Ahad, 17 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Melahirkan penggusti lengan terhebat

Posted:

Melahirkan penggusti lengan terhebat

Melahirkan penggusti lengan terhebat

KETIKA zaman persekolahan, setiap kali Mohamad Nizar Yusof berlawan gusti lengan pasti perlawanan tersebut menjadi tumpuan rakan-rakannya. Ini berikutan, dia berkemampuan mengatasi lawannya dengan mudah.

Keghairahan lelaki yang berasal dari Kedah itu terhadap aktiviti gusti lengan tidak terhenti di situ sahaja. Selepas tamat sekolah, dia yang kini berusia 29 tahun meneruskan minatnya dengan berkecimpung secara serius dalam arena gusti lengan. Penglibatannya nyata berbaloi apabila sering meraih gelaran johan atau naib johan dalam mana-mana pertandingan yang disertainya.

Pada awal penglibatan, dia hanya berlatih sendiri di rumah dengan menonton klip-klip video dan video kejohanan sukan gusti lengan antarabangsa di YouTube.

"Pada tahun 2004, saya gunakan khidmat jurulatih profesional. Barulah saya sedar, rupa-rupanya sukan ini seperti sukan lain memerlukan tunjuk ajar dan latihan yang sistematik. Ia membuahkan hasil kerana dalam tahun yang sama, saya menang tempat keempat pada pertandingan peringkat kebangsaan," jelas Nizar.

Atas sebab peribadi, Nizar berhenti seketika pada tahun 2004 dan kembali aktif enam tahun kemudian. Hasil ketabahan dan minat yang tidak pernah padam, Nizar berjaya menjadi johan gusti lengan kebangsaan kategori 75 kilogram ke bawah pada tahun 2010.


PEMENANG ketiga-tiga kategori sukan gusti lengan anjuran iSIHAT, dari kiri, Nizar, Valen dan Hairul Nazri Abd Halim.


Pemegang gelaran Mr. Selangor pada tahun 2011, Nizar berkata, kejayaan yang diperoleh adalah hasil berlatih dengan serius dan sistematik.

"Selain itu amalkan diet seperti pengambilan kalsium tinggi untuk tulang. Ia amat penting kerana pemain gusti lengan mudah tercedera dan kecederaan biasa ialah patah tangan. Saya juga membuat latihan kecergasan di gim untuk menguatkan otot tangan dan seluruh tubuh badan," kata Nizar.

Dalam pada itu, Nizar berkata, pembabitan orang ramai di negara ini masih kurang dan kebanyakan yang berjaya disebabkan faktor minat.

Kurang publisiti

"Walaupun banyak pendedahan kepada masyarakat termasuk pertandingan, bilangan yang menyertai sukan ini masih kecil dan biasanya ketika pertandingan para peserta adalah muka-muka yang sama.

"Ia mungkin disebabkan kurang publisiti terhadap pertandingan dan ia bukanlah sukan utama di negara ini. Jika dilihat di negara lain seperti Rusia, Thailand, Ukraine dan Austria, ia satu sukan yang diiktiraf dan banyak pertandingan bertaraf dunia diadakan di sana," kata Nizar.

Dia ditemui pada pertandingan gusti lengan anjuran majalah iSIHAT terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat produk kesihatan, Shaklee di pusat beli-belah Ampang Point, Ampang, Kuala Lumpur. Kira-kira 60 peserta menyertai pertandingan itu.

Pertandingan yang diadakan sebagai salah satu usaha mempromosi gaya hidup sihat kepada orang ramai dibahagikan kepada tiga kategori iaitu A (85.1 kilogram ke atas), B (75.1 hingga 85 kilogram) dan C (bawah 75 kilogram).


PENYOKONG boleh berdiri berdekatan pemain dalam usaha menaikkan semangat mereka.


Dalam pertandingan tersebut, Nizar berjaya memenangi kategori B pertandingan itu dan membawa pulang wang tunai RM300 dan hamper produk kesihatan Shaklee.

Bagi kategori A, dimenangi peserta dari Singapura, Valen Low Wai Luen, 19, sekali gus dia membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan hamper produk kesihatan Shaklee. Valen mula terbabit dalam sukan tersebut ketika berusia 16 tahun.

Dia berlatih dengan melayari video di internet dan laman web berkaitan sukan gusti lengan. Selain itu, dia pergi ke gim bagi menguatkan otot tangan di samping menyertai banyak pertandingan gusti lengan.

"Dulu, saya selalu menang kategori junior, kini hanya bertumpu kepada kategori dewasa dengan berat tertentu." katanya.

Seperti di Malaysia, Valen berkata, pendedahan terhadap sukan itu di Singapura juga masih kurang. "Saya selalu menyertai pertandingan di Malaysia kerana sukan ini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat dan menerima sokongan baik daripada pemain serta penganjur. Acara pada hari ini, misalnya, mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta dan berjalan dengan lancar," ujarnya.

Valen antara perintis sukan gusti lengan di negaranya berhasrat mengumpul sebanyak mungkin gelaran dan bersaing pada tahap lebih besar sebelum mencapai usia 21 tahun. "Saya yakin, Malaysia dan Singapura boleh menjadi negara kuat dalam sukan gusti lengan seperti di Thailand," jelas Valen.

Juara dunia

Jika Nizar dan Valen merupakan peserta berpengalaman serta menjuarai kategori masing-masing, lain pula ceritanya bagi Muhammad Ali Omar, 24, yang pertama kali menyertai pertandingan seumpama itu.

"Pengalaman mengikut bapa, Omar Surade, 53, menyertai pertandingan gusti lengan membuatkan saya teruja dan seronok melihat aksi-aksi peserta.

"Para penonton yang bersorak menaikkan semangat para pemain untuk menewaskan lawan masing-masing. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menewaskan lawan sekiranya tidak mempunyai latihan dan teknik yang betul. Saya lihat wajah ayah ceria dan puas apabila memenangi perlawanan sekali gus menarik minat saya untuk mengikut jejak langkahnya," kata Ali yang bersaing dalam kategori C. Bagaimanapun, dia tewas kepada lawannya.


CONTOH meja dan peralatan yang digunakan dalam sukan gusti lengan.


Meskipun begitu, dia tetap bersemangat untuk meneruskan minatnya dan berharap bimbingan yang diberikan bapanya akan membentuknya menjadi juara dunia sebelum berusia 28 tahun.

"Bapa mula-mula terlibat dalam bina badan, kemudian dia mengambil sukan gusti lengan sebagai karier sukannya. Sekarang giliran saya bersama-sama bapa," katanya yang memberitahu bapanya banyak memenangi pertandingan kategori veteran.

Penolong Pengarang Majalah iSIHAT, Hamidah Zabidi berkata, sebelum ini pihaknya telah menganjurkan pelbagai program seperti paintball, mencari harta karun dan sukan luncur udara namun penglibatan dalam sukan gusti lengan merupakan julung kali diadakan.

"Kami mempromosikan acara ini di laman sosial Facebook dan mendapat respons yang baik daripada orang ramai yang ingin turut serta termasuk peserta luar negara seperti Singapura.

"Walaupun sukan ini tidak mempunyai ramai pengikut tetapi kami terkejut melihat kehadiran peserta dan penyokong yang ramai di sini.

"Penganjuran sukan gusti lengan ini bagi membolehkan orang ramai menyertai pertandingan dan pada masa sama mereka dapat bersukan dalam suasana yang santai," katanya.

Keterujaan seni tempur campuran di Rusia

Posted:

Keterujaan seni tempur campuran di Rusia

Keterujaan seni tempur campuran di Rusia


KEJOHANAN MMA kini mendapat sambutan hebat oleh ribuan peminatnya di Rusia.


DUA lelaki Rusia sedang bergelut dalam kurungan besi dan para penonton bersorak apabila salah seorang daripada mereka menumbuk lawannya dengan ganas. Aksi tersebut merupakan salah satu acara sukan yang pernah diharamkan di banyak negara suatu ketika dahulu.

Dalam ribuan penonton yang bersesak-sesak menyaksikan Kejohanan Seni Tempur Campuran (MMA) Moscow itu kedengaran jeritan, Ayuh, pukul... pukul kuat lagi'.

Sukan yang dikenali sebagai perlawanan tanpa peraturan di Rusia itu telah lama dilupakan. Ia bermula pada tahun 1920-an dan popular di peringkat antarabangsa pada tahun 1990-an. Bagaimanapun, di Rusia ia semakin digemari apabila peserta kategori heavyweight negara itu, Fedor Emelianenko muncul juara dalam beberapa siri kejohanan antarabangsa sedekad yang lalu.

Sejak itu, banyak kelab baharu muncul di Rusia dan ia tidak terhad untuk golongan lelaki sahaja malah golongan wanita dan kanak-kanak turut terbabit. Para peserta dilatih membabitkan teknik-teknik sepakan dan tendangan seperti yang dilihat dalam sukan judo, tinju, taekwando, karate dan kung fu.

Amat popular

Ivan Ivanov merupakan seorang pengarah Rod iaitu salah satu kelab utama di Moscow menjelaskan, MMA kini menjadi amat popular di Rusia dan hampir menyamai acara tinju lain yang telah lama wujud.

Ketika Rod dibuka pada tahun 2007, hanya terdapat beberapa dozen pelatih tetapi kini jumlah tersebut meningkat kepada 350 orang, kata Ivanov yang merupakan bekas pegawai polis.

"Anggota pasukan keselamatan antara yang teramai menyertai sukan ini. Para pelajar dan pekerja pejabat juga tidak ketinggalan turut serta," katanya. Di Rusia, kanak-kanak seawal usia enam tahun mulai terlibat dan berlatih sukan berkenaan.

Dalam sukan tersebut terdapat beberapa perkara yang dilarang seperti menggigit, mencucuk mata dan membuat serangan balas di bahagian tekak dan tulang belakang pihak lawan.


SEORANG jurulatih tekun melatih kanak-kanak dalam sukan MMA di Rusia.


"Sukan ini seumpama pertempuran jalanan," kata Vyacheslav Yurovskikh, peserta amatur MMA berusia 41 tahun dan merupakan pesaing tertua di kejohanan di Rusia.

"Cuaca di Rusia sangat sejuk, jadi kami bertempur untuk memanaskan badan," kata Yurovskikh dalam nada bergurau. Walaupun suatu ketika dulu hidungnya pernah cedera teruk tetapi dia menyifatkan sukan tersebut tidak begitu berbahaya.

"Di dalam gelanggang terdapat seorang pengadil yang akan memberhentikan perlawanan dengan serta-merta," katanya.

Peserta wanita

Peserta wanita dan juga juara tinju Thai, Anastasiya Yankova, 22, menyatakan dia terpaut dengan sukan ini sejak kali pertama mencuba MMA.

"Di dalam gelanggang, saya tidak mempunyai perasaan takut. Adrenalina saya memuncak untuk bertempur," katanya.

Namun begitu, penyertaan golongan wanita dilihat masih kurang di Rusia dan sebahagian peserta lelaki tidak menyukai pembabitan wanita.

Struktur MMA di Rusia juga turut dikaitkan dengan semangat nasionalisme dengan sebahagian kelab hanya melatih etnik Slavic dan mengenepikan masyarakat Islam dari wilayah Caucasus Utara.

Terdapat pertandingan amatur yang tidak membenarkan penyertaan penempur bukan daripada etnik Slavic dari kawasan selatan yang melahirkan ramai peserta hebat.

Salah satu penaja utama acara MMA adalah jenama pakaian terkenal, White Rex yang bertujuan untuk menyuntik semangat pertempuran dalam kalangan orang putih Eropah.

Dalam pada masa itu, MMA telah menarik perhatian Presiden Vladimir Putin yang aktif dalam sukan judo dan memiliki tali pinggang hitam. Bagaimanapun, penglibatan Putin tidak disenangi sesetengah pihak terutama musuh politiknya.

Antaranya, etnik Slavic yang tidak menyokong polisi Putin memberi dana kepada Caucasus Utara.

Putin juga pernah diejek ketika berucap pada majlis meraikan kejayaan Emelianenko menewaskan juara bertahan dari Amerika Syarikat, Jeff Monson di sebuah stadium negara itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


13 pensyarah KYS dapat tawaran latihan di luar negara

Posted:

13 pensyarah KYS dapat tawaran latihan di luar negara

13 pensyarah KYS dapat tawaran latihan di luar negara

DAYANG AMINAH (lima dari kanan) bergambar bersama peserta yang akan menjalani latihan kursus animasi di luar negara dalam pertemuan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


BERTUAH. Seramai 13 orang pensyarah dan pelatih animasi Kolej Yayasan Sabah (KYS) menerima tawaran untuk menjalani program latihan jangka pendek di Universiti Salford, Manchester, England.

Tawaran biasiswa tersebut diberikan melalui Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di bawah Akta Industri Kreatif Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (Cill) kepada mereka yang terpilih.

Ketua Eksekutif KYS, Dr. Dayang Aminah Ali berkata, program itu bertujuan mengembangkan industri multimedia, kreatif, inovasi dan animasi ke tahap lebih tinggi.

"Untuk itu, satu Jawatankuasa Penasihat Teknikal untuk pembangunan media baharu telah ditubuhkan pada tahun ini," katanya di Kota Kinabalu baru-baru ini.

7 kolej komuniti tunjuk bakat dalam majlis ramah mesra

Posted:

7 kolej komuniti tunjuk bakat dalam majlis ramah mesra

7 kolej komuniti tunjuk bakat dalam majlis ramah mesra


PELAJAR Kolej Komuniti Mas Gading memainkan alat muzik daripada bahan terbuang, pada majlis Ramah Mesra Bersama Menteri di Putrajaya baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 139 pelajar daripada tujuh kolej komuniti di seluruh negara menyertai majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh di Dewan Za'ba, Kementerian Pendidikan di Putrajaya baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Mas Gading, Bau, Sarawak; Kolej Komuniti Baling, Kedah; Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak; Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor; Kolej Komuniti Hulu Langat, Selangor; Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti Selayang.

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan muzik Stomp oleh para pelajar yang menggelarkan kumpulan muzik mereka sebagai Community College Red and Blue Stompers.

Stomp merupakan persembahan unik menggunakan barangan terpakai seperti penyapu dan tong kosong bagi menghasilkan pelbagai bunyi menarik.

Hari Komuniti PLUS di 25 lokasi

Posted:

Hari Komuniti PLUS di 25 lokasi

Hari Komuniti PLUS di 25 lokasi


NOORIZAH menyampaikan mesin pemotong rumput kepada guru Sekolah Kebangsaan Tekir, Mohd. Azlan Sharif di Kampung Tekir, Labu, Negeri Sembilan baru-baru ini.


BERTEMU PELANGGAN. Kira-kira 1,000 kakitangan PLUS Ekspressway Bhd. (PLUS) terlibat menjayakan projek kebajikan di 25 lokasi berasingan sepanjang laluan Lebuh Raya Utara -Selatan sempena Hari Komuniti PLUS baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata, sebanyak 25 projek komuniti diadakan serentak bagi memberi peluang kepada kakitangan syarikat konsesi itu turun padang menghulurkan bantuan kepada masyarakat.

Antara projek kemasyarakatan itu adalah membina pusat sumber mini di sekolah agama di Sik, Kedah, membersih dan mengecat semula rumah anak yatim di Rawang serta menanam pokok di Taman Negara Endau Rompin, Johor.

"Hari Komuniti PLUS adalah salah satu daripada usaha syarikat dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti," katanya selepas turut serta dalam projek kemasyarakatan di penempatan Orang Asli Kampung Tekir, Labu, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Siasatan tragedi bas korban 37 nyawa telus

Posted:

Siasatan tragedi bas korban 37 nyawa telus

Siasatan tragedi bas korban 37 nyawa telus

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

KEMALANGAN bas yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highlands pada 21 Ogos lalu.


MELAKA - Kerajaan tidak akan menyembunyikan hasil siasatan mengenai tragedi nahas bas di Genting Highlands yang mengorbankan 37 penumpang di Kilometer 3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa laporan penuh siasatan nahas itu akan dimaklumkan kepada umum dan ia menggambarkan ketelusan kerajaan menangani isu berhubung kemalangan kenderaan komersial yang membawa penumpang.

"Saya sendiri telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan kanan Genting Highlands Berhad dan meminta mereka bekerjasama dengan pihak yang terlibat dalam penyiasatan nahas ini.

"Saya sudah mengarahkan semua pihak terlibat untuk menyiasat secara menyeluruh dan telus terhadap setiap laporan yang dikeluarkan," katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) kali ke-54 di sini malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Diabetes semakin menakutkan

Posted:

Diabetes semakin menakutkan

Diabetes semakin menakutkan

KUALA LUMPUR - Kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit diabetes sekali gus mencetuskan kebimbangan kerajaan apabila kira-kira RM2 bilion terpaksa dibelanjakan bagi merawat penyakit itu setiap tahun.

Ini bermakna setiap pesakit perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM770 bagi merawat penyakit tersebut dalam setahun.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, ia merupakan anggaran kasar bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan dan swasta.

Beliau berkata, perbelanjaan yang besar itu merupakan satu bebanan yang secara tidak langsung akan memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sosioekonomi negara.

"Jadi saya menyarankan agar semua individu di Malaysia supaya lebih peka dan mengambil berat tentang penyakit diabetes serta berusaha menangani masalah itu secara menyeluruh.

"Kos rawatan untuk pesakit kencing manis adalah mahal. Kebanyakan ibu bapa tidak mampu membayar alat rawatan termasuk alatan bagi memeriksa tahap diabetes mereka," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jawatankuasa pemantau GST ditubuhkan

Posted:

Jawatankuasa pemantau GST ditubuhkan

Jawatankuasa pemantau GST ditubuhkan

IPOH - Jawatankuasa Pemantauan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijangka ditubuhkan akhir tahun ini akan memantau secara menyeluruh dan menerangkan kepada rakyat di peringkat akar umbi berhubung pelaksanaan GST.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, selain penerangan di peringkat kementerian, agensi pusat dan negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penjelasan berhubung pelaksanaan GST akan dipanjangkan sehingga ke peringkat Parlimen.

"Kita telah merangka selepas sidang Parlimen kali ini selesai, kita akan terus turun ke bawah sehingga ke kawasan Parlimen supaya dapat difahami oleh rakyat sepenuhnya mengenai GST," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Tambun di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Usah pandai kritik saja’

Posted:

'Usah pandai kritik saja'

'Usah pandai kritik saja'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SAFEE akui sedih ekoran ramai pihak mula hilang kepercayaan terhadap Harimau Malaya.


PENYERANG Harimau Malaya, Safee Sali menegaskan, sudah tiba masanya pasukan kebangsaan memerlukan sokongan padu dari semua pihak, bukannya kritikan yang tidak berkesudahan.

Safee yang baru pulang daripada Manama, kelmarin selepas menyaksikan skuad negara tewas 0-1 kepada Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015, mengakui tidak mampu lagi menahan sabar dengan setiap kritikan yang tidak berasas.

Bintang Johor Darul Takzim yang dikaitkan bakal kembali ke Selangor pada musim depan itu menambah, Harimau Malaya kini terdesak untuk mempamerkan prestasi lebih memberangsangkan.

Justeru, Safee menganggap ia seperti satu perbuatan tidak adil bagi pasukan kebangsaan yang sering kali tidak mendapat sokongan moral daripada semua pihak.

"Bagi saya, tak payah nak kritik skuad kebangsaan. Sepatutnya mereka berikan sokongan moral.

"Pasukan ini tengah kalah dan moral skuad kebangsaan tidak begitu baik. Kami turun bermain bermati-matian untuk negara.

"Tiada siapa hendak kalah dan kami amat bencikan kekalahan. Beginilah nasib Harimau Malaya, bila menang semua nak dekat tetapi bila kalah, semua nak menjauh," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mengakui memang tidak meletakkan harapan tinggi terhadap Harimau Malaya yang mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Ini kerana Zolkples menganggap, peluang Harimau Malaya untuk merebut slot automatik Piala Asia semakin samar berdasarkan prestasi hambar skuad kendalian Datuk K. Rajagobal.

Tambah Safee, dia berharap peminat-peminat Harimau Malaya akan terus memberikan sokongan padu ketika skuad negara dalam misi memburu kemenangan pada aksi menentang Qatar di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

"Kami amat menagih sokongan padu daripada seluruh penyokong-penyokong. Pasukan ini mahu memberikan sesuatu kepada peminat-peminat pada aksi bertemu Qatar nanti.

"Saya berharap dengan sokongan ini dapat memberikan kami lebih semangat untuk tampil aksi lebih baik," katanya.

'Anggap sahaja provokasi wujud'

Posted:

'Anggap sahaja provokasi wujud'

'Anggap sahaja provokasi wujud'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PASUKAN Harimau Muda yang akan menggalas cabaran negara pada Sukan SEA di Myanmar bulan depan.


PENGENDALI Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee menuntut kekuatan mental anak-anak buahnya bagi berdepan sebarang provokasi yang cuba dicetuskan tuan rumah Sukan SEA 2013, Myanmar.

Belum pun sepak mula Kumpulan A temasya dwitahunan itu berlangsung di Stadium Zayyarthiri, Nay Pyi Taw pada 10 Disember depan, skuad kendalian Kim Swee dilihat telah diduga terlebih awal apabila perlu beraksi seawal pukul 3 petang (waktu Myanmar) dalam kesemua aksi peringkat kumpulan.

Justeru, Kim Swee mahu barisan pemainnya supaya tidak terlalu selesa dengan reputasi selaku juara bertahan memandangkan apa jua provokasi boleh berlaku di bumi Myanmar nanti.

"Kalau tiada baguslah... cuma saya mahu pemain bersedia pada bila-bila masa.

"Walaupun belum tentu ada (perang psikologi), anggap sahaja provokasi sedemikian wujud dan menanti kami di Myanmar nanti.

"Sekurang-kurangnya, ia akan membantu menguatkan mental pemain sepanjang di sana," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada masa sama, Kim Swee juga tidak menolak kemungkinan kehilangan sebahagian besar pemain skuad 2011 kali ini.

"Dengan krisis kecederaan pemain ketika ini, mungkin ramai pemain lama terpaksa digugurkan kali ini.

"Namun, saya enggan terburu-buru membuat keputusan berhubung senarai akhir 20 pemain ke Myanmar dan ia hanya akan ditentukan selewat-lewatnya 5 Disember depan," jelas beliau.

Kim Swee memberitahu, skuad kendaliannya juga bakal berdepan sekurang-kurangnya dua aksi persahabatan kompetitif termasuk menguji kelab divisyen Jepun, FC Ryukyu sebelum 'terbang' ke Myanmar kelak.

Dalam aksi Kumpulan A nanti, Harimau Muda A diundi bersama Brunei, Laos, Singapura dan Vietnam.

Finalis 2011, Indonesia pula diundi bersama tuan rumah, Myanmar bersama Thailand, Timor Leste dan Kemboja dalam Kumpulan B.

Satu trofi sasaran PKNS

Posted:

Satu trofi sasaran PKNS

Satu trofi sasaran PKNS

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SATU trofi menjadi sasaran pengendali baharu PKNS, Wan Jamak Wan Hassan menjelang saingan Liga Super musim depan.

Selepas sah mengendalikan Selangor PKNS selama dua musim, Wan Jamak bagaimanapun menyedari ia bukan satu tugas mudah terutamanya apabila melihat beberapa pasukan lain berbelanja besar mendapatkan pemain berkualiti kali ini.

Enggan mengambil pendekatan serupa, bekas pengendali Kedah itu sebaliknya mahu meneruskan legasi pengendali terdahulu - Abdul Rahman Ibrahim dan mempercayai sebahagian besar pemain sedia ada The Red Ants.

"Bagi saya, Abdul Rahman berjaya membentuk PKNS menjadi pasukan yang mantap sejak empat musim lalu.

"Jadi, saya tidak bercadang memburu pemain baharu kerana yakin dengan kualiti pemain sedia ada.

"Selain mensasarkan satu trofi, saya juga berharap kami mampu berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super," katanya kepada Kosmo! semalam.

Antara pemain yang kekal bersama PKNS musim depan termasuklah kapten pasukan, Mohd. Helmi Remeli dan arkitek muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Mengulas lanjut, Wan Jamak juga optimis dengan ketajaman penyudah PKNS musim depan apabila berjaya mendapatkan bekas penjaring terbanyak Liga Premier musim ini, Karlo Primorac dari Sime Darby.

"Saya percaya Primorac akan cepat menyesuaikan diri membentuk gandingan penyudah yang berkesan bersama seorang lagi penyerang import, Patrick Wleh Ronaldinho.

"Selain kedua-dua pemain import berkenaan, kami juga berjaya melengkapkan senarai kuota pemain import apabila berjaya mendapatkan tonggak pertahanan Indonesia, Hamka Hamzah.

"Ketiga-tiga pemain import berkenaan akan menjalani latihan bersama kami dalam masa terdekat," jelas beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


RM1.5 juta dana pelajaran

Posted:

RM1.5 juta dana pelajaran

RM1.5 juta dana pelajaran

SETIAP penerima manfaat Kempen Menginspirasikan Hari Esok memperoleh polisi insurans bernilai RM30,000.


KEMPEN Menginspirasikan Hari Esok oleh syarikat tenusu terkenal, Dutch Lady Milk Industries Berhad yang dijayakan selama 10 bulan berjaya mengukir senyuman pada wajah 50 kanak-kanak Malaysia yang bertuah.

Ini kerana kesemua mereka menerima polisi insurans berjumlah RM1.5 juta untuk tujuan membantu mereka mengecapi impian dan inspirasi masing-masing pada masa depan.

Setiap kanak-kanak itu memperoleh polisi insurans bernilai RM30,000 yang akan matang ketika mereka berusia 18 tahun.

Kempen tersebut dijayakan bersama UniAsia Life Assurance Berhad. Pihak penaja yakin polisi tersebut akan menjadi satu bentuk pelaburan yang baik untuk masa depan kanak-kanak yang terlibat.

Kempen itu dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan meraikan ulang tahun Dutch Lady Malaysia yang ke-50 tahun. Ia seiring dengan matlamat syarikat tersebut untuk membantu rakyat Malaysia maju ke depan dalam kehidupan dengan pengambilan nutrisi tenusu yang boleh dipercayai.

Selain itu, kempen Menginspirasikan Hari Esok dilahirkan bagi memulakan langkah pertama dalam mewujudkan program yang mampu memberi kesan meluas terhadap kanak-kanak. Seramai 50 kanak-kanak terpilih untuk menerima dana pelajaran dalam bidang kepakaran yang ingin diceburi mereka.

Mereka dipilih berdasarkan tiga kategori iaitu 10 daripadanya dipilih melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, 10 orang daripada rumah kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia dan 30 yang lain dipilih menerusi pertandingan rakaman video umum.

Manfaat

Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Ramjeet Kaur Virik berkata, kempen tersebut merupakan satu lagi hasil kejayaan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam memberi manfaat kepada masyarakat.

MOHAMAD ISLAH HAKIM ISMAIL (kanan) menghiburkan orang ramai dengan persembahan angklung yang mempesonakan.


"Maklum balas terhadap kempen ini sungguh mengujakan sekali gus menunjukkan ibu bapa di Malaysia amat menitikberatkan pelaburan untuk pelajaran anak mereka pada masa depan.

"Kami akan terus memainkan peranan untuk menjadi inspirasi dan menyemarakkan semangat generasi muda negara ini," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kira-kira 800 penyertaan diterima, 156 daripadanya dari sekolah di Kelantan dan Terengganu. Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan dan nama murid bagi penyertaan tersebut dicadangkan oleh guru besar sekolah berkenaan.

Penyertaan daripada orang awam pula memerlukan ibu bapa menghantar rakaman video tentang bagaimana mereka memberi inspirasi kepada anak-anak dalam mencari potensi sebenar.

Sebanyak 625 rakaman video diterima penganjur dan daripada jumlah tersebut sebanyak 30 penerima bertuah telah dipilih oleh juri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran dan wakil penganjur. Selain itu, juri lain yang terlibat ialah pakar psikologi, Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor, penyanyi terkenal, Ziana Zain dan Faizal Tahir.

Sokongan orang ramai membuatkan pihak penganjur berhasrat untuk memanjangkan tempoh kempen dengan mengadakan bengkel Menginspirasikan Hari Esok kepada 50 kanak-kanak tersebut sehingga bulan depan.

Bengkel kepimpinan dan nutrisi bakal dilaksanakan secara bersiri. Tumpuan yang lebih diberikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Ia merupakan usaha untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang dalam menyebarkan harapan yang memupuk hubungan erat antara ibu bapa dan anak mereka.

Bumi pada tahun 2050

Posted:

Bumi pada tahun 2050

Bumi pada tahun 2050

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN


PORRITT menunjukkan buku terbaharunya, The World We Made pada majlis pelancarannya di ibu negara baru-baru ini.


KOMITMEN Sir Jonathon Porritt terhadap isu-isu alam sekitar berkembang sejak beliau menjadi seorang pendidik kira-kira 40 tahun lalu di sebuah sekolah di Shepherd's Bush, barat London, United Kingdom (UK).

Keterujaan Porritt, 63, yang merupakan anak kepada bekas Gabenor Jeneral New Zealand ke-11 iaitu Lord Arthur Porritt, dalam memperjuangkan isu-isu alam sekitar berterusan apabila cabang ideanya mula diterjemahkan melalui penulisan buku pertama pada tahun 1984, Seeing Green.

Melihat senario perdebatan hangat mengenai nasib bumi pada masa hadapan, bekas Pengerusi Bersama Parti Green di UK itu mengambil inisiatif melancarkan buku terbaharu di negara ini yang berjudul The World We Made: Alex McKay's Story from 2050 (The World We Made) di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Buku setebal 328 halaman itu menghuraikan keadaan dunia yang lebih baik pada tahun 2050 menerusi kaca mata Alex McKay, satu watak yang digambarkan sebagai seorang guru sejarah berusia 50 tahun.

"Idea yang dibangkitkan dalam buku ini bukan sains fiksyen. Buku The World We Made menekankan potensi pelbagai penyelesaian teknologi untuk membawa kita menuju masa depan yang lebih mampan," katanya.

Jonathon yang juga pengasas Forum for the Future, sebuah pertubuhan bukan kerajaan mengenai alam sekitar menolak tanggapan bahawa bumi pada masa hadapan terjejas teruk akibat pencemaran.

Sebaliknya, beliau menggambarkan dunia pada tahun 2050 adalah tempat yang diimpikan oleh setiap penduduk.

Memaparkan peristiwa-peristiwa penting, penciptaan teknologi baharu dan revolusi gaya hidup yang mengubah planet ini, buku itu juga dipenuhi dengan imej untuk menghidupkan dunia teknologi tinggi tersebut. Ia termasuk gambar-gambar, grafik dan lukisan tangan futuristik.


SEBAHAGIAN koleksi buku yang ditulis oleh Porritt.


The World We Made meliputi pelbagai topik yang merangkumi 'internet tenaga' kepada pengembaraan kapal udara, percetakan tiga dimensi ke robotik dan pertanian urban melalui pandangan teknologi terkini.

Dalam satu bab, Urban Makeover, McKay telah menceritakan tentang Menara Baharu Petronas di Kuala Lumpur yang siap dibina pada tahun 2042. Menara itu digambarkan mempunyai ketinggian 750 meter dan ia beroperasi dengan 92 peratus bekalan tenaga dijana oleh bangunan itu sendiri.

Karya terhebat

Buku terbaharu terbitan Phaidon tersebut mempunyai 135 imej berwarna, 50 ilustrasi hitam-putih dan dijual pada harga AS$39.95 (RM128) senaskhah.

Hingga saat ini, bekas guru bahasa Inggeris yang dikurniakan dua anak perempuan dengan masing-masing berusia 23 dan 22 tahun itu telah menghasilkan sembilan buah buku yang kesemuanya terarah kepada isu alam sekitar.

Porritt yang dilahirkan di Cheltenham, sekitar 160 kilometer dari London menjadikan penulis wanita terkenal dari Amerika Syarikat, Rachel Carson sebagai idolanya.

"Buku Rachel pada tahun 1962 berjudul Silent Spring adalah sebuah karya hebat. Ia menceritakan kesan racun pemusnah serangga terhadap alam sekitar," katanya.

Pencinta alam itu memberitahu bahawa walaupun karya-karyanya belum mendapat sebarang anugerah, perkara lebih penting adalah idea yang diperjuangkan memberi kesan kepada masyarakat.

"Saya pernah menjadi guru selama 10 tahun di sebuah sekolah di London dan saya suka berkomunikasi dan salah satunya dengan menulis buku.

"Buku membuatkan anda fokus dan ia menyebabkan kita berfikir tentang kelompok pembaca tertentu dan siapa yang akan membaca buku kita," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba

Posted:

Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba

Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba

TIGA buah helikopter tentera Amerika Syarikat yang membawa bantuan kemanusiaan tiba di sebuah lapangan terbang di Tacloban semalam.


GIPORLOS, Filipina - Bantuan makanan dan ubat-ubatan semalam tiba buat pertama kali di beberapa kawasan terpencil yang dilanda Taufan Haiyan yang telah meragut ribuan nyawa di Filipina.

Di Giporlos, kira-kira 12,000 mangsa taufan itu mula menerima bantuan tersebut yang dibawa dengan menggunakan helikopter Seahawk milik tentera Amerika Syarikat (AS).

Helikopter itu mendarat di padang permainan sebuah sekolah rendah di sini yang terletak di Pulau Samar.

"Kami sangat gembira walaupun bekalan itu tidak mencukupi. Kami menerima bekalan yang kecil itu kerana tidak ada lagi makanan dan rumah di sini," kata Maria Elvie Depelco.


SEORANGBEBERAPA mangsa Taufan Haiyan membasuh pakaian di sebatang paip di bandar Tacloban, wilayah Leyte semalam.


Di bandar Guiuan dekat sini, pesawat-pesawat yang sarat dengan bekalan kemanusiaan mendarat dan berlepas setiap beberapa minit di sebuah landasan terbang milik tentera.

Kapal pengangkut pesawat milik AS, USS George Washington turut menghantar 118 tan makanan, air dan barang-barang keperluan kepada mangsa-mangsa taufan tersebut di bandar Tacloban.

Taufan Haiyan yang melanda tengah Filipina pada 8 November lalu telah mencetuskan ombak tsunami setinggi lima meter.

Lebih 10,000 orang dipercayai telah terkorban.

Namun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan setakat ini seramai 4,460 orang telah terbunuh. - Agensi

Budak lima tahun jadi Batkid

Posted:

Budak lima tahun jadi Batkid

Budak lima tahun jadi Batkid


BATKID (tengah) gembira selepas dia berjaya membebaskan maskot anjing laut (kiri).


SAN FRANCISCO - Seorang budak yang sedang menjalani pemulihan akibat penyakit kanser menjadi adi wira cilik selama sehari di sini kelmarin.

Budak tersebut, Miles Scott memakai kostum Batkid menangkap pencuri terkenal dalam filem Batman, Riddler dan menumpaskan Penguin.

Scott yang memakai kostum Batkid dibantu seorang lelaki yang memakai kostum Batman bagi menumpaskan dua penjenayah tersebut.

Ribuan penduduk memberi penghormatan dengan berdiri di tepi jalan bagi menunggu ketibaan Batkid itu yang menaiki sebuah kereta Lamborghini dekat sebuah bangunan yang pernah menempatkan sebuah bank.

Dalam lakonan itu, Batkid dan Batman kemudian berjaya menangkap Riddler di bangunan tersebut kerana dia cuba untuk merompak.

Batkid juga berjaya menumpaskan Penguin yang dilakonkan oleh seorang lelaki ketika dia menjadikan maskot anjing laut sebagai tebusan.

Lakonan itu dianjurkan oleh Yayasan Make-a-Wish yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan.

Pertubuhan itu menunaikan hasrat dan impian golongan yang tidak bernasib baik.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut menghantar mesej pendek kepada Batkid itu dengan meminta dia terus melakukan kerja yang membawa kebaikan kepada orang ramai. - Agensi

Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba

Posted:

Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba

Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba

TIGA buah helikopter tentera Amerika Syarikat yang membawa bantuan kemanusiaan tiba di sebuah lapangan terbang di Tacloban semalam.


GIPORLOS, Filipina - Bantuan makanan dan ubat-ubatan semalam tiba buat pertama kali di beberapa kawasan terpencil yang dilanda Taufan Haiyan yang telah meragut ribuan nyawa di Filipina.

Di Giporlos, kira-kira 12,000 mangsa taufan itu mula menerima bantuan tersebut yang dibawa dengan menggunakan helikopter Seahawk milik tentera Amerika Syarikat (AS).

Helikopter itu mendarat di padang permainan sebuah sekolah rendah di sini yang terletak di Pulau Samar.

"Kami sangat gembira walaupun bekalan itu tidak mencukupi. Kami menerima bekalan yang kecil itu kerana tidak ada lagi makanan dan rumah di sini," kata Maria Elvie Depelco.


SEORANGBEBERAPA mangsa Taufan Haiyan membasuh pakaian di sebatang paip di bandar Tacloban, wilayah Leyte semalam.


Di bandar Guiuan dekat sini, pesawat-pesawat yang sarat dengan bekalan kemanusiaan mendarat dan berlepas setiap beberapa minit di sebuah landasan terbang milik tentera.

Kapal pengangkut pesawat milik AS, USS George Washington turut menghantar 118 tan makanan, air dan barang-barang keperluan kepada mangsa-mangsa taufan tersebut di bandar Tacloban.

Taufan Haiyan yang melanda tengah Filipina pada 8 November lalu telah mencetuskan ombak tsunami setinggi lima meter.

Lebih 10,000 orang dipercayai telah terkorban.

Namun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan setakat ini seramai 4,460 orang telah terbunuh. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Thien How/ Wee Kiong gagal rangkul juara beregu Terbuka China

Posted:

Thien How/ Wee Kiong gagal rangkul juara beregu Terbuka China

Thien How/ Wee Kiong gagal rangkul juara beregu Terbuka China

17/11/2013 9:46pm

KUALA LUMPUR - Beregu nombor dua negara, Hoon Thien How/Tan Wee Kiong gagal dalam percubaan merangkul gelaran Kejohanan Badminton Terbuka China selepas kalah kepada beregu utama Korea Selatan pada final di Shanghai hari ini.

Meskipun menunjukkan permainan yang baik, beregu negara itu gagal menandingi ketangkasan beregu Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong sebelum kalah 13-21 dan 12-21.

Perlawanan akhir kejohanan tersebut turut menyaksikan penguasaan pemain tuan rumah yang mengungguli tiga kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta beregu wanita.

Dalam acara perseorangan lelaki, Chen Long menundukkan rakan senegara Wang Zhengming 19-21, 21-8, 21-14, manakala Li Xuerui mengenepikan saingan Wang Shixian 16-21, 21-17, 21-19 dalam acara perseorangan wanita. Dalam acara beregu wanita pula, beregu nombor satu dunia Wang Xiaoli/Yu Yang mudah menewaskan beregu senegara Bao Yixin/Zhong Qianxin 21-13 dan 21-7.

Dalam final acara beregu campuran, pasangan Indonesia Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir mengatasi gandingan Denmark Joachim Fischer Nielsen/Christina Pedersen 21-10, 5-21, 21-17.

Sejak diperkenalkan pada 1991, hanya dua pemain negara yang berjaya membawa pulang kejuaraan Terbuka China iaitu perseorangan lelaki Wong Choong Han pada 2002 dan perseorangan wanita Wong Mew Chew pada 2007. - Bernama

Kes diabetes di Sarawak naik 72 peratus dalam lima tahun

Posted:

Kes diabetes di Sarawak naik 72 peratus dalam lima tahun

Kes diabetes di Sarawak naik 72 peratus dalam lima tahun

17/11/2013 9:02pm

KUCHING - Kes diabetes di Sarawak meningkat agak mendadak dalam tempoh lima tahun dengan 79,572 kes direkodkan tahun lepas berbanding 46,415 tahun 2008.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menyifatkan peningkatan ini sebagai membimbangkan dengan sejumlah 9,903 kes baharu dilaporkan setakat ini tahun ini.

Dalam ucapannya merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013 Peringkat Kebangsaan di sini, beliau berkata, kurang kesedaran untuk melakukan saringan kesihatan adalah antara punca kes-kes penyakit sebegini meningkat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (Kesihatan Awam) negeri, Datuk Dr. Jerip Susil.

Menurutnya, tinjauan kesedaran diabetes oleh Persatuan Diabetes Malaysia menunjukkan kebanyakan penghidap tidak menyedari simptom penyakit yang berlaku ke atas mereka. - Bernama

Polis percaya mangsa culik Pulau Pom Pom masih hidup

Posted:

Polis percaya mangsa culik Pulau Pom Pom masih hidup

Polis percaya mangsa culik Pulau Pom Pom masih hidup

17/11/2013 7:42pm

KINABATANGAN - Polis percaya wanita Taiwan yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna, Jumaat lepas masih hidup.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib juga mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri seperti yang dilapor oleh media.

Usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Kesedaran Jenayah dan Kembara Bermotosikal 2013 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan senjata berat.

Mengulas lanjut, Hamza berkata bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan oleh Jabatan Forensik polis pada 20 Nov ini.

Beliau juga mengulangi bahawa insiden itu adalah kejadian terpencil dan keadaan keselamatan di seluruh Sabah terkawal. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Zul Ariffin mudah terkejut

Posted:

Zul Ariffin mudah terkejut

Zul Ariffin mudah terkejut

ZUL ARIFFIN semakin serius membina nama namun dalam masa terdekat dia juga serius mahu melamar kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai.


KONTROVERSI pernah memamah nama Zul Ariffin. Ketika itu, dia baru sahaja hendak bertatih mengenal mukadimah jurnal seninya. Selepas empat tahun, hari ini lelaki bersosok tegap dari Taiping, Perak itu semakin dikenali atas kredibiliti kerja dan bukannya kisah peribadi.

Sesuatu yang menarik, kisah cintanya bersama Gayatri Su-Lin Pillai, seorang penerbit sebuah produksi besar tempatan itu seakan-akan tidak perlu disentuh lagi. Semua tahu, cukup setakat itu keseriusan perhubungan mereka. Soal perancangan atau kisah sehari-harian, rasanya tidak perlu soal hati dan perasaan dijaja sepanjang masa sementelah Zul sendiri mempunyai produk besar untuk dikongsikan.

Tiba pada hari dan waktu yang dijanjikan, pelakon yang bakal muncul menerusi sebuah lagi filem baharu berjudul Penanggal itu hadir sendirian ke sesi fotografi yang telah ditetapkan.

Wajahnya kemerah-merahan dan sambil menghela nafas panjang, dia masuk sambil mengheret bagasi besar. Zul sebenarnya baru tiba dari Jakarta, Indonesia atas urusan penggambaran telemovie di sana.

"Turun dari kapal terbang tadi, saya tahu saya kena bergegas. Nasib baik pakaian yang untuk fotografi ini sudah disiapkan," katanya yang secara tidak langsung memperlihatkan komitmen padu kepada jadual karier.

Biarpun namanya belum beraja sebagai aktor pujaan ramai, namun graf karier Zul yang bermula dari lokasi drama kepolisan terbitan Skop Production itu semakin menjalar. Di layar kaca, sudah berpuluh naskhah termasuk telemovie dan drama bersiri telah dilakonkannya.

"Walaupun nama saya tidak popular tetapi selagi saya ada kerja dan ada produk untuk ditonton, itu tandanya saya masih di atas landasan yang betul. Karier saya sedang bergerak dan saya gembira dengan perjalanan karier yang begini," katanya optimis.

Sambil menghitung usia yang berbaki tiga tahun sebelum bergelar lelaki 30-an, tambah Zul:

"Rasanya saya tidak perlu terburu-buru untuk menjadi terlalu popular atau mencipta banyak pencapaian dalam jangka masa pendek. Saya masih baharu dan jika dipanjang umur, saya mungkin berlakon sehingga 10 atau 15 tahun akan datang atau lebih lama daripada tempoh itu. kalau saya sudah mencapai semuanya sekarang, apa lagi yang harus saya kejar. Biarlah saya kayuh perlahan-lahan," katanya selesa dengan penerimaan industri yang sedang diterima.

Selain banyak drama di kaca televisyen, aktor yang baru-baru ini muncul menerusi drama bersiri Janji Adam itu lega, kerana tahun 2013 banyak memberi variasi demi kelangsungan kariernya.

"Drama itu biasa tapi menariknya juga, tahun ini saya ada dua buah filem berbeza latar masa dan karakter yang boleh dipersembahkan kepada peminat. Saya jadi mat moto besar dalam KL Bikers dan saya jadi lelaki Arab dalam Penanggal," katanya yang masuk ke layar perak buat pertama kali menerusi Evolusi KL Drift 2, tiga tahun lalu.

Takut hantu

Penanggal sebuah filem karya dan arahan Ellie Suriaty Omar yang memulakan penggambaran pada tahun 2011 itu sudah terlalu hampir untuk disaksikan peminat filem.

"Saya boleh katakan Penanggal sebuah filem seram. Penggambaran filem itu sendiri dilakukan di dalam hutan dan banyak adegan malam. Mujur sepanjang penggambaran, tidak pula saya diganggu dengan adegan yang menaikkan bulu roma. Kalau berlaku pun, mujur ketika itu saya tiada di lokasi. Saya sebenarnya seorang yang penakut," cerita Zul tentang pengalaman berlakon filem hantu di sekitar Sayong dan Kuala Kangsar, Perak itu.

Di sebalik sosok tegap dan penampilan macho yang terpancar di wajahnya, anak jantan yang meminati motosikal kuasa besar itu membuka kelemahan utamanya.

"Saya jenis yang mudah terkejut. Kalau ada babak-babak dalam filem atau drama, bukan cerita hantu pun, saya akan mudah tersentak dan terkejut. Jadi, saya tidak boleh menikmati filem hantu sebagaimana peminat filem hantu. Saya tak suka ditakut-takutkan, penat terkejut dan asyik tutup muka sahaja. Kadang-kadang, saya menyesal dan fikir kenapalah saya boleh terjebak jika pergi menonton filem seram di panggung," katanya yang sering mengelak daripada mendengar rakan-rakan bercerita tentang sebarang kisah seram.

Tambahnya seraya ketawa: "Setakat kena kutuk penakut oleh kawan-kawan, itu memang sudah perkara biasa. Saya tak kisah sebab memang saya penakut."

Takut menonton filem hantu, mudah terkejut oleh aksi di luar jangkaan, namun terlibat dalam filem Penanggal bersama Ellie ternyata sebuah pengalaman cukup berharga buatnya.

"Masa berlakon saya tak perlu nak rasa takut sangat sebab ketika di set ada ramai kru. Boleh dikatakan, pasukan Penanggal juga pasukan terbaik yang diimpikan dalam mana-mana pembikinan filem. Ellie seorang pengarah yang tahu hak dan tuntutan pelakon, dia seorang yang teliti dan cerewet untuk kesempurnaan.

"Sebagai pelakon, saya kena kenal rentak Ellie dan kami ambil masa sebulan untuk sesi bacaan skrip dan bila masuk sahaja ke lokasi, saya sudah tidak perlu membaca atau membawa skrip pun. Itu seronoknya berlakon filem Penanggal walaupun saya ada banyak dialog bahasa Arab. Bercakap dan memahami dialog bahasa Arab itu satu hal, satu hal yang lebih susah sebenarnya bagaimana hendak bercakap bahasa Melayu dalam lenggok orang Arab.

"Saya melakonkan watak Syed Omar anak kedua dalam sebuah keluarga Arab dalam filem itu. Sebagai anak kedua, dia selalu merasakan abangnya, Syed Yusof lakonan Azri Iskandar sering dilebih-lebihkan oleh ibunya. Saya bukan antagonis dalam filem berkenaan tetapi pemuda yang berdepan dilema anak kedua. Itu fahaman awal yang saya kena pegang," lentur Zul yang melakonkan karakter lakonannya yang menyimpan cinta terhadap Sharifah Zaharah lakonan Fasha Sandha.

Bakal menerjah panggung pada 28 November nanti, Penanggal juga meninggalkan impak besar buat Zul.

"Syed Omar cuma berdepan dilema anak kedua. Dia selalu merasakan abangnya lebih diutamakan. Saya bukan antagonis dalam filem berkenaan. Itu fahaman awal yang saya kena pegang.

"Banyak yang saya pelajari daripada Ellie, salah satu daripadanya ialah peringkat-peringkat lontaran emosi. Kalau marah, kami diberi latihan marah tahap pertama sehinggalah marah tahap kesepuluh. Jadi, setiap kali hendak mulakan lakonan, kami akan tanya, ini marah nombor satu atau lapan atau 10. Kadang-kadang jadi bahan ketawa, tapi metod sebegitu sangat berkesan, apabila tahap emosi itu sudah dikunci, kerja di set jadi mudah," katanya yang banyak bermain emosi marah, tidak puas hati dan cinta yang tidak kesampaian dalam filem seram klasik lakonan Ummi Nazeera sebagai hantu penanggal itu.

Akhirnya Zahida pilih lelaki bujang

Posted:

Akhirnya Zahida pilih lelaki bujang

Akhirnya Zahida pilih lelaki bujang

PENGAKUAN terbaharu Zahida Rafik segera menepis spekulasi selama ini yang mendakwa dirinya sudah berkahwin dan menjalin hubungan dengan orang kenamaan.


ZAHIDA RAFIK sepi di lapangan karier seni namun namanya seringkali terpalit dengan kisah-kisah panas. Persoalan tentang hidup mewah hasil tajaan orang kenamaan yang sering ditujukan kepadanya kini bagai sudah berakhir.

Pada usia 38 tahun, Zahida tidak perlu membuktikan dari mana kemewahan yang dimiliki sementelah dia sendiri menceburi bidang perniagaan kecantikan dan makanan sejak sekian lama.

Khamis lalu, Zahida mengejutkan banyak pihak apabila secara terus-terang membuka kisah cintanya yang sudah berlangsung sejak lapan tahun lalu. Jauh daripada segala spekulasi yang mendakwa Zahida mempunyai hubungan sulit dengan suami orang, pelakon yang pernah dikenali menerusi filem Anak Mami The Movie turut membuat pengakuan untuk berkahwin pada tahun depan namun bakal suaminya itu bukanlah orang politik. Lelaki yang digambarkan sebagai ahli perniagaan yang berasal dari Johor itu juga bukanlah berstatus suami ataupun duda.

"Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak lapan tahun lalu. Insya-Allah kami juga merancang berkahwin pada tahun depan.

"Tidak perlulah saya dedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Dia juga baru berumur 41 tahun, masih bujang dan bukan suami orang," jelas Zahida yang ditemui dalam majlis Baby Shower Betty Benafe di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Masih berahsia tentang lelaki yang sudah menakluk hatinya itu, kata Zahida, biarlah perkara itu hanya diperkenalkan kepada umum apabila tiba waktu yang tepat.

Menyimpan kisah peribadi bukan untuk tatapan umum, Zahida ternyata seorang berahsia. Jika tidak, masakan teman baiknya sendiri, Datin Paduka Umie Aida turut melahirkan rasa terkejut sebaik sahaja pengakuan Zahida itu hanya diketahui dari dada akhbar.

"Saya agak terkejut dengan pengakuan Zahida, memang kami kawan rapat tetapi setakat ini dia tidak pula bercerita tentang perancangannya untuk berkahwin. Saya pun tahu berita ini setelah membaca dari surat khabar. Apa-apa hal, sebagai kawan, saya berdoa agar segala perancangan Zahida akan berjalan lancar. Saya tumpang gembira untuk dia," jelas Umie sebaik sahaja diminta mengulas mengenai khabar gembira teman baiknya.

Nadia bukan anak emas

Posted:

Nadia bukan anak emas

Nadia bukan anak emas

NADIA antara lepasan pelajar teater yang sedang membina nama dalam lapangan drama komersial.


KATA pepatah, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Atas nama sebuah pengalaman dan mencari rezeki yang halal, Nad Zainal kini bakal mengacarakan anugerah berprestij, Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang akan bersiaran secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 29 November nanti.

Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal bakal digandingkan bersama Awal Ashaari dan Faizal Ismail pada anugerah itu nanti. Bidang pengacaraan adalah sesuatu yang baharu buat dirinya malah itulah kali pertama penglibatan anak kelahiran Kajang, Selangor itu terbabit secara langsung.

Pelakon yang tercalon dalam kategori drama untuk Pelakon Wanita Terbaik berkenaan menerima panggilan telefon dan terkejut apabila ditawarkan menjadi hos anugerah itu. Tanpa berfikir panjang beliau bersetuju dan merasakan bidang pengacara adalah sesuatu yang baharu buat dirinya.

Namun, wanita yang kini sedang hangat bercinta dengan pelakon baharu, Azman Kombos pantas dilabel sebagai anak emas rangkaian televisyen TV3.

"Saya fikir pihak pengurusan TV3 memberi peluang kepada saya dan artis-artis lain tidak terkecuali, tiada istilah anak emas buat diri saya dan TV3 pasti ada percaturannya.

"Namun, saya gembira apabila saya terpilih untuk menggalas tanggungjawab ini," ujar Nad melepaskan pandangan terhadap dirinya sebaik sahaja persoalan anak emas cuba diselidik.

Wanita yang lebih melonjak sebagai seorang pelakon drama Kampung Girl itu sedang dalam penggambaran filem Kapsul arahan Martias Mohd. Ali yang berkisarkan tentang perjalanan hidup ke dalam era yang berbeza. Nad memegang watak sebagai Fatimah yang hidup dalam era perang Jepun. Selain itu, dia baru sahaja selesai penggambaran untuk telemovie Sekali Sayang terbitan Filmscape yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved