Ahad, 6 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Keunikan corak berunsur motif etnik

Posted:

Keunikan corak berunsur motif etnik

Keunikan corak berunsur motif etnik

DUNIA batik kini semakin meluas di seluruh dunia dengan sajian pelbagai motif yang khas dan unik. Melengkapkan keunikan itu apabila batik yang dahulu hanya menghiasi kehidupan masyarakat desa, kini telah diterima pakai sebagai antara corak berkelas dunia.

Hakikatnya, apabila berbicara soal batik ia secara tidak langsung membawa minda ke negeri Pantai Timur. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa Terengganu dan Kelantan adalah pelopor utama kepada batik di negara ini.

Berbeza dengan Sabah, perkembangan batik di negeri ini mungkin agak asing. Ia lebih dikenali sebagai pengeluar barang kraf berasaskan laut dan rotan selain seni pembuatan peralatan muzik tradisional.

"Setiap negeri ada keunikannya sendiri. Begitu juga Sabah yang mempunyai pelbagai motif corak dan ukiran lebih 30 suku kaum.

"Bagi saya apa sahaja dari dasar laut sehingga ke langit di bumi Sabah ini sebenarnya merupakan motif dan kelainan yang patut ditonjolkan dalam memastikan identiti batik dari Sabah terus gemilang," demikian pendapat peribadi pemilik perusahaan Rothman Batik, Rothman A. Buntar.

Berpengalaman selama 32 tahun, Rothman menjelaskan setiap corak dihasilkan oleh penggiat seni ini akan sentiasa berulang dalam beberapa tahun.

Ujar beliau, kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.

"Sebab itu, elemen pelancongan seperti Orang Utan di Sepilok, pulau-pulau dan bencana ombak tsunami selain unsur paku-pakis merupakan trademark dalam setiap batik yang saya hasilkan.

"Kemudian ia digarap dan disesuaikan dengan corak-corak unik Sabah sebagai nilai tambah berbanding batik dari negeri-negeri lain," tegasnya yang mempunyai koleksi 5,000 corak eksklusif sepanjang pembabitannya dalam seni batik.


CORAK Linaubsilad antara corak dari kaum Murut di Sabah boleh diaplikasikan pada rekaan penghasilan batik sebagai identiti Sabah.


Berkelana ke Pantai Timur

Bapa kepada tujuh anak ini mengakui, penglibatannya dalam dunia batik sejak 1981 sebenarnya penuh berliku memandangkan dia tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik. Justeru dia belajar berdasarkan pengamatan dan kerajinan sendiri.

Malah, beliau tanpa segan silu mengakui terpaksa membuat sijil dan surat perakuan palsu daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi membolehkannya memahami selok-belok penghasilan batik secara mendalam.

Tambah Rothman, semuanya bermula apabila permohonan untuk mempelajari seni tersebut ditolak mentah-mentah oleh beberapa perusahaan batik di Kelantan dan Terengganu yang merupakan lubuk kepada industri batik tanah air.

"Minat terhadap batik ini mula timbul apabila saya yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik kereta di Greenwood, Gombak melihat keunikan batik di Pasar Seni.

"Kemudian saya berkelana hingga ke dua negeri di Pantai Timur itu untuk memohon bekerja di sana tetapi ditolak. Tindakan itu menyebabkan saya membuat surat palsu dengan menyatakan bahawa saya merupakan pelajar di sebuah IPTA dan ingin melakukan praktikal," ulasnya yang mengagumi karya Khalid Shamsuddin Arshad.

Selama tiga tahun mendalami teknik dan jenis-jenis batik seperti batik blok, canting dan skrin, akhirnya Rothman memberanikan diri membuka mulakan perniagaan nya sendiri.

Rothman memberitahu, batik yang dihasilkan pada awalnya mendapat ulasan dan pandangan negatif ramai penggiat seni kerana lebih menekankan warna jingga berbanding unsur warna lain seperti biru, merah, kuning dan putih.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa warna pilihannya itu merupakan satu seni dan sesiapa sahaja ada hak untuk menentukan corak pilihan sendiri.

Kombinasi warna

Kepulangannya ke Sabah pada 1989 bagaikan satu rahmat kepada golongan belia apabila beliau memperluaskan ilmu yang diperoleh secara berterusan dengan percuma. Ini termasuklah kepada pekerja di hampir 18 buah resort dari Tuaran ke Weston, Beaufort.

"Mula-mula, memang dapat cacian dan makian apabila ada pihak yang memerli dengan mengatakan batik ciptaan saya lebih sesuai dijadikan pelapik meja.

"Ia mungkin disebabkan corak dan batik ciptaan saya tidak mempunyai sebarang konsep, namun mereka perlu tahu setiap batik yang saya hasilkan perlu ada elemen-elemen Sabah.

"Hasil kajian dan penyelidikan saya sendiri mendapati masyarakat luar negara seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang datang ke sini bukan mahu melihat batik etnik sahaja, tetapi keseluruhan yang ada di Sabah diasimilasi di dalam corak tersebut," jelasnya.

Rothman yang pernah memenangi Anugerah Emas pertandingan Myskills 2010 anjuran Jabatan

Pembangunan Keusahawanan, Kementerian Sumber Manusia di Selangor memberitahu, aspek tona warna memainkan peranan penting selain bentuk corak itu sendiri seperti dilakukan oleh penggiat di Kelantan dan Terengganu yang lebih kepada flora dan fauna.

"Apabila kita bermain dengan warna, ia dapat memastikan sesuatu baju atau kain batik dihasilkan sesuai dengan pemakainya.


SETIAP pekerja akan memastikan batik yang dicanting dan diwarnakan bebas daripada sebarang kesilapan dalam aspek teknikal.


"Cara bagi melihat dan menilai hasil batik dilakukan adalah mudah dengan melipat sehingga kecil kain batik yang diperagakan atau dijual peniaga bagi membolehkan kita melihat bahagian tepi dan kanan kain tersebut dari segi corak dihasilkan.

"Ini kerana, bahagian tepi sesuatu kain batik adalah kawasan 'hot spot' setiap corak dihasilkan berbanding di bahagian tengah yang lebih banyak kosong," terangnya yang juga pengumpul barangan antik.

Disanjung orang luar

Berbeza dengan Rothman, seorang lagi penggiat seni batik di Sabah, Mustapa Laba Ibrahim, 50, cukup mengagumi keunikan batik dari negeri di bawah bayu ini.

Beliau yang berasal dari Setiawan, Perak berkata, setiap corak dalam suku kaum di Sabah sebenarnya membawa maksud tersendiri seperti corak yang amat disukainya iaitu Nantuapan dari bangsa Murut.

Beliau memberitahu Nantuapan membawa maksud pertemuan dan motif itu menggambarkan dua lelaki dan dua wanita yang sedang tidur dengan hanya satu bantal atau sedang minum tapai dari tajau secara serentak.

"Begitu juga kaum lain seperti Bajau dari ukiran parang, Brunei melalui tudung saji serta Rungus dari ukiran pakaian dan kraftangannya yang berwarna-warni.

"Antara warna yang lebih banyak ditonjolkan adalah biru dan kuning selain merah yang kemudiannya diadunkan menjadi lebih berkilat," katanya yang menerima purata tempahan sehingga 15,000 unit sebulan.

Mustapa yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Hiasan Dalaman dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam itu, kini mengusahakan perniagaannya dengan nama Batik Sabah.


SETIAP etnik di negeri Sabah mempunyai keistimewaan yang tersendiri mengikut sosio budaya dan daerah.


Ujarnya lagi, penekanan dalam aspek warna terang juga merupakan identiti kerana kebanyakan masyarakat Sabah lebih menyukai warna terang.

"Dahulu ramai yang bercakap-cakap dan membuat persepsi bahawa adakah seni batik terdapat di Sabah? Persoalan ini diajukan lantaran tidak ramai penggiat seni yang serius mengembangkannya.

"Namun tidak dinafikan, lebih ramai peminat dan pengguna batik dari Semenanjung kini mencari kelainan dengan memiliki dan memakai batik Sabah dalam urusan harian sebagai kelainan daripada batik-batik yang ada di Semenanjung," jelasnya yang pernah menjual sepasang kain batik dengan harga lebih RM1,000.

Southern Right bangunkan Hermanus

Posted:

Southern Right bangunkan Hermanus

Southern Right bangunkan Hermanus


SOUTHERN RIGHT antara spesies haiwan paling jarang ditemui.


TERPINGGIR jauh dari dunia luar di hujung selatan kawasan berbatu Afrika, bandar Hermanus menjadi terkenal secara drastik sebagai pusat menonton ikan paus.

Setelah Afrika Selatan keluar dari pengasingan aparteid sejak dua dekad lalu, seorang pakar zoologi, Mark Carwardine telah datang ke Hermanus.

Dalam usahanya menjalankan penyelidikan tentang tempat-tempat terbaik menonton ikan paus, Carwardine sememangnya mengetahui bahawa ikan paus hidup di dalam lautan dingin di selatan perairan Atlantik.

Beliau juga berpendapat kedatangannya di Hermanus adalah kerja gila dan merupakan keputusan yang paling tidak wajar.

Bagaimanapun, ketika memandang ke luar jendela bilik sewanya, beliau ternampak aksi ikan paus Southern Right yang sedang bermain-main di permukaan laut.

Carwardine telah menceritakan kekagumannya terhadap bandar Hermanus dalam bukunya berjudul Breach from the Bed dan menyifatkan pekan itu sebagai daratan meninjau ikan paus terbaik dunia.

Gelaran itu kemudiannya telah diagungkan dan menjadi kebanggaan penduduk Hermanus sejak sekian lama. Pekan Hermanus telah diterokai dan ditubuhkan pada tahun 1800 oleh seorang pengembala, Hermanus Pieters. Namun, aktiviti menonton ikan paus hanya bermula pada lewat 1990-an.

"Rasa ingin tahu orang ramai semakin meningkat hari ini," kata seorang bekas ahli perniagaan Ken Moore.

Perayaan ikan paus

Moore telah meninggalkan kerjayanya untuk menjadi pemberi panduan piagam ikan paus Southern Right selepas bandar itu menjadi terkenal.

"Terdapat beberapa tempat yang bagus untuk menonton ikan paus seperti di Baja California, Mexico dan Argentina, tetapi kami telah membina infrastruktur yang hebat di sini," katanya.


AKSI ikan paus Southern Right menarik perhatian ribuan pelancong.


Cetacean kini merupakan nadi yang menghidupkan Hermanus dan ia turut dinamakan sebagai Whale Coast.

Selain itu, pekan Cetacean mempunyai keunikannya tersendiri apabila penduduk menyambut perayaan ikan paus.

Perayaan itu diraikan sebanyak dua kali setahun. Sambutan itu diraikan dengan sebuah kisah legenda tentang seorang gadis bernama Bientanga dari etnik Khoikhoi.

Dia mampu berkomunikasi dengan ikan-ikan paus dengan mengeluarkan runut bunyi dan membawa haiwan mamalia itu ke kawasan pekan. Gadis itu juga didakwa merupakan satu-satunya 'penyeru paus' di dunia.

Teruja

Sejak penemuan Carwardine itu, kini ikan paus Southern Right berjaya menarik perhatian beribu-ribu pengunjung di Hermanus.

"Saya sangat teruja kerana tidak menyangka ikan paus akan datang begitu dekat dengan kawasan pantai," kata seorang pelancong Austria yang datang melancong bersama teman lelakinya, Desiree Neubauer.

Southern Right adalah antara spesies ikan paus yang jarang ditemui. Terdapat kira-kira 12,000 ekor spesies Southern Right berbanding sejumlah 100,000 ekor ikan paus Bryde yang terdapat di sepanjang pantai di Western Cape.

Nama Southern Right diberikan oleh penangkap ikan paus yang berpendapat mereka mempunyai hak untuk menangkap spesies itu kerana jumlahnya yang banyak.

Harga ikan paus sangat mahal kerana haiwan mamalia itu mengandungi minyak yang bernilai dan digunakan sebagai bahan asas barang solekan.

Southern Right boleh membesar sehingga 15 meter dengan berat mencapai sehingga 50,000 kilogram.

"Untuk meletakkannya dalam konteks semasa, ia bersamaan dengan berat 10 ekor gajah Afrika," kata Moore.

Setiap bulan Jun beratus-ratus ekor ikan paus akan membuat perjalanan ke pinggir Antartika sehingga November untuk mengawan dan melahirkan anak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar UTeM tanam pokok untuk Program Bumi Hijau

Posted:

Pelajar UTeM tanam pokok untuk Program Bumi Hijau

Pelajar UTeM tanam pokok untuk Program Bumi Hijau

PELAJAR UTeM bergambar kenangan pada Program Bumi Hijau di Taman Bukit Katil Damai, Melaka baru-baru ini.


BERBAKTI. Sejumlah 30 pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyertai Program Bumi Hijau di Taman Bukit Katil Damai, Melaka baru-baru ini.

Program khidmat bakti dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga taman berkenaan menyaksikan sejumlah 200 batang pokok ditanam serta dilabelkan di sekitar kawasan perumahan termasuk surau dan balai raya.

Pengetua Kolej Kediaman Mahasiswa Luar UTeM, Dr. Wan Hasrulnizzam Wan Mahmood berkata, program tersebut merupakan inisiatif pelajar UTeM untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti di sekitar negeri itu.

Gloria Jean's Coffee bawa 40 anak yatim lawat KLCC

Posted:

Gloria Jean's Coffee bawa 40 anak yatim lawat KLCC

Gloria Jean's Coffee bawa 40 anak yatim lawat KLCC


AHMAD SHALIMIN (belakang dua dari kiri) bersama penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Taman Seri Medan, Petaling Jaya, Selangor melawat Menara Berkembar Petronas baru-baru ini.


RAI. Gloria Jean's Coffee Malaysia meraikan seramai 40 orang anak yatim dan lapan ibu tunggal dari Rumah Anak-Anak Yatim Taman Seri Medan, Petaling Jaya, Selangor dalam program amal With Heart For Heart di Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anak-anak yang kurang bernasib baik itu diberi peluang untuk melawat jejantas udara di tingkat 41 dan 42 KLCC selain berkunjung ke pusat pameran Petrosains.

Pengerusi Malaysian International Franchise Sdn. Bhd. (Myfranchise), Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie berkata, program itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat pihaknya bagi memberi keceriaan dan kegembiraan dalam kalangan anak-anak yatim tersebut.

Menurutnya, sebagai pemegang master francais Gloria Jean's Coffee di Malaysia, pihaknya menyasarkan pelbagai inisiatif khidmat masyarakat bagi membantu golongan yang memerlukan.

UniMAP hulur sumbangan kepada keluarga arwah Fauziah

Posted:

UniMAP hulur sumbangan kepada keluarga arwah Fauziah

UniMAP hulur sumbangan kepada keluarga arwah Fauziah


KAMARUDIN (depan, dua dari kiri) menghulurkan sumbangan daripada UniMAP kepada Md. Isa di Kampung Kok Klang, Arau, Perlis baru-baru ini.


SUMBANGAN. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menghulurkan sumbangan ihsan wang tunai kepada keluarga seorang kakitangannya, Fauziah Md. Isa, 26, yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Ogos lalu.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Kamarudin kepada ayah Allahyarham Md. Isa Mat di rumah keluarganya di Kampung Kok Klang, Arau, Perlis baru-baru ini.

Fauziah yang bertugas sebagai Pembantu Am Pejabat di UniMAP diserang penyakit jantung ketika menyertai kejohanan liga Futsal Kebangsaan Felda di Selangor.

Allahyarham merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik.

"Ini merupakan tradisi UniMAP yang ingin memastikan kebajikan keluarga staf kita yang menghadapi kesusahan tidak terabai," kata Kamarudin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Negara perlu 10,000 doktor gigi

Posted:

Negara perlu 10,000 doktor gigi

Negara perlu 10,000 doktor gigi

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my

ROSMAH (kanan) dan Subramaniam (kiri) melihat demo menggosok gigi oleh Muhd. Aniq Abdul Rahim, 11, di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 orang pengamal perubatan dalam bidang rawatan pergigian sebagai usaha untuk mencapai nisbah seorang doktor untuk 3,000 penduduk menjelang tahun 2020.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pada masa ini terdapat seramai 4,558 pengamal perubatan dalam bidang berkenaan berkhidmat di klinik-klinik dan hospital kerajaan serta swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, menurut beliau, sebanyak 58 peratus daripada mereka berkhidmat dengan kerajaan, manakala 42 peratus lagi berkhidmat dengan pihak swasta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ibu trauma berkelah di tasik

Posted:

Ibu trauma berkelah di tasik

Ibu trauma berkelah di tasik

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


PASUKAN penyelamat mengangkat mayat salah seorang mangsa yang ditemui lemas di Tasik Pengkalan Balak, Pedu dekat Alor Setar kelmarin.


ALOR SETAR – Ibu dua mangsa lemas di Tasik Pengkalan Balak, Pedu dekat sini kelmarin, Siti Hawa Mat Jiwa memberitahu dia sudah trauma untuk pergi berkelah lagi terutama di kawasan tasik ekoran kejadian yang meragut nyawa zuriat kesayangannya itu.

Menurut Siti Hawa, 53, sehingga kini dia masih tidak dapat melupakan jeritan anak keenam dan ketujuh, Siti Nor Hasliza Yahya, 16, dan Siti Nor Afliana, 13, ketika meminta tolong di tengah tasik kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Sampai sekarang saya seakan-akan mendengar suara mereka memanggil mak..mak... dan saya sudah trauma nak jejak kaki di kawasan tasik lagi terutama di Tasik Pengkalan Balak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Lada di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemandu bas maut rempuh tiang

Posted:

Pemandu bas maut rempuh tiang

Pemandu bas maut rempuh tiang

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my


BEGINILAH keadaan bas ekspres yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan Ibrahim (gambar kecil) di Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM – Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 17 penumpang cedera termasuk dua parah apabila kenderaan awam yang dikendalikannya itu hilang kawalan sebelum merempuh tiang papan tanda dalam kejadian di Kilometer 21.1 Lebuh Raya Elite di sini semalam.

Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan Ibrahim Ahmad, 58, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Serdang akibat mengalami kecederaan parah di mata dan perut kira-kira 10 jam kemudian.

Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan dari Singapura ke Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berlaku apabila Ibrahim dikatakan gagal mengawal bas tersebut sebelum terbabas dan merempuh tiang papan tanda jalan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


BookXcess tawar harga buku termurah

Posted:

BookXcess tawar harga buku termurah

BookXcess tawar harga buku termurah

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

KEDAI buku BookXcess sentiasa menawarkan harga yang rendah untuk menarik lebih ramai pelanggan.


TIDAK mementingkan keuntungan semata-mata, Syarikat BookXcess menetapkan matlamat yang berbeza berbanding pesaing apabila menawarkan harga serendah RM10 untuk sebuah buku.

Bermula pada 2006 dengan hanya menjual 500 buah buku, kini BookXcess menawarkan lebih 10,000 tajuk cerita dan mempunyai kira-kira 45,000 pengikut di laman sosial Facebook.

Pengarah Urusan BookXcess, Andrew Yap berkata, pihaknya tidak menetapkan matlamat perniagaan untuk mengaut keuntungan sahaja, tetapi mengambil tanggungjawab dalam membentuk amalan membaca yang didakwa semakin merosot dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Saya hanya ingin membina dan memupuk semangat membaca dalam kalangan anak muda di Malaysia, terutamanya kanak-kanak dengan cara memberikan tawaran hebat yang mampu dibeli oleh ibu bapa mereka.

"Salah satu faktor yang menjadikan masyarakat di negara kita jarang atau langsung tidak membaca adalah kerana tiada bahan bacaan ekoran harga buku yang mahal," katanya ketika ditemui di BookXcess di kompleks beli-belah Amcorpmall, Petaling Jaya baru-baru ini.

BookXcess menawarkan potongan harga bermula dari 70 hingga 95 peratus termasuk buku hasil karya penulis-penulis dan tokoh-tokoh terkenal.

Menurut Pengarah Eksekutif BookXcess, Jacqueline Ng, antara sebab BookXcess boleh menjual buku berharga murah adalah kerana mereka mendapatkan bekalan buku terus daripada pembekal luar negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

"Kami akan ke AS dan UK untuk berjumpa dengan pembekal dan membeli beratus-ratus ribu buah buku dengan tawaran harga yang murah.

PELBAGAI jenis buku termasuk bahan bacaan kanak-kanak boleh didapati di BookXcess.


"Ini kerana pembekal di sana sebenarnya turut menyokong dan membantu usaha kami untuk membina semangat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia," ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Jacqueline, buku-buku yang tidak terjual tidak boleh ditolak semula kepada pembekal dan ia risiko yang perlu mereka tanggung.

Jualan tahunan

Dalam pada itu, selain menjual buku-buku murah, BookXcess turut mengadakan aktiviti jualan tahunan yang dipanggil Big Bad Wolf Goes On The Road (BBW).

Aktiviti tersebut mula dijalankan pada 2009 dengan menyediakan lebih 120,000 buah buku.

Pada BBW 2011 yang berlangsung di kompleks beli-belah The Mines, Sri Kembangan, BookXcess telah membawa masuk sejumlah 1.5 juta buah buku dari luar negara dengan 90 peratus daripadanya habis dijual.

Kira-kira 300,000 pengunjung merebut peluang membeli pelbagai buku yang diingini dengan harga serendah RM5 hingga RM10 untuk setiap buku.

Selain memberi peluang untuk rakyat Malaysia memiliki koleksi buku dengan harga berpatutan, BookXcess turut melakukan aktiviti tanggungjawab sosial korporat.

Jacqueline memberitahu, BookXcess telah mendermakan sebanyak 12,000 buah buku kepada lapan rumah kanak-kanak angkat mereka.

"Kami akan membalut setiap buku itu dan diberikan kepada mereka sebagai hadiah. Dengan cara itu, kanak-kanak akan berasa lebih gembira dan menghargai buku tersebut dengan cara membacanya," katanya.

Dalam pada itu, BookXcess, BBW yang akan diadakan pada bulan Disember depan menawarkan beratus-ratus ribu buah buku dan tawaran harga terendah.

Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi BookXcess menerusi laman sosial www.facebook.com/BookXcess.

Kemeriahan pertandingan kawad kaki beruniform

Posted:

Kemeriahan pertandingan kawad kaki beruniform

Kemeriahan pertandingan kawad kaki beruniform

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


SEKOLAH Sultan Alam Shah, Putrajaya menghantar dua pasukan kawad pada pertandingan kali ini.


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya gamat apabila 28 pasukan berentap dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya 2013 yang berlangsung baru-baru ini.

Seramai 1,071 peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah mula membuat persembahan kawad seawal pukul 8 pagi hingga 2 petang.

Ketika menyaksikan pertandingan tersebut, lensa Kosmo 2 tertarik dengan lontaran suara lantang seorang kanak-kanak perempuan bertubuh genit.

Sebagai Ketua Platun Pasukan Kawad Kaki Elit dari Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (1) itu, Atiqah Hanim Suhaidi, 12, kelihatan tegas memberi arahan kepada anak-anak buahnya.

Ternyata, rakan sepasukannya berjaya mempamerkan satu formasi kawad yang menarik dengan pergerakan penuh seragam.

"Sebagai persediaan menyertai pertandingan ini, kami telah berlatih selama dua jam seminggu yang diadakan pada setiap petang Khamis. Selain itu, menjelang seminggu sebelum hari pertandingan, kekerapan latihan ditingkatkan kepada dua jam setiap hari.

"Untuk makluman, sebenarnya kami telah membuat persediaan awal sejak Februari lalu. Ini kerana pasukan kami terpilih untuk mewakili Putrajaya ke pertandingan kawad antara sekolah bagi peringkat kebangsaan," kata Atiqah Hanim yang mula meminati aktiviti kawad kaki sewaktu darjah tiga.

Ironinya, anak bongsu daripada empat beradik itu bukan sahaja aktif dalam bidang kokurikulum, malah merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah. Dia juga merupakan calon pelajar yang disasarkan memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini.


DISIPLIN yang diterapkan dalam aktiviti kawad mampu membentuk jati diri pelajar menjadi lebih fokus dalam perkara yang dilakukan.


Johan keseluruhan

Pada pertandingan tersebut, pasukan pengakap Atiqah Hanim berjaya merangkul tempat ketiga, malah, dia turut dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik Putrajaya (Perempuan).

Selain itu, SK Putrajaya Presint 11 (1) turut berbangga apabila membolot trofi johan bagi kategori Ketua Platun Terbaik Putrajaya (Lelaki), Johan Platun Perempuan, Johan Platun Lelaki sekali gus muncul Johan Keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki Putrajaya.

Kedua-dua pasukan dari sekolah berkenaan mendapat bimbingan daripada jurulatih dan guru mereka, Zarawahida Zakaria, 33, dan Ismail Ghazali, 36.

Menurut Zarawahida, aktiviti kawad tersebut membuka ruang kepada murid-murid untuk mendapatkan merit kokurikulum peringkat negeri selain berupaya memupuk nilai murni seperti semangat setia kawan, berdisiplin dan keyakinan diri.

Zarawahida yang juga menggalas jawatan Ketua Pegawai Teknik pertandingan tersebut memberitahu, ia sudah empat kali dianjurkan.

"Pada peringkat awal dulu, tidak banyak penyertaan daripada sekolah-sekolah Putrajaya. Mungkin disebabkan ketiadaan guru yang mahir menguruskan latihan kawad di sekolah mereka.

"Kini, banyak sekolah semakin berminat untuk menyertai pertandingan kawad dan ada antara sekolah-sekolah terlibat menggunakan khidmat jurulatih kawad dari badan-badan kerajaan," jelas Zarawahida.

Jurulatih tersebut terdiri daripada anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan dan Perbadanan Putrajaya.

Difahamkan, semua perbelanjaan bagi mengendalikan pertandingan tersebut ditanggung oleh Jabatan Pendidikan Putrajaya yang menelan belanja kira-kira RM35,000.

Jumlah tersebut meliputi kos pengangkutan, makan dan hadiah penghargaan kepada pemenang pertandingan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM tunggu aduan KAFA, PBNJ

Posted:

FAM tunggu aduan KAFA, PBNJ

FAM tunggu aduan KAFA, PBNJ

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

INDRA (tengah) tidak dicabar pertahanan Johor DT pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV malam kelmarin.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini hanya menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung insiden panas yang berlaku pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak berkata, KAFA dan PBNJ boleh mengemukakan laporan terhadap dua insiden yang berlaku pada pertembungan penuh dramatik itu.

Dua situasi yang dimaksudkan itu ialah melibatkan penyerang import Johor Darul Takzim (Johor DT), Leonel Nunez didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan.

Satu lagi insiden melibatkan seorang lagi penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo yang mengalami kecederaan apabila hidungnya berdarah selepas disiku oleh tonggak Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.

Insiden tersebut dikatakan 'terlepas pandang' oleh pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri sehingga menyebabkan Indra terlepas daripada menerima sebarang hukuman atau kad kuning.

Mengulas lanjut, Taufek berkata, tindakan Nunez itu boleh diambil tindakan meskipun insiden itu berlaku ketika pemain kelahiran Argentina itu sedang melakukan regangan badan di tepi padang.

"Memang ada kod tatatertib di bawah peruntukan sedia ada yang mana jika terdapat pemain atau pegawai yang menunjukkan isyarat lucah, mereka boleh diambil tindakan tegas.

"Meskipun perbuatan itu dilakukan di luar perlawanan, FAM boleh mengambil tindakan jika KAFA mengemukakan laporan demikian.

"Begitu juga dengan PBNJ, mereka boleh mengemukakan aduan berhubung kekasaran yang dilakukan Indra terhadap Mat Yo.

"Merujuk seperti kes sebelum ini, (penyerang Selangor) Mohd. Amri Yahyah pernah digantung tiga perlawanan dan denda RM1,800 disebabkan kekasaran melampau terhadap (bekas) pemain Kelantan, Mohamed Ghaddar pada aksi Liga Super tahun lalu.

Taufek berkata, pihaknya tidak boleh melakukan sebarang tindakan atau dakwaan jika tidak mendapat laporan rasmi daripada KAFA mahupun PBNJ.

"Buat masa ini, kami hanya menunggu laporan penuh atau aduan rasmi daripada kedua-kedua persatuan (KAFA dan PBNJ) mengenai insiden tersebut.

"Pihak sekretariat FAM akan mengambil tindakan susulan jika ada laporan dikemukakan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri malam kelmarin, Kelantan tampil bergaya apabila membelasah Johor DT 6-1, sekali gus melangkah ke saingan separuh akhir dengan agregat 8-5.

The Red Warriors bakal berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Oktober depan.

Hafizh membara gegar Sepang

Posted:

Hafizh membara gegar Sepang

Hafizh membara gegar Sepang

HAFIZH bakal membuat penampilan kali kedua di pentas MotoGP Malaysia selaku pelumba wildcard.


KOSMO!: Tahniah atas kejayaan saudara muncul sebagai pelumba Malaysia pertama memenangi satu peringkat perlumbaan di Sepanyol tempoh hari.

HAFIZH: Terima kasih. Sebenarnya saya sendiri terkejut dengan kemenangan tersebut kerana ia tidak dijangka. Tetapi apa yang saya boleh katakan ialah kemenangan tersebut sudah pasti melonjakkan lagi keyakinan dan semangat saya untuk terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.

PRESTASI anda dilihat semakin meningkat sejak dua tahun beraksi di perlumbaan Sepanyol tersebut. Apakah yang banyak membantu pencapaian anda kali ini?

SEBENARNYA prestasi saya sepanjang musim ini banyak dibantu oleh jentera baharu saya, Kalex. Saya menyesuaikan diri dengan cepat bersama jentera ini dan sudah tentu ia adalah hasil kerjasama seluruh anggota mekanik pasukan saya. Lagi pun jentera Kalex ini lebih kecil dan ringan, jadi ia sesuai bagi semua pelumba beginner seperti saya ini.

JADI, adakah dengan jentera Kalex ini, peminat Malaysia boleh menjangkakan satu lagi aksi cemerlang daripada anda, mungkin kejayaan podium pada MotoGP Malaysia nanti?

APA yang menjadi masalah kepada saya musim ini ialah ramai lagi pelumba kelas Moto2 yang menggunakan jentera Kalex. Seperti yang saya beritahu tadi, jentera ini lebih kecil dan ringan, jadi ia sesuai bagi pelumba baharu.

Jadi, jika semua pelumba memiliki jentera yang sama, sudah pasti yang akan membawa perubahan dalam perlumbaan adalah kemahiran tunggangan masing-masing.

Disebabkan itu, saya tidak mahu beri jaminan yang saya boleh menaiki podium di Sepang nanti tetapi apa yang boleh saya janjikan, saya akan mencuba sebaik mungkin apabila turun beraksi Ahad ini.

SAINGAN MotoGP Malaysia kali ini bakal menyaksikan anda membuat penampilan ketiga sebagai pelumba wildcard. Apa peluang anda untuk mengulangi pencapaian tahun lalu?

SAYA tidak tahu apa peluang saya pada perlumbaan itu nanti. Setakat ini saya rasa prestasi saya agak baik dalam dua penampilan wildcard lepas (No. 22 GP Perancis dan No. 18 GP Catalunya).

Saya juga ketika ini menduduki tangga ketiga keseluruhan dalam CEV Sepanyol dan hanya ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu dengan baki dua lagi saingan.

Berdasarkan prestasi saya kali ini, mungkin peluang melakukan kejutan itu masih ada, tetapi saya tidak mahu terlalu memaksa diri.

Semuanya bergantung kepada hari perlumbaan itu nanti, kalau hujan turun seperti tahun lepas, saya mungkin ada peluang memperbaiki pencapaian tahun lepas itu.

ADAKAH hujan juga memainkan peranan dalam kejayaan anda tahun lalu?

SEBENARNYA saya tidak tahu, mungkin juga. Kerana saya dapati pelumba Eropah tidak terlalu berani berlumba dalam keadaan hujan, malah sebagai pelumba dari Asia, saya sudah biasa dengan berlumba dalam hujan, jadi saya rasa ia satu kelebihan.

Malah, pada perlumbaan tahun lalu, saya berjaya mengesan laluan yang kering di atas litar, jadi saya hanya mengawal jentera di laluan tersebut sahaja sepanjang perlumbaan. Mungkin ini yang membantu kejayaan saya pada waktu itu.

BAIKLAH... adakah anda berasa sebarang tekanan yang hebat diletakkan ke atas bahu anda?

SAYA tidak berasa terlalu tertekan untuk menepati sebarang jangkaan peminat kerana saya hanya mendapat No. 4, tidak seperti Zulfahmi (Khairuddin, pelumba kelas Moto3 negara) yang menaiki podium tahun lalu.

Namun, saya sudah dapat rasakan peminat motosikal sudah mula memberi perhatian kepada saya sejak kejayaan di Sepanyol tempoh hari. Apa pun saya tidak mahu terlalu memikirkannya, sebaliknya hanya memberi fokus kepada latihan dan perlumbaan sahaja.

AKHIR sekali, apakah anda pernah mengimpikan untuk menjadi pelumba MotoGP pada masa hadapan dan berapa lama masa yang anda berikan kepada diri sendiri untuk melakukannya?

SUDAH tentu impian setiap pelumba adalah untuk menjadi pelumba MotoGP. Idola saya ialah Valentino Rossi kerana dominasinya dalam kejuaraan dunia dan juga Jorge Lorenzo kerana keberaniannya.

Saya rasa saya mampu menjadi pelumba MotoGP jika saya menjadikan pencapaian mereka sebagai panduan. Apa pun, semuanya masih jauh lagi dan saya menetapkan masa selama lima atau enam tahun lagi untuk menjadi pelumba MotoGP Malaysia.

Ronaldo julang Real

Posted:

Ronaldo julang Real

Ronaldo julang Real


RONALDO (tengah) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas meledak gol kemenangan Real ketika menentang Levante di Stadium Ciutat de Valencia awal pagi semalam.


MADRID - Real Madrid kembali memberi persaingan dalam perebutan takhta Liga Sepanyol.

Biarpun sekali lagi tampil tanpa kelibat pemain termahal di dunia, Gareth Bale, Real masih mampu mengutip tiga mata berharga apabila meraih kemenangan 3-2 ke atas Levante di gelanggang lawan awal pagi semalam.

Selepas ketinggalan 1-2 ketika perlawanan memasuki minit terakhir, pemain gantian, Alvaro Morata menjaringkan gol penyamaan sebelum Cristiano Ronaldo meledakan gol kemenangan Real beberapa saat sebelum wisel penamat ditiupkan.

Sebelum itu, Baba Diawara menjaringkan gol pembukaan Levante pada minit ke-57 sebelum tonggak pertahanan Real, Sergio Ramos menyamakan kedudukan berselang empat minit kemudian.

Nabil El Zhar kembali meletakkan Levante di depan pada minit ke-86 sebelum hajat tuan rumah untuk meraih tiga mata berkecai hasil dua jaringan lewat Morata dan Ronaldo.

"Kemenangan ini sangat penting kerana ia adalah satu pertemuan yang sukar," kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti.

"Ia menjadi lebih sukar pada penghujung perlawanan, namun kami tidak mengalah dan terus berjuang bermati-matian.

"Perlawanan menjadi sukar kerana kami melepaskan dua gol kepada Levante sedangkan kami sepatutnya lebih menumpukan perhatian dan menguasai bola.

"Memang benar prestasi kami tidak berapa baik ketika ini, tetapi kami berhak dengan kemenangan ini jika dilihat berdasarkan peluang jaringan yang dicipta sepanjang babak kedua."

Tampil tanpa kelibat Bale yang masih dibelenggu kecederaan paha, Ancelotti melakukan lima perubahan dalam skuad The Galacticos yang menewaskan FC Copenhagen 4-0 dalam kempen Liga Juara-Juara Khamis lalu.

Kemenangan itu menyaksikan Real kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Barcelona yang menang 4-1 ke atas Real Valladolid di Nou Camp awal pagi semalam. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Impak penutupan kerajaan AS

Posted:

Impak penutupan kerajaan AS

Impak penutupan kerajaan AS


SEKUMPULAN penjawat awam menyertai tunjuk perasaan untuk menuntut Kongres menamatkan penutupan kerajaan AS di luar bangunan U.S. Capitol di Washington, Amerika Syarikat kelmarin.


BALI - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam memberi amaran kepada Kongres supaya berfikir panjang mengenai impak negatif yang akan timbul berikutan penutupan operasi pentadbiran negara itu sejak lima hari lalu.

Pertikaian antara Parti Demokrat dan Republikan itu disifatkan beliau sebagai 'cuai' dan boleh menjejaskan kreadibiliti AS di mata dunia jika ia tidak diselesaikan segera.

Malah, ia seakan-akan memberi mesej kepada dunia bahawa AS tidak mampu menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Sekiranya krisis ini berterusan atau berulang, orang ramai akan mula mempersoalkan kemampuan AS untuk mengendalikan kerajaannya sendiri," kata Kerry dalam satu mesyuarat sewaktu Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung di sini.

Kerry bagaimanapun menegaskan bahawa imej AS masih belum tercalar di mata pemimpin dunia dan yakin isu itu dapat diselesaikan tidak lama lagi.

"AS tetap menjadi kuasa paling besar di dunia dari segi kapasiti ketenteraan dan ekonomi," tambah Kerry.

Sebelum ini, Presiden AS, Barack Obama terpaksa membatalkan lawatannya ke beberapa buah negara ASEAN termasuk Malaysia, Brunei dan Filipina. Obama juga terlepas peluang menghadiri mesyuarat APEC.

Kerry yang menggantikan tempat Obama untuk lawatan ke negara ASEAN menyatakan, beliau percaya tindakan Republikan menghalang perbelanjaan kerajaan di Kongres sebagai satu langkah berbahaya.

Biarpun begitu, Kerry menegaskan, isu di Washington tidak akan menjejaskan komitmen AS terhadap rakan-rakannya di Asia dari aspek perdagangan dan pelaburan di rantau terbabit.

Penutupan kerajaan AS berlaku apabila Republikan yang menguasai Dewan Perwakilan enggan meluluskan wang untuk operasi pentadbiran kecuali undang-undang penjagaan kesihatan yang dikenali sebagai Obamacare ditangguhkan atau tidak dibiayai.

Obama dikatakan enggan untuk berunding dengan Republikan mengenai isu bajet sehinggalah mereka meluluskan rang undang-undang sementara untuk membuka kembali kerajaan AS. Selain bersetuju menaikkan had pinjaman berkanun kepada AS$16.7 trilion (RM53.1 trilion)

"Undi dan hentikan sandiwara ini. Tamatkan penutupan kerajaan ini sekarang," tegas Obama.

Penutupan kerajaan memberi impak besar. Dari segi polisi dana luar, ia menangguhkan bantuan keselamatan kepada Israel dan menjejaskan pemantauan terhadap sekatan yang dikenakan ke atas beberapa buah negara seperti Iran.

Penutupan kerajaan AS turut memberi kesan kepada pelancong yang ingin mengunjungi Institusi Smithsonian yang terdiri daripada 19 buah muzium, galeri-galeri dan Zoo Nasional. Sementara taman-taman awam termasuklah Statue of Liberty, Yosemite dan Alcatraz juga terpaksa ditutup.

Krisis itu menyebabkan ratusan ribu penjawat awam di beberapa jabatan seperti pertahanan, perdagangan, tenaga dan pengangkutan diarahkan untuk bercuti tanpa gaji. Justeru, penyelidikan saintifik juga terpaksa ditangguhkan.

Kali terakhir AS menutup operasi kerajaannya adalah pada 17 tahun lalu. - Agensi

Malala Yousafzai terima anugerah

Posted:

Malala Yousafzai terima anugerah

Malala Yousafzai terima anugerah


REUTERS
MALALA Yousafzai memegang Anugerah Anna Politkovskaya yang diterimanya daripada pihak RAW (Reach All Women) in War di London semalam.


LONDON - Aktivis pendidikan Pakistan yang hampir maut ditembak oleh seorang anggota Taliban, Malala Yousafzai diberi pengiktirafan menerusi anugerah yang dinamakan sempena seorang wartawan Rusia yang mati dibunuh, Anna Politkovskaya.

Yousafzai ditembak dari jarak dekat ketika berjalan menuju ke sekolahnya di Pakistan pada Oktober 2012. Jumaat lalu, beliau diumumkan sebagai penerima anugerah itu.

Anugerah tersebut disampaikan pada setiap tahun oleh pihak RAW (Reach All Women) in War kepada mereka yang memperjuangkan hak-hak wanita.

Menurut RAW in War, Yousafzai dipilih menerima pengiktirafan itu atas keberaniannya menyuarakan hak-hak wanita di Pakistan yang dinafikan hak menerima pendidikan.

Yousafzai menerima anugerah itu di sini daripada Nicholas Winton. Winton ialah tokoh yang bertanggungjawab menyelamatkan kanak-kanak Yahudi ketika Jerman menakluk Czechoslovakia. - Agensi

Lauryn Hill dibebaskan daripada penjara

Posted:

Lauryn Hill dibebaskan daripada penjara

Lauryn Hill dibebaskan daripada penjara


GAMBAR fail bertarikh 22 April 2013 menunjukkan penyanyi Lauryn Hill berjalan keluar dari mahkamah persekutuan di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat.


NEW YORK - Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Killing Me Softly, Lauryn Hill telah dibebaskan daripada penjara pada Jumaat lalu.

Hill dipenjarakan sejak Julai lalu kerana gagal membayar cukai, kata peguamnya.

Bekas ahli kumpulan The Fugees itu kini perlu menjalani hukuman tahanan dalam rumah selama tiga bulan selepas meninggalkan penjara persekutuan di Danbury, Connecticut yang terletak 112 kilometer dari Bandar New York.

Peguamnya, Nathan Hochman memberitahu, anak guamnya telah membayar hutang cukai kerajaan dan daerah sebanyak AS$1 juta (RM3.18 juta) selepas membuat pengakuan bersalah di mahkamah.

"Dia dibebaskan hari ini dan sekarang memulakan tempoh pemerhatian selama setahun," kata Hochman.

Bagaimanapun Hochman berkata, dia masih tidak bercakap dengan anak guamnya sejak dibebaskan daripada penjara.

Penyanyi berusia 38 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara pada 8 Julai lalu akibat gagal membayar cukai berjumlah lebih RM4 juta kepada kerajaan Amerika Syarikat . - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penemuan senjata api tidak mempunyai kaitan dengan pengganas

Posted:

Penemuan senjata api tidak mempunyai kaitan dengan pengganas

Penemuan senjata api tidak mempunyai kaitan dengan pengganas

06/10/2013 8:27pm

KUALA LUMPUR - Penemuan senjata api dan senjata berbahaya lain dalam Ops Cantas Khas yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan kongsi gelap tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati penemuan senjata itu hanya mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah.

"Tiada ke arah itu (aktiviti pengganas). Bagaimanapun kita sentiasa bergerak proaktif dan mengikuti perkembangan semasa untuk membanteras jenayah berat yang menggunakan senjata api," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menutup forum pengguna 'Masalah Pengguna, Masalah Kami, Masalah Negara' di sini hari ini.

Forum selama dua hari ini merupakan anjuran bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Universiti Kuala Lumpur sempena Pameran Halal Fiesta 2013. - Bernama

Pemandu bas maut, dua penumpang parah dalam kemalangan di Lebuhraya Elite

Posted:

Pemandu bas maut, dua penumpang parah dalam kemalangan di Lebuhraya Elite

Pemandu bas maut, dua penumpang parah dalam kemalangan di Lebuhraya Elite

06/10/2013 8:14pm

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu bas maut manakala 18 penumpang cedera termasuk dua parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres di kilometer 21.1 Putrajaya arah Utara, Lebuhraya Elite awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Nordin Manan berkata, kemalangan pada pukul 2 pagi itu melibatkan bas ekspres yang membawa 18 penumpang dan dalam perjalanan dari Singapura ke Pulau Pinang.

Pemandu bas itu, Ibrahim Ahmad, 58, mati ketika dirawat di Hospital Serdang pada pukul 1.45 tengah hari, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati bas itu hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar besi pembahagi jalan dan sebuah papan tanda di lebuh raya itu, menyebabkan pemandu bas tersepit di tempat duduk pemandu.

Dua penumpang yang parah ialah rakyat Amerika Syarikat Morris Oldham, 60, yang cedera di kepala dan perut dan kini dirawat di Hospital Serdang dan Loh Ah Yuen, 51, yang cedera di kepala dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau berkata 16 penumpang yang cedera ringan pula terdiri daripada lapan lelaki dan lapan wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 60-an. Kesemua mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya. - Bernama

Seorang maut, empat cedera dua kereta bertembung di Jalan Klang-Banting

Posted:

Seorang maut, empat cedera dua kereta bertembung di Jalan Klang-Banting

Seorang maut, empat cedera dua kereta bertembung di Jalan Klang-Banting

06/10/2013 7:55pm

KUALA LANGAT - Seorang terbunuh, manakala empat yang lain cedera apabila sebuah kereta Honda City dan sebuah Proton Waja bertembung di kilometer 49.5 Jalan Klang-Banting di sini hari ini.

Ooi Bok Soo, 54, juruteknik, yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta Honda City itu, mengalami pelbagai kecederaan parah dan mati di tempat kejadian.

Empat lagi yang cedera ialah Goh Boon Pin, 29, (pemandu Honda City), Ooi Yu Fan, 13, (penumpang hadapan Honda City), Seah Siew Hong, 50, (penumpang belakang Honda City) dan wanita yang memandu Proton Waja M.Abilashinee, 22.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Waja yang datang dari arah Banting menuju ke Tanjung Sepat gagal memotong kenderaan lain di hadapan menyebabkan kereta itu bertembung dengan Honda City yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang menaiki Honda City dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan manakala Abilashinee, seorang pelajar, dihantar ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Nordin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Insp Mohd Shamsul Sharif di talian 03-33872222 bagi membantu siasatan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Duka lara Shila Amzah

Posted:

Duka lara Shila Amzah

Duka lara Shila Amzah


SHILA AMZAH kini semakin matang dan tegas berhubung kemahuan hidup dan karier seninya.


CAHAYA di matanya sudah tidak menggambarkan kekalutan. Garis-garis senyuman yang meleret di bibirnya mudah sahaja menjalar indah sampai ke hujung pipi. Seperti tiada lagi duka hendak dibenamkan jauh ke dasar jiwa. Segala-galanya terluah, mengalir bersama cerita dahulu dan kini. Apa yang tertinggal di belakang kekal di situ, biar bah atau kemarau, mana mungkin air di hilir berpatah ke hulu.

Dia Shila Amzah, yang sudah mampu bercanda dalam setiap titipan duka yang dilalui. Pada usia 23 tahun, khazanah pengalaman yang melingkari hayatnya sudah cukup sarat untuk akal mudanya merumuskan hakikat kehidupan.

Kalimah 'terima kasih' bersusun terbit daripada setiap patah bicaranya. Terima kasih daripada Shila untuk setiap memori, untuk setiap sokongan ataupun herdikan yang diterima selama ini. Dia sedar khilaf lalu dan segala kesilapan itu bukan untuk disesali sepanjang hayat.

"Paling besar tentunya terima kasih saya untuk Allah, terima kasih kepada orang sekeliling yang menyedarkan saya untuk menjadi lebih baik dan membuat keputusan terbaik.

"Saya ambil masa yang agak lama untuk pulih tapi apa yang terjadi selama ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya punya beribu sesalan tapi saya bangkit untuk terus bergerak ke hadapan, dalam karier dan kehidupan peribadi," lenturnya mendasari apa yang dirasa.

Mengadakan konsert mini

Berulang-alik di antara Shanghai dan Kuala Lumpur, Shila yang kini menjadikan Shanghai sebagai hab karier muziknya sedang merencanakan misi besar. Bukan sekadar demi kelangsungan kecintaannya seni di sini, kepulangan kali ini mahu diwartakannya dalam sebuah detik yang cukup indah.

"Saya mahu mendedikasikan sebuah persembahan tanda terima kasih saya kepada seluruh peminat, pihak media, pemuzik yang terlibat dalam pembikinan album saya serta semua pihak yang menyokong saya selama ini," ujar Shila tentang sebuah konsert mini yang diberi nama Shila Amzah Showcase yang akan berlangsung pada Khamis (10 Oktober) nanti bertempat di Penthouse @ The Icon, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Seiring dengan pelancaran album pertama yang dibikin sendiri, konsert mini Shila itu nanti akan dijayakan Shila bersama pemuzik-pemuzik yang terlibat dalam pembikinan albumnya. Diterajui oleh komposer ternama Helen Yap sebagai pengarah muzik, kebanyakan lagu yang bakal dinyanyikan merupakan lagu yang terkandung dalam album mini iaitu Cinta Hati, Maaf, Tulus, Masih Aku Cinta dan single Patah Seribu dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Mandarin yang dimasukkan sebagai runut bonus.

"Konsert mini itu akan jadi konsert percuma yang pertama kali daripada saya. Sudah 13 tahun saya dalam bidang muzik dan selama ini saya tidak pernah melakukan apa-apa untuk peminat. Rasanya, momen itulah yang paling tepat untuk saya mengadakan satu persembahan. Saya mahu berkongsi apa yang saya rasa bersama semua orang kerana semua lagu dalam album itu ditulis oleh saya.

"Saya juga mahu membuktikan bahawa saya telah bangkit dan sedang bersemangat untuk hidup. Ia juga simbol semangat dan mungkin boleh menjadi inspirasi kepada mana-mana artis yang melalui jalan payah sebagai mana yang saya lalui selama ini. Jujurnya, saya sendiri tidak tahu sampai bila saya akan terus mengecapi saat seperti sekarang, jadi detik itu nanti mahu saya rakamkan sebagai hari bersejarah buat diri sendiri," katanya yang berharap untuk menjayakan sebuah konsert solo pada masa akan datang.

Tambah Shila: "Mungkin konsert mini itu sebuah introduksi daripada saya sebelum rencana untuk mengadakan sebuah konsert sebenar tercapai. Rasanya juga, saya sudah ada cukup material ke arah itu. Perbincangan awal sudah dibuat. Saya benar-benar berharap ketika menyanyi di hadapan peminat berbilang bangsa, Cina dan Melayu, saya buktikan muzik juga penyatu bangsa kerana kita berada di rumpun yang sama."

Bercerita tentang misi karier yang terdampar luas untuk dijajahi, anak dara penyanyi terkenal ND Lala ini tidak terlepas daripada terhitung semula episod hitam yang hampir membunuh semangat juangnya.

Tutup hati untuk cinta


SHILA AMZAH bakal menghiburkan peminatnya secara percuma dalam sebuah konsert mini pada 10 Oktober ini pada pukul 2 petang bertempat di Penthouse @ The Icon, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Tanpa tertahan ataupun berlindung menyembunyikan kebenaran yang banyak didiamkan, Shila bagai dilahirkan semula. Selama dua tahun sebelum ini, kisah juraian air matanya hanya dikongsikan bersama orang terdekat tetapi kali ini, tercuit satu persoalan, selembar kisah yang terurai satu per satu.

Benarlah cinta itu satu istilah yang cukup berkuasa. Namun dalam waktu yang sama juga cinta boleh menjadikan seorang anak menjadi bebal.

"Masa bercinta dahulu, mama nasihatkanlah apa sahaja. Semuanya saya tak peduli. Bercinta tidak salah kerana cinta itu indah, yang salahnya apabila kita bertemu orang yang salah. Dahulu, saya selalu berfikir untuk tidak menyakiti hati orang yang dicintai. Saya korbankan banyak benda, cuba elak segala benda yang boleh menimbulkan prasangka termasuklah hadkan pergaulan dengan kawan-kawan.

"Ketika itu juga, ramai yang takut hendak mendekati saya. Ada juga yang sengaja tidak mahu menghiraukan saya semata-mata untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini. Sekarang, saya bersyukur kerana kawan-kawan yang selama ini saya tidak pedulikan sudi memaafkan dan kembali menerima saya sebagai kawan mereka. Mereka sendiri rasa, Shila yang dahulu itu bukan diri saya yang sebenar. Sekarang, kalau saya buka mulut tentang lelaki, awal-awal lagi mereka akan beri amaran," jelas Shila berterus-terang.

Mengakui hatinya masih tertutup untuk menyerahkan cinta kepada mana-mana lelaki tetapi dalam masa yang sama, dia tidak menolak untuk berkawan dengan lelaki yang berniat baik terhadap dirinya.

"Saya hanya buka hati saya untuk berkawan dengan semua orang, lelaki dan wanita tetapi untuk memberi cinta, memang tidak. Saya tidak mahu buang masa dengan cinta. Cinta itu indah tetapi apabila ia disalah guna, ia akan menjadi sia-sia. Baiklah saya simpan cinta saya untuk siapa suami saya kelak. Seperti kata papa, dalam kepala saya ini sudah banyak khazanah sengsara dan saya tidak mahu sengsara lagi.

"Saya juga masih berfikir ada lelaki yang menganggap sudah menjadi pemilik mutlak kepada seseorang wanita apabila mereka bergelar pasangan kekasih. Saya bercakap begini kerana percaya ramai wanita berada dalam situasi begitu. Kalau sudah sampai ke tahap tersebut, wanita itu bukannya menyintai lelaki berkenaan tetapi simpati. Saya mengaku, dahulu saya seorang yang sangat pemaaf," ujar Shila yang berdepan episod putus cinta bersama aktor Sharnaaz Ahmad hujung tahun lalu.

Larut dalam emosi, bicara hati daripada wanita untuk wanita, kata Shila, dia tidak mahu wanita menjadi lemah kerana cinta. Ternyata tempoh hampir setahun melepasi 'tragedi' putus cinta menjadi Shila seorang yang tegas, berfikiran terbuka dan positif dalam banyak perkara.

5,000 tiket untuk KL Gangster 2

Posted:

5,000 tiket untuk KL Gangster 2

5,000 tiket untuk KL Gangster 2


YUSOF HASLAM menerajui sesi sidang media semasa pratonton KL Gangster 2, beberapa minggu lalu.


DISABOTAJ dan dicetak rompak sebelum hari tayangan, filem KL Gangster 2 masih meraih sokongan khalayak apabila mencatat jualan tiket sebanyak RM600,000 pada hari pertama ditayangkan Khamis lalu. Jumlah itu tidak termasuk kutipan tiket sebanyak RM700,000 yang dicatatkan sepanjang tiga malam tayangan sneak preview pada 27 hingga 29 September lepas.

Jumlah kutipan tiket hari pertama untuk tayangan serentak KL Gangster 2 di enam buah pawagam di Singapura pula akan diperoleh selewat-lewatnya esok.

"Alhamdulillah. Jumlah itu bagaimanapun jangan dibandingkan dengan kutipan hari pertama KL Gangster dahulu. Dahulu kita boleh dapat RM1.5 juta pada hari pertama tayangan. Tetapi, melihat kepada respons dan sokongan yang diterima, kami semua rasa terubat juga. Setidak-tidaknya ia tidaklah menambah rasa kecewa.

"Kalau filem itu bajetnya RM2 juta, saya sudah boleh rasa gembira tapi bajet KL Gangster 2 ialah RM4.5 juta, sekurang-kurang filem itu kena dapat RM7.5 juta untuk pulang modal. Jumlah itu termasuklah kutipan pawagam dan jualan ke stesen televisyen," kata produser filem berkenaan, Datuk Yusof Haslam ketika dihubungi Sensasi Bintang kelmarin.

Ketika pengarah KL Gangster 2, Syamsul Yusof masih berkurung meratap kecewa kerana filemnya menjadi mangsa jenayah siber dan cetak rompak, ada berita gembira yang mahu dikongsikan bapanya itu. Sebanyak 5,000 tiket akan disumbangkan bagi memeriahkan sambutan KL Gangster 2 di pawagam.

Pada Selasa nanti, sebanyak 10 buah rumah produksi milik bumiputera akan berkumpul di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bagi menunjukkan sokongan terhadap KL Gangster 2. Rumah-rumah produksi berkenaan termasuklah Suhan Movies, Bright Network, KRU Studios, Rumah Karya Cipta, Nusan Bakti, Vision Works, Kuasatek Pictures, ACE Motion, Cinematic dan World Evolusion Brain.

"Kira-kira pukul 3 petang Selasa nanti, kesemua rumah produksi itu akan berkumpul di Finas bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap KL Gangster 2. Setiap rumah produksi akan membeli sebanyak 500 tiket filem itu dan akan diagihkan kepada rakan niaga serta pihak-pihak tertentu mengikut budi bicara masing-masing.

"Saya tak menagih simpati mereka tetapi sangat menghargai dan berbesar hati terhadap kesanggupan mereka sebagai sahabat dalam industri. Penyatuan yang ditunjukkan semua pihak itu merupakan satu agenda yang tidak pernah berlaku selama ini. Ia menunjukkan bahawa pemain industri perfileman tetap bersatu untuk menangani masalah secara bersama. Semua pihak juga telah bersetuju untuk terus mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan serius terhadap isu berbangkit dalam industri filem mahupun muzik," jelas Yusof terharu kerana masih ada pihak yang sanggup bersama-sama dengannya berjuang untuk filem KL Gangster 2.

Dalam pada itu, Yusof turut ditanya mengenai situasi Syamsul yang masih menjauhkan diri daripada sebarang promosi filem berkenaan.

"Sebagai bapa, saya termasuklah ibunya tidak pernah putus berdoa agar Syamsul segera pulih dan dapat kembali bekerja. Syamsul seorang yang sangat bersungguh-sungguh tetapi jiwanya sensitif. Kalau saya berada di tempatnya mungkin saya juga akan berdepan situasi yang sama.

"Cuma saya nasihatkan dia supaya jangan putus asa. Soal kutipan, berjaya atau tidak, kita kena terima dengan rezeki Allah kerana ini juga satu daripada ujian Allah," tegas Yusof lagi yang akan terus berusaha mencari petualang yang bertanggungjawab ke atas pembocoran dan cetak rompak KL Gangster 2.

Nurul pilih ubat alternatif untuk anak

Posted:

Nurul pilih ubat alternatif untuk anak

Nurul pilih ubat alternatif untuk anak

KETIKA Ayu Nazirah, anak pertama hasil perkahwinan pertamanya bersama Ajai yang merupakan seorang komposer melangkah yakin untuk berjuang melepasi soalan-soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Nurul Wahab atau lebih gemar menggunakan nama timangan Nurul Deep pula bersabung nyawa untuk membolehkan anak keduanya melihat dunia.

Melepasi tempoh 15 tahun selepas kelahiran anak pertama, pengalaman yang ditempuhi Nurul sewaktu melahirkan bayi lelakinya kali ini dipermudahkan Allah. Nurul sebenarnya dijangka bersalin pada 15 Oktober nanti.

Seperti yang tertulis dalam blognya, Nurul berkongsi berita gembira itu dua jam selepas selamat melahirkan bayinya yang diberi gelaran sebagai Baby Z.

"Syukur alhamdulillah aku dah selamat melahirkan Baby Z pada pukul 10.28 pagi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby Z dilahirkan secara normal dan beratnya 3.26 kilogram. Semuanya okey. Aku sakit tak lama. Sakit bermula pukul 10.30 malam, satu jam sekali sakitnya, pukul 3 pagi terus ke hospital. Syukur. Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku," tulis Nurul untuk bacaan semua.

Tidak puas sekadar membaca berita dan mengintai apa yang terakam menerusi laman Instagram miliknya, Nurul Wahab yang dihubungi sekitar pukul 9 malam pada Jumaat lalu sudi bercerita lanjut.

"Saya masih di hospital, kalau tiada apa-apa, doktor benarkan kami pulang ke rumah pada hari Sabtu (semalam)," ujar Nurul yang masih lemah namun kegembiraan jelas kedengaran menerusi suaranya.

Selain si ibu yang melahirkan, orang yang paling gembira atas kelahiran Baby Z sudah tentu suaminya, Eric Depp serta mertuanya, Roland dan Germaine yang baru kali pertama menimang cucu.

Lebih mengujakan mereka, Baby Z kelihatan banyak mewarisi warna kulit, bentuk hidung, serta warna anak mata daripada Eric berbanding Nurul.

"Ibu dan bapa Eric tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada saya sebab lahirkan seorang cucu untuknya. Eric anak tunggal dan saya pasti inilah detik yang paling gembira buat mereka. Daripada datuk ke nenek, kerja mereka asyik tenung muka cucu," cerita Nurul perihal ibu bapa Eric yang akan berada di Malaysia sehingga Mac tahun depan.

Berkongsi cerita episod pantang yang sedang bermula, Nurul akan menghabiskan tempoh berpantang di kediamannya di Kuala Lumpur.

"Soal makan minum dan rawatan berpantang tiada masalah. Kawan-kawan macam Zahida sudah janji bahawa ibunya akan sediakan makanan orang berpantang untuk saya, Ning Baizura (penyanyi) pula sudah lantik dirinya menjadi penasihat bahagian penjagaan bayi.

"Saya sendiri ada kontrak bersama pihak pengeluar herba Tanamera. Syukurlah, mereka juga menaja rawatan dan ubatan berpantang untuk saya. Jadi, saya tidak perlu risau soal itu. Saya kena berpantang sahaja," jelas Nurul sambil memberitahu nama penuh Baby Z belum lagi diputuskan.

Tambah Nurul: "Kami sudah ada beberapa nama, setakat ini ada dua pilihan tapi hati saya berat ke arah nama berpangkal Z itu. Sebab itu panggil sahaja Baby Z dulu, esok lusa apabila sudah hendak membuat pendaftaran barulah boleh diumumkan betul-betul."

Ditanya tentang gambar bayi lelaki yang belum ditunjukkan kepada umum, Nurul tidak berhasrat untuk berkongsi gambar bayinya kerana beranggapan masih terlalu awal.

"Bayi saya masih kecil, tunggulah sehingga habis pantang nanti. Buat masa ini juga, saya harap peminat bersabar jika ada yang mahu melihat wajah Baby Z. Saya tidak merancang untuk mengadakan majlis tertentu tetapi jika ada agenda melibatkan pihak tertentu, tengoklah macam mana," kata Nurul yang turut mendapat penajaan Bank Darah Tali Pusat daripada Stemlife untuk bayi lelakinya itu.

Banyak membuat kajian mengenai persediaan terbaik untuk anak lelaki pertamanya, Nurul dan suami juga telah membuat keputusan untuk tidak mengambil vaksinasi sebagaimana lazimnya diambil oleh bayi yang baru lahir sehingga berusia enam tahun.

"Kami pilih untuk guna perubatan homeopati, jadi bayi saya tidak akan mengambil vaksin atau suntikan bulanan seperti yang lazimnya dilakukan. Itu semua hasil kajian saya dan Eric. Kami sudah berbincang dengan seorang pakar dari Australia berhubung perkara itu dan ubat homeopati untuk bayi yang dicadangkan begitu meyakinkan.

"Doktor pakar kanak-kanak yang dirujuk Baby Z juga telah dimaklumkan perkara itu dan dia berminat untuk berkongsi maklumat dengan saya. Barulah saya tahu, rupa-rupanya sudah ramai ibu bapa di Malaysia yang menggunakan ubat homeopati untuk bayi mereka," jelas Nurul yang akan berpantang selama 45 hari sebelum aktif semula sekitar Disember nanti.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved