Selasa, 5 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Berada dalam air lebih tenang

Posted:

Berada dalam air lebih tenang

Berada dalam air lebih tenang

SEKITAR Ogos 2012, Zarith Sofia Raja Zulkifli, 28, telah disahkan mengandung. Sebaik dimaklumkan berita gembira itu, dia dan suaminya, Ben Ibrahim, 35, terus membuat keputusan untuk melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin dalam air.

Wanita yang menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran di Universiti Charles Sturt, Sydney, Australia itu mahu berbuat demikian memandangkan salah seorang rakan universitinya pernah menjalani kaedah itu.

"Dia (kawan) mengaku ia lebih tenang dan kurang sakit ketika melahirkan bayi. Jadi, pada masa itu, saya dan suami teruja melihat keberkesanan proses tersebut dan bercadang memilih kaedah itu jika bersalin nanti," jelasnya.

Zarith Sofia memberitahu, mereka telah menyuarakan hasrat itu kepada kedua-dua orang tua mereka.

"Seperti kebanyakan ibu bapa, khususnya apabila mengetahui kaedah kelahiran itu merupakan bukan cara konvensional, mereka tidak bersetuju kerana khuatir akan berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap saya dan cucu mereka.

"Namun demikian, bagi meyakinkan mereka bahawa ia satu kaedah yang selamat, kami telah membawa mereka ke Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL) untuk berjumpa dengan doktor yang melakukan kaedah tersebut," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Zarith Sofia, kedua-dua keluarga membenarkannya menjalani prosedur tersebut apabila berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan doktor berkenaan.

Kurang tekanan

Ghairah bercerita mengenai pengalaman yang sukar dilupakan itu, katanya, dia sebenarnya dijadualkan bersalin pada 8 April tetapi bayinya lahir pada 21 Mac lalu ekoran air ketuban yang pecah lebih awal.

"Suami membawa saya ke HPKL sekitar pukul 11 malam, namun pada pukul 6 pagi kesakitan makin terasa.

"Sebaik doktor melihat bukaan servik menjadi enam sentimeter (cm), baru saya dimasukkan ke dalam kolam air," jelasnya.


SEBUAH tab khas dengan air bersuhu 37 darjah Celsius dan katil disediakan dalam bilik bersalin bagi kemudahan wanita yang memutuskan untuk melahirkan anaknya di dalam air.


Berbicara lanjut, anak jati Kuala Lumpur itu memberitahu, dia duduk di dalam tab khas yang mengandungi air suam bersuhu 37 darjah Celcius sehingga pukul 11 pagi sambil mendengar lagu.

"Saya tidak meneran cuma mengambil nafas sedalam-dalamnya kerana tidak mahu berada dalam keadaan tegang.

"Berada di dalam air ternyata lebih tenang dan kesakitan yang dialami juga berkurangan," katanya yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram sekitar pukul 11.43 pagi.

Menurutnya, dia dibiarkan berada dalam tab tersebut sambil memeluk bayinya yang bernama Kyla Natasha selama 10 minit sebelum dinaikkan ke atas katil yang bersebelahan tab itu untuk menunggu uri anaknya keluar.

Pengalaman berbeza

Bagi ibu kepada empat orang anak, Ar'nie Rozah Krogh, 45, dia menjalani kaedah kelahiran tersebut untuk anak keempatnya, Ariena Ayla Krogh pada pada 13 Julai tahun lalu.

Dia memilih kaedah itu berikutan mengalami pelbagai komplikasi sejak melahirkan anak pertama.

"Tiga anak saya dilahirkan secara normal namun kelahiran mereka berdepan banyak dugaan. Saya terpaksa menahan kesakitan berjam-jam sehingga terpaksa mengambil suntikan ubat penahan sakit, epidural.

Serik dengan keadaan itu, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah bersalin dalam air dan mencari maklumat mengenai kaedah itu di internet.

"Saya berjumpa Pakar Obstetrik dan Ginekologi HPKL, Dr. Choong Kuo Hsiang pada minggu ke-32 kehamilan," jelasnya.

Menceritakan semula pengalaman baharu itu, Ar'nie memberitahu, sebelum bersalin dalam air, dia ditahan di wad selama tiga hari kerana bukaan rahimnya masih belum membolehkannya untuk bersalin.

"Ketika itu, doktor menasihatkan supaya saya menjalani proses bersalin seperti biasa, namun saya tidak melihat ia tidak menjadi penghalang untuk meneruskan niat bersalin dalam air," jelasnya.

Menurut wanita ini, doktor telah memasukkan ubat bagi mempercepatkan bukaan servis dan setelah bukaan mencapai tujuh sentimeter, dia diminta masuk ke dalam tab air yang disediakan.

Berkat kecekalan dan kesabaran, sebaik memasuki ke dalam kolam air berkenaan, kesakitan bersalin semakin berkurangan.

Menurut wanita kelahiran Singapura itu, apabila dia melihat sendiri badannya terapung di dalam air, dia berasa selesa.

"Ia seolah-olah seperti ubat penahan sakit semulajadi apatah saya bebas mencari posisi badan mengikut keselesaan.

HAMPIR 100 orang bayi disambut menggunakan kaedah bersalin dalam air di HPKL sejak tahun 2009. - Gambar hiasan.


"Malah, apabila berlaku kontraksi yang kuat, saya dengan sendirinya menolak bayi keluar. Saya berasa lebih fokus untuk bersalin berbanding berada di atas katil," jelas sambil menegaskan ia merupakan satu pengalaman yang berbeza berbanding kaedah bersalin normal.

Tambah Ar'nie sambil tersenyum, jika dia tahu ada kaedah ini dahulu, kesemua anaknya pasti akan dilahirkan dalam air.

Sementara itu, Kuo Hsiang berkata, hampir 100 orang bayi telah disambut melalui kaedah bersalin dalam air sejak diperkenalkan di HPKL pada 14 Jun 2009.

Menurutnya, idea bersalin dalam air dicetuskan oleh seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky pada tahun 1960-an.

Kaedah bersalin dalam air sebenarnya satu perkara biasa dan popular di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sejak tahun 1980 lagi namun, ia kurang meluas di Malaysia.

Sehingga kini, beratus-ratus bayi telah dilahirkan dalam air sejak kaedah berkenaan diperkenalkan di dua buah hospital di Malaysia iaitu Hospital Island, Pulau Pinang dan HPKL.

Kuo Hsiang mengakui, pada permulaan, pihaknya tidak menerima sambutan yang menggalakkan memandangkan ia dianggap bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

Bagaimanapun, senario itu semakin berubah sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas kelahiran anak sulung Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Sophea Isabella oleh isterinya, Datin Dr. Harlina Mohd. Yunos, pada 21 Julai 2011.

Bergerak bebas

Menyentuh mengenai prosedur itu lebih lanjut, beliau memberitahu, kaedah itu hanya boleh dijalani oleh ibu yang tidak mempunyai masalah kesihatan sepanjang kehamilan.

Ini untuk memastikan keselamatan kedua-dua ibu dan bayi berkenaan.

Menurut beliau, pesakit akan dimasukkan ke dalam kolam yang suhunya pada suhu badan (37 darjah Celcius) apabila bukaan serviks 5 cm.

Dr. Choong menjelaskan, apungan badan ketika berada di dalam air mengurangkan beban berat badan dan membolehkan wanita bergerak bebas dalam tab dan mencari posisi yang selesa.

"Golongan ibu mengandung boleh memilih kedudukan yang sesuai untuk bersalin misalnya mencangkung atau melutut bagi memudahkan bayi keluar," katanya pada sidang akhbar selepas memperkenalkan proses bersalin dalam air di HPKL baru-baru ini.

Tambah beliau, pihaknya turut membenarkan golongan ibu melakukan aktiviti bagi mengurangkan kesakitan sementara menanti saat kelahiran.


KUO HSIANG (berdiri kanan) memaklumkan apungan badan dalam air membolehkan wanita mencari posisi badan yang selesa untuk bersalin.


"Mereka bebas untuk bergerak di sekitar bilik bersalin malah, golongan suami juga dibenarkan menemani isteri dalam bilik tersebut sehingga tiba waktu untuk bersalin.

"Ruang ini turut dilengkapi dengan alunan muzik dan gambar pemandangan indah bagi mewujudkan suasana tenang dan selesa," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, jika pesakit itu tidak selesa dengan prosedur itu, pihaknya akan membatalkan kaedah tersebut dan bersalin di atas katil yang turut disediakan di bilik berkenaan.

"Namun, setakat ini, semua ibu yang menjalani kaedah itu selamat melahirkan anak dengan sempurna," katanya.

Kuo Hsiang memberitahu kos bersalin menggunakan kaedah tersebut adalah sekitar RM6,000.

Ketika ditanya mengenai tahap kebersihan kolam air itu, beliau berkata, pihaknya menggunakan air steril untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

"Malah, kolam tersebut tidak akan dibanjiri dengan darah kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan doktor apabila berada di luar tab berkenaan," tuturnya.

Bagi mengulas risiko bayi lemas menggunakan kaedah itu, beliau menjelaskan, peratus kes bayi lemas di negara-negara yang menggunakan kaedah itu seperti AS, Itali, Australia, New Zealand dan UK adalah terlalu kecil iaitu di bawah satu peratus.

Projek air ancam penduduk China

Posted:

Projek air ancam penduduk China

Projek air ancam penduduk China


KERJA-KERJA pembinaan kini giat dilaksanakan oleh pemaju biarpun menerima bantahan penduduk setempat.


CHINA bakal mencipta sejarah tersendiri apabila merancang untuk melencongkan arah air dari bahagian selatan ke utara yang padat dengan penduduk.

Projek mega yang dijangka memakan hampir setengah abad itu menelan belanja berbilion-bilion dollar.

Bagaimanapun ketika ujian awal dilaksanakan tahun ini, penduduk kampung yang menetap di sepanjang laluan itu mendakwa, aliran air mencemar kawasan tasik sehingga menyebabkan banyak ikan mati. Ini sekali gus menjejaskan punca pendapatan mereka.

Pihak berkuasa di wilayah timur Shandong, bagaimanapun menolak dakwaan itu, namun kejadian itu menimbulkan kebimbangan sama ada Rancangan Melencongkan Air dari Selatan ke Utara itu memberi kesan yang lebih buruk pada masa hadapan.

Projek pembinaan kompleks geo kejuruteraan itu telah bermula pada 2002 dan mengambil masa 50 tahun serta melibatkan kos sehingga 500 bilion yuan (RM260 bilion).

Ia meliputi pembinaan saluran termasuk meletupkan gunung-ganang di zon gempa bumi di dataran tinggi Tibet.

Sekiranya berfungsi, ia akan membentuk tiga saluran berasingan yang berpunca dari Sungai Yangtze dan menghasilkan kira-kira 45 bilion meter kubik air setahun. Projek itu meliputi terowong dan terusan sepanjang 4,350 kilometer ke Beijing dan bahagian utara yang lain.

Menurut laporan Bank Dunia, dengan hanya satu perlima daripada jumlah bekalan dalam negara, utara China menyokong hampir separuh daripada populasi penduduk dan ekonomi serta dua pertiga daripada tanah pertanian.

China mempunyai sejarah panjang dalam pelaksanaan projek mega berkaitan air menerusi Terusan Utama yang memanjang dari Shanghai sehingga Beijing.

Projek yang bermula sekitar 2,500 tahun lalu terus berkembang dalam tempoh beberapa dekad ini.

Menurut laman web rasmi projek berkenaan, usaha untuk mengembangkan rangkaian air dari Selatan ke Utara itu merupakan cetusan bekas pengasas republik itu, Mao Zedong.

AIR dari Sungai Yangtze akan disalurkan menerusi terusan dan terowong sepanjang 4,350 kilometer ke utara.


Beliau yang dikenali mempunyai cita-cita besar memulakan idea itu pada 1952: "Bahagian selatan mempunyai bekalan air yang banyak, di utara pula sedikit. Sekiranya air dapat disalurkan ke sana pasti dapat menyelesaikan banyak masalah pada masa hadapan."

Bagaimanapun, ia terdedah kepada pelbagai masalah. Pencemaran akan menyebabkan air sungai tidak boleh digunakan, saluran panjang menerusi kawasan berbukit memerlukan kuasa yang besar untuk mengepamnya dan ia akan menyebabkan penduduk di kawasan yang terlibat terpaksa dipindahkan.

Kesan kehidupan

Jika projek itu berjaya sekalipun, permintaan terhadap bekalan air masih tidak mencukupi berikutan jumlah penduduk di negara yang semakin meningkat saban tahun.

Ancaman pencemaran utama terletak di laluan timur yang dipilih untuk menyalurkan air dari wilayah Jiangsu ke Shandong dan bahagian utara menjelang akhir tahun ini.

Dibina di atas saluran air sedia ada di kawasan pesisir yang rancak membangun di China, ia akan meningkatkan risiko pencemaran sejak awal sehingga akhir pembangunan projek itu.

"Tumpuan utama pada fasa pertama projek ini adalah untuk menguatkan penyeliaan terhadap pencemaran," kata laman web rasmi itu lagi.

Bagaimanapun di Gupang, penduduk mendakwa air yang disalirkan ke Tasik Dongping ketika ujian awal yang dilakukan selama sebulan menyebabkan banyak ikan mati.

Seorang bekas penternak ikan, Pang, 72 berkata: "Tasik ini pada asalnya dipenuhi ikan dan kini ia semakin berkurangan. Banyak ikan yang mati akibat pencemaran."

Kini, kebanyakan penduduk di sekitarnya terpaksa mencari sumber pendapatan lain. Sebahagian jaring yang dipasang nelayan serta bot-bot nelayan terbiar begitu sahaja.

Penduduk mendakwa kehilangan pendapatan tahunan sehingga RM26,000 apabila anak-anak ikan yang dilepaskan mati ketika ujian yang dilakukan pada Jun lalu. Disebabkan tidak mampu menanggung kerugian, ramai anak muda berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka. -AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Pengajaran maya Frog VLE

Posted:

Pengajaran maya Frog VLE

Pengajaran maya Frog VLE

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA

MOHD. HANIFF HAFISZAL SEMAN, 33, berjalan mundar-mandir di sekeliling bilik makmal komputer yang terletak di tingkat dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya. Sesekali matanya liar memerhatikan gerak-geri pelajar-pelajar tahun tiga Alfa yang leka mengadap komputer masing-masing.

Mereka tampak begitu fokus, mungkin sedang gigih memerah otak menyelesaikan beberapa latihan matematik yang diberikannya sebentar tadi.

"Kelas, kamu semua ada 15 minit lagi. Pastikan semua soalan dijawab dengan sempurna dan disemak sebelum dihantar. Sesiapa mempunyai masalah, sila angkat tangan nanti cikgu akan bantu kamu," katanya sambil melihat jam tangan yang dipakainya.

Lazimnya, begitulah kaedah pengajaran yang dipraktikkannya sejak setahun yang lalu.

Selepas menerangkan sesuatu konsep seperti yang ditetapkan dalam silibus, dia akan memberikan latihan kepada pelajar untuk meningkatkan kefahaman mereka.

Menariknya, Mohd. Haniff Hafiszal tidak menggunakan kaedah pengajaran konvensional di bilik darjah, sebaliknya selesa mengajar dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi sistem pembelajaran maya, Frog VLE.

"Melalui sistem ini, kaedah pengajaran bukan sahaja menjadi mudah dan pantas malah lebih interaktif.

"Semua bahan pengajaran juga boleh diakses melalui satu pangkalan data membolehkan guru dan pelajar berkongsi maklumat yang sama," ujarnya yang sudah tujuh tahun bergelar pendidik.

SK Putrajaya Persint 8(1) merupakan salah satu daripada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di negara ini yang mengguna pakai aplikasi Frog VLE.

Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL Communications menerusi projek 1BestariNet sejak awal tahun lalu, sistem yang dibangunkan di United Kindom itu membolehkan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran di sekolah menjadi mudah dan lancar.


PENGGUNAAN Frog VLE menjadikan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran di sekolah menjadi mudah serta lancar.


Menerusinya juga, semua sekolah bakal dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.

Berasaskan web

Pengarah Eksekutif Frog Asia Sdn. Bhd., Yeoh Pei Lou berkata, Frog VLE adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Katanya, melalui sistem itu pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah sahaja sebaliknya boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

"Sistem ini membenarkan pelajar dan guru untuk menghasilkan dan mengakses sebuah tapak pembelajaran secara dalam talian. Ia membolehkan mereka memperoleh hampir semua maklumat di internet seperti video, gambar, sumber pendidikan dan membinanya menjadi sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal.

"Apa yang lebih penting, limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat yang ditawarkan itu adalah selamat dan telah ditapis," katanya kepada Kosmo!

Mengulas lanjut, Pei Lou berkata, sistem itu menggunakan platform Google Cloud yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi Google seperti Google Email, Google Drive dan sebagainya.

Pada masa yang sama, katanya, platform itu juga menawarkan bahan pengajaran berkualiti secara percuma seperti Khan Academy, Ted Education, National Georgaphic dan British Council selain apa yang disediakan oleh KPM.

"Ini akan memberi kelebihan kepada para guru untuk mencari bahan-bahan pengajaran yang sesuai dengan minat dan kemampuan pelajar mereka.

"Pada masa sama, mereka juga boleh menghasilkan bahan pengajaran sendiri dan berkongsi bersama guru lain di sekolah atau di seluruh negara," ujarnya.


PEMBELAJARAN secara interaktif melalui Frog VLE mampu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek.


Jelas Pei Lou, syarikat itu tidak sekadar menyediakan platform Frog VLE malah bertanggungjawab memastikan sistem itu dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

"Fasa-fasa akhir kini giat dilaksanakan termasuk menyediakan rangkaian internet berkelajuan tinggi di samping merangka sistem latihan dalam kalangan mereka yang terlibat di semua peringkat.

"Sebanyak 351 buah sekolah telah dipilih di bawah Program Sekolah Champion dan telah diberi bimbingan mengenai penggunaan Frog VLE secara komprehensif. Pada masa sama, kami turut melatih lebih 671 kakitangan di kementerian bagi tujuan yang sama," katanya.

Kelebihan

Sementara itu, Tan Mui Meng, Ketua Panitia Bahasa Cina di sekolah itu berkata, sistem itu memberi kelebihan kepada semua pihak sama ada dalam kalangan pentadbir, para guru, pelajar dan ibu bapa.

Ujarnya, melalui sistem itu, semua maklumat dalam buku teks termasuk latihan dan kerja sekolah akan disimpan dalam satu pangkalan data.

"Ia dapat mengurangkan jumlah buku teks yang perlu dibawa oleh pelajar ke sekolah dan jumlah buku latihan yang perlu ditanda oleh guru setiap hari kerana peranan itu telah diambil alih oleh komputer.

"Dengan ini, guru dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajar serta merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

"Sementara itu, ibu bapa pula bukan sahaja dapat memantau perkembangan anak-anak mereka malah dapat mengetahui acara-acara di sekolah menerusi ruang kalendar, papan notis sekolah dan sebagainya melalui laman yang tersedia," katanya.

Mudah

Bagi Tengku Amirah Zahiyah Tengku Amir Zakri, 10, pada mulanya dia sendiri agak kekok belajar menggunakan sistem itu namun semuanya menjadi mudah selepas mencubanya beberapa kali.

Katanya, penggunaan sistem pembelajaran maya membolehkannya berinteraksi atau bertanya soalan dengan guru biarpun selepas sesi persekolahan tamat.

"Sistem Frog VLE tidak sekadar boleh digunakan di sekolah semata-mata sebaliknya di mana-mana sahaja asalkan ia mempunyai kemudahan capaian internet," katanya.


SISTEM Frog VLE membolehkan guru memberi lebih tumpuan kepada para pelajar.


Ujarnya, sistem itu juga menarik minatnya untuk belajar sesuatu subjek kerana bahan pengajaran yang disediakan berorientasikan pelbagai sumber dan bersifat interaktif.

"Pelajar mempunyai kebebasan membuat rujukan dan ulang kaji sehingga benar-benar faham mengenai subjek dipelajari biarpun tanpa bantuan guru. Ia menjadikan mereka lebih berdikari.

"Saya sendiri turut merasai kesan positif daripada Frog VLE. Jika sebelum ini purata markah bagi subjek matematik ialah sekitar 80 peratus, kini ia telah meningkat lebih 90 peratus dalam tempoh kurang setahun," katanya tersenyum.

Rakannya, Wan Syamirul Azhan Shahrul Azman, 10, berkata, selain pembelajaran melalui nota dan video, pelajar juga boleh menjawab soalan kuiz, latihan, mendapatkan contoh soalan peperiksaan malah dapat mencuba permainan di akhir topik.

"Ia merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran konvensional yang lazim berpusat di bilik darjah dan buku teks. Menerusi sistem ini pelajar bukan sahaja lebih tertarik untuk belajar, malah pada masa yang sama berpeluang meneroka ilmu lain yang terkandung di dalamnya," jelasnya.

Racun sianida 'pembunuh' hidupan liar

Posted:

Racun sianida 'pembunuh' hidupan liar

Racun sianida 'pembunuh' hidupan liar


SEORANG pekerja Taman Negara Hwange memeriksa bangkai gajah yang mati akibat keracunan.


LEBIH 80 ekor gajah ditemui mati selepas meminum sumber air yang dicemari oleh racun sianida. Ia merupakan jumlah kematian terbesar pernah dicatatkan di Taman Negara Hwange, Zimbabwe.

Menteri Alam Sekitar, Saviour Kasukuwere berkata, gajah-gajah tersebut ditemui mati sejak beberapa minggu lalu. Pihak sekuriti taman tersebut tidak berada di lokasi kerana sibuk dengan pilihan raya umum pada 31 Julai lepas.

"Kami mengisytiharkan perang secara besar-besaran terhadap pemburu-pemburu haram tersebut. Aktiviti tersebut telah memusnahkan khazanah alam yang menjadi kebanggaan rakyat Zimbabwe," ujarnya.

Sianida ialah garam tak organik yang sangat beracun dan mengandungi ion sianida. Dalam satu serbuan pihak polis dan renjer menemui 19 gading, sianida dan jerat selepas melakukan serbuan di kampung-kampung berdekatan.

Sehingga Julai lepas, dicatatkan sebanyak 300 ekor gajah dan beberapa haiwan ditemui mati yang berpunca daripada aktiviti pemburuan haram.

"Kematian tersebut berpunca daripada racun sianida yang diletakkan oleh pemburu haram," ujar Pengerusi Pasukan Petugas Pemuliharaan Zimbabwe, Johnny Rodrigues.

Dia menambah, beberapa spesies haiwan yang turut terkorban ialah singa, burung hering, anjing hutan dan dubuk.

"Pihak berkuasa hanya mengambil tindakan pada bulan September," ujarnya. Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai jumlah sebenar kematian haiwan-haiwan itu.

Pihak berkuasa taman dan hidupan liar menyatakan, empat orang pemburu telah ditangkap dan dikenakan hukuman sekurang-kurang 15 tahun penjara atas setiap kesalahan yang dilakukan.


PENGUNJUNG Taman Negara Hwange melihat dari jauh hidupan liar yang terdapat di situ.


Rasuah

Rodrigues menuduh pihak berkuasa tidak mengenakan tindakan yang sepatutnya malah menerima rasuah daripada pemburu-pemburu haram tersebut.

"Masalah yang berlaku di sini ialah banyak kes telah disembunyikan tanpa sebarang tangkapan.

"Mereka yang ditangkap merupakan kambing hitam kepada penjenayah yang lebih besar. Terdapat dalang yang tidak disentuh dan tidak dikenakan sebarang tindakan kerana sebilangan besar kumpulan tersebut merupakan ahli politik dan ahli perniagaan," kata Rodrigues.

Pihak polis memberi masa sehingga penghujung bulan Oktober kepada penduduk kampung sekitar taman tersebut untuk menyerahkan racun sianida yang dimiliki mereka atau penangkapan besar-besaran akan dilakukan.

Namun begitu, ketua-ketua kampung meminta pihak berkuasa untuk melepaskan pemburu-pemburu haram yang telah ditangkap. Mereka memberitahu, sebilangan pemburu yang melakukan aktiviti tersebut adalah disebabkan desakan kemiskinan bukan kerana ketamakan.

Hanya terdapat 50 orang penjaga mengawasi Taman Negara Hwange yang berkeluasan 14,650 kilometer persegi. Menurut petugas hidupan liar, ia memerlukan lima kali ganda penjaga untuk berada di taman tersebut. Setakat ini, taman itu mempunyai 120,000 ekor gajah yang hidup dalam habitat asal.

Gading gajah dan bahagian-bahagian lain mempunyai permintaan yang tinggi dari Asia dan Asia Barat untuk dijadikan sebagai perhiasan, azimat dan perubatan tradisional.

Perdagangan antarabangsa gading telah diharamkan pada tahun 1989 selepas populasi gajah di Afrika jatuh mendadak. Pada pertengahan abad ke-20 terdapat sejuta gajah di Afrika dan pada penghujung tahun 1980-an hanya tinggal 600,000 ekor.

Para pakar hidupan liar menjangka aktiviti perdagangan itu mencatatkan jumlah keuntungan sebanyak AS$10 bilion (RM31.72 bilion) setahun.

Telefon pintar lebih praktikal

Posted:

Telefon pintar lebih praktikal

Telefon pintar lebih praktikal


WALAUPUN hanya bersaiz 10.9 sentimeter, telefon pintar HTC One Mini padat dengan teknologi terkini yang menarik.


SYARIKAT pengeluar alat telekomunikasi, HTC memperkenalkan produk terbaharu iaitu HTC One mini yang merupakan edisi kompak bagi telefon mudah alih HTC One.

Ia dipertingkatkan dengan beberapa teknologi terkini seperti HTC BlinkFeed, HTC Zoe dan HTC BoomSound yang memberi kelebihan berbanding produk-produk terdahulu.

HTC One mini mempunyai keluasan 10.9 sentimeter yang dilengkapi dengan skrin definisi tinggi 729 piksel. Ia dikeluarkan dengan dua warna pilihan iaitu Glacial Silver dan Stealth Black dengan permukaan aluminium yang mudah digenggam dalam tapak tangan.

Revolusi sistem bunyi yang hebat pada HTC One turut dilengkapkan dalam produk baharu tersebut. Pengguna akan mengalami alunan bunyi yang berkualiti ketika mendengar muzik atau bermain permainan video. Ia merupakan integrasi daripada sistem Beats Audio yang membawa muzik ke aras yang lebih baik.

Aplikasi HTC BlinkFeed membolehkan pengguna mendapat informasi terkini yang terdapat dalam laman-laman sosial mereka. Setiap status, berita atau gambar tersebut boleh diselenggarakan mengikut kehendak pengguna di mana-mana ruang yang diingini. Ia mampu mempamerkan 10,000 berita atau status dalam sehari bagi membolehkan pengguna terus mendapat maklumat baharu.

Aplikasi kamera dan video menjadi faktor utama kepada kebanyakan pengguna ketika memilih produk telefon pintar. Melalu HTC One mini, ia dilengkapkan dengan kamera UltraPixel dan HTC Zoe yang memberi 300 peratus cahaya, membuatkan gambar lebih terang dan jelas berbanding jenama-jenama telefon pintar lain.

Selain itu, menerusi UltraPixel, gambar lebih berkualiti dan terperinci walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang, manakala HTC Zoe membolehkan pengguna mengambil video tiga saat dengan sistem edit yang mudah dan kreatif.

Selain itu, kamera bahagian hadapan mempunyai 1.6 megapiksel yang menangkap gambar yang lebih jelas dan terang.

Pengguna juga boleh membuat video ringkas menggunakan gambar-gambar yang terdapat dalam telefon dengan menggunakan aplikasi Video Highlights.

Ia ditawarkan pada harga RM1,699 dan boleh didapati di kedai-kedai alat telekomunikasi HTC seluruh negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


250 belia sertai bola sepak 9 sebelah PeBT

Posted:

250 belia sertai bola sepak 9 sebelah PeBT

250 belia sertai bola sepak 9 sebelah PeBT

SEBAHAGIAN daripada para peserta yang mengambil bahagian pada pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup di padang Desa Pinggiran Putra Fasa 2, Sepang, Selangor baru-baru ini.


BERBAKAT. Kira-kira 250 belia dan kanak-kanak menyertai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup Penggerak Belia Tempatan (PeBT) 2013 di padang bola sepak Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 2, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Kejohanan sehari yang melibatkan 16 pasukan itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Terbuka, Bawah 14 dan 10 Tahun.

Pengerusi PeBT DPP, Ishak Abd. Rahim berkata, kejohanan kali ini merupakan edisi kelima sejak mula dianjurkan pada tahun 2009.

"Selain mengisi masa lapang, kejohanan ini dapat mencungkil bakat baru sukan bola sepak dalam kalangan belia di DPP," katanya.

Ishak berkata, pemenang menerima piala pusingan, piala iringan dan medal selain wang tunai.

Pelajar PTPL Sentral hasilkan kolam Deepavali

Posted:

Pelajar PTPL Sentral hasilkan kolam Deepavali

Pelajar PTPL Sentral hasilkan kolam Deepavali


PELAJAR Kolej PTPL bergambar bersama kolum yang telah disiapkan di KL Sentral, Kuala Lumpur sempena sambutan perayaan Deepavali baru-baru ini.


KREATIF. Sempena sambutan perayaan Deepavali, seramai 16 pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sentral menghasilkan kolam di pekarangan Stesen Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan ahli Kelab Indian Society (Indeso) kolej tersebut, kolum itu berjaya disiapkan dalam tempoh lima jam di ruang legar tingkat dua Stesen Sentral dengan tema cahaya kegembiraan.

Kolum itu dihasilkan menggunakan sebanyak 60 kilogram beras hancur yang turut diwarnakan bagi memberikan impak seri kelainan pada kolum tersebut.

MBG FruitShop anjur kempen Kesihatan itu Kekayaan

Posted:

MBG FruitShop anjur kempen Kesihatan itu Kekayaan

MBG FruitShop anjur kempen Kesihatan itu Kekayaan


EKSEKUTIF Kanan MBG FruitShop, Jess Tee (belakang empat dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERBAKTI. MBG FruitShop melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya, Health is Wealth (Kesihatan itu Kekayaan) untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapat rawatan perubatan selain kanak-kanak miskin dan anak-anak yatim di negara ini.

Pengarah Urusan MBG FruitShop, Adnan Lee berkata, kempen anjuran MBG itu selaras dengan kempen kesihatan global yang diadakan setiap bulan Oktober.

"Selain menggalakkan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, kami turut memaparkan masalah semasa masyarakat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dua keluarga berdepan saat cemas

Posted:

Dua keluarga berdepan saat cemas

Dua keluarga berdepan saat cemas

BEGINILAH keadaan MPV Grand Livina yang remuk selepas kemalangan di Jalan Jerangau-Jabor, Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam.

Kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu yang bermula pukul 5 petang menyebabkan Abdul Pirhat Karim, 34, dan isteri, Che Mastura Che Awang, 31, cedera.

Anak mereka, Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. Che Mastura yang patah tulang rusuk juga dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian bermula apabila remaja tersebut melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina yang berhenti di kawasan R&R itu bersama sepasang suami isteri dan bayi mereka di dalam kenderaan itu.

"Ketika kenderaan itu berhenti di kawasan berkenaan, pemandu kereta itu bersama isteri, kedua-duanya anggota polis dari Brickfields, ke tandas meninggalkan abang dan kakak ipar mereka iaitu Abdul Pirhat dan Che Mastura bersama bayi itu di dalam kereta.

"Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas mereka menziarah keluarga di Tumpat, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mati diserang sakit jantung

Posted:

Mati diserang sakit jantung

Mati diserang sakit jantung

GEORGE TOWN - Seorang pemuda maut selepas diserang sakit jantung semasa bermain permainan video komputer hampir 15 jam di dalam bilik tidur di rumahnya di Bandar Baru Air Itam di sini kelmarin.

Mangsa, Ong Yee Haw, 23, ditemui bapa saudaranya yang cuba membuka pintu bilik kira-kira pukul 4 petang sebaik menyedari mangsa tidak keluar sejak pulang dari kafe siber berdekatan rumah mereka pada pukul 1 pagi.

Sumber berkata, bapa saudaranya terkejut sebaik melihat Yee Haw dalam keadaan kaku dan terbaring di hadapan komputer lalu terus menghubungi ambulans.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia hantar nota bantahan

Posted:

Malaysia hantar nota bantahan

Malaysia hantar nota bantahan

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.

Najib berkata, beliau dimaklumkan bahawa Presiden AS, Barack Obama telah mengarahkan satu kajian semula dilakukan terhadap semua kegiatan pengintipan oleh pihak negara itu.

"Jadi, kita menantikan kajian semula tersebut. Kita berharap perkara ini tidak menjadi kontroversi pada masa akan datang," katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Maal Hijrah 1435 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan 'FAM tak buat kerja'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm MENTERI Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan insiden penemuan pistol jenis Browning bersama tujuh butir peluru di dalam tandas Stadium Shah Alam pada final Piala Malaysia 2013, Ahad lalu berpunca daripada kelemahan penganjur.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE<br>sukan@kosmo.com.myKHAIRY (kiri) mendengar penerangan daripada atlet menembak negara, Nur Suryani Mohd. Taibi mengenai cara mengendalikan Air Rifle selepasmerasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara 2013 di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor semalam.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1106/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Malaysia wajar jadi tuan rumahhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm TIADA pembinaan fasiliti baharu, sebaliknya hanya menambah baik fasiliti sedia ada.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE <br>dan MOHD. NAJIY JEFRI<br>sukan@kosmo.com.myKHAIRY (dua dari kiri) sambil diperhatikan Zolkples (kiri) ketika merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Lapang Sasar Subang, semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1106/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Wei Loong sumbang pingat terakhir negarahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm SKUAD wusyu negara meraih satu lagi pingat gangsa pada hari terakhir Kejohanan Wusyu Dunia ke-12 yang berakhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras semalam.WEI Loong menunjukkan pingat gangsa yang diraihnya dalam acara Shanshou pada Kejohanan Wusyu Dunia 2013 yang berakhir di ibu negara semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1106/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Khairy: Sekarang bukan zaman 'jurassic'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm MASALAH yang berpunca daripada penjualan tiket final Piala Malaysia 2013 dilihat masih tidak berkesudahan.FAM perlu memikirkan cara yang lebih mudah berkenaan sistem penjualan tiket pada amasa akan datang. - Gambar hiasan. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1106/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Zulfadli hormati lawanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm JUARA remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli memberitahu bahawa dia tidak akan memandang rendah kemampuan barisan pencabarnya pada Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Korea Selatan.Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI<br>ikhsan.azmi@kosmo.com.myJangan ulangi kesilapanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm LONDON - Pengurus Chelsea, Jose Mourinho melaungkan amaran kepada skuad kendaliannya agar tidak mengulangi kesilapan ketika menanti kunjungan Schalke 04 menjelang aksi Liga Juara-Juara di Stadium Stamford Brige, awal pagi esok.TORRES (kanan) digugurkan terus daripada mengemudi jentera serangan sebagai sebahagian daripada rombakan Chelsea sebelum melayan kunjungan Schalke 04, awal pagi esok. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1106/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm Januzaj mula jadi mangsa terjahanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm SAN SEBASTIAN, Sepanyol - Pengurus Manchester United, David Moyes berkata, Adnan Januzaj berhak diberikan perlindungan selepas menyaksikan penyerang muda sensasi itu dipijak oleh pertahanan Fulham, Sascha Riether pada Sabtu lalu.JANUZAJ (kanan) kerap menjadi mangsa terjahan keras sejak kebelakangan ini gara-gara kelincahannya yang semakin mencuri tumpuan dan kebolehannya menjaringkan gol. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1106/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm Vettel tidak tertekanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm LONDON - Walaupun semakin menghampiri rekod Alberto Ascari namun pemandu Red Bull, Sebastian Vettel tetap menegaskan bahawa dia tidak pernah terpengaruh dengan sejarah yang berusia 60 tahun itu.VETTEL (tengah) kini menjadi tumpuan ramai termasuk supremo F1, Bernie Ecclestone kerana kebolehannya mencipta tujuh kemenangan berturut-turut musim ini dengan terbaru adalah di GP Abu Dhabi, Ahad lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1106/Kosmo//su_08.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm Wawrinka, Del Potro bermula garanghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm LONDON - Stanislas Wawrinka dan Juan Martin del Potro memulakan kempen Jelajah ATP Dunia Akhir dengan bergaya apabila menang perlawanan pertama peringkat kumpulan masing-masing, kelmarin.WAWRINKA mengejutkan pemain yang memiliki ranking lebih baik daripadanya, Berdych ketika memulakan kempen Jelajah ATP Dunia Akhir di London, kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1106/Kosmo//su_09.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Iktiraf bakat pelukis muda

Posted:

Iktiraf bakat pelukis muda

Iktiraf bakat pelukis muda

HANED (belakang enam dari kanan) bergambar bersama para pemenang Cabaran Seni Pelancongan.


POTRET pengarah dan penerbit filem terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad menjadi subjek utama dalam lukisan karya pelukis muda, Nazmi Ismail, 25 yang bertajuk Beautiful Mind.

Pemilihan itu berikutan filem-filem yang diarahkan oleh Yasmin mengangkat nilai-nilai perpaduan masyarakat Malaysia yang hidup harmoni di bawah satu pemuafakatan.

"Semasa hayatnya, kebanyakan filem yang dihasilkan berteraskan konsep kesepaduan masyarakat berbilang kaum. Ia bertepatan dengan tema yang cuba saya sampaikan," ujarnya ketika ditemui usai penyampaian hadiah cabaran Seni Pelancongan (1MCAT) di Auditorium Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Karya Nazmi diangkat sebagai penerima tempat ketiga kategori terbuka bersama tiga pelukis muda yang lain dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu.

Seorang lagi pemenang tempat ketiga kategori terbuka, Muhammad Syahrin Mohd. Nazri, 25, telah menghasilkan lukisan bertajuk The Passion Is Under Construction yang dilukis di atas medium kepingan aluminium.

"Lukisan ini menonjolkan idea futuristik berdasarkan penggunaan bahan-bahan yang berada dalam kehidupan seharian. Saya mengibaratkan ia sebagai pengantaraan hidup kita yang sentiasa diselubungi kerja," ujarnya.

Pertandingan yang memasuki edisi ketiga itu mengangkat karya-karya yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis muda dalam dua kategori iaitu pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan terbuka.

Kurang aspek teknikal

Kriteria pemenang dinilai menerusi keaslian hasil, mesej positif, penekanan unsur kontemporari, penggunaan material dan persembahan keseluruhan.

"Ramai bakat muda di negara kita mempunyai kemampuan lukisan yang baik tetapi mereka masih kurang dalam beberapa aspek teknikal.

"Terdapat beberapa lukisan yang tidak bersesuaian dengan tema pertandingan ini, menyebabkan kami sepakat untuk tidak meletakkan lukisan di tempat pertama untuk kedua-dua kategori," ujar salah seorang juri, Bibi Chew.

Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara, Haned Masjak berkata, pertandingan tersebut dapat dijadikan platform untuk mengiktiraf bakat pelukis-pelukis dan penggiat seni tempatan.

"Melalui pertandingan ini, ia akan menarik lebih ramai golongan muda menceburi bidang seni lukis, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama seni," ujarnya.

Kheng Leng juara cabaran Energizer

Posted:

Kheng Leng juara cabaran Energizer

Kheng Leng juara cabaran Energizer

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


CHENG (empat dari kanan) bergambar dengan pemenang-pemenang pertandingan akhir Energizer Power Seal Mission 500K di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.


'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'. Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menceritakan betapa bertuahnya seorang pegawai pemasaran apabila dia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 baru-baru ini.

Ang Kheng Leng, 31, yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang diumumkan sebagai pemenang selepas mengalahkan 12 peserta lain pada pertandingan akhir Energizer Power Seal Mission 500K yang diadakan di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

Kheng Leng yang merupakan penyandang juara pada pertandingan sama tahun lalu menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Jenama Energizer Malaysia, Dunstan Cheng.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Kheng Leng berkata, dia berasa cukup bertuah dan tidak menyangka akan muncul sebagai juara sekali lagi selepas kejayaan membawa hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 pada pertandingan lalu.

"Saya merancang menggunakan wang kemenangan untuk melancong bersama keluarga di samping membelikan hadiah istimewa kepada mereka.

"Tanpa sokongan mereka saya mungkin tidak sampai ke tahap ini," katanya.

Tambah Khee Leng, pertandingan akhir pada tahun ini lebih sengit dan menguji kekuatan mental serta fizikal setiap peserta yang perlu melepasi 10 halangan dan permainan.

"Paling mencabar ialah permainan Power Obstacle yang memaksa peserta membawa replika bateri Energizer Max sambil melepaskan diri daripada halangan bertali yang direntang di hadapan mereka.

"Saya terpaksa melepasi setiap tali dengan berhati-hati kerana sebarang kesilapan menyebabkan peserta terpaksa mengulanginya dari awal sekali gus terdedah kepada risiko penyingkiran," katanya.

Pertandingan itu berlangsung selama 10 minggu pada 15 Julai hingga 20 September lalu yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM500,000.

Orang ramai boleh menyertai pertandingan itu dengan menghantar penyertaan berserta bukti pembelian produk Energizer atau bermain permainan video di laman sosial Facebook Energizer.

Pada pertandingan akhir itu, seramai 13 peserta dari Malaysia dan Singapura terpilih untuk melepasi 10 halangan yang ditetapkan dalam 10 pusingan penyingkiran.

Peserta yang tersingkir pada setiap pusingan berpeluang memenangi hadiah antara RM1,500 hingga RM7,000 setiap seorang.

Peserta terakhir berpeluang merebut salah satu daripada puluhan sampul mengandungi nilai hadiah wang kemenangan yang diletakkan dalam sebuah bilik khas.

Sementara itu, Dunstan berkata, penganjuran pertandingan yang memasuki edisi kedua itu menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 4,000 penyertaan daripada orang ramai termasuk dari Singapura.

Ujarnya, ia juga sebagai tanda penghargaan jenama itu kepada pelanggan-pelanggan setianya selama ini.

"Antara halangan yang ditetapkan ialah Power Seal, Light up Power, Power Pyramid dan Power Up Big Ben.

"Biarpun tampak mudah dan menghiburkan, namun ia tetap mencabar mental dan fizikal di samping menguji pengetahuan peserta tentang bateri Energizer.

"Pada masa yang sama, kami juga mahu mempromosikan bateri terbaharu Energizer Operation Power Seal dengan teknologi power seal yang bebas merkuri selain mampu bertahan sehingga 10 tahun," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Perbicaraan Morsi ditunda

Posted:

Perbicaraan Morsi ditunda

Perbicaraan Morsi ditunda

PENYOKONG Morsi berdoa di luar akademi polis tempat beliau dan penyokongnya dibicarakan di pinggir bandar raya Kaherah semalam.- REUTERS


KAHERAH - Mahkamah Mesir telah menunda perbicaraan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang didakwa terlibat dalam kematian penunjuk perasaan sewaktu tempoh pemerintahan beliau.

"Saya Dr. Mohamed Morsi sebagai presiden republik ini, mahkamah ini telah menyalahi undang-undang," tegasnya bagi menolak prosiding mahkamah.

Ia kemunculan awam yang pertama Morsi sejak kerajaan Mesir pimpinannya digulingkan oleh tentera pada Julai lalu.

Beliau menyelar tindakan menggulingnya oleh pihak tentera dan menyeru agar kepimpinan tentera menyerah diri ke mahkamah.

"Tindakan pihak tentera ini merupakan satu rampasan kuasa.

"Ketua dan pemimpin tentera hendaklah dibawa ke muka pengadilan kerana ini merupakan satu pengkhianatan dan berunsur jenayah," tambah Morsi.

Morsi hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian formal dan bukan berpakaian putih seperti tahanan lain.

Turut dihadapkan ke mahkamah termasuk dua penyokong kuat Morsi, Essam Al-Erian dan Mohammed Al-Beltagui.

Mereka melaungkan 'Jatuhkan pemerintahan tentera' sewaktu bermulanya perbicaraan dan menepuk tangan ketika Morsi memasuki mahkamah.

Morsi mula berkuasa selepas memenangi pilihan raya bebas pertama negara itu pada Jun 2012 setelah namanya meningkat popular berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Beliau telah didakwa bersama 14 yang lain kerana menyebabkan kematian penunjuk perasaan di berhampiran kediaman man rasmi presiden di sini pada Disember 2012.

Pihak mahkamah Mesir telah memutuskan untuk menangguh kes perbicaraan Morsi pada Januari tahun hadapan. - AFP

Eminem ungguli anugerah muzik YouTube

Posted:

Eminem ungguli anugerah muzik YouTube

Eminem ungguli anugerah muzik YouTube

EMINEM


NEW YORK - Penyanyi rap terkenal, Eminem mengungguli Anugerah Muzik Youtube kelmarin apabila dia dinobatkan sebagai selebriti sepanjang tahun.

Bintang berusia 41 tahun itu berjaya mengetepikan penyanyi pop remaja, Justin Bieber serta beberapa penyanyi popular lain termasuk Rihanna, Taylor Swift dan Katy Perry.

Dalam pada itu, muzik video I Got A Boy oleh kumpulan pop wanita dari Korea Selatan, Girl's Generation membuat kejutan apabila mengungguli kategori video sepanjang tahun.

Ia sekali gus mengalahkan penyanyi popular seperti Miley Cyrus, Justin Bieber, Lady Gaga dan One Direction.

Menurut YouTube, klip oleh Girl's Generation yang terdiri daripada sembilan anggota itu telah ditonton lebih 1.9 bilion penonton menjelang acara itu kelmarin.

Penyanyi pop remaja, Taylor Swift pula menguasai kategori video fenomena YouTube melalui muzik video I Knew You Were Trouble sekali gus mengatasi klip Harlem Shake dan Gangnam Style oleh bintang Korea Selatan, Psy.

Setakat ini, anugerah yang dianjurkan buat pertama kali oleh laman perkongsian video milik Google itu cuma memperkenalkan enam kategori.

Pemenang bagi setiap kategori ditentukan menerusi jumlah perkongsian video terbanyak di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Google+.

Acara yang berlangsung di Pier 36 di Manhattan, New York itu ditayangkan secara langsung menerusi YouTube. - Agensi

12,000 lilin bentuk imej hati

Posted:

12,000 lilin bentuk imej hati

12,000 lilin bentuk imej hati


BEBERAPA sukarelawan gigih menyusun lilin bagi membentuk imej hati serta mencipta rekod baharu dunia di Jerman.- AP


HALLE, Jerman - Sejumlah sukarelawan di Jerman berusaha untuk membentuk imej hati menggunakan lebih 12,000 batang lilin di sini kelmarin bagi mencipta rekod baharu dunia.

Usaha mencipta rekod itu julung kali dianjurkan sebagai antara acara sambutan Festival Cahaya di Jerman pada tahun ini.

Pihak penganjur dipercayai cuba untuk memecahkan rekod yang pernah dicatatkan dalam Guinness World Records di Austria kira-kira tujuh tahun lalu.

Rekod itu dilakukan dengan menggunakan lebih 11,000 lilin yang berlangsung di Vienna, Austria pada tahun 2006.

Pada percubaan kali ini, pihak penganjur di Jerman cuba membentuk imej tersebut dengan menggunakan lebih 12,000 batang lilin.

Seramai berpuluh-puluh sukarelawan dilihat begitu tekun menyusun lilin kecil mengikut bentuk hati yang ditetapkan pihak penganjur di satu kawasan terbuka dekat sini kelmarin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jurujual cemas diacu pisau di perut

Posted:

Jurujual cemas diacu pisau di perut

Jurujual cemas diacu pisau di perut

05/11/2013 9:54pm

GEORGE TOWN - Seorang jurujual kedai serbaneka di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini berdepan detik cemas hampir 20 minit apabila diacu sebilah pisau di perut oleh dua lelaki dalam kejadian samun hari ini.

Mangsa yang berusia 22 tahun yang bertugas seorang diri didatangi dua lelaki yang memakai jaket hitam dan bertopi keledar berpenutup muka penuh yang berlagak seolah-olah ingin membeli barang.

Sebaik memasuki premis itu, salah seorang daripada lelaki itu bertindak mengacu parang di perut mangsa lalu me ngarahnya menyerahkan semua wang yang disimpan di dalam mesin juruwang di kaunter.

Sumber polis memberitahu, pada masa sama rakan suspek pula meluru masuk ke bahagian kaunter dan mengambil 20 kotak rokok dan sebuah komputer riba juruwang itu yang diletakkan di atas meja kaunter.

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua suspek bagaimanapun bertindak melarikan diri apabila terlihat cahaya lampu kereta pelanggan di luar perkarangan kedai.

"Mangsa yang ketakutan kemudian lari ke bahagian belakang kedai dan memanggil rakannya yang semasa kejadian berada di dalam tandas premis berkenaan.

"Dia dan rakannya cuba mengejar suspek tetapi tidak berjaya sebelum menghubungi majikannya yang kemudian membuat laporan polis," ujar sumber tersebut.

Difahamkan kedua-dua suspek melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal Yamaha 125 warna biru dan tiada nombor pendaftaran depan dan belakang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh turut mengesahkan ke jadian tersebut dan memberitahu kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - KOSMO!

Juruteknik maut ketika pulang bercuti

Posted:

Juruteknik maut ketika pulang bercuti

Juruteknik maut ketika pulang bercuti

05/11/2013 9:52pm

KOTA MARUDU - Hasrat seorang lelaki untuk pulang bercuti di rumah adiknya tidak kesampaian selepas dia maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal ber hampiran Kampung Mempakad di Jalan Kota Marudu-Pitas di sini hari ini.

Mangsa, Joseph Sipain, 37 meninggal dunia di Hospital Pitas ketika mendapatkan rawatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang bertugas sebagai juruteknik bangunan di Kota Kinabalu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah adiknya di Estet Hibumas Paitan, Beluran dengan menunggang motosikal secara bersendirian.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa merempuh sebuah lagi motosikal di hadapannya yang secara tiba-tiba membelok ke simpang menuju ke sebuah ladang kelapa berdekatan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superitenden Mohd. Isa Yusof berkata, pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter di atas jalan dan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

"Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat," katanya.

Tambahnya, penunggang sebuah lagi motosikal berusia 31 tahun turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth. - KOSMO!

India lancar roket pertama ke Marikh

Posted:

India lancar roket pertama ke Marikh

India lancar roket pertama ke Marikh

05/11/2013 8:59pm

NEW DELHI - India hari ini berjaya melancarkan roket pertamanya ke Marikh dengan sasaran meletakkan sebuah satelit di orbit planet itu pada kos terendah dalam usaha menjadi negara Asia pertama berbuat demikian.

Misi ke Marikh itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Dhawan Satish di Sriharikota dijadual mengelilingi planet tersebut selewat-lewatnya pada September ini bagi mencari gas metana dan mineral.

"Ini adalah permulaan bagi misi menjelajah antara planet," kata jurucakap Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India, Deviprasad Karnik.

Satelit itu menelan belanja AS$73 juta (RM231.7 juta).

Program angkasa lepas India bermula sejak 50 tahun lalu dan lima tahun lalu, satelit Chandrayaan mendarat di bulan dan menemui bukti kewujudan air. - REUTERS

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved