Jumaat, 11 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Remaja pejuang pendidikan

Posted:

Remaja pejuang pendidikan

Remaja pejuang pendidikan

KANAK-KANAK kadangkala mengalami kesukaran untuk tidur sepanjang malam kemungkinan diganggu lembaga menakutkan yang mereka tidak kenali.

Bagaimanapun, Malala Yousufzai, 11, mengetahui dengan tepat bagaimana bentuk lembaga berkenaan.

Pada pandangannya, lembaga itu berjanggut panjang, memakai jubah berwarna kusam dan kini menguasai tempat kelahirannya di lembah Swat, barat laut, Pakistan.

Swat terkenal sebagai lokasi pelancongan yang indah, subur dan kerap menjadi tumpuan peminat-peminat ski dari serata dunia. Bagaimanapun, pada tahun 2003 lokasi itu telah dijadikan markas operasi pengganas Taliban.

Tentera Taliban percaya wanita tidak layak mendapat sebarang pendidikan apatah lagi untuk keluar rumah. Di Swat, mereka melaksanakan undang-undang tegas bagi memastikan setiap penduduk mematuhinya.

Bagaimanapun, Malala mempertahankan pendiriannya. Sokongan bapanya, Ziauddin Yousafzai, yang juga seorang guru besar di sebuah sekolah di wilayah itu menyebabkan dia langsung tidak gentar ke sekolah.

"Tentera Taliban sering menyerang sekolah-sekolah di Swat," tulisnya melalui blog Diary of a Pakistani Schoolgirl yang turut dikongsi di seluruh dunia dalam laman web agensi penyiaran dari Britain, British Broadcasting Corporation.

Menggunakan nama samaran, Malala menulis pelbagai isu mengenai penindasan tentera Taliban termasuk arahan melarang kanak-kanak perempuan ke sekolah pada Januari 2008.

Di blognya yang ditulis dalam bahasa Urdu itu, dia memuji tindakan bapanya yang menyokong dan memperjuangkan isu itu.


TENTERA membawaMalala menggunakan helikopter tentera untuk dihantar ke hospital tentera Peshawar selepas beliau ditembak Taliban.


Kepala ditembak

"Ayah beritahu seseorang telah mencetak diari di dalam blog saya dan menyatakan ia sesuatu tindakan yang berani.

"Ayah hanya tersenyum mendengarnya dan tidak bersuara biarpun mengetahui ia ditulis oleh anak perempuannya," tulis Malala.

Pada 9 Oktober tahun lalu, Malala yang ketika itu berusia 15 tahun terpaksa membayar pada harga yang tinggi di atas perjuangannya selama ini.

Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, bas yang dinaikinya telah ditahan dua lelaki bersenjata. Selepas mengenal pasti identitinya, penyerang terbabit telah menembak leher dan kepalanya sebelum melarikan diri. Dua rakannya turut cedera.

"Kami tidak akan bertolak-ansur dengan mereka yang cuba menentang seperti Malala," kata seorang jurucakap Taliban sejurus selepas serangan. Jurucakap itu juga mengancam untuk memburunya sekali lagi jika remaja itu terselamat.

Malala telah diterbangkan ke hospital tentera di Penshawar dan menerima rawatan rapi di sana. Satu pembedahan berjaya mengeluarkan serpihan peluru di leher dan otaknya.

Pakar juga terpaksa membuang sebahagian kecil daripada tempurung kepalanya. Malala ditempatkan di unit rawatan rapi selama tiga hari.

Seorang doktor dari Britain yang kebetulan melawat negara itu mencadangkan Malala dibawa ke United Kingdom untuk menerima rawatan lanjut.

Sekumpulan doktor pakar melakukan beberapa pendedahan lain untuk menyelamatkan nyawanya. Lubang pada bahagian tempurung kepalanya turut ditampal dengan plat titanium.

Ekoran kecederaan parah yang dialaminya, Ziauddin menggesa ahli keluarganya bersedia untuk melakukan upacara pengkebumian.

"Kami tidak menyangka mereka sanggup menyerang Malala, ia bukan tradisi di tempat kami. Undang-undang rotan atau sebat memang sudah lama dipraktikkan, tetapi bukan membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa.

"Saya sangat kecewa kerana ia merupakan tidakan pengecut untuk menghentikan apa yang telah diperjuangkan Malala selama ini," katanya ketika ditemuramah wartawan.

Berita serangan itu tersebar ke seluruh Pakistan dan menerima reaksi orang ramai.


ZIAUDDDIN (dua dari kanan), bapa Malala sentiasa memberi dorongan kepada anak gadisnya meskipun nyawa Malala terancam.


Masa depan

Sebuah akhbar tempatan menyiarkan gambar Malala dalam keadaan kepala berbalut sambil diusung oleh kakitangan hospital. 'Kebencian menentang harapan' kata tajuk muka depan akhbar Express Tribune.

Presiden Pakistan, Perdana Menteri dan barisan menteri dalam kalangan pelbagai parti di negara itu turut menyertai pertubuhan hak asasi, Amnesty International dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengutuk serangan itu.

"Masa depan Pakistan terletak pada gadis muda dan berani seperti Malala. Sejarah tidak akan melupakan si pengecut yang cuba membunuhnya," kata Duta Amerika Syarikat ke PBB, Susan Rice dalam mesej Twitternya.

Hari ini, Malala dan keluarganya menetap di Birmingham. Sejak bulan Mac lalu, dia telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Edgbaston High School.

Bagaimanapun, Malala bertekad untuk kembali semula ke negaranya selepas tamat pengajian.

"Pakistan merupakan negara tempat asal saya. Saya perlu kembali ke sana dan berjuang untuk masyarakat. Saya perlu bekerja keras untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pendidikan. Namun, apa yang penting ketika ini saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu," katanya.

Dia tahu risiko yang bakal dihadapinya, lebih-lebih lagi tentera Taliban masih berdendam dan meletakkan namanya sebagai sasaran utama sekiranya dia kembali semula ke negara itu.

Bagaimanapun, kemungkinan-kemungkinan itu langsung tidak mematahkan semangat Malala.

"Saya tahu mereka pengganas, namun saya tidak perlu takut. Saya perlu teruskan perjuangan ini dan saya percaya kematian itu pasti bagi setiap manusia, jika ia datang lebih awal sekali pun, saya reda," ujarnya.

Kelantangan dan keberaniannya menerima pengiktirafan di seluruh dunia. Malala turut diberi peluang berucap di PBB ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-16 pada Julai lalu.

Ucapannya yang disaksikan jutaan penduduk dunia, berkisar terhadap nasib golongan wanita di negaranya sehingga kepada peristiwa serangan berdarah yang dilalui sebelum ini.

Ditanya mengenai rahsia ketenangannya ketika berucap di hadapan jutaan penduduk di pentas sebesar itu, Malala berkata, dia hanya berfikir tentang masa depan penduduk di negaranya.

Tercalon

"Apabila mula bercakap, saya lupa segala-galanya dan hanya membayangkan pelbagai penderitaan dan wajah-wajah yang menjadi mangsa kekejaman pengganas di negara saya.

"Hati saya berkata, 'Malala bercakaplah dari hatimu. Jangan bimbang, yakin dan katalah apa yang kamu rasakan wajar'," katanya.

Biarpun telah menjalani pelbagai pembedahan untuk menutupi kecacatan pada wajahnya, namun ia masih kelihatan sekiranya dilihat dari beberapa sudut. Malala juga tidak boleh menutup mata kirinya dengan baik ekoran kerosakan saraf.


KANAK-KANAK perempuan Pakistan dalam sebuah kelas pembelajaran.


"Saya bersyukur kerana masih hidup dan kesihatan juga semakin baik setiap hari. Sekarang saya boleh tersenyum, biarpun ia kelihatan senget sedikit tetapi ia tetap sebuah senyuman," ujarnya.

Senyuman itu semakin melebar selepas namanya tercalon Anugerah Hadiah Nobel tahun ini di samping 259 calon yang lain.

Terdahulu, dia telah menerima Teenager of Courage Award yang merupakan sebahagian daripada Pride of Britain Awards di ITV yang disampaikan oleh bekas ketua pasukan bola sepak England, David Beckham.

Pada 18 Oktober ini, Malala telah dijemput untuk bertemu Ratu Elizabeth di Istana Buchingham manakala buku bibiografi dirinya, I Am Malala juga telah berada di pasaran sejak minggu lalu.

"Saya tidak kisah jika orang ramai tidak menyokong saya secara peribadi, namun apa yang penting mereka menyokong perjuangan saya," katanya.

Bagaimanapun, tidak semua rakyat di negaranya menyenangi perjuangan Malala. Salah seorang daripadanya ialah Maulana Gul Naseeb, pemimpin berpengaruh dari JUI-F, salah sebuah parti politik utama di Pakistan.

"Barat mencipta Malala untuk mempromosikan budaya mereka dan memburuk-burukkan imej Islam dan Pakistan di mata dunia.

"Mereka hanya bercerita tentang kecederaan beliau, tetapi terlupa ratusan kanak-kanak Afghanistan dan Pakistan yang terbunuh akibat dibom sebelum ini," katanya.

Eksentrik gaya rambut di St. Petersburg

Posted:

Eksentrik gaya rambut di St. Petersburg

Eksentrik gaya rambut di St. Petersburg


DANDANAN rambut ini menjadikan model kelihatan seolah-olah permaisuri dari planet asing.


IMAGINASI kreatif seorang pereka memang tidak boleh dijangka oleh minda manusia biasa, apatah lagi jika diberikan cabaran menata rias mahkota wanita iaitu rambut.

Hiasan pada rambut model wanita tinggi bak menara dengan rekaan rumit membuatkan seni pendandan rambut biasa hilang taring. Malah, keupayaan pendandan muda menterjemahkan seni rekaan rambut kepada reka bentuk bangunan benar-benar mengagumkan.

Ribuan lembaran benang dan bahan ditenun serta disusun letak untuk mencipta struktur unik dan pelik. Seni unik di setiap rekaan menakjubkan itu dipamerkan pada Festival Kecantikan Antarabangsa Tebing Sungai Neva di St. Petersburg, Rusia baru-baru ini.

Festival tahunan tersebut menarik artis dan pakar kecantikan dari seluruh dunia untuk berkumpul dan mempamerkan kebolehan masing-masing. Selain menyerlahkan karya-karya rambut yang mengagumkan, solekan dan pakaian elegan turut dipamerkan sebagai pelengkap gaya.


SELAIN rambut, bahagian mata turut diberi sentuhan rapi oleh jurusolek.


Salah satu gaya yang menarik perhatian pengunjung ialah apabila seorang model di pentas peragaan mempamerkan rekaan pada rambutnya yang menyerupai sarang labah-labah yang tinggi. Rekaan tersebut kelihatan seperti mahkota dengan struktur emas yang tegak di atas kepala hingga ke bahagian dahi model berkenaan.

Buat masa ini, festival tersebut diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Februari dan September. Ia berjaya meraih sambutan yang menggalakkan dan dianggap sebagai acara terbesar yang berjaya menghimpunkan pengurus salun kecantikan, pakar kosmetik, artis solekan dan pendandan rambut terbaik dunia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


27 kakitangan DOSH takluk Gunung Kinabalu

Posted:

27 kakitangan DOSH takluk Gunung Kinabalu

27 kakitangan DOSH takluk Gunung Kinabalu

KAKITANGAN DOSH bergambar kenangan selepas berjaya mendaki Gunung Kinabalu di Sabah baru-baru ini.


CABARAN. Seramai 27 orang kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Ekspedisi itu bertujuan meraikan Hari Malaysia sekali gus mampu menaikkan semangat patriotik dalam kalangan peserta.

Penyelaras program, Siti Hawa Sidek berkata, ekspedisi itu menjadi momen indah yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta.

Ikram hulur bantuan raya haji kepada 16 buah negara

Posted:

Ikram hulur bantuan raya haji kepada 16 buah negara

Ikram hulur bantuan raya haji kepada 16 buah negara


NAHAR (tengah) bersama sekretariat QKU Ikram menunjukkan poster Program Qurban Kasih ketika ditemui di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUMBANGAN. Sebanyak 16 buah negara bakal menerima sumbangan daging korban dan bantuan kewangan hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui program Qurban Kasih Ummah (QKU) anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Menurut Pengarah Sekretariat QKU, Nahar Mohd. Nor, Ikram akan mengagihkan daging korban kepada penduduk beragama Islam di Lebanon, Sudan, Indonesia, Filipina, Kemboja, Afghanistan, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Bangladesh, Pakistan, Iraq, Vietnam dan tidak terkecuali Malaysia.

Bagi yang berminat menghulurkan bantuan untuk dana Ikram boleh melayari laman web www.ramadhan-qurban.org atau di talian 03-4108 9669/03-4105 3159.

100 staf UIA sertai kem ibadah

Posted:

100 staf UIA sertai kem ibadah

100 staf UIA sertai kem ibadah


KAKITANGAN UIA bergambar kenangan pada majlis makan malam sempena Kem Ibadah 2013 di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


CERIA. Seramai 100 orang termasuk 49 kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak menghadiri Kem Ibadah 2013 yang diadakan di sebuah hotel di Batu Feringghi, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengerusi program, Nuraqmar A. Amirudin berkata, program selama tiga hari dua malam itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara petugas bahagian berkenaan dan menambahkan lagi ilmu-ilmu Islam di dada.

Katanya, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kem berlangsung seperti ceramah agama, qiamulaill, lawatan ke masjid bersejarah dan Bukit Bendera, sukaneka serta majlis makan malam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Wawa mengaku tipu peminat

Posted:

Wawa mengaku tipu peminat

Wawa mengaku tipu peminat

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my

AERIL ZAFREL (kiri) dan isterinya Wawa akhirnya mengaku mereka telah bernikah pada sidang akhbar di Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA – Selepas kira-kira setahun lapan bulan menepis dakwaan kononnya hubungan antara mereka sekadar kawan biasa, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya mengaku mereka merupakan pasangan suami isteri yang sudah lama bernikah secara sah.

Bukan sekali mereka bernikah sebaliknya dua kali. Kali pertama mereka bernikah pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 4 Februari 2013.

Kedua-dua majlis pernikahan dilangsungkan di lokasi sama iaitu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.

Airel berkata, pernikahan pertama bertujuan untuk menghalalkan perhubungan daripada segi syarak.

Katanya, pernikahan kedua bertujuan untuk mendapatkan status yang sah kepada anak pasangan itu untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dan dibinkan atas nama sebenar Airel iaitu Suhairil Sunari.

"Ya, kami mengaku telah bernikah buat kali pertama pada 25 Februari 2012, namun ia untuk menghalalkan perhubungan daripada segi syarak.

"Pada 4 Februari 2013, kami sekali lagi bernikah di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, memandangkan kami perlu mendapatkan dokumen pendaftaran anak," kata Aeril pada sidang akhbar tergempar di sebuah restoran di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

4 penjenayah Batam tersungkur

Posted:

4 penjenayah Batam tersungkur

4 penjenayah Batam tersungkur

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pemburuan polis terhadap kumpulan penjenayah bergelar Geng Ah Fatt yang terbabit dalam kes samun rumah orang kenamaan (VIP) di sekitar ibu negara sejak lima tahun lalu berakhir apabila empat anggota kumpulan itu mati ditembak semalam.

Kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu berlaku apabila sepasukan polis yang melakukan intipan menyerbu sebuah rumah di tingkat 15, flat Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang, Jalan Ampang Putra di sini.

Ketika kejadian, empat suspek warga Indonesia yang dipercayai sedang berehat di dalam rumah itu bertindak melepaskan tembakan ke arah polis sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam kejadian berbalas tembakan itu, empat suspek yang berusia 30 hingga 40 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Sembilan jam sebelum itu, empat warga asing tersebut telah menyamun sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dan melarikan sejumlah barang kemas serta sepucuk pistol jenis Revolver.

"Selesai menyamun, suspek pulang ke rumah itu yang turut dijadikan lokasi mereka berkumpul dan merancang kegiatan jenayah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Jarak rumah yang disamun dengan lokasi suspek ditembak kira-kira 10 kilometer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dana khas keusahawanan belia

Posted:

Dana khas keusahawanan belia

Dana khas keusahawanan belia


NAJIB (kanan) menjawab soalan pada program Keusahawanan 1Malaysia sempena Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ke-4 di Kuala Lumpur semalam. Di sebelahnya ialah Kerry.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan satu tabung khas untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan golongan muda di bawah Program Keusahawanan 1Malaysia (1MET) yang akan diperincikan pada pembentangan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.

Dalam pengumuman yang dibuat pada sesi soal jawab 1MET itu, Najib menerima tepukan gemuruh daripada 5,000 peserta program tersebut yang dianjurkan di luar Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) ke-4 di sini semalam.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry turut menyertai Najib pada acara itu dan mereka menghabiskan kira-kira 30 minit untuk berinteraksi dengan para peserta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


BMW pertaruh lima 1 Series

Posted:

BMW pertaruh lima 1 Series

BMW pertaruh lima 1 Series

Oleh SHAWKATH AZDE

SEBELUM ini, rangkaian produk BMW 3 Series dianggap kenderaan paling kecil dalam portfolio perniagaan BMW Group namun kedudukan itu kemudiannya berubah berikutan ketibaan BMW 1 Series sekitar tahun 2004.

Sebagai permulaan, BMW Group menampilkan kenderaan varian lima pintu tetapi dalam tempoh tiga tahun, rangkaian model asas jenama Jerman itu dikembangkan dengan tambahan versi coupe, hatchback tiga pintu dan kereta berhud.

Selepas tujuh tahun menembusi pasaran global, rekod jualan terkumpul BMW 1 Series berjaya melepasi paras 2.2 juta unit. Bagi memantapkan saingan dalam segmen kompak premium, BMW Group tampil dengan generasi kedua 1 Series.

Penampilan yang mengambil tempat sempena Pameran Motor Frankfurt, Jerman dua tahun lalu menyaksikan pelancaran barisan kenderaan lima pintu. Setahun kemudiannya, varian hatchback tiga pintu pula dikeluarkan bagi menggoda peminat bercita rasa ranggi.

Di pasaran tempatan, BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) baru sahaja memperkenalkan generasi kedua BMW 1 Series. Seleksi yang ditampilkan itu merangkumi produk pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU).


RUANG kabin generasi kedua BMW 1 Series didominasi dengan tona hitam.


Varian CBU ialah BMW 125i Sport manakala 125i M Sport diimport dari Jerman. Produk yang dihasilkan oleh kilang BMW Malaysia di Kulim, Kedah pula ialah BMW 116i, 118i Sport dan 118i Urban.

Laluan generasi kedua BMW itu bukannya mudah sementelah ia perlu berperang dengan pesaing senegara yang memiliki rangkaian produk impresif, apa lagi jika bukannya Mercedes-Benz A-Class.

Sungguhpun begitu, setiap pengeluar ada kelebihan masing-masing. Antara keunikan BMW 1 Series ialah aplikasi sistem pacuan roda belakang yang diwarisi daripada generasi pertama.

Dimensi BMW 1 Series baharu sebenarnya banyak berkembang berbanding model sebelumnya. Panjang jentera ditambah sebanyak 8.5 sentimeter manakala kelebaran ditingkatkan kepada 1.77 meter.

Imej hadapan jentera masih dihiasi ciri ikonik gril ginjal, namun, tarikan utama sudah pasti terarah kepada set lampu hadapan kembar jenis Xenon.

Lampu isyarat membelok pula diadun bersama perumah cermin pandang sisi sekali gus meningkatkan ekspresi sebagai sebuah jentera premium.

Bampar hadapan yang kelihatan ringan memiliki tiga ruangan penyaluran udara bagi meningkatkan faktor aerodinamik dan proses sejukan ruangan enjin. Tambahan lain diberikan membabitkan pemasangan lampu kabus masing-masing di kiri dan kanan bampar.

Jurutera BMW Group memisahkan set lampu belakang sebagai usaha menyerlahkan lagi penampilan lebih lebar dan sporty bagi rangkaian BMW 1 Series. Reka bentuk siri itu disasarkan kepada pengguna urban yang sofistikated.


APLIKASI material kulit pada bahagian stereng varian Sport diserikan dengan sulaman benang merah.


Setiap varian BMW 1 Series diberi solekan berbeza. BMW 116i didatangkan bersama rim aloi ringan berukuran 17 inci dengan corak rim mengetengahkan rekaan huruf Y.

Memandang ruang kabin yang didominasi warna perak memberi aura tersendiri tetapi jika bakal pembeli memegang stereng bersalut kulit, hati pasti jatuh cinta pandang pertama.

Model BMW 118i Urban, jentera didatangkan dalam warna putih manakala ruang dalaman mengetengahkan kemasan hitam dan perak. Stereng sport disalut material kulit dan fabrik. Saiz rim adalah sama seperti 116i tetapi berbentuk V.

Versi Sport Line (BMW 125i dan BMW 118i) memiliki paras yang lebih dinamik dan sporty berbanding varian lain.

Hiasan luaran merangkumi gril ginjal, ruang saluran udara dan bahagian bawah cermin sisi berwarna hitam. Rim aloi yang dipasang berbentuk bintang berukuran 17 inci.

Ruang kabin memberi penekanan terhadap tona hitam dengan kekemasan merah tetapi stereng sport menerima balutan kulit bersama upholsteri Anthracite merah memberi imej garang.

Untuk BMW 125i M Sport, tambahan luaran membabitkan sistem suspensi M sport dan rim aloi ringan M berukuran 18 inci.

Profil sport ditingkatkan dalam ruangan kabin dengan adanya stereng kulit M Sport, trim papan pemuka M berwarna biru dan kemasan aluminium.

Kesemua siri baharu itu dipasang enjin empat silinder TwinPower Turbo dan transmisi lapan kelajuan automatik. Kuasa yang dijana disalurkan menerusi sistem pacuan roda belakang.


BMW Group masih mengekalkan penggunaan sistem pacuan roda belakang pada rangkaian 1 Series.


Pengurus Produk BMW Malaysia, Kidd Yam berkata, meskipun sistem pacuan itu digunakan, jentera itu diseimbangkan menerusi agihan berat 50/50 di bahagian hadapan dan belakang.

Koleksi BMW 1 Series CKD datang bersama enjin petrol bersesaran 1.6 liter beserta beberapa teknologi termaju seperti pengecas turbo dwitatal, Valvetronic, Double VANOS dan sistem suntikan tekanan tinggi.

Sungguhpun begitu, model 116i diberikan talaan berbeza berbanding siri 118i Sport dan Urban. Bagi BMW 125i Sport dan BMW 125 M Sport, enjin digunakan berkapasiti dua liter.

Selaku peneraju inovasi, BMW Group mengetengahkan beberapa ciri BMW EfficientDynamics untuk menempatkan siri model berkenaan selangkah di hadapan pesaing.

Ciri dimaksudkan adalah Brake Energy Regeneration, fungsi Auto Start/Stop dan mod pemanduan ekonomik (ECO PRO).

Generasi kedua BMW 1 Series kini boleh didapati menerusi semua pengedar rasmi BMW Malaysia di seluruh negara.

Audi A5 Sportback

Posted:

Audi A5 Sportback

Audi A5 Sportback


MODEL terbaharu Euromobil mewarisi rekaan yang terdapat pada Audi A5 dan A4 Saloon.


PENGIMPORT rasmi jenama Audi ke Malaysia, Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil) baru-baru ini mengejutkan pasaran tempatan dengan kemasukan Audi A5 Sportback yang dilihat sebagai model paling kompetitif dalam kelasnya.

Jentera lima pintu itu mewarisi beberapa ciri-ciri kejuruteraan keluarga A Audi. Sekilas pandang, A5 Sportback bagai A5 Coupe berikutan rekaan kejuruteraan berjaya menaikkan serinya melalui elemen lekuk dan garisan badan. Bahagian ruang kepala dan kaki model ini pula menyamai model A4 saloon.

A5 Sportback didatangkan bersama pakej S line yang membabitkan pengenaan gril dan bampar eksklusif, rim aloi 18 ini, lampu hadapan jenis Xenon berserta lampu DRL LED pada bahagian hadapan. Lampu belakang juga mengaplikasi teknologi lampu LED.

Buka sahaja pintu, imej yang dipaparkan sudah pasti keselesaan dan sporty. Kerusi sport dengan kulit Milano menyuntik elemen mewah.

Anda kini boleh mengawal beberapa fungsi kenderaan menerusi butang kawalan yang ada pada stereng berjejari tiga. Untuk menukar gear secara manual, gunakan sahaja khidmat paddle shifter.

Jurutera Audi turut memasang sensor pada model itu untuk memudahkan anda meletak kenderaan di tempat sempit. Tambahan lain membabitkan pengelap cermin depan yang diaktifkan secara automatik.


SUSUN atur butang kawalan pada stereng dan papan pemuka kelihatan kemas serta mudah dicapai tangan pemandu.


Jarak roda varian terbaharu itu lebih panjang berbanding model A5 Coupe sekali gus ia mampu menampung kapasiti simpanan barangan seluas 480 liter. Jika kerusi bahagian belakang diturunkan, ruangan itu boleh dikembangkan sehingga 1,283 liter.

A5 Sportback memperoleh kuasa daripada enjin turbo empat silinder 2.0 TFSI. Pelengkap kepada rangkaian kuasa jentera itu membabitkan sistem pancitan bahan api dan kotak gear klac kembar tujuh kelajuan S tronic.

Kombinasi itu membolehkannya menghamburkan kuasa kuda dan tork maksimum masing-masing sebanyak 225hp dan 350Nm. Tork puncak boleh dinikmati pada julat 1,500-4,500rpm. Anda hanya perlu masa 6.5 saat untuk pecutan 0-100 kilometer sejam.

Bukan sekadar kuasa, jentera itu didatangkan dalam mod Efficiency bagi memastikannya dapat memberi penjimatan terutama dalam aspek pengawalan pendingin hawa. Selain mod Efficiency, pemandu juga boleh mencuba Comfort, Auto dan Dynamic.

Audi A5 Sportback didatangkan bersama kawalan suhu automatik tiga zon, sistem audio dengan enam pemain cakera padat, pembaca kad SD, kerusi belakang boleh lipat, Sistem Maklumat Pemandu (DIS) dan sistem mudah suai pemanduan dinamik.

Model itu ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans sebanyak RM359,900. Anda boleh membuat tempahan menerusi bilik pameran Euromobil di seluruh negara.

Kombi edisi terakhir

Posted:

Kombi edisi terakhir

Kombi edisi terakhir

Oleh SHAWKATH AZDE


HANYA 600 unit sahaja dihasilkan oleh Volkswagen Brazil.


BRAZIL merupakan satu-satunya negara yang masih menghasilkan model Volkswagen Kombi. Mengikut rekod sedia ada, model yang dikenali dengan kod T2 (Type 2) itu mampu bertahan dalam pasaran selama 56 tahun sekali gus dianggap kenderaan tertua dalam industri automotif.

Aktiviti pengeluarannya bermula pada 2 September 1957 menerusi fasiliti Volkswagen yang terletak di Sao Bernardo do Campo. Sejak lebih lima dekad lalu, kilang Volkswagen Brazil sudah menghasilkan lebih daripada 1.5 juta unit T2.

Namun, riwayat model ikonik itu bakal ditamatkan menjelang Disember ini. Tindakan menghentikan pengeluarannya berkait rapat dengan undang-undang keselamatan baharu yang akan berkuat kuasa di Brazil mulai 2014.


RUANG kabin diberi penelitian khusus oleh jurusolek Volkswagen Brazil.


Antara perkara yang perlu dipatuhi setiap pengeluar ialah semua kereta baharu diwajibkan mempunyai ciri keselamatan minimum termasuk sistem brek antikunci dan beg udara. Kombi dipercayai gagal memenuhi standard itu.

T2 cukup digemari kerana sifat praktikal dan kegunaan dalam industri komersial. Sungguhpun begitu, satu hakikat yang perlu diakui ialah populariti T2 sebenarnya melonjak secara mendadak disebabkan budaya hipi.

Bagi memperingati sejarah jentera ikonik T2, Volkswagen Brazil tampil dengan 600 unit terhad Kombi Edisi Terakhir.

Rekaan keseluruhan van ikonik itu mengetengahkan ekspresi sifat sebenarnya. Konsep warna dua tona putih biru membalut tubuh Kombi Edisi Terakhir itu.

Bagi menyerlahkan lagi nilai klasikal, jurusolek Volkswagen memadankan bahagian atas gril hadapan, lampu utama dan gelung indikator dengan warna biru.

Lampu indikator hadapan menggunakan lensa kristal berwarna putih. Kesemua edisi terakhir itu mempunyai pelekat khas 56 anos - Kombi Last Edition pada bahagian sisi kenderaan.

Sebagai padanan lengkap, Kombi Edisi Terhad dipasang dengan cermin belakang berwarna, dinding tayar dan penutup roda berwarna putih.

Konsep warna luaran diaplikasi pada ruangan kabin dengan beberapa kemasan mewah. Komponen dalam kabin menggamit memori pada beberapa varian T2 yang pernah dihasilkan di Brazil sebelum ini.

Volkswagen Kombi Edisi Terakhir didatangkan bersama langsir fabrik berwarna biru di bahagian cermin tepi dan belakang. Tidak ketinggalan ialah kancing langsir yang memiliki sulaman logo Kombi.


INSTRUMEN meter menggunakan paparan analog dan digital.


Kancing itu sebenarnya merupakan satu ciri wajib bagi versi model kenderaan tertinggi T2 yang dihasilkan bagi tempoh 1960-an sehingga tahun 1970-an. Satu plak unik yang mempamerkan nombor identiti model edisi terakhir itu ditempatkan pada kawasan tengah papan pemuka.

Lebih tepat, nombor siri itu berada di atas sistem audio Volkswagen Kombi. Pemain audio yang memiliki pencahayaan lampu merah menyokong format lagu MP3, sambungan AUX dan USB.

Kluster instrumen mengadun meter analog dan digital tanpa mengorbankan rekaan tradisi Kombi. Meter laju dipasang pada bahagian tengah kluster manakala petunjuk status minyak di sebelah kanan meter laju mengekalkan ciri-ciri klasikalnya.

Tempat duduk diberi kekemasan upholstri vinil putih biru. Material sama juga digunakan pada bahagian panel pintu dan kargo.

Jahitan dekorasi ditambah pada bahagian panel pintu untuk menyerikan seri kabin yang ringkas tetapi elegan. Lantai kabin dan kargo ditambah dengan karpet. Van itu mampu memuatkan sehingga sembilan penumpang pada satu-satu masa.

Kombi Edisi Terakhir memperoleh kuasa daripada enjin 1.4 liter EA111 dengan sistem sejukan cecair. Sistem transmisi diberi padanan adalah jenis empat kelajuan manual. Hasilnya, output sehingga 78PS pada 4,800rpm mampu dijana.

Model itu hanya boleh didapati di Brazil dengan tag harga BRL85,000 (kira-kira RM122,388) sebuah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Itu sahaja saya nak cakap'

Posted:

'Itu sahaja saya nak cakap'

'Itu sahaja saya nak cakap'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kiri) dan Subahan (kanan) menjejakkan kaki di KLIA, Sepang selepas Harimau Malaya mengadakan aksi persabahatan menentang UAE 1-3 di Shenzhen, China malam tadi.


PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal seolah-olah kehilangan kata-kata menjelang aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Shah Alam pada 15 Oktober depan.

Menyedari jurang ketara antara kedua-dua pasukan bagaikan 'langit dan bumi', Rajagobal juga enggan menjadikan krisis kecederaan pemain-pemain utama Harimau Malaya kali ini sebagai alasan untuk 'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang.

"Semua orang kena sedar memang ada jurang ketara antara skuad negara dan Bahrain, itu sahaja saya nak cakap.

"Sama ada dilanda krisis kecederaan pemain ataupun tidak bukan persoalan utama kerana mereka (Bahrain) tetap pasukan pilihan berbanding kami.

"Jadi, saya harap pemain turun dengan keyakinan tinggi di Shah Alam nanti," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang malam tadi.

Rajagobal berkata, beliau terpaksa melupakan beberapa tonggak utama seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Muhammad Fadhli Shas dan Mohd. Safee Sali yang dilanda kecederaan.

"Selain itu, perkembangan Aidil Zafuan Abdul Razak dan Ahmad Shakir Shaari juga dipantau dari masa ke semasa.

"Saya juga berharap supaya Norshahrul Idlan Talaha mampu pulih sepenuhnya sebelum berdepan Bahrain nanti," katanya.

Pada masa sama, Rajagobal juga menyifatkan aksi di Stadium Shah Alam tidak memberikan kelebihan buat anak-anak buahnya memburu kemenangan di laman sendiri.

"Bahrain satu pasukan yang kuat, mereka juga sudah meraih enam mata hasil dua kemenangan sebelum ini.

"Jadi, saya tidak menganggap aksi di Shah Alam mampu memberikan kelebihan buat kami.

"Cuma pada masa sama, saya percaya pemain akan turun dengan semangat juang yang tinggi bagi memburu tiga mata berharga," jelasnya.

Selepas berdepan Bahrain nanti, skuad Harimau Malaya akan kembali membuat perhitungan dengan lawan yang sama di tempat lawan pada 15 November depan sebelum melayan kunjungan Qatar empat hari kemudian.

Skuad kendalian Rajagobal bakal menutup tirai aksi kumpulan berdepan Yemen di tempat lawan pada 5 Mac tahun depan.

Kelantan miliki kelebihan

Posted:

Kelantan miliki kelebihan

Kelantan miliki kelebihan

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


HODAK (tiga dari kiri) tetap menghormati ATM menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam pada 18 Oktober depan.


KELANTAN memiliki kelebihan pada aksi separuh akhir Piala Malaysia 2013.

Ini kerana, perlawanan kedua menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlangsung di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Selepas berjaya mempamerkan aksi yang memukau ketika memadam kelebihan dua gol yang di bawa Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi suku akhir kedua lalu, ramai pemerhati menganggap Kelantan sekali lagi akan mengisi slot final Piala Malaysia musim 2013.

Bagaimanapun, pengendali Kelantan, Bojan Hodak berkata, pertukaran venue bagi pasukan ATM daripada Stadium Selayang ke Stadium Shah Alam sudah memberikan kelebihan kepada pasukan itu kerana ia mampu memuatkan lebih ramai penyokong dan permukaan padang yang lebih baik.

"Saya tidak kisah untuk bermain di mana sekalipun. Penyokong kami sentiasa bersama kemana sahaja kami pergi. Stadium Shah Alam mungkin lebih besar dan penyokong kami juga dapat datang lebih ramai untuk membantu menaikkan semangat para pemain.

"Namun, kami perlu lebih berwaspada dengan ATM kerana mereka juga mempunyai kekuatan hampir sama dengan Kelantan. Pemain yang mereka ada juga seperti kami, tidak mempunyai masalah sama ada beraksi di tempat sendiri atau gelanggang lawan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, aksi Liga Super membuktikan bahawa ATM juga sebuah pasukan yang selesa untuk beraksi di mana sahaja termasuk meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan sejak hampir dua tahun alu dengan mencatat kemenangan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Mengulas mengenai persiapan Kelantan, Hodak berkata, pasukannya akan mengadakan perlawanan persahabatan pada 13 Oktober ini menentang kelab daripada Thailand sebelum mereka memulakan kempen separuh akhir Piala Malaysia lima hari kemudian menentang ATM.

"Itu sahaja masa yang kami ada dan perlawanan persahabatan tersebut amat penting untuk saya membuat penilaian terhadap semua pemain. Saya fikir perlawanan lebih memberikan impak berbanding latihan untuk saya menguji para pemain.

"Kami akan turunkan pemain yang benar-benar memberikan komitmen. Ini perlawanan penting, saya tidak mahu ada kesilapan. Saya fikir memenangi perlawanan di tempat lawan mungkin akan memudahkan kerja di gelanggang sendiri nanti," ujarnya.

Bagaimanapun, persiapan Kelantan sedikit tergendala apabila empat pemainnya dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sementara dua lagi pemain tonggaknya, Shakir Shaari dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim dibelenggu masalah kecederaan.

Rossi intai peluang

Posted:

Rossi intai peluang

Rossi intai peluang

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


ROSSI (dua dari kiri) bertekad untuk mencipta satu lagi kejayaan di Litar Sepang Ahad ini.


JUARA dunia tujuh kali, Valentino Rossi menjelaskan bahawa peluangnya untuk melakar satu lagi kejayaan pada Kejohanan Motosikal Dunia Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2013 Shell Advance di Litar Sepang minggu ini masih cerah, namun bergantung jika hujan tidak turun pada hari perlumbaan Ahad ini.

Kali terakhir Rossi menaiki podium di Sepang bersama pasukan Yamaha ialah pada edisi 2010 sebelum dia mengharungi musim yang mengecewakan bersama Ducati selama dua tahun.

Setelah kembali ke Yamaha musim ini, pelumba dari Itali tersebut mula mempamer peningkatan prestasi dan hampir ke tahap sebenarnya ketika saingan MotoGP musim ini berbaki empat pusingan lagi.

"Litar Sepang adalah litar yang sangat hebat, saya amat sukakan litar ini dan ia adalah antara litar kegemaran saya.

"Bagaimanapun, saya jamin semua pelumba juga amat gemar dengan litar ini. Mereka mampu mencatat prestasi yang baik dan sangat laju apabila beraksi di litar ini. Jadi, saya rasa minggu ini akan menjadi minggu yang sukar kepada saya.

"Hujan juga mampu menambahkan lagi cabaran kepada kami seperti tahun lepas. Jadi, kami lihat saja kalau-kalau situasi yang sama (hujan) akan berlaku lagi minggu ini," jelas Rossi pada sidang media di Sepang semalam.

Rossi yang kini di kedudukan keempat dalam kejuaraan dunia dengan 185 mata, 93 mata di belakang pendahulu dari Honda, Marc Marquez, menjelaskan dia gembira dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan pada dua perlumbaan terakhir di GP San Marino dan GP Aragon bulan lalu.

Pelumba berusia 34 tahun itu menduduki tempat keempat pada perlumbaan GP San Marino 15 September lepas manakala berjaya menaiki podium di tempat ketiga pada GP Aragon, 29 September kemudian.

"Saya dapat rasakan peningkatan ketika menuju ke penghujung musim ini, terutamanya pada dua saingan GP yang lepas.

"Saya mahu mencatat lebih banyak peningkatan. Saya masih berusaha untuk mengurangkan jurang mata dengan tiga pelumba teratas," tambah Rossi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pengiktirafan buat Renjer Antiaedes

Posted:

Pengiktirafan buat Renjer Antiaedes

Pengiktirafan buat Renjer Antiaedes


SMK Jalan Bukit, Hulu Langat, Selangor muncul juara kerana berjaya mengunjungi 20,351 buah kediaman dalam kempen tahun ini.


DALAM usaha yang berterusan untuk mencegah denggi, SC Johnson & Son (M) Sdn. Bhd. (SC Johnson), pengeluar rangkaian produk kawalan haiwan perosak jenama Ridsect, telah mengetuai program memperkasakan pelajar sebagai Renjer Antiaedes.

Dianjurkan sejak tahun 2008, program ini merupakan satu pertandingan yang diwujudkan bagi membolehkan pelajar sekolah menengah memberi sumbangan kepada komuniti. Melalui program ini, setiap peserta akan ditemani guru dalam misi mewujudkan kesedaran umum mengenai bahana nyamuk aedes terhadap kesihatan komuniti.

Tahun ini, seramai 2,000 pelajar dari 100 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Sarawak terlibat dalam misi ini.

Dengan senarai semak yang dibangunkan melalui kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Renjer Antiaedes akan mencari kawasan yang berkemungkinan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan menasihati pemilik rumah tentang kaedah berkesan untuk menghapuskannya.

Pengurus Besar SC Johnson, Christina Ronski berkata, pihaknya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat.

"Bagi kami, anda semua adalah pemenang melalui peranan penting yang dimainkan untuk mencegah denggi di kawasan komuniti masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor KHAS C, Dr. Rose Nani Mudin turut melahirkan pujian terhadap komitmen SC Johnson dalam kempen tersebut.

Pada program kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Bukit, Hulu Langat, Selangor dinobatkan sebagai juara apabila berjaya mengunjungi 20,351 buah kediaman sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan produk SC Johnson bernilai RM200.

Pemenang tahun ini ditentukan berdasarkan bilangan rumah yang dilawati dalam tempoh enam bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung bermula Februari hingga Julai lalu.

Secara keseluruhan, sebanyak 122,052 kediaman telah dilawati oleh skuad Renjer Antiaedes sepanjang tahun 2013, menjadikan 450,000 buah kediaman sejak lima tahun lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Suntik semangat anak-anak STBSL

Posted:

Suntik semangat anak-anak STBSL

Suntik semangat anak-anak STBSL

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

TEPAT pukul 11 pagi, bas yang membawa rombongan Program Amal Wanita Ikon 2011/2012 termasuk petugas media dari Kuala Lumpur tiba di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh (STBSL), Melaka.

Kedatangan kami disambut penuh ceria oleh kakitangan dan beberapa pelatih di sekolah tersebut. Di satu sudut yang kemas dihias dengan aneka kain batik dan pelekat, tersedia sajian ringan berupa mihun goreng dan minuman panas.

Sejurus menikmatinya, kami dibawa ke sebuah kelas yang dipenuhi kira-kira 40 remaja perempuan. Mereka lengkap memakai uniform baju kurung berona biru langit dan bertudung bagi yang beragama Islam.

Merenung satu persatu wajah tersebut membuatkan hati berdetik apakah kesalahan yang dilakukan oleh mereka sehingga dihantar ke sekolah berkenaan?

Bagai menyedari apa yang terlintas di fikiran penulis, Pengarang Kanan Unit Majalah Keluarga, Utusan Karya Sdn. Bhd., Normala Hamzah berbisik: "Anak-anak di sini banyak terlibat dalam masalah sosial. Ada juga yang mencuri dan mengambil dadah. Kebanyakan mereka datang dari keluarga yang bermasalah."

Maka atas dasar itulah, pemenang Wanita Ikon 2011/2012, Adillah Ahmad Nordin, 44, tampil untuk menghulurkan sedikit sumbangan dalam bentuk meningkatkan tahap motivasi anak-anak pelatih di sekolah ini.


SEBAHAGIAN pelatih menutup muka dengan tangan yang berwarna sebagai simbolik janji yang telah dibuat.


Apatah lagi, sekolah itu begitu dekat dengan ibunya, Puan Sri Halijah Aji yang pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Pelawat STBSL.

Berkongsi pengalaman hidup bersama para pelatih tersebut, Adillah jelas bersemangat untuk membimbing mereka. Setiap patah perkataan yang dilontarkan pasti disambut dengan jawapan para pelatih.

Motivasi

Ia sekali gus membuktikan teknik komunikasi yang digunapakai peguam itu berjaya menarik perhatian anak-anak remaja di hadapannya.

"Kalau kita hendak jadi baik, kita mesti buat keputusan hari ini juga. Justeru, adik-adik perlu bertanya pada diri masing-masing, adakah diri kita ini adalah orang yang kita suka untuk bersama atau sebaliknya.

"Jika ya, maka sudah pasti orang lain pun akan suka dengan kita. Perlu diingat, tiada orang yang boleh ubah diri mereka melainkan diri kita sendiri," ungkap Adillah yang membahasakan dirinya Auntie pada para pelatih.

Beliau turut menasihatkan para remaja itu agar menjalani kehidupan di luar dengan penuh keyakinan dan melupakan segala kesilapan yang pernah dibuat pada masa lalu.

"Berada di sekolah ini merupakan tempoh bagi anak-anak semua untuk memperbaiki diri. Ia boleh dianggap sebagai waktu kalian mendiami satu kepompong untuk mempersiapkan diri keluar dan terbang sebagai seekor rama-rama yang cantik satu hari kelak.

"Jangan gentar untuk menghadapi dugaan dunia luar. Buktikan anda semua mampu menjadi insan yang lebih baik kepada keluarga, agama, bangsa dan negara," tuturnya lagi.


PASUKAN pancaragam STBSL sering mengharumkan nama sekolah dalam setiap pertandingan yang disertai.


Dalam sesi motivasi itu, kesemua pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antara aktiviti interaktif penuh simbolik yang diadakan adalah menulis matlamat dan membuat ikrar di kain putih, mewarnakan tapak tangan serta mengecopnya di atas kain rentang secara beramai-ramai.

Sokongan masyarakat

Adillah turut dibantu lima orang fasilitator yang terdiri daripada para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Kolej Universiti Islam Malaysia dalam menjalankan aktiviti tersebut.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat bersama dengan anak-anak di sini. Saya percaya mereka mempunyai potensi besar untuk menjadi insan yang berguna apabila keluar kelak.

"Saya harap masyarakat akan memberi sokongan dan tidak menyisihkan mereka di atas kesilapan silam yang dilakukan," katanya lebih lanjut.

Ditubuhkan pada 21 September 1953, sekolah ini dahulu dikenali sebagai Sekolah Perempuan Lereh. Prosedur kemasukan ke STBSL adalah melalui dua cara.

Pertama ialah tahanan sementara iaitu kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah yang melakukan pelbagai kesalahan, direman dan menunggu perbicaraan atau perintah mahkamah.

Cara kedua melalui perintah mahkamah terhadap kanak-kanak yang berusia 10 hingga 18 tahun yang terlibat dengan jenayah. Selain itu, melalui tindakan ibu bapa atau penjaga yang menyerahkan hak membuat keputusan kepada pihak mahkamah apabila mereka tidak mampu menjaga, membimbing atau mengawal anak-anak mereka.

Pengetua STBSL, Halyjah Muhammad, 33, melahirkan rasa gembira dan bersyukur di atas penganjuran Program Amal Wanita Ikon 2011/2012 itu.

Ditanya tentang cabaran dalam mengemudi sekolah tersebut, graduan Ijazah Sumber Manusia dan Kaunseling itu mengakui tugas berat yang digalasnya.

"Kalau diikutkan memang banyak cabaran yang kami hadapi terutamanya dalam aspek akademik, vokasional dan akhlak para pelatih. Namun, saya suka dengan cabaran untuk memulihkan anak bangsa sendiri.

"Saya akan rasa gembira bila ada pelatih yang keluar dan meneruskan kehidupan dengan keluarga mereka sambil mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sini. Paling penting, saya sentiasa berharap agar mereka lebih dekat dengan agama dan menjadi insan yang berjaya," jelas wanita yang telah berkhidmat di STBSL hampir tiga tahun ini.

SESI demonstrasi solekan adalah antara aktiviti yang diadakan pada Program Amal Wanita Ikon 2011/2012 di STBSL baru-baru ini.


Rutin pelatih

Menurut Halyjah, rutin harian para pelatih sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bermula pada pukul 5 pagi hingga 10.30 malam. Antaranya seperti solat jemaah, kelak akademik, sesi mengulangkaji, kelas halaqah dan membaca al-Quran.

"Bermula tahun 2000, sekolah ini telah menjadi sebuah pusat akademik, vokasional dan pemulihan akhlak sepenuhnya. Ramai bekas pelatih di sini dapat bekerja di sektor awam dan swasta.

"Malah, ada juga yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia, ada yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang sehingga 6A," tambah beliau.

Pada program itu juga, para pelatih turut menunjukkan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang seperti kawad, pancaragam dan bermain gamelan.

Tidak ketinggalan, sesi asas solekan kendalian Sherry Stylista Team yang mendapat perhatian para pelatih. Rata-rata mereka begitu rajin bertanya soalan kepada jurusolek yang membuat demonstrasi solekan.

Perkara ini diakui oleh wakilnya, Sharina Mustafa, 40, yang teruja dengan peluang sulung tersebut.

"Ia satu perkongsian yang sangat menarik. Anak-anak di sini juga kelihatan bersemangat untuk tampil cantik dengan solekan. Semoga masyarakat akan dapat menerima mereka apabila keluar dari sekolah ini kelak," ujarnya.

Si cilik pamer bakat terpendam

Posted:

Si cilik pamer bakat terpendam

Si cilik pamer bakat terpendam

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


BAKAT dalam bidang tarian begitu terserlah pada anak-anak ini.


KOMBINASI tarian hip hop dan kontemporari yang dipamerkan Adib Fahmi Halim, 12, sewaktu pertandingan Talent Time baru-baru ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Tampil dengan gaya bersahaja dan aksi tersendiri membuatkan pelajar tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sri Hartamas, Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu kelihatan seperti penari profesional yang penuh pengalaman.

Begitu juga dengan persembahan tarian balet oleh Karlyssa Lana Faizal, 10. Setiap langkah yang diatur penuh gemalai mempesonakan mata yang memandang.

Ironinya, kedua-dua mereka merupakan bekas pelajar di rangkaian penyedia sistem pengajaran prasekolah terkemuka, Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd. (Smart Reader Worlwide).

Program bakat yang dianjurkan dengan kerjasama Smart Reader Kids Fan Club itu berlangsung penuh meriah di Wisma Smart Reader, Kepong baru-baru ini.

"Saya sangat teruja apabila diundang membuat persembahan di hadapan adik-adik yang belajar di Smart Reader Kids. Ia membuatkan saya teringat ketika zaman prasekolah di sana yang penuh dengan aktiviti," ujar Adib Fahmi yang amat meminati bidang tarian.

Menurut Karlyssa Lana pula, dia mula mempelajari tarian ketika bersekolah di pusat berkenaan iaitu ketika terlibat dalam acara konsert tahunan.

"Mula-mula memang rasa segan kerana tiada keyakinan diri tetapi, lama-kelamaan bertukar menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan," tutur pelajar tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Convent 1 Bukit Nanas itu.


PERMAINAN interaktif sewaktu sesi Toyota Traffic Tots Game Show menguji minda kanak-kanak.


Acara interaktif

Pada program tersebut, seramai 10 finalis dari cawangan Smart Reader Kids di sekitar Lembah Klang menunjukkan bakat kreativiti masing-masing dalam persembahan mereka seperti tarian, lakonan, nyanyian dan bermain alat muzik.

Selain Talent Time, program yang berlangsung selama dua hari itu turut menyaksikan acara interaktif Toyota Traffic Tots Game Show.

Aktiviti itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman kepada kanak-kanak terhadap aspek keselamatan di jalan raya. Antaranya menyelesaikan teka silang kata, memadankan gambar dengan perkataan, kuiz dan sebagainya.

Pengetua Smart Reader Kids Dataran Pandan Prima dan Taman Melati, Rosmazmi Ahmad Roslan, 34, berkata, program sedemikian mampu memberi pendedahan kepada pelajar terhadap dunia luar.

"Contohnya, acara Toyota Traffic Tots Game Show, para pelajar didedahkan dengan amalan-amalan baik di jalan raya seperti pemanduan berhemah dan berhati-hati ketika melintas.

"Diharapkan agar program-program sebegini diadakan lebih kerap untuk mendidik anak-anak di sekolah ini," ungkapnya.

Menurut H.D. Shan, 38, yang mempunyai dua orang anak yang bersekolah di Smart Reader Kids, boleh dikatakan para pelajar di sini sangat berdikari dan berdisiplin tinggi.

"Malah, penglibatan dalam acara sosial sebegini mampu meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan orang ramai," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Program ini turut dihadiri oleh Pengurus Korporat Smart Reader Worldwide, Kevan Ong dan Eksekutif Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) UMW Toyota Sdn. Bhd., Mohd. Zunaidi Mohd. Dali.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


159 mangsa bot ekspres Kawan Mas terima wang ihsan

Posted:

159 mangsa bot ekspres Kawan Mas terima wang ihsan

159 mangsa bot ekspres Kawan Mas terima wang ihsan

11/10/2013 9:11pm

KAPIT - Sekumpulan 159 mangsa terselamat dalam tragedi bot ekspres Kawan Mas yang karam di Giam Bungan di Belaga pada 28 Mei lepas, menerima bantuan wang ihsan daripada kerajaan hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Alam Negeri, menyampaikan wang ihsan itu sumbangan Majlis Keselamatan Negara dan Yayasan 1Malaysia.

Setiap mangsa yang terselamat menerima RM1,000 manakala keluarga tiga mangsa yang meninggal dunia pula masing-masing mendapat RM10,000.

Tiga penduduk tempatan yang paling awal menyelamatkan mangsa menerima RM3,000 seorang.

Ketika berucap di majlis itu, Jabu berkata kerajaan negeri membuat keputusan menghentikan operasi mencari dan menyelamat selepas 24 hari disebabkan keadaan sungai yang sukar dan berbahaya.

"Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri pada 19 Jun, kami dinasihati polis bahawa Kawan Mas terbenam jauh ke dalam sungai dan sangat berisiko untuk pasukan penyelam mengesan serta mengapungkannya.

"Namun sebaik sahaja tragedi itu berlaku pada 28 Mei, kerajaan dan semua pihak yang terlibat telah melakukan yang terbaik," katanya.

Jabu berkata, telah disahkan bahawa 222 penumpang berhimpit-himpit di dalam bot ekspres menghala Kapit/Sibu yang karam kira-kira 8.30 pagi di Sungai Rajang selepas terlanggar balak yang separuh tenggelam dan kemudiannya mengalami masalah enjin.

"Daripada jumlah itu 219 terselamat manakala tiga lagi meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata 60 lagi mangsa yang terselamat akan menerima bantuan wang ihsan di sini minggu depan. - Bernama

Aeril Zafrel, Wawa Zainal mengaku telah bernikah dua kali

Posted:

Aeril Zafrel, Wawa Zainal mengaku telah bernikah dua kali

Aeril Zafrel, Wawa Zainal mengaku telah bernikah dua kali

11/10/2013 7:29pm

PETALING JAYA - Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya mengaku telah berkahwin dua kali pada tarikh 25 Fabruari 2012 dan 4 Februari 2013 di lokasi yang sama iaitu Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.

Perkahwinan dua kali itu dilaksanakan untuk mendapatkan status yang sah kepada anak pasangan itu untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

Perkara itu didedahkan Aeril dalam sidang akhbar tergempar di Restoran Western 114, Neo Damansara, di sini hari ini. Wawa Zainal turut hadir dengan imej berhijab.

Pernikahan Aeril dan Wawa kali pertama berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan disaksikan oleh pengurus peribadi Aeril, Shahriman Wahab.

Menerusi pernikahan pertama, Aeril dan Wawa mengaku telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ahmad Fakhruddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 di sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. - KOSMO!

MotoGP: Hafizh Syahrin sasar 10 terbaik pada sesi kelayakan esok

Posted:

MotoGP: Hafizh Syahrin sasar 10 terbaik pada sesi kelayakan esok

MotoGP: Hafizh Syahrin sasar 10 terbaik pada sesi kelayakan esok

11/10/2013 7:15pm

SEPANG - Pelumba Petronas Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah menyasarkan untuk berada pada kelompok 10 terbaik pada sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Sepang esok.

Pelumba wild card Moto2 itu mencatat masa dua minit 0.900 saat dalam sesi latihan bebas kedua dengan kedudukan ke-14. Pada sesi latihan pertama, Hafizh Syahrin mencatat masa 2:09.668s di kedudukan ke-15.

"Saya berpuas hati dalam sesi latihan kedua hari ini. Pada sesi latihan pertama, jentera saya mengalami masalah enjin, selepas tukar enjin jentera bertambah baik, saya juga dapat meningkatkan catatan masa yang baik.

"Semasa sesi latihan kedua tadi saya hampir berada dalam kelompok 10 terbaik, kalau dibandingkan catatan masa saya dengan pelumba yang berada pada kedudukan kedua hari ini (Thomas Luthi dari pasukan Interwetten Paddock Moto2 Racing), beza masa kami hanya 0.09 saat," katanya kepada pemberita selepas selesai sesi latihan di sini hari ini.

Pada sesi latihan kedua hari ini, Esteve Rabat dari pasukan Tuenti HP40 mencatat masa terpantas dengan 2:07.321s diikuti Thomas Luthi (pasukan Interwetten Paddock Moto2 Racing) dengan catatan masa 2:08.030. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved