Sabtu, 23 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Keunikan terarium

Posted:

Keunikan terarium

Keunikan terarium

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my

BALANG kaca berbentuk bulat itu diletakkan kemas di atas meja. Kemudian, ia diisikan pula dengan ketulan batu-batu bersaiz sederhana besar berwarna kelabu.

Satu persatu batu tersebut dimasukkan dengan cermat bagi mengelakkan balang kaca menjadi retak.

Ia diikuti dengan meletakkan batu bersaiz sedikit kecil, sebelum beberapa gumpalan lumut kering dialaskan di atasnya.

Kurang daripada 15 minit, selepas meletakkan beberapa lapisan bahan komposit, balang kaca yang tadinya hanyalah sebuah bekas kosong, sudah bertukar kepada sebuah taman mini dengan tumbuhan hidup yang indah.

"Inilah yang dinamakan terarium," ujar Loo Chuang Kiak, seorang pengusaha produk seni hiasan tumbuhan dalam balang kaca.

Ujar Chuang Kiak, terarium berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu tera dan rium.

Tera bermaksud tumbuhan manakala rium didefinisikan sebagai bekas kaca.

Jika digabungkan, ia membawa erti tumbuhan di dalam bekas kaca.

"Perkataan terarium ini sendiri jarang didengari oleh penduduk negara ini.

"Kebiasaannya, orang lebih tahu dengan istilah table plant. Cuma istilah terarium ini lebih meluas digunakan di negara Eropah," ujar Chuang Kiak yang banyak melakukan kajian mengenai tumbuhan hiasan tersebut.

BALANG kaca kuih seperti ini boleh dijadikan taman mini di dalamnya.


Penjagaan

Uniknya mengenai seni hiasan ini ialah ia menggunakan jenis tanaman tertentu yang memiliki ciri-ciri tahan lasak untuk dibela di dalam ruang sempit.

Tumbuhan hiasan ini dianggap lasak kerana mampu bertahan di dalam balang kaca dengan penyerapan air dan cahaya matahari yang minimum.

"Tidak semua jenis tumbuhan hidup boleh digunakan bagi menghasilkan terarium ini.

"Spesies tumbuhan seperti kaktus, lumut, sukulen, dan tillandsia antara yang banyak digunakan dalam seni hiasan dalam balang kaca ini.

"Ini disebabkan kesemua tumbuhan itu mempunyai ciri-ciri semula jadi yang boleh hidup tanpa penjagaan yang rapi," ujarnya yang merupakan graduan Teknologi Maklumat Perniagaan dari Kolej Antarabangsa INTI.

Justeru, terarium amat bersesuaian untuk penggemar yang suka akan konsep malar hijau dengan penjagaan yang minimum.

Biarpun begitu, Chuang Kiak memberitahu, sungguhpun tumbuhan tersebut tahan lasak, tidak bermaksud ia boleh dibiarkan begitu sahaja.

Katanya, terdapat teknik-teknik tertentu bagi memastikan kesemua tumbuhan dalam kaca itu mempunyai jangka hayat yang lama.

"Tumbuhan ini perlu disembur dengan sedikit air seminggu sekali.

"Namun, kuantiti air yang diberikan bukanlah seperti tumbuhan hidup biasa. Ini kerana jika terlalu banyak air, ia juga akan mati," katanya sambil menambah, tumbuhan itu tidak perlu dibaja bagi mengelakkan saiznya membesar dengan cepat.

Chuang Kiak memberitahu, tahap kelembapan tanah di dalam balang kaca itu boleh diukur dengan menggunakan lidi kayu yang dibiarkan tercucuk di dalamnya.

Jelas beliau, sekiranya bahagian bawah lidi itu terasa kering, ia menunjukkan tumbuhan itu perlu disembur dengan air.

Namun, jika terasa basah lagi, katanya, ia bermaksud tumbuhan itu masih mempunyai tahap kelembapan yang mencukupi.

Ekoran daripada itulah, ujar beliau, beberapa lapisan batu dan komposit tanah diperlukan untuk memastikan air tidak terlalu banyak di permukaan atas tanah.

Katanya, setiap lapisan batu dan tanah komposit itu berperanan untuk menyerap lebihan air yang terdapat ketika semburan dilakukan.

Bagi terarium yang dihasilkan pemilik syarikat Frozen Trees ini, ia menggunakan susunan bahan dasar bermula daripada batu besar, batu kecil, arang kayu, lumut kering dan tanah organik di bahagian permukaan.

BEKAS yang ditutup perlu dibuka seminggu sekali bagi proses pengudaraan.


"Selain berperanan sebagai seni dekorasi, ia berfungsi sama seperti penapis air.

"Air berlebihan yang tidak diperlukan akan diserap mengalir ke bahagian batu besar di bawah," ujar pemuda berusia 33 tahun ini.

Komposit tanah

Menyentuh mengenai bahan komposit yang digunakan, katanya, beliau menggunakan bahan campuran dengan formula tertentu untuk menyesuaikan dengan keadaan cuaca di Malaysia.

"Saya dapati kebanyakan pokok seperti sukulen yang diambil dari kawasan sejuk seperti Cameron Highlands, tidak tahan lama dan akan mati dalam masa seminggu.

"Jadi, bahan komposit tanah yang digunakan mesti bersesuaian dengan persekitaran semasa. Jika tidak, tumbuhan itu tidak akan tahan lama," katanya.

Bagi setiap produk tanah komposit yang dihasilkan, Chuang Kiak menggunakan tanah bakar, batu kecil dan serbuk arang.

Dalam pada itu, katanya, terarium di negara ini agak berbeza dengan terarium di luar negara khususnya di Eropah.

Katanya, terarium kebiasaannya dibuat dengan ditutup sepenuhnya.

Namun atas faktor cuaca Malaysia yang panas, kebanyakan terarium mempunyai ruang terbuka untuk kemasukan udara dan lembapan.

Jika tidak, tumbuhan tersebut akan cepat mati.

Biarpun begitu, terdapat tumbuhan yang unik mampu hidup dalam balang kaca seperti lumut.

"Lumut antara tumbuhan hiasan yang boleh hidup lama biarpun dibela di dalam bekas tertutup," ujar Esther Pang, 31, yang mengimport lumut berkualiti dari Switzerland.

Katanya, harga lumut Switzerland bersaiz 50 sentimeter (sm) persegi ialah RM30.

Lumut

Ujar beliau, kebanyakan baka tumbuhan hiasan yang dibeli di luar negara akan dibiakkan sendiri.

"Lumut di Malaysia berbeza sedikit dengan di luar negara biarpun boleh diambil dari longkang-longkang.

"Namun, memandangkan ia digunakan untuk hiasan, faktor kebersihan diambil kira. Oleh sebab itulah, saya akan mengimport lumut.

"Lagipun, di sini lumutnya agak nipis berbanding lumut yang dibela untuk dikomersialkan yang agak tebal," ujarnya yang memberitahu, harga terarium ditentukan berdasarkan jenis tumbuhan, saiz dan kerumitan menghasilkannya.

TUMBUHAN seperti kaktus, sukulen, lumut dan tillandsia antara yang banyak digunakan dalam seni hiasan taman dalam kaca.


Maka, tidak hairan jika harga sebuah terarium boleh mencecah sehingga RM600 seunit.

Menurut Esther, tumbuhan jenis airplant atau juga dikenali sebagai tillandsia antara turut mendapat permintaan yang tinggi.

"Airplant ini tidak memerlukan tanah untuk hidup. Jika dibiarkan di mana-mana tempat pun ia mampu tumbuh dengan baik.

"Cuma sembur air seminggu sekali pada daunnya," katanya.

Harga tumbuhan itu mahal sedikit iaitu RM20 bagi 5sm panjang yang diimport dari China.

Dalam pada itu, katanya, penggunaan miniature atau hiasan model mini juga antara elemen penting dalam menghasilkan konsep taman.

Bukan sekadar hiasan, terarium juga dipercayai mampu memberi persekitaran yang sihat pada satu-satu kawasan.

"Tumbuhan ini dipercayai dapat menyerap pencemaran sekali gus bertindak sebagai tumbuhan antipencemaran dan antiradiasi," ujarnya.

Perkara itu turut dipersetujui oleh Pengarah Urusan Terra Garden, Desmond Ho, yang menganggap penggunaan terarium mampu menyuntik elemen ketenangan.

"Tumbuhan hidup mempunyai auranya yang tersendiri jika diletakkan di dalam rumah. Malah, apa sahaja tumbuhan yang diletakkan di dalam balang kaca, kita dapat melihatnya sekali gus menenangkan fikiran," ujarnya.

Bahaya skrin sesentuh

Posted:

Bahaya skrin sesentuh

Bahaya skrin sesentuh


MELAKUKAN aktiviti bersama anak-anak penting bagi proses tumbesaran mereka. - Gambar hiasan


IBU BAPA yang membiarkan anak-anak kecil mereka bermain dengan gajet-gajet terkini seperti iPad sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada tangan dan jari kanak-kanak tersebut.

Penyelidik dari Pusat Pembelajaran dan Terapi Maryland di Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli memberitahu, menggunakan skrin sesentuh secara berlebihan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kesan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Ini kerana apabila mereka menggunakan skrin sesentuh, mereka tidak membina otot yang diperlukan untuk menulis.

"Jika mereka sentiasa bermain dengan iPad dan tidak melakukan aktiviti menulis di atas kertas dan menggunakan pensel, ia boleh menyebabkan otot-otot tangan mereka menjadi lemah.

"Apa yang kita lihat ketika ini, ramai kanak-kanak yang mengalami masalah di beberapa bahagian badan membabitkan pertumbuhan otot-otot mereka," ujarnya kepada stesen televisyen CBS.

Mudarat

Seorang Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Greater Baltimore, Dr. Timothy Doran pula berpendapat, masalah teknologi itu sendiri menyebabkan penyelidik tidak dapat menjangkakan kesan kepada kesihatan kanak-kanak untuk jangka panjang.

"Penggunaan komputer tablet tanpa had, tiga hingga empat jam sehari secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa boleh memberikan kesan kepada pembangunan modal insan kanak-kanak tersebut," jelasnya.

Akademi Pediatrik Amerika Syarikat mengeluarkan garis panduan baharu dengan menyatakan kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan skrin sesentuh lebih daripada dua jam sehari.

Kanak-kanak di bawah umur dua tahun pula tidak dibenarkan sama sekali menggunakan skrin sesentuh.


KAJIAN terbaharu mendapati skrin sesentuh menjejaskan kesihatan kanak-kanak. - Gambar hiasan


Garis panduan itu juga mencadangkan televisyen, komputer tablet dan komputer tidak seharusnya diletakkan di bilik kanak-kanak.

Penyelidikan ini bukan yang pertama kali mencadangkan penggunaan skrin sesentuh secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.

Penyelidik dari Lembaga Kesihatan Universiti Morgannwg, Abertawe Bro, pula menyatakan, generasi muda berdepan masalah kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang badan apabila mereka menggunakan komputer, permainan video dan telefon pintar.

Kajian menunjukkan hampir tiga perempat daripada kanak-kanak sekolah rendah dan dua pertiga daripada pelajar sekolah menengah dilaporkan mengalami masalah pada bahagian tengkuk dan belakang badan dalam tempoh setahun yang lalu.

Pakar fisioterapi, Lorna Taylor berkata, gaya hidup moden dan peningkatan teknologi mempunyai kesan serta menjejaskan kesihatan otot kanak-kanak.

"Jika tidak ditangani sekarang, ia akan memberikan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak apabila mereka dewasa.

"Amat penting untuk kita memupuk tabiat yang baik supaya kanak-kanak boleh menjalani kehidupan dengan selesa, dapat menumpukan perhatian, mencapai potensi penuh dan bekerja serta bersukan tanpa perlu melakukan perkara yang boleh membahayakan kesihatan mereka," beritahu beliau.

Aktiviti keluarga

Sementara itu, Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mohammad Nawar Ariffin memberitahu dari segi teori, masih terlalu awal untuk membuktikan kesan skrin sesentuh kepada kanak-kanak.

"Sebahagian otak diperuntukkan kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang.

"Perlu diingat, zaman sudah berubah dan mereka bukannya tidak melakukan aktiviti lain yang boleh merangsang pergerakan tangan mereka," jelasnya sambil memberitahu, tumbesaran kanak-kanak bukan terletak pada keadaan fizikal sahaja tetapi juga membabitkan faktor mental, emosi dan persekitaran.

Tambahnya, ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka untuk mendiamkan mereka.

"Ibu bapa seharusnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini," ujarnya.

Apabila gemuk dianggap sihat

Posted:

Apabila gemuk dianggap sihat

Apabila gemuk dianggap sihat


MENJADI seorang lelaki gemuk merupakan impian setiap lelaki muda suku Bodi.


MENJADI kurus mungkin impian bagi kebanyakan orang tetapi tidak bagi suku Bodi di Ethiopia yang menganggap bertubuh gemuk itu bererti sihat.

Suku kaum yang tinggal di sudut terpencil di Lembah Omo, Ethiopia itu menjadikan sebuah rumah di situ sebagai tempat untuk melakukan ritual pelik iaitu golongan lelaki muda perlu meminum darah dan susu lembu untuk dinobatkan sebagai lelaki bertubuh gemuk.

Enam bulan setelah pertandingan dimulakan, lelaki-lelaki itu muncul untuk menayangkan bentuk badan mereka agar terpilih sebagai pemenang.

Kini, ritual yang sudah jarang diamalkan itu menjadi subjek daripada beberapa foto luar biasa yang diambil oleh jurugambar amatur dari Perancis, Eric Lafforgue.

Lafforgue telah menghabiskan waktu bersama masyarakat suku Bodi ketika melakukan perjalanan di sebelah barat daya Ethiopia untuk mengikuti perayaan Tahun Baru Bodi atau upacara Ka'el.

Sayangnya, upacara Ka'el dan cara hidup tradisional suku Bodi itu kini terancam berikutan rancangan pemerintah untuk memindahkan sekitar 300,000 orang dari wilayah tersebut. Suku itu mengamalkan upacara Ka'el dalam gaya tradisional pada setiap bulan Jun.

Setiap keluarga dibenarkan menghantar seorang lelaki yang belum berkahwin untuk menyertai pertandingan tersebut. Jika terpilih, mereka harus berhenti melakukan aktiviti harian dan tidak boleh keluar dari rumah atau melakukan aktiviti seks mengikut masa yang ditentukan.

Makanan-makanan bagi membolehkan mereka mendapat tubuh yang gemuk itu diperoleh dalam bentuk darah lembu dan susu campuran yang disajikan secara teratur oleh kaum wanita di kampung mereka.

"Lembu merupakan haiwan suci bagi suku Bodi dan disebabkan itu, ia tidak dibunuh.

"Darah diambil dengan cara membuat lubang pada pembuluh darah lembu tersebut menggunakan tombak atau kapak dan kemudian, mereka menutup lubang tersebut dengan tanah liat," jelas Lafforgue.


GOLONGAN lelaki yang menyertai pertandingan itu akan menutupi bahagian badan mereka menggunakan tanah liat dan abu.


Muntah

Tambahnya, disebabkan keadaan cuaca yang panas, golongan lelaki tersebut perlu minum dua liter darah dan susu lembu sebelum ia menjadi beku.

"Mangkuk pertama terdiri daripada darah dan perlu diminum ketika matahari terbit tetapi tidak semua mereka sanggup meminumnya sebelum ia menjadi beku.

"Ini kerana mereka akan muntah setiap kali cuba untuk minum darah tersebut tetapi mereka perlu mengamalkan tabiat itu jika ingin menjadi gemuk," katanya.

Pada hari pertandingan berlangsung, golongan lelaki itu akan menutup bahagian tubuh mereka menggunakan tanah liat dan abu, sebelum keluar dari rumah untuk berjalan ke lokasi upacara dijalankan.

Namun, disebabkan berat badan mereka, ramai yang cuba menggunakan jalan pintas.

"Beberapa orang daripada mereka mempunyai tubuh yang begitu besar sehingga tidak mampu untuk berjalan lagi.

"Malah, salah seorang daripada mereka meminta saya menumpangkan mereka hingga ke lokasi upacara berlangsung.

"Ketika perjalanan, dia kembali meminum susu dan darah lembu kerana ingin terus menggemukkan badannya sehingga ke detik-detik terakhir pertandingan," beritahu beliau.

Upacara itu termasuklah ritual berjalan dalam sebuah lingkaran di sekitar pohon suci selama beberapa jam, dan ditonton oleh kaum lelaki yang lain.

Mereka juga mendapat bantuan daripada golongan wanita yang akan memberikan mereka minuman beralkohol.

Setelah seorang pemenang dipilih, upacara tersebut berakhir dengan penyembelihan lembu menggunakan seketul batu dan kemudian mereka akan memeriksa bahagian perut dan darah lembu itu untuk melihat masa depan sama ada baik atau sebaliknya.

Setelah upacara berakhir, golongan lelaki itu kembali menjalani kehidupan normal. Sebahagian daripada mereka berjaya mendapatkan kembali berat badan asal dengan mengambil kuantiti makanan yang sedikit selama beberapa minggu.

Tetapi beberapa minggu kemudian, generasi berikutnya akan kembali bersaing untuk mendapatkan gelaran lelaki tergemuk.

"Menjadi seorang lelaki gemuk merupakan impian setiap anak-anak suku Bodi tetapi beberapa minggu selepas upacara tersebut, pemenang akan kembali mendapatkan berat badan normal mereka, tetapi dia akan tetap dikenang sebagai seorang pahlawan selama hayatnya," tambahnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tunggu separuh abad tunai haji

Posted:

Tunggu separuh abad tunai haji

Tunggu separuh abad tunai haji

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

JAMIL (empat dari kiri) tertarik mendengar penerangan Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg mengenai model Kompleks Tabung Haji dan TH Hotel Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan Taib Mahmud (kiri)


KUCHING – Umat Islam di negara yang mendaftar untuk menunaikan haji kini terpaksa menunggu selama 50 tahun sebelum dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, keadaan itu memang meresahkan kerana kuota 0.1 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi menyebabkan Malaysia yang mempunyai 28 juta penduduk hanya layak menghantar 28,000 jemaah haji setahun.

Ini diburukkan lagi dengan kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram yang menyebabkan jumlah jemaah haji di malaysia tahun ini dikurangkan kepada 22,320 orang tahun ini.

Katanya, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit Tabung Haji (TH) sedang menunggu giliran menunaikan ibadat itu.

"TH menggunakan sistem komputer bagi menetapkan tarikh dan tahun bagi setiap individu berdaftar dengan kami.

"Bagaimanapun tempoh waktu menunggu akan berkurangan jika ada bakal jemaah yang dipilih untuk mengerjakan haji itu meninggal dunia atau mengalami sakit berpanjangan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dakwaan soalan SPM bocor disiasat

Posted:

Dakwaan soalan SPM bocor disiasat

Dakwaan soalan SPM bocor disiasat

KOTA KINABALU - Kementerian Pendidikan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitkan kertas Matematik dan Matematik Tambahan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, walaupun pada dasarnya sukar untuk berlaku kebocoran, pihaknya tetap mengambil serius dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tersebut.

Ini kerana katanya, kertas soalan SPM dicetak di Universiti Cambridge, United Kingdom dan prosedur penghantarannya dari universiti itu hingga ke pusat peperiksaan di negara ini adalah ketat termasuk pengawalan oleh pihak polis.

"Jadi, kalau hendak dikatakan masa pencetakan itu bocor (mustahil) dan perkara sebegini sudah lama tidak berlaku dengan paling terakhir adalah pada akhir tahun 90-an dan apabila disiasat tiada kebocoran sebenarnya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Abdul Ghafar berkata, pihaknya bagaimanapun akan menyiasat dakwaan PPIM itu secara terperinci.

Cuti mingguan Johor Jumaat, Sabtu

Posted:

Cuti mingguan Johor Jumaat, Sabtu

Cuti mingguan Johor Jumaat, Sabtu

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


SULTAN IBRAHIM ISMAIL (tengah) bersama Raja Zarith Sofiah (dua dari kanan) memotong kek sambil disaksikan Muhyiddin (dua dari kiri) dan Mohamed Khaled (kiri) di Muar, Johor semalam.


MUAR – Negeri Johor yang mempunyai penduduk kira-kira 3.35 juta akan bercuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu mulai Januari 2014.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar semalam menitahkan pertukaran cuti mingguan tersebut.

Johor pernah menguatkuasakan cuti mingguannya pada Jumaat dan Khamis separuh hari bekerja sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994 ketika Johor diterajui Menteri Besar yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sultan Ibrahim Ismail bertitah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan dituntut.

"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.

"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid hingga ada yang tidak sempat menunggu imam membaca doa.

"Setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014," titah baginda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei mampu bergelar juara

Posted:

Chong Wei mampu bergelar juara

Chong Wei mampu bergelar juara

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

CHONG Wei memburu gelaran ketiga pada terbuka Hong hari ini.


JURULATIH perseorangan negara, Rashid Sidek optimis Datuk Lee Chong Wei akan meraih gelaran ketiga Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong 2013 pada aksi final hari ini.

Jelas Rashid, pemain No. 1 dunia itu tidak akan menghadapi masalah untuk merampas gelaran yang diraih pada 2009 dan 2010 itu jika dia mampu mengekalkan rentak konsisten seperti yang dipamerkan pada aksi separuh akhir semalam.

Chong Wei sekali lagi menepati ramalan selaku pilihan utama kejohanan apabila mengesahkan slot final selepas menewaskan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-12, 21-7 semalam.

"Saya rasa dia boleh menang pada perlawanan akhir jika permainannya kekal konsisten sebegini, tetapi jangan pandang rendah kepada keupayaan lawan juga," kata Rashid.

Ditanya mengenai prestasi Chong Wei sehingga aksi separuh akhir semalam, Rashid mengakui pemain elit negara itu tampil dengan aksi yang lebih baik selepas diberikan rehat ekoran kecederaan buku lali kanan minggu lalu.

"Dia nampak lebih bertenaga dan tenang. Dia juga tidak mengadu mengenai sebarang kecederaan, saya percaya semuanya dalam keadaan terkawal," tambah Rashid.

Pada aksi separuh akhir itu, Chong Wei sekadar memerlukan masa 34 minit untuk mengesahkan kemenangan ke-20 ke atas Boonsak sejak mereka mula bertemu pada aksi suku akhir Terbuka Malaysia 2006.

Mengulas mengenai kemenangan yang dicatatkan semalam, Chong Wei berkata, kekerapan bertemu dengan pilihan kelapan itu turut memberi kelebihan kepadanya.

"Sebenarnya saya lebih fokus dengan perlawanan saya sendiri tetapi saya juga sudah bertemu dengannya banyak kali, kali terakhir di Perancis.

"Begitupun, keutamaan saya tetap kepada permainan sendiri. Kalau boleh apa yang saya mahu, saya dapat keluarkan ketika beraksi.

"Menang 20 kali mungkin bukan satu rekod yang mudah tetapi apa yang penting ialah kekuatan mental," jelas Chong Wei.

Sebelum menewaskan Boonsak di Perancis Oktober lalu, Chong Wei juga pernah menumpaskan pemain Thailand tersebut pada Terbuka India (April) dan Terbuka Indonesia (Jun) untuk rekod tahun ini.

Pada aksi final hari ini, Chong Wei akan bertemu pemain veteran Indonesia, Sony Dwi Kuncoro apabila menewaskan rakan senegaranya, Tommy Sugiarto yang menarik diri kerana kecederaan ketika ketinggalan 14-21, 3-8.

"Saya rasa bagus kerana masih dapat beraksi esok. Saya harap kemenangan dapat diraih pada aksi final esok (hari ini).

"Walaupun saya pernah bertemu dengan dia (Sony) tetapi keutamaan saya tetap kepada corak permainan sendiri," tambah Chong Wei.

Chong Wei tewas kepada pemain China, Lin Dan pada separuh akhir Terbuka Hong Kong 2011 sebelum disingkirkan Chen Long pada final edisi 2012.

Dalam pada itu, pemain perseorangan wanita China, Wang Yihan menewaskan Porntip Buranaprasertsuk dari Thailand 17-21, 21-15, 21-13.

Yihan akan menentang rakan senegaranya, Wang Shixian yang turut yang turut mara selepas menumpaskan Minatsu Mitani dari Jepun 21-13, 21-17.

Bagi aksi acara beregu campuran pula, pasangan England Chris Adcock-Gabrielle White membuat kejutan apabila menewaskan pilihan utama China, Zhang Nan-Zhao Yun Lei 21-12, 21-16 untuk mara ke final.

Adcock-White akan bertemu pasangan China, Liu Cheng-Bao Yixin yang turut mara selepas menewaskan gandingan Hong Kong, Lee Chun Hei-Chau Hoi Wah 17-21, 21-10, 23-21.

Perlawanan beregu wanita bakal menyaksikan dominasi dua pasangan China di pentas final iaitu antara Ou Dongni-Tang Yuanting dan Bao Yixin-Tang Jinhua.

Dongni-Yuanting menewaskan Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl (Denmark) 21-13, 21-15 manakala, Yixin-Jinhua menyingkirkan Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (Jepun) 21-17, 21-12.

Aksi akhir beregu lelaki pula antara pasangan Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang yang akan menentang Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.

Ki Jung-Sa Rang menewaskan beregu England, Chris

Adcock-Andrew Ellis 21-13, 21-14 manakala, Yong Dae-Yeon Seong menumpaskan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (Indonesia) 22-20, 22-20.

Pelantikan Annuar sah - MSN

Posted:

Pelantikan Annuar sah - MSN

Pelantikan Annuar sah - MSN



MAJLIS Sukan Negara (MSN) selaku sekretariat Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara, memaklumkan bahawa pelantikan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (gambar) selaku ahli jawatankuasa program berkenaan, adalah dianggap sah.

Ia tidak bercanggah dari segi perundangan ekoran penggantungan beliau yang didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM sebelum ini.

MSN telah merujuk status Annuar yang digantung oleh FAM sehingga 4 Oktober 2014 kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan yang berpandangan secara dasarnya bahawa beliau boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara seperti mana yang dicadangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

MSN dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, berdasarkan penggantungan terhadap Annuar, ia adalah di bawah peruntukan perlembagaan atau statut FAM sendiri dan bukannya Akta Pembangunan Sukan (APS) 1997.

Peruntukan Seksyen 25 APS 1997 tidak terpakai terhadap Annuar kerana peruntukan ini adalah berkenaan akibat tindakan penggantungan atau pembatalan yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sukan ke atas badan sukan atau mana-mana orang dan bukannya oleh FAM.

Status Annuar juga dianggap sah kerana kuasa untuk melantik mana-mana individu sebagai ahli dalam apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu adalah kuasa yang diperuntukkan oleh APS 1997 kepada Menteri Belia dan Sukan.

Sebagai makluman, Annuar mempunyai pengalaman yang luas dan idea-idea bernas dalam arena bola sepak tanah air dan pelantikannya adalah berdasarkan kepada merit berkenaan untuk membantu jawatankuasa merancang, merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan bola sepak negara.

Jawatankuasa juga berperanan sebagai platform setiap ahli memberikan cadangan dan pendapat bagi menambah baik perancangan pembangunan bola sepak negara.

Ia juga dianggotai wakil daripada FAM dan mana-mana ahli yang dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan, bukannya bertujuan untuk melaga atau mengeruhkan hubungan baik sedia terjalin antara MSN khususnya dan Kementerian Belia dan Sukan amnya dengan FAM atau mana-mana pihak kerana jawatankuasa berkenaan adalah semata-mata untuk menjayakan aspek pembangunan bola sepak negara khususnya membabitkan pemain berumur dari tujuh hingga 17 tahun.

Kim Swee kekal fokus

Posted:

Kim Swee kekal fokus

Kim Swee kekal fokus

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KIM SWEE (berdiri dua dari kanan) tidak mahu memikirkan tawaran yang diterimanya daripada Myanmar selagi misi di Sukan SEA 2013 belum selesai.


JURULATIH Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu memikirkan tentang tawaran lumayan yang diterimanya daripada Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF).

Sebaliknya, dia mahu fokus dengan tugasannya dalam usaha mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, bulan depan.

Biarpun menyedari Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) dilaporkan mahu memancing khidmantnya, Kim Swee lebih berminat untuk memberikan perhatian terhadap skuad kendaliannya.

Sebelum ini, MFF dikatakan berminat mendapatkan sentuhan pengendali kelahiran Melaka itu dalam usaha menjadi salah satu kuasa besar bola sepak di Asia Tenggara.

Keseriusan itu telah terpancar apabila MFF dilaporkan bersedia untuk membayar habuan lumayan AS$70,000 (RM224,280) setiap bulan jika Kim Swee bersetuju untuk membimbing pasukan kebangsaan Myanmar.

Namun, Kim Swee kekal tenang, enggan mengulas lanjut berhubung masa depannya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mana kontraknya dengan badan induk bola sepak negara itu bakal berakhir pada 31 Disember depan.

"Saya lebih berminat untuk memberikan tumpuan terhadap persediaan menghadapi Sukan SEA daripada memikirkan tawaran tersebut.

"Misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar adalah lebih mustahak," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Selain masa depan Kim Swee, FAM dijangka bakal memutuskan kedudukan sebenar jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal dalam Mesyuarat Exco FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Seperti Kim Swee, kontrak Rajagobal akan berakhir pada 31 Disember dan keputusan untuk melanjutkan kontrak semasa bekas pengendal Selangor itu bakal terjawab hari ini.

Skuad Harimau Malaya gagal layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 selepas tewas 0-1 kepada Qatar pada siangan kelayakan peringkat Kumpulan D di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

Rajagobal sebelum ini mengakui berhasrat untuk menyelesaikan tugasannya bersama skuad negara untuk aksi terakhir menentang Yemen pada 5 Mac depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Chong Wei hampiri gelaran hatrik Terbuka Hong Kong

Posted:

Chong Wei hampiri gelaran hatrik Terbuka Hong Kong

Chong Wei hampiri gelaran hatrik Terbuka Hong Kong

23/11/2013 8:49pm

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran hatrik Terbuka Hong Kong apabila melepasi peringkat separuh akhir di Coliseum Hong Kong hari ini.

Chong Wei, 31, hanya mengambil masa 34 minit untuk ke pentas final selepas dengan mudah mengatasi pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-12, 21-7, sekali gus melebarkan rekod kemenangan kepada 20 daripada 22 pertemuan dengan pemain itu.

Pemain nombor satu dunia itu, yang menjuarai kejohanan itu dua kali berturut-turut pada 2009 dan 2010, akan menentang pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada final esok.

Pada pertemuan separuh akhir, Sony, 29, mengalahkan rakan senegara dan pemain pilihan kelima, Tommy Sugiarto, yang menarik diri akibat kecederaan selepas ketinggalan 8-3 pada set kedua.

Sony menang set pertama dengan keputusan 21-14.

Untuk rekod, pertemuan antara Chong Wei dan Sony merupakan kali ke-14 dengan Chong Wei menang lapan kali dengan kali terakhir pada Terbuka Malaysia tahun ini. - Bernama

3,300 anggota polis Terengganu bersiap sedia hadapi banjir

Posted:

3,300 anggota polis Terengganu bersiap sedia hadapi banjir

3,300 anggota polis Terengganu bersiap sedia hadapi banjir

23/11/2013 5:35pm

KUALA TERENGGANU - Seramai 3,300 anggota polis di Terengganu diletakkan dalam keadaan bersedia untuk membantu mangsa banjir di negeri ini pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, kesemua anggota polis itu akan digerakkan sebaik banjir berlaku di negeri ini.

Sebagai persiapan awal menghadapi musim tengkujuh, polis kini membuat pemantauan empat jam sekali kenaikan paras air sungai khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Hamzah mengingatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir supaya membuat persediaan awal untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat jika paras air sungai telah melebihi paras bahaya.

"Kami minta orang ramai agar mematuhi arahan jika diminta berpindah. Selain itu buat persediaan awal dengan mengutamakan dokumen-dokumen penting dan barang berharga ketika berpindah," katanya. - Bernama

Malaysia Airlines tawar tambang promosi akhir tahun

Posted:

Malaysia Airlines tawar tambang promosi akhir tahun

Malaysia Airlines tawar tambang promosi akhir tahun

23/11/2013 5:21pm

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines kini menawarkan tambang promosi bermula 25 November hingga 2 Disember, 2013, bagi perjalanan antara 28 November, 2013 dan 30 Jun, 2014.

Tambang kelas ekonomi diberi diskaun sehingga 50 peratus, manakala kelas perniagaan akan dikurangkan sehingga 60 peratus, demikian menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tawaran berkenaan meliputi tambang dari Malaysia ke destinasi di Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Selatan, Timur Tengah, Australia, Amerika Utara dan Eropah.

"Malaysia merupakan tempat yang indah dengan pelbagai tawaran dan 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia, kami menggalakkan pelancongan domestik bagi rakyat Malaysia dan yang lain untuk meneroka syurga tropika ini," kata Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia Muzammil Mohamad dalam kenyataan itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Livingstone warga dunia pertama miliki Xbox

Posted:

Livingstone warga dunia pertama miliki Xbox

Livingstone warga dunia pertama miliki Xbox


SEEKOR ikan jerung berenang dekat kotak kalis air yang mengandungi Xbox One di Akuarium Kelly Tarlton, Auckland pada 13 November lalu sebelum ia diserahkan kepada Livingstone.


AUCKLAND - Seorang warga New Zealand, Dan Livingstone semalam menjadi penduduk dunia pertama memiliki alat permainan video Xbox One keluaran syarikat Microsoft.

Livingstone, 24, memenangi Xbox selepas dia menyertai satu pertandingan yang menawarkan hadiah alat permainan tersebut.

New Zealand juga merupakan negara pertama di dunia yang menjual Xbox One sebelum diikuti Australia dan beberapa negara lain.

Livingstone menerima Xbox One yang telah disimpan di dalam sebuah akuarium besar di Auckland yang dikawal beberapa ekor ikan jerung selama seminggu.

Alat permainan itu diletakkan di dalam kotak khas yang kalis air di dalam akuarium tersebut.

Tiada jari atau kaki para penyelam yang dibaham oleh jerung semasa mereka menyelam untuk mengeluarkan Xbox One dari akuarium tersebut.

"Tidak ada orang yang akan memecahkan rekod (menjadi pemilik pertama Xbox One). Ia seperti catatan sejarah dan sesuatu yang luar biasa," kata Livingstone.

Alat permainan yang dijual pada harga AS$500 (RM1,614) itu boleh mengesan nadi pengguna selain akan mengikut arahan yang diberikan dalam bahasa tempatan.

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk melayari internet.

Seorang eksekutif unit hiburan di Microsoft, Yusuf Mehdi berkata: "Ia (Xbox One) merupakan permulaan generasi baharu permainan, hiburan dan televisyen pintar."- AGENSI

Replika lego bangunan One World Trade Center

Posted:

Replika lego bangunan One World Trade Center

Replika lego bangunan One World Trade Center

SAWAYA berdiri di sebelah replika bangunan One World Trade Center yang dihasilkannya di New York pada Rabu lalu.


NEW YORK - Seorang artis seni, Nathan Sawaya menghasilkan replika bangunan One World Trade Center pada Rabu lalu.

Sawaya menghasilkan replika itu dengan menggunakan bongkah lego.

Artis seni itu menghasilkan replika tersebut selepas dia meminta orang ramai memberikan cadangan tentang ciptaan terbaharunya.

Bangunan One World Trade Center di sini mempunyai 104 tingkat dan setinggi 546 meter.

Ia merupakan bangunan tertinggi di Amerika Syarikat dengan kos pembinaan dianggarkan AS$3.9 bilion (RM12.56 bilion).

Namun, ruang dalamannya masih belum siap sepenuhnya. - AGENSI

Samsung diarah bayar Apple RM932.4 juta

Posted:

Samsung diarah bayar Apple RM932.4 juta

Samsung diarah bayar Apple RM932.4 juta


REUTERS
GAMBAR fail menunjukkan telefon iPhone 5 keluaran syarikat Apple berada di atas telefon bimbit Galaxy S4 yang merupakan produk Samsung.


SAN JOSE - Juri sebuah mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengarahkan syarikat Samsung membayar ganti rugi berjumlah AS$290 juta (RM932.4 juta) kepada syarikat Apple berhubung paten telefon pintar iPhone dan komputer tablet, iPad.

Ganti rugi itu berhubung keputusan perbicaraan semula sebahagian kes paten melibatkan dua syarikat gergasi telefon pintar berkenaan.

"Saman ini bukan sekadar tentang paten dan wang, malah ia lebih daripada itu," menurut syarikat Apple dalam satu kenyataannya.

"Ia adalah mengenai inovasi dan kerja keras kami mencipta produk yang diminati oleh orang ramai," tambah kenyataan yang sama.

Syarikat Apple sebelum ini menuduh Samsung sengaja meniru bulat-bulat reka bentuk serta teknologi telefon pintar dan komputer tablet yang dikeluarkannya.

Sebelum ini, syarikat Apple memenangi saman paten tersebut pada Ogos 2012 yang melibatkan ganti rugi sebanyak AS$1.05 bilion (RM3.37 bilion).

Namun, seorang hakim AS, Lucy Koh meminta kes itu dibicarakan semula kerana pihak juri di dapati tersilap melakukan pengiraan ganti rugi.

Syarikat Samsung dari Korea Selatan mengatasi Apple dalam pasaran telefon pintar global dengan menguasai 31.4 peratus pasaran.

Keputusan terbaharu itu menyebabkan Samsung perlu membayar Apple kira-kira AS$900 juta (RM2.8 bilion) kerana melanggar paten untuk 13 produk syarikat dari AS itu. - AGENSI

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Lisa, Dom keliling dunia

Posted:

Lisa, Dom keliling dunia

Lisa, Dom keliling dunia

LANGIT gelap serta hujan lebat yang turun membasahi pekarangan ruang legar terbuka pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas Rabu lalu tidak menjadi penghalang buat Lisa S dan Dom Lau untuk beraksi di hadapan kamera.

Limpahan lampu denyar yang menyimbah seiring dengan bunyi ketikan pengatup kamera jurufoto Aizzul Abdul Majid menambahkan lagi kerancakan dua figura ini yang seolah-olah tidak kekok untuk bertukar-tukar aksi.

"Lisa dan saya amat rapat dan kami sering berkerja bersama. Lagipun dia seorang bekas model, jadi dia memang langsung tidak kekok bila diajak bergambar," seloroh Dom atau nama sebenarnya, Dominic James Lau.

Kedua-dua mereka mula mengenali antara satu dengan yang lain sejak dipertemukan beberapa tahun yang lalu ketika mengendalikan rancangan hiburan di saluran V sebelum berhijrah menjadi penyampai berita hiburan di E! News Asia.

Kali ini, sekali lagi mereka berkerjasama sebagai pengacara dan juri menerusi program realiti pencarian model antarabangsa, SupermodelMe Femme Fatale.

Keluarga dan kerjaya

Walaupun tampak utuh di hadapan kamera mengendalikan rancangan hiburan berskala besar, wanita yang sering disapa sebagai Lisa ini mengakui bahawa dia terpaksa berkorban masanya bersama keluarga demi memenuhi tuntutan sebagai seorang pengacara untuk beberapa rancangan televisyen.

"Bukan mudah untuk meninggalkan Raven (anak perempuan Lisa) di rumah. Lebih-lebih lagi apabila saya menetap di Hong Kong dan tuntutan kerjaya pula memerlukan saya berada di beberapa buah negara yang berbeza dalam selang masa yang singkat.

"Jadi, untuk memastikan sentiasa berada dekat dengannya, saya mengambil keputusan untuk membawa Raven bersama setiap kali saya dikehendaki mengadakan proses rakaman ataupun menghadiri majlis-majlis tertentu di mana-mana negara," ujarnya.

Isteri kepada aktor terkemuka Hong Kong, Daniel Wu ini tetap mendapat sokongan daripada suaminya walaupun dia tidak mempunyai masa yang kerap untuk bersua muka.

"Dia merupakan seorang suami yang sangat memahami dan saya rasa amat gembira kerana dia akan cuba untuk mengikut saya dan Raven jika dia tidak mempunyai sebarang ikatan berlakon filem," jawab wanita kelahiran Monaco ini.

Bersara dunia peragaan

Agak lama berdiri sebagai pengacara di hadapan kamera, Lisa seakan-akan memberi bayangan bahawa dia seperti tidak mahu lagi kembali mewarnai pentas peragaan.

Ditebak dengan andaian tersebut, jawab Lisa: "Mungkin masa saya sebagai model telah lama berlalu semenjak saya mengubah haluan ke dunia hiburan televisyen. Tetapi, untuk bersara sebagai pengacara, mungkin tidak.

"Lagipun, produksi rancangan televisyen di negara-negara sekitar Asia berjalan dengan sangat cepat. Paling lama masa yang diambil untuk merakamkan sesebuah program tidak lebih daripada dua bulan dan itu amat memudahkan perancangan saya untuk kami sekeluarga," katanya yang akan terus berkongsi pengalamannya dalam dunia peragaan menerusi SupermodelMe Femme Fatale.

Teman wanita memahami


LISA dan Dom sentiasa menghabiskan masa di lapangan terbang ekoran kehendak kerjaya mereka.


Bagi jejaka tampan berketinggian 190 sentimeter ini, dia begitu gembira kerana teman wanitanya, Joanne de Rozario sangat memahami corak kerjayanya sebagai seorang pengacara.

Menurutnya, walaupun sering sibuk dengan urusan kerja dan tidak mempunyai masa yang tetap untuk berjumpa, Joanne masih faham dan terus menyokongnya dari belakang.

"Seperti Lisa, saya juga menetap di Hong Kong dan biasanya, dalam masa sebulan, mungkin hanya dua minggu sahaja masa yang saya ada untuk bertemu dengannya di Kuala Lumpur.

"Walaupun jarak jauh memisahkan, dia sangat memahami kerjaya saya kerana dia juga datang daripada bidang yang sama. Justeru, saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang teman wanita yang sangat memahami karier saya," tutur Dom.

Bidang muzik

Siapa sangka, lelaki berdarah kacukan ini pernah menjadikan bidang muzik sebagai pilihan utama baginya ketika dia ingin melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang muzik komersial.

"Saya sangat suka menyanyi dan jika ada kelapangan, saya sering menghabiskan masa di pusat karaoke. Bagus atau tidak teknik nyanyian saya, itu saya tidak tahu!" tuturnya sambil tertawa.

Sambung Dom: "Jika suatu suatu hari nanti ada guru vokal yang bagus ingin mengajar saya untuk menyanyi dengan baik, saya mungkin tidak berfikir dua kali untuk mencuba," ujarnya.

JKT48 bukan kumpulan picisan

Posted:

JKT48 bukan kumpulan picisan

JKT48 bukan kumpulan picisan

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


JKT48 yang terdiri daripada (dari kiri) Rona Anggraeni, Jessica Veranda, Melodi Nurramdhani Laksani, Haruka Nakagawa, Nabilah Ratna Ayu Azalia dan Cindy Yuvia mahu dikenali di seluruh dunia.


KUMPULAN AKB48 sangat popular di Jepun dan mempunyai sejarah yang tersendiri, manakala kumpulan JKT48 yang berasal dari Indonesia pula merupakan francais pertama kumpulan AKB48 di luar Jepun.

Berada dalam organisasi yang sama dengan AKB48, kumpulan JKT48 memiliki seramai 49 orang ahli berusia antara 13 sehingga 22 tahun.

Bertemu dengan enam orang ahli JKT48 iaitu Melodi Nurramdhani Laksani, 21, Jessica Veranda, 20, Haruka Nakagawa, 21, Cindy Yuvia, 15, Nabilah Ratna Ayu Azalia, 14, dan Rona Anggraeni, 18, jelas sekali kumpulan ini memperlihatkan sisi lain dalam persada muzik Indonesia.

Berpakaian seragam hijau berkilat dengan fesyen yang didatangkan khas dari Jepun dan muzik yang berkiblat dengan muzik J-Pop, JKT48 mempunyai tarikan yang tersendiri.

"JKT48 bukan sekadar kumpulan muzik tetapi ia umpama sebuah sekolah muzik. Berbeza dengan kumpulan K-Pop, mereka diberi latihan intensif beberapa tahun sebelum terjun ke industri muzik.

"Kami pula, selepas terpilih daripada sesi uji bakat, akan terus diserap dalam kumpulan JKT48. Proses latihan dan pembelajaran akan berjalan seiring dengan kerjaya kami," ujar Melodi ketika ditemui di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terlalu ramai ahli kumpulan tidak mendatangkan masalah untuk mereka setiap kali mengadakan persembahan. Kata Melodi, setiap kali persembahan seramai 16 orang ahli akan terlibat daripada 49 orang ahli secara keseluruhannya.

Bahkan kumpulan JKT48 dibahagi kepada tiga sub unit iaitu kumpulan J yang mempunyai 23 orang ahli, kumpulan KIII (17 orang ahli) dan pelatih seramai sembilan orang ahli.


JKT48 mempunyai jawapan tersendiri terhadap kritikan bahawa vokal mereka tidak hebat.


"Selain jemputan persembahan pentas serata Indonesia, kami juga mempunyai pementasan teater sendiri di pusat beli-belah fX Sudirman di Jakarta.

"Peminat boleh membeli tiket dan menyaksikan persembahan kami setiap hari yang diadakan secara giliran. Tidak hanya dapat bertemu peminat, teater itu merupakan pentas latihan terbaik untuk kami," ujar Melodi.

Kumpulan yang telah melahirkan sebuah album berjudul Heavy Rotation dan muncul dengan tiga buah single iaitu River, Yuuhi Wo Miteiruka dan Fortune Cookies In Love itu juga mempunyai seorang ahli pertukaran dari kumpulan AKB48, Haruka Nakagawa.

Selepas hampir setahun bersama JKT48 dan menetap di Indonesia, Haruka seolah-olah sudah sebati dengan budaya dan bahasa Indonesia. Dia langsung tidak kekok untuk berbahasa dalam dialek Indonesia dengan begitu baik sekali.

"Memang saya berasal dari Jepun tetapi apabila dipindahkan ke Indonesia saya rasa seronok. Mula-mula memang sukar kerana bahasa yang sangat berbeza, lama-kelamaan semuanya menjadi mudah.

"Rakan-rakan banyak membantu untuk saya lebih memahami budaya dan bahasa Indonesia dengan cepat. Bagi saya berada dalam AKB48 dan JKT48 tiada banyak bezanya.

Saya masih memakai baju seragam yang sama, menyanyi lagu yang sama cuma bahasanya ditukar ke Indonesia," kata Haruka.

Disoal tentang kumpulan seperti mereka selalunya memberi persembahan tarian yang hebat, tetapi vokalnya tidak sehebat mana, Jessica mengatakan setiap ahli mempunyai kelebihan masing-masing.

"Mungkin ada antara kami tidak mempunyai vokal yang hebat tetapi kemahiran tarian yang bagus. Apabila digabung menjadi satu kumpulan, kelemahan dan kelebihan yang dimiliki saling melengkapkan kami.

"Kami juga sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada setiap hari dengan menghadiri kelas tarian dan vokal. Bagi kami berada dalam JKT48 bukan sekadar popular semata-mata tetapi juga dinilai dengan bakat," luah Jessica.

Mungkin ramai yang menganggap kumpulan JKT48 hanya sesuai untuk gadis belasan tahun dan tidak akan bertahan lama.

Bagaimanapun buat Melodi, impian mereka cukup besar. Bukan sekadar ingin dikenali di Indonesia dan Asia tetapi seluruh dunia.

"Sekarang, kami hanya dikenali di Indonesia dan beberapa kali telah mengadakan persembahan di Jepun bersama kumpulan AKB48.

"Sasaran kami lebih besar, kami mahu nama JKT48 dikenali serata Asia dan seluruh dunia. Bagi saya itu bukan misi mustahil jika kami semua berusaha dengan gigih dan muzik kami dapat menarik minat pendengar pelbagai bangsa," ucap Melodi lagi.

Adi Putra tak ambil kisah

Posted:

Adi Putra tak ambil kisah

Adi Putra tak ambil kisah

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


DI SEBALIK segala tohmahan negatif terhadap dirinya, Adi Putra kini menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga tersayang.


"ITULAH lumrah menjadi seorang figura umum." Itu kenyataan yang diluahkan oleh pelakon sasa, Adi Putra saat ditanya tentang kehidupannya selepas dilanda banyak kontroversi negatif sebelum ini, terutama ditohmah menghantar foto lucah kepada isteri orang yang heboh diperkatakan seluruh negara.

Tutur Adi yang ditemui pada acara siri jelajah Anugerah Skrin 2013 di ECurve, Damansara, Selangor baru-baru ini, segala tohmahan yang dilemparkan tidak sedikit pun mengganggu kehidupannya.

Namun, pasti semua peminat ingin mengetahui perkembangan kes kononnya dia menggoda isteri orang yang telah pun menjadi kes polis dan mahkamah.

Ikuti sedutan temu bual Kosmo! bersama Adi Putra.

Kosmo!: Boleh ceritakan sedikit perkembangan terkini Adi?

ADI PUTRA: Saya kini sedang menjalani penggambaran drama Amara Batrisya bergandingan dengan Erra Fazira dan Umie Aida. Drama 13 episod itu bakal ditayangkan bermungkinan pada bulan Disember menerusi TV9.

Bulan Disember ini juga, kami akan mulakan promosi filem Balistik terbitan Suhan Movies yang bakal ditayangkan pada 9 Januari tahun depan.

Pada masa yang sama, saya juga sedang dalam proses menyiapkan filem saya yang berjudul Suami Aku Ustaz dan saya berharap ia dapat ditayangkan juga pada tahun hadapan. Selain itu, saya juga sedang menerokai bisnes secara kecil-kecilan iaitu barangan mandian, yang mana ia jarang diteroka oleh orang Melayu kita.

Kenapa memilih barangan mandian sebagai bisnes?

Ia merupakan satu keperluan daripada kemahuan. Sebab itu, saya cuba untuk menerokai perniagaan tersebut. Saya akan menjadi pengedar dan kami akan reka konsep kami dan akan bawa ke luar negara di bawah syarikat saya.

Salah satunya, saya bekerjasama dengan Tuscany di Singapura dan di Malaysia, ia akan dikenali dengan nama lain, namun masih di bawah syarikat tersebut. Nama jenama setakat ini yang dipilih ialah Hadaz.

Sejak bilakah anda mulakan perniagaan ini?

Sejak kebelakangan ini setelah saya melawat syarikat Tuscany di Singapura, saya mula berminat ingin membawa produk itu di Malaysia. Jadi, itu yang saya sedang cuba menembusi pasaran di sini.

Beralih kepada soalan 'panas'. Apakah perkembangan isu kontroversi yang melanda Adi sebelum ini?

Saya masih menanti konklusinya. Sudah semestinya saya akan tetap berpegang dengan apa yang dijanji iaitu akan kongsikan keputusannya bersama semua setelah mendapat keputusan.

Namun setakat ini, masih belum dapat jawapan apa-apa. Alhamdulillah, kes ini tidak mengganggu kerja serta kehidupan saya. Saya masih dalam mood aktif yang mana ia tidak mengganggu apa yang saya lakukan termasuk kerjaya saya. Alhamdulillah.

Bagaimanakah dengan dakwaan yang mengatakan Adi menggunakan orang atasan untuk membantu menggugurkan kes anda itu?

Saya tidak ambil pusing soal tersebut, ini kerana ia tidak datang daripada mulut saya. Sebaliknya, ia adalah apa yang orang lain sampaikan kepada umum. Jadi, apa yang boleh saya katakan terpulang kepada mereka nak cakap apa.

Namun, saya bersyukur sebenarnya dan mengucapkan setinggi terima kasih kerana saya masih disayangi dan masih ramai yang ambil berat tentang diri saya. Jika tidak, maka tiadalah yang berbicara tentang diri saya dan tahu tentang perkembangan saya.

Di sebalik banyak kontroversi negatif yang dialami, bagaimana pula reaksi peminat Adi?

Apa yang saya boleh katakan, Allah itu wujud dan apa yang dipohonkan akan terkeluar bersama kebenarannya kelak. Alhamdulillah, peminat masih bersama saya dan saya juga masih menyumbang tenaga sebagai seorang penggiat seni.

Pernahkan Adi berasa rimas dengan dakwaan yang sering dilemparkan kepada anda walaupun telah menafikannya?

Setakat ini tiada perasaan sedemikian. Segala tanggungjawab saya telah jalankan. Jika saya berasa rimas, maka saya tidak akan menghadiri setiap majlis yang dijalankan. Lebih baik saya tidak datang, sebab saya tahu saya bakal dikerumuni media, namun saya tidak berbuat begitu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved