Khamis, 10 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Membina lebuh raya politik untuk wanita

Posted:

Membina lebuh raya politik untuk wanita

Membina lebuh raya politik untuk wanita

SHAHRIZAT (tengah) menunjukkan buku senarai calon Wanita UMNO di Kuala Lumpur semalam.


APAKAH visi dan misi perjuangan Datuk Seri pada pemilihan parti kali ini?

SHAHRIZAT: Jika saya diberi peluang saya berminat meneruskan perjuangan untuk mengarusperdanakan wanita dalam politik dan sebagai pembuat keputusan.

Pada zaman ini dalam apa-apa keputusan yang dibuat, termasuk dalam bidang politik, kalau tiada suara dan perspektif wanita maka keputusan itu tidak sempurna.

Saya juga mahu wanita diiktiraf sebagai tulang belakang kepada parti UMNO.

Ini bukan perkara main-main kerana sewajarnya ia diangkat sebegitu berdasarkan kejayaan Pergerakan Wanita UMNO dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional pada setiap kali pilihan raya umum.

Bagi fasa kedua, saya mahu mengadakan hubungan lebih rapat serta bekerjasama dengan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, golongan profesional dan akademik selain meneruskan gandingan dengan sayap Puteri.

Kenapa perwakilan perlu mengekalkan Datuk Seri sebagai Ketua Wanita bagi penggal seterusnya?

Pertama, kerana dalam empat tahun kepimpinan Wanita UMNO, terutamanya pada tahun 2009, semangat Wanita UMNO dilihat menjadi lesu dan luntur akibat tsunami politik pada masa itu, tetapi bila saya dipilih menjadi ketua, saya berusaha memulihkan semua itu.

Pemulihan itu penting kerana kalau mahu UMNO terus kuat, akar umbi mesti kuat dan siapa akar UMNO? Pastilah wanita. Saya nak bina satu jentera pilihan raya yang lebih kukuh selain menangani isu-isu wanita.

Tidakkah Datuk Seri gusar menjelang pemilihan esok memandangkan wujud pelbagai cerita negatif yang terpaksa dihadapi?

Dalam politik ini, kalau mahu cari cerita negatif tentang saya, tanya kepada orang yang tidak menyokong saya, tetapi jika mahu cerita yang positif, tanya orang yang sokong saya.

Saya sudah masak dengan 'political spin', bertahun dalam politik, saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian luar biasa daripada Allah yang perlu saya hadapi. Setakat ini keimanan saya dan tawakal kepada Allah banyak membantu saya untuk terus bertahan.

Apakah pandangan Datuk Seri mengenai agenda memperkasakan Melayu?

Suatu yang perlu difahami oleh semua ialah di sebalik kejayaan seseorang lelaki, ada wanita di sebalik kejayaan itu. Sebab itu saya masih yakin kalau golongan wanita berjaya, bermakna orang Melayu akan juga berjaya.

Wanita di negara ini merupakan separuh daripada penduduk, sebab itu penting kepada kerajaan untuk 'melabur' kepada golongan wanita. Ia adalah pelaburan yang bijak sebenarnya.

Begitu juga bagi saya, kalau kita melabur kepada wanita dalam politik, pasti hasilnya sangat baik kepada negara.

Pada saya sebagai ketua pada masa ini, saya mesti wujudkan lebuh raya yang kondusif kepada wanita dalam bidang politik.

Dengan kemudahan itu wanita diharap akan lebih berdaya saing untuk membawa 'kenderaan' mereka ke mana hendak dituju.

Apakah harapan Datuk Seri kepada perwakilan?

Saya mengucapkan selamat memilih calon-calon yang puan-puan rasa mampu untuk membawa Pergerakan Wanita UMNO kebangsaan dan bahagian pada satu tahap kecemerlangan.

Saya tidak rasa calon yang bertanding yakin sepenuh hati akan menang kerana ini kali pertama dalam sejarah melibatkan lebih ramai perwakilan akar umbi memilih pemimpin.

Maznah, Raihan ingin murnikan Wanita UMNO

Posted:

Maznah, Raihan ingin murnikan Wanita UMNO

Maznah, Raihan ingin murnikan Wanita UMNO


RAIHAN


MENGAPAKAH anda mengambil keputusan bertanding?

RAIHAN: Saya ingin membawa perubahan dalam parti. Saya memilih slogan 'Wanita Wasatiyyah Kembali Kepada Fitrah' iaitu kita hendak menyerap kembali roh agama ke dalam sayap parti ini.

Pada asalnya, Wanita UMNO dikenali sebagai sayap pergerakan kaum ibu, jadi dengan mengubah kembali imej kepada kaum ibu, kita dapat membimbing dan merapatkan lagi hubungan dengan sayap lain UMNO iaitu Pemuda dan Puteri.

Apakah agenda perubahan yang ingin diterapkan?

Perubahan pertama yang akan saya lakukan ialah mengembalikan zaman ziarah, majlis rewang, kenduri-kendara dan beramah mesra dengan ahli akar umbi.

Saya mahu kembalikan sifat dan matlamat utama parti iaitu menjadi sayap pembela yang turun ke bawah, membela nasib rakyat secara umum dan bukan rakyat yang berada dalam UMNO sahaja.

Pada pandangan saya, masih terlalu banyak masyarakat bawahan yang kurang diberi pembelaan. Saya lihat gejala sosial semakin meningkat, banyak masalah yang dibangkitkan oleh remaja dan ibu tunggal kepada saya. Ia akan menjadi fokus saya.

Lawan anda ialah bekas menteri serta penyandang jawatan Ketua Wanita UMNO manakala seorang lagi Senator yang juga Exco Wanita, adakah anda dapat menyaingi mereka?

Ruang yang besar untuk saya menyaingi mereka mula terbuka apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut tentang usaha parti untuk meremajakan UMNO manakala Tun Dr. Mahathir Mohamad turut membangkitkan perkara yang sama.

Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) sudah berumur 60 tahun sementara Datuk Maznah (Mazlan) berumur 62 tahun. Sudah tentu saya yang berumur 47 tahun ini boleh mengisi ruang untuk meremajakan UMNO. Itu kelebihan yang akan memudahkan saya membina jambatan antara Puteri dan Pemuda.

Pandangan anda mengenai Wanita UMNO sekarang?

Saya rasa Wanita UMNO kini telah membina satu jarak yang jauh, sukar untuk orang dekati.

Pertama, mungkin kerana kebendaan mereka, dengan cara pakaian dan kemewahan membuat wanita-wanita di peringkat akar umbi agak sukar untuk mendekati mereka.

Mungkin juga program-program singkat yang diadakan yang saya panggil program 'potong riben' gagal memupuk kemesraan dengan golongan di bawah.


MAZNAH


APABILA Datuk menawarkan diri sebagai calon Ketua Wanita pada saat akhir, apakah yang difikirkan?

Saya fikirkan bahawa perlu ada alternatif kepada Wanita UMNO, terpulanglah kepada mereka untuk menilai dan membuat pertimbangan. Saya terpanggil menawarkan diri kerana kita akan menghadapi Pilihan Raya ke-14 dan merasai bahawa Wanita UMNO dilanda pelbagai tuduhan, tanggapan negatif, bahkan kita diperlekeh, dipersendakan terutamanya menjelang pilihan raya umum lalu.

Saya dapat laporan daripada Ketua Wanita UMNO di bahagian-bahagian, bagaimana pergerakan itu dipersendakan di papan iklan, kain rentang, bahkan binatang tertentu diarak, ditambat di pokok dan dipakaikan tudung merah.

Ini sudah tentu bukan hanya melukakan hati ahli kerana mereka bekerja bertungkus-lumus, mengorbankan masa dan tenaga tanpa mengira imbuhan.

Ada pihak mengatakan tanggapan negatif itu adalah persepsi, ia bukan realiti sebenar?

Betul, dalam politik sebahagian besarnya bergantung kepada persepsi, begitu juga jika kita mahu memenangi pilihan raya. Dari pemimpin atas sampai ke akar umbi perlu membina persepsi yang positif terhadap kerajaan.

Ada persepsi kita boleh tolak dengan mudah dan ada yang sukar untuk dipertahankan. Jadi, ini isu yang wajar kita dekati dan saya percaya jika Wanita UMNO tidak dilanda persepsi negatif, ia mampu menjadi jentera pilihan raya bahkan pertubuhan sukarela yang menerajui wanita di negara ini.

Bagaimanakah Datuk mahu perwakilan-perwakilan Wanita UMNO menilai kepimpinan Datuk?

Saya mempunyai pengalaman bekerja lebih 30 tahun, saya ada pengalaman di peringkat pelaksanaan dan pembuat dasar sebagai timbalan menteri dan exco kerajaan negeri dan juga pembabitan dalam UMNO.

Saya sendiri telah terlibat membantu hampir 20 pilihan raya kecil. Sudah tentu itu semua dapat membantu saya.

Sekiranya memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO, apakah hala tuju yang Datuk ingin bawa?

Pertama sekali, saya perlu satukan semula puak-puak yang menyokong dan tidak menyokong saya. Mungkin bunyinya sedap, bila kita kata mahu satukan ahli-ahli, orang akan bertanya, adakah sekarang tidak bersatu?

Saya sudah mengalami zaman Tan Sri Rafidah (Aziz) lawan Datuk Seri Zaharah (Sulaiman), Datuk Seri Shahrizat lawan Tan Sri Rafidah, sebenarnya ada kesan kepada parti tetapi ini memerlukan kebijaksanaan.

Selain itu, saya rasa kita perlu memurnikan semula imej dan nama Wanita UMNO yang merupakan tulang belakang parti dan tidak henti-henti bekerja tanpa mengira imbuhan.

Saya harap ahli-ahli Wanita UMNO akan menjadi berani, berfikiran terbuka dan melihat kedudukan kita pada hari ini bukan hanya daripada pandangan ahli UMNO tetapi juga masyarakat sekeliling.

Wajah masa depan UMNO

Posted:

Wajah masa depan UMNO

Wajah masa depan UMNO


KHAIRY percaya para perwakilan Pemuda UMNO mementingkan hasil kerja dan mutu perkhidmatan.


YANG Berhormat terlibat dalam dua kempen Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu pada tahun 2008 dan 2013. Apa perbezaan kempen PRU dengan kempen pemilihan UMNO kali ini?

KHAIRY: PRU melibatkan rakyat umum manakala siri kempennya kita tidak dapat kawal kerana banyak parti yang bertanding. Sebaliknya, pemilihan UMNO merupakan pertandingan dalam keluarga. Jadi walaupun pemilihan 2009 sengit, ia masih satu pertandingan sesama keluarga berbanding PRU. Dalam UMNO, kita dalam kumpulan kita sendiri dan kempen itu dapat kita kawal sedikit sebanyak. Ada juga cakap-cakap mengatakan saingan dalam parti lebih hebat berbanding PRU kerana mahu menang jawatan dalam UMNO lagi susah daripada menang PRU. Tetapi saya rasa hari ini sudah jadi sebaliknya di mana persekitarannya berbeza, iaitu mahu menang jawatan PRU sama susah seperti dalam pertandingan UMNO.

Kenapa Yang Berhormat rasa laluan untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda tidak mudah walaupun telah menjawat jawatan sebagai menteri dan dikenali ramai?

Sebab kita tidak boleh baca isi hati perwakilan. Mungkin depan kita, dia kata sokong tetapi kita tidak tahu sejauh mana sokongan itu akan diterjemahkan dalam bentuk undi. Laluan ini bukan mudah sebab bagi saya semua pesaing harus kita pandang serius.

Selain itu, dahulu kita hanya ada perwakilan pusat dan jumlahnya pula tidak ramai dan kita boleh jumpa mereka malah saya kenal setiap perwakilan pusat dengan nama mereka pada tahun 2009.

Pada tahun ini, ada lebih kurang 70,000 perwakilan Pemuda yang mengundi di peringkat bahagian dan mustahil kita kenal semua orang.

Yang Berhormat ialah pemimpin yang percaya kepada keberhasilan dan perkhidmatan yang diberikan. Dalam konteks persaingan Pemuda UMNO, adakah pendirian itu masih lagi Yang Berhormat terapkan?

Insya-Allah, saya mahu terapkan kepada generasi kepimpinan yang baharu bahawa orang muda pada hari ini ingin melihat hasil, keputusan dan mutu perkhidmatan kita. Kita tiada pilihan lain kerana orang muda menolak retorik politik. Mereka lebih suka hasil kerja dan penyelesaian yang kita dapat bawa kepada mereka.

Dalam penggal yang kedua ini, sekiranya dipilih sekali lagi, saya mahu tubuhkan Akademi Kepimpinan untuk meningkatkan kepimpinan dalam UMNO dan ini telah dipersetujui oleh Presiden UMNO. Ia akan menjadi sekolah politik atau akademi politik yang penting bagi melahirkan lebih ramai pemimpin muda kerana hari ini kalau dibandingkan dengan pembangkang kita sedikit ketinggalan dari segi bilangan pemimpin-pemimpin yang boleh diketengahkan di peringkat nasional.

Dalam ucapan Yang Berhormat baru-baru ini, Yang Berhormat sentuh istilah pressure group dan centrist. Boleh jelaskan?

Pressure group ini maksudnya model kepimpinan Pemuda zaman dahulu. Zaman dahulu Pemuda dilihat sebagai kumpulan pendesak yang banyak menyentuh soal isu melibatkan kaum dan juga agama. Bagi saya, peranan itu walaupun masih lagi penting tetapi itu tidak merupakan satu-satunya peranan Pemuda pada hari ini. Sebab itu saya kata soal Pemuda pada hari ini mestilah bergantung kepada hasil.

Soal centrist itu bermakna walaupun kita tidak akan kompromi agenda Melayu, agama dan sebagainya tetapi pada masa yang sama, kita kena cari haluan tengah dalam apa juga isu.

Bagaimana kekuatan Yang Berhormat berbanding dengan calon-calon lain?

Itu saya serah kepada perwakilan untuk membuat keputusan. Bagi saya, kita mesti ukur calon itu berdasarkan kepada dua kriteria. Yang pertama, sejarah dan jasa mereka kepada parti. Selama empat tahun yang lepas dalam keadaan yang amat mencabar dan sukar bagi parti, saya telah membuktikan kesetiaan kepada parti walaupun tiada jawatan dalam kerajaan tetapi terus memimpin Pemuda dalam keadaan yang agak susah.

Apakah cabaran terbesar Pemuda UMNO pada masa sekarang dan masa depan?

Cabaran terbesar adalah visi kita. Gerak kerja kita di peringkat pusat jelas tetapi untuk sampai ke akar umbi susah. Ada sesetengah ahli dan pemimpin Pemuda UMNO peringkat bahagian dan cawangan aktif dan ada sebaliknya, ini yang menyebabkan ada tanggapan bahawa Pemuda UMNO di peringkat tersebut masih lagi tidak ke hadapan. Jadi kita kena cari kaedah untuk memperkasakan pemuda sehingga ke peringkat akar umbi. Sebenarnya penyakit ini sudah lama melanda Pemuda UMNO, bukan bermula dari zaman saya tetapi sudah 20 tahun. Saya rasa mungkin sejak zaman bekas Ketua Pemuda, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana kemewahan Melayu pada zaman 1980-an, 1990-an itu telah menyebabkan UMNO dilihat sebagai satu wadah untuk membuat duit ataupun mencari projek dan ini melemahkan semangat perjuangan akar umbi.

Apakah signifikan Pemilihan UMNO 2013 kali ini yang merupakan pemilihan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14?

Para perwakilan di peringkat akar umbi kali ini mempunyai tanggungjawab yang amat penting iaitu mereka buat pertama kali diberi hak untuk memilih barisan kepimpinan yang mencerminkan wajah baharu UMNO dalam menghadapi masa depan yang lebih mencabar terutama pada Pilihan Raya Umum ke-14. Mereka bukan sahaja menjadi jurucakap kepada parti malah kepada masyarakat negara ini keseluruhannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


SK St. Francis, Melaka juara Cabaran Angkasa

Posted:

SK St. Francis, Melaka juara Cabaran Angkasa

SK St. Francis, Melaka juara Cabaran Angkasa

JUSTIN PETER ROYAL (depan, dua dari kiri) dan Muhammad Nazhif Mohd. Shamsul (depan dua dari kanan) dari SK St. Francis, Melaka bergambar dengan peserta akhir Cabaran Angkasa Piala Perdana Menteri 2013
di Planetarium Negara baru-baru ini.


JUARA. Sekolah Kebangsaan (SK) St. Francis, Melaka dinobatkan sebagai juara kejohanan Cabaran Angkasa Negara (Cabaran Angkasa) bagi merebut Piala Perdana Menteri di Planetarium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain SK St. Francis sebanyak empat buah sekolah lain berjaya melayakkan diri pada peringkat akhir kejohanan tersebut iaitu SK Puteri dari Negeri Sembilan, SK ST. George (1) dari Perak, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Chiang dari Pulau Pinang dan SK Convent (2) Klang dari Selangor.

Kelima-lima sekolah itu berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir daripada 15 buah sekolah yang bertanding pada peringkat sebelum ini.

Pada program tahunan anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) itu para peserta diuji dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang sains angkasa menjurus kepada sistem suria, buruj, satelit, pembinaan roket, galaksi, cuaca angkasa, pencemaran cahaya dan teleskop.

MSU lancar program mencegah kebutaan

Posted:

MSU lancar program mencegah kebutaan

MSU lancar program mencegah kebutaan


MOHD. SHUKRI (lima dari kanan) bergambar dengan pelajar-pelajar yang menyertai program mencegah kebutaan di MSU, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


KHIDMAT. Universiti Sains Pengurusan (MSU) Shah Alam, Selangor melancarkan program khidmat komuniti mencegah kebutaan untuk membantu golongan yang memerlukan penjagaan mata baru-baru ini.

Presiden MSU, Prof. Datuk Mohd. Shukri Abd. Yajid berkata, program itu merupakan kerjasama antara MSU Eye Centre dan Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat melalui Jabatan Optometri dan Sains Visual universiti itu yang bermula sejak setahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya memperuntukkan RM300,000 bagi fasa pertama program tersebut.

"Seramai 1,500 orang dipilih sebagai penerima bantuan penjagaan mata termasuk pemberian cermin mata kepada pelajar sekolah dan kanak-kanak kurang berkemampuan.

"Program ini juga merangkumi sesi penerangan mengenai pentingnya menjaga mata di kawasan luar bandar di seluruh Selangor," katanya.

44 kakitangan UUM ikuti Bengkel Semakan Strategi Azam

Posted:

44 kakitangan UUM ikuti Bengkel Semakan Strategi Azam

44 kakitangan UUM ikuti Bengkel Semakan Strategi Azam


MINAH (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan yang mengikuti Bengkel Semakan Strategi Azam dan Pelan Tindakan UUM Press di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


BENGKEL. Seramai 44 kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah mengikuti Bengkel Semakan Strategi Azam 2013 dan Pelan Tindakan UUM Press 2014-2015 di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

UUM Press ditubuhkan oleh pihak universiti berkenaan, bertanggungjawab dalam penerbitan bahan bacaan ilmiah untuk dipasarkan.

Sebelum bengkel dimulakan, peserta mengikuti taklimat khas mengenai pelan tindakan dan perancangan disampaikan oleh Pengarah UUM Press, Datin Dr. Minah Harun.

Penyelaras bengkel itu, Abdul Qhafur Abdul Mutalib berkata, peserta mengikuti enam sesi ceramah antaranya mengenai hala tuju UUM Press semasa dan akan datang, ketepatan masa dalam penerbitan, pengemaskinian rumusan daripada unit dan pelan strategi tahun 2014-2015.

"Perbincangan bersama ketua-ketua unit banyak memberi manfaat semasa bengkel ini dijalankan bagi memantapkan lagi UUM Press," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Padah rompak RM1.8 juta emas

Posted:

Padah rompak RM1.8 juta emas

Padah rompak RM1.8 juta emas

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my

ACRYL SANI (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada barang kemas yang ditemui bersama empat lelaki pada sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh semalam.


IPOH - Sekumpulan empat penjenayah yang dapat melarikan tujuh dulang barang kemas bernilai RM1.8 juta tidak sempat berjoli apabila tiga daripada mereka mati ditembak semalam.

Kejadian pada pukul 11.15 pagi di Bandar Meru Raya dekat sini itu berlaku kira-kira 10 minit selepas kumpulan suspek berketurunan India merompak sebuah kedai emas, tiga kilometer dari lokasi mereka maut.

Tiga suspek yang cedera parah mati di tempat kejadian manakala seorang lagi rakan mereka yang dipercayai turut terkena tembakan dapat melarikan diri ke kawasan ladang sawit berdekatan.

Sebelum kejadian, sepasukan polis yang melakukan operasi Ops Cantas Khas mengesan kereta jenis Proton Waja yang dinaiki empat suspek tersebut. Kereta itu dicuri di Bayan Baru, Pulau Pinang pada minggu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis lepaskan tembakan ikut SOP

Posted:

Polis lepaskan tembakan ikut SOP

Polis lepaskan tembakan ikut SOP

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Polis tidak sesekali melepaskan tembakan kepada penjenayah secara membabi buta sebaliknya mengkaji implikasi yang akan dihadapi termasuk sekiranya penjenayah itu dipercayai memiliki senjata.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, risikan maklumat secara menyeluruh akan dilakukan terhadap suspek-suspek yang dikenal pasti sebelum polis bertindak menyerang mereka.

"Maklumat yang diterima oleh unit risikan adalah sahih dan tindakan menembak suspek yang memiliki senjata api adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Jika kita beri amaran terlebih dahulu, saya pasti ada anggota polis yang mati ditembak oleh penjenayah-penjenayah terbabit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

MASwings terjunam ke kampung

Posted:

MASwings terjunam ke kampung

MASwings terjunam ke kampung

Oleh MUSTAPA LAKAWA
dan MOHD YUNUS YAKKUB
berita@kosmo.com.my


PESAWAT Twin Otter MASwings yang terbabas sebelum merempuh sebuah rumah di Kampung Sin San, Kudat semalam.


KUDAT – Dua orang maut manakala empat lagi cedera parah apabila sebuah pesawat jenis Twin Otter MASwings membawa dua juruterbang dan 14 penumpang terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Sin San di sini semalam.

Kejadian pada pukul 2.50 petang itu berlaku ketika pesawat DHC6 9M-MDM, MH3002 tersebut cuba membuat pendaratan kecemasan selepas hilang kawalan akibat angin kencang.

Jarak antara lokasi pesawat itu terbabas dengan Lapangan Terbang Kudat ialah satu kilometer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Arab Saudi sedia hadapi musim haji

Posted:

Arab Saudi sedia hadapi musim haji

Arab Saudi sedia hadapi musim haji


AFP
JUTAAN penganut Islam bersolat Isyak di Masjidilharam di Mekah, Arab Saudi kelmarin.


MEKAH - Kerajaan Arab Saudi sudah membuat persediaan untuk menerima sekitar dua juta jemaah haji dari seluruh dunia pada minggu depan walaupun negara ini berhadapan ancaman penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Pihak berkuasa turut menyediakan perkhidmatan kesihatan di sini dan beberapa tempat lain termasuk di 25 hospital awam dengan 2,500 katil selain beratus-ratus pusat perubatan.

Menurut angka rasmi Arab Saudi dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus MERS telah meragut 49 nyawa di negara ini daripada 58 mangsa seluruh dunia.

Pihak berkuasa Arab Saudi turut menasihatkan bakal jemaah yang sakit dan warga emas mengelak mengerjakan haji pada tahun ini.

Kementerian Kesihatan di negara Asia Barat ini turut menggesa jemaah haji memakai penutup muka yang menutup hidung dan mulut kerana wabak itu boleh merebak melalui udara.

Selain bimbang dengan virus itu, pihak berkuasa Arab Saudi juga sibuk memperbesarkan ruang ibadat di Mekah yang menjadi punca jemaah haji terpaksa dikurangkan pada tahun ini.

Kerja-kerja pembesaran itu akan meningkatkan kawasan masjid kepada 400,000 meter persegi sekali gus dapat menampung 2.2 juta jemaah pada satu-satu masa.

Pada tahun lalu, seramai 3.2 juta jemaah haji termasuk 1.75 juta jemaah dari negara asing dari 190 buah negara dapat mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Pada tahun ini, Riyadh menjangkakan hanya sekitar dua juta jemaah haji selepas negara itu mengenakan sekatan ke atas jemaah haji haram.

Pihak berkuasa di negara tersebut juga mengenakan sekatan untuk mengurangkan jemaah asing sebanyak 20 peratus manakala warganegaranya sebanyak 50 peratus.

Menurut pihak imigresen Arab Saudi, sekitar 1.17 juta jemaah haji sudah berada di negara Teluk itu sejak Sabtu lalu.

Pada tahun ini, ibadah haji bermula pada Ahad ini dan berakhir pada 18 Oktober depan. - AFP

Morsi akan dibicarakan pada 4 November ini

Posted:

Morsi akan dibicarakan pada 4 November ini

Morsi akan dibicarakan pada 4 November ini



KAHERAH - Mahkamah Mesir mengumumkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi (gambar) akan dibicarakan pada 4 November ini atas tuduhan menghasut untuk membunuh para penunjuk perasaan ketika beliau sedang memegang jawatan tersebut.

Morsi ditahan di satu lokasi rahsia sejak digulingkan tentera pada 3 Julai lalu.

Sejak itu, beliau tidak kelihatan di khalayak ramai walaupun pernah menemui keluarganya sebanyak dua kali.

Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton dan delegasi dari Kesatuan Afrika juga pernah melawat Morsi semasa beliau ditahan.

Seramai 14 orang ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin akan turut dibicarakan bersama Morsi.

Dua anggota Ikhwanul Muslimin yang terkenal, Mohamed al-Beltagi Essamel-Erian juga bakal dibicarakan bersama Morsi.

Mahkamah Rayuan Kaherah juga menamakan Hakim Ahmed Sabry Youssef bagi mengadili perbicaraan Morsi, lapor agensi berita MENA.

Kes Morsi itu berkaitan dengan keganasan yang berlaku semasa pemerintahannya.

Sekurang-kurangnya 100,000 orang penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat Morsi pada 4 Disember tahun lalu. Para penunjuk perasaan itu membantah satu dekri yang dikeluarkan Morsi bagi melindungi keputusannya daripada diadili pihak kehakiman.

Para penyokong Morsi kemudian bertempur dengan para penentang Presiden itu sehingga mengakibatkan 10 orang terbunuh. - AP

Obama sedia berunding isu penutupan kerajaan AS

Posted:

Obama sedia berunding isu penutupan kerajaan AS

Obama sedia berunding isu penutupan kerajaan AS

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan, beliau bersedia berunding dengan Speaker Dewan Perwakilan, John Boehner daripada Parti Republikan berhubung isu penutupan sebahagian agensi kerajaan persekutuan.

Obama bercakap kepada pemberita berhubung isu itu di White House di sini selepas kerajaan AS berdepan dengan isu penutupan sebahagian agensi kerajaan.

Penutupan itu memasuki hari kelapan pada Selasa lalu.

Menurut White House, Presiden AS itu juga meminta Boehner supaya mengadakan undian bagi membolehkan kerajaan meminjam lebih banyak wang.

Krisis itu berlaku selepas Parti Republikan yang menguasai Dewan Perwakilan enggan meluluskan bajet Obama.

Obama menganggotai Parti Demokrat. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Liga Arab, OIC menyeru gencatan senjata di Syria sempena Aidiladha.

Posted:

Liga Arab, OIC menyeru gencatan senjata di Syria sempena Aidiladha.

Liga Arab, OIC menyeru gencatan senjata di Syria sempena Aidiladha.

10/10/2013 10:05pm

KAHERAH - Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) hari ini menggesa tentera kerajaan Syria dan pejuang penentang Presiden Bashar al- Assad untuk mengadakan gencatan senjata ketika Aidiladha pada minggu hadapan.

Perang selama dua tahun setengah di Syria itu telah mengorbankan lebih 120,000 orang dan memaksa lebih berjuta-juta rakyatnya meninggalkan rumah dan tinggal di kem-kem pelarian di negara jiran.

Dengan kuasa-kuasa serantau yang menyokong pihak pemberontak manakala Rusia menghalang usaha-usaha Barat untuk memaksa Bashar untuk meletak jawatan, ini memberi harapan tipis untuk menamatkan pertumpahan darah.

Kebanyakan negara-negara arab akan mula bercuti pada miggu hadapan sempena Aidiladha. - Reuters

Kadar baharu RM150 saman AES boleh dibayar mulai hari ini - KP JPJ

Posted:

Kadar baharu RM150 saman AES boleh dibayar mulai hari ini - KP JPJ

Kadar baharu RM150 saman AES boleh dibayar mulai hari ini - KP JPJ

10/10/2013 9:57pm

PUTRAJAYA - Kadar baharu RM150 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diumumkan baru-baru ini boleh dibayar mulai hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, kadar baharu itu hanya berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan selepas 18 September lalu manakala saman sebelum tarikh itu masih menggunakan kadar lama iaitu RM300.

Beliau berkata, kadar baharu tersebut berasaskan 'Lagi Lewat Dibayar, Lagi Banyak Perlu Dibayar", sebagai contoh saman RM150 bagi kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat akan meningkat kepada RM200 jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari dan RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.

Tempoh 14 hari itu bermula hari ini, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ismail menegaskan, jika saman itu tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan, pemilik saman itu akan dihadapkan ke mahkamah. - Bernama

Muhammad Zulfahmi disahkan cergas, boleh berlumba esok

Posted:

Muhammad Zulfahmi disahkan cergas, boleh berlumba esok

Muhammad Zulfahmi disahkan cergas, boleh berlumba esok

10/10/2013 9:54pm

SEPANG - Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi telah disahkan cergas untuk berlumba dalam Grand Prix Motosikal Malaysia 2013 yang membuka tirainya esok, di Litar Antarabangsa Sepang di sini.

"Selepas pemeriksaan oleh dua doktor rasmi MotoGP hari ini, saya didapati boleh berlumba pada minggu ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Difahamkan seorang daripada doktor yang membuat pemeriksaan terhadap Muhammad Zulfahmi di Pusat Perubatan SIC ialah Brig. Jen. Datuk Dr. Mohd. Zin, ketua Pasukan Perubatan MotoGP Malaysia serta seorang lagi doktor daripada penganjur MotoGP.

"Walaupun saya belum 100 peratus pulih tetapi saya percaya esok saya boleh menunggang motosikal di sini (Litar Sepang). Saya berharap tidak akan hadapi sebarang masalah atau kesakitan semasa menunggang di litar esok.

"Saya sudah boleh menggerakkan tangan saya sekarang. Esok, saya akan cuba melupakan kesakitan dan menumpukan perhatian kepada pemanduan saya," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hunny tidak lupakan nyanyian

Posted:

Hunny tidak lupakan nyanyian

Hunny tidak lupakan nyanyian


HUNNY mahu meneruskan perjuangan sebagai penyanyi dengan mencuba genre baharu seperti hip hop dan R&B.


APABILA melihat kepada perkembangan dalam industri muzik tempatan sekarang ini, tidak dinafikan terdapat beberapa orang penyampai radio yang telah memilih nyanyian sebagai bidang kerjaya.

Sekadar menyebut beberapa nama seperti Adibah Noor, Dina Nazir, Aril AF dan Zahid AF, sudah tentu mereka perlu berhadapan dengan risiko dan cabaran getir yang terpaksa dilalui.

Paling ketara pastinya lagu-lagu mereka yang kurang disiarkan di stesen-stesen radio lain memandangkan status mereka sebagai seorang penyampai di sesebuah stesen radio tersebut.

Bagi seorang lagi penyampai radio stesen berbahasa Inggeris, Fly FM, Hunny Madu beranggapan bahawa ia seharusnya tidak perlu menjadi halangan besar kerana masih banyak medium lain yang boleh digunakan.

"Saya akui lagu-lagu saya agak jarang dimainkan di stesen radio lain tetapi saya anggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dilalui sekiranya mahu menjadi seorang penyanyi yang berjaya serta menghasilkan produk berkualiti.

"Lagipun dengan teknologi yang ada sekarang ini, terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan seperti promosi menerusi YouTube. Saya berpendapat bahawa ia merupakan satu pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak menafikan bahawa peranan stesen radio itu masih lagi penting buat penyanyi tetapi Hunny enggan menjadikan kesukaran yang terpaksa ditempuhi itu akan mematahkan semangatnya untuk terus bergelar penyanyi.

Menceritakan lebih lanjut mengenai kariernya dalam bidang nyanyian, Hunny menyatakan yang dia masih lagi terus aktif. Bagaimanapun, tawaran yang diterimanya sekarang ini menjurus kepada bidang pengacaraan dan penyampai radio.

Ujar Hunny, apa yang dilakukannya sekarang ini semuanya disebabkan minat. Lantaran itu dia terpaksa membahagikan masa agar ia dapat berjalan dengan lancar dan tidak menjejaskan sebarang aktiviti yang dilakukan.

"Mungkin ramai peminat menyangka yang saya seperti sudah merajuk untuk terus aktif menyanyi gara-gara pernah meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18).

"Sebenarnya saya sudah melupakan perkara tersebut dan ingin memohon maaf atas ketelanjuran kata-kata saya dahulu. Sejujurnya saya tidak merasakan kekurangan mendapat tawaran membuat persembahan nyanyian berpunca daripada isu tersebut," luahnya.

Akur dengan kehendak banyak pihak yang lebih kerap menawarkannya menjadi pengacara, Hunny sedar bahawa perkara berkenaan berlaku gara-gara dia pernah melupakan seketika bidang nyanyian kerana berbadan dua pada tahun lalu.

Menurutnya, dalam keadaan dirinya yang hamil agak membataskannya untuk melakukan banyak aktiviti, akhirnya keputusan dibuat bagi memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan sahaja.

"Itu antara punca utama saya tidak aktif menyanyi dan bukan disebabkan merajuk kerana kekecewaan yang melanda semasa AIM 18.

"Kini, saya sudah kembali aktif menyanyi dan tawaran nyanyian yang diterima semakin banyak," jelas selebriti berusia 29 tahun itu.

Album baharu

Pada tahun 2011, impian Hunny Madu untuk menghasilkan album telah terlaksana dengan terbitnya album berjudul Pulau Janji yang mengandungi sebanyak 12 buah lagu termasuk Melayu dan Inggeris.

Antara lagu-lagu tersebut seperti 3 Perkara, Bayangkanlah, Out There, Ting Ting, Dari Masa Hadapan, Shake, Miss Strong, Pulau, Berlari dan Luxe Life serta dua buah lagu duet iaitu Kisah Kita bersama Anuar Zain dan Hey R yang menampilkan Najwa Mahiaddin.

"Kalau menceritakan tentang album berkenaan, saya bersyukur kerana mendapat maklum balas positif dari- pada peminat. Meskipun dari segi penjualan tidak begitu memberangsangkan, saya telah melakukan yang terbaik dengan kelainan yang ditampilkan.

"Pada masa yang sama saya amat gembira kerana mendapat peluang untuk berkolaborasi dengan Najwa dan Anuar. Saya cukup meminati vokal kedua-dua penyanyi tersebut dan ia merupakan satu penghargaan buat diri sendiri kerana kesudian mereka untuk bekerjasama dengan saya," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai penerbitan album baharu pula, ibu kepada seorang cahaya mata itu mendedahkan, dia sedang mencuba genre muzik baharu dan mahu fokus untuk menghasilkan lagu-lagu hip hop dan R&B yang dapat memenuhi cita rasa peminat.

Jelas Hunny, dia mempunyai sasaran tersendiri untuk meletakkan penyanyi rap wanita setanding dengan lelaki dan kini dia sedang dalam proses menyiapkan beberapa buah lagu bersama penyanyi rap wanita terkenal iaitu Kayda Aziz yang juga anak kepada penyanyi Sheila Majid.

"Sebenarnya saya dan Kayda tergolong dalam kumpulan Hip Hop yang dikenali sebagai Flow Fam XXII. Selain kami berdua, terdapat individu lain yang menyertai kumpulan ini seperti Sona One, Karmal, Dose Two, DJ Guibo, Sleeq dan Akeem," jelasnya.

Ujarnya, menerusi gandingannya bersama Kayda juga, mereka bakal melancarkan beberapa buah single baharu dalam masa terdekat sebelum tampil dengan album baharu nanti.

Tiada halangan

Tanggal 12 Disember 2012 pastinya menjadi detik yang paling membahagiakan buat Hunny Madu apabila dikurniakan cahaya mata sulung perempuan yang diberi nama Eva Medina.

Bercerita tentang kehidupannya setelah hampir setahun bergelar seorang ibu, Hunny memberitahu, jadual hariannya sangat ketat kerana perlu memberi perhatian antara kerjaya dan keluarga.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan yang dilalui sekarang ini. Apatah lagi dengan memiliki suami yang cukup memahami karier dan langsung tidak menghalang karier saya sebagai penyanyi, pengacara dan penyampai radio.

"Walaupun mempunyai jadual yang ketat dalam kehidupan seharian, namun saya akan memastikan dapat meluangkan masa secukupnya bersama suami dan anak. Ada kalanya perasaan rindu terhadap Eva juga selalu dirasai apabila keluar bekerja," ujar isteri kepada Khairul Azhar Abdul Wahid itu.

Ditanya mengenai perkembangan aktiviti terbaharunya pula, Hunny memberitahu, dia baru sahaja selesai menjadi pengacara untuk program tanggungjawab sosial (CSR) anjuran produk Ayam Brand pada minggu lalu.

"Sebenarnya saya bukanlah duta kepada produk Ayam Brand, sebaliknya sebagai rakan artis untuk produk tersebut dan merupakan kerjasama saya yang kedua bersama mereka.

"Sebelum ini saya pernah menyertai program CSR yang dianjurkan iaitu pergi melawat ke rumah anak-anak yatim," ujarnya.

Fasha tak kisah tidak popular

Posted:

Fasha tak kisah tidak popular

Fasha tak kisah tidak popular

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


FASHA SANDHA mengaku walaupun boleh untuk tidak bekerja, namun dia tidak betah untuk duduk diam.


FASHA SANDHA nama yang memang tidak asing lagi dalam industri seni tempatan. Selama 10 tahun penglibatannya dalam industri lakonan, dia telah melalui pelbagai fasa dan kontroversi serta populariti bukan perkara asing bagi dirinya.

Bagaimanapun, setelah bergelar seorang ibu kepada Putera Rayfal, Fasha kini dilihat semakin kurang populariti berbanding dahulu. Tutur Fasha, populariti kini bukan lagi menjadi keutamaan bagi dirinya.

Selain itu, sebagai seorang aktres senior, Fasha turut memberi nasihat kepada artis-artis baharu yang sedang meningkat dan semakin bercambah.

Fasha yang ditemui di lokasi penggambaran Cinta Mat Semperit di Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur masih mesra seperti dahulu menjawab segala persoalan pihak media kepadanya.

Kosmo!: Boleh ceritakan perkembangan terkini kerana selepas mempunyai anak, sudah lama anda tidak berlakon?

FASHA: Ini merupakan antara drama awal saya selepas berehat panjang. Drama pertama yang saya terima ialah Tentang Hati arahan Feroz Kader terbitan Global Station bersama dengan Aaron Aziz. Sebelum ini saya ada menolak beberapa tawaran antaranya sebuah filem arahan Osman Ali. Ada lagi beberapa tawaran yang masih dipertimbangkan daripada Enuja Production dan Suhan Movies.

Kenapa ambil tawaran Cinta Mat Semperit ini dan boleh terangkan tentang watak dalam telefilem ini?

Saya ambil kerana ia sangat menarik dan kelakar selain penceritaan yang bagus. Karakter saya juga merupakan watak komedi dan saya suka dengan watak sebegitu. Saya menjadi Lola, seorang pengusaha kuih semperit dan kakak kepada Aeril (lakonan Aeril Zafrel) dan berkorban apa sahaja semata-mata demi kebahagiaan adiknya.

Selepas bergelar isteri dan telah punya anak, bagaimana prestasi anda sebagai pelakon?

Saya suka dengan perkembangan sekarang, yang mana ramai artis muda yang tampil dengan bakat yang baik. Bagus sebenarnya perkembangan ini, cuma nasihat saya ialah perlu lebih menghormati waktu dan belajar tentang disiplin. Untuk berjaya, keduanya perlu seimbang.

Walaupun telah lebih 10 tahun saya dalam industri ini, saya masih diberi peluang oleh pihak produksi untuk berlakon, Alhamdulillah.

Bagaimanakah dengan kehidupan anda selepas berkahwin?

Hidup lebih bermakna dengan kehadiran Putera Rayfal. Dia seorang anak yang baik yang tidak banyak meragam. Saya sentiasa rindu Rayfal dan akan pantau melalui CCTV di telefon bimbit saya. Dalam masa setengah jam sekali saya akan pantau aktivitinya di rumah.

Mengapa perlu bekerja kerana jika dilihat pendapatan keluarga, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk bekerja?

Saya memang seorang yang suka bekerja dan memang benar saya boleh memilih untuk tidak bekerja dan berhenti menjaga anak. Namun, saya bukan begitu, saya lebih selesa bekerja. Walaupun masa saya mengandung, saya masih bekerja.

Bagaimanakah pula dengan tawaran lakonan jika perlu keluar dari Kuala Lumpur?

Saya tidak boleh tidur tanpa suami dan anak saya. Jadi, buat masa ini, memang saya tidak mengambil tawaran yang menyebabkan saya perlu tinggalkan suami dan anak saya.

Sejak jadi ibu, populariti anda telah menurun. Boleh komen?

Kehidupan keluarga saya kini menjadi keutamaan saya. Populariti serta kerjaya telah jatuh nombor dua. Oleh kerana itu, saya banyak tolak tawaran dan lihat dahulu apa yang penting jika tidak mengganggu jadual saya.

Mengenai watak pula, sebelum ini anda juga sering membawa watak antagonis, adakah selepas ini masih akan menerima watak sebegitu?

Gemilang ulangtahun hitz.fm ke-16

Posted:

Gemilang ulangtahun hitz.fm ke-16

Gemilang ulangtahun hitz.fm ke-16

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

MOHD. RAQEEM BRIAN


BARU-BARU ini, sempena ulang tahun yang ke-16, stesen radio hitz.fm telah meraikan ulang tahun mereka dengan mengadakan sebuah konsert bertemakan hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert di Taylor's University Lakeside Campus, Subang Jaya, Selangor.

Konsert ulang tahun hitz.fm itu diadakan secara percuma buat semua warganegara Malaysia, terutamanya pendengar setia stesen radio berkenaan.

Menurut Pengurus Rangkaian Saluran hitz.fm, Mohamed Raqeem Brian, ia merupakan kali pertama stesen radio hitz.fm bekerjasama dengan syarikat pengeluar kereta Ford.

"Kami menyasarkan untuk menarik ramai pelajar mendengar radio hitz.fm dan juga membeli produk terbaharu kereta berkenaan iaitu Ford Fiesta," jelasnya mengenai pemilihan universiti berkenaan sebagai tempat untuk mengadakan sambutan ulang tahun dan juga pelancaran jenama baharu kereta Ford Fiesta.

Mengulas lanjut, ujar Mohd. Raqeem Brian yang mesra disapa Brian itu, kemeriahan konsert sambutan ulang tahun hitz.fm pada hari itu juga dianggap luar biasa kerana ia melibatkan ramai artis popular tanah air dan juga antarabangsa.

Antara artis yang terlibat ialah Estranged, Mizz Nina, Joe Flizzow, Pop Shuvit, James Baum, K-Town-Clan dan bintang sensasi antarabangsa YouTube, Chester See.

Kata Brian, pemilihan artis dibuat mengikut kehendak pelajar universiti tersebut.

"Bagi kami, tindak balas pendengar sangat penting. Kami sentiasa ambil berat keinginan pendengar. Apa yang mereka suka dan mahukan.

"Jadi, pemilihan artis pada konsert kali ini juga adalah mengikut apa yang pelajar di universiti ini mahukan," ulasnya lagi.

Konsert pada malam itu turut dimeriahkan oleh penyampai hitz.fm sendiri seperti Ean, Jinny Boy, Natalie, Arnold, RD, Ryan dan Denise.

Melalui konsert berkenaan, para pendengar juga telah berkongsi pengalaman indah mereka ketika berada pada malam itu dengan menggunakan hashtag #hitzinvasion #fordfiesta pada laman sosial Twitter dan Instagram.

"Konsert ini dianjurkan kerana mahu pendengar setia kami mengenali lebih dekat penyampai-penyampai radio hitz.fm," jelasnya.

Persembahan pada malam itu di mulakan dengan kumpulan The Biggest Lies dan disertai nyanyian mantap daripada kumpulan Estranged.

Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan James Baum dan penampilan khas tiga watak Minons yang melakukan pelbagai aksi lucu di atas pentas.

Seterusnya, kemunculan They Will Kill Us All, Joe Flizzow dan Noh Hujan dengan lagu-lagu hit mereka memeriahkan lagi konsert pada malam itu.

Turut menjadi tumpuan penonton pada malam itu juga adalah persembahan daripada isteri Noh iaitu Mizz Nina. Tarian bertenaga yang ditonjolkannya pada malam itu begitu memukau penonton.

Tidak terkecuali, persembahan bintang sensasi YouTube antarabangsa iaitu Chester See turut ditunggu- tunggu penonton pada malam itu.

Chester menyanyikan empat lagu popularnya iaitu Nice Guy, Who Am I To Stand In Your Way, Where Are You Now dan God Damn You're Beautiful.

Ternyata, populariti Chester See di Malaysia ini membuatkan dia begitu digilai oleh peminat dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut diserikan dengan nyanyian bertenaga Project EAR, Pop Shuvit, Jakeman dan Skeletor.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved