Selasa, 3 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Cara baharu tarik pembaca

Posted:

Cara baharu tarik pembaca

Cara baharu tarik pembaca

BEROPERASI sejak 15 tahun lalu, Readers Paradise di Ampang Point, Ampang, Selangor menjadi tumpuan warga kota untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan.

Gedung tersebut menawarkan perkhidmatan sewaan buku dan antara judul buku yang banyak disewa oleh para pembaca ialah novel berbahasa Melayu dan Inggeris.

Dengan keadaan kedai yang semakin sempit dengan 20,000 buah buku pelbagai judul itu, pemiliknya, Khadijah Abdul Hamid, 54, menjadi tidak keruan. Apabila pembaca memulangkan buku-buku yang dipinjam, tiada ruang untuk menyimpan buku-buku itu.

Ditambah pula, setiap keluaran terbaharu novel tempatan dan antarabangsa, Khadijah akan membeli lima buah buku judul yang sama untuk diletakkan di kedainya bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Lambakan buku di kedainya menyebabkan Khadijah berusaha sedaya-upaya mencari jalan untuk melupuskan buku-buku yang masih baik itu.

"Saya mula menyertai Jualan Buku But Kereta Perbadanan Kota Buku (PKB) di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur sejak enam bulan lalu. Sepanjang acara ini, sambutan daripada pengunjung di gerai Readers Paradise amat menggalakkan," ujarnya ketika ditemui semasa jualan buku but kereta anjuran PKB baru-baru ini.

Menurut Khadijah, acara tersebut merupakan platform terbaik untuknya menjual judul novel baharu dan lama kepada pembaca.

Tanpa memerlukan meja, Khadijah yang dibantu oleh anaknya yang hanya meletakkan kira-kira 200 judul novel di atas karpet dan tikar di belakang but kereta miliknya.

Setiap novel dijual pada harga RM5 dan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang minat membaca.

Walaupun murah jika dibandingkan dengan harga pasaran, novel yang dijual masih dalam keadaan baik tanpa sebarang cacat cela. Setiap buku dibalut dengan plastik bagi menjamin kualiti untuk dijual kepada pembaca.


KHADIJAH menunjukkan beberapa judul novel klasik yang dijual di gerai Readers Paradise.


"Selain menjual buku, saya juga berpeluang memberi maklumat mengenai gedung Readers Paradise kepada pembaca. Saya juga akan memberi cadangan kepada pembaca mengenai judul-judul novel yang bersesuaian dengan minat dan umur mereka.

"Kebanyakan pembaca yang hadir ke program ini meminati novel-novel bahasa Melayu. Ada yang mencari naskhah daripada penulis terkenal, tidak kurang pula yang meminati karya penulis baharu. Pembaca mempunyai banyak pilihan novel sepanjang acara ini berlangsung," jelasnya.

Antara nama penulis novel lama dan baharu yang menjadi pilihan pembaca pada jualan buku but kereta Readers Paradise ialah Sharifah Abu Salim, Abdul Rahim Awang dan Siti Rosmiza.

Tambah pendapatan

Menurut Khadijah, novel lama bertajuk Pulang dan Boneka hasil nukilan Abdul Rahim Awang merupakan antara judul yang mendapat perhatian mereka yang meminati karya penulis itu.

Beliau berjaya mengurangkan jumlah buku di kedainya selain dapat menambah pendapatan sehingga RM300 sepanjang menyertai program tersebut.

"Selain menjual, saya dan rakan-rakan peniaga lain bertukar-tukar membeli buku antara satu sama lain. Suasana itu berbeza dengan perniagaan di kedai.

"Urus niaga di kedai berlangsung antara pelanggan dan pembaca. Tetapi di sini, saya dapat bertukar-tukar pendapat mengenai industri buku walaupun kami bukanlah penerbit buku di syarikat penerbitan," ujarnya.

Readers Paradise menjadi tumpuan penggemar buku terpakai di acara itu. Pada harga yang murah, pembaca dapat membeli lebih sebuah novel lama dan baru untuk dibawa pulang.

Selain Readers Paradise, dianggarkan sebanyak 15 buah kereta terlibat dengan acara bulanan PKB itu.

Jualan Buku But Kereta PKB dianjurkan sejak setahun lalu dengan menjadikan kawasan tempat letak kenderaan Perpustakaan Negara sebagai lokasi utama.

SETIAP urus niaga di Jualan Buku But Kereta anjuran PKB dijalan secara santai bagi memudahkan peniaga dan pembeli.


Pembacaan puisi

PKB juga tidak mengenakan sebarang caj untuk tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin membuka gerai di situ. Aktiviti yang dianjurkan pada setiap hujung bulan ini juga merupakan matlamat terbesar PKB iaitu sebagai pusat sehenti bagi menghimpunkan kegiatan industri buku yang melibatkan pembaca, penulis dan penerbit.

Acara pembacaan puisi daripada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan penggiat seni tempatan juga merupakan pengisian yang mewarnai sepanjang acara itu.

Seorang pengunjung, Mohd. Nazim Abdul Aziz, 41, memberitahu, acara Jualan Buku But kereta merupakan platform terbaik untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut kakitangan awam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka Malaysia itu, dia amat gembira dengan usaha yang dilakukan oleh pihak PKB dalam usaha untuk memberi ilmu mengenai industri penerbitan tempatan.

"Kunjungan saya ke Perpustakaan Negara untuk mengadakan perbincangan pelajaran dengan rakan-rakan lain. Jualan Buku But Kereta ini telah menarik perhatian saya dan keluarga. Di sini, saya juga berpeluang membeli pelbagai judul novel dan buku-buku lain untuk anak-anak.

"Saya jarang mendengar dan mengunjungi acara-acara seperti ini. Kebiasaannya, saya akan membawa keluarga terus ke kedai-kedai buku. Bagi saya, acara ini merupakan cara baharu untuk menarik pembaca membeli buku lebih-lebih lagi di Perpustakaan Negara ini," ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Menurutnya, kepelbagaian bahan bacaan seperti buku-buku agama, novel, rujukan kanak-kanak dan buku terpakai yang dijual semasa acara itu merupakan tarikan utama untuk pengunjung di acara itu.

Sementara itu, seorang lagi peserta yang terlibat dalam Jualan Buku But Kereta PKB, Siti Aminah Mohd. Said, 35, berkongsi cerita, setiap buku yang dijual akan diberi potongan harga sehingga 20 peratus sepanjang acara itu.

Menurut pemilik penjual buku menerusi akaun Facebook, Al-Qawwiy Online Bookshop itu, diskaun itu merupakan tawaran istimewa hanya kepada pengunjung di acara tersebut.


WAKIL daripada syarikat penerbitan mendeklamasikan sajak dan puisi dengan penuh semangat sekali gus menarik perhatian pengunjung.


Promosi karya

"Sepanjang tiga bulan saya menyertai acara ini, saya membawa kira-kira 200 buah buku untuk dijual dan kebanyakan habis dijual. Jualan Buku But Kereta merupakan satu langkah bijak PKB untuk membantu penjual buku mempromosikan hasil karya penulis tempatan," ujarnya.

Antara novel daripada syarikat penerbitan yang dijual oleh Al-Qawwiy Online Bookshop di acara itu ialah Fajar Pakeer, Kaki Novel, Idea Kreatif, Lovenovel dan Buku Fixi.

Kebiasaannya, kereta Perodua Kelisa biru miliknya merupakan pengangkutan utama untuk membawa ratusan novel itu ke Jualan Buku But Kereta.

Menurutnya, kombinasi pelbagai judul buku dan syarikat penerbitan tempatan yang dijual mampu memberikan gambaran bahawa industri buku di negara ini kepada pengunjung.

"Menerusi acara ini, pengunjung sering bertanya mengenai buku-buku keluaran terbaharu kepada saya. Kebanyakan daripada mereka membeli dan merupakan peminat buku-buku tempatan. Acara ini juga merupakan medan perkongsian ilmu sesama insan," ujarnya yang turut dibantu oleh suami, Abdul Halim Mamat, 35.

Antara judul buku yang dijual oleh Al-Qawwiy Online Bookshop yang mendapat permintaan hangat daripada pengunjung ialah Awek Pisang Goreng, Lafaz Cinta Di Jari Manis Isteri Untuk Disewa dan Suamiku Mr. Blind.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Aplikasi sosial hindar kesesakan trafik

Posted:

Aplikasi sosial hindar kesesakan trafik

Aplikasi sosial hindar kesesakan trafik

PADA setiap waktu puncak, Nor Syazwani Idris, 24, sering tertanya apakah cara untuknya mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang meletihkan.

Keadaan berubah apabila dia diperkenalkan dengan aplikasi Waze di telefon pintarnya melalui seorang rakan sekerja. Kali pertama menggunakan aplikasi tersebut, perjalanannya menjadi lebih lancar dan menjimatkan masa.

Nor Syazwani memberitahu, sejak mengetahui keberkesanan aplikasi itu, dia terus jatuh hati dan menggunakannya di luar waktu bekerja, terutamanya ketika berjalan-jalan di luar Kuala Lumpur.

"Memandangkan saya berasal dari Sarawak dan tugas saya sebagai seorang pegawai perhubungan awam di ibu kota memerlukan saya sentiasa keluar pejabat, aplikasi ini amat membantu. Ia bukan sahaja mudah digunakan tetapi turut memaklumkan arah tuju destinasi yang dikehendaki.

"Fungsi Waze yang membantu pemandu kenderaan sampai ke lokasi dengan tepat membantu menjimatkan masa pemanduan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Dia menambah, sebelum menggunakan aplikasi tersebut dia telah menggunakan aplikasi dan teknologi perkhidmatan pemetaan Google Map. Namun baginya, Waze lebih membantu dari aspek menyalurkan maklumat semasa yang penting berkaitan pemanduan seperti kesesakan, kemalangan dan sekatan jalan raya.

PENUNGGANG motosikal juga tidak ketinggalan menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan perjalanan mereka.


Selain itu, Waze juga memberi jalan alternatif kepada pengguna bagi memudahkan perjalanan.

"Satu lagi kelebihan aplikasi ini ialah setiap pengguna Waze juga berpeluang berkongsi maklumat tentang situasi lalu lintas lokasi yang dilalui. Ini secara tidak langsung membantu pemandu lain untuk mengubah laluan agar tidak terperangkap dalam kesesakan yang mungkin memakan masa berjam-jam lamanya," ujar Nor Syazwani.

Dalam pada itu, lain pula manfaat yang dialami seorang wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah swasta, Azimah Zulkafli yang menggunakan aplikasi tersebut ketika menunggang motosikal menuju ke lokasi tugasan di sekitar Lembah Klang.

Perspektif penunggang

Lazimnya tugas sebagai seorang wartawan memerlukan mereka sampai ke tempat tugasan pada kadar segera agar tidak terlepas tugasan yang diberikan dan ini secara amnya akan mempengaruhi penulisan bahan berita dengan lebih baik.

Bagi Azimah yang baru sahaja berpindah dari Pulau Pinang ke Shah Alam, agak sukar untuknya sampai lebih awal ke lokasi tugasan. Lebih-lebih lagi apabila mendapat beberapa tugasan di lokasi yang berbeza dalam sehari.

"Menggunakan Waze ketika membonceng motosikal kedengaran seperti suatu langkah berbahaya. Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan, saya terlebih dulu menetapkan lokasi yang ingin dituju dan hanya mendengar arahan arah jalan melalui alat pendengar yang dipasang di telinga dan memasukkan telefon pintar ke dalam poket seluar.

"Dengan adanya aplikasi ini, saya dapat merancang waktu perjalanan ke tempat tugasan seterusnya. Setakat ini aplikasi ini antara yang terbaik yang pernah digunakan," ujarnya.

APLIKASI ini membantu pengguna jalan raya mendapat panduan laluan ke destinasi yang dituju dengan mudah dan pantas.


Jalan keluar

Azimah menambah, pada peringkat awal bekerja, dia sering lewat ke tempat tugasan kerana sering kali tersesat. Ini menyebabkan hasil kerjanya terganggu.

Tetapi sejak menggunakan aplikasi Waze lima bulan lalu, kesemua urusan kerja dan perancangan perjalanan menjadi mudah dan lebih teratur.

Sementara itu, bagi selebriti, Nadia Haswani Hasnan atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Nadia Hasnan, Waze dijadikan aplikasi wajib untuknya ketika melancong ataupun ke lokasi penggambaran di luar kawasan Kuala Lumpur.

"Ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang baru-baru ini, saya tersalah jalan kerana keliru ketika membaca papan tanda. Namun kami bernasib baik setelah ibu mencadangkan untuk menggunakan aplikasi ini.

"Waze telah memaparkan peta dan panduan ke destinasi yang ingin dituju. Selain itu, ia juga sebuah aplikasi yang sangat membantu pengguna dan mampu menunjuk jalan keluar jika tersesat," jelasnya.

Menurutnya, Waze bukan sekadar sebuah aplikasi berdasarkan sistem penentu kedudukan global (GPS), bahkan juga sebagai tempat berhubung dengan pengguna lain yang melalui jalan sama.

"Satu lagi tarikan ialah ia bukan sahaja memberi manfaat besar kepada pengguna jalan raya, malah aplikasi ini boleh didapati secara percuma dan boleh dimuat turun aplikasi App Store dan Google Play pada peranti pintar pengguna," katanya.

Kemalangan industri terburuk China

Posted:

Kemalangan industri terburuk China

Kemalangan industri terburuk China


KEJADIAN itu turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur dan kenderaan yang teruk.


MINGGU lalu, penduduk Qingdao, China digemparkan dengan letupan paip minyak milik syarikat kerajaan, Sinopec, yang mengakibatkan kematian 55 orang penduduk.

Ia merupakan salah satu kemalangan industri paling besar di China pada tahun ini. Dua letupan kuat itu menyebabkan kerosakan teruk jalan raya di kawasan bandar sehinggakan kereta-kereta terbalik dan rosak. Bangunan berhampiran turut menerima kesan dengan tingkap-tingkapnya pecah.

Keadaan bertambah buruk apabila tumpahan minyak melimpah selama 15 minit ke jalan raya dan kawasan pelabuhan berhampiran sebelum ia sempat ditutup.

Menurut laporan media tempatan, saluran minyak itu pada awalnya bocor dan meletup sebanyak dua kali ketika pekerja-pekerja Sinopec sedang membaiki kebocoran itu.

Kebakaran di beberapa kawasan akibat letupan itu memaksa 100 orang ahli bomba dikerah untuk bertindak.

Seorang pejalan kaki yang melalui kawasan itu terselamat daripada menjadi mangsa korban walaupun kakinya terputus manakala kepala seorang mangsa lain remuk dihempap serpihan konkrit.

"Sebelum ini, saya hanya melihat kejadian seperti ini dalam dokumentari-dokumentari bencana," kata seorang pekerja penyelamat yang mahu dikenali sebagai Xue kepada agensi berita Xinhua.

Tumpahan minyak

Teluk Jiaozhou dicemari dengan tumpahan minyak mentah yang telah merebak ke kawasan seluas 3,000 meter persegi.

Sebagai langkah tindakan, helaian fabrik digunakan untuk menyerap minyak, manakala sebuah penghadang sementara dipasang untuk menghentikan tumpahan itu daripada merebak.

Sebanyak 22 buah bot pembersih dan 10 bot menangkap ikan dikerah untuk membersih tumpahan minyak tersebut.

Selain itu, penduduk setempat juga digesa memakai topeng muka sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kesan ekoran terhidu bau toksin minyak yang tumpah itu.


TUMPAHAN minyak yang berlaku memberi kesan terhadap ekosistem dan keadaan persekitaran kawasan Qingdao.


Berikutan bencana tersebut, Presiden China, Xi Jinping menggesa pasukan penyelamat mencari mangsa-mangsa yang hilang. Beliau turut sempat melawat mangsa-mangsa di Hospital Qingdao.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah menyediakan 40,000 sarapan dan makan tengah hari percuma untuk penduduk setempat yang terhimpit akibat terputus bekalan elektrik dan air.

Pengarah Pentadbiran Keselamatan Pekerja, Yang Dongliang berkata, berdasarkan penyiasatan awal, didapati terdapat salah laku serius oleh pekerja Sinopec yang membawa kepada bencana tersebut.

"Paip ini tidak diselenggara dengan baik sehingga membawa kepada kebocoran minyak. Mereka juga tidak mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menyekat tumpahan minyak dan memindahkan penduduk setempat," ujarnya kepada media tempatan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa telah menahan sembilan orang suspek yang terlibat dalam letupan itu.

Letupan itu memaksa Sinopec yang merupakan salah satu penapis minyak utama Asia, mengurangkan pengeluaran sekurang-kurangnya dari dua kilang penapis di bandar itu.

Wakil syarikat itu meminta maaf di atas bencana yang berlaku dan menyatakan rasa tanggungjawab kepada kecelakaan yang meragut nyawa penduduk setempat dan mengumumkan bahawa ia akan menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.

Phablet pertama keluaran Nokia

Posted:

Phablet pertama keluaran Nokia

Phablet pertama keluaran Nokia


LUMIA 1520 merupakan peranti sempurna untuk golongan profesional yang inginkan telefon dan tablet berteknologi terkini.


SYARIKAT pengeluar peranti telekomunikasi terkemuka dunia, Nokia Corporation (Nokia) optimis dengan pengenalan peranti pintar terbaharu, Lumia 1520 yang dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada penggemar siri peranti Lumia.

Susulan itu, pada Selasa minggu lalu, Nokia Malaysia secara rasminya telah melancarkan peranti pintar phablet iaitu kombinasi tablet dan telefon pintar pertama yang berasaskan Windows Phone 8.

Menurut Ketua Pemasaran Nokia Pan Asia, Gary Chan, produk terbaharu oleh Nokia itu dilihat sebagai rangkaian terbaik dalam siri Lumia dengan teknologi imej yang dipertingkatkan dan skrin yang lebih besar.

"Ia juga terbukti sebagai satu peranti sempurna untuk golongan professional kerana mempunyai skrin hadapan besar yang membolehkan mereka merasai kecanggihan paparan yang terang dan jelas," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800 dan skrin bersaiz 15 sentimeter, Lumia 1520 turut menyediakan kamera belakang yang menawarkan teknologi PureView 20 megapiksel dengan segala proses disokong oleh kad SD mikro.

Selain menghasilkan imej yang lebih jelas, teknologi PureView membantu pengguna merakam, menyunting dan berkongsi gambar serta video berkualiti tinggi.

"Satu lagi tarikan Nokia ialah apabila ia berjaya membawa beberapa aplikasi popular seperti Instagram, Whatsapp dan Vine ke platform Windows Phone 8. Ini seterusnya menawarkan kepelbagaian kepada pengguna setia Lumia," kata Chan.

Syarikat itu turut berkongsi aplikasi Papyrus pada platform Windows Phone 8 yang membolehkan pengguna Lumia 1520 mengambil nota tulisan tangan dengan pantas.

Orang ramai boleh mendapatkan peranti itu bermula awal bulan ini di sekitar Lembah Klang, manakala di kawasan-kawasan lain di Malaysia dijangka pada pertengahan Disember ini.

Walaubagaimanapun, pihak Nokia Malaysia telah membuka tempahan peranti berkenaan sejak Selasa lalu dengan menawarkan rebat bernilai RM160 dan set kepala Coloud Boom pada harga RM129 seunit.

Phablet Lumia 1520 Nokia ditawarkan pada harga RM2,159 seunit dan didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu kuning, merah, putih dan hitam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


KKBUM, Media Bikers raikan pengantin

Posted:

KKBUM, Media Bikers raikan pengantin

KKBUM, Media Bikers raikan pengantin

SEBAHAGIAN ahli KKBUM dan Media Bikers meraikan pasangan pengantin baharu, Nan Mustaqim dan Nurfateena Dinnina di Dengkil, Selangor baru-baru ini.


MERAIKAN MEMPELAI. Sebahagian ahli Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) dan Media Bikers meraikan pasangan pengantin baharu, Nan Mustaqim Nan Azmie dan Nurfateena Dinnina Jaafar di Dewan Orang Ramai, Kampung Dato Haji Ahmad Razali, Dengkil, Selangor baru-baru ini.

Nan Mustaqim, 23, dan Nurfateena, 23, merupakan lepasan Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang yang baru sahaja menamatkan pengajian tahun ini.

Pengantin juga berkesempatan bergambar kenangan dengan ahli KKBUM dan Media Bikers yang berkonvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi dari ibu negara.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Desa Seri Ampang, Ipoh, Perak pada 22 November lalu.

Warga SMK Kampung Selamat rai persaraan pengetua

Posted:

Warga SMK Kampung Selamat rai persaraan pengetua

Warga SMK Kampung Selamat rai persaraan pengetua


ARSUN (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama guru-guru sebelum menanam pokok sebagai tanda kenangan sempena persaraannya di SMK Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.


BERSARA. Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang meraikan perpisahan Pengetuanya, Arsun Jasin, 56, pada satu majlis khas di sekolah itu baru-baru ini.

Arsun, memulakan kerjaya sebagai seorang guru di SMK Bagan Serai, Perak setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada tahun 1984.

Sempena majlis itu, Arsun merasmikan Ruang Bacaan Sedekad Ulang Tahun Ke-10 SMK Kampung Selamat dan menanam sejenis pokok bonsai. Beliau turut menerima pelbagai cenderamata ciptaan pelajar.

Hadir sama Penolong Pegawai Pendidikan daerah Seberang Perai Utara (SPU) Adnan Idris dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kampung Selamat, Wan Chik Ahmad.

Warga DPP beriadah rentas hutan Bukit Datuk

Posted:

Warga DPP beriadah rentas hutan Bukit Datuk

Warga DPP beriadah rentas hutan Bukit Datuk


SEBAHAGIAN Penduduk DPP Fasa 1, Kajang bergambar beramai-ramai semasa merentas hutan di Bukit Datuk, MARDI, Serdang, Selangor baru-baru ini.


SANTAI. Seramai 30 peserta terdiri daripada penduduk Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1, Kajang menyertai aktiviti riadah santai dengan merentas hutan di Bukit Datuk, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian (MARDI), Serdang, Selangor baru-baru ini.

Walaupun kali pertama diadakan, program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) DPP Fasa 1 itu mendapat sambutan amat menggalakkan.

Pengarah program, Nor Azah Mohd. Khalid berkata, antara tujuan utama aktiviti tersebut adalah untuk memupuk semangat beriadah dan menghargai alam sekitar dalam kalangan penduduk DPP.

Katanya, Bukit Datuk merupakan satu-satunya kawasan hijau di sekitar Serdang dan puncak tertinggi di daerah itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Banjir semakin bahaya

Posted:

Banjir semakin bahaya

Banjir semakin bahaya

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID, SHAHRULANOOR ISHAK dan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
berita@kosmo.com.my

PENGEMBALA lembu, Alias Abu Bakar membawa lembu milik rakannya di Kampung Bulat Mentuk, Kuala Terengganu ke tempat tinggi semalam.


KUALA LUMPUR - Banjir di tiga negeri akibat hujan lebat berterusan sejak lima hari lalu mengakibatkan lebih 19,000 mangsa di tiga negeri terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Di Pahang, senario banjir di negeri itu kian buruk apabila seramai 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga di lima daerah iaitu Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut telah dipindahkan ke 69 pusat pemindahan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan lebih 100 kereta dilaporkan tenggelam di seluruh Pahang.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut mengesahkan bandar Kuantan lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi satu meter.

"Kuantan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan.

"Di Rompin pula, sebanyak 859 keluarga dengan 3,249 mangsa terlibat dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Anjing kesan bukti bunuh

Posted:

Anjing kesan bukti bunuh

Anjing kesan bukti bunuh

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


SEORANG anggota polis menggunakan anjing pengesan untuk mencari bukti di sekitar kawasan penemuan mayat tiga beradik di Langgar, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Polis semalam menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mencari bukti yang ditinggalkan penjenayah untuk membantu pihak berkuasa itu menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan kejam tiga beradik minggu lalu.

Operasi itu dijalankan di Langgar di sini terutamanya di dua tempat mayat tiga beradik itu ditemui iaitu di bendang dan terusan MADA Kampung Padang Petani serta kawasan sekitarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Komplot licik pencuri lima beranak

Posted:

Komplot licik pencuri lima beranak

Komplot licik pencuri lima beranak

Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK
sofiatul.wanchik@kosmo.com.my


MOHAN SINGH menunjukkan rantai yang dirampas daripada lima beranak pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Lima beranak bertemu buku dengan ruas selepas kegiatan jahat mereka meragut barangan kemas pengunjung pesta dan Karnival Jom Heboh sejak dua tahun lalu terbongkar apabila kesemuanya diberkas di depan sebuah hotel mewah di Jalan Bukit Bintang di sini Ahad lalu.

Suspek-suspek yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak mereka termasuk seorang perempuan berusia antara 13 hingga 52 tahun tersebut diberkas pada pukul 7 malam oleh satu pasukan khas Ops Cantas/Rentap diketuai Asisten Superintendan Ong Seng Keong.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Fokus saya tak pernah berubah'

Posted:

'Fokus saya tak pernah berubah'

'Fokus saya tak pernah berubah'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KIM SWEE (kanan) berjabat tangan dengan jurulatih FC Ryukyu, Norihiro Satsukawa pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


TUMPUAN Datuk Ong Kim Swee kini terarah kepada persiapan skuad Harimau Muda A bagi menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar yang akan membuka tirainya secara rasmi 11 Disember ini.

Justeru, Kim Swee tidak mempunyai sebarang perancangan terhadap skuad Harimau Malaya yang bakal kehilangan khidmat ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan melantik Kim Swee sebagai pengendali sementara Harimau Malaya.

Ini kerana FAM tidak menyambung kontrak Rajagobal yang akan tamat pada 31 Disember ini.

"Buat masa ini, saya hanya mahu berikan perhatian kepada pada Sukan SEA di Myanmar.

"Bagi saya... terlalu awal untuk memikirkan tugasan bersama Harimau Malaya untuk aksi menentang Yemen (dalam kelayakan Piala Asia 2015) pada Mac tahun depan.

"Biarlah saya memberikan fokus pada Sukan SEA di Myanmar, itulah perkara paling mustahak buat masa ini," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada satu sidang akhbar khas di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin, Rajagobal dilaporkan berkata, beliau berharap penggantinya mampu menjelmakan keputusan lebih baik apabila membimbing Harimau Malaya nanti.

Menurut Kim Swee, kenyataan Rajagobal itu tidak merujuk kepadanya, sebaliknya beliau menyifatkan 'pesanan' tersebut ditujukan kepada bakal jurulatih baharu Harimau Malaya yang dilantik secara tetap oleh FAM.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya hanya dilantik sebagai jurulatih sementara. Saya tidak rasa kenyataannya (Rajagobal) merujuk kepada saya.

"Kami memahami skop (tugasan) masing-masing dan kenyataan itu terlalu umum. Jadi, apa yang paling mustahak, saya perlu memberikan fokus kepada Harimau Muda A.

"Selepas berakhir Sukan SEA, barulah saya akan alihkan perhatian kepada Harimau Malaya. Itupun jika FAM masih belum menemui calon jurulatih tetap," katanya.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Rajagobal berjaya memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos sebelum anak-anak buahnya muncul juara Piala Suzuki AFF setahun kemudian.

Annuar ada alasan

Posted:

Annuar ada alasan

Annuar ada alasan

PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pandangan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) adalah jelas mengenai pelantikannya dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBSN).

Annuar berkata, bukan beliau yang tidak boleh berada dalam jawatankuasa berkenaan, sebaliknya wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Tindakan Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) melantik semua pihak pada awalnya membuktikan beliau tidak berpihak kepada sesiapapun dan mahu semua pihak mengambil bahagian tanpa mencampuri urusan dalaman persatuan.

"Tepatlah pandangan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang juga merasakan isu ini adalah hal dalaman yang boleh diselesaikan menurut peraturan sedia ada, tanpa perlu mereka campuri sebab tiada sebarang campur tangan dalam urusan persatuan itu sendiri," kata Annuar dalam laman sosial Facebook miliknya semalam.

Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hanya menjalankan tugas bersama Kementerian Pendidikan dalam memajukan pembangunan bola sepak di Malaysia yang rata-rata melibatkan murid berumur 7 hingga 17 tahun.

Menurutnya, Khairy tidak dapat melakukan pembangunan itu ketika memegang jawang sebagai Timbalan Presiden FAM dan kini, beliau komited untuk melakukannya apabila menerajui KBS.

"Kebetulan saya juga begitu... jadi sekarang, jawatankuasa teruskan peranan mereka sementara saya terus mengambil sikap terbuka dan akan cuba untuk bertemu mata dengan pihak FAM dan AFC sendiri.

"Kesemua mereka telah saya hubungi dan mohon untuk mengadakan perbincangan demi kebaikan bola sepak Malaysia," katanya.

Kelmarin, Annuar berkata, beliau akan menunggu keputusan Khairy berhubung status keanggotaannya dalam jawatankuasa tersebut kerana ia terletak di bawah bidang kuasa KBS.

Sebelum itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan, wakil FAM tidak dibenarkan melibatkan diri dalam jawatankuasa tersebut selagi Annuar menganggotainya.

Annuar sebelum ini menerima surat pelantikan untuk menganggotai jawatankuasa berkenaan daripada KBS.

Namun, FAM mendakwa pelantikan tersebut tidak sah memandangkan beliau masih menjalani tempoh penggantungan bermula April tahun lalu dan akan berakhir pada 4 Oktober 2014.

Annuar digantung selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM yang memperuntukkan hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM boleh memberi kenyataan media berhubung skuad bola sepak kebangsaan.

Skuad chinlone laung semangat

Posted:

Skuad chinlone laung semangat

Skuad chinlone laung semangat

Daripada NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


SKUAD chinlone negara mahu membuktikan sesuatu ketika membuat penampilan pada Sukan SEA 2013.


NAYPYITAW, Myanmar – Meskipun sukar untuk membawa pulang pingat emas, barisan skuad chinlone negara tetap bersemangat menampilkan aksi terbaik pada edisi ke-27 temasya Sukan SEA 2013.

Jurulatih negara, Nurudin Pawi yakin anak-anak buahnya mampu memberikan cabaran yang sengit selepas beberapa hari berpeluang berlatih di gelanggang pertandingan - Stadium Tertutup Wunna Theikdi B.

Chinlone atau sukan sepak takraw tradisi Myanmar itu akan membuka gelanggang selepas skuad floorball negara tumpas 1-6 kepada Singapura pada perlawanan sulung di Stadium Tertutup Wunna Theikdi C kelmarin.

Barisan atlet chinlone dan floorball negara merupakan dua pasukan yang berlepas awal ke Myanmar sebelum skuad wusyu menjejakkan kaki di bumi Naypyitaw semalam.

Skuad wusyu negara bakal mencipta sejarah tersendiri pada temasya kali ini apabila dijangka menyumbang pingat emas pertama kontinjen Malaysia dan yang ke-1,000 sepanjang penyertaan mereka sejak tahun 1959.

Acara wusyu yang membuka tirainya pada 6 Disember ini menawarkan keseluruhan 23 pingat, sekali gus berpeluang untuk merealisasikan impian skuad negara meraih pingat emas istimewa tersebut.

Keyakinan skuad wusyu negara semakin tinggi berdasarkan pencapaian mereka pada Kejohanan Wusyu Dunia 2013 di Cheras, Kuala Lumpur bulan lalu.

Pada kejohanan tersebut, Malaysia menamatkan saingan di tempat kelima keseluruhan selepas mengutip empat pingat emas, lima perak dan lima gangsa, sekali gus memperbaiki pencapaian pada edisi kelapan di Hanoi, Vietnam pada 2005.

Sebanyak 460 pingat emas ditawarkan dalam 33 acara sukan yang dipertandingkan pada Sukan SEA 2013 yang akan membuka tirai secara rasminya pada 11 Disember ini.

Pada Sukan SEA 2011 di Palembang dan Jakarta, Indonesia, Malaysia berjaya meraih 59 pingat emas.

Bagaimanapun, pada temasya kali ini, Malaysia meletakkan sasaran 40 pingat emas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Denmark negara paling bahagia

Posted:

Denmark negara paling bahagia

Denmark negara paling bahagia

GEOGRAFI Denmark kini adalah kesan peperangan kira-kira 400 tahun lalu.


MEREKA adalah rakyat yang paling banyak berhutang di dunia, hidup dalam persekitaran musim sejuk yang gelap dan berpanjangan serta mempunyai jangka hayat hidup yang lebih pendek berbanding beberapa negara Mediterranean.

Bagaimanapun sejak empat dekad lalu, rakyat Denmark secara berturut-turut meletakkan diri mereka sebagai rakyat paling bahagia di muka bumi ini.

Warga asing yang menetap di negara itu mempunyai beberapa teori mengapa negara itu sentiasa gembira. Ia termasuklah polisi yang menyamaratakan, kekayaan sejarah dan sikap yang lebih mudah berpuas hati berbanding masyarakat lain.

"Anda boleh menjadi seorang ahli politik yang berstatus tinggi atau pengarah di sini walaupun kamu hanya golongan orang biasa," kata Josephine Hoegh, seorang wanita dari Filipina yang berpindah ke negara Scandinavia itu sejak empat dekad lalu.

Berpuas hati

Bagaimanapun, rakyat negara itu lebih keliru dengan dakwaan kebahagiaan mereka yang adakalanya dirujuk sebagai satu jenaka kerana pada hakikatnya keadaan tidak seindah yang digambarkan, apabila Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi melaporkan mereka merupakan pengguna ketiga terbesar antikemurungan dalam kalangan Kesatuan Eropah.

Denmark memegang gelaran negara paling bahagia di dunia bermula pada tahun 1973, apabila satu kaji selidik Kesatuan Eropah mendapati rakyatnya berpuas hati dengan kehidupan mereka berbanding beberapa penduduk negara lain.

Pada tahun ini, negara itu mendahului senarai Laporan Kebahagiaan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sungguhpun ia berhadapan dengan krisis ekonomi yang paling buruk dalam sejarah selepas Perang Dunia Kedua.

Dalam kajian tahunan itu, responden telah diminta untuk menilai keadaan kehidupan mereka dari skala sifar ke-10, iaitu angka tertinggi melambangkan keadaan terbaik. Denmark mencapai mata purata 7.693.

"Salah satu perkara terpenting yang membuatkan rakyat Denmark gembira ialah jaminan hidup dan negara ini mempunyai jaminan kewangan yang tinggi," kata Meik Wiking, Pengarah Institut Penyelidikan Kebahagiaan sebuah kumpulan pemikir Denmark yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kehidupan rakyatnya sama ada di dalam atau luar negara.

DENMARK adalah negara yang perlu melalui tempoh musim sejuk yang amat panjang.


Contohnya, kata beliau, terdapat sokongan sekiranya rakyat negara itu kehilangan pekerjaan, kewujudan hospital lengkap yang memberikan rawatan apabila sakit dan sebagainya.

Walaupun Denmark mencatatkan jumlah cukai paling tinggi daripada keseluruhan ekonomi di dunia, tetapi rakyatnya menghargai jaringan jaminan sosial yang dapat mereka nikmati sebagai pulangan, termasuk subsidi penjagaan kanak-kanak dan insurans pengangguran yang memberi jaminan 80 peratus pendapatan untuk tempoh dua tahun sekiranya mereka kehilangan pekerjaan.

Kebajikan rakyat

Sungguhpun kerajaan terpaksa mengurangkan beberapa manfaat rakyat, termasuk geran pelajar dan insurans pengangguran selama empat tahun, tetapi Denmark masih muncul sebagai antara negara yang paling baik dalam menjaga hal-hal kebajikan rakyat berbanding negara-negara lain.

Mengulas lanjut, Wiking berkata, teras kedua kebahagiaan ialah tahap kepercayaan yang tinggi antara masyarakat walaupun terhadap individu yang tidak dikenali.

Katanya, ia boleh disebabkan oleh kesan sampingan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang dikuatkan dengan isu rasuah yang rendah.

"Kami percaya institusi demokrasi yang diamalkan melindungi kami dan kerajaan mahukan yang terbaik untuk rakyat," ujar beliau.

Polisi kebajikan Denmark tidak begitu berbeza berbanding negara-negara Nordic lain, tetapi tinjauan-tinjauan yang dilaksanakan mendapati negara itu mencatatkan angka tertinggi berbanding negara jiran dalam aspek hubungan sosial.

"Masyarakat Denmark lebih bersifat padu dalam hubungan sosial yang kukuh berbanding negara-negara Scandinavia lain," jelas Wiking.

Negara itu juga mempunyai bilangan pertubuhan dan kelab yang banyak dengan keahlian sering kali menjangkaui batasan kelas. Misalnya, di sebuah kelab catur, seorang ketua eksekutif syarikat boleh bermain dengan seorang pekerja kedai biasa.

Satu lagi penjelasan mengenai tahap kesejahteraan rakyat itu boleh ditemui dalam lipatan sejarah.

Denmark merupakan sebuah kuasa besar Eropah antara abad ke-13 dan 17. Namun laman web rasmi negara itu menyatakan saiz dan pengaruh yang dikecapi hari ini merupakan hasil paksaan pelepasan tanah, peperangan dan kekalahan di medan tempur kira-kira 400 tahun lalu.

Selain itu, Yayasan Rockwool menyatakan bahawa secara purata rakyat negara itu hanya bekerja selama 33 jam seminggu. - AFP

Koleksi ceria Alfio Raldo

Posted:

Koleksi ceria Alfio Raldo

Koleksi ceria Alfio Raldo


KOLEKSI 2014 Alfio Raldo menampilkan rekaan eksklusif dengan penggunaan material tahan lasak.


MENJELANG tahun 2014, jenama-jenama fesyen di seluruh dunia pasti berlumba-lumba mengeluarkan pelbagai koleksi terbaharu yang menarik bagi terus menambat hati pengguna.

Tidak ketinggalan, Ixora Corporation Sdn. Bhd. (Ixora Corp.) yang memiliki jenama terkemuka Alfio Raldo, akan menawarkan lebih 600 koleksi terkini di pasaran bagi tahun hadapan.

Pengarah Urusannya, Jordan Ling berkata, koleksi yang diperkenalkan ini lebih menarik dari aspek rekaan yang lebih eksklusif dan material yang tahan lasak.

"Daripada maklum balas yang diterima oleh pelanggan, salah satu faktor pengenalan koleksi ini ialah rekaannya yang bersifat kontemporari dan eksklusif, di samping mengikut aliran fesyen terkini dan ia sesuai digayakan untuk sebarang keadaan seperti majlis-majlis rasmi mahupun ketika bersantai pada hujung minggu.

"Menerusi koleksi ini, kami dapat memenuhi kehendak kumpulan yang amat peka terhadap perubahan fesyen dan inginkan sesuatu yang memberi nilai terhadap pembelian mereka," jelasnya.

Seiring trend semasa

Tambah Ling, koleksi yang turut merangkumi beg tangan, kasut dan beg kepit itu menampilkan gandingan warna, corak dan rekaan yang menarik, selain hasil kerja terperinci pada material berkualiti tinggi dan ditawarkan pada harga mampu milik.

"Rekaan terbaharu beg tangan yang unik yang didatangkan dengan warna-warna ceria seperti merah, merah jambu, biru laut dan hijau lumut dengan tambahan perincian tiga dimensi seperti bunga dan daun yang bergantungan pada tali pemegang beg. Ini diharapkan dapat memberi kelainan bagi si pemakai," katanya.


TIDAK terhad pada beg tangan, koleksi baharu ini turut menawarkan rekaan kasut yang memenuhi keperluan setiap wanita.


Seiring dengan perubahan dunia teknologi hari ini, Alfio Raldo turut melangkah ke hadapan dengan menyediakan ruangan khas bagi meletakkan gajet dan barangan keperluan lain bagi memenuhi kehendak dan kemudahan wanita moden.

"Kami menitikberatkan rekaan dalaman beg bagi memudahkan si pemakai meletakkan semua barangan keperluan mereka tanpa perlu memegangnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, koleksi Alfio Raldo 2014 itu diyakini bersesuaian dengan pelanggan daripada setiap lapisan usia yang amat menggemari dunia fesyen.

Koleksi yang kini berada di pasaran ini ditawarkan pada harga serendah RM100 dan boleh didapati di lebih 200 rangkaian stokis dan 35 butik rangkaian Alfio Raldo di seluruh negara.

Orang ramai juga boleh mendapatkan produk-produk Alfio Raldo melalui laman Facebook Alfio Raldo - The Italian Elegance.

Diet oat sempena Hari Natal

Posted:

Diet oat sempena Hari Natal

Diet oat sempena Hari Natal


DARI kiri: Ho, Siew dan Yeow pada majlis pelancaran program Budaya Hidangan Sihat di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MELIHAT variasi hidangan yang berasaskan makanan laut, daging, biskut, pai dan kek memang cukup menyelerakan. Ia antara hidangan yang sering disediakan pada sambutan Hari Natal yang bakal menjelang beberapa minggu lagi.

Sudah tentu ramai di antara kita tidak dapat menahan godaan daripada mengambil juadah-juadah enak tersebut. Namun demikian, akan timbul kebimbangan sekiranya kita tidak berupaya mengawal nafsu makan sekali gus boleh menjejaskan kesihatan diri.

Sehubungan itu, produk Kordel's Active Oat 35 yang dilancarkan pada awal tahun ini dirumus khusus untuk memenuhi cita rasa dan kesibukan hidup pada hari ini.

Hanya dengan dua sudu besar serbuk oat bran, pengguna dapat menikmati kebaikan oat dan pengurangan kolesterol. Bahan utama, oat beta-glukan membantu merendahkan tahap kolesterol dalam badan.

Bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan pemakanan yang sihat terutama pada musim perayaan ini, Kordel telah memperkenalkan program Budaya Hidangan Sihat dengan menambah serbuk oat bran seperti PromOat ke dalam setiap hidangan.

Anda kini boleh menikmati aneka juadah dengan penuh berselera sempena musim perayaan ini, pada masa yang sama dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan dan mengekalkan kesihatan jantung.

Kelly Siew yang merupakan tukang masak, telah menghasilkan beberapa resipi termasuk minuman bertemakan buah-buahan iaitu tat lemon dan smoothie hijau.

"Saya mengambil berat tentang kesihatan dengan mengutamakan menu yang sihat dan ringkas. Dengan adanya PromOat, saya boleh mencipta banyak hidangan makanan sempena Hari Krismas ini tanpa menjejaskan keenakan rasanya.

"Menambahkan PromOat dalam hidangan menjadikan makanan tersebut lebih lazat selain membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar dan Penolong Pengurus Produk Cambert (M) Sdn. Bhd., iaitu Sl Ho dan Joey Yeow.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dron dicipta untuk hantar barang

Posted:

Dron dicipta untuk hantar barang

Dron dicipta untuk hantar barang

GAMBAR tidak bertarikh yang disiarkan Amazon.com kelmarin menunjukkan sebuah dron membawa sebuah bekas yang dicipta untuk menghantar barang bergerak di udara.


WASHINGTON - Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos kelmarin mendedahkan bahawa syarikatnya merancang untuk menggunakan dron mini bagi menghantar barang kepada pelanggan dalam tempoh hanya 30 minit.

Amazon merupakan syarikat peruncitan gergasi di Amerika Syarikat (AS) yang menjual pelbagai jenis barang menerusi internet.

Namun, dron ciptaan syarikat itu masih perlu menjalani ujian keselamatan dan memperoleh kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS.

Satu rakaman video yang disiarkan di laman web syarikat tersebut menunjukkan dron itu menghantar barang kepada pelanggan dalam tempoh 30 minit selepas pembelian dibuat menerusi Amazon.com.

"Kami boleh menghantar barang dalam tempoh 30 minit. Ia (dron) boleh membawa barang sehingga 2.3 kilogram.

Barang itu diletakkan di dalam sebuah kotak kecil yang kemudian akan digugurkan di rumah pelanggan.

Dron kecil itu dijana dengan kuasa elektrik dan mampu menghantar barang dalam jarak lingkungan 16 kilometer dari pusat penghantaran," kata Bezos dalam program 60 Minutes terbitan stesen televisyen CBS.

Dron itu dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global.

Menurut Bezos, penggunaan dron itu adalah lebih baik berbanding trak kerana ia boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar. - AFP

Ibu pejabat polis jadi sasaran

Posted:

Ibu pejabat polis jadi sasaran

Ibu pejabat polis jadi sasaran


SALAH seorang penunjuk perasaan antikerajaan terkena semburan air dekat ibu pejabat polis di Bangkok.


BANGKOK - Pemimpin penunjuk perasaan Suthep Thuegsuban yang dikenakan waran tangkap berkata, beliau akan berhenti berpolitik tetapi akan terus memimpin tunjuk perasaan, lapor agensi berita Bernama semalam.

Beliau mengumumkan petang tadi bahawa beliau tidak akan kembali menyertai Parti Demokrat yang menjadi pembangkang di Dewan Perwakilan tetapi menegaskan akan menduduki ibu pejabat polis metropolitan hari ini.

Suthep berkata apa yang beliau lakukan tidak mempunyai kaitan dengan parti itu.

"Banyak mana pun mereka melepaskan gas pemedih mata terhadap kami, kami akan mengepung ibu pejabat polis metropolitan pada hari ini," katanya kepada penyokongnya di kompleks kerajaan yang kini menjadi kawasan tunjuk perasaan mereka.

Beliau berkata, mereka akan menuju sasaran pada pukul 7 pagi dan dijangka dapat menguasainya pada pukul 3 petang.

Ibu pejabat polis Bangkok itu menjadi sasaran kerana pihak polis disyaki tidak bersungguh-sungguh mengawal pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dan prokerajaan Baju Merah di Universiti Ramkamhaeng pada Sabtu lalu yang menyebabkan kematian dan kecederaan, katanya.

Sekurang-kurangnya tiga orang mati dan 50 lagi cedera dalam tunjuk perasaan yang berlaku pada minggu lalu selepas kumpulan antikerajaan dan prokerajaan bertempur.

Para penunjuk perasaan turut menduduki Pejabat Bajet dan sebuah kompleks yang menempatkan beberapa buah kementerian.

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan itu turut menguasai sebuah stesen televisyen milik kerajaan.

Stesen televisyen itu kemudian menyiarkan ucapan Suthep yang meminta semua kakitangan kerajaan berhenti bekerja sehingga krisis politik di negara ini berakhir.

Suthep yang merupakan bekas timbalan perdana menteri menyatakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bahawa kerajaan yang ada ketika ini perlu menyerahkan kuasanya kepada rakyat dalam tempoh dua hari.

Suthep berikrar akan mengulingkan Yingluck yang dianggap boneka kepada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Thaksin merupakan abang Yingluck.

Yingluck merupakan pemimpin parti Pheu Thai.

Ketika memberi reaksi balas terhadap permintaan Suthep itu, Yingluck berkata, tuntutannya itu tidak mengikut perlembagaan.

"Saya tidak bermaksud kami menolak permintaannya tetapi kami tidak tahu bagaimana untuk menjadikan tuntutan Suthep menjadi realiti," kata Yingluck.

Yingluck berkata, beliau masih bersedia untuk menerima pelbagai cadangan untuk menyelesaikan krisis politik di Thailand.

Kelmarin, beratus-ratus penunjuk perasaan yang mahu menggulingkan kerajaan Thailand menyerbu sebuah kelab polis tempat Perdana Menteri Yingluck berada di sini sekali gus memaksa beliau meninggalkan tempat tersebut dan menuju ke satu lokasi rahsia.

Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 sebelum didapati bersalah atas tuduhan rasuah dua tahun kemudian.

Beliau hidup di luar negara sejak tahun 2008 untuk mengelak daripada hukuman penjara tetapi masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam kerajaan pimpinan Yingluck.

Tunjuk perasaan itu bermula pada 24 November lalu dengan para penunjuk perasaan berhimpun di beberapa buah bangunan kerajaan. - Agensi

Kelajuan mungkin punca Walker terkorban

Posted:

Kelajuan mungkin punca Walker terkorban

Kelajuan mungkin punca Walker terkorban


GAMBAR menunjukkan kereta Porsche yang dinaiki Walker terbakar di Los Angeles pada Sabtu lalu.


LOS ANGELES - Sejumlah peminat pelakon filem Fast & Furious, Paul Walker membina memorial sementara dekat lokasi sebuah kereta Porsche yang dinaikinya terbakar dalam satu nahas jalan raya di Valencia di sini.

Memorial itu dipenuhi dengan bunga-bungaan, lilin dan nota dibuat para peminat bagi mengingati kematian pelakon tersebut.

Jabatan Syerif Los Angeles menyatakan kelajuan tinggi merupakan faktor dalam nahas yang berlaku pada Sabtu lalu.

Dalam nahas itu, seorang rakan Walker, Roger Rodas yang juga penasihat kewangannya turut terkorban.

Menurut seorang wanita yang pernah menjadi jurucakap Walker, Ame Van Iden, pelakon filem berkenaan merupakan penumpang kereta sport tersebut.

Kereta Porsche Carrera GT itu dipandu di kawasan pinggir bandar raya ini.

Anggota-anggota jabatan syerif yang tiba di tempat kejadian mendapati kereta tersebut sudah terbakar.

Nahas itu berdekatan dengan kedai menjual kereta milik Rodas.

Beberapa pegawai masih tidak mendedahkan sama ada terdapat seorang lagi mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Menurut seorang timbalan syerif, Peter Gomez, siasatan akan dilakukan bagi menentukan punca kelajuan kereta tersebut.

Dia berkata, pihaknya juga akan melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada terdapat objek di atas jalan raya yang menyebabkan kereta tersebut terbabas.

Kereta berkenaan terbakar selepas ia merempuh sebatang tiang lampu dan pokok.

Papan tanda di kawasan itu menunjukkan kereta perlu dipandu pada had laju 72 kilometer sejam.

Walker, 40, menjadi terkenal apabila dia berlakon dalam siri filem Fast & Furious sejak tahun 2001.

Filem tersebut mengisahkan tentang perlumbaan jalan raya jalanan yang melibatkan kereta berkelajuan tinggi. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Banjir di Pahang kian buruk, semakin ramai dipindahkan

Posted:

Banjir di Pahang kian buruk, semakin ramai dipindahkan

Banjir di Pahang kian buruk, semakin ramai dipindahkan

03/12/2013 10:23pm

KUANTAN - Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah.

"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut.

"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan.

"Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu.

Katanya, laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Kilometer (KM) 28 Kuantan-Sungai Lembing, KM36 Jalan Gambang-Kuantan, KM16 Jalan Nenasi-Pekan, KM145 Jalan Jerangau-Jabor, KM72 Jalan Kuantan-Segamat dan KM10 Jalan Kuantan-Pekan.

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir.

Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu, Superintendan Azid Ismail berkata, lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik.

Azid berkata, hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai.

"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka.

"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya. - Bernama

Tengku Abdullah minta semua pihak bantu mangsa banjir di Pahang

Posted:

Tengku Abdullah minta semua pihak bantu mangsa banjir di Pahang

Tengku Abdullah minta semua pihak bantu mangsa banjir di Pahang

03/12/2013 9:33pm

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak menghulurkan bantuan kepada penduduk yang mengalami banjir di negeri ini.

Baginda bertitah hujan lebat sejak dua hari lepas telah menyebabkan banyak kawasan dinaiki air secara mendadak.

"Saya tak menyalahkan sistem perparitan. Walaupun parit sebesar mana sekalipun, kalau hujan tak berhenti, saya rasa banjir juga.

"Saya rasa elok kita terima hakikat kehendak Allah dan kita harus juga membantu satu sama lain. Satu kebimbangan ialah kalau hujan tak henti mungkin Kuantan akan ditenggelami air," titah baginda ketika melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini hari ini.

Tengku Abdullah berharap rakyat bersabar menghadapi bencana dan berharap kerajaan persekutuan turut dapat membantu. - Bernama

Dua beranak maut kereta dirempuh van kilang

Posted:

Dua beranak maut kereta dirempuh van kilang

Dua beranak maut kereta dirempuh van kilang

03/12/2013 9:28pm

GEORGE TOWN - Seorang wanita dan anak lelakinya maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki bersama lima anggota keluarga mereka dirempuh sebuah van kilang di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, Saodah Hashim, 48, dan Nazirul Hafis Muhammad Bakri, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh anggota badan.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, sebuah van kilang dari arah bertentangan menghala ke Bayan Lepas hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dipandu adik Saodah, Mohd Firdaus, 24.

"Ketika kejadian kedua-dua mangsa berada di tempat duduk penumpang dan rempuhan kuat itu menyebabkan Saodah tersepit manakala anak lelakinya dipercayai tercampak keluar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan tujuh sekeluarga itu berasal dari Pantai Merdeka, Kedah datang bercuti ke negeri ini sempena musim cuti sekolah.

Ismail berkata, Mohd Firdaus dan dua anak Saodah, Mohd Khairul Nizar, 22, dan Sazafiza, 16, serta pemandu van kilang Muhd Nurfaidhi Alias, 25, cedera parah manakala ibu Saodah, Salmah Hashim, 64, dan seorang lagi anak Saodah, Mohd Naufal, 4, cedera ringan.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Tarmizi Mohd Noor berkata pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit dari kedua-dua kenderaan yang remuk teruk itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved