Khamis, 14 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Puteri Hteik Su hidup dalam buangan

Posted:

Puteri Hteik Su hidup dalam buangan

Puteri Hteik Su hidup dalam buangan

DALAM sebuah pangsapuri sederhana, cucunda kepada Raja Myanmar terakhir hidup dalam keadaan miskin dan tidak dikenali oleh jiran-jirannya.

Kehidupannya diibaratkan seperti pepatah jauh panggang dari api dengan kuasa memerintah dan kemewahan yang pernah dimiliki oleh nenek moyangnya.

Puteri Hteik Su Phaya Gyi, 90, mengakui memori zaman kanak-kanaknya bagaikan sukar diimbau. Namun, beliau masih ingat kenangan manis mengenai keluarganya yang pernah memiliki ramai pekerja istana suatu ketika dulu.

Penjajah Inggeris menurunkan takhta ayahandanya, Raja Thibaw pada tahun 1885 hingga melenyapkan kuasa kerabat diraja tersebut. Kemudian, tentera Junta mengambil alih tampuk pemerintahan negara tersebut pada tahun 1962 sehingga tahun 2011 dan bertahan selama 23 tahun.

Akhirnya, kewujudan kerabat diraja Myanmar semakin hilang daripada pandangan rakyat.

Rakyat biasa

"Mereka tidak mahu kami menjadi sesiapa. Saya telah hidup sebagai rakyat biasa selama 60 tahun.

"Sudah tentu saya merindui kenangan indah yang dilalui semasa kecil dulu," ujar puteri yang sudah dipenuhi uban di kepalanya. Tubuhnya disarungkan dengan selendang ungu berkilau yang dipakai khas untuk sesi temu bual bersama AFP.

Keruntuhan monarki pemerintahan beraja ketika penghujung perang Anglo-Myanmar yang terakhir membuatkan bumi Myanmar berada di bawah penindasan penjajah secara mutlak. Peristiwa tersebut meranapkan pemerintahan diraja di negara yang pernah dipanggil Burma itu.

Thibaw dan permaisurinya, Supayalat telah dibuang negara tanpa sebarang upacara beradat dan tinggal di sebuah bandar kecil di India iaitu Ratnagiri.


PUTERI HTEIK SU PHAYA GYI (dua dari kanan) bersama saudara-mara ketika mereka berkunjung ke rumahnya di Yangon.


Pada tahun 1916, Thibaw mangkat pada usia 56 tahun kerana serangan jantung. Ekoran kemangkatannya, keluarga diraja berkenaan semakin terpisah.

Sebahagian daripada anggota keluarga yang tinggal terus menetap di India, manakala sebahagian yang lain berhijrah ke negara asal mereka, Myanmar. Pada ketika itu, Myanmar masih diperintah oleh Inggeris sehingga tahun 1948 sebelum digulingkan oleh tentera Junta pada tahun 1962.

"Kebanyakan rakyat Myanmar sudah melupakan raja," kata Timbalan Menteri Kebudayaan dan Sejarah Diraja, Than Swe.

Than Swe merupakan tunjang utama yang berkempen untuk membawa pulang jasad Thibaw ke Myanmar.

Lawatan Presiden Myanmar, Thein Sein ke makam Thibaw di Ratnagiri semasa membuat lawatan rasmi ke India pada Disember tahun lalu menjadi sebab kerajaannya berminat terhadap sistem pemerintahan beraja Myanmar.

Bagaimanapun, Than Swe berpendapat kerajaan Myanmar mempunyai banyak keutamaan lain yang perlu diberi perhatian. Misalnya, membersihkan pelaksanaan reformasi yang dilakukan oleh tentera Junta.

Makam permaisuri

Tentera Junta turut membuang tanda makam permaisuri yang cuba diletakkan oleh kerabat diraja Myanmar yang bertujuan untuk memudahkan pelawat.

Thibaw dilahirkan dalam keluarga yang hidup mewah dan kejatuhan baginda merupakan satu tamparan hebat kepada seluruh kerabatnya.

Sebelum kejatuhan baginda, seluruh kaum kerabat hidup dilimpahi kekayaan dan tinggal di dalam istana di Mandalay. Mereka hidup terasing oleh tembok yang memisahkan antara keluarga diraja dengan rakyat jelata.

Rakyat hanya boleh mendekati kerabat diraja dengan cara merangkak.

"Lelaki ini dianggap separa dewa di Myanmar. Baginda disembah oleh rakyat.

"Suatu hari baginda dikawal seperti boneka oleh penjajah Inggeris," kata Sauda Shah, penulis buku The King in Exile: The Fall of Royal Family of Burma.

Penjajah Inggeris mahu Thibaw menurunkan takhta bagi memudahkan laluan mereka menjalankan perniagaan dan memasukkan fahaman agama Kristian ke Myanmar.

RAJA THIBAW (kanan) merupakan raja terakhir yang memegang tampuk pemerintah beraja di Myanmar.


Waris diraja

Penjajah memilih untuk menghancurkan pemerintahan beraja dan lenyap dari bumi Myanmar selepas melihat penentangan hebat terhadap serangan yang mereka lancarkan.

Pada masa yang sama, pihak penjajah khuatir jika mereka tidak dapat mencari waris diraja yang boleh mengikut telunjuk mereka, lebih-lebih lagi Thibaw dan permaisuri cukup terkenal dalam menyingkirkan pesaing yang mahu merebut takhta di Myanmar.

Usaha untuk mengembalikan kedaulatan sistem beraja ke Myanmar tidak dipertimbangkan secara serius setelah negara tersebut mencapai kemerdekaan daripada Inggeris.

Adinda Hteik Su iaitu Putera Thaw Phaya Gyi, 89, pernah terlibat dalam Sukan Olimpik sebelum dibunuh oleh pemberontak pada tahun 1948.

Kedua-dua Hteik Su dan Thaw merupakan waris daripada Dinasti Kobaung yang masih hidup sehingga kini.

Bagaimanapun, kerabat diraja tersebut enggan menerima nilai elaun rendah yang ditawarkan kepada mereka selepas Inggeris meninggalkan Myanmar. Akhirnya, mereka terpaksa mencari jalan sendiri untuk meneruskan kehidupan.

Hteik Su menggunakan kebolehannya berbahasa Inggeris yang dipelajari ketika bersekolah di sekolah katolik yang terletak di selatan bandar Mawlamyine untuk bekerja sebagai guru di Kedutaan Australia dan Amerika Syarikat. Beliau masih bekerja sebagai guru sehingga hari ini.

Namun, perbalahan yang berlaku dalam keluarga diraja tersebut pada sekitar tahun 1990-an menyebabkan Hteik Su kehilangan rumah pusaka dan terpaksa tinggal di pondok.

"Bila hujan lebat, air akan naik hingga ke paras lutut. Ular dan lintah juga masuk ke dalam rumah," jelas Hteik Su.

Beliau kini tinggal bersama anak perempuannya yang bekerja di persatuan pengebumian. Menurut Hteik Su, tiada seorang pun daripada enam anak, 20 cucu dan lapan cicitnya berminat untuk menghidupkan kembali kedaulatan keluarga mereka.

Hteik Su bersyukur apabila Thein Sein meluangkan masa berkunjung ke Ratnagiri tetapi berpendirian agar makam nendanya (Thibaw) tidak perlu dipindahkan.


SALAH satu gambar kenangan keluarga yang masih dalam simpan Puteri Hteik Su Phaya Gyi.


Beberapa anggota keluarga yang tinggal mengumpul duit masing-masing untuk berkunjung ke India pada awal tahun 1990-an. Itu merupakan kali pertama dan terakhir Hteik Su berkunjung ke makam nendanya.

Hteik Su mengimbas kembali kisah yang diceritakan bondanya mengenai permaisuri yang berdiri di beranda kediaman baginda melontarkan pandangan ke arah Laut Arab sambil menangis mengingatkan tanah air di Myanmar.

"Sewaktu saya ke sana, saya melihat ke arah beranda kecil itu semasa suasana pemandangan matahari yang terbenam. Ketika itu, saya rasa mantan permaisuri pasti merasakan perkara yang sama. Lalu, air mata saya mengalir," ujarnya.

Perubahan watak seorang budiman kepada durjana

Posted:

Perubahan watak seorang budiman kepada durjana

Perubahan watak seorang budiman kepada durjana


PENJENAYAH mampu memanipulasi persepsi orang ramai dengan menggambarkan imej yang baik.


BEBERAPA minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita rompakan bersenjata oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah bank.

Pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan orang lain, sebaliknya telah bertindak menjadi musuh dalam selimut.

Kejadian tersebut nampaknya tidak berakhir di situ. Terbaharu, dengan menggunakan modus operandi yang sama, penjenayah lain telah menyamar sebagai pengawal keselamatan dan kemudiannya telah merompak sebuah kedai emas.

Walaupun hal seumpama ini mungkin jarang-jarang berlaku, tetapi ia sewajarnya mengingatkan kita untuk berhati-hati dalam semua situasi.

Ada individu yang walaupun kelihatan seperti seorang budiman, tetapi telah berubah kepada watak durjana dan ada juga yang berlakon baik bagi memenuhi hasrat buruk mereka.

Sebagai manusia, sebaik mana sekalipun kita mengenali seseorang, kita mungkin tidak mampu mengesan semua tingkah laku dan perubahan yang berlaku ke atas diri mereka. Dalam bidang psikologi, kegagalan kita mengesan perubahan ini dikenali sebagai change blindness.

Ia ibarat kegagalan untuk melihat titik buta tatkala kita melihat cermin pandang sisi kenderaan. Kita tidak mampu melihatnya dengan mudah. Titik buta inilah yang selalu digunakan oleh penjenayah untuk memerangkap orang awam yang melihat semua perkara sebagai keadaan biasa.

Walaupun mata kita mungkin telah melihat sesuatu dengan sebaik mungkin, tetapi pada akhirnya ia bergantung kepada sejauh mana kita 'ingin melihat apa yang ingin dilihat'.

Ia juga bergantung kepada sejauh mana apa yang kita lihat tadi sesuai dengan apa yang diramalkan. Dalam psikologi, hal ini dijelaskan sebagai prinsip kesamaan. Misalnya kita telah membentuk peta minda bahawa cawan mestilah berbentuk bujur atau bulat dan bukannya empat segi.

Tafsiran fizikal

Menjadi lebih buruk, tanggapan kita ini cuba membenarkan apa yang kita lihat, sekalipun adakalanya ia mungkin bersifat ilusi. Misalnya, apabila melihat seorang yang berkopiah, kita mentafsirkan mereka sebagai baik hati.

Tidak terlintas di hati kita atau sedar sebarang perubahan yang membawa kepada niat jahat individu itu. Ia dikenali sebagai law of good continuation. Penampilan fizikal tadi telah melengkapkan persepsi bahawa mereka seorang yang baik. Walaupun tidak ada salahnya kita berprasangka baik, tetapi ia tidak sesuai dalam semua keadaan.


SESIAPA sahaja boleh menjadi mangsa pembunuhan akibat perbuatan manusia durjana.


Penjenayah memanipulasi persepsi orang ramai dengan melakonkan watak-watak yang lazim dalam masyarakat. Dalam kes pengawal keselamatan tadi, kita berasa selamat kerana selama ini orang seperti ini biasanya sanggup menggadai nyawa mereka untuk menjaga orang lain.

Ini menjadikan mereka tidak dilihat sebagai ancaman. Ia melengkapkan penafsiran bahawa mereka bukanlah musuh atau seseorang yang patut dicurigakan.

Ia mungkin berbeza sekiranya penjenayah ini membawakan imej yang ganas, garang atau menakutkan. Keupayaan melakonkan watak sebagai penjaga yang menjadi penyebab mengapa ia tidak mampu mengubah persepsi kita.

Walaupun mengesan perubahan manusia tidak semudah mengesan perubahan fizikal bagi objek atau benda yang lain, tetapi sebenarnya ilmu psikologi sedikit sebanyak menerangkan bahawa perubahan manusia juga dapat dilihat berdasarkan gerak-geri mereka.

Manipulasi persepsi

Sungguhpun mampu memperagakan imej baik secara luaran, tetapi tidak semua manusia mampu menipu diri mereka sendiri. Perubahan dalam diri mereka secara tidak langsung mengubah perilaku mereka juga.

Perubahan ini boleh dilihat berdasarkan kekerapan gerakan tangan, gaya percakapan yang ragu-ragu dan apabila berbual, mata mereka seolah-olahnya cuba merenung ke arah yang lain. Boleh dikatakan bahawa kerdip mata mereka yang mempunyai niat yang buruk juga berbeza.

Semua ini adalah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah berubah menjadi individu yang lain atau mempunyai muslihat tertentu.

Memandangkan perubahan ini tidak mungkin mudah dilihat oleh kebanyakan orang awam, majikan yang menggaji pekerja yang terlibat dengan keselamatan orang ramai seharusnya mempunyai kemahiran ini. Mereka perlu berupaya untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku dalam kalangan pekerja memandangkan mereka yang bertanggungjawab menyelia tugasan harian kakitangan tersebut.

Kita tidak boleh lagi terlalu mempercayai bahawa penjenayah hanya membawa watak yang ganas . Tatkala dunia ini telah mengalami perubahan sistem keselamatan dan teknologi yang kian canggih, penjenayah juga bijak untuk terus memanipulasi persepsi manusia.

Sedikit pengetahuan mengenai prinsip psikologi mungkin boleh membantu kita untuk mengubah pola kita berfikir dan melihat sesuatu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


PPSB rai 169 kakitangan setia, khidmat cemerlang

Posted:

PPSB rai 169 kakitangan setia, khidmat cemerlang

PPSB rai 169 kakitangan setia, khidmat cemerlang

PENERIMA Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Khidmat Lama PPSB bergambar selepas majlis penyampaian anugerah itu di George Town baru-baru ini.


HARGAI JASA. Seramai 169 kakitangan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) menerima Anugerah Khidmat Lama dan Perkhidmatan Cemerlang di Hotel Traders, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Seramai 25 orang kakitangan menerima Anugerah Khidmat Lama selepas berkhidmat antara 25 hingga 30 tahun manakala 144 orang lagi dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang.

Anugerah itu disampaikan oleh Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar.

Menurut Ahmad, majlis itu besar ertinya bagi meraikan kakitangan yang telah memberi sumbangan cukup besar kepada PPSB yang secara tidak langsung menunjukkan kesungguhan mereka terhadap tugas.

"PPSB menghargai khidmat semua kakitangannya tanpa mengira 'orang lama' atau baharu agar kekal dinamik sebagai sebuah keluarga besar," ujarnya.

Perlawanan tenis persahabatan antara Penjara Kajang, Alam

Posted:

Perlawanan tenis persahabatan antara Penjara Kajang, Alam

Perlawanan tenis persahabatan antara Penjara Kajang, Alam


PEMAIN Kelab Tenis Penjara Kajang dan Alam bergambar sebelum memulakan perlawanan tenis persahabatan di Kajang, Selangor baru-baru ini.


PERSAHABATAN. Kelab Tenis Penjara Kajang di Kajang, Selangor baru-baru ini menerima kunjungan Kelab Tenis Akademi Laut Malaysia (Alam) Melaka bagi mengadakan perlawanan tenis persahabatan.

Perlawanan yang berlangsung sengit itu memihak kepada pasukan Kelab Tenis Alam yang diketuai Abu Osama.

Perlawanan timbal balas akan diadakan di Alam, Melaka tidak lama lagi.

Sementara itu, Ketua Kelab Tenis Penjara Kajang, M. Zainuddin Ibrahim berkata, tujuan perlawanan tersebut diadakan bagi mengeratkan silaturahim dan saling mengenali antara kakitangan kedua-dua belah pihak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jadi agresif selepas bahu ditepuk

Posted:

Jadi agresif selepas bahu ditepuk

Jadi agresif selepas bahu ditepuk

SULAIMAN menunjukkan kereta peronda polis yang remuk selepas dilarikan seorang lelaki di Plaza Tol Chenor, Maran semalam.


MARAN - Seorang anggota polis peronda tidak menyangka tindakannya meminta seorang lelaki supaya berhenti berzikir di tengah Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Plaza Tol Chenor di sini berakhir dengan tragedi apabila lelaki itu merampas pistol dan melarikan kereta peronda yang dipandu peronda berkenaan.

Lebih mengejutkan, drama rampas pistol dan bawa lari kereta peronda itu yang berlarutan selama empat jam, turut mengakibatkan lelaki tersebut, Muhd. Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, mati ketika dirawat di Hospital Temerloh di sini semalam.

Dia menerima rawatan tersebut selepas cedera di kepala apabila kereta peronda yang dilarikannya itu berlanggar dengan kenderaan polis yang mengejar dan kemudian mengepungnya.

Kereta peronda polis jenis Proton Inspira dan pistol jenis P99 tersebut dilarikan oleh lelaki tersebut dari Plaza Tol Chenor memasuki Pekan Awah sebelum ia berjaya disekat di Kilometer 107, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Bukit Lada.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A. Hamid berkata, sebelum itu pada pukul 12.45 tengah malam, polis menerima aduan terdapat seorang lelaki duduk di atas sebuah motosikal di lorong tengah lebuh raya dekat Plaza Tol Chenor.

Katanya, tindakan lelaki itu didapati mengganggu lalu lintas selain membahayakan dirinya.

Berikutan itu katanya, dua buah kereta peronda polis ditugaskan ke plaza tol berkenaan bagi menyuraikan keadaan.

"Anggota polis yang tiba di plaza tol itu mendapati seorang lelaki sedang berzikir di atas sebuah motosikal.

"Seorang anggota polis kemudian menghampiri lelaki itu lalu menepuk bahunya sambil memujuk supaya dia beredar," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Restoran 'nasi ganja' Ipoh diarah tutup

Posted:

Restoran 'nasi ganja' Ipoh diarah tutup

Restoran 'nasi ganja' Ipoh diarah tutup

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


INILAH restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom, Ipoh yang diarah tutup kerana kotor semalam.


IPOH – Sebuah restoran terkenal di Jalan Yang Kalsom di sini yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana hidangan nasi kandar diarah tutup selama dua minggu.

Restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang mendapat jolokan 'nasi ganja' itu diarahkan tutup selepas kira-kira 20 pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Perak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis berkenaan petang semalam.

Menurut jurucakap Pejabat Kesihatan Kinta, notis tersebut dibuat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas mendapati premis tersebut tidak bersih.

"Premis terbabit diarahkan ditutup bermula pukul 5 petang ini (semalam) sehingga 28 November depan.

"Penutupan selama 14 hari dibuat atas alasan ia tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Salon rambut jadi salon seks

Posted:

Salon rambut jadi salon seks

Salon rambut jadi salon seks

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan KHAIRIYAH HANAFI
jenayah@kosmo.com.my


Sebahagian pelacur yang ditangkap dalam serbuan di Jalan Bandar 19, Puchong malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Rahsia sebuah salon dandanan rambut yang mendapat sambutan pelanggan lelaki terbongkar apabila premis tersebut rupa-rupanya menawarkan pakej khidmat seks wanita warga China dan Vietnam.

Kegiatan tidak bermoral di salon yang berpusat di tingkat dua dan tiga sebuah rumah kedai di Jalan Bandar 19, Puchong dekat sini terdedah dalam serbuan polis pada pukul 11 malam kelmarin.

Semasa serbuan, tiga pasangan bukan suami isteri sedang berasmara manakala sembilan lagi pelanggan lelaki sedang menunggu untuk mendapat habuan masing-masing.

Pegawai Risikan dan Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Inspektor Roslin Mohamad Isa berkata, pusat kecantikan yang menawarkan pakej dandanan rambut berserta khidmat seks itu dihidu pihak berkuasa selepas menerima aduan awam yang curiga dengan perniagaan di salon itu yang hanya menerima pelanggan lelaki.

Khidmat di salon itu juga bermula pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 1 pagi pada setiap hari.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Uruguay sebelah kaki ke Brazil

Posted:

Uruguay sebelah kaki ke Brazil

Uruguay sebelah kaki ke Brazil

BARISAN pemain Uruguay meraikan kejayaan mereka membenam Jordan 5-0 pada aksi playoff pertama Piala Dunia 2014 di Stadium Antarabangsa Amman awal pagi semalam.


AMMAN, Jordan - Uruguay hampir pasti layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 selepas membelasah Jordan 5-0 pada aksi playoff pertama di Stadium Kebangsaan Amman awal pagi semalam.

Jaringan menerusi Maxi Pereira, Cristian Stuani, Nicolas Lodeiro, Cristian Rodriguez dan Edinson Cavani memastikan Uruguay memiliki bekalan selesa untuk aksi playoff kedua di Stadium Estadio Centenario, Montevideo minggu depan.

"Kemenangan ini telah meletakkan kami berada dalam keadaan terbaik untuk aksi kedua playoff.

"Kami akan bermain dengan formasi yang sama bagi menghormati peminat-peminat yang dijangka akan memenuhi stadium pada Jumaat depan.

"Saya difahamkan sebanyak 60,000 tiket telah dijual," kata jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez.

Pereira terlebih dahulu membuka tirai jaringan Uruguay selepas memanfaatkan hantaran penyerang berbisa Liverpool, Luis Suarez pada minit ke-22.

Stuani menggandakan kedudukan buat Uruguay apabila menjaringkan gol kedua sebelum berakhir aksi babak pertama.

Lodeiro meledak gol ketiga Uruguay pada minit ke-69 sebelum Rodriguez terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan Jordan dengan menjaringkan gol keempat berselang sembilan minit kemudian.

Cavani melengkapkan kemenangan bergaya Uruguay apabila berjaya meledak gol kelima menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan. - AP

Dua watak utama gamit tumpuan

Posted:

Dua watak utama gamit tumpuan

Dua watak utama gamit tumpuan

STOCKHOLM, Sweden - Kapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic menepis laporan bahawa aksi menentang Portugal dalam saingan playoff Piala Dunia 2014 lebih kepada pertembungannya dengan Cristiano Ronaldo.

Sebaliknya, Ibrahimovic berkata, dia dan Ronaldo yang juga kapten Portugal hanya mahu memberikan fokus terhadap tugasan bersama skuad masing-masing.

"Tiada timbul soal siapa lebih hebat, sebaliknya saya yakin saya dan Ronaldo akan berusaha membantu negara kami untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014.

"Perlawanan ini tidak sepatutnya fokus antara dua pemain, ia adalah pertembungan antara Portugal dan Sweden," ujar Ibrahimovic.

Ibrahimovic turut menepis dakwaan yang mengatakan Ronaldo mudah terjatuh di kawasan kotak penalti dan ditanya mengapa dia tidak melakukan seperti aksi bintang Real Madrid itu.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai 'berlakon' dalam bola sepak. Saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu.

"Saya hanya mahu bermain bola. Saya langsung tidak fikir mengenai hal itu, malah saya tidak percaya Ronaldo akan sengaja berbuat demikian," katanya.

Biarpun sedar Portugal tampil selaku pasukan pilihan, Ibrahimovic berkata, Sweden masih berpeluang menempah slot Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Portugal pasti diletakkan sebagai pilihan tetapi kami muncul pasukan kedua terbaik di belakang Jerman dalam peringkat kumpulan.

"Jadi, kami berhak untuk meneruskan kemaraan ke Brazil," jelasnya.

Ibrahimovic mengakui, dia kini menikmati prestasi cemerlang meskipun usianya telah mencecah 32 tahun.

"Keupayaan saya sentiasa berkembang. Untuk menjadi seperti itu, kamu harus kuat menjalani sesi latihan, memiliki mental yang kuat dan pengalaman beraksi bersama pasukan-pasukan gergasi Eropah.

"Saya sangat berharap dapat meneruskan prestasi cemerlang ini," katanya. - Reuters

Namat: Lawan sudah boleh baca gaya Harimau Malaya

Posted:

Namat: Lawan sudah boleh baca gaya Harimau Malaya

Namat: Lawan sudah boleh baca gaya Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BEKAS pemain kebangsaan, Datuk Namat Abdullah menggesa jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menukar taktikal dengan lebih efektif menjelang perlawanan penting menentang Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Manama, malam esok.

Namat mendedahkan, skuad negara harus mencari satu formula dalam membina jentera serangan lebih ampuh jika berhasrat untuk merebut slot automatik ke pusingan akhir kejohanan itu di Australia nanti.

Jelasnya, beliau percaya taktik yang sama diamalkan oleh Rajagobal menyaksikan Harimau Malaya sekadar memenangi satu perlawanan sepanjang 18 aksi persahabatan serta kejohanan sejak 1 Februari lalu.

Justeru, Namat khuatir Harimau Malaya terus menjadi mangsa belasahan pasukan lawan jika Rajagobal tidak bertindak untuk melakukan sesuatu dengan pasukan bimbingannya itu.

"Pada aksi menentang Bahrain, Rajagobal kena ubah (taktikal) sedikit. Mungkin beliau harus memikirkan bagaimana cara untuk menyerang dan bertahan dengan lebih berkesan.

"Pada pendapat saya, pasukan lawan sudah mula boleh baca permainan kita. Sebab itu kita dilihat gagal untuk memberikan saingan dalam mana-mana perlawanan.

"Kita tidak lagi boleh bergantung kepada nasib dan saya percaya, Rajagobal dapat meraih keputusan positif dengan melakukan sedikit perubahan dengan taktikal yang bakal digunakannya pada perlawanan itu nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Tambah Namat, Rajagobal turut dilihat memiliki masalah kecergasan pemain yang mana ia adalah faktor utama untuk menentukan keseimbangan dalam sesuatu perlawanan.

"Kita tewas 0-3 kepada Kuwait bukan kerana skuad negara tidak cukup bagus tetapi saya percaya pemain-pemain sudah keletihan.

"Pemain dari Kelantan dan Pahang pula baru beraksi dalam final Piala Malaysia dan mereka tidak sempat untuk kembali cergas menghadapi perlawanan menentang Bahrain.

"Tahap kecergasan pemain amat penting buat jurulatih dan saya berharap Rajagobal dapat melaksanakan tugas terbaik demi membantu skuad negara layak ke Piala Asia 2015 kelak," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


50,000 kes strok baharu setiap tahun

Posted:

50,000 kes strok baharu setiap tahun

50,000 kes strok baharu setiap tahun

YEO (lima dari kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat korporat yang menyumbang sejumlah RM150,000 kepada Nasam baru-baru ini.


SETIAP dua saat, seorang individu akan diserang strok dan enam saat mati kerana disebabkan penyakit ini di seluruh dunia.

Tanpa mengenal usia atau jantina, penyakit strok berisiko kepada sesiapa sahaja, terutamanya individu yang tidak tahu tentang tanda-tanda dan cara pencegahannya.

Serangan strok berlaku apabila salur darah tersumbat dan bekalan darah beroksigen tidak sampai ke sebahagian bahagian otak. Kekurangan oksigen tersebut menyebabkan sel-sel otak rosak atau mati, sekaligus bahagian tubuh badan yang dikuasai oleh bahagian berkenaan menjadi lumpuh.

Menurut Pengasas Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (Nasam), Janet Yeo, pengetahuan rakyat Malaysia tentang strok masih rendah.

"Sebanyak 50,000 kes baharu pesakit strok dilaporkan setiap tahun di Malaysia dan kadar tersebut dijangka akan terus meningkat.

"Fenomena ini berpunca kerana orang ramai masih lagi tidak mengetahui tentang bahaya strok dan cara pencegahannya," katanya.

Sehubungan dengan itu, Yeo memberitahu, Nasam melancarkan kempen kesedaran strok sepanjang tahun sebagai tindakan mengawal angka kematian dan peningkatan penghidap penyakit strok.

Bersama mencegah dan merawat penyakit strok dalam kalangan rakyat Malaysia, empat syarikat korporat iaitu Pusat Perubatan Ara Damansara, Hovid Berhad, Yee Lee Trading Berhad (YLC) dan Pengurusan Runcit Farmasi Caring Sdn. Bhd. (Farmasi Caring) menyumbangkan dana keseluruhan berjumlah RM150,000 kepada badan bukan kerajaan itu.

Menurut Pengarah Urusan Farmasi Caring, Chang Yeow Siang, pihaknya menyokong kempen yang diadakan oleh Nasam kerana ia mempunyai matlamat sama iaitu untuk menyediakan kepakaran, kualiti dan perkhidmatan berkaitan kesihatan bagi menjamin kesejahteraan orang ramai.

"Kami berharap sumbangan sebanyak RM25,000 ini dapat membantu Nasam dalam mempergiatkan lagi usaha membantu mangsa strok dan mendidik rakyat Malaysia untuk mencegahnya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengawai Eksekutif Pusat Perubatan Ara Damansara, Sue Lee memberitahu, kajian yang dilakukan oleh sebuah jabatan penyelidikan di Kanada mendedahkan penduduk di Asia Selatan kini berdepan dengan risiko besar mengalami strok.

"Penduduk Malaysia adalah antara negara yang paling berisiko tinggi menghadapi masalah sakit jantung dan strok ekoran masalah darah tinggi serta diabetes. Melihatkan fenomena ini, pihak kami mengambil peluang bersama-sama menghulurkan dana sebanyak RM50,000 sebagai sokongan usaha meningkatkan kesedaran umum yang dianjurkan Nasam," katanya.

Maklumat lanjut mengenai cawangan, pusat pemulihan strok dan inisiatif Nasam boleh diperoleh melalui laman web www.nasam.org.

Keasyikan aiskrim Magnum versi mini

Posted:

Keasyikan aiskrim Magnum versi mini

Keasyikan aiskrim Magnum versi mini

ORANG ramai boleh menikmati enam batang aiskrim Magnum mini pada harga RM12.90 satu kotak.


KERANGUPAN kepingan lapisan luar coklat Belgium oleh aiskrim Magnum sememangnya mampu mengukirkan senyuman di bibir penggemar manisan sejuk.

Memperkenalkan tiga rasa coklat asli, Magnum menawarkan Magnum Mini Classic, Magnum Mini Almond dan Chocolate Mini Brownie di pasaran.

Kini, produk Wall's Malaysia itu menawarkan manisan tersebut dalam saiz mini bagi memenuhi keinginan serta keperluan peminatnya.

Menurut Pengerusi dan Pengarah Urusan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (Unilever Malaysia), Rakesh Mohan, kini rakyat Malaysia boleh menikmati versi mini aiskrim popular itu pada bila-bila masa.

"Penggemar aiskrim Magnum kini boleh menikmati manisan mereka dalam keadaan yang lebih selesa tanpa perlu untuk membuka mulut yang luas," katanya berseloroh pada pelancaran Magnum Mini di pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia, Herry Budiazhari.

Herry memberitahu, Magnum Mini itu dihasilkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia memberi ganjaran kepada diri atas segala usaha harian mereka.

"Magnum Mini memberi ganjaran yang memuaskan pada harga lebih murah dan kuantiti lebih banyak.

"Ia dijual pada harga RM12.90 untuk satu kotak yang mempunyai enam batang aiskrim," jelasnya.

Orang ramai boleh mendapatkan Magnum Mini di semua pasar raya besar, kedai serbaneka dan kedai di stesen minyak di seluruh negara.

Terdahulu, majlis pelancaran Magnum Mini itu turut dimeriahkan dengan tarikan Keseronokkan Rumah Mini yang didirikan sehingga esok di Publika.

Pengunjung boleh merasai pengalaman seperti berada di dalam rumah sebenar sambil merakamkan detik-detik manis bersama Magnum Mini menerusi pemancar skrin khas yang disediakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Singapura gesa kerjasama serantau banteras penggodam

Posted:

Singapura gesa kerjasama serantau banteras penggodam

Singapura gesa kerjasama serantau banteras penggodam

14/11/2013 11:27pm

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong meminta bantuan kerjasama serantau dari negara-negara Asia Tenggara untuk banteras ancaman siber selepas beberapa laman web rasmi republik itu digodam oleh pihak yang menuntut kebebasan Internet.

"Saya tidak fikir mana-mana negara terlepas daripada ancaman ini. Justeru, kita perlu mengukuhkan pertahanan masing-masing dan bekerjasama untuk menangani ancaman serupa ini," katanya pada persidangan telekomunikasi serantau dan menteri-menteri teknologi maklumat.

Hsien Loong berkata, laman-laman web di Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia juga telah terjejas dan beliau berjanji untuk mendakwa pihak bertanggungjawab terhdap ancaman di Singapura itu 'sehingga ke tahap akhir undang-undang'.

Dalam pada itu, lima warga Singapura telah disiasat selepas disyaki menggodam laman web Perdana Menteri dan Presiden negara itu minggu lalu.

Laman web rasmi Hsien Loong telah digodam oleh ahli kumpulan aktivis global bernama Anonymous yang menuntut pemerintah Singapura membatalkan peraturan permohonan lesen tahunan bagi laman web berita. Kumpulan itu menyifatkan tindakan pemerintah Singapura itu sebagai usaha menyekat kebebasan akhbar dalam talian. - AFP

188 pasukan sertai Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza World (NWCA) esok

Posted:

188 pasukan sertai Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza World (NWCA) esok

188 pasukan sertai Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza World (NWCA) esok

14/11/2013 10:16pm

LANGKAWI - Sebanyak 188 pasukan dari 40 buah negara bakal berentap dalam Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza World (NWCA) 2013 bermula esok di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (IMEC), Langkawi.

Pegawai Eksekutif AKR Event, Syed Mohd. Johan Rizal berkata, beliau menjangkakan pasukan tempatan akan memberikan kejutan kepada peminat sukan tersebut.

"Tahun lepas pasukan tempatan menamatkan saingan di tempat ketiga jadi peluang mereka untuk mendapat gelaran juara sangat tinggi pada tahun ini… Ini semua tidak mustahil.

"Mereka juga telah menyertai lebih 20 perlawanan di peringkat Asia, benua, tempatan serta antarabangsa dan masing-masing berada dalam kelompok lima terbaik," katanya sidang media di sini hari ini.

Kejohanan edisi ketiga yang akan membuka tirainya bermula esok hingga Isnin ini bakal menyaksikan pertaruhan sengit dengan Infernal dari Thailand berusaha mempertahankan juara Divisyen Satu.

Untuk rekod, pasukan Infernal melakar kejutan muncul sebagai juara pada kejohanan edisi kedua yang menawarkan ganjaran bernilai RM60,000 itu apabila berjaya menewaskan juara bertahan Datis dari Iran pada aksi suku akhir.

Kejohanan itu juga akan turut menyaksikan persaingan sengit dengan kehadiran pasukan ternama seperti STK dari Australia, Datis serta pasukan tunggal wanita Divisyen Satu, Poison Ivy dari Norway. - Bernama

Kedah perlu lebih banyak industri untuk jana ekonomi - Tun Mahathir

Posted:

Kedah perlu lebih banyak industri untuk jana ekonomi - Tun Mahathir

Kedah perlu lebih banyak industri untuk jana ekonomi - Tun Mahathir

14/11/2013 10:13pm

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah perlu mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian untuk menjana pendapatan tinggi, tetapi pada masa sama tidak boleh mengabaikan sektor pertanian berasaskan padi.

Ini kerana padi merupakan jaminan bekalan makanan kepada rakyat negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata, sektor pertanian padi perlu diuruskan dengan cekap untuk memastikan produktiviti yang tinggi, sekali gus dapat menyumbang pendapatan tinggi kepada petani.

"Dua perkara saya lihat penting di Kedah iaitu jaminan makanan dan juga meningkatkan pendapatan rakyat. Untuk itu, kerajaan negeri memerlukan aktiviti industri yang dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya dalam majlis dialog sembang petang sempena Karnival 7 Hari 7 Malam, Muzium Padi di Gunung Keriang di sini hari ini. Karnival bermula sejak 11 November lepas.

Beliau berkata, untuk memperoleh hasil yang lebih baik, pesawah perlu menggunakan peralatan pertanian berteknologi moden bagi meningkatkan hasil pengeluaran mereka. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Mangsa Haiyan terkorban kerana cari makanan

Posted:

Mangsa Haiyan terkorban kerana cari makanan

Mangsa Haiyan terkorban kerana cari makanan

SEORANG penduduk menutup hidung ketika dia melintasi mayat-mayat yang ditutup dengan kain di Tacloban semalam.


TACLOBAN - Sebuah gudang beras diceroboh masuk oleh mangsa-mangsa Taufan Haiyan di wilayah Lyte, tengah Filipina menyebabkan lapan orang terbunuh kelmarin.

Lapan orang terbunuh itu dihempap dinding bangunan gudang berkenaan selepas mangsa-mangsa tersebut kelaparan.

Ketika kejadian, mangsa-mangsa taufan tersebut cuba melarikan ribuan guni beras yang terdapat di dalam gudang berkenaan.

Gudang berkenaan terletak kira-kira 24 kilometer dari sini.

Kejadian tembakan juga berlaku semalam di jambatan San Juanico di ini melibatkan anggota-anggota keselamatan dengan sekumpulan lelaki bersenjata.

Sejak taufan itu melanda wilayah tengah Filipina pada Jumaat lalu, sejumlah orang telah menyerbu rumah, gudang, garaj untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman.

Terdapat juga laporan yang menyatakan, sekumpulan lelaki bersenjata yang melaku- kan rompakan.

Perintah berkurung telah dikuatkuasakan bermula pada pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi.

Polis menyatakan, situasi di wilayah berkenaan semakin pulih selepas kejadian yang tidak diingini itu berlaku.

"Kami telah memulihkan ketenteraman," kata Pengarah Pasukan Tindakan Khas Filipina, Carmelo Espina Valmoria.

Dalam pada itu, angka korban rasmi akibat Taufan Haiyan di Filipina kini meningkat kepada 2,275 orang.

Majlis Pengurangan Risiko dan Penguru- san Bencana Kebangsaan menyiarkan maklumat jumlah kematian tersebut petang semalam.

Ia menyatakan, seramai 3,804 orang cedera dengan 79 lagi mangsa masih hilang.

Sebelum ini, media tempatan dan luar negara melaporkan, lebih 10,000 orang menjadi korban taufan yang bertiup pada kela- juan melebihi 300 kilometer sejam itu.

Ribut antara yang terkuat di dunia itu memusnahkan puluhan ribu bangunan dan menyebabkan sekitar 600,000 orang hilang tempat tinggal.

Satu operasi menyelamat besar-besaran sedang giat di jalankan tetapi ramai mangsa di zon bencana masih belum menerima seba- rang bantuan. - Agensi

iPad Mini baharu masuki pasaran

Posted:

iPad Mini baharu masuki pasaran

iPad Mini baharu masuki pasaran


SEORANG kakitangan syarikat Apple memegang iPad Mini baharu pada 22 Oktober lalu di San Francisco, Amerika Syarikat.


CUPERTINO, California - Versi terbaharu iPad Mini keluaran Apple mula memasuki pasaran kelmarin.

Gajet mini itu merupakan versi iPad lebih kecil yang pertama menampilkan paparan resolusi tinggi yang dikenali sebagai retina.

Ia turut dilengkapi cip jimat tenaga A7 dengan fungsi wayarles lebih pantas.

Komputer tablet itu didatangkan dalam dua warna iaitu perak atau kelabu.

Versi wayarles akan dijual pada harga bermula AS$399 (RM1,281) untuk model berkapasiti 16 gigabit manakala harga permulaan untuk model selular 16 gigabit pula ialah AS$529 (RM1,699). - AP

Lukisan termahal dunia dilelong RM457.3 juta

Posted:

Lukisan termahal dunia dilelong RM457.3 juta

Lukisan termahal dunia dilelong RM457.3 juta


GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud.- AP


NEW YORK - Sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang di- adakan di sini kelmarin.

Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.

Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.

Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.

Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).

Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Joe Flizzow raih pengiktirafan

Posted:

Joe Flizzow raih pengiktirafan

Joe Flizzow raih pengiktirafan

WALAUPUN gagal memenangi kategori Fresh TV Series Award menerusi rancangan televisyen popular Hip-Hoppin' Asia, penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow dinobatkan sebagai pemenang Ultimate Shout! Awards tahun ini.

Anugerah tertinggi yang diberikan kepada individu atau penggiat seni yang memberikan sumbangan tertinggi dalam industri hiburan negara itu secara tidak langsung telah mengiktiraf sumbangan Joe dan muzik hip hop yang diperjuangkan selama ini.

Ujar Joe, pengiktirafan yang diberikan Shout! Awards tahun ini membuktikan bahawa muzik bersifat universal dan genre hip hop sebenarnya mampu menjadi medium penyatuan.

"Ultimate Shout! Awards menghargai sumbangan penggiat muzik hip hop seperti saya, terima kasih kerana sentiasa melihat potensi yang ada dalam genre hip hop.

"Saya tidak layak untuk menerima anugerah ini dan saya meraikan kemenangan ini mewakili pasukan saya yang bertungkus lumus selama ini.

"Ternyata muzik hip hop mampu mengerat dan mengukuhkan persahabatan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

"Jelas sekali saya tidak menjangka akan memenangi anugerah terunggul Shout! Awards ini," katanya yang ditemui di belakang pentas Shout! Awards usai kemenangannya pada malam Sabtu lalu.


TERUJA... Joe sangat menghargai pengiktirafan yang diberikan terhadap hasil karier muziknya selama ini.


Jelajah

Kemenangan itu, kata Joe, telah menyuntik semangatnya untuk terus lebih keras bekerja dan menumpukan sepenuhnya untuk perkembangan genre muzik itu.

"Insya-Allah akan ada siri susulan rancangan Hip-Hoppin' Asia pada tahun depan dan produksi kami akan mencari lebih mendalam muzik hip hop dari lokasi yang tidak siapa terduga.

"Selain itu, saya akan memberikan fokus sepenuhnya untuk perkembangan muzik hip hop dan album terbaharu saya, Havoc yang bakal berada di pasaran awal tahun depan.

"Malah, saya akan menumpukan promosi album yang selama ini sering dilupakan oleh sesetengah artis setelah mengeluarkan sesebuah album. Promosi album saya akan meliputi siri jelajah di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei," katanya yang baru pulang dari Thailand beberapa hari lalu.

Selain promosi dan mengadakan persembahan di beberapa buah lokasi tertentu, Joe akan mengeluarkan barangan cenderamata khas untuk peminatnya dan akan dijual bersama sepanjang siri jelajah kelak.

Ciplak

Sementara itu, Joe diminta mengulas mengenai isu lagu ciplak nyanyian Waris dan Juzzthin ciptaan DJ Fuzz berjudul Botingkek digugurkan pencalonan daripada Anugerah Industri Muzik (AIM 20) kerana didakwa telah diciplak sepenuhnya daripada lagu Racks, nyanyian YC dan Future.

"Sebagai penyanyi yang telah lama dalam industri muzik hip hop di Malaysia, saya tidak melihat lagu tersebut diciplak, sebaliknya dalam genre hip hop situasi itu lebih dikenali dengan terma mixtape.

"Maknanya, sesebuah melodi itu dinyanyikan semula menggunakan lirik lain dan lagu itu tidak memerlukan kebenaran daripada pencipta asal untuk digunakan semula asalkan bukan bertujuan mencari keuntungan.

"Banyak perkara yang perlu diperhalusi dan dibincangkan sebelum memutuskan untuk menggugurkan sesebuah lagu daripada pertandingan," tegasnya.


JOE mempunyai pandangan tersendiri tentang isu lagu kolaborasi Waris dan Juzthin yang dikatakan merupakan hasil ciplak.


Dalam pada itu, Joe akur dengan pendirian sesetengah pihak terutama stesen radio yang enggan memutarkan lagu terbaharu ciptaannya, Havoc kerana didakwa mengandungi lirik bahasa rojak.

"Sejak dari zaman Too Phat lagi, lapan daripada 10 buah lagu dalam album diharamkan untuk memasuki airplay di beberapa buah stesen radio. Itu tidak menjadi masalah kepada saya sebenarnya.

"Bahasa adalah cara kita berkomunikasi dan kalau mahu penggiat seni berbual seperti zaman Hang Tuah, mungkin stesen radio perlu menunggu lebih lama lagi.

"Lainlah kalau lirik itu menggunakan bahasa kasar atau lucah, maka dengan itu saya memohon maaf terlebih dahulu.

"Muzik adalah seni dan kita tidak boleh mengarahkan warna apa yang boleh digunakan untuk mencorakkan dunia ini," simpulnya berfalsafah.

Ning tidak berniat bukukan fantasi seks

Posted:

Ning tidak berniat bukukan fantasi seks

Ning tidak berniat bukukan fantasi seks

Oleh MUHAMMAD IZWAN MOHD. ISA


NING giat menjalani latihan untuk Konsert Pelangi Untukmu yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 16 November ini.


BARU-BARU ini, penyanyi bersuara saprano, Ning Baizura dikatakan mahu membukukan kisah mengenai fantasi seksnya yang pernah hangat menjadi bahan bualan suatu ketika dahulu.

Ada juga cakap-cakap nakal yang mengatakan penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Ning itu tidak pernah penat untuk mencipta publisiti bagi meraih perhatian orang ramai.

Namun, ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Pelangi Untukmu di International College Of Music, Jalan Pahang, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ning dengan tenang membidas dakwaan tersebut dan memberitahu kisah sebenar

di sebalik isu berkenaan.

Kosmo!: Khabarnya, Ning berniat untuk membukukan kisah fantasi seks yang pernah membadai kehidupan peribadi Ning suatu ketika dahulu. Adakah dakwaan tersebut benar?

NING BAIZURA: Saya agak terkejut dan terkilan dengan dakwaan tersebut kerana saya hanya merancang untuk menulis sebuah buku autobiografi mengenai kisah hidup saya sepanjang bergelar anak seni, tidak tertumpu pada perkara itu sahaja.

Jadi, apa pandangan Ning mengenai isu ini dan kesannya terhadap karier Ning?

Mungkin isu ini timbul akibat berlakunya salah faham. Tetapi ingin saya tekankan, perkongsian kisah hidup saya dengan peminat bersifat universal. Ia juga berkait rapat dengan jatuh bangun diri saya ketika bergelar anak seni.

Sebagai seorang artis yang sudah 20 tahun berada dalam industri hiburan, apakah sumber kekuatan utama Ning untuk terus melawan isu-isu yang berunsur negatif seperti ini?

Tidak saya nafikan, banyak yang perlu ditelan sepanjang 20 tahun bergelar anak seni. Sepanjang tempoh itu juga, saya semakin matang dan faham tentang selok- belok industri hiburan terutamanya yang melibatkan isu-isu berkaitan peribadi.

Apakah harapan Ning setelah isu mengenai buku ini selesai?

Saya berharap agar orang ramai khususnya peminat saya menjadi lebih matang dalam menilai sesuatu cerita yang disampaikan.

NING menegaskan timbul isu salah faham tentang kononnya dia akan membukukan kisah fantasi seks dirinya.


Apakah perkembangan terbaharu Ning?

Saya sedang menjalani latihan untuk konsert solo terbaharu yang akan berlangsung pada 16 November ini. Jadi, segala persiapan perlu dilakukan agar persembahan dapat berjalan dengan sempurna.

Boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai konsert tersebut?

Konsert solo saya itu diberi nama Pelangi Untukmu dan ia akan berlangsung pada 16 November ini di TM Convention Centre, Kuala Lumpur. Saya akan membawakan sebanyak 20 buah lagu lama yang diberi nafas baharu seperti Pasti, Curiga dan Awan Yang Terpilu. Saya juga akan memperdengarkan lagu-lagu baharu iaitu Embunan Bersinar, Bukan Wanita Sempurna dan Pelangi Untukmu.

Bagaimana dengan harga jualan tiket dan cara peminat boleh mendapatkannya?

Mereka boleh membeli tiket-tiket berharga RM50 dan RM 70 di www.ticketcharge.com.my. Bagi tiket berharga RM150, e-melkan butiran ke nmz.ning@gmail.com.

Kali terakhir Ning mengeluarkan album kira-kira tiga tahun yang lalu. Ada perancangan untuk album baharu?

Saya telah pun merakam tiga buah lagu baharu untuk album kompilasi bertajuk Kekal - Ning Baizura. Album ini sungguh istimewa kerana ia turut mengandungi tujuh lagu-lagu hits saya yang telah diberi nafas baharu. Peminat yang membeli tiket konsert berharga RM150 bakal menerima album ini secara percuma pada malam konsert sebelum ia dilancarkan Disember depan.

Ning kini sudah bergelar ibu. Bagaimana membahagikan masa dengan anak?

Alhamdulillah, buat masa ini saya seronok menjaga Rayyan (anak lelaki Ning). Bagi saya, setelah bergelar ibu, keluarga adalah keutamaan. Setelah itu barulah kerjaya.

Anugerah Skrin 2013 pecah tradisi

Posted:

Anugerah Skrin 2013 pecah tradisi

Anugerah Skrin 2013 pecah tradisi

CRISTINA SUZANNE tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem KIL.


LARI daripada kebiasaan, debaran Anugerah Skrin 2013 tampil dengan kelainan. Ia mencipta sejarah tersendiri serta memecah tradisi dengan pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori dipertandingkan yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.

Sejak dipertandingkan pada 1994, Anugerah Skrin 2013 merupakan majlis paling berprestij dalam industri hiburan tanah air dan sudah pasti ia dinantikan oleh setiap lapisan masyarakat khususnya penggiat seni yang membabitkan diri dalam penerbitan drama, filem dan program televisyen.

Ibarat malam praanugerah, Debaran Anugerah Skrin 2013 bersiaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini menyaksikan ramai penggiat seni hadir untuk merasai debarannya.

Pengumuman awal ini dilakukan sebulan lebih awal daripada jadual malam kemuncak anugerah yang bakal diadakan pada 29 November ini, merupakan satu idea baharu untuk memberi ruang kepada penggiat seni merasai kehangatan hasil kerja keras mereka sebelum ini.

Debaran Anugerah Skrin yang dihoskan oleh Awal Ashaari dimulakan dengan persembahan bertenaga One Nation Emcees menerusi rangkaian lagu daripada filem-filem Bujang Lapok iaitu Resam Dunia, Pok Pok Bujang Lapok, Ya Habibi Ali Baba dan Gelora.

Pemilihan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk menghangatkan Anugerah Skrin 2013 kerana beliau merupakan satu-satunya legenda anak seni yang bergelar seniman agung malah 66 buah filem dan 360 buah lagu yang dihasilkan oleh beliau tidak lekang dek panas tidak lapok dek hujan.

Sementara itu, tujuan Anugerah Skrin adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengeluar-pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan.

Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan ialah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu.

Antara faktor telefilem yang dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen ialah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap, mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej yang positif di samping boleh menarik perhatian penonton.

KATEGORI Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama turut menyenaraikan pelakon baharu, Shukri Yahya sebagai salah seorang daripada calonnya.


Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013 dan pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian Nielson Audience Measurement mengikut genre masing-masing.

Untuk kategori drama, 13 drama rantaian dan empat komedi telah dicalonkan, manakala untuk kategori filem pula 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2013.

Mendominasi senarai pencalonan, Mawar Putih Tanda Perpisahan mendapat lapan pencalonan terbaik seperti Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita, Pengarah Terbaik, Artis Harapan Pantene, videografi dan pelakon Televisyen Terbaik.

Antara drama lain yang layak bertanding seperti Akhirnya Kisah Perempuan, Aku Bukan Malaikat, Anak Lorong, Bedah Tong Gas Nak Raya, Di Bawah Langit Mu, Fatihah untuk Abah, Hari Hari Terakhir Seorang Seniman, Kampong Semerah Padi, Kawan, Neraka Abah, Perempuan Itu Ibuku, Sebelum Kiamat, Siapa Dapat Lisa, Strawberry Karipap dan Tunggu Sekejap.

Anugerah Skrin 2013 menerima pencalonan bagi kategori drama rantaian seperti Adam Dan Hawa, Cinta Kau Dan Aku, Dalam Setiap Sujud, Debunga Lalang, Geng Bas Sekolah (Musim 5), Jodoh, Karlos, Operasi D6, Setia Hujung Nyawa, Surat dari Langit Biru, Tanah Merah, Terlanjur Cinta dan Trilogi Cinta (Muim 2)

Bagi kategori drama komedi pula, Anugerah Skrin 2013 menerima pencalonan seperti Buletin Cinta, Mentua VS Menantu, Udin Glamour Balik Kampung dan Keluarga Iskandar.

Sementara bagi kategori filem pula ialah 29 Februari, Aku Terima Nikahnya, Istanbul Aku Datang, Juvana, KIL, Langgar, Lari, Pecah, Rock Oo, SAM dan lain-lain.

Persembahan nyanyian Jaclyn Victor dan Uchop mengakhiri Debaran Anugerah Skrin 2013. Gandingan mantap duet itu mendendangkan rangkaian lagu daripada filem Sembilu 2 iaitu Bersama Akhirnya, Senja Nan Merah, dan Ukiran Jiwa.

Berikut adalah antara senarai lima pencalonan terbaik (Top 5).

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved