Jumaat, 4 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Gabung seni kulinari dan teknologi makanan

Posted:

Gabung seni kulinari dan teknologi makanan

Gabung seni kulinari dan teknologi makanan


PARA pelajar sedang memasak resipi masing-masing menggunakan dapur dan peralatan yang disediakan pihak unversiti.


LIMA kumpulan pelajar yang berada di dalam sebuah makmal kelihatan sedang asyik berbincang berkaitan satu topik. Mereka begitu serius melontarkan pandangan masing-masing agar tugasan yang diberikan pensyarah itu dapat diselesaikan dengan jayanya.

Kesemua 25 pelajar itu merupakan pelajar jurusan kulinologi Universiti Taylor, Subang Jaya dan mereka diberikan tugasan menghasilkan makanan berasaskan ayam.

Bagaimanapun, cabaran utama mereka ialah menyediakan makanan yang berkhasiat dengan menitikberatkan jumlah kandungan nutrien dan persembahan makanan agar dapat menarik perhatian pelanggan.

Selain itu, mereka dikehendaki menyediakan makanan pembuka selera yang dapat bertahan lama iaitu sehinggan enam bulan tanpa menjejaskan kualiti makanan itu.

Salah seorang pelajar yang terbabit ialah Muhd. Khairulnizam Shah Md. Ramli, 26. Dia dan empat ahli kumpulannya berjaya mencipta resipi baharu yang mudah dihasilkan dan menepati syarat-syarat yang diletakkan oleh pensyarahnya.

"Resipi ini sememangnya menepati syarat-syarat pensyarah memandangkan ia hanya menggunakan cincangan isi ayam, cendawan, lobak merah, cili, serbuk lada hitam, garam dan serbuk xhantan gum iaitu sejenis tepung untuk memelihara kelembutan makanan setelah digoreng.

"Selain itu, resipi ini turut menggunakan bahan-bahan seperti daun bawang, tepung soya, serbuk roti dan kentang putar," ujar yang merupakan pelajar Ijazah Sains Kulinologi.


CHICKONE ini merupakan resipi yang dihasilkan kumpulan Muhd. Khairulnizam.


Rujukan

Kumpulan Muhd. Khairulnizam juga memutuskan penggunaan kesemua bahan itu setelah membuat rujukan menggunakan perisian khas bagi mengetahui kandungan nutriennya.

"Kami mengkaji jumlah penggunaan bahan seperti ayam, lobak merah dan cendawan dalam resipi itu supaya tidak berlaku lebihan penggunaan lemak, karbohidrat dan protein," tutur anak jati Kuala Lumpur itu.

Bagi menyedapkan lagi resipi yang dikenali sebagai chikone itu, kumpulan Muhd. Khairulnizam turut menyediakan sos.

Setelah bertungkus-lumus selama tiga hari memerah otak mencipta resipi baharu, kesemua ahli kumpulan Muhd. Khairulnizam tidak dapat menyembunyikan perasaan bangga apabila mendapat pujian daripada pensyarah.

"Berdasarkan fakta, chikone ini mempunyai kandungan fakta makanan iaitu dua peratus lemak, kolesterol, sodium, protein dan satu peratus fiber," jelas Muhd. Khairulnizam.

Keunikan

Bagi Jarrell Lim Wen-Chieh, 24, yang kini berada di semester empat pula berkata, dia memilih bidang kulinologi kerana keunikannya yang menggabungkan tiga jurusan berbeza dalam satu bidang.

Ia merangkumi seni kulinari, sains makanan dan teknologi makanan.

Jelas anak jati Ipoh, Perak itu, ia berbeza dengan kebanyakan universiti yang hanya membenarkan pelajar mengambil satu jurusan misalnya, seni kulinari atau jurusan sains makanan.

"Ketika dalam kelas, kami didedahkan tentang cara-cara memasak dan menjalankan penyelidikan terlebih dulu sebelum mencipta makanan.

"Misalnya, jika ingin membuat mayonis, kami perlu mengkaji bahan-bahan yang digunakan.

"Pendek kata, sebelum memasak anda perlu mengambil kira dari sudut sains terlebih dulu," ujarnya.

Dalam pada itu, dia mengakui sukar mengikuti jurusan itu apatah lagi ia bukan sahaja mengajar mengenai sains dan teknologi makanan malah melibatkan penyelidikan.

"Ia agak mencabar kerana saya tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang sains jadi, saya mengambil masa yang agak lama untuk memahaminya," jelasnya.


WONG TZIAK ZE membawa pelajar-pelajar memasuki makmal untuk menjalankan kajian bahan-bahan sebelum menyediakan makanan.


Kesukaran

Sementara itu, Pensyarah Kimia Pusat Pengajian Layanan, Pelancongan & Seni Kulinari Universiti Taylor's (TCHT), Benjamin Wong Tziak Ze memberitahu, para pelajar turut diajar menyediakan makanan sejuk beku, makanan dalam tin, kering dan sos.

Menurutnya, para pelajar kulinologi juga diajar menggunakan pendekatan menyediakan makanan berkhasiat dengan menilai jumlah kandungan nutrium.

"Biarpun, segelintir pelajar berdepan kesukaran dan mengambil masa yang agak lama untuk memahami subjek yang diajar, namun mereka akhirnya berjaya menguasai ilmu ini.

"Para pelajar juga perlu berhadapan dengan dua situasi yang berlainan terutama dari segi bahasa kerana terma-terma dalam bidang masakan dan sains mempunyai banyak perbezaan. Ini menyukarkan mereka.

"Apabila mereka memasuki ruang dapur, chef akan menggunakan bahasa dan caranya tersendiri ketika mengajar berbeza ketika di dalam kelas sains yang pelajar perlu menghafal atau mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

"Justeru, para pelajar perlu banyak bertanya, memahami teori dan melakukan aktiviti memasak untuk memudahkan mereka memahami apa yang diajar oleh pensyarah," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, pengorbanan para pelajar tersebut pasti berbaloi kerana kemahiran yang diperoleh itu pasti diburu majikan apabila tamat belajar kelak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kutip sampah di dasar laut

Posted:

Kutip sampah di dasar laut

Kutip sampah di dasar laut

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA
berita@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN peserta bergambar kenangan selepas menamatkan program Pembersihan Dasar Laut di Pulau Billean dan Tegaipin, Beluran, Sandakan baru-baru ini.


LAUT merupakan antara khazanah alam yang tinggi nilainya. Ia menjadi tempat kepada jutaan hidupan untuk membina habitat mereka.

Daripada habitat inilah, wujudnya rantaian makanan yang turut memberi manfaat kepada manusia. Dalam aspek ini, kehidupan manusia sememangnya amat bergantung kepada laut dalam kehidupan seharian.

Manusia perlukan laut untuk mendapatkan sumber makanan. Laut juga dianggap penting kerana turut menjana sumber ekonomi sebagai salah satu laluan pengangkutan serta industri pelancongan.

Persoalannya, sejauh manakah laut dan segala isinya dapat terus menyumbang kepada kehidupan manusia. Ini kerana, fakta membuktikan banyak habitat hidupan laut ini kini telah terancam.

Ia diancam dengan kehadiran elemen luar meliputi sampah sarap, bahan buangan dan pencemaran air. Natijah daripada situasi ini akan mengancam habitat laut yang akhirnya boleh melenyapkan segala kehidupan.

Atas kesedaran ini, pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun para sukarelawan tampil dengan pendekatan masing-masing.

Antaranya termasuklah usaha murni 35 peserta yang menyertai program Pembersihan Dasar Laut di Pulau Billean dan Tegaipin yang merangkumi kawasan Pulau Pemuliharaan Marin Sugud (MMEA) di Beluran, Sandakan, Sabah pada 15 September lalu.

Sekalipun bilangan itu kecil, hasilan daripada program tersebut berjaya mengumpul sebanyak 542 kilogram sampah sarap. Ia membuktikan bahawa kesungguhan dalam menjayakan sesuatu program itu penting agar objektifnya tercapai berbanding jika diukur dengan jumlah pesertanya.

Program pembersihan dasar laut di pulau berkenaan adalah bertemakan 'Daripada Kesedaran Kepada Tindakan' dan dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Danau Girang (DGFC).

Turut serta dalam program ini ialah kakitangan Pusat Penyelidikan Danau Gurang (DGFC), Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Maritim Malaysia (APMM) dan Lankayan Island Dive Resort.

Pengarah program tersebut, Radzi Abdul Kadir berkata, aktiviti tersebut dijalankan sempena Project Aware yang dilaksanakan di seluruh dunia mengenai masalah pembuangan serpihan marin ke pantai dan laut.

Katanya, penekanan utama yang diberikan adalah menukar persepsi kesedaran kepada tindakan untuk menyelamatkan laut dari pencemaran yang boleh membawa kepada kemusnahan.

"Ramai yang sedar persekitaran kita terutamanya di laut kini melalui proses kemusnahan, tetapi hanya sebilangan kecil yang mahu bertindak dan menghentikannya," kata beliau.

Ujarnya, program sehari itu yang mendapat sokongan penuh daripada semua peserta telah berjaya memungut 549 kilogram serpihan sampah sama ada yang terdapat di pantai mahupun laut.

"Kebanyakan sampah yang dipungut mengandungi botol minuman plastik, jala, tali, puntung rokok, selipar dan botol kaca," tambahnya.

Bagi wakil Pusat Penyelidikan Danau Girang (DGFC), Dr. Milena Salgado-Lynn, usaha murni yang dilakukan pihak terbabit mencerminkan kesungguhan dalam memelihara hidupan laut.

Beliau menambah, pendekatan dengan membersihkan laut bukan sahaja memberi manfaat besar kepada manusia tetapi lebih daripada itu adalah menjamin kesinambungan hidupan laut.

"Apabila kami mengeluarkan satu jala dari terumbu ketika proses pembersihan, kami dapat lihat seekor penyu tersangkut di dalam jaring tersebut.

"Ia begitu menyedihkan apabila hidupan laut terancam hanya kerana perbuatan manusia sendiri," tambahnya.

Tegasnya, jaring-jaring daripada jala itu dipercayai dibuang oleh nelayan tidak bertanggungjawab sebelum hanyut dan merosakkan terumbu karang.

Pegawai dari Jabatan Hidupan Liar, Rashid Saburi pula menempelak sikap manusia yang seolah-olah menjadikan laut seperti tong sampah.

"Mereka beranggapan laut itu seperti tong sampah dan sewenang-wenangnya membuang segala bentuk sampah ke dalamnya. Perkara ini perlu diperbetulkan segera," tegasnya.

Perkhemahan anak istimewa

Posted:

Perkhemahan anak istimewa

Perkhemahan anak istimewa

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


seorang guru memberikan arahan kepada murid-murid yang menyertai perkhemahan sebelum melakukan aktiviti.


PROSES pembelajaran dan pengajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi juga boleh ditimba melalui kegiatan luar seperti perkhemahan melibatkan pasukan beruniform.

Aktiviti berkenaan merupakan satu bentuk proses pembelajaran yang mampu membantu meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dalam kalangan murid.

Bukan itu sahaja, program tersebut turut dijadikan medium bagi menangani stres selepas penat belajar.

Menyedari pendekatan tersebut mampu memberikan nilai tambah kepada murid, terutamanya murid istimewa, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas, Kelantan menganjurkan acara Perkhemahan Perdana Pendidikan Khas yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Nasarudin Talib.

Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan itu membuktikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) tersebut mampu mengikuti pelbagai aktiviti sekiranya diberi peluang untuk menyertainya.

Penolong Pegawai Bahagian Pendidikan Khas PPD Pasir Mas, Azman Mohd. Zain berkata, penganjuran aktiviti berkenaan dibuat bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan dalam mewujudkan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam kalangan murid istimewa terbabit.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama pihaknya menganjurkan program perkhemahan melibatkan MBK di daerah tersebut.

"Kita juga ingin memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid terlibat yang sebelum ini tidak pernah berpeluang untuk terbabit dalam aktiviti perkhemahan di samping memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.


sebahagian guru dan murid berkeperluan khas bergambar kenangan selepas tamat Perkhemahan Perdana Pendidikan Khas di SK Bukit Jarum, Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini.


"Selain itu, kita mahu mereka berdikari dan mempunyai keyakinan diri seperti murid normal melalui aktiviti yang diadakan sepanjang perkemahan ini," katanya.

Menurutnya, perkhemahan tersebut membuktikan anak-anak istimewa juga mampu berdikari dan mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan sebagaimana dilakukan oleh murid biasa.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah mendirikan khemah, membuat alatan perkhemahan, memasak dan membantu rakan menyiapkan tugasan.

Azman memberitahu, ibu bapa yang mempunyai anak dikategorikan sebagai MBK perlu memberikan sokongan penuh jika mereka ingin terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

Katanya lagi, masih terdapat segelintir ibu bapa yang kurang yakin dengan kemampuan dan kebolehan anak-anak istimewa tersebut.

Ujarnya, mereka sebenarnya boleh melakukan tugasan sama seperti anak normal sekiranya diberi peluang dan kepercayaan untuk menunjukkan keupayaan sebenar.

"Saya menyeru agar ibu bapa mengubah tanggapan tersebut dan menyokong penuh anak-anak mereka yang ingin terlibat dalam sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.

Azman berkata, perkhemahan tersebut yang diadakan selama tiga hari dua malam disertai seramai 147 MBK daripada 18 buah sekolah di daerah Pasir Mas.

Lawatan muhibah ahli Kesukma ke kampus UMS

Posted:

Lawatan muhibah ahli Kesukma ke kampus UMS

Lawatan muhibah ahli Kesukma ke kampus UMS


PARA ahli Kesukma yang menyertai lawatan Program Transformasi 1Malaysia bergambar selepas melawat UMS di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


MESRA. Seramai 110 ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma) mengadakan lawatan muhibah ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu baru-baru ini.

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada acara akhir Kesukma dalam siri Program Transformasi 1Malaysia selama empat hari di negeri itu.

Sepanjang berada di UMS, rombongan telah diberi penerangan oleh Ahli Jawatankuasa Kesatuan Kakitangan Am UMS mengenai sejarah dan perkembangan universiti tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Perubahan ketara luar dan dalam

Posted:

Perubahan ketara luar dan dalam

Perubahan ketara luar dan dalam

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

MODEL TRD turut ditawarkan kepada mereka yang mahu sebuah jentera sporty.


DENGAN tagline "Nilai Melangkaui Kebiasaan", sedan segmen B ini dilihat cuba untuk tampil berbeza. Selepas sukses selama sepuluh tahun, Toyota Vios kini sekali lagi mengujakan pengguna Malaysia menerusi generasi ketiganya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, Vios sememangnya berjaya mencipta gelombang populariti sehingga sekarang.

Walaupun menerima kritikan keras kerana perkadaran rekaan luaran yang secara pandangan kasarnya nampak seperti tidak seimbang, Vios tetap mampu mencatat jualan beribu-ribu unit sebulan tanpa sebarang masalah.


ISMET (dua dari kiri) bersama barisan pengurusan atasan Toyota Motor Corporation, Jepun dan UMW Toyota Motor pada majlis pelancaran Toyota Vios di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kejayaan itu nampaknya mula hendak diulangi oleh model terbaharu ini. Sejak dibuka pada 1 Julai lalu, UMW Toyota Motor telah menerima sebanyak 8,000 unit tempahan.

Justeru, tidak hairanlah jika UMW Toyota Motor optimis dan meletakkan sasaran jualan Vios baharu sekitar 36,000 unit pada tahun depan.

Purata jualan Vios sebelum ini cukup konsisten, hampir 30,000 unit setahun. Kenapa Vios boleh jadi begitu popular? Selain kekuatan jenama Toyota, nilai-nilai yang dibawa oleh Vios seperti penjimatan bahan api dan boleh dipercayai menjadi antara faktor utama pengguna Malaysia cukup berminat untuk memilikinya.

"Vios menjadi model Toyota paling laris bagi segmen kenderaan penumpang kecil bukan nasional. Enam daripada sepuluh pembeli di Malaysia bagi segmen berkenaan memilih Vios. Sehingga Ogos tahun ini, jumlah jualan Vios mencecah angka hampir 265,000 unit," jelas Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Vios dipasang di kilang milik UMW Toyota Motor iaitu Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) di Shah Alam, Selangor sejak 2003. Ini model yang amat penting. Buktinya sehingga kini, UMW Toyota Motor telah melabur sebanyak RM600 juta melibatkan pembelian peralatan berteknologi tinggi. Selain melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pengeluaran kilang secara keseluruhannya.

Untuk makluman, UMW Toyota Motor merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan bukan nasional yang memiliki kemudahan cetak badan kenderaan (body stamping) yang lengkap di Malaysia.

Malah, kandungan alat ganti tempatan bagi Vios juga telah ditingkatkan menjadi 50 peratus. Langkah peningkatan itu dibuat sebagai sokongan UMW Toyota Motor terhadap usaha kerajaan mempromosikan penggunaan sumber tempatan dalam industri pembuatan kereta.


SISTEM penentu kedudukan global membantu anda sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih tepat.


Ismet turut menyatakan bahawa pihaknya sentiasa mendengar maklum balas para pelanggan Toyota. Selain cuba sedaya upaya untuk memenuhi ekspektasi mereka. Usaha itu nyata berbaloi apabole Toyota menduduki tempat pertama dalam Indeks Kepuasan Pelanggan dalam kaji selidik JD Power baru-baru ini.

Vios ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.5J (MT), 1.5 J (AT), 1.5E, 1.5G dan 1.5 TRD Sportivo. Menurut UMW Toyota Motor, Vios 1.5J tidak mengalami sebarang kenaikan harga. Sementara varian-varian lain hanya menerima penyelarasan harga minimum. Harga Vios bermula dari RM73,200 hingga RM93,200 seunit.

Perubahan paling ketara pada Vios pastinya penampilan luaran yang kini kelihatan lebih dinamik dan berani. Bahagian hadapannya memiliki reka bentuk tiga dimensi (3D) dengan gril berbentuk trapezoidal. Rupa itu disempurnakan dengan sepasang lampu utama yang nipis. Ia seolah-seolah bersambung dengan gril bar berwarna krom.

Anda pasti gembira kerana lampu belakang Vios kini sudah ditukar. Ia lebih lebar dan bentuknya dapat diselarikan dengan bampar belakang dengan harmoni. Bagi meningkatkan aspek aerodinamik, Vios menggunakan bumbung berbentuk Catamaran yang membantu melancarkan aliran udara.


SUSUN atur ruangan dalaman telah ditingkatkan agar kelihatan lebih mewah.


Selain rekaan cermin sisi yang lebih aerodinamik, sirip penstabil aero turut dipasang bagi menghasilkan voltis (pusaran) udara di bahagian tepi kenderaan. Pusaran udara itu berfungsi menstabilkan postur kereta ketika dipandu pada kelajuan tinggi.

Kestabilan Vios juga banyak dibantu oleh suspensi topang MacPherson L-arm bebas pada roda hadapan dan jenis torsion beam untuk roda belakang.

Ruang kabin Vios telah direka sepenuhnya bagi menawarkan rasa mewah kepada pemiliknya. Walaupun tapak rodanya tidak berubah, tetapi ruang bahagian kepala, bahu dan kaki telah ditingkatkan.

Sesiapa sahaja pasti menghargai rekaan konsol tengah yang kini lebih menyerlah. Terdapat dua versi sistem audio yang ditawarkan, bergantung kepada varian yang anda pilih. Varian juga dibezakan oleh warna ruang kabin iaitu beige, hitam dan kelabu. Vios mencipta sedikit kelainan pada kabinnya apabila panel instrumen, kemasan pintu dan sterengnya dibalut dengan rekaan jahitan.

Perubahan paling besar adalah apabila meter klusternya yang sebelum ini diletakkan di bahagian tengah kini kembali berada di hadapan pemandu. Menurut Timbalan Ketua Jurutera Vios baharu, Takatomo Suzuki, perubahan posisi itu dibuat bagi menjadikan pemanduan Vios lebih sporty.


VIOS masih mengekalkan rangkaian kuasa bersesaran 1.5 liter.


Biarpun semua nampak seperti baharu, Vios sebenarnya masih kekal menggunakan enjin lama yang dipasang pada model sebelum ini. Toyota mendakwa enjin empat silinder 16 injap, DOHC dengan VVT-I bersesaran 1.5 liter itu masih mampu memenuhi keperluan penggunanya.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan Super ECT yang menjanjikan perjalanan lancar, atau transmisi manual lima kelajuan.

Tidak seperti dahulu, Vios kini terpaksa bersaing dengan banyak produk yang tidak kurang hebatnya dari segi nilai. Jadi, adakah Vios mampu berjaya seperti dua generasi sebelum ini, sama-sama kita lihat nanti.

Warna baharu Ducati Diavel

Posted:

Warna baharu Ducati Diavel

Warna baharu Ducati Diavel


HARGA asas bagi varian Diavel Stripe adalah RM116,888 seunit.


DUCATI Malaysia (Next Bike Sdn. Bhd.) baru-baru ini memberi nafas baharu kepada model Ducati Diavel menerusi pengenalan dua pilihan skema warna terkini untuk pasaran tempatan.

Dikenali sebagai Diavel Stripe, anda boleh memilih skema warna biru putih atau merah putih. Kedua-dua warna baharu itu dipadankan dengan rim berwarna putih sebagai pelengkap.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata, sehingga kini, pihaknya berjaya menjual sebanyak 550 unit model Ducati Diavel. Jumlah itu merangkumi empat varian iaitu Diavel, Diavel Cromo, Diavel Carbon dan model edisi terhad Diavel AMG.

"Kami mengunjurkan peningkatan jualan model Ducati dengan pengenalan varian Diavel Stripe," kata SM Faisal dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ducati Diavel 2013 yang didatangkan bersama tiga mode tunggangan berupaya menjana kuasa output maksimum sebanyak 162hp. Model itu turut dilengkapi sistem brek antikunci dan Kawalan Cengkaman untuk merealisasikan pengalaman tunggangan sporty.

Harga jualan asas model Ducati Diavel Stripe ialah RM116,888 seunit. Sempena ulang tahun ke-38 Naza, anda boleh mendapatkan model terhad pramilik Ducati Diavel pada harga permulaan serendah RM98,888 seunit.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ducati.com.my dan laman sosial: www.facebook.com/DucatiMY.

Informasi tambahan juga boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Ducati Malaysia di talian: 03-7956 7799.

Keanggihan kilangIsuzu Gateway Thailand

Posted:

Keanggihan kilangIsuzu Gateway Thailand

Keanggihan kilangIsuzu Gateway Thailand

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


PROSES mengecat kenderaan dilakukan oleh robot untuk hasil yang berkualiti tinggi.


SEDIA maklum bahawa Thailand merupakan pengeluar kenderaan yang utama di rantau ini. Sebahagian besar jenama pembuat kereta dari Jepun berada di sana.

Kos buruh berpatutan dan polisi kerajaan yang mesra pelabur nyata berjaya menarik perhatian mereka untuk melabur ratusan juta dolar dan membina kilang masing-masing di Thailand.

Pengeluar trak dan kenderaan komersial, Isuzu Motors Co (Thailand Ltd) turut mempunyai kilang di Thailand. Dikenali sebagai kilang Isuzu Gateway, ia menampilkan pelbagai teknologi pengilangan terkini Isuzu dalam penghasilan produknya seperti trak pikap Isuzu D-Max.

Isuzu sebenarnya telah membina kilang di Thailand sejak tahun 1963 lagi menerusi kilangnya di Samrong. Sejak itu, kedua-duanya menjadi kilang utama Isuzu di luar Jepun. Buktinya, dua buah kilang tersebut berupaya mengeluarkan sehingga 333,000 unit kenderaan setahun.


HAMPIR 95 peratus komponen kenderaan yang dipasang di kilang ini datangnya dari vendor tempatan.


Menurut Timbalan Presiden Isuzu Motors Co (Thailand Ltd), Kenichi Sosaoka, Isuzu telah melabur sebanyak RM869 juta untuk membina kilang Gateway. Kilang itu turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan apabila Isuzu menggaji sekitar 6,800 orang pekerja yang kebanyakannya orang Thailand.

Kilang Gateway bertanggungjawab mengeksport sekitar 200,000 unit D-Max baharu ke lebih 105 buah negara di seluruh dunia sejak dua tahun lalu. Berdasarkan kepada volum itu, kualiti amatlah penting bagi meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap jenama Isuzu.

Baru-baru ini, pengedar kenderaan jenama Isuzu di Malaysia, Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (Isuzu Malaysia) menjemput sekumpulan media untuk mengunjungi kilang terbabit.

Pastinya, peluang itu dimanfaatkan untuk melihat secara dekat beberapa teknologi canggih yang diguna pakai dalam menghasilkan produk Isuzu. Sebelum itu, semua peserta perlu memakai topi keselamatan dan masuk ke dalam satu bilik khas yang berfungsi menghilang segala habuk yang ada pada badan.


KILANG Gateway Isuzu ini mengaplikasikan teknologi perkilangan yang canggih.


Antara teknologi baharu yang penting di kilang Gateway Isuzu ialah Ro-Dip atau Rotation Dipping pada seksyen mengecat. Dengan teknologi Ro-Dip, rangka kenderaan dicelup ke dalam cecair kimia yang membentuk lapisan antikarat yang rata dan seimbang. Teknologi tersebut juga dikatakan membolehkan hasil cat pada badan kenderaan menjadi lebih cantik.

Harus tahu bawa tidak banyak pengeluar yang menggunakan teknik Ro-Dip di kilang mereka. Isuzu menyatakan bahawa teknologi itu mampu mengurangkan kos dan tenaga, berikutan ia tidak perlu lagi menggunakan teknik lebih mahal seperti clear coating, base coating dan surfacer.

Sebelum boleh melihat dengan jelas satu persatu rangka trak dimasukkan ke dalam cecair pada proses elektro deposit, kami terpaksa menaiki tangga yang agak curam. Proses Ro-Dip dilakukan pada bahagian atas bagi mengelakkan udara panas yang terhasil tidak meningkatkan suhu di dalam kilang. Sekali gus membuatkan pekerja tidak selesa.

Kunjungan itu juga memberi peluang kepada semua peserta untuk melihat secara dekat proses pembuatan trak pikap Isuzu D-Max generasi baharu dari mula hingga akhir.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


'Bukan kerana RM650,000'

Posted:

'Bukan kerana RM650,000'

'Bukan kerana RM650,000'

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my


MOHD. NOOR berjaya menamatkan perjalanan sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya.


KUALA LUMPUR – Tanggapan liar pihak-pihak tertentu yang menuduh Mohd. Noor Mat sanggup berjalan kaki sejauh 600 kilometer (km) kerana dijanjikan habuan wang sebanyak RM650,000 sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan cabaran Walk4Malaysia dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya.

Bagi Mohd. Noor, 47, tuduhan itu sebaliknya telah menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk berjalan kaki sehingga akhirnya berjaya menamatkan perjalanan sejauh 600km di Putrajaya semalam.

Dia yang bertugas sebagai pembantu rendah am di Yayasan Islam Terengganu berkata, tuduhan itu seolah-olah mahu memperlekehkan niatnya tetapi dia tetap tabah ketika memulakan perjalanan pada 22 September lalu.

"Apabila saya bernazar untuk berjalan kaki ke Putrajaya selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Julai lalu, saya tidak dijanjikan dengan apa-apa ganjaran wang tunai.

"Mesej utama yang saya ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan belia adalah semangat juang dan tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara, bukan ganjaran wang ringgit.


MOHD. NOOR (duduk dua dari kiri) menunjukkan sijil yang diterimanya selepas berjaya berjalan kaki sejauh 600km dari Kuala Besut ke Putrajaya semalam.


"Semua wang yang diterima daripada penaja bukan masuk ke dalam poket saya tetapi diuruskan oleh sekretariat dan saya difahamkan wang itu juga akan disumbangkan kepada rumah kebajikan," katanya ketika ditemui Kosmo! selepas menamatkan cabaran Walk4Malaysia di sini semalam.

Mohd. Noor menamatkan cabaran Walk4Malaysia dengan mengambil masa selama 13 hari yang bermula pada 22 September lalu di Dataran Kuala Besut. Beliau berhenti di 13 destinasi sebelum tiba di Putrajaya.

Ketibaannya disambut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Menurut Mohd. Noor, Walk4Malaysia bukan hanya bertujuan menunaikan nazarnya, malah ia menterjemahkan sokongan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak membantu rakyat.

"Apabila pemimpin telah mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat, mereka perlu membela nasib rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada kami," katanya.

Menceritakan pengalamannya berjalan kaki selama 13 hari dari Kuala Besut ke Putrajaya, Mohd. Noor berkata, dia terpaksa berjalan kaki sekurang-kurangnya 46 kilometer sehari.

Katanya, sepanjang perjalanan itu, dia terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuk dirinya mengalami kepenatan melampau selain tapak kaki yang melecur kerana cuaca panas.

Selain itu, dia turut mendakwa diganggu oleh makhluk halus sebanyak lima kali sepanjang perjalanan tersebut.

"Setiap hari saya memulakan perjalanan seawal pukul 6 pagi dan hanya akan berhenti rehat kira-kira 15 minit setelah berjalan selama empat jam sebelum menamatkannya sekitar pukul 11 malam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Zahid akui polis hilang 44 senjata

Posted:

Zahid akui polis hilang 44 senjata

Zahid akui polis hilang 44 senjata

Oleh MAHFUZ MOHAMAD
mahfuz.mohamad@kosmo.com.my


AHMAD ZAHID menunjukkan cara mengenal pasti keaslian sesuatu dokumen yang dicetak ketika melakukan lawatan kerja di PNMB di ibu negara semalam. Turut kelihatan Izham (dua dari kanan).


KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan tiada unsur penyelewengan atau rasuah dalam kes kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk senjata api yang kesemuanya bernilai RM1.33 juta.

Sebaliknya, menurut beliau, kehilangan aset-aset negara itu termasuk 44 senjata api berpunca daripada kecuaian dan kelemahan segelintir pegawai dan anggota polis ketika menjalankan tugas selain kelemahan prosedur operasi standard (SOP) dalam jabatan itu.

"Saya telah maklumkan kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) bahawa kita hendak perkemaskan semula SOP terhadap penjagaan senjata api untuk elak sebarang kecuaian selepas ini.

"Saya mahu selepas ini apabila Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan," kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang antara lain menyatakan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012. Aset terbabit termasuk 44 senjata api, gari (156 unit) dan kenderaan (29 unit).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Padah enggan berhenti

Posted:

Padah enggan berhenti

Padah enggan berhenti

Oleh ABD RAZAK OSMAN
razak@kosmo.com.my


ANGGOTA polis memeriksa Proton Gen 2 dinaiki tiga lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis di Taman Keladi dekat Sungai Petani, Kedah kelmarin.


SUNGAI PETANI - Cubaan tiga lelaki disyaki penjenayah memecut kenderaan sebaik diarah berhenti oleh polis memakan diri apabila seorang daripada mereka cedera ditembak dekat Taman Keladi di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, seorang remaja berusia 19 tahun terkena tembakan di bahu dan punggung manakala dua lagi rakannya dapat meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, sebelum kejadian, sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan kereta Proton Gen 2 tersebut yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di Taman Sejati Indah.

"Semakan mendapati kenderaan itu pernah digunakan untuk kegiatan samun dan rompak sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kraf Malaysia dapat sambutan antarabangsa

Posted:

Kraf Malaysia dapat sambutan antarabangsa

Kraf Malaysia dapat sambutan antarabangsa

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


SAPIE JUSOH menunjukkan koleksi kraf wau yang dihasilkannya.


PENGGEMAR barangan kraf tempatan masih berkesempatan untuk mendapatkan pelbagai barangan menarik dan unik pada harga berpatutan sempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman yang akan berakhir esok.

Program tersebut bermula sejak 27 September lalu di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dan ia dibuka seawal pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Antara produk kraf paling mendapat sambutan ialah barangan tekstil seperti batik sutera, tenunan dan songket.

Pemilik Batik Blok MJ, Siti Nureza Mohd. Razali, 28, berkata, sambutan orang ramai terhadap batik yang dijualnya amat menggalakkan.

"Sepanjang menyertai Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman ini, memang ramai pengunjung yang datang dan membeli batik. Saya gembira dengan peluang yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).

"Batik yang saya jual dicetak di Kota Bharu, Kelantan dan berharga RM25 hingga RM380 sepasang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Lebih tinggi

Dalam pada itu, pengusaha produk berasaskan herba, Goh Kok Keong menjual barangan sabun tanpa pengawet buatan sendiri.

Sabun herba itu mampu menyembuhkan alahan kulit, kedutan dan mencerahkan wajah serta menghilangkan jerawat. Ia dijual pada harga RM50 ke RM60 sebuku.

Baginya, hasil jualan yang diperoleh di program tersebut lebih tinggi berbanding di premisnya di Bazar Kejiranan, Subang Jaya, Selangor.

"Sepanjang menyertai program ini selama hampir 10 hari, saya berjaya menjual sabun herba hingga mencecah RM1,000 sehari.

"Saya harap program seperti ini diadakan lebih kerap bagi membantu usahawan kraf tempatan seperti saya memasarkan produk kepada orang ramai," katanya yang sudah tiga tahun menyertai program anjuran Kraftangan Malaysia itu.


KAIN tenun yang dijual di tapak lokasi Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Hiasan ini mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.


Promosi tersebut merupakan gabungan aktiviti yang mengetengahkan produk kraf bagi hiasan dalaman, dekorasi dan seni taman seperti seni bina landskap.

Peraduan

Produk berkenaan boleh disesuaikan untuk kediaman, ruang pejabat, hotel mahupun pusat peranginan.

Promosi yang masuk kali ketujuh dianjurkan itu menggunakan elemen kraf tempatan seperti tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam, komponen arkitek dan aneka barangan kraf.

Seramai 28 usahawan kraf menyertai aktiviti demonstrasi produk kraf membuat ukiran batu, patung, sangkar burung, gambus dan terompah Melayu di Aras B kompleks tersebut.

Bagi terus menarik minat pengunjung, pihak penganjur turut mengadakan beberapa peraduan menarik sepanjang tempoh promosi.

Antaranya, pertandingan ukiran buah, hiasan sarung kusyen, Craft Chef of The Day (yang berlangsung hari ini) dan congkak pada hari esok.

Promosi tersebut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, potensi pasaran bagi produk berasaskan kraf tempatan amat luas untuk diterokai.

"Nilai jualan kraf tempatan di dalam dan luar negara meningkat dari RM143.5 juta pada tahun 2011 kepada RM341.9 juta pada tahun lalu.

"Nilai jualan yang direkodkan sehingga Ogos lalu sudah mencatatkan sebanyak RM293.5 juta," katanya semasa berucap pada majlis perasmian promosi tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tok Gajah mudah singkir PKNS

Posted:

Tok Gajah mudah singkir PKNS

Tok Gajah mudah singkir PKNS

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KAPTEN Pahang, Jalaluddin Jaafar (kanan) mengasak penyerang PKNS, Patrick Ronaldinho pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.


PAHANG menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan Selangor PKNS dengan agregat 5-3.

Selepas menang 3-2 pada aksi suku akhir pertama di Kuantan, Pahang minggu lalu, Tok Gajah meneruskan momentum sedia ada dengan menewaskan PKNS 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam malam tadi.

Beraksi di depan 30,000 penonton, Pahang membuka tirai jaringan menerusi peledak import, Matias Conti hasil sepakan penalti pada minit ke-28.

Tonggak Harimau Malaya, Mohd. Azamuddin Akil terus memberi tekanan kepada PKNS apabila menjaringkan gol kedua Tok Gajah pada minit ke-59.

Tersentak dengan dua jaringan Pahang, PKNS kembali mempamerkan corak persembahan agresif dengan melancarkan asakan ke kubu pertahanan lawan.

Asakan bertubi-tubi itu memberikan hasil kepada PKNS apabila Khairul Azrin Khazali meledak gol pada minit ke-66.

PKNS terus bangkit bagi memburu gol dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan, namun gagal menambah sebarang jaringan sehingga tiupan wisel terakhir.

"Kejayaan ini hadir daripada 120 peratus komitmen barisan pemain Pahang. Saya sangat gembira kami berjaya mara ke pusingan separuh akhir.

"Kini saya berazam untuk membantu Pahang mara ke final," jelas Azamuddin.

Jurulatih PKNS, Abdul Rahman Ibrahim memberitahu, beliau tetap berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya meskipun tewas kepada Pahang.

"Saya tidak puas hati dengan jaringan pertama Pahang dan gol kedua mereka adalah hasil kesilapan pemain saya sendiri.

"Begitupun, saya tetap berbangga dengan pencapaian PKNS dalam saingan Piala Malaysia kali ini berdasarkan pemain sedia ada," katanya.

ATM 'bedil' Lions XII

Posted:

ATM 'bedil' Lions XII

ATM 'bedil' Lions XII

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

PENYERANG Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James muncul wira apabila meledak hatrik bagi membantu The Gladiators mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi, tiga gol yang disumbangkan Marlon membolehkan ATM menang 4-1 ke atas juara Liga Super, Lions XII.

Sebelum pertemuan di Selayang, Lions XII membawa bekalan satu gol selepas meraih kemenangan 1-0 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Kemenangan bergaya di Selayang malam tadi menyaksikan ATM melangkah ke saingan separuh akhir dengan agregat 4-2.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, beberapa percubaan merbahaya ATM pada awal perlawanan berjaya dinafikan oleh benteng pertahanan Lions XII.

ATM akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan gol apabila pemain pertahanan Lions XII, Hariss Harun tertampan bola ke gawang sendiri.

ATM terus melancarkan serangan ke kubu lawan dan hasilnya pada minit ke-32, Marlon berjaya menambah gol kedua The Gladiators selepas melepasi perangkap ofsaid.

Bersambung babak kedua, Lions XII mula memperkemas rentak permainan dan pada minit ke-49, Hafiz Abu Sujad berjaya menjaringkan gol buat pasukan pelawat.

Pada minit ke-70, Marlon membuktikan kewibawaannya selaku penjaring terbanyak Liga Super musim ini apabila berjaya menyempurnakan sepakan percuma dari sebelah kanan pintu gol Lions XII untuk gol ketiga ATM.

Marlon terus menjelmakan watak pemusnahnya apabila tenang memperdaya dua pertahanan lawan seterusnya melengkapkan jaringan hatrik pada minit ke-83.

Memasuki masa kecederaan, ATM terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Amiridzwan Taj Tajuddin dilayangkan kad merah kerana menyiku Fazrul Nawaz.

Kelantan laung benam Johor DT

Posted:

Kelantan laung benam Johor DT

Kelantan laung benam Johor DT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


HODAK (kanan) berkata sesuatu kepada kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.


KELANTAN mahu memadamkan kelebihan dua gol yang dimiliki Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak berkata, beliau optimis barisan pemainnya mampu bangkit dalam perlawanan tersebut, sekali gus menyekat kemaraan Johor DT untuk ke saingan separuh akhir.

Beliau berkata, kelebihan beraksi di tempat sendiri menjadi tonik paling berharga buat The Red Warriors untuk mencatatkan kemenangan seterusnya memadamkan kelebihan jaringan yang dimiliki skuad Harimau Selatan.

Menurutnya, moral barisan pemainnya kini berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan Johor DT.

"Segala kelemahan yang ada dalam aksi pertama tempoh sudah diperbaiki. Saya penuh yakin untuk perlawanan ini kita akan tampil dengan segala kekuatan yang ada.

"Walaupun ramai menganggap kita berdepan dengan tekanan dalam aksi kedua, namun bagi saya... kami tetap bermain seperti biasa sebagaimana menghadapi saingan sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Hodak mengakui, pasukannya perlu mendapatkan jaringan awal dalam perlawanan tersebut sebagai pembakar semangat untuk memadamkan kelebihan jaringan lawan.

Sehubungan itu, Hodak berkata, The Red Warriors harus menggunakan setiap peluang yang dimiliki dengan menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

"Kami tidak boleh melepaskan setiap peluang yang dimiliki dan saya berkeyakinan tinggi barisan pemain mampu melakukan tugas mereka dengan baik dalam perlawanan ini," ujarnya.

Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim tetap yakin anak-anak buahnya mampu bangkit untuk memadam kelebihan jaringan yang dimiliki Johor DT.

"Jika pemain beraksi dengan penuh semangat, kami mampu memadamkan kelebihan yang dimiliki oleh mereka. Tempoh 90 minit cukup panjang dan kami perlu manfaatkan setiap peluang yang dimiliki.

"Kalau kami dapat hasilkan jaringan awal dalam separuh masa pertama, kami mungkin mempunyai peluang lebih cerah dalam perlawanan tersebut," katanya.

Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin minggu lalu, Kelantan tumbang 2-4.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua mayat lelaki ditemui dalam bonet kereta

Posted:

Dua mayat lelaki ditemui dalam bonet kereta

Dua mayat lelaki ditemui dalam bonet kereta

04/10/2013 10:21pm

BAGAN SERAI - Pengunjung kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu arah selatan di sini gempar apabila dua mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam bonet sebuah kereta yang diletakkan di situ hari ini.

Mayat Ting Liong Chin, 28, dan Seu Hong Chee, 19, masing-masing dari Cheras dan Kepong itu ditemui dalam bonet kereta tersebut kira-kira pukul 4.05 petang.

Mayat kedua-dua lelaki yang dipercayai telah dibunuh beberapa hari itu ditemui dalam keadaan terikat kaki dan tangan selain muka ditutup dengan plastik lutsinar.

Mayat kedua-dua lelaki ini dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan. - KOSMO!

Swasta disaran wujudkan ekosistem keusahawanan, majukan bidang ICT

Posted:

Swasta disaran wujudkan ekosistem keusahawanan, majukan bidang ICT

Swasta disaran wujudkan ekosistem keusahawanan, majukan bidang ICT

04/10/2013 9:38pm

KUALA LUMPUR - Pihak swasta disaran membantu mengembangkan

idea kreatif golongan muda dengan mewujudkan ekosistem keusahawanan bagi memajukan bidang Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (ICT) di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ekosistem yang membawa maksud interaksi dan kerjasama antara pihak pengeluar idea dan pihak penaja akan membuka peluang perniagaan lebih besar kerana kreativiti di dalam ICT mendapat pasaran dunia serta pulangan lumayan.

Memberi contoh perkembangan laman Google dan laman sosial Facebook yang bermula di Amerika Syarikat beliau berkata, ramai anak muda sebenarnya memiliki idea dan potensi besar untuk mewujudkan peluang perniagaan seumpama itu.

"Kalau ada idea, idea itu boleh dipasarkan secara global, bantu bagaimana

idea itu boleh dikembangkan.

"Kita lihat di Amerika Syarikat dan sebagainya, Google, Facebook, Microsoft,

Twitter, dia gunakan satu idea besar dari seorang anak muda biasa yang tiada apa-apa tetapi dibantu oleh orang yang mempunyai modal, bukan kerajaan tetapi orang yang ada modal," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

Elak bibit perpecahan dalam Pemuda semasa pemilihan UMNO

Posted:

Elak bibit perpecahan dalam Pemuda semasa pemilihan UMNO

Elak bibit perpecahan dalam Pemuda semasa pemilihan UMNO

04/10/2013 8:45pm

ALOR SETAR - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berharap agar persaingan merebut semua jawatan Pemuda pada pemilihan UMN0 2013 berlangsung dengan sihat dan tidak timbul sebarang bibit perpecahan sehingga boleh menggugat perpaduan dalam kalangan ahli sayap parti itu sendiri.

Kata beliau, setiap calon yang bertanding perlu ingat bahawa perpaduan amat penting dalam sesebuah parti dan pemilihan kali ini perlulah berjalan dengan baik.

"Saya tidak mahu pemilihan kali ini menjadi bibit perpecahan seperti yang berlaku sebelum ini iaitu berpecah kepada tiga penjuru.

"Susah nak satukannya semula tetapi akhirnya kita berjaya menyatukannya semula," katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika berucap pada Majlis PenyampaianBantuan Pentadbiran Persatuan Belia dan Majlis Ramah Mesra bersama Belia di Dewan Besar MBAS di sini hari ini. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lelaki Jepun didakwa cuba seludup cicak

Posted:

Lelaki Jepun didakwa cuba seludup cicak

Lelaki Jepun didakwa cuba seludup cicak

SEBAHAGIAN cicak shingleback yang dirampas oleh pasukan kastam Australia ini bernilai tinggi di pasaran Asia.- Agensi


SYDNEY - Dua lelaki Jepun didakwa semalam kerana cuba menyeludup 30 ekor cicak keluar dari Australia.

Penyeludupan itu cuba dilakukan ekoran harga jualan semasa yang tinggi ditawarkan di pasaran gelap di Asia.

Pasukan Kastam dan Jabatan Perlindungan Sempadan Australia berkata, bagasi suspek yang berusia 38 dan 33 tahun itu diperiksa apabila mereka didapati kerap memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Perth di sini.

Dalam satu pemeriksaan X-ray, pegawai pemeriksa menemui 28 cicak shingleback, seekor cicak yang tidak dikenali jenisnya dan seekor cicak naga.

Seorang penyiasat kanan Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar Barat Australia, Rick Dawson memberitahu, rampasan itu bernilai lebih AS$122,000 (RM393,738).

"Kebanyakan cicak ini sangat dikehendaki di Asia. Ini kerana reptilia tersebut sangat senang dijaga, selain menarik dan eksotik," katanya.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua lelaki tersebut boleh dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sehingga AS$159,241 (RM513,928). - AFP

Dunia mula bimbang penutupan kerajaan AS

Posted:

Dunia mula bimbang penutupan kerajaan AS

Dunia mula bimbang penutupan kerajaan AS

DERETAN bangku yang kosong dilihat di taman awam National Mall di Washington semasa penutupan kerajaan AS masuk hari ketiga semalam.


HONG KONG - Dunia kini bimbang krisis penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membawa kesan ekonomi lebih meluas jika ia dibiarkan berlanjutan.

Kesan pembekuan bajet negara itu mula dirasai di seluruh dunia apabila sistem pengesanan gempa bumi global yang dibiayai AS kini ditutup.

Pembekuan bajet itu turut menyebabkan saintis-saintis AS menarik diri daripada persidangan antarabangsa serta memaksa Presiden Barack Obama menangguhkan lawatan ke dua buah negara rantau Asia Tenggara.

"Walaupun impak penutupan kerajaan ini masih terhad, kesannya akan lebih buruk dan meluas jika ia dibiarkan berlanjutan selama beberapa hari atau minggu," lapor agensi berita Xinhua merujuk kepada ekonomi AS.

Dalam pada itu, Kongres AS perlu mencapai persetujuan untuk menamatkan penutupan operasi kerajaan. Selain meningkatkan siling hutang AS melepasi angka AS$16.7 trilion dalam masa dua minggu lagi.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan risiko negara kuasa besar itu tidak dapat membayar hutang-hutangnya.

"Jika AS mungkir membayar hutangnya, negara itu akan hilang kredibiliti di mata dunia," kata pensyarah Pusat Kajian AS Universiti Sydney, David Smith.

"Jika dilihat begitu banyak hutang yang terkandung dalam sistem ekonomi AS, ia akan mendatang kesan buruk (di dalam dan luar negara)," tambahnya.

Dalam pada itu, ketua-ketua kewangan Eropah turut melahirkan kebimbangan penutupan kerajaan AS akan mengancam ekonomi negara itu dan ekonomi dunia.

Setakat ini, krisis di Washington itu memaksa ratusan ribu kakitangan awam bercuti tanpa gaji, muzium-muzim ditutup manakala penyelidikan saintifik turut terbantut. - AFP

Miley hanya mahu tumpu kerjaya nyanyian

Posted:

Miley hanya mahu tumpu kerjaya nyanyian

Miley hanya mahu tumpu kerjaya nyanyian

MILEY CYRUS di samping penerbit muzik, Mike WiLL Made It semasa mereka menghadiri Anugerah Muzik Video MTV di New York pada 25 Ogos lalu.


LOS ANGELES - Bintang terkenal, Miley Cyrus dikatakan enggan berlakon semula, sebaliknya dia hanya mahu memberi tumpuan dalam kerjaya nyanyian, lapor portal hiburan Entertainmentwise semalam.

Dia membuat pengakuan itu menerusi sebuah dokumentari, Miley: The Movement di saluran televisyen MTV di Amerika Syarikat malam kelmarin.

"Tidak akan melakukannya lagi. Saya hanya akan beri tumpuan pada bidang muzik sepanjang hidup saya," ujar Cyrus dalam doku- mentari berkenaan.

Bekas bintang siri televisyen Hannah Montana itu pernah membintangi beberapa filem termasuk The Last Song bersama bekas tunangnya, aktor Liam Hemsworth.

Dia juga pernah berganding dengan aktres Demi Moore menerusi filem LOL dan berlakon dalam So Undercover pada tahun 2012.

Penyanyi berusia 20 tahun itu juga menyumbang suara untuk filem animasi Studio Disney, Bolt.

Bagaimanapun, majoriti filem- filem lakonannya mendapat banyak kritikan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Tingkat kemampuan berbahasa Inggeris

Posted:

Tingkat kemampuan berbahasa Inggeris

Tingkat kemampuan berbahasa Inggeris

Oleh NIZHA PERIASWAMY

BAK peribahasa Melayu, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya', begitu juga dalam usaha menguasai sesuatu bahasa. Pendidikan bahasa itu perlu dimulakan sejak awal iaitu ketika anak masih kecil.

Di negara kita, penggunaan meluas bahasa Inggeris memerlukan ibu bapa mengambil pendekatan tambahan untuk meningkatkan kemahiran anak-anak berbahasa Inggeris. Inisiatif tersebut dapat membantu kanak-kanak membentuk rangkaian yang kukuh dalam mendalami kemahiran itu.

"Kami hanya menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi di rumah. Kelemahan kami berbahasa Inggeris turut memberi kesan kepada anak-anak. Di sekolah, anak-anak saya berkawan dengan kanak-kanak Melayu yang rata-rata latar belakang mereka serupa seperti kami," keluh Zailahwati Mohd. Misbah, 37, dari Meru, Klang.

Oleh yang demikian, dia dan suaminya, Sahabudin Saharudin, 37, menghantar anak mereka ke kelas bahasa Inggeris di Cambridge English For Life (CEFL) di Shah Alam.

"Pendedahan bahasa Inggeris yang profesional di pusat ini telah memberi kesan positif terhadap kemampuan anak-anak saya bertutur dalam bahasa berkenaan," ujar Zailahwati.

Menurutnya, kini, kesemua anaknya yang berusia 10, tujuh dan lima tahun bukan sahaja mula membaca buku berbahasa Inggeris malah keyakinan diri mereka turut meningkat. Sejak itu, mereka mula menyertai pelbagai pertandingan bahasa Inggeris di sekolah seperti bercerita dan mengarang.


GURU-GURU dilatih secara profesional oleh CEFL sebelum diserap sebagai tenaga pengajar.


Dalam pada itu, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta, Yasotha Devi, 44, memberitahu, dia berasa sedih apabila mendapati tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajarnya begitu lemah.

Pelaburan

Keadaan itu umpama satu "amaran" kepadanya agar menitikberatkan pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris kepada anak-anaknya.

"Saya menghantar anak-anak ke kelas tambahan, membeli buku-buku yang menarik dan melibatkan mereka dengan pelbagai aktiviti berkaitan bahasa Inggeris. Walaupun memakan masa, tenaga dan faktor kewangan, saya lihat ia sebagai satu pelaburan pada masa hadapan," kata ibu kepada dua orang anak berusia 13 dan 11 tahun itu.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa natif bagi lebih 350 juta orang. Kajian oleh Pakar Kamus, Susie Dent dari Universiti Oxford, United Kingdom, menunjukkan bahawa seorang yang berbahasa Inggeris menggunakan 20,000 perkataan daripada 500,000 hingga sejuta perkataan yang ditemui dalam bahasa itu.

Persoalannya, berapa banyakkah perkataan yang kita atau anak gunakan menunjukkan kemampuan dan perkembangan bahasa itu?

"Saya sendiri tidak pernah menyedari kepentingan untuk mendedahkan anak-anak ke kelas bahasa Inggeris selain di sekolah. Antara sebab utama ialah kos dan sejauh mana ia berkesan?" itu persoalan yang berlegar di pemikiran Adnan Yassin, 47, bapa kepada tiga orang anak.

Bermanfaat

Selepas dinasihati beberapa orang rakan, dia menghantar anak ke kelas tambahan.

Dia juga turut meluangkan masa membuat aktiviti dalam bahasa Inggeris di rumah. Cara tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada anak-anaknya malah kepada dirinya sendiri.


IBU BAPA di negara ini masih ramai yang kurang sedar kepentingan anak-anak menguasai bahasa Inggeris.


"Sebelum ini, anak-anak saya tidak meminati bahasa Inggeris, namun kini mereka menunjukkan perkembangan yang positif. Mereka juga seronok apabila saya turut serta melakukan aktiviti dalam bahasa Inggeris bersama mereka.

Bagi Mohd. Din Mohd. Layer, 46, yang merupakan seorang pegawai bank percaya minat terhadap bahasa Inggeris boleh dipupuk dengan amalan berkomunikasi secara konsisten.

"Anak saya, Mohd. Amiruddin, yang belajar di sekolah agama, pada mulanya enggan bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi kini, dia menunjukkan kemajuan yang baik.

"Dia yang berada di semester ketiga tahap Flyers di CEFL tidak lagi malu berinteraksi dalam bahasa itu malah minatnya membaca buku dalam bahasa Inggeris juga semakin meningkat tanpa perlu dipaksa-paksa," ujar Din.

Pada pendapatnya, usahanya menghantar anak-anak mengikuti kelas tambahan selain di sekolah merupakan satu tindakan yang betul meskipun memerlukan kos tambahan.

Stesen kerjaya mudah alih Kidzania Go!

Posted:

Stesen kerjaya mudah alih Kidzania Go!

Stesen kerjaya mudah alih Kidzania Go!

Oleh NIZHA PERIASWAMY


STESEN Nippon Paint mengajar peserta cara mewarna dan memilih tona warna yang betul.


RAUT wajah 200 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Tun Tan Cheng Lock dan SJK Tamil Tun Sambanthan yang bernaung di bawah Sekolah Wawasan USJ 15 di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor jelas menggambarkan keterujaan mereka kerana berpeluang bekerja pada hari itu.

Ada antara mereka yang menjadi pelakon iklan dan kru produksi, pegawai penghantaran, pereka bentuk dalaman, pakar optik dan perunding kewangan peribadi. Persekitaran kerjaya mereka pula hampir sama seperti tempat kerja sebenar, lengkap dengan segala peralatan yang diperlukan.

Pendedahan terhadap kerjaya menerusi aktiviti interaktif ini adalah sebahagian daripada program taman tema pembelajaran dan hiburan versi mudah alih, Kidzania Go!, anjuran Kidzania Kuala Lumpur.

Kidzania Kuala Lumpur ialah taman tema statik berskala besar yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Program Kidzania Go! telah dianjurkan di lebih 120 buah sekolah di seluruh negara dengan meraih penyertaan daripada lebih 108,000 murid sejak April lalu.

Majlis pelancaran Kidzania Go! yang diadakan di Sekolah Wawasan USJ 15 itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Perguruan), Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd. (TAR), Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin, Kidzania Go! disasarkan untuk murid sekolah rendah. Ia bertujuan memberikan pengalaman yang berbeza dan menarik buat mereka.

"Program interaktif di luar bilik darjah ini membolehkan kami mendekati lebih ramai kanak-kanak dan menyajikan pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan dan mendidik, bahkan membantu mereka membina keyakinan diri serta menyumbang kepada pembangunan kemahiran sosial, psikomotor dan kognitif," katanya.


KANAK-KANAK didedahkan dengan pelbagai perkara termasuk kepentingan pengambilan produk tenusu.


Bagi Raj Dev Kaur, 11, pengalaman paling menyeronokkan ialah apabila dia diberi peluang menjadi perunding kewangan di stesen CIMB Bank.

"Saya amat seronok kerana dapat menyertai aktiviti hari ini," katanya.

Sementara itu, Alda Lim, 11, mengakui pendedahan itu membantunya mengetahui dengan lebih jelas tentang sesuatu kerjaya seperti pakar optik.

Pelanggan stesen

"Saya belum menyertai sebarang aktiviti. Kalau ada stesen kerjaya untuk juruterbang pasti ia lebih menarik," kata Shazrul Affandy, 11.

Mohd. Daniel Mohd. Zubir, 11, pula berpeluang menjadi pelanggan stesen optik dan menerima layanan profesional daripada rakan-rakannya yang berlakon sebagai pakar optik.

Program Kidzania Go! pada masa ini ditaja oleh Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady Malaysia) dan disokong oleh Nippon Paint (M) Sdn. Bhd. (Nippon Paint), Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd. dan CIMB Bank Bhd.

Stesen Dutch Lady Malaysia menawarkan minuman coklat percuma manakala stesen Nippon Paint menyediakan ruang mewarna kepada para peserta.

Setiap sesi Kidzania Go! boleh memuatkan kira-kira 200 orang murid dengan usia sasaran dari 6 hingga 14 tahun.

"Ia dijalankan secara percuma di sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai aktiviti ini. Kami cuma memerlukan ruang untuk mengatur stesen-stesen ini.

"Buat masa ini, kami sediakan antara tujuh hingga lapan aktiviti dan dijangka meningkat dengan kemasukan syarikat-syarikat baharu yang akan menyokong usaha ini," ujar Ahmad Burhanuddin.

Tambah beliau, setakat kini, Kidzania Go! telah meliputi 58 peratus kawasan Lembah Klang, 28 peratus selatan tanah air dan selebihnya di negeri-negeri lain.

Semata-mata kerana Allah

Posted:

Semata-mata kerana Allah

Semata-mata kerana Allah


HIDANGAN nasi gidra dari Palestin air tangan isteri Muhd. Kamil, Roza antara menu yang disajikan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumahnya.


SALAM dari Madinah al-Munawarrah. Hampir kesemua jemaah haji Malaysia telah meninggalkan Madinah dan berada di Mekah bagi meneruskan misi menunaikan ibadat haji.

Tentu sekali kami menanti kumpulan kedua yang telah memasuki Mekah dan akan muncul di Madinah selepas usai menunaikan rukun Islam kelima itu. Kami mendoakan kesemuanya, insyaAllah, mendapat haji mabrur kerana anugerah-Nya tiada balasan kecuali syurga.

Tanda mendapat haji mabrur ini sering dikaitkan dengan perubahan. Contoh perbandingannya sangat mudah. Jika dahulu mereka tidak memikirkan untuk solat berjemaah di masjid, kini mereka melakukannya. Mereka sudah mula bertahajud dan berpuasa sunat.

Malah membaca al-Quran dan terjemahannya sudah menjadi amalan harian. Paling penting berjaya membersihkan hati berkarat yang sering menjadi punca kepada sifat dengki dan khianat, fitnah, buruk sangka dan sifat cemburu yang melampau.

Asasnya, mereka yang mendapat haji mabrur sepatutnya menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan meninggalkan segala larangan dan melakukan segala suruhan-Nya termasuk amalan-amalan wajib dan sunat.

MasyaAllah, Subhanallah, Allahuakbar. InsyaAllah, mereka yang mahu dan melakukan perubahan ini akan damai di hati. Kata kunci utama, perubahan dan peningkatan ini perlu dipertahankan sehingga dipanggil-Nya.

Mengikut aturan-Nya, itulah tanda-tanda ahli syurga yang merupakan anugerah Allah atas kemungkinan mendapat haji mabrur. Hakikatnya, ia satu anugerah dan rahmat Allah.

Benar, hampir setiap hari rumah kecil kami di Jabal Uhud menerima tetamu terutamanya dari Malaysia. Sesekali muncul tetamu dari Brunei, Indonesia, Singapura dan bangsa Melayu yang bermukim di United Kingdom.

Hampir kesemuanya tidak saya kenali. Mereka adalah khalayak pembaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Keinginan untuk bertemu dan bertamu tentunya bersebab.

Salah satunya kerana mereka ingin menyampaikan ucapan terima kasih atas penghasilan senaskhah buku yang telah menjadi penyebab untuk mereka berubah. Alhamdulillah.

Kami pula teruja menyambut kedatangan mereka kerana mahu meraikan tetamu Allah. Sungguh, kami teruja. Malah saya mahu mengamalkan apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang melayani tetamu yang tidak dikenalinya.

Ia diceritakan melalui ayat 69, surah Hud yang bermaksud: "Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang menggembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu."

Maka tidak lama selepas itu, baginda membawa jamuan untuk mereka iaitu seekor anak lembu yang dipanggang.

Namun, nun jauh di sudut hati ada niat yang lebih besar mahu kami sekeluarga sempurnakan. Kami mahu membina taman syurga di rumah. Bukankah baginda SAW pernah bersabda: "Apabila kamu melewati taman-taman syurga, perbanyaklah berzikir."

Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud taman-taman syurga itu?" Baginda menjawab: "Ia halaqah-halaqah zikir (majlis ilmu)."


LAKUKAN sesuatu dengan niat hanya kerana Allah demi mendapat keredaan-Nya.


Tazkirah

Lalu mereka yang bertamu ke rumah kami perlu mendengar tazkirah yang akan saya sampaikan sementara isteri, Roza Roslan, ke dapur menyediakan hidangan nasi Arab.

Menu Roza berbeza-beza kerana rumah kami hampir setiap hari menerima tetamu. Sudah dua tahun begitu. Mereka tidak bosan tetapi tuan rumah yang hampir muak jika tidak bertukar resipi.

Lalu Allah menganugerah ilmu buat Roza. Beliau berupaya memasak nasi Arab - mandi, kabsah, ozzie, kabuli atau gidra dalam tempoh 30 sehingga 40 minit. Dari situ, lahirlah buku masakan yang berjudul Aroma Antara Benua.

Selama 40 minit itulah tempoh tazkirah motivasi haji yang disampaikan kepada tetamu. Mudah-mudahan ia diterima Allah sebagai satu amal ibadat.

Ramai juga yang bertanya, "Prof. dan Kak Roza tidak penatkah menerima tetamu setiap hari?"

Selalunya kami tersenyum dan memberi jawapan ringkas, "Lakukan sesuatu semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah. Mungkin tiada makna untuk perkataan penat dan letih. Kami hanya meraikan sedikit tetamu Allah yang berkunjung ke Madinah."

Hakikatnya kami tersangat yakin betapa menggembirakan hati tetamu boleh melahirkan rasa damai di hati. Saya seronok menyampaikan pandangan bagaimana mahu mendapat haji mabrur melalui pandangan sisi yang berbeza.

Namun saya lebih teruja melihat mereka bergembira menikmati makanan lazat yang dihidangkan. Hidangan dari hati yang disediakan oleh Roza untuk tetamu yang tidak dikenali. Wajah Roza sentiasa ceria. Ia bukan satu beban.

Kedamaian hati bukan datangnya melalui ibadat khusus semata-mata. Menghilangkan sifat-sifat bakhil dan kedekut juga dapat mengatasi banyak perkara. Ia bukan sahaja soal kedekut wang ringgit tetapi melibatkan bakhil masa dan tenaga.

InsyaAllah, kita semua mempunyai hati yang damai. Nanti kita berkumpul di Firdaus. Sambutlah salam tulus ikhlas daripada kami di Madinah. Jika berada di Madinah, hubungilah saya melalui talian 05 0212 7721. Jika diberi kelapangan oleh-Nya dapatlah kita menikmati nasi Arab di rumah kecil kami.

Jumpa lagi minggu hadapan. Kami mohon keampunan-Mu Ya Allah.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved