Isnin, 25 November 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


SMK Labuan johan pertandingan keceriaan

Posted:

SMK Labuan johan pertandingan keceriaan

SMK Labuan johan pertandingan keceriaan

ISMAIL (berdiri tengah) bergambar dengan guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan yang berjaya memenangi Pertandingan Keceriaan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2013 pada satu majlis di Putrajaya baru-baru ini.


MENANG. Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan mencatat sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai pemenang utama bagi kategori sekolah pada Pertandingan Keceriaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2013 baru-baru ini.

Sekolah tersebut menewaskan 10,094 sekolah di seluruh Malaysia pada pertandingan yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Penerangan.

Selaku pemenang, SMK Labuan menerima hadiah RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadiah diterima oleh Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Hotel Marriot, Putrajaya.

Kongsi ilmu keusahawanan dengan pelajar UTM

Posted:

Kongsi ilmu keusahawanan dengan pelajar UTM

Kongsi ilmu keusahawanan dengan pelajar UTM


AHMAD (barisan depan tengah) dan Mohd. Ismail (empat dari kiri) bergambar dengan pelajar UTM pada program Perkongsian Ilmu Keusahawan di Skudai, Johor baru-baru ini.


MESRA. Seramai 200 pelajar dan pegawai kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor menyertai Program Perkongsian Ilmu Keusahawan yang diadakan di kampus berkenaan baru-baru ini.

Program tersebut turut mengundang usahawan kenderaan di Johor Bahru iaitu Pengerusi Eksekutif Mutiara Motors Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi Yayasan Mutiara, Datuk Ahmad Kemin.

Turut sama pada program itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Profesor Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz.

Pada program itu juga, Yayasan Mutiara menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pelajar UTM yang menyertai program sambil belajar ke Jepun Global Outreach.

TLDM anjur program pendedahan kerjaya

Posted:

TLDM anjur program pendedahan kerjaya

TLDM anjur program pendedahan kerjaya


PEGAWAI Memerintah KD Sultan Idris 1, Kapten Suhaimi Sani (kanan) memberikan penerangan kepada pelajar sempena program Jiwa Murni TLDM di SMK Convent Lebuh Light, Pulau Pinang baru-baru ini.


PROMOSI KERJAYA. Seramai 20 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan program Jiwa Murni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Lebuh Light, Pulau Pinang baru-baru ini.

Mereka yang juga peserta Kursus Pra-Maktab Turus Angkatan Tentera Siri 6/13 (Pra-MTAT) berpangkat Leftenan Komander mendedahkan para pelajar tentang peluang pendidikan dan kerjaya bersama pasukan tersebut.

Program itu turut disertai pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau, SMK Sri Balik Pulau, SMK Bukit Jambul, SMK Hutching dan SMK St. Xavier.

Pegawai Koordinasi Media program, Leftenan Komander Matthew Reginald Alexander berkata, TLDM menawarkan pilihan kerjaya yang bukan sahaja mencabar, tetapi juga menarik di samping peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SPNB cari jalan kawal harga rumah mampu miliknya

Posted:

SPNB cari jalan kawal harga rumah mampu miliknya

SPNB cari jalan kawal harga rumah mampu miliknya

25/11/2013 10:24pm

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tetap mengekalkan harga rumah mampu miliknya pada RM250,000 dan ke bawah sekalipun harga pasaran hartanah sekarang adalah tinggi.

Naib Presidennya, Siti Hajar Md Saleh berkata, SPNB akan mencari kaedah

terkini bagi mengawal harga rumah mampu milik yang mereka majukan demi kepentingan rakyat.

"Jika kami agensi kerajaan menaikkan harga, siapa yang akan menolong rakyat (memiliki rumah)," katanya pada program bicara isu 'Pemilikan Rumah di Lembah Klang - Antara Mimpi dan Realiti', di sini.

Mengulas perkembangan berkaitan, Siti Hajar berkata, SPNB melancarkan dua lagi projek perumahan yang menawarkan 1,855 unit rumah mampu milik iaitu 1,200 unit di Laguna Biru, Sungai Buloh dan 655 unit di Alam Prima, Shah Alam. - Bernama

Bas rempuh pokok di India, 12 penumpang maut

Posted:

Bas rempuh pokok di India, 12 penumpang maut

Bas rempuh pokok di India, 12 penumpang maut

25/11/2013 10:07pm

RAIPUR, India - Sebuah bas merempuh sebatang pokok di tengah India hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang penumpang dan mencederakan 20 yang lain, kata beberapa pegawai.

Bas yang membawa seramai 40 orang penumpang terbabas di sebuah lebuh raya berhampiran Kampung Bawankera, Chhattisgarh yang terletak kira-kira 65 kilometer dari Raipur.

"Sekurang-kurangnya sembilan orang penumpang dilaporkan kritikal," kata pegawai negeri, R. Shangeetha kepada agensi berita AFP. - AFP

Rakyat Kelantan diminta selesaikan cukai tertunggak RM20j

Posted:

Rakyat Kelantan diminta selesaikan cukai tertunggak RM20j

Rakyat Kelantan diminta selesaikan cukai tertunggak RM20j

25/11/2013 9:25pm

KOTA BAHRU - Rakyat di Kelantan digesa melunaskan segera pelbagai cukai yang tertunggak sejak 15 tahun lalu berjumlah RM20 juta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim berkata, antara cukai tersebut ialah cukai tanah dan cukai pintu.

"Rakyat negeri ini digesa membayar cukai tersebut bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menguruskan kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata, tahap kesedaran rakyat negeri ini masih rendah walaupun pelbagai usaha kutipan cukai dijalankan oleh PBT.

Dalam majlis itu 100 anggota perkhidmatan awam negeri ini menerima APC sebagai penghargaan terhadap pengorbanan mereka menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


15,000 orang terpaksa pindah

Posted:

15,000 orang terpaksa pindah

15,000 orang terpaksa pindah

DEBU-DEBU kelihatan pada daun dan rumput di Karo.


JAKARTA - Indonesia mengarahkan pemindahan kira-kira 15,000 orang penduduk yang tinggal berdekatan sebuah gunung berapi yang aktif di Sumatera semalam.

Gunung Sinabung itu semakin aktif sejak beberapa bulan lalu dengan menghamburkan debu sejauh beberapa kilometer ke udara.

Pihak berkuasa mengeluarkan arahan perpindahan itu kepada penduduk yang tinggal sejauh lima kilometer dari gunung tersebut.

Kira-kira 6,000 orang telah berpindah dari kawasan berkenaan yang terletak 88 kilometer dari Medan.

Setakat ini tiada laporan tentang kecederaan atau kematian dilaporkan semasa perpindahan itu dilakukan.

Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia juga telah menetapkan status berjaga-jaga berbanding hanya bersiap sedia untuk berpindah kepada penduduk di sekitar gunung berkenaan.

Gunung itu merupakan sebuah daripada 130 gunung berapi yang aktif di negara ini.

Pada tahun 2010, Gunung Merapi di tengah Jawa telah meletus dengan kuat sehingga mengakibatkan lebih 350 orang terbunuh. - Agensi

Mangsa hamba domestik ada kaitan ideologi politik

Posted:

Mangsa hamba domestik ada kaitan ideologi politik

Mangsa hamba domestik ada kaitan ideologi politik

LONDON - Satu pasangan yang dituduh menyimpan tiga orang wanita untuk dijadikan hamba domestik di sebuah rumah di sini selama 30 tahun merupakan keturunan India dan Tanzania, kata polis kelmarin.

Menurut polis, dua daripada mansa itu merupakan penyokong satu ideologi politik yang dikongsi bersama dengan pasangan tersebut.

Ketiga-tiga mangsa itu merupakan seorang warga Malaysia yang berusia 69 tahun, seorang wanita Ireland berumur 57 tahun dan seorang wanita British berusia 30 tahun.

Wanita British itu menjadi hamba domestik sepanjang hidupnya.

Dua mangsa yang lebih tua itu dipercayai telah menemui seorang lelaki yang menjadi suspek dalam kes tersebut sebagai sebahagian daripada satu perkongsian idelogi politik.

Polis Metropolitan London menyatakan, pada mulanya dua wanita itu tinggal bersama dengan pasangan tersebut bagi berkongsi ideologi tersebut.

Mangsa ketiga yang telah menjadi hamba sepanjang hayatnya itu telah mengejutkan penduduk Britain termasuk Perdana Menteri, David Cameron.

Ketua Polis Unit Jenayah Terancang dan Gengster, Steve Rodhouse menyatakan, pasangan tersebut telah tinggal di Britain sejak tahun 1960-an.

Menurutnya, perkongsian ideologi politik itu kemudian berakhir dan wanita tersebut terus tinggal bersama dengan pasangan tersebut.

Beberapa anggota polis menemui beberapa penduduk yang tinggal berdekatan dengan rumah pasangan tersebut bagi mencari maklumat untuk membantu siasatan.

Polis tidak mendedahkan lokasi sebenar rumah yang menjadi tempat tiga wanita tersebut dijadikan hamba.

Identiti ketiga-tiga wanita itu seperti nama mereka masih tidak didedahkan polis.

Bagaimanapun, polis mencari maklumat itu di kawasan beberapa buah flat di Peckford Place di Brixton.

Kawasan itu terkenal dengan kehidupan malam dan komuniti Afrika.

Sejumlah orang dan wartawan berhimpun di lokasi tersebut dua hari selepas polis mendedahkan kejadian itu.

Pasangan yang kedua-duanya berusia 67 tahun itu sebelum ini telah ditangkap dan diikat jamin pada Khamis lalu.

Polis Metropolitan London menyatakan, pasangan tersebut ditangkap berhubung kes perhambaan domestik.

Mereka diselamatkan pada bulan lalu selepas wanita Ireland itu menelefon sebuah agensi kebajikan secara rahsia. - Agensi

Florida miliki roller-coaster tertinggi di dunia pada 2016

Posted:

Florida miliki roller-coaster tertinggi di dunia pada 2016

Florida miliki roller-coaster tertinggi di dunia pada 2016


REKA bentuk unik roller-coaster setinggi 198.1 meter yang akan dibina di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan di Florida.


MIAMI - Sebuah syarikat merancang untuk membina sebuah roller-coaster yang paling tinggi di dunia di Florida, lapor portal berita News Channel 5 kelmarin.

Syarikat US Thrill Rides LLC mahu membina roller-coaster itu dengan ketinggian 198.12 meter yang mempunyai dek pemandangan.

Bagaimanapun, pihak syarikat tersebut tidak memberitahu lokasi sebenar di Florida yang akan menempatkan roller-coaster itu.

Ia dijadualkan siap pada tahun 2016.

Ketika ini, roller-coaster yang tertinggi di dunia terdapat di New Jersey, AS dengan ketinggian 138.98 meter.

Terdapat dua buah restoran dan kedai di menara roller-coaster baharu itu.

Kos untuk membina roller-coaster itu dianggarkan sebanyak AS$20 juta (RM64.24 juta) hingga AS$60 juta (RM192.72 juta). - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved