Isnin, 2 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tanah subur, buahnya lebat

Posted:

Tanah subur, buahnya lebat

Tanah subur, buahnya lebat

LONGGOKAN tandan buah kelapa sawit yang dikumpulkan di satu kawasan lapang membuatkan pengusahanya, Teu Chong Bon, 65, tersenyum lebar apabila melihat hasil tuaian tersebut.

Lelaki tua yang ringkas dengan persalinan kemeja-T berkotak dan seluar pendek paras lutut itu kemudian menyapa pekerjanya yang dikenali sebagai Nasir: "Wah, kalau selalu begini hasilnya, awak pun boleh dapat bonus."

Mendengar ucapan majikannya, Nasir hanya tersenyum lantas mengangkat tandan-tandan buah kelapa sawit itu ke dalam lori. Sepanjang 18 tahun bekerja bersama Chong Bon, Nasir mengakuinya hasil tanaman semakin meningkat terutamanya sejak menggunakan Super Baja Silikon 20 kira-kira dua tahun lalu.

"Saya perhatikan buahnya semakin besar dan berat tandan juga meningkat lebih sekali ganda," ujarnya yang masih mampu mengangkat tandan sawit seberat 40 kilogram (kg) meskipun usianya telah mencecah separuh abad.

Menurut Chong Bon, dia sudah mula bekerja di ladang kelapa sawit pada usia 17 tahun. Kemudian, pada tahun 1983, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu berhijrah ke Tawau, Sabah dan membuat keputusan untuk terus menetap di sana. Kini, Chong Bon memiliki 28.3 hektar ladang kelapa sawit yang diusahakan sendiri.


NASIR (kiri) dan rakannya mengangkat tandan kelapa sawit ke dalam lori.


Perbandingan

Menurut Chong Bon, dia pada mulanya menggunakan baja kompaun biasa sehingga diperkenalkan dengan baja silikon itu oleh seorang kakitangan syarikat SIO4 Sdn. Bhd. (SIO4).

"Saya nekad untuk mencubanya. Buat permulaan saya memilih untuk menggunakan baja ini di ladang seluas 4.04 hektar yang terletak di Nasip Kita, Batu 30, Jalan Apas.

"Ternyata, selepas tiga bulan, ia sudah mula menunjukkan kesan. Saya dapati tanah menjadi lebih subur dan buah yang dihasilkan juga semakin besar," ujarnya.

Menurut Chong Bon, dalam tempoh setahun, baja tersebut akan ditabur sebanyak tiga kali dengan purata 2kg untuk setiap batang pokok.

Beliau memaklumkan, untuk setiap 4.04 hektar tanah, dia mampu memperoleh 1.4 tan buah kelapa sawit berbanding kurang satu tan sebelum ini.

Perkara ini turut diakui Woo Min Fui, 70, pemilik ladang kelapa sawit seluas 32.3 hektar di Gudang Empat, Jalan Kuhara, Tawau.

Min Fui yang juga kapitan atau ketua masyarakat Cina di kawasan tersebut memberitahu, dia pada awalnya menyedari daun kelapa sawit di ladangnya seperti tidak sihat dan kelihatan pucat.

Kemudian, apabila pihak SIO4 memaklumkan tentang kelebihan baja silikon itu kepadanya, Min Fui mengibaratkan ia seperti orang mengantuk disorong bantal.

"Saya terus setuju untuk menggunakan baja tersebut yang hanya perlu ditabur di kawasan sekeliling pokok. Caranya sangat mudah, namun hasilnya amat memberangsangkan.

"Selepas beberapa bulan, saya lihat daun pokok kelapa sawit yang ditabur dengan baja berkenaan menjadi lebih subur dan berkembang. Akhirnya apabila tiba musim menuai, hasil yang diperoleh begitu lumayan sehingga mencecah dua kali ganda daripada biasa," ungkapnya yang memperuntukkan kira-kira RM4,000 setahun bagi membeli empat tan baja silikon untuk keseluruhan ladangnya.

TANDAN kelapa sawit lebih panjang dan besar melebihi telefon pintar.


Ciri-ciri baja

Mengulas mengenai keistimewaan silikon, ahli agronomi, Jimmy Wong memberitahu, ia dikenali sebagai elemen keempat terbesar dalam tumbuhan selepas nitrogen, fosfat dan kalium.

Silikon juga merupakan unsur kedua paling banyak selepas oksigen dalam kerak bumi dan tanah.

"Majoriti silikon dalam tanah tidak aktif dan tidak tersedia untuk tumbuhan seperti kuarza, kaca, zeolite dan lain-lain. Manakala dalam bentuk biokimia aktif seperti asid monosilisik, polisilisik atau sebatian silikon organik, ia boleh didapati atau diresap untuk kegunaan tumbuhan.

"Bentuk silikon aktif ini memainkan peranan yang tersendiri dalam proses pembentukan tanah, mempengaruhi kesuburan tanah dan untuk tahap makanan tumbuhan," jelasnya sambil menegaskan bahawa bentuk-bentuk itu mempunyai pengaruh utama ke atas tanah dalam proses fizikal, kimia dan biologi.

Ia disebabkan silikon aktif memberi kesan yang positif kepada bilangan mikrob tanah.

Pengarah Urusan SIO4, Yong Peng Chuan berkata, Super Baja Silikon 20 merupakan baja mineral yang dirumus dengan silikon (H4Si04), asid humid (asid fulvic) dan bukan sejenis baja kimia.

"Baja ini berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan mutu tanaman, di samping memanjangkan tempoh kesuburan tanah. Paling penting ia bersifat mesra alam.

"Keberkesanan silikon dalam meningkatkan hasil tanaman telah menarik minat pengeluar baja dari seluruh dunia. Malah, negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Filipina dan Thailand sudah mula bergiat dalam pembangunan, pengeluaran dan penggunaan baja silikon.

"Justeru, kami juga tidak mahu ketinggalan untuk menawarkan satu produk yang berkualiti untuk pengusaha ladang pertanian," tutur Peng Chuan sewaktu lawatan media ke Tawau untuk diperkenalkan dengan keunikan baja silikon keluaran syarikat itu baru-baru ini.


WONG (empat dari kanan) bersama kakitangan syarikat SIO4 menunjukkan tanda bagus terhadap produk baja silikon.


Antara keistimewaan baja tersebut ialah merawat dan memulihkan kesuburan tanah, mengimbangi nilai pH tanah dan menguatkan keupayaan tanaman memegang tanah agar pokok tidak mudah tumbang, di samping mempergiatkan proses fotosintesis tanaman dan membekalkan nutrien sebatian pada tanaman.

Selain itu, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan tanaman terhadap penyakit dan serangan serangga dan mengurangkan kehilangan air pada tanaman akibat proses transpirasi.

"Menariknya, baja ini boleh digunakan untuk semua jenis tanaman termasuk pokok getah, buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya sambil memberitahu, setiap satu karung baja seberat 50kg dan dijual pada harga RM80.

Maklumat lanjut mengenai baja silikon SIO4 boleh didapati di laman web www.siliconfertilizer.com.my atau hubungi talian 089-911 148.

Ramai pengusaha belum kenali baja silikon

Posted:

Ramai pengusaha belum kenali baja silikon

Ramai pengusaha belum kenali baja silikon


UJIAN tanah mampu menarik perhatian pengusaha untuk mencuba baja silikon keluaran syarikat SIO4 Sdn. Bhd.


SEBAGAI juruteknik di syarikat pengeluar baja silikon SIO4 Sdn. Bhd., Ginno Ngai, 39, bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas teknikal seperti membuat ujian tanah dan melawat ladang selain mempromosi produk baja kepada pengusaha.

Sepanjang tiga tahun bertugas di sana, Ginno mengakui banyak cabaran yang terpaksa dihadapi terutama dalam meraih kepercayaan pelanggan terhadap produk mereka.

"Rutin harian saya sangat padat. Setiap hari saya perlu turun padang melawat kawasan estet di pelbagai lokasi sekitar Tawau untuk bertemu dengan pengusaha ladang kelapa sawit.

"Di sana, saya dan rakan yang terlibat akan melakukan ujian ukuran bagi asid (pH), membuat pemerhatian di sekitar ladang dan merekodkan sesi lawatan tersebut. Sekiranya pelanggan berminat, mereka akan membuat tempahan baja dan jika tidak kami sekadar pulang dengan tangan kosong," ujar Ginno sambil menunjukkan bagaimana ujian pH dilakukan.

Menggunakan beberapa peralatan, Ginno mengorek tanah dengan kedalaman kira-kira 10 hingga 12 sentimeter (sm). Kemudian, tanah itu diletakkan di dalam bekas plastik berwarna putih dan kemudian dicampurkan dengan cecair alkali.

Ganoderma

Salah satu bekas kecil ditambah dengan sedikit baja silikon. Hasilnya tanah yang dicampur baja silikon menunjukkan perubahan warna dan nilai pH.

Menurut Ginno, ujian tanah yang dilakukan itu biasanya mampu menarik perhatian pengusaha untuk mencuba baja silikon yang diperkenalkan syarikatnya.

Ditanya mengenai masalah yang selalu dihadapi pengusaha kelapa sawit, lelaki berperwatakan ceria ini memberitahu, ganoderma antara penyakit yang sering dikesan pada pokok kelapa sawit.

TANAH yang dicampur dengan baja silikon mengurangkan nilai keasidan tanah.


"Apabila pokok kelapa sawit dijangkiti ganoderma, ia akan menjejaskan kawasan batang pokok. Biasanya dibahagian bawah pokok itu kira-kira serendah 1.5 meter akan dimakan oleh ganoderma dan mereput.

"Pada peringkat ini, pokok hanya menunggu masa untuk tumbang. Boleh dikatakan penyakit ini ibarat kanser bagi pokok kelapa sawit dan sukar diubati," jelas Ginno sambil menunjukkan sebatang pokok sawit berusia kira-kira 10 tahun yang dihinggapi penyakit itu.

Sementara itu, Julian Mickey Niun, 37, pula berkongsi bahawa antara cabaran yang dihadapi ialah untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk mereka.

"Ini kerana baja silikon masih baru dalam pasaran. Walaupun sudah enam tahun dipasarkan di Malaysia, namun tidak ramai pengusaha mengetahui kebaikan baja ini.

"Kebanyakan pengusaha masih tidak percaya bahawa baja ini mampu memberi hasil yang lebih baik dan tinggi berbanding baja tradisional. Justeru, ia mengambil masa untuk kami meraih kepercayaan mereka.

"Apapun, kami perlu tetap berpegang kepada pasaran tahu dan mempunyai pengetahuan tentang trend pengusaha memandangkan industri minyak sawit merupakan salah industri terbesar di Malaysia," terang Julian sambil menambah syarikatnya sentiasa berusaha menaik taraf produk agar dikenali ramai.

Tambah Julian, jika seseorang pengusaha bersetuju untuk menggunakan baja silikon, mereka akan memberikan khidmat nasihat dan membuat pemantauan.

"Selepas pelanggan menggunakan baja tersebut dalam tempoh satu ke dua bulan, kami akan melakukan lawatan semua ke ladang mereka bagi mengesan sebarang perubahan. Apa yang pasti, setiap pelanggan yang telah mencuba baja ini, mengakui keberkesanannya dalam menyuburkan tanah sekali gus memberikan hasil tanaman yang baik," ungkap Julian sambil tersenyum. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Ahmad Ammar pemuda luar biasa

Posted:

Ahmad Ammar pemuda luar biasa

Ahmad Ammar pemuda luar biasa

KETENANGAN di bumi Turki pada hari itu sama seperti hari-hari yang sebelumnya. Penduduk setempat sibuk dengan rutin seharian manakala mereka yang memandu di kawasan berbukit di sekitar Istanbul begitu berhati-hati.

Namun, pada pagi dua hari sebelum sambutan Awal Muharram itu merupakan hari yang cukup istimewa kepada seorang anak muda kelahiran Kuala Lumpur, Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20. Ia menjadi titik permulaan dalam hidupnya kerana bakal mengajar pelajar-pelajar baharu mengenai risalah An-Nur di sebuah madrasah.

Dia begitu berhati-hati menuruni bas yang dinaiki dari madrasahnya di Mobilyacilar sambil mendengar alunan muzik seruling Ney, instrumen yang menjadi kegemaran Jalaluddin Ar-Rumi. Jalaluddin atau lebih dikenali sebagai Rumi merupakan penyair tersohor dari Parsi yang banyak mempengaruhi penulisan dan budaya masyarakat Islam.

Ketika cuba melintas di satu persimpangan jalan, langkahnya terhenti. Tubuhnya seakan-akan hilang imbangan lalu dia terjatuh. Pada saat itu jugalah sebuah van ambulans yang datang dari belakang merempuh tubuhnya. Dia terkulai di tepi jalan, namun digagahkan juga berdiri meminta bantuan daripada pemandu van ambulans yang melanggarnya.

Namun, sudah tertulis di Luh Mahfuz, hayat siswa Universiti Marmara, Istanbul, Turki itu dipinjamkan sehingga 2 November 2013. "Pelbagai versi yang saya dengar tentang kemalangan itu. Apa pun, Allah telah menyusun perjalanan hidup Ahmad Ammar. Memang sedih tetapi saya reda dengan ketentuan-Nya," luah ibu arwah Ahmad Ammar, Nur Azlina Abdul Aziz ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Hari ini masuk sebulan pemergian anak keempat daripada lima beradik itu.

Kenangan manis

Menurut laporan bedah siasat, Ahmad Ammar mengalami kecederaan teruk pada organ dalaman yang mengakibatkan dua tulang rusuknya patah. Apa yang mengejutkan Nur Azlina ialah tiada kesan darah ditemui pada tubuh Ahmad Ammar.

Namun, kenangan bersama Ahmad Ammar, terus mekar di dalam hati Nur Azlina.

"Saya tidak pernah berasa kehilangan Ahmad Ammar kerana dia sentiasa bersama saya. Jika dahulu, dia berada jauh di negara orang tetapi kini dia seperti sentiasa berada di sisi saya, setiap masa," katanya.

Penghormatan tertinggi. Jenazah Ahmad Ammar disemadikan di tanah perkuburan sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub al-Ansari.


Kisah Ahmad Ammar tiba-tiba menjadi bualan di laman-laman sosial, sehinggakan pemergiannya diangkat setinggi pemimpin agung Islam dan ditempatkan bersama sahabat-sahabat nabi di Eyub Sultan, Turki. Di pinggir Konstantinople itu letaknya makam Saidina Abu Ayub al-Ansari iaitu sahabat rapat Rasulullah yang meninggal dunia ketika menyertai kempen perang jihad fisabillah tahun 674 Masihi.

"Anak saya seperti remaja-remaja lain, cuma beza Ahmad Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya tentang keperibadian arwah, saya cuba ingat kembali, berapa kali saya meninggikan suara atau jika pernah terdetik perasaan marah kepadanya.

"Baru saya tersedar, tidak pernah sekali saya melakukan semua itu kepadanya. Dia anak yang mudah dijaga dan tidak pernah merungut," cerita Nur Azlina yang aktif dalam badan kebajikan amal.

Ibu kepada lima anak itu menambah, Ahmad Ammar seorang yang pendiam dan hanya bercakap apabila perlu saja sama ada bersama teman atau ahli keluarganya.

Sehinggakan kata Nur Azlina, guru sekolahnya pernah menelefon beliau semata-mata mahu memberitahu Ahmad Ammar tergelak di dalam kelas. Masa kecilnya, ujar Nur Azlina, dahi arwah sudah mempunyai garis-garis halus. Optimis wanita itu, anaknya mungkin berfikir tentang umat Islam di seluruh dunia.

Satu perkara yang mengagumkan tentang ibu bapa Ahmad Ammar ialah tiada riak kesedihan pada wajah mereka. Sebaliknya, terpancar ketabahan dan keredaan kedua-duanya baik kepada Nur Azlina dan suami, Ahmad Azam Abdul Rahman dalam setiap gerak geri dan butir bicara mereka. Sebagai ibu, bohonglah jika Nur Azlina tidak terkesan dengan pemergian Ahmad Ammar. Namun, beliau melihatnya dari sudut yang positif.

"Perasaan sedih itu bertukar syukur kerana peribadi dan sumbangan Ammar selama hayatnya membawa perubahan positif dalam dirinya," kata mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu.

Minat arwah dalam sejarah tamadun Islam dunia membawanya ke Turki untuk mendalami ilmu-ilmu Daulah Uthmaniyyah. Arwah terdorong daripada wawasan bapanya yang menjadikan Sultan Muhammad al-Fatih sebagai rujukan dalam hidup.

Percaturan Allah

Menurut Nur Azlina, beliau pernah bergurau dengan Ahmad Ammar dengan mengatakan Sultan Muhammad al-Fatih berjaya membina empayar Uthmaniyyah yang bertahan selama 600 tahun pada usia 21 tahun. Maka, Ahmad Ammar ada setahun lagi untuk menyumbang sesuatu kepada umat Islam.

Rupa-rupanya, pemergian arwah itulah yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat Islam.


AHMAD AMMAR (dua dari kanan) merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010 di Maktab Tentera Diraja.


Sebagai bapa, Ahmad Azam menerima pemergian arwah anaknya sebagai satu percaturan yang telah ditetapkan Allah.

"Sebenarnya, saya sedang dalam pembinaan pejabat rasmi di Turki. Jarak antara Eyub Sultan dan pejabat itu hanya 10 minit perjalanan. Bolehlah saya melawatnya selalu di sana," katanya memasang impian.

Sementara itu, salah seorang sahabat karib arwah Ahmad Ammar, Muhammad Huzaifi Ali, 20, seboleh-bolehnya mahu memadamkan memori yang tercatat pada 2 November lalu.

Panggilan telefon dan mesej daripada rakan-rakan yang memaklumkan berita pemergian Ahmad Ammar merengut jantungnya.

'Adik dah meninggal'. Ayat pendek itu membuatkannya tergamam apatah lagi sahabatnya itu berkelana di perantauan untuk menimba ilmu.

"Kehilangan seorang rakan karib yang mesra dipanggil adik itu sangat terkesan di hati saya, namun saya bersyukur kerana arwah mendapat pengiktirafan tinggi daripada kerajaan Turki apabila jenazahnya dikebumikan di Eyub Sultan di Istanbul, Turki," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Memori singkat bersama arwah sewaktu sahabatnya itu pulang bercuti ke tanah air dua bulan lalu menerjah ke kotak fikiran Huzaifi. Dalam kesibukan memenuhi tugas sebagai seorang jurugambar, dia masih sempat bertemu Ahmad Ammar.

Arwah yang juga rakan sekolah ketika mereka menuntut di Sekolah Rendah Islam Al-Huda di Gombak, Selangor mencadangkan kepada Huzaifi supaya membuat satu sesi penggambaran korporat dengan menjadikan bapanya, Ahmad Azam sebagai model.

Catatan rakan karib

"Itu adalah pertemuan terakhir saya bersama arwah dan bapanya," ujar graduan Diploma Fotografi Universiti Teknologi Mara itu.

Antara pesanan arwah yang cukup berbekas di hati Huzaifi ialah supaya dia tidak terlalu bebas berkarya, sebaliknya memanfaatkannya kepada jalan dakwah.

Menerusi sebuah laman peminat di Facebook, Tribute Ahmad Ammar Ahmad Azam yang diwujudkan, terdapat satu catatan yang ditulis oleh seorang rakan karib arwah ketika menuntut di Universiti Marmara, Turki iaitu Muhammad Ahmad Zahid, 20.


RIBUAN rakyat Turki mengiringi jenazah Ahmad Ammar ke tanah perkuburan.


Anak muda ini merupakan individu yang bertanggungjawab mengalunkan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali ketika jenazah Ahmad Ammar diditurunkan ke liang lahad di tanah perkuburan Eyub Sultan, Istanbul.

Menerusi video berdurasi selama kira-kira 24 minit yang dimuat naik ke laman YouTube berjudul GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013), kelihatan seorang anak muda berkemeja T merah memegang mikrofon membaca surah tersebut.

Tindakannya itu hanya semata-mata mahu melaksanakan amanah arwah yang ketika hayatnya pernah secara berseloroh meminta Muhammad berbuat demikian jika sampai waktunya beliau menghadap Ilahi.

"Pada mulanya, beliau meminta saya mengaji pada majlis perkahwinannya pada masa akan datang. Selepas itu, arwah meminta saya mengaji, sekurang-kurangnya surah al-Ikhlas selepas dia meninggal dunia," katanya yang menggelar arwah dengan panggilan Abang Long.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Konvoi berbasikal sambil agih wang zakat

Posted:

Konvoi berbasikal sambil agih wang zakat

Konvoi berbasikal sambil agih wang zakat

SYED FAIZUDDIN (barisan depan, berdiri tengah) bergambar dengan sebahagian peserta program Kayuhan Basikal Sempena Konvoi Kembara Zakat Dua Peringkat Kebangsaan 2013 di Kangar, Perlis baru-baru ini.


IBADAH. Seramai 120 peserta menyertai program Kayuhan Basikal Sempena Konvoi Kembara Zakat Dua Peringkat Kebangsaan 2013 sejauh 18 kilometer bermula dari Pondok Polis Sanglang hingga Sempadan Perlis/Kedah baru-baru ini.

Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu disertai oleh kakitangan agensi terbabit termasuk peminat sukan berbasikal sebagai kesinambungan bagi memupuk kesedaran berzakat sempena Bulan Zakat 2013 di negeri itu.

Pada konvoi tersebut para peserta turut menyalurkan sumbangan wang zakat kepada dua keluarga asnaf sebelum mengadakan perlawanan bola sepak antara MAIPs dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di padang Astroturf Majlis Perbandaran Kangar di Simpang Empat, Kangar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli berangkat menyertai program kayuhan tersebut.

Khatan beramai-ramai di Taman Mas, Puchong

Posted:

Khatan beramai-ramai di Taman Mas, Puchong

Khatan beramai-ramai di Taman Mas, Puchong


KANAK-KANAK diarak secara beramai-ramai sebelum dikhatankan di Taman Mas, Puchong, Selangor baru-baru ini.


KHATAN. Seramai 24 kanak-kanak sekitar penduduk Blok D, Taman Mas, Puchong, Selangor menyertai majlis berkhatan beramai-ramai baru-baru ini.

Program itu dimulakan dengan perarakan dan penyemburan air kepada kanak-kanak terlibat yang disediakan pihak bomba.

Pengerusi penganjur program berkenaan, Shamsuhaimi Abd. Razak berkata, program berkenaan merupakan kali pertama dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Blok D, Taman Mas, Puchong.

Antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat menjayakan program itu ialah Majlis Perbandaran Sepang, Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, McDonald's Puchong Permai dan Masteron Sdn. Bhd.

Bank Islam bantu Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras

Posted:

Bank Islam bantu Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras

Bank Islam bantu Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras


Mizan (barisan kedua, empat dari kiri) dan warga kerja Bank Islam bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Kasih Harmoni pada program tanggungjawab sosial di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.


BANTU. Bank Islam Malaysia Berhad baru-baru ini mengadakan program tanggungjawab sosialnya di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Program berkenaan melibatkan 100 orang kakitangan Bahagian Pemulihan & Rehabilitasi Bank Islam cawangan Sungai Buloh dan cawangan Saujana Utama yang diketuai ketua bahagian berkenaan, Mizan Masram.

Pada program itu, Bank Islam menyerahkan Dana Amal Jariah Kad Bank Islam bernilai RM5,000 kepada Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.

Menurut Mizan, selain itu sumbangan sebanyak RM6,700 oleh kakitangan Bank Islam pula digunakan untuk membeli peralatan dan barangan dapur serta majlis jamuan untuk 90 penghuni rumah terbabit yang terdiri daripada anak yatim, anak-anak ibu tunggal dan asnaf.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ibu rayu majistret penjarakan anak

Posted:

Ibu rayu majistret penjarakan anak

Ibu rayu majistret penjarakan anak

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

KOTA BHARU - Kecewa dirinya diugut bunuh oleh anak kandung sendiri, seorang ibu nekad memohon kepada Mahkamah Majistret di sini semalam supaya memenjarakan anak lelakinya itu selama setahun.

"Buatlah macam mana pun kepada anak saya. Penjarakan setahun pun tidak mengapa," kata Jarah Mohamed, 54, semasa memberi keterangan terhadap anaknya di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Terdahulu, Mohd. Fairul Rahimi, (gambar), 28, yang bekerja sebagai pemandu sebuah syarikat katering mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut sebelum Nik Habri kemudian menjatuhkan hukuman penjara itu mulai semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tarif elektrik naik 4.99 sen sekilowat sejam tahun depan

Posted:

Tarif elektrik naik 4.99 sen sekilowat sejam tahun depan

Tarif elektrik naik 4.99 sen sekilowat sejam tahun depan

Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
afiq.zulkifli@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan 14.89 peratus atau sebanyak 4.99 sen sekilowat sejam (kWj) menjadikan kadar baharu sebanyak 38.53 sen/kWj daripada kadar lama 33.54 sen/kWj berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen kWj kepada 34.52 sen (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, kenaikan tarif itu didorong empat faktor iaitu kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kWj), kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41 sen/kWj), kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kWj) dan semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.9 sen/kWj).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Aziz Sattar kembali bersemangat selepas dikunjungi Rais

Posted:

Aziz Sattar kembali bersemangat selepas dikunjungi Rais

Aziz Sattar kembali bersemangat selepas dikunjungi Rais


RAIS (tengah) menyampaikan sumbangan Karyawan kepada Aziz (kanan) sambil diperhatikan Freddie di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR - Masyarakat digesa terus menghargai dan mengiktiraf golongan penggiat seni veteran kerana mereka sudah banyak memberi sumbangan ke arah pembangunan negara.

Penaung Persatuan Karyawan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, jasa penggiat seni veteran tidak patut dilupakan malah masyarakat seharusnya lebih prihatin terhadap golongan itu, lebih-lebih lagi kepada penggiat seni yang uzur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Saya tidak pernah rasa menyesal'

Posted:

'Saya tidak pernah rasa menyesal'

'Saya tidak pernah rasa menyesal'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


HAMIDIN (kanan) berjabat tangan dengan Rajagobal pada sidang akhbar khas di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


DATUK K. Rajagobal sah akan meninggalkan skuad Harimau Malaya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menyambung kontraknya yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Mengakui menerima keputusan itu dengan cukup profesional, Rajagobal berharap pengganti beliau nanti mampu melakar pencapaian lebih baik ketika membimbing Harimau Malaya.

"Bukan mudah untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan... tetapi saya tidak pernah menyesal walau sesaat.

"Jurulatih baharu juga harus lebih bagus dan mampu menetapkan penanda aras yang lebih tinggi serta meneruskan legasi kejayaan skuad negara," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar khas di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Sebagai rekod, Rajagobal yang dilantik mengendali Harimau Malaya pada 20 April 2009, berjaya membantu menamatkan penantian selama 20 tahun bagi memburu 'ibu emas' Sukan SEA dalam tahun yang sama.

Setahun kemudian, beliau membantu Harimau Malaya muncul juara Piala Suzuki AFF selepas membenam Indonesia di pentas final.

Kontrak Rajagobal tidak lagi disambung selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 24 November lalu memutuskan bahawa sudah sampai masanya Harimau Malaya mendapat sentuhan jurulatih luar atau sesiapa yang boleh membawa sumbangan yang lebih besar.

Rajagobal sempat juga meninggalkan pesan kepada pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menjelang aksi terakhir Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen pada 5 Mac tahun depan.

"Terserah kepada beliau (Kim Swee), saya tidak akan campur tangan dan mengucapkan selamat maju jaya.

"Biarpun tampak tipis, saya percaya skuad negara masih berpeluang layak ke Piala Asia," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai destinasinya selepas ini, Rajagobal menjelaskan, beliau hanya mahu berehat seketika daripada bola sepak.

"Sebelum ini, saya hanya memikirkan tentang bola sepak.

"Jadi, saya mahu menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga terutamanya isteri yang banyak berkorban selama ini.

"Buat masa ini, saya belum menerima mana-mana tawaran, selepas ini saya tidak tahu," katanya.

Rajagobal juga enggan 'memulangkan paku buah keras' kepada mana-mana pihak terutama beberapa bekas pemain kebangsaan yang selama ini lantang mengecam corak taktikal dan pemilihan pemain yang dilakukan beliau.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa... budak tujuh tahun juga boleh kritik.

"Harus diingat, kejayaan tidak hadir dalam satu malam, sebaliknya memakan masa bertahun lamanya.

"Jadi, mereka (pengkritik) wajar tampil ke depan dan membantu memajukan bola sepak negara," jelas Rajagobal.

FAM belum sedia umum

Posted:

FAM belum sedia umum

FAM belum sedia umum

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (tengah) dilantik sementara bagi membimbing skuad Harimau Malaya.


"JIKA sudah menemui calon sesuai, kami akan segera umumkan jurulatih baharu Harimau Malaya."

Demikian jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika mengulas mengenai spekulasi calon pengganti Datuk K. Rajagobal.

Hamidin berkata, FAM masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu termasuk kemungkinan pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee kekal menerajui Harimau Malaya selepas ini.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak akan menunggu sehingga kempen kelayakan Piala Asia 2015 tamat sebelum membuat keputusan mengenal pasti pengganti tetap Rajagobal.

"Seperti yang saya katakan tadi, tidak perlu tunggu aksi berdepan Yemen (aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015) jika kami sudah menemui calon yang sesuai.

"Jadi buat masa ini, Harimau Malaya kekal dikendalikan buat sementara oleh Kim Swee," katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 24 November lalu, badan induk itu memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Rajagobal yang tamat pada 31 Disember ini.

Antara calon-calon yang disebut-sebut menduduki 'kerusi panas' itu termasuklah bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier; bekas jurulatih skuad utama Liverpool, Alex Miller selain legenda Jerman, Rudi Voller.

Nama-nama lain seperti bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts dan juga bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan juga antara yang dilihat berpotensi menggalas tanggungjawab itu.

Hamidin juga enggan mendedahkan senarai pendek calon-calon jurulatih yang berada dalam radar FAM setakat ini.

"Masih ada banyak masa lagi... tunggulah hari lain. Sampai masa FAM akan umumkan," jelas beliau.

Annuar serah kepada menteri

Posted:

Annuar serah kepada menteri

Annuar serah kepada menteri

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

"SAYA serahkan kepada Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) untuk membuat keputusan, sama ada saya boleh berada dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBSN) ataupun tidak.

Demikian jelas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang tidak membenarkan beliau berada dalam jawatankuasa berkenaan kerana statusnya yang masih dalam penggantungan.

Menurut Annuar, kemelut yang berlaku ketika ini sebenarnya berpunca daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tidak melibatkan AFC atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Dalam senario begini, saya kena pertimbangkan yang terbaik demi bola sepak negara dan saya akan mengambil sikap terbuka dengan berjumpa menteri mendengar pandangan beliau kerana beliau yang telah melantik saya.

"Saya akan dengar pandangan menteri sebab beliau tahu pendirian saya... menteri ada pilihan.

"Ini kerana program pembangunan yang Kementerian (Belia dan Sukan) hendak laksanakan itu ditujukan kepada yang berumur tujuh hingga 17 tahun, melibatkan budak sekolah," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam.

"Selain bertemu menteri, saya juga akan bertemu Hamidin bagi bertukar-tukar pandangan dan bertanya apa sebenarnya yang beliau inginkan.

"Kalau FAM sebenarnya hendak menyertainya (JPBSN) cuma tidak boleh disebabkan saya ada, barangkali kita boleh berunding.

"Kita bukan hendak rebut jawatan, cuma hendak cari penyelesaian demi kepentingan bola sepak negara," jelasnya.

Terdahulu, FAM telah memutuskan bahawa pelantikan Annuar sebagai anggota jawatankuasa program itu sebagai tidak sah kerana beliau masih dalam tempoh penggantungan sehingga 4 Oktober 2014.

Beliau digantung pada April tahun lepas selama dua tahun setengah kerana didapati melanggar Artikel 88 Statut FAM.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut dilapor telah menetapkan bahawa individu yang digantung tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana aktiviti berkaitan bola sepak.

KBS sebelum ini mempertahankan pelantikan Annuar dalam jawatankuasa tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Berani mengharungi cabaran bisnes

Posted:

Berani mengharungi cabaran bisnes

Berani mengharungi cabaran bisnes

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

KETIKA masih belajar di sekolah menengah, Nurfuryna Mohd. Azmeer atau lebih mesra dengan panggilan Feena, tidak melepaskan peluang membantu ibunya yang memiliki salon kecantikan dan butik pengantin Allya Touch di Greentown Mall, Ipoh, Perak.

"Allya Touch diusahakan sekitar tahun 1998 hingga 2008 dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur.

"Ilmu yang dipelajari di sana dan melihat sendiri bagaimana ibu gigih mengusahakan perniagaan itu daripada seluruh aspek termasuk cara melayan pelanggan dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan telah membuatkan saya ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan dan kecantikan," katanya mengenai penglibatan awal beliau dalam arena perniagaan.

Mengambil langkah berani pada tahun 2009, wanita yang kini berusia 28 tahun itu telah membuka perniagaannya sendiri.

"Pada ketika itu, saya bersama seorang rakan membuka sebuah spa di Ipoh yang bernama Spa Que. Tetapi perniagaan itu kini dikendalikan oleh rakan tersebut memandangkan saya mempunyai perniagaan lain di Kuala Lumpur," ujarnya.

Wanita hari ini sanggup menghabiskan wang yang banyak agar tampil menawan. - Gambar hiasan


Bagi anak kedua dari tiga beradik ini, kecantikan merupakan satu hubungan yang rapat dengan setiap wanita kerana dia melihat sendiri bahawa semua kaum hawa amat menitikberatkan penampilan mereka bukan sekadar untuk memenuhi kepuasan peribadi tetapi juga untuk suami bagi mereka yang sudah berkahwin.

"Penampilan diri yang menarik mampu meningkatkan tahap keyakinan seorang wanita," ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu sambil tersenyum.

Menurutnya, pada masa ini, kecantikan menjadi obsesi wanita, terutamanya wanita urban yang amat mementingkan gaya sehingga ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan menarik.

Pengolah penampilan

Sungguhpun demikian, Feena menyarankan agar rejim penjagaan kulit dimulakan seawal peringkat remaja bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri di masa hadapan.

"Berbelanja demi kecantikan bukanlah satu tindakan yang salah. Namun, pastikan perbelanjaan itu mengikut kemampuan diri.

"Lebih penting, suatu kecantikan itu bukan hanya terletak di bahagian luaran bahkan dalaman iaitu mempunyai hati yang bersih, sentiasa berfikiran positif, mengurangkan sifat-sifat negatif seperti hasad dengki dan tidak sombong. Perkara paling mudah dan mujarab untuk mendapatkan penampilan yang menarik ialah sentiasa tersenyum," jelas Feena mengenai pendekatan yang turut diambilnya sendiri.

Mengakui bahawa perniagaan dalam bidang kecantikan penuh dengan pancaroba dengan persaingan sengit dan cabaran dalam memenuhi kehendak pengguna yang sering berubah, Feena memaklumkan, dia sebelum ini pernah memperkenalkan beberapa jenama produk kecantikan di pasaran.

Usaha perniagaannya membuahkan hasil apabila tahun lalu dia berjaya menemui sebuah syarikat tempatan yang giat melaksanakan usaha penyelidikan dan pembangunan sehingga tampil dengan produk suplemen yang kini dilihat sebagai antara yang mendapat permintaan tinggi di pasaran iaitu Aurawhite Collagen.

"Pada mulanya saya dan suami, Saiful Safwan, 30, memulakan perniagaan ini secara dalam talian di laman blog aurawhitebeauty.blogspot.com. Kami tidak menyangka ia diterima baik pengguna.

MINAT Nurfuryna atau Feena dalam dunia perniagaan dan kecantikan terbentuk sejak di bangku sekolah menengah.


"Mungkin kerana kesannya yang mujarab dan orang ramai mula sedar tentang kepelbagaian manfaat produk ini. Sejak diperkenalkan pada Februari lalu, ia terus mendapat permintaan tinggi," katanya sambil menunjukkan produk Aurawhite Collagen yang kini dijual oleh syarikat pasangan ini, Aura White Beauty Sdn. Bhd. (Aura White Beauty).

Lazimnya apabila memperkenalkan sesuatu produk baharu di pasaran, membina keyakinan pengguna terhadap produk tersebut merupakan usaha paling mencabar kepada peniaga, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan produk suplemen kecantikan yang banyak terdapat di Malaysia.

Resipi kejayaan

Namun, Feena amat bernasib baik, kerana menerusi duta produk Aurawhite iaitu selebriti dan pelakon, Hanez Suraya dan usaha-usaha pengiklanan berserta testimoni ikhlas pengguna yang sering dikongsi bersama, usahanya berjaya, sekali gus mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap produk berkenaan.

Dengan permintaan yang terus meningkat saban hari, Feena tidak hanya berlapang dada dengan pencapaian itu. Malah, syarikat berkenaan secara berterusan menjalankan kerja-kerja promosi dan pengiklanan agar jenama Aurawhite tidak tenggelam di pasaran.

Bagi wanita ini, pengenalan Aurawhite dalam pasaran ialah atas tujuan menggalakkan penjagaan awal dalaman dan luaran pengguna.

"Suplemen ini mempunyai 20 jenis ramuan semula jadi seperti ekstrak buah-buahan terpilih, sel stem tomato, roselle, sarang burung, lemon, lobak putih dan sisik ikan tilapia. Ramuan-ramuan ini penting dalam membantu mengatasi masalah kulit, masalah lenguh-lenguh otot dan memberikan tenaga.

"Bukan itu sahaja, pengambilan kolagen ini juga mudah dan enak. Ia ditawarkan dalam perisa beri atau coklat bagi memenuhi selera pelanggan," katanya.

Sungguhpun dianggap masih baharu dalam dunia perniagaan, Feena beranggapan ia sebagai satu perjalanan penuh pembelajaran untuk memastikan syarikatnya tersebut bertapak kukuh di masa hadapan.

"Perkara penting ialah memastikan penawaran produk berkualiti yang mampu memberi kepuasan pada pelanggan," ujarnya.

HANEZ selaku duta produk Aurawhite, mengakui keberkesanan Aurawhite Collagen selepas mencubanya untuk dua minggu.


Antara langkah diambil ialah melantik seorang duta produk.

Berbicara lanjut mengenai duta produk Aurawhite Collagen, Hanez Suraya, Feena akui wanita itu seorang yang sangat komited tentang kerjanya. Gadis jelita itu memenuhi kriteria yang dikehendaki bukan sahaja mempunyai penampilan yang menarik tetapi juga bersifat mulia.

"Haneez mencuba minuman tersebut selama dua minggu dan bersetuju menjadi duta selepas mengalami perbezaan positif.

"Dia berkata kulitnya lebih lembap dan cerah, rekahan kaki berkurangan dan lebih bertenaga memandangkan dia seorang yang sangat sibuk dengan aktiviti rakaman," jelas Feena.

Menganggap personaliti popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai wanita yang ingin dicontohi, katanya, penampilan menarik penyanyi tersohor negara itu diserlahkan melalui keperibadian penuh budi bahasa.

"Saya pernah bertemu beliau sebanyak beberapa kali dan wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman walaupun berhadapan dengan pelbagai perkara," katanya sambil menyenaraikan Wanita Besi, Datuk Dr. Maznah Hamid sebagai idolanya.

Pelabuhan imej pelayar klasik

Posted:

Pelabuhan imej pelayar klasik

Pelabuhan imej pelayar klasik


JALUR signatur tetap menjadi pertaruhan Nautica sempena musim luruh/sejuk 2013.


NAUTICA berlayar pulang ke daratan bersama inspirasi rona dan gaya berbeza dari seluruh dunia. Palet-palet segar, jalur-jalur signatur, penegasan rekaan dan stail inovatif bercantum indah menghasilkan koleksi baharu label fesyen Nautica, seraya mengemudi kemas penampilan sepanjang musim luruh/sejuk tahun ini.

Menerusi koleksi Seafarer, tradisi dipertemukan dengan ciri fungsional bagi menyerlahkan jalinan menawan antara rona putih dan biru navy bersama percikan warna terang. Baju panas (sweater) Fisherman dengan cetakan halus menggunakan teknik fair isle yang merupakan cara kait tradisional dihamparkan dalam rona-rona terang, sekali gus menjadi penegas kepada keseluruhan gaya.

Perincian yang melibatkan potongan nilon, berlapik penuh dan kebolehan merintang angin pada helaian itu juga menjadikan ia istimewa. Tambahan pula, teknik anyaman dipilih sebagai nilai versatil untuk koleksi baharu itu lengkap dengan rekaan berkotak besar, tidak menyerap air dan warna-warna kontra.

Mainan warna

Jaket kemeja kembali membuat kemunculan pada koleksi kali ini dan masih mengekalkan mainan blok warna.

Koleksi Shoreline pula memaparkan gabungan warna-warna lembut dan tona-tona gelap untuk jiwa yang lebih kasual. Asas kepada penampilan tersebut ialah biru indigo, refleksi terhadap air yang menghempas pantai dan palet lembut merah dan hijau.


PADUAN palet terang dan lembut memberikan penegasan unik terhadap stail si jejaka.


Fabrik dikait klasik dalam warna dan cetakan asli bersama pengenalan rekaan baharu seperti kemeja bercetak imej bot dan tali serta kemeja cetakan bandana.

Barisan sweater yang diperbaharui dapat dilihat pada chevron cable toggle dan kardigan berona blok sementara item berkait mendapat komposisi segar seperti baju-T polo kashmir. Blazer beacon dan bedford cord pula menjadi kunci gaya dalam komponen koleksi tersebut agar si pemakai kekal sofistikated sepanjang hari.

Kembara meredah lautan pasti bermakna bersama gaya daripada koleksi Seaborne. Warna tradisional dengan campuran benang berongga dan fabrik kait lebih tebal memberikan penampilan maskulin yang unggul. Bayangan rona biru navy gelap, hitam arang, hitam, tona berkilau dan ungu mewah membantu si jejaka tampil sederhana pada skala tertinggi.

Teknik fair isle, tulang hering dan rekaan mikro geometri bagi membentuk cetakan pada baju panas kait yang ditambah kolar sebai dan siluet kardigan menjanjikan tata gaya elegan.

Dimensi baharu rambut jejaka

Posted:

Dimensi baharu rambut jejaka

Dimensi baharu rambut jejaka

Oleh ALIF ABU BAKAR


KESEMUA produk rambut Elite berasaskan air bagi memudahkan ia dibilas.


HAMPIR semua jejaka mengutamakan gaya rambut harian. Kaum Adam lazimnya banyak memperuntukkan waktu berdandan terhadap rambut. Minyak rambut, gel atau wax antara jenis produk rambut pilihan lelaki. Namun kebanyakannya sekadar tahu penggunaan asas tanpa mengambil berat perihal kesesuaian gaya rambut mengikut panduan rasmi penampilan.

Ada juga yang kurang arif membentuk stail mengikut jenis dan kepanjangan rambut. Tabiat lelaki, khususnya di Malaysia, potong rambut di kedai mamak dan sapu gel agar kemas sudah memadai untuk tampak maskulin.

Kelompok remaja dilihat lebih bijak bereksperimen dengan potongan rambut moden dan unik. Tiada lagi gentar terhadap tatapan sinis masyarakat atau perlian orang. Asalkan bijak mengimbangi penampilan keseluruhan dan tidak terlalu keterlaluan, gaya rambut berselera urban mampu menarik pesona umum.

Minyak rambut dan gel yang dulu pernah mengisi kemestian dalam senarai barangan penjagaan peribadi lelaki kini beransur-ansur dilupakan. Wax atau clay menyusul bagi menggantikan dua jenis item tradisional itu. Ia lebih ringan dan efektif dalam membentuk gaya rambut idaman dan paling penting menjadikan rambut tampak semula jadi, tidak keras atau berkilat.

Namun lambakan wax dan clay dalam pasaran menyukarkan misi memilih jenis paling sesuai dengan rambut masing-masing. Belum lagi ditambah masalah menyingkirkan produk tersebut selepas seharian melekat pada rambut, biarpun telah dicuci. Syampu dan perapi rambut memainkan peranan penting bagi membersihkan rambut daripada wax atau clay secara menyeluruh.

Pengenalan jenama Elite kepada rangkaian produk rambut di bawah Elite Edgy EFX menjadi penyelamat. Tidak keterlaluan dikatakan, ia satu-satunya produk daripada jenis wax, clay, mud, fiber dan gel berasaskan air yang memberi keselesaan maksimum kepada pengguna.

Baru-baru ini, pendandan rambut eksklusif tanah air, Bambang Soteto sempat memaparkan teknik penggayaan rambut menggunakan beberapa produk Elite Edgy EFX di salon miliknya, Hairkunst di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

LELAKI sangat mengutamakan penjagaan dan penggayaan rambut.


Berikut tiga gaya ringkas yang sempat dikongsikan Stailo buat rujukan pembaca:

1 Cacak (spiky):

Tonjolkan sisi nakal menerusi gaya rambut cacak. Bagi mendapatkan stail remaja ini, colek wax ELITE Edgy EFX Rugged Matte menggunakan jari dan letakkan pada tapak tangan. Gosok wax tersebut dengan kedua-dua belah tapak tangan sebelum diaplikasikan pada rambut.

Pastikan setiap bahagian rambut menerima wax dan tarik rambut menghala ke atas. Kemaskan gaya dengan memintal halus hujung rambut agar ia dapat bertahan lama. Sesuai untuk acara sosial ringkas atau berlibur pada malam minggu.

2 Santai

Ramahkan wajah, luhurkan penampilan sesederhana mungkin dengan gaya rambut santai. Bebaskan tekstur rambut anda menerusi clay Elite Edgy EFX Wavy Loose.

Sebelum menyapu clay ini pada rambut, pastikan rambut anda tidak kering sepenuhnya. Ia sangat efektif apabila diaplikasikan pada rambut basah agar gaya rambut kebasahan dapat diserlahkan secara semula jadi.

Sisir rambut menggunakan tangan. Jika anda menggunakan sikat, ia akan membuatkan rambut tampak terlalu rapi. Lelaki yang sukakan gaya rambut serabut sesuai mencuba stail ini tambahan pula ia membuatkan anda kelihatan comel pada pandangan wanita.

3 Formal

Kebolehan gel Elite Edgy EFX Extreme Cool menata gaya rambut formal jejaka wajar dirasai sendiri oleh golongan lelaki. Tidak seperti kebanyakan gel, ia mengatur helaian rambut secara seragam tanpa menampakkan kekerasan atau kilatan murahan.

Kurang melekit dan mudah dibilas, gel ini melekat ringan pada rambut sekali gus membuatkan penampilan kekal kemas dan selesa sepanjang hari. Sempurna digayakan pada majlis-majlis rasmi atau mereka yang bekerja dalam ruang pejabat korporat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


76 pengawal keselamatan asing ditahan dalam operasi Polis

Posted:

76 pengawal keselamatan asing ditahan dalam operasi Polis

76 pengawal keselamatan asing ditahan dalam operasi Polis

02/12/2013 11:41pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan seramai 76 pengawal keselamatan asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di empat daerah iaitu Sentul, Brickfields, Dang Wangi dan Cheras hari ini.

Operasi bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang itu dianggotai seramai 115 pegawai dan anggota dari kesemua jabatan di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) dan lapan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kesemua pengawal keselamatan itu yang masih lengkap beruniform, berumur antara 28 dan 45 tahun, telah dibawa ke IPPKL untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kesemua mereka terdiri daripada 34 warga Nepal, 20 (Pakistan), 11 (India), enam (Indonesia), masing-masing dua (Sri Langka dan Bangladesh) dan seorang Filipina ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri sah, permit tamat tempoh, melanggar syarat permit kerja serta memiliki kad pengenalan orang lain.

"Operasi hari ini tertumpu kepada tujuh lokasi pemeriksaan iaitu di kawasan perumahan, kondominium, apartmen, pasaraya, hotel, tapak projek dan tempat meletak kereta di empat daerah itu kerana kami percaya ramai mereka bekerja di situ.

"Pemeriksaan dari semasa ke semasa akan terus dilakukan bagi membendung insiden tidak diingini membabitkan golongan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Ronald Smith bakal latih Pahang musim depan

Posted:

Ronald Smith bakal latih Pahang musim depan

Ronald Smith bakal latih Pahang musim depan

02/12/2013 11:26pm

KUANTAN - Jurulatih yang berasal dari Australia, Ronald Smith diberi kepercayaan untuk mengendali skuad Pahang musim depan menggantikan tempat Dollah Salleh yang akan berhijrah ke PDRM. Smith pernah melatih pasukan Sabah.

Penolong Pengurus Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Zainal Abidin Hassan pula akan menjadi penolong jurulatih.

Zainal berkata, pemain import dari Argentina, Matias Ruben Conti yang menjaringkan gol kemenangan Pahang untuk menjulang Piala Malaysia musim ini akan kekal menyarung jersi Tok Gajah selain penyerang Kelantan, Dickson Nwakaeme yang dikatakan bakal beraksi untuk sebuah kelab di Perancis tetapi memilih untuk bermain dengan Pahang.

Beliau berkata, dua lagi slot pemain import akan diisi Damion Delano Stewart dan Zeshan Rehman yang juga bekas pemain Fulham dan Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Inggeris.

Zainal berkata, hanya dua pemain Pahang yang telah berhijrah iaitu pemain tengah, Mohd. Hazuan Mohd. Daud yang mengikuti jejak Dollah dan penjaga gol, Rosfaizul Azuar yang mewakili Kuantan FA. - Bernama

Banjir: Maklumat jalan yang ditutup akibat ditenggelami air di Kemaman

Posted:

Banjir: Maklumat jalan yang ditutup akibat ditenggelami air di Kemaman

Banjir: Maklumat jalan yang ditutup akibat ditenggelami air di Kemaman

02/12/2013 11:21pm

KEMAMAN - Pengguna jalan raya di daerah ini dinasihatkan untuk berwaspada seterusnya memilih laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing. Berikut disenaraikan status jalan yang ditutup kerana ditenggelami air:

1) Jalan Sungai Pinang, ditutup kepada semua jenis kenderaan;

2) Jalan Tasik Beku (Kampung Ibok dan Kampung Gajah), ditutup kepada kenderaan ringan;

3) Jalan Ibok (Pondok Limau dan Kijal), ditutup kepada kenderaan ringan;

4) Jalan Kampung Paman, ditutup kepada kenderaan ringan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Hero maut nahas kereta

Posted:

Hero <i>Fast and Furious</i> maut nahas kereta

Hero Fast and Furious maut nahas kereta

HERO filem Fast and Furious, Paul Walker merupakan penumpang kereta sport Porsche ini yang terbakar selepas merempuh sebatang pokok.


LOS ANGELES - Bintang filem aksi kereta Fast and Furious, Paul Walker maut dalam satu nahas jalan raya kelmarin, kata jurucakapnya di akaun Facebook aktor berkenaan.

"Kami dengan berat hati mengesahkan bahawa Paul Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta hari ini ketika dia menghadiri satu acara untuk badan amalnya, Reach Out Worldwide," menurut kenyataan tersebut.

"Dia menumpang kereta seorang rakannya. Mereka terkorban dalam nahas tersebut," tambahnya.

Jurucakap itu yang dikenali sebagai Pasukan PW menyatakan bahawa mereka "terkejut dan amat sedih dengan berita tersebut".

Pengumuman serupa turut disiarkan di laman sosial Twitter.

Walker, 40, dikenali ramai kerana wataknya sebagai ejen rahsia, Brian O'Conner dalam siri filem Fast and Furious.

Dia berlakon dalam lima daripada enam filem itu bersama dua pelakon popular lain, Vin Diesel dan Michelle Rodriguez.

Media Amerika Syarikat melaporkan, Walker meninggal dunia di Daerah Los Angeles apabila kereta sport Porsche yang dinaikinya terbakar selepas merempuh sebatang pokok. - AFP

Yingluck larikan diri ke destinasi rahsia

Posted:

Yingluck larikan diri ke destinasi rahsia

Yingluck larikan diri ke destinasi rahsia


SEORANG penunjuk perasaan antikerajaan membaling bom api ke arah polis pencegah rusuhan semasa mereka menyerbu Rumah Kerajaan di Bangkok, Thailand semalam.


BANGKOK - Beratus-ratus penunjuk perasaan yang mahu menggulingkan kerajaan Thailand menyerbu sebuah kelab polis tempat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berada di sini pagi semalam, sekali gus memaksa beliau meninggalkan tempat tersebut menuju ke satu lokasi rahsia, kata seorang pegawai kerajaan.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di pekarangan Rumah Kerajaan di sini selepas huru-hara melibatkan pertempuran jalanan berlaku di tempat-tempat lain di kota raya ini yang meragut dua nyawa dan menyebabkan sekurang- kurangnya 45 orang cedera.

Ketika bandar raya ini bersiap sedia menghadapi cubaan pembangkang menggulingkan kerajaan semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan mula berkumpul di beberapa lokasi strategik di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang penyokong kerajaan mati ditembak semalam dengan angka demonstrasi yang kini berlanjutan selama seminggu meningkat kepada dua orang.

Tunjuk perasaan itu bertujuan untuk menggulingkan Yingluck dan menamatkan pengaruh keluarganya selama lebih sedekad dalam senario politik Thailand.

Polis meminta bantuan tentera untuk melindungi bangunan-bangunan kerajaan selepas pertempuran meletus antara penyokong dengan penentang Yingluck dan abangnya, bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

Sebelum ini, sebanyak 70,000 penyokong kerajaan yang terdiri daripada anggota kumpulan Baju Merah berkumpul di sebuah stadium di sini.

Pertempuran itu adalah yang terbaharu dalam konflik dalaman antara penyokong institusi beraja dan golongan kelas pertengahan dengan penyokong Thaksin.

Kebanyakan penyokong bekas perdana menteri itu terdiri daripada penduduk berpendapatan rendah dan miskin yang berasal dari beberapa buah wilayah di utara Thailand.

Menurut satu kenyataan badan penyiaran kerajaan, PBS, ibu pejabatnya telah ditawan penunjuk perasaan manakala 3,000 penunjuk perasaan turut berkumpul di hadapan ibu pejabat polis di sini.

Lima pusat beli-belah telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, beribu-ribu penyokong kumpulan Baju Merah mula menaiki bas untuk kembali ke kampung halaman mereka di utara Thailand selepas rancangan mereka untuk berarak dibatalkan dalam usaha meredakan ketegangan.

Namun, tindakan tersebut dilihat gagal untuk menamatkan krisis politik yang kini melanda Thailand. - Reuters

Rumah dibakar lantaran gagal temui hantu

Posted:

Rumah dibakar lantaran gagal temui hantu

Rumah dibakar lantaran gagal temui hantu


BANGUNAN ini dibakar sekumpulan pemburu hantu selepas mereka gagal menemui entiti misteri yang didakwa menghantuinya.


BATON ROUGE, Lousiana - Sekumpulan pemburu hantu yang sedang mengesan kewujudan kelibat makhluk halus di sini ditangkap kerana membakar sebuah bangunan bersejarah di negeri Louisiana baru-baru ini.

Seramai tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun telah menyelinap masuk ke dalam bangunan LeBeau Plantation, Jumaat lalu, kata polis.

Binaan bersejarah berusia lebih 100 tahun itu dianggap berhantu ekoran banyak kejadian pelik yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

"Kami semua pernah mendengar banyak cerita seram tentang tempat itu sewaktu membesar di sini," kata ketua polis tempatan, Sherif Jimmy Pohlman.

"Namun, pada masa yang sama, bangunan itu menjadi sarang penagih," tambahnya.

Menurut jurucakap sherif berkenaan, John Doran, pada hari kejadian sekumpulan pencari hantu yang mabuk dan berada di bawah pengaruh dadah memasuki bangunan itu.

"Mereka cuba menyeru makhluk halus dan puaka tempat tersebut dengan memukul lantai tetapi gagal," katanya.

"Kerana marah, mereka kemudian mula menyalakan api dan membakar bangunan tersebut," tambah jurucakap berkenaan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved