Jumaat, 25 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Gasing berputar lebih dua jam tanpa henti

Posted:

Gasing berputar lebih dua jam tanpa henti

Gasing berputar lebih dua jam tanpa henti

ELLISE CARTY, 10, sedikit pun tidak gentar apabila diminta menghulurkan tangannya dan diajar cara-cara untuk menyeimbang gasing yang sedang berputar laju. Meskipun agak sukar bagi gadis yang berasal dari Queensland, Australia itu untuk melakukannya, namun pengalaman pertama tersebut benar-benar membuatkannya rasa teruja.

Apatah lagi, gasing yang dipegangnya menghasilkan paten putaran yang laju dan kemas. Pengalaman itu diperolehnya ketika berkunjung bersama keluarga di Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini. Aktiviti tersebut merupakan salah satu inisiatif Pasar Seni memartabat seni dan budaya Malaysia.

Program yang diadakan di hadapan pintu masuk Pasar Seni itu menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Malah sebahagian besar daripada mereka tidak teragak-agak untuk mencuba menyeimbangkan putaran gasing di tapak tangan.

"Saya dan keluarga baru pertama kali melawat Malaysia, tetapi kami gembira kerana sepanjang berada di negara ini kami didedahkan dengan pelbagai aktiviti kesenian yang menarik. Saya terpesona dengan rekaan gasing yang unik," kata Ellise kepada Kosmo!.

Menghiburkan

Ibu bapa dan ahli keluarga Ellise juga kelihatan kagum dengan kemahiran para pemain gasing uri mengendalikan gasing masing-masing.

Ibu Ellise, Debi Carty memberitahu, sebelum ke Malaysia, mereka sekeluarga singgah di Bangkok, Thailand.

"Kami memilih kedua-dua negara ini kerana ia terkenal dengan keunikan makanan dan kebudayaannya. Justeru, pengalaman menyaksikan permainan gasing uri ini sangat menghiburkan dan memuaskan hati kami. Ia satu pengalaman indah untuk dikongsi bersama rakan-rakan ketika pulang ke negara asal nanti," ujarnya yang menghabiskan percutian selama dua minggu di Thailand dan Malaysia.


PASAR SENI mengambil inisiatif mempopularkan gasing uri dengan membawa pakar seni itu membuat persembahan.


Program tersebut merupakan anjuran bersama Pasar Seni dan Jabatan Warisan Negara. Acara demonstrasi gasing uri berkenaan dijayakan oleh pemain profesional negara, Hussain Mohamad, 57 dan Rukman Muhamad, 48, yang didatangkan khas dari Besut, Terengganu.

Menurut Setiausaha dan Pengurus Persatuan Gasing Uri Negeri Kelantan, Nazife Ismail, 48, gasing diklasifikasikan berdasarkan fizikal yang berlainan sama ada dari segi logam, kayu, saiz dan berat.

Gasing uri mempunyai berat sekitar empat hingga enam kilogram dengan diameter 20 hingga 22 sentimeter (sm) dan diputar menggunakan tali sepanjang 4.5 meter.

"Kebiasaannya, gasing uri ini boleh berputar sehingga dua jam tanpa henti sedangkan gasing lain tidak sampai setengah jam," ujar Nazife.

Beliau menambah, paksi gasing uri yang pendek dan geseran di atas lantai licin meningkatkan kemampuan gasing berputar lebih lama dan seimbang. Berbeza dengan cara tradisi, gasing hanya diputarkan di tanah atau permukaan tanah liat.

Permainan yang popular di Terengganu dan Kelantan itu semakin kurang diminati dalam kalangan golongan muda. Namun, Nazife memberitahu, pihaknya bersama badan kerajaan dan pihak swasta seperti Pasar Seni telah mengadakan demonstrasi, pertunjukan dan bengkel bagi mendedahkan keunikan gasing uri kepada masyarakat.

Selain itu, pihaknya turut mempunyai bengkel membuat gasing di Kampung Wakaf, Kelantan, sebagai usaha memulihara seni budaya itu yang wujud sejak ratusan tahun lalu.

"Kami berharap program seperti ini dikembangkan lagi bagi menggelakkan permainan gasing uri pupus ditelan zaman. Tambahan pula, kami hanya mempunyai kurang daripada 10 orang pembuat gasing uri," ujarnya.

Nazife yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Puteh turut mewujudkan sebuah galeri gasing uri di sekolah berkenaan.

GASING uri merupakan antara gasing yang terbesar.


Erat hubungan

Setiap minggu, beliau membawa pakar membuat gasing ke sekolah untuk melatih para pelajar. Permainan gasing uri dipercayai bermula sejak ratusan tahun lalu. Ia merupakan satu permainan atau hobi yang mampu mengeratkan hubungan antara para pemain. Malah, ramai penduduk kampung membentuk pasukan masing-masing bagi menyertai pertandingan yang dianjurkan ketika itu.

Seiring dengan masa, hanya dua pasukan sahaja yang masih aktif di Kelantan iaitu negeri kelahiran gasing uri.

"Berita baik mengenai permainan gasing uri hari ini ialah ia berjaya dipopularkan ke luar negara dan termasuklah di Sabah dan Sarawak. Kami amat teruja melihat sokongan dan minat yang ditunjukkan daripada peminat seni dari dalam dan luar negara terhadap permainan ini," jelas Nazife.

Pihaknya pernah menerima pelawaan daripada sebuah universiti di Minnesota, Amerika Syarikat untuk mengajar pelajar-pelajar di situ cara-cara membuat gasing uri. "Mereka menganggap ia satu seni yang tinggi nilainya dan amat menghargai permainan mahu pun gasing uri," kata Nazife. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah mengadakan demonstrasi gasing uri di Scotland dua tahun lalu dan sambutannya di luar jangkaan.

Bagi pemain gasing uri negara, Hussain, kekurangan generasi muda yang mahu mendekatkan diri dengan seni tradisional satu fakta yang amat mendukacitakan.

Katanya, golongan muda hari ini lebih terdedah kepada sukan komersial termasuk permainan video.

"Kalau mereka boleh menunjukkan minat dan semangat yang tinggi terhadap sukan bola sepak dan badminton, mengapa tidak kepada permainan tradisional seperti gasing uri ini?," katanya.

Hussain mula bermain gasing uri sejak umur 18 tahun kerana sering mengikut ayahnya yang juga seorang pemain gasing. Bermula sebagai hobi, Hussain bagaimanapun berjaya mewariskan kemahirannya bermain gasing kepada lima anak muridnya.

KAYU pokok tualang digunakan untuk menghasilkan gasing uri.


Permainan gasing uri mempunyai kaedah dan peraturan tersendiri. Ia dimainkan dengan kaedah pertandingan antara dua kumpulan yang melibatkan dua buah kampung dari daerah yang sama atau berlainan. Setiap kumpulan akan mempertandingkan tujuh set gasing uri untuk satu permainan.

Gasing perlu dililit dengan tali, sebelum dilempar ke atas bong iaitu tempat gasing mendarat yang diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan, berbentuk segi empat bersaiz.

Seorang tukang cokak dengan pantas akan menceduk gasing menggunakan penceduk daripada kayu dan terus diletakkan di atas lopak iaitu tempat gasing berputar dengan sedikit pelincir disapukan.

Putar

Peraturan permainan gasing ini ialah setiap kumpulan secara bergilir diperlukan memutar gasing uri sehingga habis tujuh set masing-masing. Kumpulan yang mempunyai gasing paling lama berputar akan memenangi permainan tersebut.

"Rekod tempoh putar setakat ini ialah dua jam dan 31 minit," ujar Hussain.

Bagi setiap pusingan pertandingan, biasanya mempunyai lima permainan, semuanya bergantung kepada perbincangan antara dua pihak. Permainan yang paling penting ialah acara terakhir kerana kemenangan pada acara terakhir akan menentukan juara. Juara akan menjadi tuan rumah untuk pusingan seterusnya sehingga pasukannya kalah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bajet 2014 cukup meyakinkan

Posted:

Bajet 2014 cukup meyakinkan

Bajet 2014 cukup meyakinkan

NAJIB tersenyum memegang buku Bajet 2014 bersama Muhyiddin (kanan) selepas membentangkan bajet di Dewan Rakyat semalam. Turut kelihatan ialah Ahmad Husni.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak kini semakin yakin untuk membawa negara ke era baharu dengan mengumumkan beberapa langkah drastik yang tidak bersifat populis semasa membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Dalam pembentangan bajet bermula pukul 4 petang itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan banyak lagi transformasi yang mampu mengukuhkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Antara langkah beliau yang paling berani ialah apabila memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini.

Ia membolehkan kerajaan memperoleh lebihan pendapatan untuk disalurkan kepada pembangunan negara.

Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa pada April tahun 2015 sekaligus menghapuskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) masing-masing sebanyak enam dan 10 peratus.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Komprehensif dan holistik

Posted:

Komprehensif dan holistik

Komprehensif dan holistik

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Bajet 2014 sebagai komprehensif dan holistik dengan memberi perhatian utama kepada usaha meneguhkan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.

Beliau berkata, bajet itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam juga menunjukkan ketegasan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan pelbagai pendekatan termasuk rasionalisasi subsidi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut menyambut baik perhatian yang diberikan Perdana Menteri kepada sektor pendidikan apabila memperuntukkan RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada keseluruhan peruntukan Bajet 2014.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan dapat jimat RM551 juta setahun

Posted:

Kerajaan dapat jimat RM551 juta setahun

Kerajaan dapat jimat RM551 juta setahun

KUALA LUMPUR - Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2014 semalam dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.

"Lebihan penjimatan ini nanti akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Iran beri amaran hubungan dengan KL akan terjejas

Posted:

Iran beri amaran hubungan dengan KL akan terjejas

Iran beri amaran hubungan dengan KL akan terjejas

HASSAN


TEHERAN - Kementerian Luar Iran memberi amaran bahawa hubungan negaranya dengan Malaysia akan terjejas ekoran keputusan sebuah mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas dua wanita warga Iran.

Timbalan Menteri Luar Iran, Hassan Ghashghavi berkata, hukuman mati itu akan memberi kesan yang negatif dalam hubungan melibatkan Kuala Lumpur dengan Teheran.

Kenyataan itu dibuat selepas terdapat laporan yang menyebut dua wanita Iran, Shahrzad Mansour, 31, dan Neda Mostafaei, 26, dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan menyeludup dadah methamphetamine ke Malaysia pada Disember 2010.

Menurut Hassan, hubungan persahabatan dan kesetiakawan antara Iran dan Malaysia akan dapat diteruskan jika hukuman tersebut tidak dilaksanakan.

Menurut ketua polis antidadah Iran, Kolonel Ali Moayedi, para penyeludup dadah telah berjanji dengan wanita tersebut untuk memberikan lawatan percuma ke Malaysia.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan warga Iran kerana peraturan visanya adalah mudah, kata Ali.

Sebagai pertukaran, pasangan wanita itu diminta untuk membawa beg yang mengandungi barang makanan tetapi ia juga diisi dengan dadah tersebut. - Agensi

Jet pejuang Switzerland terhempas

Posted:

Jet pejuang Switzerland terhempas

Jet pejuang Switzerland terhempas


BEBERAPA anggota penyelamat mencari bangkai jet pejuang F/A-18 selepas ia terhempas di kawasan pergunungan dekat Alpnachstad, Switzerland kelmarin.- REUTERS


GENEVA - Tentera Switzerland mengesahkan seorang anggota tenteranya terbunuh selepas sebuah jet pejuang F/A-18 terhempas di tengah negara ini kelmarin.

Jabatan Pertahanan Persekutuan menyatakan, mayat anggota tentera itu telah ditemui tetapi identitinya tidak didedahkan.

Seorang lagi kru yang menaiki pesawat itu juga masih belum ditemui.

Menurut satu kenyataan jabatan itu yang dikeluarkan semalam, mayat seorang lagi kru tersebut masih belum ditemui di lokasi jet berkenaan terhempas.

Jet dua tempat duduk buatan Amerika Syarikat itu terhempas dalam cuaca buruk pada waktu tengah hari dekat Alpnachstad.

Kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan Tasik Lucerne di negeri Bern.

Anggota-anggota pasukan penyelamat telah menemui kotak hitam di lokasi nahas.

Menurut pihak tentera, terdapat harapan tipis untuk menemui seorang anggota tentera itu yang kini masih hilang.

Ketika kejadian, jet tersebut melakukan pusingan U pada ketinggian yang rendah sebelum ia terhempas di kawasan pergunungan. - Agensi

Gadis 17 tahun dapat wajah baharu

Posted:

Gadis 17 tahun dapat wajah baharu

Gadis 17 tahun dapat wajah baharu


Gambar Jianmei yang menunjukkan tisu kulit membesar di dadanya ditayangkan di sebuah hospital di Fuzhou pada 11 Oktober lalu.- Agensi


BEIJING - Seorang gadis berusia 17 tahun, Xu Jianmei telah menjalani pembedahan muka selepas dia kehilangan dagu, kelopak mata dan sebahagian telinganya dalam satu kebakaran semasa berusia lima tahun, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Jianmei yang berasal dari sebuah kampung nelayan di wilayah Fuji menjalani pembedahan itu di sebuah hospital Fuzhou dalam wilayah tersebut.

Ketika kecil, dia tidak dapat menjalani pembedahan muka kerana keluarganya miskin.

Namun, pada tahun lalu, dia berpeluang menjalani pembedahan itu selepas doktor-doktor mencadangkan kulit muka baharunya diambil dari dadanya.

Sepasukan doktor menggunakan satu urat darah dari paha Jianmei dan menanam di dadanya dengan tujuan untuk menghasilkan tisu kulit.

Tisu kulit itu kemudian membesar di dada kirinya.

Justeru, tisu kulit itu akan digunakan untuk membetulkan semula muka gadis tersebut.

Beberapa peringkat pembedahan kemudian dilakukan ke atas gadis itu.

Peringkat akhir pembedahan itu berjaya dilakukan pada Isnin lalu.

Doktor-doktor percaya bahawa luka pada wajah gadis tersebut akibat pembedahan akan hilang dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Memanfaatkan masa bersama yang tersayang

Posted:

Memanfaatkan masa bersama yang tersayang

Memanfaatkan masa bersama yang tersayang

Oleh NIZHA PERIASWAMY

PARA ibu moden yang sibuk dengan urusan kerjaya terpaksa mengorbankan masa bersama anak-anak dan masa terluang yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya termasuk merapatkan hubungan antara ibu dan anak.

Justeru, susu tepung, Friso Gold, melancarkan program Be a G.U.T Mom bagi menyeru ibu-ibu di Malaysia untuk menghayati makna dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

Pengarah Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad, Anja Henze berkata, pihaknya percaya bahawa waktu membesar adalah pengalaman paling indah dalam kehidupan seseorang.

"Oleh itu, kami menggalakkan ibu bapa menghargai pengalaman ini dan berkongsi detik-detik berharga dengan membesar bersama anak-anak," katanya.

Henze berkata, kajian menunjukkan bahawa seorang kanak-kanak membesar dengan baik menerusi pengalaman dan penerokaan. Peranan seorang ibu adalah penting dalam menggalakkan anak-anak menerokai dunia ini.

SAZZY dan dua anak perempuan kembarnya sering bermain bersama.


"Adakalanya anak-anak mungkin jatuh ketika cuba melakukan sesuatu, tetapi bimbingan dan kata-kata semangat oleh ibu bapa merupakan satu bentuk sokongan terbaik untuk mereka melakukannya," katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir, pelakon dan hos televisyen, Sazzy Falak; pelakon, model dan hos televisyen, Belinda Chee; pereka fesyen dan pengarah kreatif label fesyen PU3, Putri Azalea Ramli serta hos televisyen, pengeluar filem dan Pengarah Kakiseni, Low Ngai Yuen.

Pada majlis berkenaan, kesemua selebriti itu berkongsi pengalaman masing-masing dalam membesarkan anak-anak mereka.

Ngai Yuen, yang merupakan ibu kepada empat orang anak berusia satu hingga sembilan tahun, berkata: "Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk melalui kehidupan bersama empat orang anak yang hebat. Walaupun menjadi contoh kepada mereka, saya juga banyak belajar tentang kehidupan daripada anak-anak apabila bersama-sama membesar sebagai sebuah keluarga. Melihat setiap anak membesar dengan gembira dan sihat selain menonjolkan minat dan personaliti masing-masing, membuatkan saya berasa sangat gembira dan bangga menjadi ibu mereka."

CHEE suka membawa anaknya berjalan-jalan di taman di rumahnya pada waktu pagi.


Lebih berdikari

Sazzy pula bercerita tentang pasangan anak kembarnya. "Anak saya, Iman Lily dan Tiara Rose, berusia dua tahun pada awal tahun ini. Saya cuba untuk tidak terlalu menyekat ketika meneroka sesuatu agar mereka belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

Mereka tampak lebih berdikari dan ini jelas dilihat melalui semangat mereka untuk makan sendiri dan amat suka pergi ke tadika untuk mempelajari ilmu bersama rakan-rakan seusia," katanya.

Bagi Sazzy, antara kebimbangan terbesar sebagai seorang ibu ialah apabila anak-anaknya jatuh sakit.

"Saya perlu memastikan bahawa mereka sentiasa kuat dan sihat agar dapat menikmati pengalaman membesar yang menyeronokkan. Antaranya, mengalakkan mereka mengambil makanan yang berkhasiat," jelasnya.

Menurut Chee, anaknya Danielle suka bermain pada sebelah pagi di kawasan taman kediaman mereka.

"Dia tentunya akan berpeluh, namun saya biarkan dia bermain dan tidak kisah jika tangannya kotor kerana saya percaya pengalaman itu penting untuk mengajarnya," katanya.

Dalam pada itu, sungguhpun sibuk dengan kerjayanya, Putri Azalea sentiasa memastikan agar dirinya tidak ketinggalan meluangkan masa bermain bersama anaknya, Alriz, setiap hari.


IBU-IBU berjanji untuk menjadi G.U.T Mother, salah satu kempen anjuran Frisco Gold.


"Saya ke Dubai untuk percutian bersama keluarga dan kami melawat ke sebuah gim bayi di sana. Pengalaman itu mengeratkan lagi hubungan kami," ujarnya.

Sebagai tanda menyokong gerakan Friso Gold, ibu-ibu pada majlis pelancaran tersebut, termasuk ibu-ibu selebriti memakai pin Be a G.U.T Mom, dan berjanji untuk menyokong dan komited dalam menghayati pengalaman membesar bersama anak-anak mereka.

Duta Friso Gold, Sazzy dan Chee turut menggesa para ibu di seluruh negara menyertai mereka dalam menghayati pergerakan tersebut.

Salah satu cara ialah dengan menyatakan sokongan dan menyertai gerakan itu dengan memuat turun simbol Be a G.U.T. Mom di Facebook Friso Gold Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.friso.com.my atau hubungi FrisoCareline di talian 1800-88-1647.

Suara remaja perjuang alam sekitar

Posted:

Suara remaja perjuang alam sekitar

Suara remaja perjuang alam sekitar

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


BARISAN peserta program Suara Remaja Memperjuangkan Pemuliharaan mampu menjadi contoh kepada generasi muda yang lain.


DALAM usaha melindungi alam sekitar, sekumpulan pelajar dari 39 buah sekolah telah menyertai program Suara Remaja Memperjuangkan Pemuliharaan yang dijalankan oleh organisasi bukan kerajaan, Treat Every Environment Special (TrEES) dengan kerjasama Affin Bank Bhd. (Affin Bank)

Sama seperti benih yang memerlukan keadaan yang sesuai untuk tumbuh subur, begitu juga dengan program itu bertujuan memupuk keyakinan pada golongan remaja terhadap kebolehan diri di samping mencungkil bakat semula jadi mereka.

Program tersebut membantu para pelajar mencapai potensi diri dengan membolehkan mereka menukar idea yang kreatif kepada suatu hasil yang nyata.

Pada masa sama, setiap peserta memberikan perspektif baharu dan menghasilkan penyelesaian unik dalam menangani cabaran menghijaukan gaya hidup harian masyarakat hari ini.

Memasuki penganjuran tahun ketiga, ia berjaya menarik minat pasukan pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Daripada 39 buah sekolah yang turut serta, 13 pasukan telah menerima geran pemula untuk melaksanakan idea kehijauan mereka, sekali gus berpeluang memenangi hadiah pada penghujung program yang akan berlangsung November depan.


AKSI para peserta sewaktu mengikuti bengkel latihan bersama pihak penganjur baru-baru ini.


Agen pengubah

Dalam suasana persaingan mesra, setiap pasukan mengasah daya kepimpinan masing-masing apabila menghasilkan penyelesaian bagi masalah berkaitan alam sekitar yang dihadapi di sekolah.

Para peserta telah mempelajari cara bekerja sebagai satu pasukan untuk membuat keputusan, menguji, mengkaji dan menyelesaikan masalah.

"Para pelajar merupakan agen pengubah, menghasilkan penyelesaian berunsurkan keremajaan untuk menghijaukan sekolah dan menyatuhatikan seluruh warga sekolah agar bersama bertindak.

"Sepanjang proses ini, pelajar menjalani transformasi diri melalui pengalaman yang ditimba dengan meningkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri," kata Pengarah TrEES, Leela Panikkar.

Bagi membantu kumpulan pelajar ini mengembangkan idea mereka menjadi satu projek yang boleh diusahakan, TrEES dan Affin Bank telah menjalankan siri bengkel selama tiga bulan.

Bengkel-bengkel ini menyediakan rangka kerja yang membolehkan pelajar mengembangkan idea masing-masing menjadi rancangan projek sambil mencelikkan minda mereka tentang peranan mereka melindungi alam sekitar.

Antara latihan yang diadakan termasuk perancangan kewangan dan dalam pengurusan akaun.

"Pelajar dalam usia lebih muda boleh mempelajari kemahiran baharu dengan mudah. Dengan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari melalui program ini, pengetahuan itu akan menjadi sifat semula jadi pada diri mereka apabila meningkat dewasa," kata Pengarah Eksekutif Operasi Affin Bank, Shariffudin Mohamad.


SETIAP pelajar menunjukkan daya kreativiti masing-masing dalam usaha memelihara alam sekitar.


Pelaksanaan

Pengurusan kewangan juga menjadi aspek yang penting semasa memilih 13 buah sekolah teratas kerana pilihan berdasarkan kecekapan menggunakan peruntukan yang disediakan untuk memaksimumkan kesan projek alam sekitar pasukan.

Kesemua pasukan terpilih itu akan melaksanakan projek di sekolah masing-masing dan menjalankan kempen turun ke padang selama dua bulan.

Antara projek yang diusahakan oleh pasukan pelajar itu termasuk mengurangkan sisa kertas dan plastik, mengumpul minyak masak terpakai, menghasilkan kompos dan menggunakannya sebagai baja organik serta menggubah taman asli di sekolah.

Kejayaan setiap pasukan melaksanakan projek masing-masing akan dinilai oleh panel juri untuk menentukan pemenang tahun ini.

Ikuti aktiviti para pelajar ini dalam perjalanan mereka menjadikan impian melindungi alam sekitar suatu realiti dengan melayari http://www.facebook.com/ YV4C.TrEES atau www.trees.org.my.

Program Suara Remaja Memperjuangkan Pemuliharaan ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Anak anugerah Allah

Posted:

Anak anugerah Allah

Anak anugerah Allah


ANAK-ANAK Malaysia yang berada di Madinah mendapat layanan mesra daripada Muhd. Kamil dan keluarga.


HAMPIR seminggu kami bercuti di Malaysia. Ia sentiasa merupakan saat-saat mengujakan. Pertama, inilah peluang bertemu anak-anak yang tidak bersama kami di Madinah.

Kedua, kami juga dapat bertemu dengan keluarga, anak-anak murid, rakan dan mereka yang mengikuti perkembangan kami sekeluarga. Pertemuan seumpama ini sentiasa membawa keceriaan. Ia seolah-olah memperbaharui hubungan silaturahim.

Namun, faktor bertemu anak-anak sentiasa mempunyai tempat istimewa di sudut hati. Mereka merupakan anugerah Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh-Nya melalui ayat 49-50 surah Asy-Syura yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendakiNya), dan Dia menjadikan mandul sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."

Bila berjauhan terasa rindu. Isteri saya, Roza sering termenung mengingati anak-anak yang berjauhan ketika memasak hidangan kegemaran mereka. Anak bongsu kami, Sofea pula sering menyebut-nyebut nama kakak dan abangnya apabila kami sekeluarga menikmati sesuatu yang menjadi kegemaran bersama.

Saya juga merindui anak-anak. Namun rindu seorang ayah sedikit berbeza. Ia bukan soal makan atau minum. Tidak juga tentang kerinduan mereka kepada ibu dan ayah yang berjauhan.

Hati saya lebih risaukan beberapa perkara asas sebagai anak seorang Islam. Jiwa sering tertanya-tanya, apakah segala pesan dipatuhi atau dihindari? Isu utama ialah solat. Misalnya, setiap kali membuat panggilan kepada anak lelaki, saya pasti bertanya, "Sudah solat?".

Jika jawapannya, "Ya", maka soalan kedua pula akan muncul. "Solat di mana?". Allah ya Allah.. jika jawapannya di rumah, maka ia menjadi kemurkaan yang sudah diketahui mereka.

Kami mendidik anak lelaki agar tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid. Anak-anak perempuan solat pada awal waktu. Di depan mata ia terkawal. Bila beribu batu terpisah, hanya doa yang mampu dipohon.

Namun, hati menjadi damai apabila mengingatkan janji-janji Allah yang menyatakan, zat Allah SWT turun ke langit dunia ketika satu pertiga malam masih tersisa dan Allah menyeru: "Adakah antara hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku, supaya Aku memenuhinya?".

Hadis sahih Bukhari dan Muslim ini sangat melegakan hati dan perasaan. Ibu bapa sebenarnya tidak mempunyai apa-apa apabila berjauhan dengan anak-anak. Mereka hilang kuasa.


ANAK bongsu Muhd. Kamil, Sara bersama jiran kecilnya yang dikenali sebagai Juri.


Didikan awal

Allah SWT juga memberi sesuatu yang sangat istimewa dalam konteks hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Doa ibu bapa sangat mustajab. Ia tidak menunjukkan lokasi.

Maksud saya, ibu bapa perlu berdoa walau di mana mereka berada. Janganlah hanya beria-ia semasa berada di Mekah atau Madinah. Ibu bapa tetap ibu bapa walau di mana kita berada. Allah Maha Mendengar.

Namun, anak-anak juga merupakan ujian yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Bayangkanlah berapa ramai ibu bapa yang tidak sanggup mengajak anak-anak lelaki ke masjid untuk solat berjemaah pada waktu fajar.

Aneh, mereka takut anak mengantuk di sekolah. Itulah salah satu pembohongan didikan anak-anak yang sering berlaku. Kesannya bukan sekarang. Ia hanya meresap dan tertusuk di hati apabila anak-anak di peringkat remaja dan awal kedewasaan kelak.

Anak zaman ini sangat bijak. Namun, rata-rata sangat sukar berjemaah di masjid. Rumah Allah menjadi tempat asing. Jika bapanya juga begitu, maka ia menjadi lebih parah. Akhirnya anak dan bapa menjadi satu acuan yang sama.

Saya sering terkenang kisah sahabat yang mahu anaknya menutup aurat selepas timbul kesedaran betapa kehidupan dunia hanya sementara. Anak perempuannya menjawab tanpa berlapik: "Mama pun baru menutup aurat ketika usia mama 45 tahun. Ketika mama seusia saya pun mama tidak lakukannya."

Menuntut ilmu

Benar, anak merupakan anugerah Allah. Benar juga ia boleh mendamai dan merisaukan hati. Di Madinah, kami terasa damai di hati melihat anak-anak muda Melayu Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Islam Madinah.

Lebih kurang 200 siswa menadah ilmu di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD). Terdapat juga sekumpulan kecil pelajar yang memulakan pengajian dengan mempelajari bahasa Arab.

Tenang dan damai. Benar, hati saya damai menyaksikan mereka berkumpul dan menghafal al-Quran, menelaah nota-nota atau berbincang di Masjid Nabawi usai kuliah-kuliah rasmi yang biasanya tamat sebelum waktu Zohor.

Saya selalu terfikir dan mahu nyatakan kepada ibu bapa mereka di Malaysia, "Berbahagialah kerana anak-anak tuan di sini begitu bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Mereka selalu berada di masjid yang dirindui jutaan manusia."

Saya fikir, alangkah beruntungnya mereka kerana mampu berada di dalam masjid ini sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan.

Jumpa lagi minggu hadapan. Kami mohon keampunan-Mu ya Allah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis Selangor tumpas kumpulan pecah rumah berbangsa Latin

Posted:

Polis Selangor tumpas kumpulan pecah rumah berbangsa Latin

Polis Selangor tumpas kumpulan pecah rumah berbangsa Latin

25/10/2013 8:18pm

SHAH ALAM - Polis Selangor percaya mereka dapat menumpaskan kumpulan pecah rumah dianggotai empat orang berbangsa Latin, termasuk seorang wanita, yang aktif melakukan kegiatan itu di Shah Alam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berumur antara 26 dan 44 tahun, dua daripada mereka masing-masing memiliki pasport Colombia dan Sepanyol manakala dua lagi memegang pasport Colombia ditangkap dalam Ops Pintu pada Rabu dan Khamis lepas.

Kumpulan itu ditahan selepas polis mengesan dua suspek di dalam sebuah kenderaan berlegar-legar di Kota Kemuning dan nombor pendaftaran kereta itu pernah digunakan dalam kejadian pecah rumah di Seksyen 8 Shah Alam, sebelum ini.

Mohd. Shukri dalam sidang media hari ini berkata, kedua-dua suspek ditahan di Persiaran Kuala Selangor selepas memintas kenderaan mereka dan menemui pelbagai peralatan pecah rumah seperti playar dan sarung tangan dalam kenderaan itu.

Susulan itu, polis menahan dua lagi suspek di sebuah hotel dan pangsapuri di sekitar Lembah Klang keesokannya dan merampas barangan seperti komputer tablet dan riba, jam tangan berjenama, kamera dan barang kemas. - Bernama

Keadaan banjir di Perak semakin pulih

Posted:

Keadaan banjir di Perak semakin pulih

Keadaan banjir di Perak semakin pulih

25/10/2013 8:17pm

IPOH - Keadaan banjir di Perak semakin pulih dengan hanya 100 mangsa berada di tiga pusat pemindahan di Perak sehingga 6 petang ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung, Anuwar Ismail berkata, 62 mangsa berada di pusat pemindahan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan pula seramai 21 orang.

Banjir di daerah Kerian membabitkan kawasan Alor Pongsu dan Bagan Serai juga semakin surut apabila cuaca baik hari ini, katanya ketika dihubungi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Zainuddin Mohd. Nordin berkata, jalan di Km13 dan Km17 dari arah Alor Pongsu ke Bagan Serai berhampiran Kampung Permatang Tengah masih ditutup kepada kenderaan ringan walaupun air semakin surut.

"Jumlah mangsa yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaa Alor Pongsu juga kekal kepada 17 orang," katanya.

Fenomena air pasang, peralihan monsun dan hujan lebat menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kawasan di Perak. - Bernama

Piala Malaysia: Khairul tekad pertahankan gawang Tok Gajah

Posted:

Piala Malaysia: Khairul tekad pertahankan gawang Tok Gajah

Piala Malaysia: Khairul tekad pertahankan gawang Tok Gajah

25/10/2013 7:55pm

KUANTAN - Penjaga gol utama Pahang, Mohd. Khairul Azhan tidak rela gawangnya ditembusi pemain Bujang Senang.

Beliau akan cuba mempamerkan aksi lebih mantap sebagai benteng terakhir Tok Gajah agar mereka dapat ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini dengan bergaya.

"Kami tidak rela berputih mata di Kuching kerana semua pemain telah bersusah payah menewaskan Sarawak 3-1 di Kuantan Sabtu lalu.

"Kita sudah ada bekalan dua gol untuk menjerat Bujang Senang di hadapan penyokong mereka sekali gus mengulangi detik 1997 kali terakhir Pahang layak ke final," katanya yang dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, Sarawak pasti menurunkan skuad terkuat mereka untuk memburu gol sebagai bekalan ke perlawanan akhir.

Mohd. Khairul Azhan berkata, beliau memerlukan kerjasama semua pemain Pahang di setiap posisi terutama tengah dan pertahan agar tidak mudah diratah lawan.

"Saya harap pemain di bahagian tengah dan pertahanan berfungsi dengan baik seperti di Kuantan bagi mengekang asakan lawan," ujarnya.

Tambahnya, beliau kini sedang mempersiapkan diri terutama emosi untuk berdepan dengan penyokong Bujang Senang kerana ini adalah penampilan pertamanya di Bumi Kenyalang.

"Saya akan memberi sepenuh perhatian kepada permainan dan akan meningkatkan komunikasi dengan semua pemain agar tidak berlaku kesilapan mudah di depan gol.

"Saya juga mengharapkan sokongan padu dari penyokong Tok Gajah yang datang ke stadium nanti," jelasnya.

Sementara itu, Pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh berkata, skuad kendalian Dollah Salleh perlu mencari gol awal bagi menaikkan semangat untuk membenam Sarawak.

"Saya juga harap semua pemain menjaga disiplin dan tidak menghiraukan provokasi yg ditimbilkan oleh penyokong lawan," kata beliau. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Lakonan rezeki terpijak Azlee

Posted:

Lakonan rezeki terpijak Azlee

Lakonan rezeki terpijak Azlee

PERNAH pelakon muda yang duduk berdepan penulis di set penggambaran drama popular Love You Mr. Arrogant, Azlee Khairi menjadi bualan ketika awal kemunculannya dua tahun lalu kerana mirip pelakon popular Remy Ishak.

Pernah juga terpampang kisah Azlee mempunyai pertalian darah dengan pelakon Ashraf Muslim dan Rushdi Ramli.

Sekali lagi diasak situasi sama yang sekali gus telah memperkenalkan diri Azlee kepada khalayak, dalam nada kurang selesa pelakon kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu membuat penegasan.

"Dakwaan itu satu beban kepada saya dan saya pun sudah mengulas mengenai perkara itu. Saya tiada sebarang pertalian darah atau kaitan sama ada dengan Remy, Ashraf atau Rushdi.

"Cuma saya tidak faham kenapa orang masih menilai saya sebagai mereka dan masih mahu samakan kami. Jujur, kita tidak boleh puaskan hati orang," getus Azlee yang ditemui di set penggambaran drama bersiri popular itu di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Sasaran

Sambil melabuhkan punggung membetulkan kedudukan, ruang perbualan semakin selesa. Azlee mula bercerita matlamat dan perjuangannya dalam dunia lakonan.

Kata Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee, 24, berlakon cuma platform untuk dia terjun ke bidang pengarahan apabila tiba waktu yang sesuai kelak.

"Boleh saya katakan lakonan ini rezeki terpijak kerana saya tiada niat pun untuk menjadi seorang pelakon sebelum ini. Mula kerjaya saya pun sebagai krew produksi dan orang belakang tabir saja.

"Saya menganggap bidang lakonan ini satu platform untuk saya menjadi pengarah nanti tapi sebelum mencapai impian itu saya harus memantapkan kualiti lakonan saya.

TIDAK kisah dengan soal populariti, Azlee lebih mementingkan mutu lakonannya.


"Soal populariti bukan prioriti saya sebab saya jadi artis bukan nak popular. Dunia populariti itu merimaskan! Sekarang pun ruang privasi saya sudah semakin menipis apatah lagi kalau menjadi bintang yang jadi tumpuan orang tapi inilah jalan yang saya pilih," jelas pendukung watak Irham dalam Love You Mr. Arrogant.

Ditanya sasarannya dalam tempoh lima tahun akan datang, jawab Azlee, dia menjangkakan tempoh itu sudah cukup ranum untuk bersandar di kerusi pengarah.

"Tidak melampau kalau saya melihat diri saya sebagai seorang pengarah dalam tempoh lima tahun akan datang kerana daripada angan-angan itu terbit cita-cita dan keinginan," tambah lulusan Diploma Seni Layar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Populariti

Bagi yang tidak mengenali siapa Azlee Khairi, sebelum bekerja di belakang tabir beberapa buah produksi di sekitar Kuala Lumpur, anak kedua daripada enam beradik itu pernah menjadi pemain bola sepak mewakili pasukan bawah 18 tahun negeri Perak sejak tingkatan tiga lagi.

Radius kariernya mula berubah wajah apabila diberikan kepercayaan untuk menggalas watak sampingan dalam drama rantaian Impian Sunsilk 2.

Sejak itu tawaran lakonan mula bercambah dan lebih ramai produser filem serta drama mula mengintai bakat anak muda itu.

"Pelakon ada tiga jenis. Pertamanya berlakon kerana mahu mencari populariti, kedua berlakon untuk mengumpul duit dan ketiganya berlakon kerana bekerja.

"Saya meletakkan diri dalam kelompok ketiga iaitu berlakon kerana bekerja. Kalau letak untuk popular mungkin orang susah nak pandang kerana tiada rasa ikhlas.

"Tapi kalau orang sedar bahawa saya tidak bagus saya boleh belajar daripada kesilapan untuk membuktikan sejauh manakah keupayaan diri sendiri," katanya yang pernah hampir berputus asa apabila langsung tiada tawaran berlakon ketika menuntut di universiti.

LAKONANNYA dalam drama rantaian Love You Mr. Arrogant bersama Zara Zya mendapat sambutan hangat.


Sensasi

Tidak semua bintang baharu yang berjaya mencuri tumpuan seperti Azlee. Harus diakui kebanyakannya lebih gemar mencuri perhatian melalui kisah kontroversi atau sensasi.

Tidak bagi Azlee, katanya semahu-mahu dia cuba mengelak daripada menjadi bidikan gosip liar yang nyata sekali boleh menjejaskan reputasi bersihnya selama lima tahun dalam industri.

"Apabila bermula daripada bawah, gelora yang datang daripada segenap sudut membuatkan kita lebih kental. Pekakkan telinga saja.

"Soal cinta saya tolak tepi dahulu dan saya tidak mahu mengeksplorasi perkara itu. Saya enggan menjadi buah mulut kepada orang sekeliling yang selama ini mempercayai saya sebagai seorang pelakon yang bekerja.

"Tidak ada tekanan daripada keluarga saya untuk mencari cinta pada usia muda dan mereka sangat memahami. Saya pun tidak memberikan satu jangka masa untuk diri sendiri mencari cinta atau menamatkan zaman bujang.

"Tapi tidak dinafikan adalah normal untuk ada rasa mahu bercinta. Saya akui saya memang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis, dia pun ada terbabit dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengarahan tapi biarlah bukan perkara itu menjadi pokok bicara.

"Apa yang penting, saya sendiri perlu pandai mengawal diri agar tidak terbabit dengan sebarang kontroversi atau kisah sensasi dan perlu beringat pesan ibu bapa kerana itu senjata utama saya," simpul Azlee mengakhiri perbualan.

Sandiwara cinta Shah Iskandar, Diana

Posted:

Sandiwara cinta Shah Iskandar, Diana

Sandiwara cinta Shah Iskandar, Diana

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

ANZALNA beranggapan Shah telah menjatuhkan maruah dan nama baik kakak serta keluarganya.


PASTI jika disebut nama sahaja, tidak ramai yang mengenali wanita ini. Sementelah, dia bukan sesiapa. Namun, oleh kerana adiknya, Anzalna Nasir merupakan seorang pelakon, maka nama Diana Nasir pantas dikenali kerana 'sandiwara cinta'nya bersama pelakon Shah Iskandar.

Ceritanya, beberapa hari lepas, melalui akaun Facebook miliknya, Diana Nasir Full, dia telah memuat naik sekeping foto bersama Shah Iskandar dan membuat kapsyen seperti dia kini sedang bercinta dengan jejaka tersebut.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Shah Iskandar mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu mengenai 'perhubungan' tersebut dan mereka hanya berkawan biasa.

Malah dalam salah satu kenyataan yang dikeluarkan, Shah mendakwa, dia tidak menyimpan sebarang perasaan cinta kepada Diana, biarpun Diana menggelarkannya sebagai 'Baby Shah'.

Kosmo! telah menghubungi Diana untuk mendapatkan komen, namun dia enggan memberi kerjasama dengan mengatakan dirinya sibuk untuk ditemu bual. Bagaimanapun, Kosmo! berjaya mendapatkan komen Anzalna sendiri sebagai adiknya ketika menghadiri majlis sidang akhbar pelancaran program bual bicara Diva De Vida di Dataran Karyawan Finas, Kuala Lumpur.

KOSMO!: Sebagai adik kepada Diana, boleh komen tentang kes kakak anda bersama Shah Iskandar? Kakak anda mendakwa dia kekasih Shah, sementara Shah pula menafikan hal tersebut?

ANZALNA: Pada mulanya memang saya tidak ingin masuk campur, ini kerana, ia merupakan kes orang lain dan tiada kena mengena dengan saya. Tapi disebabkan saya rasa dia kakak saya, maka saya perlu masuk campur kerana perkara tersebut menjatuhkan maruah kakak saya serta keluarga.

Selepas melihat status Facebook yang dimuat naik, memang kelihatan seperti kakak saya yang terhegeh-hegeh dengannya, sedangkan dia (Shah) memberi kenyataan bahawa dia tidak punya perasaan terhadap kakak saya. Bagaimanapun, kakak saya menunjukkan semula khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya, dan ternyata perbualan mereka tidak pula kelihatan seperti kawan biasa.


GAMBAR yang dimuat naik Diana (kanan) bersama pelakon Shah Iskandar serta status yang dikemas kini di laman Facebook telah mencetuskan kontroversi selepas pelakon tersebut menafikan hubungannya dengan kakak pelakon Anzalna itu.


Apakah perasaan anda setelah mendapat tahu tentang perkara ini? Maklumlah sebab sekarang semua orang berfikir kakak anda seperti syok sendiri?

Saya bukan bercakap kosong sahaja, saya serta kakak saya mempunyai bukti SMS yang dihantar oleh Shah Iskandar sendiri. Terlebih dulu, saya ingin meminta maaf kepada Shah Iskandar, namun saya perlu beritahu perkara yang sebenar untuk pihak kakak saya pula. Ini kerana kakak saya seorang wanita, jadi saya tidak suka lelaki cuba untuk menjatuhkan maruah seorang wanita. Melalui kenyataan yang dia keluarkan, Shah mendakwa hanya berkawan biasa tidak begitu mengenali kakak saya. Tapi pada hakikatnya, perkara sebaliknya yang berlaku antara mereka.

Bagaimanakah sebenarnya perhubungan mereka?

Apa yang saya boleh katakan mereka memang mesra.

Selepas membaca SMS Shah kepada Diana, apa reaksi anda?

Saya memarahi kakak saya, bertanya kepadanya mengapa dia terhegeh-hegeh mengejar lelaki? Ini kerana, bagi diri saya sendiri, saya tidak akan berbuat sedemikian terhadap lelaki, kerana bila-bila masa boleh ditinggalkan. Bagaimanapun, selepas dia menunjukkan bukti SMS mesra yang dihantar Shah kepada kakak saya, baru saya faham.

Jadi, memang gambar dan status di laman Facebook milik Diana dan ia tidak digodam oleh sesiapa dan kesemua itu dibuat Diana sendiri?

Memang kakak saya yang memuat naik status tersebut. Kasihan juga dengan dia kerana ramai yang mengutuknya dan mengatakan bahawa dia wanita yang syok sendiri.

Selepas kontroversi yang tercetus, adakah kakak anda meluahkan rasa kecewa tentang apa yang berlaku?

Sebenarnya, dia tidak mahu saya masuk campur dalam hal ini, kerana risau saya terkena tempiasnya. Namun, saya beritahu, saya mahu ambil tahu kerana kami adik-beradik. Saya tidak suka orang lain sewenang-wenangnya menjatuhkan maruah dia begini. Bukan sahaja kepada kakak saya, namun, jika berlaku pada wanita lain pun, saya akan jadi geram.

Festival Acapella Antarabangsa 2013 di SingapuraShades wakili Malaysia

Posted:

Festival Acapella Antarabangsa 2013 di SingapuraShades wakili Malaysia

Festival Acapella Antarabangsa 2013 di SingapuraShades wakili Malaysia

SHADES teruja untuk membawa lagu-lagu lama yang digubah menjadi irama akapella.


KUMPULAN Shades yang terkenal dengan lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Yang teristimewa dan Malam merupakan kumpulan penyanyi 90-an yang tidak asing pada zaman itu. Dilihat menyepi di dalam industri tempatan tetapi tidak bermaksud kumpulan itu hilang 'bisa'.

Dengan berbekalkan senjata 'harmoni' dan berkonsepkan akapella, Shades kini di lamar untuk membuat persembahan di Festival Acapella Antarabangsa di Singapura dan menjadi wakil Malaysia dalam memperkenalkan lagu warisan budaya di persada dunia.

Bertemu dengan grup tersebut baru-baru ini, Shades rancak bercerita tentang pembabitan mereka dalam festival tersebut. Ujar mereka, Shades telah hadir ke Singapura pada 5 Oktober lalu untuk membuat persembahan pembukaan di Shaw Foundation Symphony Stage, Singapore Botanic Garden.

"Pengalaman yang kami peroleh di sana pada waktu itu cukup mengujakan. Bayangkan, banyak pelancong yang sebelum ini hanya mendengar akapella di dalam versi Inggeris, Perancis dan Itali, begitu teruja apabila dapat mendengar buat pertama kali kami bernyanyi dalam bahasa Melayu.

"Malah, sewaktu kami membawa lagu bahasa Cina yang berjudul Beyond yang telah diubah lirik menjadi bahasa Melayu, dan penonton turut ikut menyanyi lagu itu dalam bahasa Kantonis kerana mereka mengenali melodi asal lagu itu, maka kami boleh lihat pembawaan acapella itu juga telah melangkaui batasan bahasa," ujar Saiful selaku ketua grup tersebut.

Persiapan rapi

Kini, mereka gigih mempersiapkan diri untuk mewakili Malaysia bagi menyertai Festival Acapella Antarabangsa 2013 di Singapura pada 26 Oktober ini. Festival anjuran The A Cappella Society yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober itu akan berlangsung di Aliwal Art Centre dan disertai oleh pemuzik acapella antarabangsa seperti dari Itali, Afrika Selatan, Denmark, Perancis dan Finland.

Ujar mereka: "Buat masa ini kami telah membuat persiapan rapi dari segi pemilihan lagu, penyusunan muzik dan juga latihan vokal. Kami akan berusaha untuk melakukan yang terbaik kerana kami membawa nama negara ke peringkat antarabangsa dan ia akan menggambarkan tahap muzik di negara kita."

Cerita Shades, persembahan yang berdurasi satu jam dan 15 minit itu akan diisi dengan lagu-lagu warisan budaya serta retro yang dibawa dalam versi akapella tanpa diiringi sebarang alat muzik.

"Kami akan bawa lagu seperti Joget Pahang yang dinyanyikan oleh P. Ramlee, Gurindam Jiwa oleh Nordin Ahmad dan Chow Kit Road oleh Sudirman. Bagi menepati konsep antarabangsa, kami juga akan membawakan beberapa lagu moden yang dinyanyikan oleh penyanyi antarabangsa seperti lagu Rumors Has It dari Adele, Rock Around The Clock dari Bil Haley dan banyak lagi. Kesemua lagu yang akan kami bawakan di sana merangkumi sebanyak 16 buah lagu," ujar Saiful lagi.

Sementara itu, Shades akan membawa dua orang penyanyi tambahan iaitu Wanji serta Zenn bagi menjayakan penyampaian harmoni akapella itu sendiri.

Kompilasi

Bercakap tentang perkembangan terkini Shades, grup tersebut kini dalam perancangan untuk mengeluarkan single acapella yang berunsurkan warisan budaya. Idea tersebut tercetus apabila Shades menyertai Festival Acapella Antarabangsa dan dari situ mereka mendapat formula serta konsep baharu untuk mengenengahkan lagu-lagu seperti Gurindam Jiwa, Jangan Tinggal Daku dan Joget Pahang ke mata dunia dalam versi acapella.

Sebagai grup senior dan sudah lama makan garam di dalam bidang seni, Shades turut ditanya tentang pandangan mereka mengenai artis baharu.

Mereka menamakan penyanyi baharu seperti Yuna, Aizat, Shila Amzah dan juga Zee Avi sebagai penghibur hebat yang telah menempah nama di persada dunia dengan muzik mereka yang tersendiri.

"Sejujurnya, muzik generasi baharu ini jauh lebih baik berbanding zaman kami. Seperti Yuna sendiri, dia telah menyertai syarikat rakaman Verve Music Group yang merupakan antara syarikat rakaman terunggul dalam muzik jazz di Amerika Syarikat (AS). Ia di bawah pengurusan penerbit dan komposer terkenal, David Foster yang memang cukup tersohor dan kami melihat ini sebagai satu pencapaian dalam memperkenalkan dirinya dan juga negara ke mata dunia," ulas Saiful.

Bagaimanapun, Shades mempunyai satu pesanan buat pemuzik generasi baharu.

Ujar mereka: "Kami mengharapkan agar kita boleh melihat industri ini sebagai naik ke satu peringkat yang lebih tinggi dengan bercakap tentang 'seni' tanpa melihat kepada hanya nilai komersial sahaja. Ini kerana seni tidak dapat dilihat pada pandangan mata, tetapi daripada pendengaran itu sendiri.

"Selain itu, besar harapan kami untuk melihat pelapis muzik acapella muda yang lebih baik daripada kami. Ya, mungkin kami adalah pencetus, namun generasi baharu adalah penyambung supaya ia tidak tamat hanya dengan kami. Shades juga berharap agar pemuzik generasi muda tidak melupakan akar umbi kita sebagai rakyat Malaysia dengan membawa sedikit sebanyak warisan budaya ke mata dunia." - HAIKAL RAMAN

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved