah Mohd. Noor berkata, kunjungan hormat itu bertujuan memaklumkan aktiviti serta program dirancang pihaknya berkaitan aspek ekonomi dan pembangunan di negeri itu.

"Kami bersedia menyumbang kepakaran kepada kerajaan negeri dalam menjayakan agenda menambah pemilikan hartanah bumiputera," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Racun dalam minyak kitar semula

Posted:

Racun dalam minyak kitar semula

Racun dalam minyak kitar semula

ORANG ramai tidak harus memandang mudah nasihat pakar kesihatan mengenai bahaya penggunaan minyak masak terpakai. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Dua pakar pemakanan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan minyak masak kitar semula lebih daripada tiga kali kerana dikhuatiri ia telah bertukar menjadi racun akrolein yang boleh mengakibatkan kanser.

Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr. Fatimah Arshad berkata, kebiasaannya minyak kitar semula yang sudah bertukar kehitaman akibat proses oksidasi itu turut mengandungi karsinogen iaitu zat kimia yang menjadi punca kanser.

"Jika pengguna terdedah dalam tempoh jangka masa panjang dengan minyak masak yang sudah tercemar itu, risiko untuk mereka diserang penyakit kanser adalah amat tinggi,"' katanya kepada Kosmo! semalam.

Fatimah berkata, orang ramai seelok-eloknya menggunakan minyak masak sebanyak tiga kali sahaja untuk menggoreng makanan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Leher dikelar dengan kerambit

Posted:

Leher dikelar dengan kerambit

Leher dikelar dengan kerambit

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


SARUNG kerambit yang dijumpai di lokasi Mohd. Ilfan mati dikelar.


KUCHING – Tindakan seorang lelaki memberhentikan motosikalnya selepas dirempuh sebuah kenderaan dari belakang membawa padah apabila lehernya dikelar oleh pemandu kenderaan itu di Taman Permainan Kenyalan Park di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi, mangsa Mohd. Ilfan Daud, 25, mati di tempat kejadian akibat lehernya cedera parah selepas dipercayai dikelar dengan kerambit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Deputi Superintendan Roselina Daud berkata, sebelum tragedi berdarah itu, motosikal ditunggang Mohd. Ilfan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Suzuki Swift yang dipandu seorang lelaki dipercayai berketurunan Cina.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bangkai penyu belimbing terdampar di pantai

Posted:

Bangkai penyu belimbing terdampar di pantai

Bangkai penyu belimbing terdampar di pantai

Oleh TOREK SULONG
berita@kosmo.com.my


FARID (duduk di kiri) bersama rakan-rakan melihat bangkai penyu yang ditemui terdampar di Pantai Kelulut, Kuala Semerak, Pasir Puteh kelmarin.


PASIR PUTEH – Misteri bau bangkai busuk yang mengganggu para pengunjung beberapa buah chalet di pusat peranginan Laguna Semerak dan penghuni asrama Kolej Islam Sains dan Teknologi di sini terungkai dengan penemuan seekor penyu yang sudah mati di pantai Pantai Kelulut, Kuala Semerak dekat sini kelmarin.

Penyu belimbing dengan berat dipercayai lebih 250 kilogram dan sebahagiannya sudah reput dan berulat itu ditemui pukul 5 petang oleh tujuh remaja ketika mereka bersiar-siar di pantai tersebut.

Seorang daripada remaja itu, Farid Rakman, 18, berkata, sebelum menemui bangkai penyu itu, dia dan rakan-rakan tidak tahan dengan bau busuk sebaik tiba di pantai itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Khairy anggap kos terlalu tinggi

Posted:

Khairy anggap kos terlalu tinggi

Khairy anggap kos terlalu tinggi

KHAIRY (duduk kiri) meluangkan masa untuk makan tengah hari dengan atlet negara di Perkampungan Sukan di Nay Pyi Taw semalam.


NAY PYI TAW – Kabinet sudah pun meluluskan bajet berjumlah lebih RM80 juta bagi membolehkan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika mengesahkannya berkata, bagaimanapun bajet itu dianggap terlalu tinggi memandangkan Malaysia hanya akan menggunakan infrastruktur sedia ada sahaja.

"Walaupun kabinet telah bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu namun kita percaya ia masih boleh dikurangkan lagi.

"Oleh yang demikian, kabinet telah mengarahkan kementerian saya untuk memantau kos tersebut sekiranya ia dapat dikurangkan. Kita juga percaya ia boleh dikurangkan,"

katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan tengahari dengan atlet Malaysia di Perkampungan Sukan di sini, semalam.

Malaysia dipilih secara rasmi oleh Persekutuan Sukan SEA (SGF) untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada 2017 dalam satu mesyuarat yang diadakan di sini, tiga hari lalu.

Giliran Malaysia adalah selepas Singapura menjadi tuan rumah pada 2015.

Selain Malaysia, tuan rumah untuk temasya berikutnya juga telah diputuskan iaitu Brunei (2019), Vietnam (2021) dan Kemboja (2023).

Mengenai persiapan dalam masa empat tahun akan datang, Khairy menegaskan, Myanmar telah memberi penanda aras yang tinggi buat Malaysia untuk menganjurkan dengan lebih baik pada 2017.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah ialah pada 2001.

Namun pada 2017 nanti, ada kemungkinan beberapa acara temasya tersebut akan dilangsungkan di luar Kuala Lumpur seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Malaysia mara ke separuh akhir

Posted:

Malaysia mara ke separuh akhir

Malaysia mara ke separuh akhir


BARISAN pemain negara (jersi kuning) tampil dengan aksi memberangsangkan ketika menentang Korea Selatan semalam bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir.


MALAYSIA meneruskan kejutan pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 apabila berjaya menjinakkan Korea Selatan 2-1 di suku akhir di Stadium Mejar Dhyan Chand, New Delhi petang semalam.

Pemain perancang, Muhammad Shahril Saabah muncul wira negara dengan meledakkan dua gol pada setiap babak permainan, sekali gus membawa Malaysia mara ke separuh akhirbuat kali pertama sejak 1985.

Kejayaan skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu juga menyaksikan mereka kini berjaya melepasi sasaran kelompok enam terbaik kejohanan yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini.

"Tiada perkataan yang boleh saya ungkapkan ketika ini, jelas sekali hari ini adalah hari yang amat bermakna buat Malaysia," jelas Dhaarma semalam.

"Kami memang jangkakan Korea Selatan akan memberi tentangan hebat kepada kami sehingga ke hujung permainan.

"Kami tahu ia bukan mudah untuk menewaskan mereka, tetapi pemain telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu melakukannya seperti yang dibuktikan hari ini," ujarnya lagi.

Kemenangan ini menyaksikan Malaysia berpeluang mencipta kejutan mara ke final atau sekurang-kurangnya menyamai pencapaian terbaik tempat keempat pada tiga edisi terdahulu iaitu pada tahun 1979, 1982 dan 1985.

Bagaimanapun laluan ke final dilihat mampu dicapai sekiranya skuad remaja negara meneruskan momentum kejayaan ini dengan mengejutkan pasukan dari Eropah, Perancis di separuh akhir petang ini.

"Banyak kejutan telah berlaku dalam kejohanan ini dan banyak perkara boleh berlaku di atas padang," jelas Dhaarma mengenai kemenangan Perancis ke atas pasukan pilihan Belgium dalam satu lagi suku akhir.

"Sama juga dengan hari ini (semalam), kami akan cuba meneruskan kejutan pada separuh akhir esok.

"Namun kami sedar Perancis juga bakal memberi kesukaran kepada kami seperti Korea Selatan, jadi saya harap semuanya berpihak kepada kami seperti hari ini," tambahnya lagi.

Kim Swee rancang ubah taktikal

Posted:

Kim Swee rancang ubah taktikal

Kim Swee rancang ubah taktikal


KIM SWEE (tiga dari kiri) berkemungkinan mengubah taktikal Harimau Muda pada aksi menentang Laos hari ini.


NAY PYI TAW, Myanmar - Pengendali skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee tidak menolak kemungkinan melakukan sedikit perubahan taktikal pada aksi kedua Kumpulan A menentang Laos di Stadium Zeyyer Thiri petang ini.

Kim Swee berkata, Laos merupakan sebuah pasukan yang sedang meningkat naik dan berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sepanjang tahun ini, mereka mampu melakukan kejutan.

"Sudah tentu ada sedikit perubahan dari segi percaturan taktik. Seperti mana saya sebutkan selepas perlawanan menentang Brunei tempoh hari, perubahan itu akan dilakukan dalam beberapa aspek dan bukannya keseluruhan.

"Mungkin ada dua atau tiga pemain yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Brunei akan diberi peluang untuk bermain kali ini.

"Sedikit perubahan akan dilakukan di posisi tengah, serangand an sedikit di posisi pertahanan," kata Kim Swe selepas sesi latihan di Wunna Theikdi semalam.

Laos ada kelebihan tersendiri terutamanya memiliki pemain yang mempunyai skil individu yang tinggi dan mereka mampu melakukan larian yang pantas dan serangan balas yang berbahaya.

Kim Swee berkata, benteng pertahanan Harimau Muda perlu merantai pemain yang memakai jersi No. 9 iaitu Sopha Saysnana yang dikeluarkan lebih awal ketika pasukan itu mengikat Singapura 1-1 pada aksi pembukaan, Ahad lalu.

"Pemain yang memakai jersi No. 9 itu cukup berbahaya. Dia dikeluarkan awal pada perlawanan menentang Singapura selepas pemain No. 5 (Saison Khounsamnan) dilayangkan kad merah tempoh hari.

"Selain itu, pemain-pemain negara juga perlu berhati-hati dengan beberapa lagi pemain yang cukup pantas dan berbahaya.

"Meskipun kami sudah beberapa kali bertemu Loas tahun ini, saya tidak mahu terlalu yakin bahawa saya mengetahui 100 peratus corak permainan mereka. Apa yang penting, mereka harus bermain mengikut segala perancangan," kata Kim Swee.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Trauma mangsa banjir

Posted:

Trauma mangsa banjir

Trauma mangsa banjir

MANGSA banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek termasuk keperluan fizikal dan sokongan moral.


BANJIR yang melanda beberapa daerah di negara kita mungkin bukan satu malapetaka terburuk jika dibandingkan dengan kejadian bencana alam seperti tsunami atau taufan besar di beberapa negara lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekali pun tidak seteruk dengan situasi di negara lain, musibah banjir tetap memberikan impak yang besar kepada mereka yang terlibat.

Ia bukan setakat menyebabkan kerugian wang ringgit dan harta benda, tetapi terdapat juga kes kehilangan nyawa.

Lebih buruk, ia juga memberi kesan psikologi jangka panjang kepada mereka yang terlibat, khususnya mereka yang mengalami kerosakan harta benda yang teruk atau kehilangan ahli keluarga yang disayangi.

Mutakhir ini, dengan begitu banyaknya bencana alam yang berlaku, kajian-kajian psikologi cuba melihat sejauh mana semua bencana ini memberikan kesan psikologik kepada mangsa.

Antara satu kesan yang selalu dilaporkan ialah gangguan stres pascatrauma atau post-traumatic stress disorder (PTSD). Ia tidak mengejutkan kerana antara tahun 2000 hingga 2009, banjir telah menjejaskan lebih 949 juta penduduk di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, 900 juta daripadanya melibatkan mereka yang tinggal di negara-negara membangun.

Apakah PTSD? Secara umumnya ia merupakan perasaan ketakutan atau kebimbangan yang menyelubungi hidup seseorang setelah ditimpa sesuatu bencana. Mangsa akan terus mengingati dan membayangi saat-saat buruk yang mereka hadapi.


KEROSAKAN harta benda yang berlaku akibat banjir menyebabkan mangsa berada dalam keadaan trauma apabila memikirkan nasib mereka.


Perasaan itu sesekali muncul dan hilang. Adakalanya, perasaan itu akan timbul kembali apabila minda mereka terangsang dengan sesuatu yang dilihat, didengar, dihidu atau dirasai.

Mereka yang pernah menjadi mangsa penderaan, misalnya, mungkin akan terus berasa cemas apabila bertemu seseorang yang mempunyai persamaan dengan orang yang mendera mereka.

Mereka yang mengalami trauma yang teruk akibat banjir pula mungkin akan merasa bimbang atau takut apabila melihat sungai atau mendengar bunyi guruh di langit.

Kesan psikologi ini mungkin tidak mampu dibayangkan oleh mereka yang tidak terlibat dengan banjir. Kita hanya mungkin sekadar mampu melihat kerosakan harta benda atau kerugian yang bersifat fizikal.

Hakikatnya, banjir juga memberikan kerosakan psikologi yang teruk. Bayangkan sekiranya seorang miskin yang telah melakukan tabungan bertahun-tahun untuk membina sebuah rumah atau membeli kenderaan dan tiba-tiba ia rosak dalam sekelip mata ekoran bencana banjir.

Mereka ini mungkin akan mengalami trauma yang sangat teruk. Apatah lagi sekiranya banjir itu turut mengorbankan ahli keluarga mereka.

Teori psikologi

Dalam psikologi, keadaan ini cuba dijelaskan oleh satu teori yang dikenali sebagai Conservation of Resources Theory. Adalah dikatakan bahawa setiap orang mempunyai 'kolam' sokongannya sendiri.

Misalnya, mereka yang tidak mempunyai kekayaan yang boleh dianggap sebagai 'sokongan' dalam kehidupan mereka akan mampu untuk terus bertahan sekiranya mempunyai kejayaan yang lain.

Antaranya mempunyai anak-anak yang baik, sahabat yang memahami atau apa sahaja bentuk sokongan yang mampu menampung kekurangan dari sudut yang lain.

Seseorang yang kehilangan pekerjaan, misalnya, akan terus mampu bertahan di atas kepercayaan bahawa mereka akan mendapat pekerjaan pada masa hadapan.

Semua ini adalah persepsi yang menentukan sejauh mana seseorang itu mampu terus bertahan secara psikologikal dalam apa sahaja situasi.

Berbalik kepada isu banjir, kesan psikologikal yang dialami oleh seseorang individu dengan individu lain adalah berbeza. Ia bergantung kepada sejauh mana besarnya 'kolam' sokongan yang mereka miliki.


BANTUAN yang dihulurkan kepada mangsa bencana alam seperti banjir mampu memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada mereka.


Sebab itulah, selain daripada bantuan yang bersifat fizikal kepada mangsa banjir, sudah tiba masanya kita juga menyediakan satu mekanisme bantuan psikologi kepada mereka.

Menempatkan ahli psikologi atau pakar kaunseling di setiap pusat pemindahan seperti yang biasanya dilakukan di negara-negara barat mungkin sewajarnya diamalkan di negara kita.

Dengan cara ini, pakar-pakar ini boleh membantu menilai kesan psikologi yang dialami oleh mangsa bagi memberikan mereka rawatan susulan.

Untuk nota, walaupun PTSD ini biasanya akan berkurangan dalam tempoh tiga bulan, bagaimanapun terdapat mangsa yang menanggung kesan trauma ini dalam tempoh yang lama.

Mereka yang mengalami PTSD yang teruk biasanya akan dikaitkan dengan simptom psikologi lain seperti kemurungan, putus asa dan mengalami mimpi ngeri.

Sebagai rakyat Malaysia, kita semua perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah di samping mendoakan kesejahteraan mereka.

Bantuan tidak semestinya bersifat wang ringgit atau harta benda semata-mata, sebaliknya bantuan psikologikal mungkin lebih diperlukan oleh mereka semua pada saat ini.

Kepada semua pembaca yang sedang ditimpa musibah banjir, bersabar dan bertahanlah. Ia bukan sekadar ujian kepada anda sahaja, tetapi ia juga adalah dugaan untuk kita semua.

Didikan melalui lagu, tarian

Posted:

Didikan melalui lagu, tarian

Didikan melalui lagu, tarian


UITTENBOSCH (paling kiri) dan Ang (empat dari kiri) merakamkan gambar bersama kumpulan kanak-kanak terkenal, Hi-5 dalam pelancaran kempen Give Me 5!.


MEMUJUK anak-anak untuk mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran adalah satu cabaran buat mereka yang bergelar ibu bapa.

Seperti yang dipaparkan dalam beberapa iklan di media massa, ibu bapa terpaksa menari, melakukan aksi adiwira dan menghias hidangan dengan lebih kreatif semata-mata untuk menarik perhatian dan membuka selera anak-anak mereka.

Membantu ibu bapa memujuk anak-anak mengambil makanan seimbang, jenama susu Dumex Mamil melancarkan kempen Give Me 5!

Menurut Pengarah Urusan Danone Dumex (M) Sdn. Bhd., Connie Ang, kempen tersebut hasil kolaborasi bersama kumpulan muzikal kanak-kanak yang terkenal dari Australia, Hi-5.

"Menyasarkan pemakanan seimbang bagi kanak-kanak, kempen ini menampilkan lagu-lagu dan tarian dalam bentuk video pendidikan oleh kumpulan Hi-5.

"Dengan aplikasi digital yang menarik, kumpulan ini akan berkomunikasi dan menceritakan tentang lima kumpulan utama makanan. Antaranya karbohidrat, protein, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran," jelasnya.

Tambah Ang, Hi-5 merupakan kumpulan paling ideal dalam kempen tersebut dan percaya mereka dapat melakukan pemujukan yang berkesan.

"Hi-5 sangat popular di televisyen dan sentiasa menyelitkan mesej-mesej positif dalam program mereka.

"Jadi, dengan penampilan kumpulan tersebut dalam kempen ini, kami percaya kanak-kanak akan turut serta dalam menyanyikan lagu Give Me 5!, sekali gus mendidik mereka tentang amalan pemakanan sihat," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif tersebut, Ang memaklumkan, kajian pemakanan pada tahun 2012 mendedahkan kebanyakan kanak-kanak Malaysia tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Kanak-kanak negara ini kurang mengambil vitamin A, D dan kalsium, tetapi mengambil protein serta lemak yang banyak. Ini satu fenomena yang membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan kualiti tumbesaran mereka.

"Sebagai salah satu syarikat pengeluar susu utama, kami komited dalam melaksanakan usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang. Kali ini dengan bantuan Hi-5," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasarannya, Christiaan Uittenbosch berkata, selain kempen Give Me 5! pengeluar susu tepung kanak-kanak itu juga akan terus menjalankan kerjasama dengan Hi-5 untuk pelbagai aktiviti pada tahun hadapan

"Dengan cara ini, kami dapat mendekati lebih ramai kanak-kanak dan mendidik mereka dari awal tentang amalan gaya hidup sihat," katanya.

Tiket eksklusif

Mengulas lanjut mengenai kempen tersebut, Uittenbosch berkata, selain pendidikan menerusi lagu dan tarian oleh Hi-5, kempen ini turut menawarkan tiket eksklusif percuma konsert kumpulan itu.

"Bermula dari Oktober hingga hujung November lalu, kami telah mengadakan peraduan menjawab soalan mudah menerusi SMS. Orang ramai boleh menyertai peraduan itu dengan setiap pembelian Dumex Mamil All'n One seberat 500 atau 900 gram.

"Sebanyak 180 tiket eksklusif pembukaan persembahan Hi-5 House Party bernilai RM200 diberikan kepada pemenang bertuah pada setiap minggu.

"Konsert yang dibawakan oleh Mamil All'n One akan berlangsung pada 27 Disember 2013 di Pentas Seni Kuala Lumpur," katanya.

Menyemarakkan lagi kempen Give Me 5!, lima kanak-kanak bertuah berpeluang menyanyi bersama-sama barisan idola mereka di atas pentas. - DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Adi Putra bebas tuduhan skandal dengan isteri orang

Posted:

Adi Putra bebas tuduhan skandal dengan isteri orang

Adi Putra bebas tuduhan skandal dengan isteri orang

12/12/2013 10:17pm

KUALA LUMPUR - Setelah empat bulan dikaitkan dengan skandal dan penyebaran foto sensual dengan isteri orang, pelakon sensasi Mohamed Hadi Putera atau Adi Putra menegaskan dirinya kini bebas daripada sebarang tuduhan.

Adi, 32, memberitahu, beliau telah menerima keputusan rasmi tersebut daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 2 Disember lalu dan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA).

"Selepas siasatan dibuat, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai NFA. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar bagi kesudahan kes tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Disoal kenapa kes berkenaan digugurkan, Adi bagai manapun tidak boleh menyatakannya. - KOSMO!

Utamakan 45,000 petugas kontrak untuk diserap ke jawatan tetap

Posted:

Utamakan 45,000 petugas kontrak untuk diserap ke jawatan tetap

Utamakan 45,000 petugas kontrak untuk diserap ke jawatan tetap

12/12/2013 10:00pm

KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengutamakan 45,000 penjawat awam berstatus kontrak yang berkhidmat lima hingga 10 tahun diserap ke jawatan tetap.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana penjawat awam berstatus kontrak itu diberi tempoh bekerja sehingga 31 Disember tahun depan sebelum diserap ke jawatan tetap.

"Saya berharap agar selepas tarikh itu tiada lagi penjawat yang berstatus kontrak dalam sektor perkhidmatan awam," katanya selepas bertemu dan berdialog dengan penjawat awam dalam satu majlis anjuran CUEPACS di sini hari ini.

Beliau turut meminta jabatan dan agensi kerajaan agar tidak memberhentikan perkhidmatan kakitangan kontrak yang telah lama bekerja secara drastik.

"Kita harap mereka ini janganlah diberhentikan supaya mereka dapat menikmati kemudahan sebagaimana jawatan tetap, termasuk pinjaman perumahan, perubatan dan pampasan perkhidmatan sendiri," katanya. - Bernama

Malaysia melangkah ke separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013

Posted:

Malaysia melangkah ke separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013

Malaysia melangkah ke separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013

12/12/2013 9:35pm

KUALA LUMPUR - Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan melakar sejarah selepas mara ke peringkat separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2013.

Skuad bimbingan, Muhammad Dharma Raj Abdullah itu menewaskan Korea Selatan 2-1 pada perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, India hari ini.

Kedua-dua jaringan gol Malaysia dihasilkan Shahril Saabah melalui jaringan padang pada minit ke-18 dan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-62.

Gol tunggal Korea Selatan pula dihasilkan Anda Seungju seminit sebelum tamat separuh masa pertama.

Malaysia dijadual bertemu Perancis yang menewaskan Belgium 5-4, pada perlawanan separuh akhir esok.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia melangkah ke saingan separuh akhir Piala Dunia Remaja ialah pada 1985 di Vancouver, Kanada. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pendemonstrasi usir polis di Dataran Kemerdekaan

Posted:

Pendemonstrasi usir polis di Dataran Kemerdekaan

Pendemonstrasi usir polis di Dataran Kemerdekaan

REUTERS
SEORANG aktivis pro-EU terbaring di tanah berdekatan barisan polis pencegah rusuhan yang menguasai sebahagian Dataran Kemerdekaan di Kiev semalam.


KIEV - Pasukan Keselamatan berundur dari pusat tunjuk perasaan besar-besaran di ibu kota Ukraine di sini semalam selepas mengepung lokasi tersebut selama sembilan jam.

Perkembangan itu memberi perangsang kepada pembangkang yang menentang Presiden Viktor Yanukovych.

Polis anti rusuhan elit, Berkut dan unit tindakan khas Kementerian Dalam Negeri mula bertindak ke atas penunjuk perasaan yang menguasai Dataran Kemerdekaan di sini sejak seminggu lalu sekitar pukul 2 pagi (waktu Ukraine).

Pasukan keselamatan mula merobohkan halangan-halangan yang dibina oleh penunjuk perasaan di sekeliling dataran berkenaan.

Demonstrasi tersebut diadakan untuk mendesak Yanukovych berundur kerana mungkir janji untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) atas tekanan jirannya, Rusia.

Beribu-ribu anggota polis pencegah rusuhan kemudian membentuk rantai manusia untuk menawan semula dataran tersebut tetapi tunjuk perasaan masih berterusan di sebahagian besar medan itu menjelang pagi.


REUTERS
PENUNJUK perasaan menyembur air ke atas polis pencegah rusuhan untuk menghalang mereka daripada memasuki Dewan Bandar Raya Kiev semalam.


Situasi tersebut ekoran ketibaan beribu-ribu penunjuk perasaan lain.

Bilangan penunjuk perasaan kemudian menjadi terlalu besar untuk ditangani oleh pasukan keselamatan.

Percubaan polis untuk menawan semula Dewan Bandar Raya Kiev yang dikuasai sekitar 200 aktivis pembangkang turut gagal.

Anggota-anggota polis berundur selepas sejumlah aktivis yang berada di tingkat atas beberapa buah bangunan mencurahkan air yang sangat sejuk ke atas mereka.

Aktivis-aktivis penunjuk perasaan bersorak melihat pasukan keselamatan meninggalkan dataran tersebut sebelum membina semula halangan yang telah dirobohkan.

Susulan perkembangan tersebut, pemimpin pembangkang Arseniy Yatsenyuk menyeru berjuta-juta penduduk menyertai tunjuk perasaan di sini bagi menumbangkan rejim Yanukovych.

"Kami tidak akan melupakan semua ini. Di bandar raya ini berjuta-juta orang akan berhimpun dengan rejimnya (Yanukovych) akan tumbang," kata Yatsenyuk.

"Yanukovych meludah ke muka Amerika Syarikat dan negara anggota EU," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Mykola Azarov mengumumkan semalam bahawa Ukraine memerlukan pinjaman sebanyak AS$27.5 bilion (RM88.9 bilion) daripada EU sebelum ia menandatangani keanggotaan pakatan 28 negara itu. - AFP

Mandela diberi penghormatan terakhir

Posted:

Mandela diberi penghormatan terakhir

Mandela diberi penghormatan terakhir


AP
MACHEL (kanan) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang suaminya di bangunan kerajaan Union Buildings, Pretoria semalam.


PRETORIA - Keranda dilitupi bendera berisi mayat Nelson Mandela diarak di beberapa jalan raya sebelum tiba di bangunan Union Buildings yang menjadi ibu pejabat kerajaan Afrika Selatan di sini semalam.

Kereta jenazah Mandela yang diiringi 16 pengiring bermotosikal, meninggalkan Hospital Tentera 1 dan bergerak melintasi beberapa batang jalan raya di pusat bandar.

Orang ramai berbaris di sepanjang jalan sambil mengibarkan bendera negara untuk memberi penghormatan kepada ikon pejuang anti-Apartheid itu.

"Saya tidak pernah bertemu dengan Mandela, oleh itu, ini satu-satunya peluang untuk saya dan penting untuk saya memberikan penghormatan. Saya anak watan Afrika Selatan saya perlu melakukannya," kata seorang lelaki berusia 28 tahun, Vaughan Motshwene.

"Ia terasa seperti satu era sudah berakhir. Semua peluang yang saya dapat semasa membesar tetapi tidak dapat dirasai oleh ibu-bapa saya, Mandela memberikan semua itu," kata seorang kakitangan awam, Faaiqia Hartley, 27.

"Beliau memberikan kami semua peluang untuk menjadi yang terbaik untuk diri kami," tambahnya.

Konvoi berkenaan tiba di Union Buildings hampir satu jam kemudian.

Turut menyertai majlis penghormatan tersebut termasuk cucu lelaki sulung Mandela, Mandla Mandela.

Keranda Mandela yang dibuka seterusnya diletak di atas platform di dalam sebuah dewan teater bangunan tersebut untuk upacara penghormatan terakhir selama tiga hari.

Selain keluarga terdekat dan pemimpin negara, orang ramai dan selebriti turut diberi peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang sehingga esok.

Balu Mandela, Graca Machel mendahului untuk memberi penghormatan terakhir kepada suaminya dengan diikuti pemimpin negara itu dan tetamu kehormat dari luar negara.

Mandela yang juga bekas presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan jatuh sakit selama beberapa bulan sebelum meninggal dunia Khamis minggu lalu pada usia 95 tahun. - AFP

Mahkamah India kuat kuasa semula larangan homoseks

Posted:

Mahkamah India kuat kuasa semula larangan homoseks

Mahkamah India kuat kuasa semula larangan homoseks

NEW DELHI - Mahkamah Agung India semalam menguatkuasakan semula larangan ke atas hubungan homoseks yang bakal menyaksikan golongan gay berdepan hukuman penjara.

Panel dua hakim sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi New Delhi pada 2009 yang mendapati larangan melakukan hubungan sejenis adalah bertentangan dengan hak asasi rakyat India.

Larangan itu terkandung dalam seksyen 377 kanun jenayah negara berkenaan.

Keputusan membenarkan hubungan homoseks empat tahun lalu memberi kebebasan kepada golongan gay untuk berkempen menentang diskriminasi dan persepsi negatif terhadap mereka.

Golongan gay di negara itu masih bergerak secara tertutup tidak seperti di Eropah.

Dalam keputusannya, Mahkamah Agung yang diketuai oleh G.S. Singhvi mendapati bahawa Mahkamah Tinggi telah melangkaui bidang kuasanya, manakala undang-undang tersebut yang diluluskan oleh pihak British pada 1860 adalah sah di sisi perlembagaan negara.

"Hanya Parlimen yang boleh memutuskan isu ini," kata Singhvi.

Perbicaraan yang berlangsung di pusat bandar raya ini semalam turut dihadiri oleh sejumlah aktivis pro gay.

"Keputusan seperti ini tidak wajar daripada sebuah mahkamah tertinggi. Ini merupakan hari yang gelap untuk komuniti gay," kata seorang peguam sebuah pertubuhan hak gay, Forum Undang-Undang Alternatif, Arvind Narayan.

"Kami amat marah dengan keputusan ini yang mundur ke belakang," tambahnya.

Pada tahun 2009, kumpulan-kumpulan agama terutamanya komuniti Kristian dan Islam di India berang dengan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu yang membenarkan hubungan homoseks.

Mereka yang kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung, gembira dengan keputusan semalam.

Dalam pada itu, Program Pembangunan berhubung HIV/AIDS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kebebasan hubungan sejenis dapat membantu India mengekang penularan jangkitan HIV/AIDS yang menjangkiti 2.5 juta penduduk negara itu.

Sejak sekian lama, hubungan jenis menjadi topik larangan di India dengan ramai penduduk negara itu melabel golongan gay sebagai menghadapi masalah mental.

Keputusan Mahkamah Agung meletakkan India kembali bersama kebanyakan negara Islam dan Afrika yang mengharamkan hubungan sejenis.

Negara tunggal yang membenarkan hubungan homoseks di rantau Asia Selatan adalah Nepal. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Beri peluang pada diri

Posted:

Beri peluang pada diri

Beri peluang pada diri

KAKA tetap menganggap bidang nyanyian merupakan cabang seni yang menjadi pilihan utama dirinya.


WALAUPUN baru dua tahun menjejak kaki ke dalam industri muzik tempatan, namun Kaka tidak mahu membataskan dirinya hanya dalam satu bidang sahaja.

Ternyata, wanita berusia 24 tahun ini sentiasa memberi peluang kepada diri untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu.

Buktinya, Kaka atau nama yang diberi, Nor Atiqa Noor Azraff bakal terlibat dalam teater lakonan sulungnya berjudul Bukan 404.

Menariknya di dalam teater tersebut, biar ia kemunculan perdananya, Kaka diberi peluang memegang watak utama bernama Mira.

Selain teruja ingin mempertontonkan bakatnya dalam bidang yang pertama kali diceburinya ini, Kaka juga seronok melakukan latihan dan menganggap ia sebagai satu tawaran yang serius.

"Apa yang boleh saya katakan, pertama kali berlakon teater, ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.

"Sebenarnya pada masa yang sama, saya sendiri menimba banyak pengetahuan daripada semua yang terlibat kerana saya memang tidak mempunyai asas lakonan dan berlakon.

"Lebih daripada itu, apabila dapat bekerja dengan pengarah yang sangat disegani dalam industri teater ini, saya rasa berbesar hati.

"Justeru, saya anggap tawaran yang diberikan ini sebagai sesuatu yang serius kerana mungkin Raja Azrey nampak 'sesuatu' dalam diri saya dan apa kemampuan saya," bicara Kaka menjawab soalan pertama tentang keberaniannya menerima tawaran bermain di gelanggang teater.

Tambahnya, banyak perkara yang mampu dipelajari daripada latihan teater yang dilakukan.

Antaranya ialah teknik mengawal pernafasan serta pergerakan di atas pentas yang menurut gadis ini boleh diguna pakai untuk bidang nyanyian.

Tidak sukar

Setelah melalui latihan hampir sebulan cerita Kaka, permulaan bagi dirinya dalam bidang yang masih hijau ini tidaklah terlalu rumit kerana pengarahnya, Raja Azrey mengamalkan sikap keterbukaan.

"Mungkin kerana saya masih baharu dalam bidang ini, cara pengajaran daripada pengarah tidak terlalu berat. Ia membuatkan saya dapat memperoleh pembelajaran itu dengan mudah.

"Justeru, saya rasakan ia tidak sukar, cuma apa yang saya saya pelajari, pelakon perlu ada dalam situasi penceritaan tersebut iaitu bagi saya, penghayatan merupakan satu elemen penting dalam teater," jelas Kaka berkongsi pengalaman.

Kongsinya lagi, untuk bersetuju menerima tawaran ini, dia mengambil masa beberapa hari sebelum memberi jawapan muktamad.

Namun, setelah meminta pendapat daripada rakan-rakan seperjuangan dan pengurusnya, akhirnya Kaka akur dengan peluang yang diberi kepadanya.

"Bila abang Raja beritahu dia nampak 'sesuatu' dalam diri saya, ketika itu saya fikir mungkin saya tidak nampak perkara itu dan saya harus cuba beri peluang kepada diri.

"Saya perlu cuba untuk lakukan perkara ini kerana jika tidak, saya tidak tahu apa kemampuan saya.

"Memang saya fikir panjang dan pengurus saya beritahu saya supaya mencuba kerana banyak perkara yang boleh dipelajari ketika sesi pembelajaran teater.

"Alhamdulillah, setelah hampir sebulan membuat latihan, minat saya terhadap bidang ini mula timbul.

"Saya rasa, pada masa akan datang jika ada peluang lain yang datang, dengan besar hati saya menerimanya" tuturnya.

KARYAWAN teater Bukan 404 (dari kiri), Raja Azrey, Khaty Azean, Kaka dan Boy Iman.


Cabaran

Ditebak persoalan mengenai cabaran bagi dirinya, jelas Kaka, menambah dialog (ad-lib) merupakan cabaran terbesar yang dilaluinya semasa sesi latihan.

Bicaranya, perkara ini menjadi kesukaran buat diri kerana dia tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan. Justeru, dia perlu bijak menyesuaikan diri dengan pantas terhadap situasi dalam setiap babak.

Bagaimanapun, untuk mengeluarkan air mata bukan perkara mustahil dan sukar buat wanita kelahiran Klang, Selangor ini.

"Memang ada babak menangis yang perlu saya lakonkan, dan bagi saya ia agak mudah untuk dilakukan. Ini kerana, sewaktu kecil saya punya tabiat yang mana saya gemar duduk di hadapan cermin dan berlakon menangis.

"Jadi, tidak sangka pula, tabiat itu dapat saya guna pakai dalam teater. Ya, tiada masalah untuk saya mengalirkan air mata, cuma saya perlu lebih menghayati babak tersebut supaya penonton juga dapat rasa apa yang saya cuba sampaikan," ungkap Kaka tentang rahsia sewaktu kecilnya.

Perkembangan

Walaupun sibuk dengan bidang baharunya itu, tutur Kaka, nyanyian tetap menjadi keutamaan buat dirinya.

Bercerita mengenai perkembangannya, dia kini sedang sibuk menguruskan single solonya yang diberi judul Terpulanglah.

Tambahnya, jika tiada halangan, single tersebut bakal menemui peminat pada hujung Disember ini.

Bagaimanapun, bukan bidang lakonan dan nyanyian sahaja yang memenuhi jadual karier Kaka, wanita ini juga melibatkan diri dalam bidang pengacaraan.

"Sebenarnya, saya sedang mencuba semua bidang. Walaupun begitu, bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan saya.

"Pengacaraan memang minat saya sejak kecil terutama untuk program bercorak travelog atau makan-makan kerana saya rasa ia sesuatu yang menyeronokkan," bicara Kaka yang tidak lokek dengan senyuman sepanjang temu bual berlangsung.

Akhirinya mengenai bidang lakonan pula, perasaan ingin mencuba muncul dalam diri kerana ingin melihat sejauh mana bakatnya mampu pergi.

Jika bagus, mungkin dia akan mencuba lagi dan jika tidak, dia akan berhenti.

Neelofa antara Caprice dan Hans Isaac

Posted:

Neelofa antara Caprice dan Hans Isaac

Neelofa antara Caprice dan Hans Isaac

NEELOFA dan Hans dikatakan pergi bersama-sama menonton persembahan konsert Alicia Keys di Singapura baru-baru ini.


BARU-BARU ini, menerusi rancangan hiburan Melodi, rapper Caprice mendedahkan bahawa dia dan Neelofa pernah keluar bersama dan mempunyai hubungan yang istimewa sewaktu sama-sama terlibat dalam pembikinan klip videonya, Dem Girl kira-kira lima tahun lalu.

Terkejut dengan kenyataan tersebut, Neelofa yang ditemui pada majlis Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous 2013 minggu lalu mengakui tidak berkesempatan untuk menonton rancangan tersebut.

Ikuti temu bual Kosmo! dengan figura yang selesa disapa sebagai Lofa ini yang memberikan komen tentang Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, selain tentang gosip yang mengatakan dia bercuti di Singapura bersama Hans Isaac baru-baru ini.

Kosmo!: Baru-baru ini Caprice ada menyatakan bahawa dia dan Lofa pernah keluar bersama. Adakah kenyataannya itu benar?

NEELOFA: (Dengan nada terkejut) Dia berkata begitu? Sejujurnya, sebelum saya menyertai pertandingan Dewi Remaja dan mula dikenali oleh orang ramai, saya ada terlibat menjayakan sebuah klip video bersamanya. Sejak itu, hubungan kami menjadi rapat.

Adakah perkara itu membuktikan anda pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Caprice?

Tidak sama sekali. Saya hanya menganggapnya sebagai teman rapat. Tidak lebih daripada itu. Saya bekerja dengannya dan bersikap profesional.

Caprice turut memberitahu yang anda pasti akan mengangkat telefon jika dia menghubungi anda. Adakah dakwaan itu benar? Jika benar, mengapa dia menghubungi anda?

Tidak dinafikan, dia ada menghubungi saya tetapi hanya sekadar meminta pertolongan untuk diperkenalkan dengan individu yang terlibat dalam industri hiburan. Saya pasti akan menjawab panggilan telefon jika Caprice menghubungi saya kerana saya menganggap dia sebagai kawan. Sebagai seorang teman rapat, saya harus memberikannya sokongan dan pertolongan jika dia memerlukan bantuan.

Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai gosip yang mengatakan anda pergi bercuti dengan Hans Isaac di Singapura dan anda juga dilihat bersama-sama menonton konsert Alicia Keys di sana baru-baru ini. Komen?

Maaf, saya tidak mahu komen. Kalau media lain tanya juga saya tidak akan jawab.

Kenapa anda sukar memberi kenyataan mengenai hal peribadi walaupun perkara itu sudah tersebar dan menjadi buah mulut orang?

Saya tidak suka sebab ia adalah hal peribadi saya. Saya tidak kisah apa yang orang cakap.

Anda akan mengikuti pengajian jangka pendek selama sebulan di Los Angeles. Boleh ceritakan sedikit mengenai kursus yang diambil dan kos yang dikeluarkan?

Saya bakal mengikuti pengajian jangka pendek di New York Film Academy di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bermula 6 Januari sehingga 1 Februari 2014. Jurusan yang dipilih ialah Lakonan Dalam Filem dan kampusnya terletak di dalam Universal Studio, AS. Saya berhabis lebih kurang RM20,000 untuk tempoh pengajian tersebut.

Adakah anda berhasrat mengikuti pengajian pendek itu setelah mendapat kritikan negatif mengenai teknik lakonan anda yang dianggap masih lemah?

Tidak sama sekali. Bagi saya, peluang menuntut ilmu ketika masih muda perlu digunakan sebaik mungkin. Saya belum berkahwin dan masih bujang, justeru tiada sebab saya mensia-siakan masa yang ada ketika ini untuk menimba ilmu.

Bagaimana pula dengan lakonan dan bidang pengacaraan?

Penggambaran Nona musim ini sudah habis. Saya akan mula penggambaran untuk musim terbaharu pada tahun depan. Program MeleTOP juga akan masuk musim kedua. Setakat ini, saya tidak terikat dengan mana-mana drama dan filem kerana mahu memberi fokus terhadap kursus sebulan yang bakal saya jalani itu.

Sebenarnya, jika diikutkan saya akan menjalani penggambaran filem muzikal berjudul Sinaran arahan Osman Ali pada bulan Disember ini tetapi ia ditangguhkan pada bulan Mac 2014.

Jadi, apakah perkembangan terkini anda?

Saya bakal muncul dengan filem adaptasi novel karya Ahadiat Akashah berjudul Pilot Cafe. Filem arahan Osman Ali itu menampilkan pelakon seperti Fahrin Ahmad dan Izzara Aisyah. Dalam filem tersebut, saya memegang watak Sharmila. Pilot Cafe bakal ditayangkan pada awal tahun depan.

Tahniah atas pelantikan anda sebagai duta LINE. Boleh kongsikan sedikit mengenai rangkaian aplikasi komunikasi tersebut?

Sebenarnya, selain saya, pelakon Fizo Omar, Nazim Othman dan Zizan Razak juga adalah duta LINE dan sudah mempunyai akaun rasmi LINE.

Buat masa ini, LINE telah membina sebuah kedai sementara (pop-up store) jenama itu di hadapan Tokyo Street, pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur selama sebulan itu (2 Disember 2013 hingga 2 Januari 2014), sebagai inisiatif LINE untuk menjual barangan mereka selain melakukan beberapa tawaran promosi termasuk percuma patung kepala LINE bagi 300 pelanggan yang membeli lebih daripada RM200 produk LINE.

Kenapa anda menerima tawaran LINE, adakah disebabkan bayaran lumayan yang diterima?

Saya terima kerana ia boleh membawa nama saya ke tahap global. - FATEN SAPHILLA & IZWANMOHD. ISA

Keprihatinan Aaron dan Aaronators FC

Posted:

Keprihatinan Aaron dan Aaronators FC

Keprihatinan Aaron dan Aaronators FC


AARON AZIZ bersama ahli kelab peminatnya, Aaronataors berjaya mengumpulkan banyak barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan di Pahang menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).


BANJIR yang melanda kawasan Pantai Timur telah menarik pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia untuk terpanggil menghulurkan bantuan.

Begitu juga dengan golongan artis yang mengambil inisiatif untuk sama-sama meringankan beban mangsa.

Ini termasuklah aktor Aaron Aziz bersama kelab peminatnya, Aaronataors FC. Atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan, kelab peminat Aaronators FC telah mengadakan acara amal untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir.

Acara amal yang mengumpulkan hampir 300 ahli kelab tersebut telah mendapat kerjasama pihak pasar raya besar Giant, Kota Damansara selain ahli kelab mereka.

Pelbagai barangan harian seperti pakaian, makanan serta barang dapur berjaya dikumpulkan dalam misi tersebut.

Ketika acara amal berlangsung, Aaron juga tidak ketinggalan untuk berbelanja bagi memberi sokongan terhadap program yang dijalankan kelab peminatnya.

"Tiada kos yang besar diperlukan kerana kami semua guna wang sendiri. Acara ini sebenarnya ialah kami menjemput ahli untuk membeli-belah bersama Aaron. Justeru, hasil beli-belah tersebut akan disumbangkan kepada yang memerlukan.

"Namun, ia terpulang kepada kemampuan masing-masing berapa banyak yang ingin mereka sumbangkan.

"Ini merupakan inisiatif kami untuk membantu mereka yang memerlukan sumbangan," jelas Aaron tentang program yang digelar 'acara troli' ini yang dinama- kan Projek Banjir Aaronators ini.

Tambahnya, ini merupakan hasil idea bersama dia dan kelab peminatnya yang sangat menyokong bukan sahaja karier, malah prihatin dengan kejadian semasa.

Bicara aktor tersebut, mereka memang sering melakukan aktiviti amal seumpama ini, malah ini merupakan projek amal ketiga yang diadakan oleh mereka.

"Pertama kali melakukan aktiviti seumpama ini ialah pada bulan Ramadan tahun ini.

"Pada waktu itu, kami telah membantu seorang wanita daif dan uzur. Jadi, kami beri sumbangan kepadanya dalam bentuk sampul raya dan barangan rumah.

"Selepas itu, kami buat acara amal troli iaitu kami berbelanja dan sumbangkan kepada dua buah yayasan anak-anak yatim," jelasnya yang agak terkejut dengan kehadiran pihak media.

Mengenai barangan yang diderma, tutur pengurusnya, Diyana Halik, yang juga merupakan isteri kepada pelakon tersebut berkata, ia akan dihantar ke peja- bat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).

"Kami akan hantar barang ke sana dan terpulang kepada PBSMM ingin agihkan barangan tersebut. Namun, apa yang kami dapat tahu bahawa ia akan di hantar di beberapa daerah di Pahang seperti Kuantan, Pekan serta Temerloh," jelas Diyana.

Selain pihak pasar raya besar Giant, Kota Damansara, Aaronators FC juga menggembleng tenaga bersama stesen radio Era FM dan juga kumpulan duo, Sleeq juga turut kelihatan memberi sumbangan dan sokongan terhadap program tersebut. - NOOR ASHREEN ISMAIL

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved