Rabu, 30 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bina otot tanpa produk tambahan

Posted:

Bina otot tanpa produk tambahan

Bina otot tanpa produk tambahan

KELIBAT mereka di sekitar jalan-jalan utama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi tumpuan orang ramai. Ada yang terpegun dengan aksi salah seorang daripada mereka tergantung pada sebatang tiang seperti sehelai bendera yang berkibar.

Tangannya begitu kuat untuk menampung berat badan dan mampu bertahan lebih 20 saat di tengah-tengah tiang bendera itu.

Selain daripada gerakan yang diberi nama Human Flag itu, kumpulan lima orang anak muda itu juga melakukan aksi Dragon Flag, Back Lever dan Front Lever tanpa segan di tengah-tengah ibu kota.

"Mereka melakukan setiap gerakan dengan kemas tanpa sebarang kesilapan. Kumpulan ini merupakan salah satu sumber rujukan saya dan rakan-rakan dalam arena senaman jalanan," ujar seorang pelancong dari Brunei, Nadzri Harif, 26, yang terpegun dengan aksi kumpulan senaman jalanan itu.

Menurut penyampai radio Kristal FM di Brunei itu, dia sering mengikuti perkembangan kumpulan senaman jalanan Bar-Risan dari Malaysia di laman sosial Instagram.

Kelengkapan

Selain itu, Nadzri juga banyak mempelajari teknik-teknik senaman jalanan yang betul di Facebook kumpulan itu untuk dipraktikkan sewaktu berlatih.

Bar-Risan merupakan salah sebuah kumpulan senaman jalanan yang bergerak aktif di negara ini sejak dua tahun lalu. Palang besi merupakan kelengkapan utama yang diperlukan dalam setiap rutin senaman kumpulan itu.

Pengasas Bar-Risan, Syed Fernash Syed Batlishah, 25, memberitahu, kumpulan itu ditubuhkan selepas dia dan dua orang rakannya melihat perkembangan senaman jalanan di luar negara yang mendapat sambutan ramai.

Menerusi laman YouTube, Syed Fernash melihat kumpulan seperti Bar Brothers dan Bar-barians dari luar negara bersenam tanpa menggunakan sebarang alatan senaman di gimnasium.


AKSI senaman archer pull up lebih sesuai dilakukan di palang-palang di taman permainan.


Dia mula tertarik dengan gaya senaman mereka yang hanya menggunakan palang-palang di taman permainan dan di tengah-tengah bandar.

"Pada permulaan kami memulakan rutin senaman, ia ternyata amat sukar. Ketika itu, kami mempunyai minat yang amat tinggi tetapi kekuatan otot bisep dan trisep tidak mampu menampung berat badan sewaktu melakukan rutin senaman.

"Saya mengambil masa sebulan untuk membiasakan diri dengan rutin senaman jalanan ini. Setiap hari, saya akan ke taman permainan berhampiran kediaman untuk melakukan senaman pull-up pada palang," ujarnya yang berasal dari Arau, Perlis.

Dua tahun lalu, senaman jalanan yang menggunakan palang dan tiang kurang mendapat perhatian di Malaysia. Syed Fernash dan rakan-rakan merupakan antara perintis terawal yang mempopularkan senaman tersebut di negara ini menerusi Facebook, YouTube dan Instagram.

Kini ia popular di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Prinsip senaman jalanan setiap ahli Bar-Risan ialah kaedah yang sihat tanpa menggunakan sebarang pemberat dan tidak mengambil sebarang minuman atau produk tambahan yang membantu pengembangan otot sewaktu bersenam.

Rutin senaman Bar-Risan dikategorikan sebagai kalistenik iaitu senaman gimnastik yang direka untuk membentuk tona otot dan menggalakkan kesejahteraan fizikal.

Medan senaman jalanan

"Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa sebarang kos. Saya dan rakan-rakan akan memeriksa palang dan tiang-tiang yang akan digunakan sebelum memulakan senaman sebagai langkah keselamatan. Setakat ini, tiada ahli Bar-Risan yang cedera parah ketika melakukan senaman. Luka-luka tapak tangan semasa memegang palang dan tiang merupakan kecederaan biasa yang dialami.

"Langkah-langkah sebelum memulakan rutin senaman juga perlu dititikberatkan agar tidak mengalami kecederaan otot. Selain itu, senaman ini juga memerlukan kerjasama antara rakan-rakan lain untuk membantu menyokong bahagian kaki semasa bergantung di palang," ujar Syed Fernash yang pernah memenangi pertandingan Lelaki Terkuat di Universiti Teknologi Mara kampus Arau, Perlis.


REGANGAN badan merupakan rutin penting bagi setiap ahli Bar-Risan sebelum memulakan senaman.


Bar-Risan kini mempunyai 100 ahli di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Johor dan Melaka. Laman Facebook kumpulan itu juga menjadi medan bagi peminat senaman jalanan untuk bertanyakan sebarang persoalan kepada kumpulan itu.

Tambah Syed Fernash, senaman jalanan yang diketengahkan oleh kumpulannya itu berupaya menarik minat golongan muda menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, ia merupakan platform terbaik bagi mereka untuk menterjemahkan kreativiti dalam setiap gerakan rutin senaman.

Seorang ahli Bar-Risan yang aktif dalam kegiatan senaman jalanan di Alor Setar, Kedah, Ahmad Amin Azizan, 25, memberitahu, kumpulannya itu bukan sahaja melakukan senaman jalanan di negara ini malah turut menyertai pertandingan di luar negara.

Terbaharu, Bar-Risan menyertai pertandingan First Pre-Asia Street Workout Jam Singapore and Malaysia 2013 di Singapura.

Melalui pertandingan itu, kumpulan tersebut telah memenangi lima kategori yang dipertandingkan iaitu Pistol Squat, Ketahanan Human Flag Paling Lama, Ketahanan Back Lever Paling Lama, Cabaran Banzuke dan Tekan Tubi Paling Lama.

"Pertandingan itu merupakan peluang terbaik bagi Bar-Risan untuk membuka mata peserta dari negara luar mengenai kemampuan rakyat Malaysia dalam arena senaman jalanan. Selain itu, ia merupakan satu pengalaman yang menarik kerana kami juga sempat mengadakan persembahan senaman jalanan di sekitar bandar Singapura," ujar pengurus perniagaan syarikat swasta itu.

Selain ibu kota, Bar-Risan juga pernah melakukan persembahan senaman jalanan di sekitar bandar Alor Setar, Pulau Pinang, Hat Yai, Thailand dan Singapura. Aksi dan gerakan senaman mereka juga ternyata menarik perhatian ramai.

Bar-Risan merupakan satu-satunya kumpulan senaman jalanan di negara ini yang menerima tajaan daripada syarikat minuman tenaga Drive M7.

Syarikat tersebut menaja pakaian rasmi, minuman dan kewangan kumpulan itu sewaktu menyertai pertandingan atau pertunjukan.


LATIHAN intensif dalam senaman kalistenik amat diperlukan untuk melakukan aksi Back Lever.


Kuasai rutin

Menurut Amin, bagi yang ingin mencuba senaman jalanan, terdapat beberapa senaman yang harus dikuasai sebelum memulakan rutin pada palang dan tiang.

"Tekan tubi merupakan rutin asas kepada mereka yang mula berjinak-jinak dalam senaman jalanan. Melalui senaman itu, ia membina kekuatan otot tangan untuk menampung berat badan sewaktu bergantung pada palang dan tiang.

"Senaman kardiovaskular seperti berlari amat penting untuk menguatkan stamina dalam senaman ini. Selain menguatkan otot, stamina juga penting untuk membantu kita melakukan rutin senaman jalanan ini," ujarnya.

Bar-Risan juga melakukan pelbagai formasi senaman secara berkumpulan tanpa menggunakan palang dan tiang.

Cara terbaik kumpulan itu untuk mengumpul ahli baharu ialah melalui pertunjukan senaman jalanan. Kebiasaannya, golongan remaja pasti tertarik untuk mencuba senaman itu tanpa dipaksa.

Seorang lagi ahli Bar-Risan, Muhammad Farhan Abdul Kapor, 20, memberitahu, dia berjaya menarik pelajar-pelajar di kampus pengajiannya untuk sama-sama mencuba rutin senaman kumpulan tersebut.

"Semasa saya mula mendaftar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), rakan-rakan tidak mengetahui mengenai senaman ini. Kini, Bar-Risan sudah mempunyai ahli di Melaka setelah saya mengajak rakan-rakan terdekat untuk mencuba rutin senaman ini.

"Selain Utem, pelajar-pelajar Universiti Multimedia (MMU) juga memnyertai Bar-Risan di Melaka. Kebanyakannya terdiri daripada pelajar luar negara seperti Arab Saudi, Afrika Selatan dan Korea Selatan yang berminat untuk mencuba senaman ini," ujarnya.

Kegilaan jus sayur di California

Posted:

Kegilaan jus sayur di California

Kegilaan jus sayur di California


SEGELAS jus sayur mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi untuk mereka yang berdiet.


BUNYI kisaran kobis hijau, timun dan bayam kedengaran di dapur kediaman guru yoga, Kia Miller, 44, yang terletak berhampiran Pantai Venice, California di Amerika Syarikat (AS).

Miller kelihatan teruja ketika menceritakan obsesinya terhadap jus tersebut yang dikatakan baik untuk kesihatan.

"Saya seronok melakukannya, rasa seperti menekan butang penetapan semula. Ia seolah-olah memberikan anda peluang untuk memikirkan tentang hubungan dengan makanan.

"Ia merupakan cara yang terbaik untuk tubuh memperoleh nutrisi daripada sayur-sayuran segar," ujar Miller ketika ditemu bual di kawasan pinggir pantai tersebut.

Kedai jus berkonsep bar memang mudah ditemui di California kerana kota itu sudah lama membudayakan amalan alaf baharu. Di kawasan elit seperti Santa Monica dan Beverly Hills, bar jus dapat dilihat di setiap sudut jalan.

Pemandangan seperti orang lalu lalang sambil memegang cawan polistiren yang mengandungi jus sayur adalah sesuatu yang biasa. Malah penggemar jus sayur lebih mudah ditemui berbanding penggemar kopi.

"Jus ini dianggap seperti wain baharu," kata Miller sambil menghidangkan jus tersebut kepada wartawan.


DI Los Angeles dan New York, AS sahaja terdapat sebanyak 6,500 bar jus.


Jus sayur mengandungi pelbagai jenis sayur yang terdiri daripada kobis hijau, halia, ubi kayu, lobak, santan dan kacang almond. Bagi penggemar buah-buahan pula, mereka boleh mendapatkan jus yang dikisar daripada kurma, pisang, epal dan daun saderi.

Minuman kecantikan

Ada antara penduduk di negara tersebut menjadikan jus sayur sebagai rejim minuman kecantikan yang diamalkan untuk tempoh tiga hari, tujuh hari ataupun 30 hari secara berturut-turut.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, boleh mencuba meminum jus sayur selama lima hari tanpa makan hidangan lain. Tidak mustahil amalan tersebut membolehkan anda menurunkan berat sebanyak 10 kilogram.

Pakar fisioterapi, Heather, 42, baru menamatkan tempoh pembuangan toksin dalam badan yang dibuat selama 72 jam.

"Proses ini membuatkan saya rasa lebih sihat dan seperti ketagih untuk melakukannya lagi. Saya rasa lebih dekat dengan diri sendiri dan bertenaga," kata Heather.

Pengurus bar jus berketurunan India, Baba Ji, membuka dua cawangan pada dua tahun lepas di Silver Lake dan Los Feliz yang terletak di timur Hollywood.

"Beberapa tahun kebelakangan ini, minuman jus menjadi satu fenomena. Semua orang mahu membuka bar jus. Mereka semua mahu membuang toksik dalam badan," katanya.

Harga bagi jus tersebut bergantung kepada lokasi. Contohnya, kos bagi bekalan minuman jus selama tiga hari dianggarkan bernilai antara AS$120 hingga AS$150 (RM380 hingga RM476). Jangan terkejut jika kos bagi jus untuk lima hari boleh mencecah RM1,270.


JUS buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan langkah terbaik untuk membuang toksik dalam badan.


Harga

Seorang pelanggan di bar tersebut percaya tabiat meminum jus itu mengubah kehidupan mereka.

Laporan kewangan mingguan Barron yang dibuat pada Julai lalu menganggarkan nilai keuntungan yang diperoleh daripada industri penghasilan jus adalah sekitar RM15.86 bilion. Industri tersebut turut mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak empat hingga lapan peratus setahun.

Setakat ini, AS memiliki sebanyak 6,200 bar jus yang tertumpu di Los Angeles dan New York. Kafe Starbucks terbesar yang pertama mengkhususkan jualan minuman jus dibuka di Seattle dan San Fransisco tahun ini. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Semangat baharu cintai sains

Posted:

Semangat baharu cintai sains

Semangat baharu cintai sains

Oleh HAFIZ AHMAD

PERASAAN teruja jelas terpancar pada wajah dua beradik yang sedang menggoncang balutan putih berisi ketulan ais dan cecair tenusu. Percikan air membasahi baju tidak diendahkan kerana mereka tidak sabar melihat hasil eksperimen yang dilakukan.

M. Dharshendran, 15, dan adiknya, Khishendran, 14, lantas membuka bungkusan tersebut yang merupakan aiskrim buatan sendiri tanpa menggunakan sebarang mesin dan proses rumit.

Dengan hanya menggunakan barang-barang biasa yang terdapat di dapur, mereka terkejut kerana boleh membuat aiskrim dalam tempoh masa singkat.

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah secawan susu segar, satu sudu gula, sesudu garam, ketulan-ketulan ais, plastik berzip kecil, plastik berzip besar, surat khabar, dua helai tuala dan mangkuk.

"Rasanya seperti aiskrim yang selalu kita makan, tetapi sedikit cair," seloroh Dharshendran kepada seorang pembantu dari Petrosains. Sambil mereka menikmati aiskrim, pembantu Petrosains itu menerangkan proses tersebut dari sudut sains.

Menurut pandangan sains, proses pembuatan aiskrim itu dinamakan sebagai pembekuan. Perubahan cecair kepada pepejal banyak dibantu oleh garam yang berfungsi menurunkan takat beku ketulan ais tadi.

Kedua-dua pelajar itu yang ditemani ibu bapa dan ahli keluarga lain, sanggup datang dari Seremban, Negeri Sembilan semata-mata untuk menghadiri Festival Sains Petrosains yang diadakan selama tujuh hari bermula 22 hingga 27 Oktober lalu.

"Saya mengetahui mengenai festival ini melalui media dan berminat untuk membawa keluarga ke Petrosains," ujar ibu kepada dua beradik tersebut, Ho Soo Han, 45, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Dia menambah, melalui acara sebegini, pengunjung dapat menimba ilmu sains dengan lebih menyeronokkan.

"Anak-anak saya begitu seronok dan teruja ketika menjalankan eksperimen membuat aiskrim," katanya.

Selain eksperimen tersebut, terdapat banyak lagi aktiviti dan perbincangan interaktif bersama pakar-pakar dari institusi pengajian tinggi (IPT) dan organisasi korporat berkaitan sains dan teknologi.


KREATIVITI kanak-kanak terserlah ketika memasang bongkah-bongkah Lego.


Minat

Festival Sains Petrosains merupakan satu inisiatif terbaharu yang dijalankan oleh Petrosains yang terletak di Pusat Beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur. Ia bertujuan menanamkan minat masyarakat terhadap sains dan teknologi.

Menyusuri satu persatu ruang pameran itu, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Utama, Petaling Jaya, Nor Farzanah Nor Haznan, 13, tertarik dengan hamparan terumbu karang yang dibawa oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

"Baru saya tahu, permukaan terumbu karang lembut ketika di dalam laut tetapi akan mengeras selepas terdedah ke ruang udara akibat proses pengeringan," ujarnya.

Selain itu, Nor Farzanah turut mengetahui kepentingan menjaga alam kerana ia turut memberi kesan kepada ekosistem di dasar laut.

Terumbu karang terjadi melalui proses simbiosis dengan sejenis tumbuhan alga yang dikenali sebagai zooxantela. Ia menjadi tempat perlindungan dan makanan kepada hampir 30 peratus spesies ikan komersial.

Pada masa sama, terumbu karang menjadi tempat yang selamat dan sumber makanan untuk anak-anak ikan.

Pertandingan

Acara kemuncak festival kali ini adalah Pertandingan Akhir Pertunjukan Sains Petrosains 2013 yang menjulang SMK Panchor, Seremban, Negeri Sembilan sebagai juara. Ia diwakili oleh dua pelajar iaitu Zarul Mustaqeem Abdul Samad, 17, dan Muhammad Ilyas Ibraheem Russell.

Tema Getaran membawa tuah kepada mereka apabila berjaya menarik perhatian juri dan hadirin yang memenuhi ruang Panggung Sari, Kompleks Kraf, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mereka menewaskan tujuh buah sekolah yang mewakili zon-zon negeri seluruh Malaysia.

"Saya tidak menjangka berjaya menjadi johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan memandangkan kami sekadar mendapat tempat kedua pada pertandingan negeri," luah Zarul usai penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Madinah Mohamad.


PENGUNJUNG mendengar penerangan daripada pelajar UMT mengenai terumbu karang.


Kesan getaran

Berdasarkan tema itu, mereka mengadakan beberapa eksperimen menarik dengan gaya persembahan yang mencuit hati. Antaranya, kesan getaran terhadap udara, api dan regangan besi.

"Pemilihan tema dan eksperimen dibuat secara perbincangan antara guru dan pelajar.

"Kami memberi beberapa cadangan eksperimen dan mereka perlu melakukannya dalam tempoh masa yang diberikan," ujar guru pembimbing SMK Panchor, Zulkiffle Mohammad.

Mereka mengambil masa selama sebulan untuk berlatih termasuk melakukan eksperimen.

"Latihan dijalankan secara konsisten dan pelajar mempamerkan kesungguhan dengan memberi komitmen yang tinggi.

"Mereka membahagikan masa dengan mengadakan latihan selepas waktu persekolahan dan hujung minggu," kata Zulkiffle.

Dia menambah, bagi memupuk keyakinan dalam diri kedua-dua pelajar, mereka turut mengadakan tiga pertunjukan di dua buah sekolah lain sekitar Seremban.

"Ia sekali gus dapat memberi peluang kepada mereka untuk membaiki kesilapan dan kekurangan sepanjang eksperimen," jelasnya.


ZARUL (kiri) menerangkan pergerakan api yang terjadi disebabkan oleh proses getaran sambil dibantu oleh Ilyas.


Memahami konsep

Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini, penyertaan pertandingan tersebut tidak menganggu persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan penting itu.

"Ia bukan seperti pertandingan lain kerana ia melibatkan fakta dan pembelajaran yang sebenar. Kami tidak menghafal dialog tetapi memahami setiap konsep sains yang terdapat dalam eksperimen sekali gus dapat memantapkan lagi pemahaman dalam subjek sains seperti Fizik dan Kimia," ujar Ilyas yang mengambil bidang sains tulen.

Pada tahun ini, sebanyak 300 penyertaan diterima di peringkat zon yang bermula bulan Ogos 2013.

Satu pasukan dari setiap zon serta dua pasukan pilihan juri bertanding pada peringkat kebangsaan.

Sejak diadakan buat pertama kali pada tahun 2009, pertandingan yang terbuka kepada pelajar menengah itu berjaya merangsang kreativiti pelajar untuk berkomunikasi mengenai sains dalam bentuk persembahan yang menarik dan menghiburkan.

Ia secara tidak langsung, melahirkan warga yang membudayakan sains sebagai sebahagian kehidupan mereka.

SMK Seksyen 10, Kota Damansara, Petaling Jaya mendapat tempat kedua yang diwakili oleh pasangan kembar, Norsabrina dan Norsabrini Mohd. Sabri, 16.

Tempat ketiga diberikan kepada dua buah sekolah iaitu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor dan SMK Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.

'Pulau sampah' jejas imej Maldives

Posted:

'Pulau sampah' jejas imej Maldives

'Pulau sampah' jejas imej Maldives


DIANGGARKAN sebanyak 330 tan metrik sampah dilupuskan di Thilafushi setiap hari.


MALDIVES dikenali sebagai syurga tropika, gugusan kepulauan dengan 1,200 pulau kecil yang bertaburan di Lautan Hindi.

Bagaimanapun, di sebalik kegemilangan Maldives yang diiktiraf sebagai antara pulau tercantik di dunia, tersembunyi sisi hitam iaitu gelaran pulau sampah terbesar di dunia.

Mengambil masa kira-kira 30 minit dengan menaiki bot dari ibu negara Maldives, Male, Thilafushi yang dikelilingi perairan cerah membiru bermula sebagai sebuah projek penambakan pada tahun 1992.

Pulau buatan itu dibina bagi menyelesaikan masalah bahan buangan di sekitar Male dan kawasan kepulauan berhampiran.

Bagaimanapun kehadiran lebih 10,000 pelancong seminggu ke negara itu sekali gus meningkatkan jumlah bahan buangan setiap hari. Kini, timbunan sampah sarap yang dibuang di pulau itu merangkumi keluasan sehingga 50 hektar.

Pakar-pakar alam sekitar berkata, terdapat kira-kira 330 tan metrik sampah dibawa ke Thilafushi setiap hari. Sebahagian besarnya dari Male, yang merupakan antara bandar paling padat di dunia dengan kehadiran lebih 100,000 penduduk yang menetap di kawasan seluas dua kilometer persegi itu.

Tapak pelupusan

Dibawa dengan menaiki kapal, sampah sarap itu kemudiannya dipunggah ke tapak pelupusan, sebahagian daripadanya dibakar dan selebihnya ditanam di sekitar tapak berkenaan.

Sesetengah pakar berkata, terdapat juga peningkatan bahan buangan berbahaya seperti bateri dan perkakasan elektronik di kepulauan itu.

"Bateri-bateri yang dibuang itu mengandungi plumbum dan ada yang mengandungi merkuri. Semua bahan ini dengan mudah mencemari rantaian makanan yang sedia ada," kata Ali Rilwan, seorang aktivis alam sekitar bagi sebuah organisasi tempatan, Bluepeace Maldives.


MALDIVES terkenal sebagai syurga tropika yang berjaya menarik puluhan ribu pelancong saban tahun.


Tambahnya, tapak pelupusan sampah itu bukan di atas daratan sebaliknya dibina di atas lautan. Lambat-laun kesannya pasti menjejaskan hidupan marin di sana.

Menurut Ali, kawasan tapak pelupusan sampah itu juga yang semakin membesar setiap hari sejak kewujudannya dua dekad lalu.

"Statistik kerajaan menunjukkan setiap pelancong ke Maldives menghasilkan kira-kira 7.2 kilogram (kg) sampah sehari, berbanding 2.8 kg dalam kalangan penduduk Male," ujarnya.

Biarpun krisis itu dilihat semakin membimbangkan, Thilafushi pada dasarnya masih tersembunyi daripada pandangan umum. Tiada siapa yang dibenarkan ke pulau buatan itu kecuali para pekerjanya.

Punca utama

Sektor pelancongan melonjakkan Maldives sebagai antara negara terkaya di Asia Selatan dengan keluaran dalam negara kasar sekitar AS$4,500 (RM14,273) per kapita, biarpun kekayaan itu semakin menipis sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, kebanyakan barangan keperluan harian di negara itu diimport. Malah, keperluan pelancong di negara itu bergantung sepenuhnya kepada pengimportan beribu-ribu tan daging, sayuran dan minyak diesel setiap tahun. Kesemua itu dilihat menjadi punca utama peningkatan bahan buangan di negara tersebut.

Peningkatan sampah sarap juga mengakibatkan Thilafushi berdepan masalah kekurangan kawasan tapak pelupusan sampah. Justeru, Maldives mengeksport bahan buangan itu ke negara jirannya, India.

"Sebelum ini, kapal yang membawa sayur-sayuran dari selatan India selalu pulang kosong. Kini, ia membawa bersama bahan-bahan kitar semula seperti tin, besi, kadbod dan sebagainya. Ia diproses di India dan bahan kitar semula itu menjadi antara penyumbang pendapatan negara tersebut ," kata Ali.


Pekerja-pekerja pusat pelupusan sampah di Thilafushi berdepan risiko akibat pembuangan bahan berbahaya seperti bateri dan perkakasan elektronik.


Isu alam sekitar merupakan isu utama politik di Maldives, keseluruhan 350,000 rakyatnya terdedah kepada risiko sekiranya paras air laut meningkat ekoran pemanasan global.

Disebabkan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) merancang untuk menghentikan pembakaran terbuka di pulau itu manakala operator swasta di tapak pelupusan berjanji untuk membina mesin insinerator selepas perancangannya tertangguh sejak lima tahun lalu.

"Pengurusan bahan buangan secara pintar di Male melalui pengutipan dari pintu ke pintu dan program kitar semula akan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar," kata Ahli Majlis PBT Male, Ahmed Kareem.

Ujarnya, projek yang dilaksanakan kelak mampu memantau pencemaran udara dan air di Pulau Thilafushi dan tiada lagi kerja-kerja penambakan baharu.

"Kita berharap masalah yang menghantui penduduk selama ini akan berakhir sekali gus akan mengukuhkan imej Maldives sebagai antara destinasi percutian popular di dunia," katanya.

Cakera keras untuk peranti mudah alih

Posted:

Cakera keras untuk peranti mudah alih

Cakera keras untuk peranti mudah alih


SISTEM storan baharu ini dilengkapi ciri tahan gegaran dan kepanasan.


PENERAJU storan penyimpanan dunia, Seagate Technology LLC (Seagate) mengumumkan storan penyimpanan terbaharu yang direka khusus untuk peranti mudah alih.

Dikenali sebagai Seagate Ultra Mobile HDD, cakera keras itu menawarkan tujuh kali ganda kapasiti penyimpanan data berbanding kebanyakan tablet bersaiz 64 Gigabait (GB) biasa.

Di samping menawarkan prestasi dan kemampuan pantas, cakera keras itu juga dilengkapi teknologi terkini untuk membolehkannya menahan impak gegaran, kepanasan, getaran dan sebagainya sekali gus mengoptimumkan fungsinya sebagai peranti untuk aplikasi mudah alih.

Seagate Ultra Mobile HDD menggunakan perisian Dynamic Data Driver yang direka untuk mengurangkan penggunaan tenaga, di samping meningkatkan prestasinya secara keseluruhan.

Peranti itu hanya berukuran 6.99 sentimeter lebar dengan ketebalan 0.5 sentimeter dan seberat 93 gram.

Menawarkan kapasiti penyimpanan sebanyak 500 GB, ia cukup untuk memuatkan lebih 125,000 buah lagu, 100,000 keping gambar dan durasi 62 jam rakaman video berdefinisi tinggi.

Cakera keras terbaharu itu juga direka untuk sistem operasi Android. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari http://seagate.com/www/mobilekit.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Uzbekistan kota cinta, budaya dan sejarah

Posted:

Uzbekistan kota cinta, budaya dan sejarah

Uzbekistan kota cinta, budaya dan sejarah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN (Yang menyertai delegasi Malaysia ke Forum Filem Antarabangsa Tashkent dan Minggu Kesenian Style.Uz di Uzbekistan baru-baru ini)

GELORA angin lintang di kawasan pergunungan Dushanbe, Tajikistan sebelum memasuki ruang udara Uzbekistan sedikit mencemaskan penumpang penerbangan Boeing 767-300ER Uzbekistan Airways.

Kembali ke laluan asal mengatasi awan-gemawan gelap, pesawat yang memuatkan lebih 250 penumpang itu akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent, Uzbekistan, genap lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Pertama kali penulis menjejakkan kaki ke bumi Uzbekistan perasaan teruja tidak dapat digambarkan. Benar kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan.

Rumput bumi Uzbekistan terbias warna keemasan, dedaun yang bersilang-silang luruh ke tanah mewujudkan satu suasana nan indah. Ia menandakan musim sejuk hampir tiba di negara itu.

Ya, Uzbekistan merupakan sebuah negara empat musim yang musimnya berubah setiap empat bulan sekali.

"Lebih indah apabila penduduk negara ini masih dapat menyaksikan matahari terbit dan terbenam setiap hari sepanjang tahun walaupun pada musim sejuk," kata penuntut Universiti Nasional Bahasa Antarabangsa Uzbekistan, Mirjalol Mirsabitov, 22.

Atas faktor itu, Uzbekistan digelar Bandar Matahari (City Of Sun) memandangkan penduduknya juga bergantung pada hasil bumi daripada sumber cahaya matahari seperti gandum, jagung, beras dan paling utama, kapas.


ARCA ilmuan Islam menjadi lambang Dataran Registon pernah menjadi tempat pembelajaran terkemuka suatu ketika dahulu.


Agama Islam

Majoriti daripada 2 juta penduduk di ibu kota Uzbekistan, Tashkent beragama Islam dan selebihnya penganut agama Kristian Ortodoks Rusia.

Maka, tidak hairanlah masyarakat Islam di sini masih menganggap institusi madrasah sebagai pusat pendidikan dan penyebaran agama Islam yang penting.

"Di Kompleks Hizrati Imam, terdiri tujuh buah madrasah dan masjid yang masih digunakan oleh penduduk tempatan. Begitu juga, Madrasah Kulkadosh yang popular sebagai pusat pembelajaran tulisan khat khususnya bagi golongan remaja dan kanak-kanak," tambah Mirjalol.

Menurutnya, Kompleks Hazrati Imam, yang sebelum ini pernah distrukturkan semula pada tahun 2007 selepas mengalami kerosakan ekoran gempa bumi kecil, terdiri daripada Masjid Hizrati Imam, Masjid Namozgoh, Masjid Tilla Shayx, Madrasah Baroqxon dan Madrasah Moyi Muborak.

Selain itu, kompleks tersebut turut memuatkan Musulmonlari Idorasi iaitu tempat pembelajaran khusus untuk golongan wanita dan sebuah muzium yang menempatkan naskhah asal al-Quran rasm Uthmani yang digelar Muzium Qaffol Shoshiy.

Tidak jauh dari lokasi itu, terdapat sebuah bazar yang menempatkan semua hasil pertanian dan tempatan yang dikenali sebagai Chorsu Plaza.


PAKAIAN tradisi masyarakat Uzbek yang diperbuat daripada kain baldu dan disulam.


Di pasar itu, pelbagai jenis barangan boleh ditemui seperti pakaian, pelbagai jenis makanan dan rempah-ratus yang digunakan secara meluas dalam sajian masyarakat tempatan.

Selain Chorsu Plaza, Oloy Bozori juga merupakan salah sebuah pasar yang terkenal di wilayah Tashkent. Pasar itu tidak terlalu padat dengan penjual malah seni binanya masih baharu berbanding Chorsu Plaza yang telah bertapak sejak 1051 Masihi.

Khazanah unik

Menurut penjual rempah di Oloy Bozori, Kamiljaan, 48, jintan hitam, lada hitam, serbuk cayenne, barberi, ketumbar, daun bay, bunga cengkih dan bijan merupakan rempah utama yang sering digunakan dalam masakan Uzbekistan.

"Bawang putih dan lobak pula biasa dijadikan penambah rasa memandangkan ia agak pedas. Buah-buahan seperti delima, plum, alcha dan kismis pula memberikan rasa manis dalam sajian," katanya yang lebih dua dekad berniaga di pasar berkenaan.

Kebolehan pelancong berbahasa Inggeris kurang membantu ketika berurusan di pasar itu berikutan kebanyakan peniaga menggunakan bahasa ibunda mereka selain bahasa Rusia.

Pernah dijajah Kesatuan Soviet dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada 1 September 1991, Uzbekistan masih menyimpan khazanah unik dalam perut buminya.

Sistem pengangkutan bawah tanah, Tashkent Metro dianggap antara terindah di dunia. Ia dibina pihak Soviet pada tahun 1973 dan siap tiga tahun kemudian. Setiap stesen mempunyai seni bina yang unik dan masih kekal hingga ke hari ini.


MAKAM Amir Timur yang terkenal dengan kemampuan menakluk barat, selatan dan tengah Asia.


"Hiasan dalaman stesen-stesen ini menggunakan material seperti besi, kaca, plastik, granit, marmar, seramik dan batu pualam yang terukir.

"Malah, sistem Tashkent Metro dibina tiga tingkat dengan tiga jajaran berbeza iaitu Chilanzar (dibuka pada tahun 1977), Uzbekistan (1984) dan Yunusabad (2001) menghubungkan seluruh ibu kota Tashkent dan membawa seramai 450,000 penumpang setiap hari," kata penduduk tetap Tashkent, Shakhboz Shamsiddinov, 20.

Menurut Shamsiddinov, terdapat sebanyak 29 buah stesen yang menghubungkan ketiga-tiga jajaran sejauh kira-kira 38 kilometer itu dan sebuah jajaran baharu sedang dalam pembinaan.

Difahamkan, terowong yang luas di stesen kereta api bawah tanah itu berfungsi mengawal sistem pengudaraan dan kelembapan udara.

Di samping itu, laluan kereta api bawah tanah tersebut juga dibina bagi menahan gegaran gempa bumi di Tashkent.

Pengalaman realistik di kubu perang Jerman

Posted:

Pengalaman realistik di kubu perang Jerman

Pengalaman realistik di kubu perang Jerman


RUANGAN khas yang mempamerkan senjata-senjata yang digunakan semasa Perang Dingin.


TIDUR di atas tilam yang usang, memasak makanan sendiri dan kawasan sekitar yang dikawal oleh pengawal keselamatan pasti merupakan igauan ngeri buat sesiapa sahaja.

Namun, bagi sesetengah pelancong di Jerman, mereka sanggup membayar sebanyak AS$150 (RM471) untuk merasai pengalaman tinggal selama 16 jam di sebuah kubu Perang Dingin yang kini dijadikan muzium.

Bagi kumpulan itu, ia merupakan peluang terbaik untuk mereka menyelami kehidupan sebagai seorang askar ketika perang di Jerman Timur pada tahun 1970-an.

Terletak di kawasan hutan sejauh 321 kilometer dari ibu kota Jerman, Berlin, pelancong dibawa untuk menginap di Muzium Bunker yang telah dibuka kepada umum pada awal Oktober lalu.

Dengan pintu depan yang berselindung di sebalik sebuah pondok dan sebuah kereta kebal tentera diletakkan di bahagian luar, kubu yang berusia lebih 40 tahun itu sebelum ini dikendalikan oleh polis rahsia Stasi yang digeruni.

Tujuan utama pembinaannya ialah untuk membolehkan pasukan elit ketenteraan negara itu untuk mempunyai sebuah pusat kawalan sekiranya berlaku peperangan.

Uniknya, pengalaman pengunjung menjadi lebih realistik apabila mereka perlu berpakaian seperti seorang pejuang pada era silam itu dengan seragam lengkap dan menjalankan rutin yang dilakukan askar terdahulu.


PARA pengunjug berpeluang merasai pengalaman menjadi tentera, termasuk berpakaian uniform lengkap Tentera Rakyat Jerman Timur.


Syarikat Waldhotel Rennsteighoehe, yang mengendalikan pakej pengalaman realiti itu berkata, ia menyediakan pengalaman sebenar kepada para pengunjung.

"Permintaan kekal tinggi. 'Percutian ini' harus dilihat sebagai satu pendedahan ringan dan tidak dianggap terlalu serius. Namun demikian, pengunjung yang datang mahu menikmati sebahagian daripada lipatan sejarah negara ini dan itu yang kami sediakan kepada mereka," kata Manuel Ebert yang bekerja di muzium itu.

Pengalaman

Seorang tetamu yang bermalam di hotel tersebut bersama dua orang anaknya, Hans-George Tiede, 66, memberitahu, dia pernah hidup di bawah pemerintahan Tentera Rakyat Jerman Timur pada tahun 1972.

"Melalui pengalaman ini, saya dapat mengetahui mengenai pembinaan kubu di bahagian timur negara ini," ujarnya kepada Reuters.

Tiba di pekarangan muzium berkenaan, setiap tetamu akan diberi pakaian seragam Tentera Rakyat Jerman Timur seperti jaket, tali pinggang, topi dan topeng gas. Paling penting ialah kalung besi pengenalan diri yang perlu dipakai setiap masa.

Selepas itu, seorang 'pegawai' yang memakai seragam memberi arahan yang tegas kepada pengunjung untuk berbaris dan berkawat masuk ke muzium.

Dalam muzium itu, kelihatan deretan raifal semi automatik jenis Kalashnikov atau AK-47 buatan Rusia, bom tangan, pemancur dekontaminasi dan tong bekalan oksigen menghiasi bahagian dinding. Bagi mengekalkan ketulenan keadaan persekitaran silam lokasi itu, setiap barangan disusun dalam keadaan asal.

Ketika kubu itu digunakan semasa Perang Dingin, ia direka untuk menempatkan seramai 400 askar dalam tempoh dua minggu. Antara yang pernah mendapat perlindungan di situ ialah Erich Honecker yang mengetuai Republik Demokratik Jerman pada tahun 1971 hingga 1989.

Dia merupakan antara individu yang bertanggungjawab membina Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur.


BILIK pertukaran talian telefon merupakan tempat Tentera Rakyat Jerman Timur berkomunikasi dengan pihak Rusia.


Selain tidur dalam keadaan sederhana, tetamu juga berpeluang menyediakan sendiri menu yang dimakan oleh tentera sewaktu perang yang berakhir pada tahun 1989 itu.

Antara bahan memasak yang disediakan adalah kentang, sosej pedas tempatan dan makanan dalam tin.

Pelancong dibenarkan untuk berbual-bual dengan tetamu lain sambil menikmati hidangan itu hanya pada waktu malam.

Selain itu, makanan dalam tin yang dimakan oleh tentera sewaktu perang tersebut juga menghiasi dinding bahagian dapur kubu itu. Tin-tin tersebut tidak pernah dibuka sejak 40 tahun lalu.

Tetamu yang bermalam di Muzium Bunker itu kebanyakannya menerima hadiah berupa baucar penginapan daripada rakan-rakan atau keluarga mereka. Kebanyakan mereka berpendapat bahawa ia merupakan salah satu cara terbaik untuk merasai sejarah perang yang pernah melanda negara itu.

Sebagai langkah keselamatan, hanya tetamu yang berusia 18 hingga 75 tahun dibenarkan bermalam di sana.

Tarikan terbaharu Disneyland Hong Kong

Posted:

Tarikan terbaharu Disneyland Hong Kong

Tarikan terbaharu Disneyland Hong Kong


MYSTIC POINT merupakan tarikan terbaharu dan tercanggih di Disneyland Hong Kong.


TARIKAN terbaharu di Taman Tema Disneyland Hong Kong, Mystic Point bermula dengan mengikuti pengembara eksentrik dan pengumpul karya seni, Lord Henry Mystic.

Beliau akan menjemput setiap pengunjung menaiki gerabak yang dijana oleh tenaga elektromagnet untuk melihat muzium peribadinya yang terletak dalam rumah agam gaya Victorian.

Tatkala peneman Lord Henry, seekor monyet bernama Albert memainkan sebuah kotak muzik magis dan habuk muzik di dalamnya keluar bersama nada-nada seram, maka perjalanan penuh misteri para pengunjung pun bermula.

Mystic Point merupakan bahagian terakhir dalam projek pembesaran yang dibuat di Disneyland Hong Kong yang telah dibuka secara rasmi pada 17 Mei lalu.

Ia menawarkan karakter-karakter serba baharu, efek-efek khas dan keanggunan seni bina bangunan tersendiri.

Setiap satu tarikan digabungkan dengan teknologi untuk membawa para pengunjung ke dunia penuh imaginasi.

"Mystic Point menandakan penyelesaian projek pembesaran Disneyland Hong Kong. Tarikan ini merupakan satu-satunya di sini dan tiada di taman-taman tema Disney lain seluruh dunia," kata Presiden dan Pengarah Urusan Asia Walt Disney Parks and Resorts, Bill Ernest dalam satu kenyataan media.

Saiz Disneyland Hong Kong telah diperluas hampir 25 peratus dengan penambahan tarikan Toy Story Land pada tahun 2011, Grizzly Gulch (2012) dan Mystic Point (2013).

Projek pembesaran itu sekali gus telah menambah tarikan yang ada menjadi lebih 100 jenis termasuk kemudahan hiburan dan tempat-tempat pertunjukan.

"Buat pertama kali, para pelawat akan begitu asyik dengan keunikan pengembaraan berbentuk teater yang menggabungkan jalan cerita tradisonal dengan teknologi serta efek khas," ujar Ernest.


GERABAK elektromagnet ini membolehkan pengunjung melihat semua artifak yang dipamerkan.


Gerabak yang dijana oleh elektrik magnet atau dikenali Mystic Magneto-Electric Carriage dalam Mystic Manor merupakan sistem pengangkutan yang paling canggih dalam sejarah Disney.

Mystic Magneto-Electric Carriage merupakan pengangkutan pertama yang tidak mempunyai trek dengan menggunakan aplikasi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) oleh Disney.

Setiap satu gerabak membawa ke posisi yang berbeza pada bila-bila masa sekali gus menawarkan perspektif unik dan pengembaraan mengasyikkan kepada para pengunjung.

Selain sistem pengangkutan yang canggih, muzik latar yang menyeramkan ketika kotak muzik dibuka dan berterusan sepanjang cerita telah direka oleh penerima Anugerah Grammy, Danny Elfman.

Bukan setakat itu, terdapat lebih 7,000 buah artifak berada di taman tema itu manakala di Garden of Wonders, terdapat beberapa arca dan mozek kuno dipaparkan secara ilusi tiga dimensi.

Para pengunjung mesti melihat pada sudut tertentu yang betul bagi memecah misteri yang membelenggu sekali gus menawarkan peluang mengambil foto paling mendebarkan.

Selepas melawat Mystic Manor, para pelawat boleh menjamu selera di Restoran Explorer's Club yang mempunyai pensijilan halal.

Boleh memuatkan 500 tempat duduk, restoran itu mempunyai ruang makan dengan tema berbeza tema yang menggambarkan budaya dan gaya lokasi seperti Mesir, Rusia, Maghribi, India dan China.

Selepas puas mengembara dan menikmati makanan di restoran itu, jangan lupa ke Archive Shop untuk memilih lebih 140 jenis barangan cenderamata sebagai kenang-kenangan di Disneyland Hong Kong.

Sejak pembukaan rasmi Disneyland Hong Kong pada bulan September 2005, ia menerima lebih 38 juta pengunjung dari seluruh dunia.

Taman tema itu mempunyai 5,000 orang pekerja yang bertugas di taman tema dan dua buah hotel yang terdapat di sana.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


1MCAT cungkil bakat seni kontemporari futuristik

Posted:

1MCAT cungkil bakat seni kontemporari futuristik

1MCAT cungkil bakat seni kontemporari futuristik

HANED (berdiri tengah) bergambar bersama pemenang pertandingan lukisan kontemporari futuristik Cabaran Seni Pelancongan (1MCAT) di Auditorium Balai Seni Visual Negara Jalan Temerloh, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 60 orang peserta termasuk pelajar sekolah menyertai pertandingan Cabaran Seni Pelancongan (1MCAT) bertemakan seni lukis kontemporari futuristik yang diadakan di Auditorium Balai Seni Visual Negara di Jalan Temerloh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara, Haned Masjak berkata, pertandingan tersebut diadakan untuk memberi ruang dan mencungkil bakat muda terutamanya golongan pelajar serta pengiat seni dalam bidang seni lukis kontemporari futuristik.

Pemenang utama pertandingan tersebut menerima hadiah wang tunai RM5,000 bagi kategori terbuka, manakala RM1,000 bagi kategori pelajar.

Unimas lancar prafestival konvokesyen 2013

Posted:

Unimas lancar prafestival konvokesyen 2013

Unimas lancar prafestival konvokesyen 2013


PENGERUSI Jemaah Pengetua Kolej Kediaman Unimas, Shaharudin Jakpar (kiri) merasmikan prafestival konvokesyen Unimas 2013 sambil disertai Muhammad Zul Syafiq (kanan) di Kuching, Sarawak baru-baru ini.


LANCAR. Jawatankuasa Pelaksana Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) 2013 telah menganjurkan sambutan prafestival konvokesyen bermula 17 hingga 22 Oktober lalu.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Muhammad Zul Syafiq Abdul Wahab berkata, program baharu yang diperkenalkan itu dimulakan dengan program bazar jualan dan karnival.

"Bagi menghangatkan lagi program pelbagai aktiviti sampingan telah diadakan seperti jogathon, konvoi berbasikal dan kembara promosi," katanya di Unimas baru-baru ini.

Tambahnya, selain itu malam citra warna, autoshow, joran konvo, boling terbuka, malam kerohanian, konsert perdana dan pantun Malaysia Book of Records turut diadakan sepanjang program.

400 anggota Palapes UniMAP derma darah

Posted:

400 anggota Palapes UniMAP derma darah

400 anggota Palapes UniMAP derma darah


KAMARUDIN (berdiri tengah) bergambar bersama anggota dan pegawai Palapes UniMAP yang menderma darah di Dewan Serbaguna Kampus Kubang Gajah, Arau, Perlis baru-baru ini.


KEWAJIPAN. Seramai 400 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menderma darah di Dewan Serbaguna Kampus UniMAP Kubang Gajah, Arau baru-baru ini.

Kempen tersebut yang dianjurkan oleh Palapes dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah, Kangar diadakan bagi memenuhi stok bekalan darah di hospital berkenaan.

Majlis itu dirasmikan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Kamarudin Hussin dan turut dihadiri Timbalan Komandan Palapes UniMAP, Mejar Prof. Madya Zaliman Sauli.

Menurut Kamarudin, kempen derma darah tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial selain bagi memupuk semangat dan nilai insan yang tinggi dalam kalangan anggota Palapes UniMAP.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ada sebab ceraikan isteri

Posted:

Ada sebab ceraikan isteri

Ada sebab ceraikan isteri

SASHA yang bergelar janda hanya selepas tiga jam dinikahkan dengan pasangannya pada Ahad lalu.


BATU MAUNG - "Saya ceraikan isteri dalam keadaan waras."

Demikian pengakuan bekas suami wanita yang dijatuhkan talak tiga hanya selepas tiga jam mereka melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini pada Ahad lalu.

Pemuda yang mahu dikenali sebagai Azhar, 19, memberitahu, dia tidak melafazkan cerai ke atas isterinya itu atas faktor emosi sebaliknya berbuat demikian dalam keadaan sedar.

Azhar mendakwa, dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang enggan dikongsi dengan pihak luar kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mati nahas sekembali dari Mekah

Posted:

Mati nahas sekembali dari Mekah

Mati nahas sekembali dari Mekah

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
berita@kosmo.com.my


KEADAAN van membawa lima jemaah yang terlibat dalam kemalangan selepas merempuh sebuah lori di Kilometer 210.2, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang, Kuantan semalam.


KUANTAN – Tiga jemaah haji yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah menemui ajal selepas van yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori muatan bijih besi di Kilometer 210.2, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang di sini semalam.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu ialah Fatimah Said, 63, Zainab Awang Hassan, 59, dan Kamarudin Ab. Rahman, 43. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian itu turut menyebabkan tiga yang lain iaitu isteri Kamarudin, Tuan Mazlinawati Tuan Abdullah, 40, dan ibunya, Rokiah Ibrahim, 63, serta pemandu van, Robaie Roslan, 45, cedera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

MIC mahu cuti Deepavali dua hari - Palanivel

Posted:

MIC mahu cuti Deepavali dua hari - Palanivel

MIC mahu cuti Deepavali dua hari - Palanivel

PUTRAJAYA - MIC akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya memberikan cuti umum dua hari bagi sambutan perayaan Deepavali, kata Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel.

Katanya, sebagai sambutan nasional, perayaan yang disambut masyarakat India beragama Hindu dan Sikh di negara ini wajar diberikan cuti umum dua hari, bagi memeriahkan lagi perayaan itu.

"Sekarang cuti umum hanya satu hari sahaja. Saya akan kemukakan cadangan cuti umum dua hari kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada majlis rumah terbuka sambutan Deepavali MIC 2013 di pekarangan kuil di Batu Caves, pada 2 November nanti.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sunway Lagoon 'diserang hantu'

Posted:

Sunway Lagoon 'diserang hantu'

Sunway Lagoon 'diserang hantu'

ARCA ukiran labu bercahaya di Alien Queen merupakan lokasi terbaik untuk pengunjung mengambil gambar suasana sambutan Halloween.


KEDENGARAN suara manusia menjerit di sekitar Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya. Pada masa sama, kelihatan sesusuk tubuh tinggi yang memakai kustom seakan-akan hantu sedang berjalan.

Sesekali, ia menjerit kuat untuk menakut-nakutkan para pengunjung. Selain itu, kelihatan juga karakter berkuku panjang yang digelar Mr. Finger berlari-lari di kawasan berdekatan dengan pintu masuk taman tema tersebut.

"Mereka yang memakai topeng dan kostum pada sambutan Halloween ini berjaya menakut-nakutkan pengunjung. Saya sendiri ada masanya tidak menyedari kehadiran 'makhluk' tersebut. Walaupun takut, saya dan rakan-rakan berasa seronok dan geli hati melihat telatah pengunjung," ujar seorang pengunjung di Sunway Lagoon, Tuty Hartiny Talib, 24.

Menurut Tuty yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, kostum, solekan dan topeng yang dipakai oleh petugas Sunway Lagoon jelas menonjolkan sisi seram dalam watak mereka.

Bagi pengunjung yang ingin merasai sambutan Halloween, Sunway Lagoon merupakan destinasi tepat untuk anda menerusi acara Night of Fright-Festival of Fear.

Pengunjung dapat melihat dekorasi taman tema itu dipenuhi dengan arca buah labu bercahaya selain karakter Halloween yang bebas berkeliaran di taman tema.

Festival yang berakhir hari ini menjadi tarikan baharu kepada pengunjung untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Sebelum ini, ia turut diadakan pada 18, 19, 25 dan 26 Oktober lalu.

Dengan bayaran sebanyak RM48, festival itu membenarkan pengunjung berusia 12 tahun ke atas sahaja untuk masuk ke taman tema tersebut pada waktu malam.

Pengalaman

Menurut Pengarah Perunding Sunway Lagoon, Bill Hofman, pihaknya mengambil masa selama tiga bulan untuk membuat persediaan sempena sambutan Halloween buat julung-julung kalinya di taman tema itu.


HARRIS (dua dari kiri) bersama sebahagian karakter Halloween yang berkeliaran di sekitar Sunway Lagoon sepanjang acara Night of Fright.


"Melalui festival ini, pengunjung dapat menghayati suasana berbeza Sunway Lagoon jika dibandingkan pada waktu siang. Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman melihat dan mengenali karakter yang terkenal semasa sambutan Halloween.

"Antara kawasan yang dipenuhi karakter Halloween ialah Wild West Ghost Town, Fun Fear dan All Hallows Cemetery. Kesemua karakter itu hanya menakutkan para pengunjung tanpa menyentuh mereka," ujarnya.

Laluan berliku yang menyeramkan iaitu The Mummy's Revenge-Tomb of Terror merupakan tarikan utama untuk para pengunjung sepanjang festival itu berlangsung.

Dalam pada itu, sambutan Halloween pasti tidak lengkap tanpa buah labu. Justeru, arca-arca ukiran buah labu yang unik turut dipamerkan di Alien Queen.

Ia pastinya menjadi kawasan terbaik untuk para pengunjung untuk merakam gambar kenangan.

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Sudden Impact!, selaku syarikat yang menguruskan festival itu, Lynton Harris memberitahu, Night of Fright menjanjikan pengalaman menarik untuk para pengunjung yang ingin merasai suasana sambutan Halloween.

"Pengunjung dapat bersiar-siar dalam suasana yang lebih selesa kerana cuaca pada waktu malam lebih dingin. Bagaimanapun, mereka harus berwaspada dengan kehadiran watak-watak Halloween yang sentiasa menakut-nakutkan mereka.

"Selain itu, sepanjang festival ini, pengunjung berpeluang menyaksikan kira-kira 80 persembahan muzikal yang berkisarkan sambutan Halloween. Walaupun suasananya agak menyeramkan, saya pasti ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Setiap hari, seramai 1,000 pengunjung terawal taman tema itu akan mendapat minuman percuma. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.sunwaylagoon.com atau www.facebook/sunwaylagoonMsia. – MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Festival promosi animasi tempatan

Posted:

Festival promosi animasi tempatan

Festival promosi animasi tempatan


ASHRAN (dua dari kiri) bersama dengan barisan maskot-maskot animasi tempatan yang akan menemui pengunjung di Festival Malaysian Toon 2013 Disember ini.


YAYASAN Usahawan Baru (Mynef) dengan kerjasama Nuovo Entertainment Frontier Sdn. Bhd. dan Brain Evolution Transform Sdn. Bhd. akan mengadakan Festival Malaysian Toon 2013 pada 14 hingga 16 Disember ini di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Festival tersebut dianjurkan bagi membantu usahawan seni kreatif yang terlibat dalam industri animasi tempatan. Ia dijangka menarik penyertaan lebih 60 syarikat produksi seni kreatif tempatan.

Selain memberi maklumat mengenai produk animasi tempatan di ruang pameran, syarikat-syarikat produksi terlibat juga berpeluang berkongsi proses pembikinan sesebuah kartun, maskot, barangan berkaitan dan pencarian bakat baharu.

Pengerusi Mynef, Ashran Ghazi berkata, festival yang julung-julung kali diadakan itu merupakan salah satu platform terbaik untuk membantu usahawan seni kreatif berskala kecil di negara ini.

"Filem animasi dan permainan video yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan mempunyai kualiti yang baik. Namun, kos pemasaran dan penjenamaan yang tinggi merupakan faktor utama karya animasi ini tidak dapat menembusi pasaran tempatan.

"Syarikat-syarikat produksi juga hanya bergantung kepada stesen televisyen untuk menayangkan produk mereka.

Menerusi pameran ini, ia juga merupakan peluang untuk syarikat-syarikat korporat melihat hasil kreatif anak tempatan," ujarnya pada sidang akhbar pengenalan festival itu baru-baru ini.

Tambahnya, syarikat produksi animasi tempatan juga berpeluang memperoleh maklumat berkaitan harta intelek sekali gus mengelakkan karya mereka dieksploitasi oleh pihak lain.

Mynef ditubuhkan pada November tahun lalu dan telah diberi mandat untuk melaksanakan 14 program pembangunan usahawan di bawah Inisiatif Pemangkin Usahawan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan yang sama.

Inisiatif tersebut bertujuan membantu usahawan yang terlibat dalam industri teknologi maklumat, komunikasi dan kreatif yang berskala kecil untuk berkembang.

Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai sebarang perancangan pada musim cuti sekolah pada hujung tahun nanti, Festival Malaysian Toon 2013 merupakan pengisian yang sesuai untuk seisi keluarga.

Antara tarikan utama festival itu ialah penyediaan set-set animasi oleh para peserta sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak merasai pengalaman seperti berada dalam sebuah siri animasi sebenar.

Menurut Ashran, antara siri animasi yang terlibat dalam festival itu ialah Bola Kampung, Supertots dan Dunia Eicak.

Tiada caj dikenakan kepada orang ramai yang berminat mengunjungi Festival Malaysian Toon 2013. Maklumat lanjut mengenai festival itu, boleh hubungi talian 03-7733 4421 atau 03-4105 1517.

Dana Rag bantu penggiat seni

Posted:

Dana Rag bantu penggiat seni

Dana Rag bantu penggiat seni


DARI kiri: Jurucakap Mypaa, Azimy Wan Ahmad, E-Jan dan Kok Man menunjukkan tiket persembahan kumpulan muzik klasik dari Amerika Syarikat yang berlangsung di Studio Toccata, Petaling Jaya baru-baru ini.


MISI Loh Kok Man dan Tan E-Jan ketika memperoleh dana daripada Dana Gala Seni Diraja (Rag) 2012 adalah berbeza, namun mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu memartabatkan industri seni tempatan.

Kok Man merupakan Pengarah Artistik untuk Pentas Project Theater Production mempunyai misi membawa 10 pelakon dalam kumpulannya ke Festival Seni Kuandu, Taiwan bagi mempersembahkan teater bertajuk Animal Farm pada hujung bulan November ini.

Karya adaptasi daripada buku hasil nukilan George Orwell itu menceritakan mengenai kehidupan haiwan daripada kaca mata manusia.

Menurut Kok Man, ketika ini tiket persembahan tersebut yang dijual di Taiwan mendapat sambutan ramai.

"Hasil karya Malaysia menerima sambutan yang menggalakkan di Taiwan. Ia merupakan salah satu cara terbaik untuk memperkenalkan hasil karya tempatan ke peringkat antarabangsa," ujarnya yang menggunakan dana Rag sebanyak RM25,000 sebagai sumber kewangan untuk menyertai festival tersebut.

Rag merupakan satu inisiatif daripada My Performing Arts Agency (Mypaa) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.

Menerusi inisiatif Mypaa, ia merupakan platform untuk membantu menyokong industri seni tempatan.

Dalam pada itu, E-Jan yang bertugas sebagai Pengasas dan Penerbit di Studio Toccata di Jalan SS2, Petaling Jaya, Selangor mempunyai misi agak mencabar iaitu menarik kehadiran rakyat Malaysia untuk menonton teater.

"Di Malaysia, menonton teater bukan menjadi satu budaya walaupun kisah-kisah yang dipaparkan dekat dengan masyarakat kita. Selain itu, pihak penganjur juga perlu melakukan setiap kerja pementasan secara sendirian,

"Sebelum ini, saya juga ada meminta bantuan daripada kira-kira 100 syarikat korporat untuk menyumbang dalam projek yang dianjurkan oleh Studio Toccata. Namun, tiada respons positif daripada mereka," jelasnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, dia amat bersyukur kerana menerima dana sebanyak RM10,000 daripada Rag untuk digunakan dalam memajukan seni kreatif yang dianjurkan oleh Studio Toccata. Terbaharu, studio itu mengundang kumpulan muzik klasik dari Amerika Syarikat iaitu Mivos String Quartet untuk mengadakan persembahan pada 20 Oktober lalu.

Dalam pada itu, persembahan Rag yang dijadualkan berlangsung pada 23 November ini di Istana Negara Lama, Jalan Istana, Kuala Lumpur mengumpulkan pelbagai seni persembahan di Malaysia termasuk teater dan muzik.

Selain itu, persembahan tersebut juga merupakan platform untuk memberi Anugerah Seni Kreatif dan Anugerah Seni Korporat bagi mengiktiraf hasil karya penggiat seni tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai persembahan itu, layari laman web www.mypaa.com.my atau hubungi talian 03-6207 9566.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS didakwa miliki fasiliti mengintip di KL

Posted:

AS didakwa miliki fasiliti mengintip di KL

AS didakwa miliki fasiliti mengintip di KL

GAMBAR fail menunjukkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.


SYDNEY - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mencuri dengar perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi dengan menggunakan fasiliti pengintipan elektronik di kedutaan dan konsulat AS yang terdapat di Asia Timur dan Asia Tenggara, lapor akhbar Sydney Morning Herald semalam.

Pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat yang dibocorkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edrward Snowden yang juga warga AS.

Satu senarai peta rahsia turut mendedahkan 90 fasiliti tersebut yang terdapat di seluruh dunia termasuk kemudahan pengintipan komunikasi yang terdapat di Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Bertarikh 13 Ogos 2010, peta itu menunjukkan tiada fasiliti berkenaan di lokasi di Australia, New Zealand, Britain, Jepun dan Singapura yang merupakan sekutu rapat AS.

Australia mengetahui sepenuhnya berhubung pengintipan elektronik AS ke atas negara-negara rantau di Asia Tenggara dan rakan perniagaannya.

Negara itu juga telah mengakses sebahagian besar data yang dikumpulkan oleh AS.

Menurut peta itu yang disiarkan oleh majalah Jerman, Der Spiegel semalam, operasi pengintipan itu dilakukan secara bersama oleh Agensi Perisikan Pusat dan NSA menerusi unit yang dikenali sebagai Perkhidmatan Pengumpulan Khas (SCS).

Peta tersebut yang pada mulanya disiarkan secara penuh di laman web Der Spiegel tetapi kemudian diganti dengan versi yang ditapis telah menyenaraikan fasiliti SCS di 90 buah lokasi di seluruh dunia termasuk 74 premis dan 14 fasiliti yang dikawal dari jauh.

Ia juga memaparkan dua pusat sokongan teknikal SCS.

Peta tersebut mendedahkan AS memiliki fasiliti pengintipan komunikasi di Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Kedutaan AS di Bangkok juga merangkumi pasukan sokongan teknikal dan digunakan untuk mengendalikan premis pengintipan di Konsulat AS di bandar Chiang Mai.

Di Asia Timur, usaha pengintipan AS tertumpu kepada China dengan fasiliti tersebut dibina di Kedutaan AS di Beijing dan Konsulat AS di Shanghai dan Chengdu.

Sebuah fasiliti serupa berada di pejabat diplomatik tidak rasmi AS di Taipei.

Peta itu mengesahkan bahawa operasi pengintipan komunikasi AS melangkaui ke seluruh dunia dengan fasiliti seumpamanya berada di bandar raya utama di setiap benua.

Terdapat lapan fasiliti itu di Asia Selatan termasuk di Kedutaan AS di New Delhi dan Islamabad.

Rantau Asia Barat dan Afrika Utara pula dilitupi oleh tidak kurang daripada 24 fasiliti pengintipan manakala rantau Sahara mempunyai sembilan fasiliti serupa.

Sebelum ini program pengintipan NSA, X-Keyscore telah dibocorkan oleh Snowden.

Program itu merupakan sistem komputer yang digunakan oleh NSA dan rakan perisikannya, FVEY bagi mencari dan menganalisis data internet di seluruh dunia.

Menurut dokumen yang disiarkan oleh akhbar Britain, Guardian, X-Keyscore membolehkan NSA memantau hampir segala aktiviti pengguna internet termasuk e-mel, enjin pencarian internet dan penggunaan laman sosial.

Beberapa sumber perisikan Australia mengesahkan kepada agensi media Fairfax baru-baru ini bahawa fasiliti itu digunakan untuk mengumpulkan maklumat risikan diplomatik, politik dan ekonomi selain keganasan serta keselamatan.

Operasi pengintipan di fasiliti-fasiliti tersebut berlaku di sebuah bilik bangunan kedutaan melibatkan perbuatan mencuri dengar mana-mana perbualan telefon yang disasarkan. - Agensi

Warga Brazil meluncur ombak gergasi

Posted:

Warga Brazil meluncur ombak gergasi

Warga Brazil meluncur ombak gergasi


BURLE (kanan) dan McNamara bergambar di Nazare, Portugal.- AP


LISBON - Seorang peluncur ombak dari Brazil, Carlos Burle mungkin telah mencipta rekod dunia kerana meluncur ombak setinggi 30.48 meter di Nazare, tengah Portugal kelmarin.

Media-media tempatan melaporkan Burle mungkin mengatasi rekod Guinness World Records yang dicatatkan warga Amerika Syarikat, Garrett McNamara pada tahun 2011 di lokasi yang sama.

McNamara yang berasal dari Hawaii meluncur ombak setinggi 23.77 meter.

Burle memberitahu portal tentang aktiviti meluncur ombak, Surfer Today, dia berasa bertuah kerana dapat meluncur ombak pada ketinggian itu.

"Kami tidak mengetahui bila kita akan didatangi ombak besar itu," katanya.

Burle turut menyelamatkan seorang rakannya, Maya Gabriel yang hampir lemas kerana cuba untuk meluncur pada ketinggian yang tinggi.

Dalam pada itu, pihak Guinness World Records masih belum menerima tuntutan daripada Burle untuk mengesahkan rekodnya itu. - Agensi

Model wanita bergambar dalam laut

Posted:

Model wanita bergambar dalam laut

Model wanita bergambar dalam laut


Seorang penyelam membantu seorang wanita menyedut oksigen semasa dia menjadi model pada pertandingan bergambar di dalam laut di bandar Eilat, Israel.- REUTERS


EILAT, Israel - Sekumpulan jurugambar amatur dan profesional berhimpun di sebuah bandar peranginan tepi pantai di sini untuk menyertai pertandingan merakamkan gambar di dalam laut.

Lebih 80 jurugambar menyertai pertandingan tersebut yang diadakan pada 20 hingga 26 Oktober lalu dalam pelbagai kategori.

Beberapa model wanita turut menyelam dengan memakai pelbagai fesyen pakaian dan membuat aksi tanpa memakai tangki oksigen semasa gambar mereka dirakamkan.

Dasar laut di bandar ini mengandungi bangkai sebuah kapal perang yang karam pada kedalaman 18.28 meter.

Kos untuk merakamkan gambar di dalam laut dengan menggunakan kamera kalis air boleh mencecah sehingga AS$40,000 (RM125,821).

Hadiah utama imej terbaik yang dirakamkan pada pertandingan itu telah dimenangi oleh Mark Fuller dari Israel yang merakamkan gambar seekor ikan lut sinar.

Dia memenangi wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,455). - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved