Rabu, 20 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ambil masa dua tahun untuk dihasilkan

Posted:

Ambil masa dua tahun untuk dihasilkan

Ambil masa dua tahun untuk dihasilkan

(Yang menghadiri majlis pratonton filem animasi Frozen di New York, Amerika Syarikat dibawa oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, Malaysia).

SEJAK diwujudkan pada tahun 1927, The Walt Disney Company menerusi salah satu cabang syarikatnya iaitu Walt Disney Studios Motion Pictures (Disney) merupakan antara syarikat produksi yang cukup aktif menerbitkan filem-filem animasi.

Bermula dengan filem animasi Snow White And The Seven Dwarfs yang diterbitkan pada 1937, syarikat yang dibina oleh pasangan adik-beradik Roy Oliver dan Walt Disney telah menerbitkan kira-kira 53 buah filem animasi setakat ini.

Selain Snow White And The Seven Dwarfs, antara filem animasi terbitan mereka yang menarik peminat penonton terutamanya kanak-kanak di seluruh dunia seperti The Little Mermaid, Beauty And The Beast, Aladdin, The Lion King, Lilo & Stitch, Tangled dan Wreck-It Ralph.

Yang terbaharu, Disney telah menghasilkan sebuah lagi filem animasi berjudul Frozen setelah kali terakhir muncul dengan Planes yang ditayangkan pada Ogos lalu.

Frozen memaparkan kisah mengenai pasangan adik-beradik Puteri Elsa dan Puteri Anna yang terpisah dalam tempoh agak lama setelah Elsa secara tidak sengaja mencederakan adiknya itu dengan kuasa ajaib yang dimilikinya.

Sejak kecil lagi Elsa yang juga merupakan seorang puteri memiliki kuasa ajaib iaitu mengeluarkan ais dari tangannya, tetapi ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya dia tidak dapat mengawalnya.

Berkenaan dengan penerbitan filem itu, Kosmo! bertuah kerana menjadi satu-satunya media dari Asia Tenggara yang diundang untuk menghadiri majlis pratonton serta temu bual eksklusif bersama barisan kru produksi filem tersebut pada 25 hingga 27 Oktober lalu yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

Kesempatan dapat bertemu dengan penerbit, pengarah, ketua animasi serta penyumbang suara watak digunakan sebaik-baiknya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang proses penerbitan filem berkenaan.

Penerbitnya, Peter Del Vecho sewaktu ditemu bual berkata, Frozen merupakan sebuah filem animasi terbitan Disney yang diinspirasikan daripada buku dongeng kanak-kanak berjudul The Snow Queen hasil karya Hans Christian Andersen pada tahun 1845.


DARI kiri: Peter, Jennifer, Kristen, Josh, Idina dan Chris antara tonggak penting yang menjayakan filem animasi Frozen.


"Mengikut perancangan awal Frozen sepatutnya dihasilkan empat tahun yang lepas, namun terpaksa ditangguhkan atas beberapa faktor. Kemudian dua tahun lalu barulah projek filem ini dapat dimulakan.

"Kami akui proses penerbitannya bukanlah mudah dan banyak perkara yang harus dilakukan, namun begitu kami berpuas hati dengan hasilnya dan percaya Frozen akan diminati ramai apabila ditayangkan nanti," jelasnya.

Pernah menerbitkan beberapa buah filem animasi sebelum ini seperti Winnie The Pooh, The Princess And The Frog, Chicken Little dan Treasure Planet, Peter memberitahu pada peringkat awal pihaknya telah melakukan kajian terlebih dahulu.

Ujarnya, satu pasukan yang diketuai pengarah seni iaitu Mike Giaimo telah dihantar ke sebuah lokasi yang terdapat kawasan perkampungan dan pergunungan yang dilitupi salji di Norway untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kehidupan masyarakat di sana.

"Kami memilih Norway kerana mendapati terdapat sesuatu yang cukup unik tentang kehidupan, suasana dan bentuk muka buminya. Kajian dilakukan dengan pemerhatian tentang cara hidup, pemakaian, budaya dan suasana persekitaran menerusi gambar-gambar yang telah diambil sepanjang 12 hari berada di negara berkenaan.

"Segala hasil kajian tersebut menjadi bahan penting dan ia digunakan untuk memberikan gambaran sebenar apabila diadaptasi dalam bentuk animasi. Misalnya, gambar gunung yang dipaparkan dalam filem ini memang wujud di alam realiti," ujarnya yang enggan mendedahkan kos sebenar penerbitan filem berkenaan.

Menurutnya, antara lokasi menarik yang menjadi tempat persinggahan mereka sepanjang berada di Norway seperti Oslo serta dua buah lokasi perkampungan kecil di Geirangerfjord dan Sognefjord.

Berkenaan dengan jalan cerita yang dipaparkan pula, penerbit tersebut menyatakan Frozen bukan sekadar sebuah filem animasi untuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa elemen positif yang diterapkan.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan skrip dan jalan cerita yang dihasilkan Chris Buck, Jennifer Lee dan Shane Morris kerana mengandungi unsur pengembaraan, humor dan mesej yang berguna kepada penonton," jelasnya.


FROZEN merupakan filem terbaharu terbitan Disney yang cukup menghiburkan dan sesuai untuk tontonan kanak-kanak.


Dua pengarah

Dalam penerbitan sesebuah filem, biasanya ia akan membabitkan penglibatan seorang pengarah sahaja, namun berlainan pula dengan filem apabila Disney melantik dua orang pengarah iaitu Chris Buck dan Jennifer Lee.

Semasa sesi temu bual bersama kedua-dua pengarah tersebut, Chris yang pernah mengarahkan beberapa filem animasi seperti Tarzan dan Surf's Up menyatakan, tidak wujud sebarang konflik kerana dia dan Jennifer mempunyai peranan masing-masing.

"Untuk filem ini saya lebih memberi perhatian dari sudut jalan cerita dan animasi yang dihasilkan, manakala Jennifer memainkan peranan kepada pembentukan karakter serta latihan yang dijalankan setiap pelakon yang menjadi penyumbang suara.

"Sebenarnya cara sebegini sangat berkesan supaya proses menghasilkan filem ini berjalan dengan lancar, malah kerjasama berpasukan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat juga sangat baik," ujarnya.

Bagi Jennifer yang baru kali pertama menjadi pengarah untuk sebuah filem animasi, dia mengakui sudah lama berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan pengarah yang hebat dan berpengalaman seperti Chris.

"Sepanjang bekerjasama kami akan selalu berbincang mengenai pelbagai aspek dan masing-masing akan memberikan idea yang akan dipertimbangkan bersama. Begitu banyak pengalaman yang diraih dan Chris sering membantu saya dalam banyak perkara.

"Selain itu, saya melihat pemilihan yang buat oleh Disney dengan melantik saya selaku pengarah merupakan salah satu langkah untuk melahirkan lebih ramai pengarah wanita dalam filem animasi," ujarnya yang pernah menjadi penulis lakon layar untuk filem animasi Wreck-It Ralph pada tahun lalu.

Mengenai pemilihan Kristen Bell dan Idina Menzel untuk menyumbangkan suara bagi watak Puteri Elsa dan Puteri Anna, Jennifer menjelaskan kedua-dua pelakon tersebut mempunyai suara yang unik serta berkemampuan untuk menyanyi.

"Untuk pemilihan pelakon yang menjadi penyumbang suara, beberapa sesi uji bakat telah dilakukan dan akhirnya Kristen dan Idina dipilih kerana mereka berdua memiliki kriteria yang kami inginkan," jelasnya.


SETIAP juruanimasi yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan diberi tanggungjawab untuk membuat lakaran setiap watak yang telah ditentukan.


70 juruanimasi

Sementara itu, Lino Di Salvo yang bertindak selaku Ketua Animasi untuk filem animasi Frozen memberitahu setelah mendapat skrip, dia dan pasukan animasi melakukan perbincangan untuk membentuk karikator setiap karakter.

Lino berkata, perkara pertama yang dibincangkan adalah berkenaan karikator bagi setiap watak dan ia perlu bersesuaian dengan jalan cerita yang ingin ditampilkan.

"Untuk filem ini seramai 70 juruanimasi yang terlibat dan kesemuanya akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan memainkan peranan dengan memberi fokus kepada lakaran setiap karakter-karakter yang telah ditetapkan.

"Sudah tentu proses ini antara yang cukup mencabar buat kami kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Kami perlu menghasilkan setiap karikator terutamanya untuk watak Elsa dan Anna berdasarkan cerita menerusi gambaran yang dihasilkan penulis skrip," ujarnya yang berpengalaman dalam bidang animasi sejak tahun 1999.

Pernah terbabit dalam beberapa projek filem animasi sebelum ini seperti Bolt dan Tangled, Lino menyatakan pembikinan Frozen adalah yang paling rumit untuk dihasilkan.

Frozen dalam versi bahasa Melayu

Posted:


Ruang

Konsep eklektik hiasi SOHO

KONSEP pejabat ringkas di rumah atau SOHO (Small Office Home Office) telah lama popular di negara-negara Barat. Ramai usahawan di sana sekadar bekerja dari rumah dengan menyediakan ruang kerja khas bagi melaksanakan urusan perniagaan. Lagi...

Infiniti

Jaminan rasa, keaslian minuman

PANAS terik ketika pulang dari kelas harian, membuatkan tekaknya kering dan mendambakan tegukan air sejuk. Lantas dia menuju ke sebuah kedai serbaneka berhampiran untuk membeli minuman botol perisa kacang soya. Lagi...

Kesihatan

Bekam wajah naikkan seri

BERBEKAM merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksin) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Lagi...

Terowong bawah laut terdalam di dunia

Posted:

Terowong bawah laut terdalam di dunia

Terowong bawah laut terdalam di dunia


DIANGGARKAN seramai dua juta orang menggunakan Jambatan Bosphorus yang sesak setiap hari.


TURKI akan membina satu laluan terowong bawah laut Bosphorus bernilai 3 bilion euro (RM12.89 bilion) di bawah bandar Istanbul yang menghubungkan benua Eropah dan Asia.

Ia merupakan antara projek mega yang dicadangkan sebagai laluan kemasukan utama ke bandar negara yang berteraskan kerajaan Islam.

Terowong sejauh 13.6 kilometer (km) yang bakal dilengkapi dengan tiub terowong itu disifatkan oleh pegawai kerajaan mereka sebagai yang paling dalam di dunia dengan 60 meter di bawah dasar laut.

Pembinaan projek itu juga dijalankan sempena dengan tarikh ulang tahun ke-90 pembentukan negara Turki moden.

"Turki akan meraikan dua perkara besar pada masa yang sama serentak.

"Kami akan meraikan ulang tahun ke-90 republik ini pada 20 Oktober dan pada tarikh itu juga kami akan merealisasikan impian lebih satu setengah kurun yang lalu iaitu membina terowong laluan utama di bandar Istanbul," kata Menteri Pengangkutan, Binali Yildirim awal bulan ini.

Terowong ini adalah sebahagian daripada projek besar Marmaray yang turut melibatkan usaha naik taraf laluan kereta api lama di kawasan pedalaman bagi mewujudkan laluan sepanjang 76 km sebagai penghubung kepada dua benua berkenaan.

Kos yang besar

Idea asal projek ini pertama kali diutarakan ketika era Kesultanan Uthmaniah oleh Sultan Abdul Medjid pada 1860, namun kekangan kepada peralatan teknikal yang kurang moden pada waktu itu menjadi penghalang kepada pembinaannya.

Bagaimanapun, keinginan untuk membina laluan bawah laut itu semakin kuat pada tahun 1980-an. Beberapa kajian turut mencadangkan bahawa pembinaannya mungkin boleh dilakukan dengan melibatkan kos yang besar.


TEROWONG ini adalah sebahagian daripada projek besar Marmaray yang turut melibatkan usaha naik taraf laluan kereta api lama di kawasan pedalaman.


Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang juga bekas Datuk Bandar Istanbul mengumumkan perancangan ini pada tahun 2004 sebagai antara projek pembinaan mega bagi menangani masalah kesesakan bandar yang didiami lebih 16 juta orang itu.

Impian beliau merupakan salah satu punca protes anti-pemerintah besar-besaran yang melanda Turki pada Jun lalu apabila penduduk tempatan mengadu bahawa rancangan pembangunan bandar utama ini memaksa mereka keluar daripada rumah masing-masing selain memusnahkan sejumlah kawasan hijau.

Projek tersebut turut mendapat pembiayaan utama daripada sebuah bank dari Jepun untuk program Kerjasama Antarabangsa dengan sumbangan sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion).

Pembinaan terowong yang dilabelkan oleh pentadbiran Erdogan sebagai projek abad ini sepatutnya siap sekitar tahun 2008, namun ia tertangguh selepas siri penemuan arkeologi utama di situ.

Sejumlah 40,000 objek purba ditemui dekat lokasi kira-kira 30 bangkai kapal pada era pemerintahan empayar Byzantine yang merupakan armada terbesar pada zaman pertengahan.

Namun, siri penemuan di luar jangkaan ini sebenarnya mengecewakan Erdogan apabila beliau pernah merungut bahawa isu artifak itu mengganggu rancangannya mengubah landskap Istanbul.

Isu pengangkutan merupakan masalah besar di Istanbul. Dianggarkan seramai dua juta orang menggunakan Jambatan Bosphorus yang sesak setiap hari.

Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas percaya pembinaan terowong yang menghubungkan bahagian Asia dan Eropah di negara tersebut mampu menyelesaikan masalah dengan kapasiti 150,000 penumpang sejam. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Dimensi berbeza Kuala Lumpur

Posted:

Dimensi berbeza Kuala Lumpur

Dimensi berbeza Kuala Lumpur

MENGEMBARA melalui lensa kamera. Begitulah gambaran satu perjalanan eksklusif demi menyelami setiap ruang ibu kota Kuala Lumpur yang merupakan nadi rakyat Malaysia.

Perkara itu tentunya yang bermain di fikiran lebih 1,000 peserta Maraton Foto Canon Malaysia 2013 yang diadakan baru-baru ini.

Persaingan sengit itu menyaksikan setiap peserta yang terdiri daripada jurugambar profesional dan amatur dari seluruh negara, berhempas-pulas untuk mencari sisi imej terbaik di sekitar bandar raya ini.

Ternyata, ia adalah satu cabaran yang sukar memandangkan setiap peserta perlu mengikut tema yang disediakan penganjur, Canon Marketing Malaysia Sdn. Bhd. (Canon Malaysia), dalam tempoh tertentu sepanjang pertandingan.

Tema-tema yang dipilih secara rawak melalui pusingan roda khas dibahagikan kepada bumi, hitam putih dan perkara kecil tetapi bermakna.

Pemilihan tema pada hari pertandingan itu memaksa setiap peserta berfikir dengan lebih kreatif.

Walaupun demikian, setiap dimensi kehidupan dan struktur di ibu kota berjaya memberi ilham kepada para peserta untuk menghasilkan karya-karya indah.

Antara kawasan tumpuan adalah gerai makanan, pusat beli-belah dan mercu tanda ibu kota.

SETIAP peserta mencabar diri dan kemahiran mereka untuk menghasilkan gambar unik dan terbaik.


Penyertaan remaja

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Malaysia, Melvyn Ho berkata, buat julung-julung kalinya pertandingan yang kini memasuki tahun ketujuh itu dibuka kepada peserta di bawah umur 18 tahun bagi kategori junior, selain kategori terbuka yang dikekalkan.

"Sebagai satu jenama pengimejan terkemuka, kami mahu mewujudkan peluang dan menyokong usaha dalam perkembangan industri fotografi dengan mencetuskan minat baharu dalam kalangan generasi muda.

"Setiap tahun kami dapat melihat bakat-bakat baharu dan berharap peserta-peserta muda ini akan terus mengasah kemahiran mereka, sekali gus menyumbang terhadap pertumbuhan industri ini," ujarnya.

Menurut beliau, objektif pertandingan Maraton Foto Canon Malaysia 2013 juga untuk mengumpulkan peminat dunia fotografi dan membolehkan mereka berkongsi pengalaman bersama peserta lain, di samping merebut peluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang bernilai lebih RM30,000.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah sebuah kamera Canon EOS 5D Mark III berserta lensa F4L IS24-70 milimeter dan penyertaan klinik fotografi oleh jurugambar terkemuka, Triston Yeo di Kansai, Jepun.

Bagai disuntik adrenalin, ketika Ho menyempurnakan pelepasan maraton fotografi itu, para peserta pantas mencari lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur.

Bagi Amir Othman, 29, berfikir di luar kotak merupakan strateginya untuk mendapatkan gambar terbaik dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan jam itu.

"Antara tema yang dipertandingkan ialah bumi dan saya yakin apa yang penganjur mahu bukanlah gambar tanah atau tumbuh-tumbuhan biasa.

"Ia mungkin gambar dinding yang kelihatan seperti tanah atau serangga hidup. Ini secara tidak langsung, masih memenuhi kriteria yang ditentukan penganjur," kata juruprogram komputer ini ketika ditemui Kosmo!.

Menggunakan kamera model Canon 5D Mark III dan kali ketiga menyertai acara itu, Amir berkata, peserta tidak perlu menjelajah jauh untuk mendapatkan gambar yang unik dan menarik, sebaliknya harus mempunyai idea yang bernas.

SETIAP peserta perlu memastikan foto yang dirakam berkualiti dan menepati kriteria yang ditetapkan penganjur.


Merencana strategi

Lain pula strategi adik-beradik Jamaliah Azlinda Mohd. Ali, 40, dan Jamaliah Azmirakarimah, 36, yang memilih beberapa lokasi tarikan di ibu kota untuk memastikan imej yang dirakam bersesuaian dengan tema yang diberikan.

Bagi memenuhi tema bumi dengan memberi fokus terhadap keindahan alam sekitar, mereka ke Tasik Titiwangsa dan Taman Burung Kuala Lumpur.

Jamaliah Azlinda berkata, dia menggunakan gambar dengan konsep syot sudut luas manakala adiknya menggunakan syot dekat.

"Kami sudah meronda di sekitar pusat beli-belah ini dan membuat keputusan tiada yang menarik dan bersesuaian dengan tema.

"Oleh itu, kami bergerak ke taman-taman utama, termasuk taman rekreasi di sekitar kawasan KLCC.

"Bagi kami, kerjasama berpasukan adalah penting bagi menghasilkan gambar yang berkualiti. Mungkin kami amatur tetapi saya percaya kata hati yang menentukan sama ada gambar yang dirakamkan itu menarik atau tidak," kata Jamaliah Azlinda.

Menggunakan kamera model Canon EOS 450D, dia turut menegaskan, aspek pencahayaan dan kebijaksanaan jurugambar bermain dengan sumber akan menghasilkan sebuah gambar yang menarik.

"Saya yakin dalam pertandingan ini tiada gambar yang tidak cantik kerana ia adalah sama seperti hasil seni yang bersifat subjektif," katanya yang pertama kali menyertai pertandingan itu.

Jurugambar berpengalaman, Mohd. Faizal Aman, 32, mengakui tercabar apabila perlu berekspresi melalui tema-tema yang digariskan pada hari pertandingan.

Sanggup memandu dari Johor Bahru, Johor, dia tidak memikirkan mengenai aspek kemenangan, sebaliknya lebih tertumpu kepada pengalaman berharga yang bakal diperoleh.

Mahu bereksperimen dengan ruang dan kehidupan manusia, Mohd. Faizal yang mempunyai minat dalam fotografi landskap, yakin dapat memenuhi setiap keperluan penganjur.

KEHIDUPAN warga kota merupakan antara subjek tumpuan peserta.


"Lihat sahaja di sekeliling kita, terlalu banyak subjek yang boleh dirakam. Lebih menarik sekiranya sesuatu subjek yang tidak dapat dilihat secara kasar dapat memberikan imej yang luar biasa.

"Contohnya, seperti senyuman manis dan ekspresi wajah setiap individu yang lalu-lalang di sini atau mereka yang tidur di kaki lima. Kesemua ini boleh menjadi subjek yang menarik bagi seorang jurugambar," jelasnya.

Lagak peserta sepanjang pertandingan, mendapat perhatian masyarakat sekeliling, dengan ada di antara mereka yang sanggup meniarap di tepi-tepi jalan dan bersandar di tangga semata-mata mahu merealisasikan imej yang ingin dirakamkan.

Kelibat peserta cilik yang mengambil gambar turut memikat perhatian. Antaranya ialah Shawn Ham Kai Zhong, 10.

"Saya datang sini kerana minat dan tidak berharap untuk menang. Saya ingin bertemu kawan-kawan baharu yang berkongsi hobi sama," kata pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai, Taman Megah, Petaling Jaya ini.

Eksentrik musim luruh Jeju

Posted:

Eksentrik musim luruh Jeju

Eksentrik musim luruh Jeju

TINGKAT terakhir air terjun Cheonjiyeon dengan pemandangan yang mempesona.


BOYS OVER FLOWERS dan Secret Garden merupakan antara dua buah drama bersiri popular Korea yang berjaya mencuri tumpuan penulis untuk menjejakkan kaki ke pulau eksentrik di mata angin selatan Korea Selatan dua minggu lalu.

Biarpun pulau itu biasanya menjadi fokus pasangan untuk berbulan madu, keindahan panorama alam dan beberapa keajaiban muka bumi tidak menghalang niat penulis bersama enam rakan lain mengembara ke sana.

Kami tidak memperuntukkan tempoh yang terlalu lama di lokasi indah itu memandangkan jadual kami turut merangkumi daerah utama yang paling padat penduduk iaitu Seoul kemudiannya. Cukup sekadar tiga hari dua malam di Jeju.

Sedikit berbeza daripada percutian klise yang selalunya berdasarkan pakej yang ditawarkan agensi pelancongan, kali ini kami memilih untuk berdikari dan mengembara sendiri.

Beberapa minggu sebelum terbang ke Korea Selatan, salah seorang daripada kumpulan kami telah memohon lesen memandu kenderaan antarabangsa dan sepanjang berada di pulau itu, kami bergerak menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disewa khas.

Memang mengelirukan bagi seorang rakyat Malaysia yang pertama kali memandu di sebelah kiri tapi cabaran menjelajah lokasi eksotik tanpa pemandu pelancong bagi kami sememangnya suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Sepanjang malam pertama di Pulau Jeju, kami menghabiskan masa memandu sekitar bandar utamanya yang terletak berdekatan tempat penginapan kami dan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Cuaca waktu malam pada ketika itu sekitar 3 darjah Celsius. Memandangkan iklim tempatan sedang berubah dari musim luruh ke musim dingin, aktiviti malam agak terbatas. Malah, kebanyakan penduduk setempat menghabiskan waktu di rumah.

Pada hari kedua, kami sanggup bangkit seawal pukul 4 pagi (3 pagi waktu Malaysia) untuk mengembara ke lokasi Warisan Semula jadi Dunia UNESCO iaitu tapak bekas Gunung Berapi Seongsan Ilchubong di perkampungan terpencil, Seongsan demi melihat matahari terbit.

Sememangnya memukau pandangan ketika menyaksikan matahari mula membiaskan warna keemasannya dari celah-celah kepulan awan pagi di puncak tertinggi gunung berapi tersebut.

APA salahnya sekali-sekala menguji stamina mendaki tangga ke puncak Seongsan Ilchubong.


Kepenatan mendaki 600 anak tangga selama 25 minit ternyata berbaloi apabila berpeluang menyaksikan pemandangan yang tidak tergambar oleh kata-kata itu.

Bagi pencinta alam semula jadi yang mahu menyaksikan bekas laluan cairan lava gunung berapi terbesar di dunia, adalah baik untuk meluangkan sedikit masa berkunjung ke Gunung Berapi Manjanggul.

Selain itu, lokasi seperti Hallim Park yang terkenal dengan pokok bonsai berusia lebih 150 tahun, Taman Botani Yeomiji yang menghimpunkan pelbagai spesies tumbuhan pelik dan air terjun tiga tingkat yang terkenal, Cheonjiyeon, adalah antara tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi ketika berasa di sini.

Berdekatan situ, terletaknya lokasi penggambaran drama popular Korea, All In House. Ia ibarat sebuah muzium yang memaparkan pelbagai item menarik, sejarah dan seni bina yang dibangunkan semata-mata untuk drama berkenaan.

Perjalanan kemudiannya diteruskan ke bandar terbesar di Pulau Jeju, Seogwipo yang pernah menjadi saksi penganjuran Piala Dunia FIFA 2002 di Stadium Dunia Jeju. Menariknya, di lokasi yang sama terdapat dua buah muzium iaitu Muzium Sos dan Muzium Eros Dunia yang memaparkan sejarah peradaban seksualiti dalam perkembangan tamadun manusia seluruh dunia.

Keunikan Pulau Jeju

Suatu pengalaman yang membuka mata, Pulau Jeju sebenarnya menyimpan pelbagai khazanah dan lokasi bersifat erotik tapi masih membekalkan pengetahuan baharu kepada pelawat. Antaranya Muzium Kesihatan Seks dan Taman Tema Loveland.

Hari terakhir sebelum meninggalkan Pulau Jeju, kami sempat melawat Taman Tema Loveland yang memaparkan pelbagai rekaan patung dalam pelbagai posisi seks. Topik ini mungkin dianggap tabu bagi sesetengah masyarakat Asia Tenggara tapi itu antara keunikan Pulau Jeju yang tidak akan disaksikan di tempat-tempat lain.

Bersebelahan Taman Tema Loveland, terdapat sebatang jalan raya yang popular dengan tarikan anti-graviti sepanjang 100 meter yang dinamakan Mysterious Road atau nama sebenarnya Jalan Dokkaebi.

Kami mencuba momokan orang ramai mengenai lokasi yang akan menyaksikan sebarang objek bulat atau cecair akan bergerak ke atas bukit dengan melawan daya tarikan graviti bumi dengan meletakkan gear kenderaan dalam keadaan neutral dan mematikan enjin.


PENGUNJUNG boleh menyaksikan bekas kawah gunung berapi di Seongsan Ilchubong.


Ternyata, kenderaan yang dinaiki kami bertujuh bergerak dengan sendirinya tanpa sebarang daya tolakan. Sebenarnya, ceritanya sama seperti lebuh raya Kimanis-Keningau yang terletak di Sabah, cuma mungkin di Malaysia lokasi seperti ini belum pesat diterokai lagi.

Bagi penggemar aktiviti pembelajaran bersifat interaktif, muzium-muzium seperti Muzium Tradisional Jeju, Muzium Kemerdekaan Jeju, Muzium Haenyeo, Muzium Beruang Teddy, Muzium Teh Hijau, Muzium Seni Afrika, Muzium Coklat, Muzium Wayang Shinyoung dan Muzium Komputer Nexon antara pilihan terbaik.

Pulau Jeju yang popular dengan patung ukiran batu Dol Hareubang, turut menjadi sebutan dengan tarikan buah oren yang ditanam secara meluas di kepulauan itu.

Malah, jangan terkejut kerana anda mungkin berkesempatan menyaksikan kelibat wanita pertengahan usia yang mampu menyelam tanpa menggunakan sebarang peralatan selaman (popular dengan panggilan haenyo) untuk mendapatkan hasil dasar laut, terutamanya abalone (siput) pada musim dingin.

Penginapan mewah baharu Permata Kedah

Posted:

Penginapan mewah baharu Permata Kedah

Penginapan mewah baharu Permata Kedah

Oleh NURUL IZZA ROSLY

VILLA Seri Kasturi merupakan pilihan terbaik untuk para tetamu yang inginkan penginapan serba eksklusif di Ombak Villa.


TIADA apa yang lebih mendamaikan apabila kehadiran disambut desiran bayu laut sambil diiringi senyuman mesra warga Ombak Villa yang merupakan tarikan terbaharu bagi Langkawi Lagoon Resort.

Terletak di Padang Matsirat, Langkawi, Kedah, Ombak Villa yang dibina menghadap Laut Andaman menawarkan pengalaman percutian mengujakan dan ia sesuai bagi mereka yang mahu lari daripada hiruk-pikuk kota.

Bagi yang sukakan pantai dan laut, Ombak Villa merupakan lokasi yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang.

Pembinaan Ombak Villa yang menelan belanja kira-kira RM48 juta itu telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Pusat peranginan itu mengetengahkan gabungan konsep kontemporari moden dan reka bentuk tradisional Melayu dengan dilengkapi ciri-ciri hotel mewah yang menjanjikan satu lagi penginapan penuh keselesaan kepada para penghuni.

Bagi tetamu yang baru pertama kali berkunjung, gambaran keunikan pusat penginapan itu jelas terpapar sebaik melangkah ke ruang lobi. Kedudukannya yang strategik dan terletak pada kedudukan yang lebih tinggi daripada penginapan lain, menggamit setiap tetamu untuk menerokai pemandangan keseluruhan hotel yang cukup indah.

"Dengan jumlah keseluruhan 79 buah bilik studio suite, tetamu-tetamu Ombak Villa juga mempunyai pilihan penginapan lain seperti di unit vila eksklusif yang dinamakan Villa Seri Kasturi. Ia dilengkapi dengan kemudahan butler peribadi dan bilik mewah yang luas.

"Tidak ketinggalan dua unit suite bulan madu yang dinamakan Seroja Suite yang menerapkan rekaan dalaman yang penuh romantis," kata Pengerusi MK Land Holdings Bhd., Tan Seri Mustapha Kamal Abu Bakar.


KAWASAN rehat untuk para tetamu bersantai menghadap Laut Andaman.


Cerminan budaya tempatan

Menurut Mustapha, setiap penginapan eksklusif yang ditawarkan dilengkapi dengan ruang lanai persendirian yang menghadap laut.

Tarikan lain yang cukup menarik selain daripada Restoran Bayu yang terletak bersebelahan dengan kolam renang ialah Bistro Amai.

Terletak berhampiran pantai dan menghadap Laut Andaman yang terbentang luas, bistro tersebut menawarkan pengalaman santai penuh kedamaian kepada pengunjung yang sedang menjamu selera mereka.

Pengunjung yang meluangkan masa di restoran berkenaan dapat melihat kehadiran bot-bot nelayan tempatan yang berlabuh berhampiran, secara tidak langsung memberikan satu pemandangan indah mencerminkan salah satu budaya Malaysia yang serba unik.

Tun Mahathir dalam ucapan perasmiannya memberitahu, Pulau Langkawi kini sudah pesat membangun dan ramai pelancong dari Arab menyukai pulau yang terkenal dengan jolokan Permata Kedah itu.

"Pelancong Asia Barat suka melancong ke kawasan tropika kerana cuaca dan suasananya berbeza dengan negara asal mereka yang panas dan kering.

"Oleh itu, warga Langkawi perlu menyemarakkan lagi sifat ramah-tamah dan budaya menguntum senyuman agar menarik lebih ramai pengunjung ke sini," ujarnya.

Tun Mahathir memaklumkan, tahun lalu, sebanyak tiga juta pelancong datang ke Langkawi dan untuk enam bulan pertama tahun ini, bilangan pelancong sudah mencecah dua juta orang.

"Saya berharap jumlah tersebut akan menjangkau angka yang dicapai tahun lalu," katanya yang gemarkan pembangunan reka bentuk kampung yang sarat dengan ciri-ciri tradisional pada Ombak Villa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


TUDM, PDRM derma darah untuk Hospital Nukleus

Posted:

TUDM, PDRM derma darah untuk Hospital Nukleus

TUDM, PDRM derma darah untuk Hospital Nukleus

ADZHAR (tengah) bersalaman dengan seorang anggota yang menyertai program derma darah sambil diperhatikan oleh Roshaimi (kiri) di Labuan baru-baru ini.


DERMA DARAH. Seramai 34 anggota termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai program kempen derma darah bagi mengisi Tabung Darah Hospital Nukleus, Labuan baru-baru ini.

Program anjuran bersama itu merupakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang diadakan di Ruang Legar Kompleks Pusat Kewangan Ujana, Labuan.

Pegawai penyelaras program, Leftenan Kolonel Amran Abd. Rashid berkata, ia bertujuan meningkatkan kerjasama sedia terjalin antara dua pasukan keselamatan itu di samping berbakti kepada masyarakat setempat.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman dan Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara TUDM Labuan, Leftenan Kolonel Roshaimi Samsudin.

Karnival Perpaduan Seberang Perai Tengah meriah

Posted:

Karnival Perpaduan Seberang Perai Tengah meriah

Karnival Perpaduan Seberang Perai Tengah meriah


KURUP (duduk) beramah mesra dengan kanak-kanak selepas merasmikan Karnival Perpaduan Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.


ERAT PERPADUAN. Seramai 500 penduduk pelbagai kaum hadir memeriahkan Karnival Perpaduan Daerah Seberang Perai Tengah 2013 di Taman Sejahtera, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Karnival sehari anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan cek skim khairat kematian kepada waris salah seorang ahli Skim Rondaan Sukarela yang meninggal dunia ketika bertugas.

Guru Kafa ikuti kursus pengukuhan soalan Kafa

Posted:

Guru Kafa ikuti kursus pengukuhan soalan Kafa

Guru Kafa ikuti kursus pengukuhan soalan Kafa


AHMAD TARMIZI (duduk dua dari kiri) bergambar bersama guru Kafa Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang mengikuti Kursus Pembinaan dan Pengukuhan Item Soalan Ujian Penilaian Kelas Kafa peringkat zon utara 2013 di Sungai Petani baru-baru ini.


BINCANG. Seramai 30 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dipilih mengikuti Kursus Pembinaan dan Pengukuhan Item Soalan Ujian Penilaian Kelas Kafa peringkat zon utara 2013 di Bedong, Sungai Petani, baru-baru ini.

Kursus selama lima hari itu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Penyelaras kursus, Ahmad Tarmizi Ahmad berkata, guru dan penyelia Kafa itu diberi tanggungjawab untuk menyiapkan kertas soalan peperiksaan untuk murid tahun lima.

Katanya, peserta mengikuti ceramah pelbagai tajuk yang disampaikan oleh pegawai Jakim, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Jurulatih Pakar Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Juruwang resort pecah amanah RM248,000 dijel 8 tahun, 20 sebatan

Posted:

Juruwang resort pecah amanah RM248,000 dijel 8 tahun, 20 sebatan

Juruwang resort pecah amanah RM248,000 dijel 8 tahun, 20 sebatan

NORFURSAN (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban semalam.


SEREMBAN - Seorang juruwang sebuah resort di Nilai dekat sini, dipenjara lapan tahun tujuh bulan dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku salah atas 20 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah RM248,323 sejak Oktober lalu.

Norfursan Selamat, 28, membuat pengakuan tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Mengikut kertas pertuduhan, Norfursan yang bekerja sebagai juruwang di Nilai Spring Resort di Nilai dekat sini didakwa melakukan pecah amanah apabila gagal mendepositkan wang kutipan harian berjumlah RM248,323.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak sakit kepala ketika main komputer maut diserang meningitis

Posted:

Budak sakit kepala ketika main komputer maut diserang meningitis

Budak sakit kepala ketika main komputer maut diserang meningitis

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


MUHAMMAD AZMIN


MELAKA - Sakit kepala yang dialami seorang kanak-kanak lelaki ketika leka bermain komputer di kafe siber pada Isnin lalu menjadi petanda dia diserang meningitis atau radang otak sebelum meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, petang kelmarin.

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Rosnani Puteh, 42, berkata, anaknya, Muhammad Azmin Abdullah, 12, mula mengadu sakit kepala ketika bermain komputer di kafe siber yang terletak di Masjid Tanah berhampiran rumahnya di Kampung Pinang di sini.

Menurutnya, sejak cuti sekolah bermula, setiap hari Azmin akan keluar rumah bersama abangnya, Muhammad Azanir, 13, seawal pukul 7.30 pagi untuk bermain komputer di kafe siber tersebut dan hanya pulang pada pukul 6.30 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dicari di Pahang, ditahan di Johor

Posted:

Dicari di Pahang, ditahan di Johor

Dicari di Pahang, ditahan di Johor

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan ROSLI HASSAN
berita@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Pencarian polis terhadap seorang lelaki dikenali sebagai 'Tuhan Harun' yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malek berakhir apabila dia ditahan semalam.

Harun Mat Saat, 47, ditahan pada pukul 3.30 petang selepas polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bandar Baru Tangkak dekat Ledang. Turut ditahan di dalam rumah itu, seorang wanita, Azida Mohd. Zol, 30, dipercayai isteri Harun.

Kira-kira 10 minit sebelum itu, polis menahan seorang lelaki, Nor Hairi Harun, 41, di Jalan Hospital, Tangkak. Pemuda itu sebelum ini menetap di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.

Selain kes bunuh tersebut, Harun bersama pengikutnya turut dikehendaki oleh JAIP selepas mereka gagal hadir buat kali kedua untuk sebutan semula kes bagi 11 pertuduhan menyebarkan ajaran sesat di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Stik tulang T Top Steak House

Posted:

Stik tulang T Top Steak House

Stik tulang T Top Steak House

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

DARI kanan: Azhar, pemilik bersama Top Steak House, Hazen Husin dan Mohd. Razmil bergambar bersama staf restoran cawangan Medan Niaga Tasik Damai.


BARU dibuka sejak bulan Februari lalu, Top Steak House merupakan sebuah destinasi baharu bagi penggemar hidangan ala Barat di ibu kota. Restoran yang menggunakan kayu pain diimport dari Australia sebagai dekorasi dinding itu menghidangkan lebih 60 menu.

Top Steak House di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur juga merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang gemarkan rasa hidangan ala Barat yang berbeza di restoran lain.

"Lamb Chop dan Chicken Chop merupakan hidangan wajib sekiranya saya berkunjung ke restoran ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Bagi saya, rasa pedas sos barbeku pada setiap hidangan merupakan keistimewaan Top Steak House berbanding restoran lain," ujar seorang pelanggan, Mohd. Khairul Mohamed, 27.

Menurut Khairul yang menjalankan sebuah perniagaan berdekatan dengan restoran itu, dia sering berkunjung ke Top Steak House dua kali sebulan untuk menikmati hidangan ala Barat.

Belum pun setahun beroperasi, restoran milik penuh syarikat bumiputera itu kini mempunyai dua cawangan di Medan Niaga Tasik Damai dan Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Kedua-dua restoran itu menyediakan hidangan dan kualiti makanan sama yang pasti memberi kepuasan kepada pelanggan.


SMOKED Salmon merupakan salah satu menu yang wajib dicuba oleh para pelanggan.


Antara makanan ala Barat yang dihidangkan di Top Steak House ialah chicken cordon blew, smoked salmon, stik daging lembu lada hitam, stik daging batang pinang dan stik kaki kambing.

Pemilik restoran, Azhar Abdul Ghani memberitahu, pelanggan yang pertama kali berkunjung ke Top Steak House perlu mencuba hidangan stik tulang T.

Menurutnya, isi tulang T merupakan salah satu bahagian yang lembut pada bahagian seekor lembu.

"Dijual pada harga RM26.90, pelanggan dapat menikmati hidangan stik tulang T dengan pilihan sos lada hitam, cendawan, masam manis dan sos perang. Harga yang ditawarkan juga berpatutan jika dibandingkan dengan restoran lain yang menyediakan hidangan sama," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di restoran Top Steak House cawangan Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi baru-baru ini.

Tulang T merupakan sebahagian daripada daging batang pinang yang terdapat pada seekor lembu.

Stik campuran dan chicken combo merupakan menu yang mendapat sambutan daripada pelanggan selain stik tulang T.

Tempahan awal

Menu di Top Steak House terbahagi kepada lima kategori iaitu ayam, ikan, daging lembu, daging kambing dan hidangan masakan Itali.

Pelanggan juga harus mencuba hidangan makaroni goreng yang juga merupakan menu istimewa di restoran itu.

Sementara itu, Pengurus Top Steak House, Mohd. Razmil Azhar memberitahu, sesetengah hidangan di restoran tersebut perlu ditempah sehari awal sebelum dihidangkan kepada pelanggan.


SELAIN mengenyangkan, harga untuk setiap hidangan ala Barat di restoran itu amat berpatutan.


"Menu udang harimau panggang dan udang karang panggang merupakan hidangan yang perlu ditempah terlebih dahulu. Ia merupakan satu langkah terbaik bagi menjamin kesegaran hasil laut untuk para pelanggan. Ia dijual dengan harga RM51.90 untuk satu hidangan," ujarnya.

Menurutnya, menu combo stik campuran merupakan hidangan terbaik untuk pelanggan yang inginkan daging lembu, ayam dan udang galah dalam satu hidangan.

Bagi yang inginkan selera berbeza, hidangan sizzling dan plat panas dengan 48 jenis menu mi dan nasi merupakan pilihan lain di Top Steak House.

Kepada pelanggan yang menikmati hidangan Barat di restoran itu, jus buah-buahan seperti jus durian belanda dan tembikai laici merupakan minuman baik untuk membantu menurunkan suhu badan selepas menikmati stik lembu dan kambing.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Kotakan janjimu demi kebaikan'

Posted:

'Kotakan janjimu demi kebaikan'

'Kotakan janjimu demi kebaikan'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KHALID


BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali menggesa jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan selepas menyaksikan skuad negara gagal untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

Khalid menegaskan, ia adalah masa terbaik buat Rajagobal berundur, lebih-lebih lagi beliau gagal menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jelasnya lagi, beliau percaya bahawa khidmat bekas jurulatih Selangor dan Kelantan yang muncul sebagai individu utama bertanggungjawab di atas kegagalan tersebut, sudah tidak lagi relevan.

Katanya, beliau yakin FAM sudah boleh menilai kemampuan sebenar Rajagobal berdasarkan persembahan hambar skuad negara dalam beberapa perlawanan persahabatan mahu pun kejohanan kompetitif.

"Saya fikir tak payah kekalkan Rajagobal. Kekalahan skuad negara ini berpunca daripada jurulatih.

"Saranan saya, lebih baik beliau menarik diri secara terhormat dan bagi jurulatih lain pula mengambil alih tugas melatih skuad kebangsaan.

"Dulu, beliau pernah berkata jika gagal bantu Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015, beliau sendiri mengakui bersedia untuk melepaskan jawatannya.

"Kini, saya harap Rajagobal kotakan janji itu dahulu dan sudah tiba masanya kita perlukan sentuhan daripada jurulatih yang berwibawa," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Kelmarin, hasrat untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya menempah slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 di tangan Qatar pada aksi kelayakan kelima peringkat Kumpulan D di Stadium Shah Alam.

Kini, tumpuan mula terarah kepada FAM sama ada mahu atau tidak menyambung kontrak Rajagobal yang bakal berakhir pada 31 Disember depan.

Begitupun, Rajagobal dilihat masih berminat untuk menyelesaikan aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen pada 5 Mac depan.

"Kontrak saya habis (tamat) pada 31 Disember depan. Buat masa ini, masih belum ada perbincangan (dengan pihak pengurusan FAM) dan saya harus bersikap profesional.

"Saya masih ada tugas (menentang Yemen) dan jika boleh, saya mahu menyelesaikan tugas itu (sebelum melepaskan jawatan).

"Selepas aksi tersebut, saya akan terima apa juga keputusan (FAM)," kata Rajagobal pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Hafiz serasi bersama Pahang

Posted:

Hafiz serasi bersama Pahang

Hafiz serasi bersama Pahang

Oleh M.RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my


HAFIZ (kanan) membuat keputusan kekal bersama Pahang untuk satu musim lagi.


KESERASIAN dan kepuasan beraksi menjadi faktor utama buat tonggak tengah Pahang, Mohd. Hafiz Kamal untuk terus kekal bersama skuad Tok Gajah yang muncul juara Piala Malaysia 2013 itu pada musim depan.

Pemain kelahiran Pantai Remis, Perak itu berkata, beliau tetap bersama Pahang untuk semusim lagi sebelum memikirkan beralih angin ke pasukan lain.

"Saya sangat seronok bersama Pahang apatah lagi kami baru menjulang Piala Malaysia pada 3 November lalu.

"Saya mahu bersama skuad Tok Gajah semusim lagi untuk mengecapi lebih banyak kejayaan musim depan," katanya semalam.

Menurutnya, hampir keseluruhan pemain musim ini kekal bersama Pahang dan beliau tidak menghadapi masalah untuk terus mempamerkan aksi yang lebih baik.

Mohd Hafiz berkata, rakan seperjuangannya di bahagian tengah, Mohd. Amirulhadi Zainal, Azidan Sarudin dan Mohd. Faizol Husin juga berhasrat untuk kekal bersama Tok Gajah.

"Kami akan memantapkan lagi posisi tengah agar Pahang tampil dengan lebih mantap," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Hafiz mengakui sanggup menolak tawaran lumayan dari pasukan Perak yang ingin mendapatkan khidmatnya pada musim depan.

"Daripada segi gaji memang lumayan tapi masalah yang wujud pada penghujung musim ini dan penghijrahan ramai pemain membuatkan saya belum bersedia untuk berhijrah kepada pasukan negeri kelahiran saya.

"Saya bukan tidak mahu berkhidmat untuk negeri sendiri tetapi saya mahu membina kerjaya bersama pasukan lain dahulu sebelum berbakti kepada Perak," jelasnya.

Pemain berusia 26 itu memberitahu, kecelaruan yang berlaku dalam skuad Perak juga mengambil masa untuk diselesaikan sebelum dapat menjadi pasukan yang benar-benar mantap.

"Setakat ini saya selesa bersama Pahang dan sokongan diberikan oleh penyokong setia Tok Gajah membuatkan kami semakin bersemangat," katanya.

Keputusan bakal terjawab Ahad

Posted:

Keputusan bakal terjawab Ahad

Keputusan bakal terjawab Ahad

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan, kedudukan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal bakal diputuskan dalam Mesyuarat Exco FAM pada Ahad ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) yang menjelaskan bahawa pihaknya telah menilai perkembangan tahap prestasi skuad kendalian Rajagobal sepanjang tahun ini.

Menurutnya, keputusan sama ada untuk membenarkan Rajagobal meneruskan tugasan terakhirnya bertemu Yemen pada 5 Mac depan bergantung dengan keputusan ahli jawatankuasa FAM.

Namun, Hamidin mengakui FAM tidak berniat untuk menyambung kontrak Rajagobal yang akan tamat pada 31 Disember depan.

"Kontrak Rajagobal akan habis (tamat) pada 31 Disember depan. Masih ada sebulan tetapi FAM tiada niat mahu memperbaharui kontrak tersebut.

"Walaubagaimanapun, ahli jawatankuasa FAM telah meneliti persembahan pasukan bimbingan Rajagobal sepanjang tahun ini dan inilah kemuncaknya.

"Saya jangkakan perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco FAM pada Ahad ini. Sama ada beliau dibenarkan untuk meneruskan baki tugasannya atau tidak, ia akan terjawab pada mesyuarat itu nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, status Rajagobal menjadi tanda tanya apabila beliau gagal menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk membawa pasukan layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia nanti.

Rajagobal dilihat masih berminat untuk meneruskan baki tugasan dengan membimbing pasukan buat kali terakhir pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D menentang Yemen.

Begitupun, pengkritik-pengkritik sukan negara mahu bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu berundur secara terhormat memandangkan Rajagobal sebelum ini berjanji untuk melepaskan jawatannya jika gagal membantu skuad negara layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Sebagai rekod, Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D selepas sekadar mengutip empat mata sepanjang lima perlawanan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kedutaan Iran di Lebanon dibom

Posted:

Kedutaan Iran di Lebanon dibom

Kedutaan Iran di Lebanon dibom

ORANG ramai berkumpul di lokasi serangan bom berhampiran Kedutaan Iran di Beirut yang meragut lebih 23 nyawa semalam.


BEIRUT - Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh manakala 146 lagi cedera dalam dua serangan bom di luar Kedutaan Iran di sini kelmarin, kata Menteri Kesihatan Lebanon, Ali Hassan Khalil.

Beliau memberitahu, angka kematian dalam dua letupan itu bukan muktamad dan boleh meningkat lebih tinggi.

Pengebom berani mati dipercayai terlibat dalam salah satu daripada serangan itu yang turut meragut nyawa seorang diplomat Iran.

Sebuah kumpulan tempatan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, Briged Abdullah Azzam mengaku bertanggung jawab melakukan kedua-dua pengeboman itu.

Beberapa pegawai Lebanon berkata, rakaman kamera keselamatan menunjukkan seorang lelaki memakai tali pinggang berisi bahan letupan menuju ke dinding luar kedutaan berkenaan dan meletupkan dirinya.

Menurut mereka, letupan kedua berpunca daripada bom kereta yang diletakkan tidak jauh dari pekarangan Kedutaan Iran.

"Operasi syahid ini dilakukan oleh dua wira Sunnah di Lebanon," kata pembimbing agama Briged Abdullah Azzam, Sheikh Sirajeddine Zuraiqat di laman Twitter.

Serangan berkembar itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perang saudara di Syria.

Golongan Syiah di Iran menyokong kuat tindakan Presiden Syria, Bashar Al-Assad memerangi pemberontak Sunnah di negara itu.

Pihak penentang di Syria itu pula disokong oleh kuasa Sunnah seperti Arab Saudi dan Qatar. - Agensi

Susilo bertelagah dengan Abbott

Posted:

Susilo bertelagah dengan Abbott

Susilo bertelagah dengan Abbott


GAMBAR fail pada 30 September lalu menunjukkan Susilo (kanan) berbual dengan Abbott selepas mereka mengeluarkan kenyataan bersama di Istana Presiden di Jakarta, Indonesia.


JAKARTA - Pemimpin Indonesia dan Australia bertikam lidah semalam mengenai dakwaan pengintipan yang dilakukan oleh Canberra yang menyebabkan ketegangan antara kedua-dua negara kian meningkat.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menggunakan laman Twitter untuk menyelar Perdana Menteri Australia, Tony Abbott kerana mengabaikan aduan Indonesia.

Kecaman Susilo dibuat selepas Indonesia bertindak memanggil pulang dutanya di Australia, Nadjib Riphat Kesoema kelmarin.

Abbot yang mentadbir negara sejak September lalu pula enggan memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Beliau sebaliknya menyifatkan perbuatan mengintip oleh kerajaan Australia sebagai 'operasi perisikan yang munasabah'.

Pertelingkahan terbaharu itu menyusul selepas media Australia menyiarkan maklumat dokumen sulit yang dibocorkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan, Edward Snowden.

Menurut laporan itu, agensi perisikan Australia cuba mengintip perbualan telefon bimbit Susilo, isterinya dan beberapa pegawai kanan lain.

"Saya kesal Perdana Menteri Australia memandang ringan isu ini tanpa sebarang rasa bersalah," kata Susilo di akaun Twitternya.

Indonesia, kata Susilo, menuntut penjelasan rasmi yang boleh diterima oleh rakyat negara berkenaan.

Namun, permintaan tersebut ditolak bulat-bulat oleh Abbott.

"Saya tidak boleh menerima bahawa Australia perlu memohon maaf untuk operasi mengumpul maklumat risikan yang munasabah," katanya kepada Parlimen.

Australia dan Indonesia mempunyai sejarah hubungan yang panjang dan tidak terlepas daripada pergolakan.

Pada tahun 2009, seorang pegawai Indonesia mengakui tentera negara berkenaan membunuh lima wartawan asing termasuk dua warga Australia.

Perbuatan itu untuk menutup pencerobohan awal Indonesia ke atas Timor Timur.

Jakarta pernah memanggil pulang dutanya di Canberra pada tahun 2006 kerana membantah keputusan memberikan visa sementara kepada 42 pencari suaka dari Papua Barat. - Agensi

Pemuda dilarang naiki pesawat, kapal lantaran terlalu gemuk

Posted:

Pemuda dilarang naiki pesawat, kapal lantaran terlalu gemuk

Pemuda dilarang naiki pesawat, kapal lantaran terlalu gemuk

CHAIS dihalang daripada menaiki pesawat dan kapal dengan alasan dia terlalu gemuk.


NEW YORK - Hasrat seorang pemuda ingin menaiki penerbangan untuk pulang ke Perancis akhirnya tercapai selepas beberapa kali terhalang.

Kevin Chais akhirnya mendapat tiket penerbangan menuju ke London selepas beberapa syarikat penerbangan mendakwa dia terlalu gemuk untuk menaiki pesawat.

Chenais dan keluarganya ingin pulang ke negara asalnya selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sejak Mei tahun lalu untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah hormon tidak seimbang.

Sebelum ini, syarikat penerbangan British Airways menyatakan, lelaki berusia 22 tahun dengan berat badan 230 kilogram (kg) itu terlalu gemuk untuk terbang.

Mereka pada mulanya ini menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Chicago tetapi gagal untuk mendapatkan tiket penerbangan.

Keluarga itu kemudian menghabiskan masa selama seminggu tinggal di hotel sehingga mereka kehabisan wang sebelum membuat keputusan untuk menaiki kapal pelayaran Queen Mary sebagai pilihan alternatif pulang ke Perancis.

Namun menurut abangnya, pihak pengurusan Queen Mary juga tidak membenarkan Chenais menaiki kapal mereka kerana faktor keselamatan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved