Khamis, 26 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Angkut 10 juta penumpang sehari

Posted:

Angkut 10 juta penumpang sehari

Angkut 10 juta penumpang sehari

BERCUTI selama tujuh hari di Jepun pada akhir bulan Mac tahun lalu memberi peluang kepada Muhammad Akhbar Kamal merasai gaya hidup penduduk di negara itu.

Akuinya, sesiapa pun pasti teruja apabila melihat rakyat negara itu berlari-lari mengejar waktu tiba kereta api di stesen, terutama pada waktu puncak.

"Saya turut sama berlari lantaran semangat keghairahan mereka mengejar tiba-tiba terasa dalam diri," kata Muhammad Akhbar ketika dihubungi. Menurutnya, dia membeli pas pelancong Japan Rail (JR) untuk tujuh hari berharga 28,300 Yen (RM1,075) yang boleh digunakan oleh semua jajaran sama ada perkhidmatan dalam bandar ataupun kereta api peluru (Shinkansen) selain bas ekspres.

Dengan tiket tersebut dia mengembara antara bandar-bandar seperti Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hiroshima menaiki Shinkansen kecuali perkhidmatan Nozomi serta Mizuho.

Berada dalam Shinkansen tidak begitu terasa kelajuannya yang boleh mencapai 300 kilometer sejam, tetapi apabila berselisih dengan Shinkansen dari arah bertentangan pasti terasa daya yang terhasil.

Meskipun harganya agak mahal, tetapi ia sangat berbaloi kerana perjalanan sehala menaiki Shinkasen berharga sekitar RM500.

Ceritanya, perkhidmatan kereta api di negara Matahari Terbit itu sangat efisien terutamanya ketepatan waktu tiba, manakala indikator dipaparkan pada skrin Paparan Hablur Cecair (LCD). Bagaimanapun, kesulitan berlaku apabila sebatang pokok tumbang dan jatuh di landasan pada hari keempat Muhammad Akhbar di sana.


SYARIKAT subway mengambil masa setahun untuk menjalankan pemeriksaan di seluruh terowong kereta api.


Jadi, dia perlu mengambil perkhidmatan kereta api bawah tanah (subway) yang mempunyai laluan yang sama.

Tokyo mempunyai dua operator subway awam iaitu Tokyo Subway dan Toei Subway yang kedua-duanya membawa hampir 10 juta penumpang sehari.

Sistem-sistem kedua-dua operator itu mempunyai koordinasi yang bersambung dengan beratus-ratus stesen kereta api dalam bandar yang lain dan membawa 26 juta orang ke segenap metropolitan Tokyo.

Lapisan sistem rel yang bersambung-sambung memastikan ketepatan masa dipatuhi, kelewatan yang sedikit pada sebuah kereta api boleh memberi kesan terhadap perkhidmatan seterusnya.

Edar kad

Namun, apabila berlaku kelewatan walaupun seminit, pihak operator akan membuat pengumuman berserta ucapan maaf sehingga perkhidmatan kembali normal.

Syarikat kereta api akan mengedarkan kad-kad kepada penumpang supaya mereka dapat menyerahkan kepada majikan masing-masing akibat lewat ke tempat kerja.

"Jika berlaku kelewatan, kamu mesti mengejar masa yang lambat tadi. Aplikasikan kemahiran yang ada supaya anda dapat pulih daripada kelewatan," kata seorang pemandu kereta api, Shunsaku Hagita, 27.

Kereta api bawah tanah dikawal operasinya menggunakan komputer dan dipantau oleh pusat kawalan berpusat bagi meminimum risiko kesalahan manusia, ujar Hagita.

Pemandu-pemandu duduk di kokpit untuk memantau manusia pada dok komputer dan mengambil tindakan serta-merta jika berlaku kecemasan, kata Hagita.

Jika terdapat amaran gempa bumi, semua kereta api diberhentikan serta-merta.

Sekiranya ada jajaran kereta api bawah tanah yang tergendala, kereta api yang berada di laluan terlibat akan menurunkan kelajuan bagi memastikan gerabak berada pada jarak yang sama dan mengekalkan pergerakan penumpang dari satu stesen ke stesen lain.

Kaedah itu bagi mengelakkan para penumpang yang menunggu menjadi terlalu sesak di platform di stesen.

Rangkaian kereta api yang silang-menyilang di seluruh Tokyo boleh mengelirukan dan boleh menjadi tempat yang menakutkan kepada mereka yang tidak biasa.


TOKYO yang dihuni berjuta-juta penduduk mempunyai sistem pengangkutan awam yang sangat efisien.


Di bandar yang menyaksikan pergerakan berjuta-juta manusia dengan kereta api setiap hari, kejituannya harus sama dengan jam buatan Swiss supaya Tokyo dapat bergerak.

Sistem perkomputeran yang digunakan menyambung 13 jajaran. Ia mempunyai hampir 300 stesen yang meliputi trak sepanjang 195 kilometer.

Dalam erti kata lain, satu kereta api bagi tiap-tiap jajaran setiap dua hingga tiga minit ketika masa puncak.

Tepati waktu

Jurucakap rasmi subway berkata, budaya perniagaan Jepun dan nilai orang ramai terhadap ketepatan waktu menjadikan sistem subway di Jepun tidak mampu meniru negara luar.

"Subway merupakan bahagian terpenting dalam kehidupan seharian di Tokyo. Tahap keselamatan dan ketepatan masa merupakan harapan penumpang kami," kata jurucakap Tokyo Metro, Shogo Kuwamura.

Budaya menepati waktu yang ekstrem di Jepun barangkali susah untuk dieksport keluar, tetapi Tokyo Metro tetap melakukan perkongsian teknologi dengan negara luar yang mahu meningkatkan sistem mereka.

Delegasi China datang untuk mempelajari cara-cara meminimum kebisingan yang terhasil daripada kereta api supaya kerja penyelenggaraan lebih baik.

Firma Mesir pula berminat mengenai kaedah-kaedah meningkatkan efisiensi bagi penyimpanan bahagian-bahagian untuk dibaiki.

Tokyo Metro yang pernah menjadi salah satu kereta api bawah tanah juga membantu Vietnam dalam melancarkan sistem subway baharu di Hanoi.

Biarpun terkenal dengan ketepatan dan efisiensi, kereta api Tokyo tetap berdepan fakta bahawa ia begitu berhimpit-himpit umpama periuk tekanan.

Bagi Tokyo Metro, gerabak yang direka untuk membawa 150 penumpang perlu disumbat sehingga dua kali ganda ketika waktu puncak.

Gerabak wanita

Gerabak untuk wanita bagi mengelakkan lelaki miang disediakan selain papan tanda meminta telefon diletakkan dalam mod senyap ditampal bagi mengadakan persekitaran yang selesa.

Biar apa pun masalah atau kemajuan yang dicapai pada sistem pengangkutan awam Jepun, perkara menarik mengenai masyarakat di sana ialah kanak-kanak lelaki bercita-cita mahu menjadi pemandu kereta api.

Pada perspektif mereka, pekerjaan tersebut setaraf dengan pemain bola sepak, doktor dan anggota polis yang sering menjadi karier idaman.


PEMANDU duduk di kokpit untuk memantau manusia pada dok komputer dan mengambil tindakan serta-merta jika berlaku kecemasan.


"Saya membesar dengan melihat pemandu kereta api melakukan tugasnya, tiada yang pelik apabila saya mula bekerja sebagai pemandu.

"Apabila saya berkahwin dan memulakan keluarga nanti, saya mahu mereka menaiki kereta api yang saya pandu," kata Hagita.

Sementara itu, Bahari Pandak, 30, dari Kuala Lumpur berkongsi pengalamannya menaiki jajaran kereta api di Nagoya Jepun pada tahun 2006.

Biarpun memiliki pengalaman yang sedikit berbeza dengan Muhammad Akhbar, dia juga bercita-cita mahu menjadi pemandu kereta api ditakdirkan bekerja dalam bidang tersebut.

Dia yang sukakan teknologi dan sering melihat video berkenaan kereta api laju di laman YouTube berkata, dengan menjadi pemandu kereta api laju membolehkan dia memandu pada kelajuan yang tinggi yang tidak mungkin boleh dicapai di jalan raya biasa.

"Tetapi, perkara paling penting ialah rasa yang terbit apabila membawa penumpang yang ramai ke tempat yang ditujui.

"Sudah pasti mereka yang menaiki kereta api tidak mempunyai kenderaan sendiri. Ia lebih kepada rasa kemanusiaan," ungkap Bahari.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pertandingan lagu-lagu patriotik UMNO Cawangan Sungai Kuali

Posted:

Pertandingan lagu-lagu patriotik UMNO Cawangan Sungai Kuali

Pertandingan lagu-lagu patriotik UMNO Cawangan Sungai Kuali

PARA pemenang pertandingan lagu-lagu patriotik bergambar kenangan di Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian, Johor baru-baru ini.


LAGU PATRIOTIK. Seramai 11 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian, Johor baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan oleh UMNO Cawangan Sungai Kuali bertujuan untuk menyemarakkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan generasi muda, selain turut disajikan dengan pembacaan puisi oleh tetamu jemputan.

Mohd. Rafek Salleh, 30, dari Kampung Chokoh yang pernah beberapa kali menyertai pertandingan Bintang Asli dan Bintang RTM muncul juara dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.

Turut hadir, Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Piai, Mohd. Shafie Kadar; Ketua UMNO Cawangan Sungai Kuali, Petah Taha dan Penghulu Mukim Serkat, Roslan Bokari.

Bank Persatuan hulur derma kepada 900 mahasiswa

Posted:

Bank Persatuan hulur derma kepada 900 mahasiswa

Bank Persatuan hulur derma kepada 900 mahasiswa


YUSRA (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan dermasiswa daripada Bank Persatuan kepada seorang anak ahli bank tersebut di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


DERMASISWA. Seramai 900 pelajar menerima bantuan dermasiswa daripada Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad (Bank Persatuan) dalam satu majlis di Penang Golf Resort, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kesemua penerima terdiri daripada anak-anak ahli Bank Persatuan yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta.

Pengerusi Bank Persatuan, Datuk Yusra Sabar berkata, dermasiswa itu melibatkan peruntukan berjumlah RM179,600 dan merupakan antara faedah yang layak diterima oleh ahli-ahlinya.

"Ia sebagai bantuan dan galakan kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan sekali gus membanggakan keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui.

Pada majlis sama, Yusra turut menyampaikan cek Manfaat Takaful Mutiara Plus kepada waris dua ahlinya yang meninggal dunia.

55 jemaah haji dapat bantuan UMNO Bahagian Nibong Tebal

Posted:

55 jemaah haji dapat bantuan UMNO Bahagian Nibong Tebal

55 jemaah haji dapat bantuan UMNO Bahagian Nibong Tebal


ZAINAL ABIDIN (kiri) beramah mesra dengan jemaah haji selepas majlis penyampaian sumbangan dan tahlil di Masjid Pekan Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


SUMBANGAN. Seramai 55 bakal jemaah haji dari sekitar Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang menerima sumbangan daripada Pejabat UMNO Bahagian Nibong Tebal dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, majlis sumbangan tersebut merupakan antara program tahunan yang dilaksanakan oleh UMNO bahagian itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Jelasnya, sumbangan berupa wang tunai dalam bentuk mata wang Riyal dan kain pelikat serta kain batik itu diberikan bagi meringankan beban perbelanjaan bakal jemaah haji ketika berada di Mekah nanti.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Azizan meninggal dunia

Posted:

Azizan meninggal dunia

Azizan meninggal dunia

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

AZIZAN


ALOR SETAR – Setelah lebih empat bulan dirawat di hospital, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Allahyarham yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau disahkan meninggal dunia pukul 11.05 pagi akibat jangkitan kuman dalam darah dan kegagalan beberapa organ dalaman.

Keadaan Azizan, 69, mula kritikal selepas jantungnya terhenti pukul 3 pagi kelmarin sebelum sekali lagi mengalami masalah jantung pada pukul 12 tengah hari hari yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ketua kerani estet mati dibunuh

Posted:

Ketua kerani estet mati dibunuh

Ketua kerani estet mati dibunuh

Oleh MOHAMED SAARI
berita@kosmo.com.my

LABIS - Tanda tanya seorang wanita mengenai suaminya yang tidak pulang-pulang selepas keluar rumah untuk menemui rakan terjawab apabila lelaki itu ditemui mati akibat ditetak di tengkuk dan perut selain pergelangan tangan kanannya putus dalam kejadian di sebuah ladang di Ichijaya di sini semalam.

Mayat ketua kerani sebuah estet di Chaah, Unni Nesir Ali, 41, ditemui pada pukul 6.40 pagi oleh rakan-rakannya yang keluar mencari lelaki itu sebaik dimaklumkan mengenai kehilangannya oleh isteri mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lelaki mati di tepi kubur Hindu

Posted:

Lelaki mati di tepi kubur Hindu

Lelaki mati di tepi kubur Hindu

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui mati di tanah perkuburan Hindu Jalan Badaruddin, Kuching semalam.


KUCHING – Seorang lelaki yang sering mandi di kawasan Tanah Perkuburan Hindu, Jalan Badaruddin di sini ditemui mati dengan mayatnya hampir reput dalam keadaan terbaring dan separuh bogel semalam.

Mayat yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 40-an dan hanya memakai baju itu ditemui di tepi sebuah kubur pada pukul 8.40 pagi oleh orang awam.

Mangsa disyaki telah mati sejak tiga hari lalu.

Kawasan perkuburan tersebut terletak kira-kira 100 meter dari pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azraai dipanggil beri keterangan

Posted:

Azraai dipanggil beri keterangan

Azraai dipanggil beri keterangan

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my

AZRAAI tiba di pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya, Ipoh semalam bagi memberi keterangan.


SIASATAN terhadap tuduhan rasuah membabitkan pasukan Perak sampai ke kemuncaknya apabila ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bandar Meru Raya, Ipoh semalam.

Azraai yang memandu sendirian kereta Myvi berwarna jingga masuk ke kompleks agensi berkenaan kira-kira pukul 3 petang.

Namun, pada pukul 4.20 petang, Azraai dilihat keluar dari kompleks terbabit ke satu lokasi menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama tiga pegawai SPRM.

Azraai kemudiannya masuk semula ke bangunan tersebut pada pukul 5.40 petang.

Sehingga pukul 9.30 malam semalam, Azraai masih berada di pejabat SPRM dan usaha menghubunginya tidak membuahkan hasil.

Sumber SPRM Perak pula ketika dihubungi memaklumkan proses mengambil keterangan daripada Azraai selesai sebelum tengah malam tadi.

"Kita telah ambil keterangan semua pemain dan (keterangan) Azraai masih direkodkan. Beliau akan dibenarkan pulang selewat-lewatnya malam ini (semalam)," katanya.

Terdahulu, kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha diikuti pemain tengah, M. Yoganathan serta pemain-pemain lain secara berperingkat-peringkat dilihat masuk untuk memberi keterangan.

Shahrulnizam ketika ditemui selepas memberi keterangan berkata, siasatan itu tidak menjejaskan tumpuannya dan barisan pemain Perak yang lain.

"Siasatan kes ini tidak mengganggu tumpuan kami untuk menghadapi perlawanan.

"Pada saya, kalau mereka (SPRM) panggil beri keterangan, kita bagi kerjasamalah," katanya yang mengakui memberi keterangan lebih empat jam bermula pukul 2 petang hingga 6.15 petang.

Ditanya mengenai siasatan terhadapnya, Shahrulnizam menjelaskan, SPRM meminta dia memberi reaksi berdasarkan pengamatan prestasi pasukan dalam beberapa perlawanan terakhir.

"Mereka tanya ada rasa apa-apa atau nampak apa-apa," katanya.

Kelmarin, 12 pemain Perak selain penolong jurulatih, Chong Yee Fatt dan jurulatih kecergasan, M. Pubalan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan masing-masing.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengambil tindakan drastik dengan menggantung tugas Azraai dan semua pegawai skuad Seladang selama dua minggu berkuat kuasa Isnin lalu.

Gergasi Eropah tumbang

Posted:

Gergasi Eropah tumbang

Gergasi Eropah tumbang

Oleh TAUFIK SALIMIN
sukan@kosmo.com.my


TONGGAK Malaysia, Muhammad Firhan Ashari (kiri) bersaing dengan pemain England pada aksi di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.


MALAYSIA semakin hampir mengesahkan slot final Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2013.

Selepas melakar dua kemenangan berturut-turut, Malaysia meneruskan momentum sedia ada apabila membenam gergasi Eropah, England 3-1 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mula memasang impian beraksi di pentas final selepas terlebih dulu meraih kemenangan ke atas Argentina 4-2 dan Korea Selatan 5-1.

Pada aksi semalam, Malaysia mencipta jaringan pembukaan apabila pukulan sudut penalti pada minit kelapan disempurnakan oleh Muhd. Shahril Saabah.

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila sekali lagi dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-42.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Mohd. Izad Hakimi Jamaluddin untuk meletakkan tuan rumah selesa di hadapan.

Shahril menambah jaringan ketiga Malaysia pada minit ke-56 selepas bijak menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Pada minit ke-59, England memperoleh gol sagu hati selepas kapten, Andrew Bull menyudahkan pukulan sudut penalti.

Pengendali Malaysia, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, biarpun barisan pemainnya mempamerkan aksi kurang memuaskan, namun pukulan sudut penalti ternyata menjadi.

"Situasi itu juga membolehkan Malaysia memperoleh tiga gol hasil pukulan sudut penalti tersebut.

"Pada separuh masa pertama, pemain saya beraksi agak perlahan tetapi selepas memperoleh jaringan pertama, mereka mula agresif untuk terus mencari gol," katanya.

Mengulas lanjut mengenai peluang Malaysia pada kejohanan kali ini, beliau optimis skuad kendaliannya mampu melangkah ke pentas final.

"Saya berharap para pemain dapat mengharungi perlawanan bertemu India dan Pakistan nanti dengan sehabis baik.

"Tidak dinafikan kedua-dua pasukan itu bagus dan mempunyai pemain-pemain berpengalaman luas. Saya berharap pasukan saya boleh mengutip mata untuk membolehkan Malaysia ke final," katanya.

Sementara itu, Argentina dan Korea Selatan terikat dengan keputusan seri 2-2.

India pula meraih kemenangan besar selepas membelasah Pakistan 4-0.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, Malaysia kini memimpin saingan apabila mengutip sembilan mata.

India yang turut mengutip sembilan mata berada di tangga kedua manakala Pakistan di tangga ketiga dengan enam mata.

Tunggu kempen kelayakan tamat

Posted:

Tunggu kempen kelayakan tamat

Tunggu kempen kelayakan tamat

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIEhidayat.azmie@kosmo.com.my


RAJAGOBAL (kiri) kini hanya memberi tumpuan membimbing Harimau Malaya bagi mengharungi baki kempen kelayakan Piala Asia 2015.


SEBARANG spekulasi mengenai calon bagi menggantikan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal hanya akan dipertimbangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebaik kempen kelayakan Piala Asia 2015 berakhir pada bulan Mac tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, spekulasi sedemikian sewajarnya dihentikan segera bagi mengelak fokus Harimau Malaya mengharungi baki aksi kelayakan Piala Asia selepas ini terjejas.

"Sebarang spekulasi berhubung senarai calon (pengganti Rajagobal) selama ini bukannya dikeluarkan oleh FAM.

"Jadi, ada baiknya menunggu kempen kelayakan Piala Asia berakhir terlebih dahulu (sebelum membuat keputusan) sama ada kontrak Rajagobal disambung atau tidak," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada masa sama, Hamidin juga menegaskan, pihaknya menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang enggan menjanjikan sebarang kemewahan kepada pengganti Rajagobal selepas ini.

"Berhubung perkara ini, pihak FAM sentiasa senada dengan Tengku Abdullah.

"Jadi, setiap persoalan berhubung perkara itu hanya akan dipertimbangkan FAM sebaik kempen kelayakan Piala Asia berakhir," jelas beliau.

Kelmarin, Tengku Abdullah enggan menjanjikan 'bulan dan bintang' kepada mana-mana peneraju Harimau Malaya selepas ini sekiranya kontrak Rajagobal yang bakal tamat Disember depan tidak lagi disambung FAM.

Selain bekas jurulatih skuad utama Liverpool, Alex Miller yang menyatakan kesediaan untuk mengambil alih tempat Rajagobal, bekas pengendali Jepun, Phillippe Trouisser dan legenda Jerman, Rudi Voller turut menjadi antara calon hangat menerajui Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Troussier dikatakan hanya bersedia membimbing Harimau Malaya sekiranya memperoleh gaji bulanan sebanyak AS$126,805 (kira-kira RM416,000).

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding kesediaan FAM yang difahamkan hanya mampu mengeluarkan 'dana' sebanyak AS$18,000 (RM59,500) sebulan.

Dalam perkembangan lain, Hamidin menegaskan, beliau masih belum menerima maklum balas daripada Rajagobal dan juga pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal berhubung sesi latihan Harimau Malaya yang dikatakan bakal diadakan di lokasi 'rahsia' menjelang aksi berdepan Bahrain pada 15 Oktober depan.

"Mungkin ia hanya satu salah faham. Saya tidak rasa ia diadakan secara tertutup (bagi mengelak tekanan) daripada media.

"Mungkin kenyataan itu di salah erti, namun saya akan menunggu makluman daripada mereka (Rajagobal dan Subahan) terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


10 fakta menarik tentang Malaysia

Posted:

10 fakta menarik tentang Malaysia

10 fakta menarik tentang Malaysia

EZRA (kiri) tekun mendengar penerangan mengenai kehidupan kelawar di Rezab Hidupan Liar Krau, Raub, Pahang daripada seorang penyelidik.


TAHUKAH anda, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan salji sekiranya ia melanda ibu kota? Bagaimana pula Menara Berkembar Petronas menjadi konduktor pemancar kilat tertinggi di Malaysia? Tahukah anda, terdapat 140 bahasa yang ditutur oleh seluruh rakyat Malaysia dan hanya satu bahasa sahaja yang langsung tidak merujuk kepada keganasan?

Fakta tersebut telah dirungkai oleh pengacara dan penyampai radio, Ezra Zaid dalam rancangan 10 Things You Don't Know About Malaysia di saluran Astro 555 bermula sejak 17 September lalu.

Menerusi rancangan itu, Ezra bersama pengarah, penerbit dan editor Novista Sdn. Bhd., Harun Rahman telah mengembara ke seluruh negara untuk mendapat 10 fakta menarik mengenai Malaysia yang jarang diketahui oleh rakyat negara ini.

Rancangan televisyen itu bertujuan memberi maklumat mengenai sejarah Malaysia secara santai dan menghiburkan penonton.

Menurut Harun, pada asalnya, rancangan itu mahu mendedahkan 100 fakta tentang Malaysia tetapi ia dipendekkan kepada 10 fakta. Ia lebih sesuai dalam slot rancangan televisyen selama 30 minit.

"Setiap 10 fakta dipilih secara rawak dan kami menanyakan soalan-soalan tersebut kepada responden. Kebanyakan mereka hanya tahu dua daripada 10 fakta. Ia merupakan kaedah untuk menguji pengetahuan rakyat Malaysia melalui pertanyaan itu.


RANCANGAN itu juga memapaparkan keberanian Ezra merentasi jambatan gantung Gunung Kinabalu setinggi 3600 meter dari paras laut.


"Ezra mempunyai personaliti yang agak santai sepanjang mengacara program itu. Ezra diberi tugasan untuk memberi maklumat mengenai fakta dan dia berjaya menyampaikan dengan cara yang menghiburkan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Bagi pengacara rancangan itu, peluang mengendalikan rancangan itu merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana dia berdepan dengan pelbagai cabaran yang menyeronokkan.

"Sewaktu mengacarakan episod serangan lipas dan kelawar di rezab Hidupan liar Krau, Raub, Pahang, saya tidak menyangka bahawa serangga dan haiwan tersebut sememangnya hidup bebas terutamanya di gua-gua," jelasnya.

Antara fakta lain yang didedahkan dalam rancangan itu ialah jambatan gantung Gunung Kinabalu, serangga terpanjang iaitu Chan's Megastick, perkuburan haiwan peliharaan dan bulatan besar di Putrajaya.

Menurut Pengarah Penerbitan A+E Network Asia, Chris Humprey, pihaknya juga ada merujuk kepada pakar-pakar sejarah untuk mengesahkan kebenaran 10 fakta itu sebelum sesi penggambaran.

"Rakyat Malaysia pasti terkejut dengan fakta-fakta yang dipertontonkan. Rancangan ini juga mampu memupuk perasaan rakyat Malaysia agar lebih menghargai khazanah yang terdapat di negara ini," ujarnya yang menyelia kandungan asal tiga saluran televisyen Network iaitu History, Bio dan Crime & Investigation.

Ekspo tawar pakej perubatan

Posted:

Ekspo tawar pakej perubatan

Ekspo tawar pakej perubatan


EKSPO yang berlangsung di Pusat Konvokesyen Sunway Pyramid itu memberi maklumat kepada pelancong mengenai hospital di Malaysia. - Gambar hiasan


DIANJURKAN buat kali kedua pada tahun ini, Ekspo Pelancongan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIHTE) merupakan antara acara tahunan yang tercatat dalam kalendar pelancongan negara.

Ekspo yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan dan Kesihatan Malaysia (MHTC) selaku agensi utama kerajaan untuk membangunkan dan mempromosi industri pelancongan berteraskan kesihatan dan perubatan di Malaysia.

Ia merupakan platform untuk menggabungkan pihak yang terlibat dalam sektor pelancongan berteraskan kesihatan untuk memberi maklumat mengenai industri itu kepada orang ramai khususnya kepada pelancong asing.

Para pengunjung berpeluang memperoleh maklumat mengenai pakej-pakej penjagaan kesihatan dan perubatan yang disediakan di hospital-hospital swasta di seluruh Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Dr. Mary Wong, Malaysia merupakan sebuah negara yang menjalankan pelancongan yang disertakan dengan pakej perubatan dan kesihatan terbaik di rantau Asia.

"Kewujudan hospital-hospital pakar di seluruh negara memberi kemudahan kepada pelancong sewaktu bercuti di sini. Rawatan-rawatan yang ditawarkan di hospital swasta pula merangkumi pemeriksaan kesihatan, pembedahan kecil dan ortopedik.

"Kolaborasi pelbagai sektor seperti kesihatan, syarikat penerbangan, agensi pelancongan, insurans dan perhotelan dalam ekspo ini merupakan peluang terbaik untuk menjalinkan perhubungan perniagaan dan pembangunan pelancongan di negara ini," ujarnya dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di Sunway Resort Hotel dan Spa, Bandar Sunway baru-baru ini.

Bilangan pelancong yang terlibat dalam pakej pelancongan kesihatan dan perubatan di Malaysia semakin bertambah sejak tahun 2010.

"Tahun 2010 melihatkan seramai 393,000 orang pelancong, sementara tahun 2011 (583,000 orang pelancong) dan tahun 2012 (671,000 pelancong) yang melawat Malaysia menerusi pakej pelancongan kesihatan dan perubatan ini.

"Dianggarkan seramai 700,000 orang pelancong telah melawat Malaysia menerusi pakej-pakej yang ditawarkan MIHTE pada tahun ini," jelas Wong.

Maklumat lanjut mengenai ekspo yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Oktober 2013 ini dan pakej-pakej yang ditawarkan, sila layari laman web www.healthtravelexpo.com atau www.medicaltourism.com.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gempa bumi di Pakistan lahirkan pulau kecil

Posted:

Gempa bumi di Pakistan lahirkan pulau kecil

Gempa bumi di Pakistan lahirkan pulau kecil

SEBUAH rumah yang runtuh selepas gempa bumi menggegarkan bandar Awaran dalam wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan kelmarin.- REUTERS


QUETTA - Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Pakistan meningkat kepada sekurang-kurangnya 327 orang semalam selepas beratus-ratus buah rumah runtuh menimpa penghuninya di kawasan pedalaman dekat sempadan Iran, kata beberapa pegawai.

Gempa itu menggegarkan wilayah Baluchistan kelmarin dan turut dirasai di seluruh rantau Asia Selatan.

Bencana tersebut memusnahkan sejumlah kediaman dan menyebabkan daerah yang paling teruk terjejas, Awaran, terputus hubungan dengan dunia luar.

Gempa berkenaan amat kuat sehingga menyebabkan sebuah pulau kecil muncul di perairan Laut Arab.

"Kami mula menanam mangsa-mangsa yang meninggal dunia," kata Deputi Komisioner Awaran, Abdul Rasheed Gogazai semalam.

"Sebanyak 285 mayat telah ditemui di daerah Awaran setakat ini manakala 42 lagi dijumpai di daerah berdekatan, Kech," tambahnya.

Menurut Abdul Rasheed, lebih 373 orang turut cedera dalam bencana itu.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak tentera mengerahkan beberapa helikopter bersama beratu-ratus askar bagi membantu usaha menyelamat.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi itu berukuran 7.8 pada skala Richter.

Selepas gempa berlaku, penduduk di pesisir pantai dekat pelabuhan Gawdar berhimpun untuk melihat kemunculan pulau kecil tersebut.

Pulau batu dan pasir tersebut muncul selepas gempa bumi kuat itu. - Reuters

Ibu jual rumah zaman kanak-kanak Kurt Cobain

Posted:

Ibu jual rumah zaman kanak-kanak Kurt Cobain

Ibu jual rumah zaman kanak-kanak Kurt Cobain


RUMAH zaman kanak-kanak penyanyi kumpulan Nirvana, Kurt Cobain yang terletak di Aberdeen, Washington, Amerika Syarikat ini akan dijual pada harga RM1.6 juta.- AP


WASHINGTON - Peminat vokalis utama kumpulan Nirvana, mendiang Kurt Cobain bukan sahaja boleh membeli album 'super deluxe' Nirvana, malah mereka boleh memiliki rumah tempat Cobain membesar sempena ulang tahun Nirvana pada bulan ini.

Ibunya, Wendy O'Connor sedang berusaha untuk menjual rumah dua tingkat yang terletak di barat daya Seattle pada minggu ini.

Bagi membantu ia lebih mudah dijual, keluarga Cobain menawarkan kehidupan awal bintang muzik itu menerusi beberapa keping foto yang dirakam di dalam rumah berkenaan. Antaranya ialah gambar Cobain yang masih muda tersenyum sambil memegang gitar di dalam biliknya yang bersepah.

Rumah tersebut yang sebelum ini bernilai AS$67,000 (RM214,982) kini ditawarkan pada harga AS$500,000 (RM1.6 juta). Keluarga mendiang juga mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menjadikan rumah itu sebagai muzium.

"Kami membuat keputusan untuk menjual rumah ini untuk mewujudkan satu legasi untuk Kurt. Ya. Perasaan kami bercampur-campur kerana kami semua sayangkan rumah ini dan ia mempunyai banyak kenangan manis," kata kakak Cobain, Kim Cobain dalam satu kenyataan menerusi e-mel.

Kim juga memberitahu, keluarganya telah berpindah dari Washington. Jadi, mereka rasa sudah tiba masanya rumah itu dijual.

Ibu bapa Cobain membeli rumah tersebut pada tahun 1969 ketika Kurt berusia dua tahun. Dia tinggal di situ sehingga berusia sembilan tahun dan ibu bapanya bercerai.

Cobain membunuh diri pada usia 27 tahun ketika kejayaan kumpulan muzik grunge itu berada di kemuncaknya. - AP

Bekas lelaki paling gemuk ada kekasih

Posted:

Bekas lelaki paling gemuk ada kekasih

Bekas lelaki paling gemuk ada kekasih


PAUL MASON memegang sekeping gambar kekasihnya, Rebecca Mountain di London kelmarin.- Agensi


LONDON - Bekas lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 292 kilogram (kg) kini telah mempunyai seorang teman wanita, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Lelaki yang pernah memiliki berat badan 444 kg itu berkata, dia menemui wanita berkenaan, Rebecca Mountain selepas hilang separuh berat badannya.

"Saya jauh hati pada Rebecca selepas wanita berkenaan menghubungi saya di laman sosial Facebook," kata lelaki berusia 52 tahun itu.

Menurut Mason, wanita itu berminat untuk berkenalan dengannya selepas melihat dia muncul di kaca televisyen.

Rebecca, 40, tinggal di Amerika Syarikat yang terletak pada jarak 5,632 kilometer dari sini.

"Jarak yang jauh menyebabkan kami belum lagi bertentang mata," kata Mason yang kini mempunyai berat badan 152 kg.

"Namun, saya kini dilamun cinta, perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini pada saya," tambahnya.

Menurut lelaki berkenaan, dia berharap dapat menemui Rebecca suatu hari nanti.

"Personaliti, semangat dan kesungguhannya serta senyumannya membuat saya jatuh cinta," katanya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis berkas empat keldai dadah didalangi warga Nigeria

Posted:

Polis berkas empat keldai dadah didalangi warga Nigeria

Polis berkas empat keldai dadah didalangi warga Nigeria

26/09/2013 10:15pm

KUALA LUMPUR - Polis memberkas empat individu dan merampas dadah jenis syabu serta kokain bernilai RM1.5 juta menerusi operasi berasingan di Sepang dalam tempoh empat hari sejak Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, semua suspek yang berusia antara 20 dan 31 tahun itu dipercayai keldai dadah untuk satu sindiket yang didalangi warga Nigeria di negara ini.

Mereka yang ditahan ialah seorang lelaki dan wanita tempatan, seorang lelaki warga Nigeria dan seorang wanita rakyat Thailand, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

"Mereka ditahan dalam tiga tangkapan masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan di sebuah hotel di Sepang, susulan maklumat awam," katanya.

Katanya, polis percaya mereka direkrut oleh sindiket itu untuk membawa masuk dadah dari luar negara dan dipasarkan di negara ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Ibu pelumba reda pemergian anak selepas 5 hari koma

Posted:

Ibu pelumba reda pemergian anak selepas 5 hari koma

Ibu pelumba reda pemergian anak selepas 5 hari koma

26/09/2013 8:58pm

KUALA TERENGGANU - "Saya reda dan menerima kehendak Allah ini sebagai yang terbaik untuknya," kata Norhaida Mohd Noor, ibu kepada Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, pelumba muda yang meninggal dunia selepas lima hari kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang.

Norhaida, 44, yang ditemui pemberita ketika pengkebumian jenazah anak keduanya itu di sini hari ini, berkata beliau dimaklumkan arwah memanggil "ibu"

sebelum tidak sedarkan diri ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya pada hari kejadian.

Muhammad Izzat, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pukul 1.30 petang semalam.

Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Izzat yang beraksi dalam kelas 250cc Kejuaraan Motosikal Super Siri (MSS), dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan S. Satish, 44, pada pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan.

Akibat kemalangan itu, Satish meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada hari yang sama. - Bernama

KPDNKK kesan terdapat lebih 100 jenama rokok tiruan

Posted:

KPDNKK kesan terdapat lebih 100 jenama rokok tiruan

KPDNKK kesan terdapat lebih 100 jenama rokok tiruan

26/09/2013 8:54pm

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.

Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.

"Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.

Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nadiya jadi mangsa Kilafairy, Intan

Posted:

Nadiya jadi mangsa Kilafairy, Intan

Nadiya jadi mangsa Kilafairy, Intan

SESI fotografi khas yang diaturkan bersama Kosmo! pada minggu lalu agak istimewa kerana menggandingkan tiga pelakon wanita yang begitu dikenali ramai iaitu Nadiya Nisaa, Kilafairy dan Intan Ladyana.

Semasa fotografi berlangsung, terpancar kemesraan ketiga-tiga pelakon itu, meskipun baru kali pertama berlakon bersama-sama dengan memegang watak utama dalam telemovie Pengancam Perkahwinan.

Telemovie terbitan Mediaglo Production Sdn. Bhd. itu menceritakan tentang Melissa (Kilafairy) dan Arianna (Intan Ladyana) bersahabat baik ketika zaman persekolahan tetapi hubungan kedua-duanya mula dingin apabila masing-masing mempunyai sikap cemburu dan iri hati ketika mahu merebut jawatan sebagai ketua pelajar.

Permusuhan yang berlaku terus berlanjutan selama 15 tahun sehingga mereka mempunyai kerjaya sendiri. Melissa menjadi seorang perancang perkahwinan manakala Arianna pula bergelar jurugambar.

Kemudian, rakan kolej Melissa iaitu Maya (Nadiya Nisaa) bakal mendirikan rumah tangga dan dia dipilih untuk menjadi perancang perkahwinan Maya tetapi secara kebetulan Arianna pula menjadi jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Maya.

Pertemuan semula antara Melissa dan Arianna yang bermusuh sejak sekian lama telah menjejaskan segala persiapan perkahwinan Maya. Akibat tertekan dengan kerenah kedua-duanya itu, Maya yang menjadi mangsa mengambil keputusan untuk membatalkan majlis perkahwinannya.

Kisah selanjutnya dapat diikuti oleh penonton menerusi telemovie arahan Syahir Ismail dan Tam Suhaimi itu yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Maya HD 135 pada pukul 9.30 malam ini.

Kongsi pengalaman

Pertama kali digandingkan dalam sebuah telefilem, ternyata banyak cerita yang ingin dikongsi oleh ketiga-tiga pelakon utamanya iaitu Nadiya Nisaa, Kilafairy dan Intan Ladyana.

Nadiya memberitahu, antara faktor utama dia menerima tawaran berlakon dalam telemovie Pengancam Perkahwinan kerana jalan cerita yang ringan dan menarik.

"Apabila saya mendapat skrip telemovie ini, pertama sekali yang saya lihat adalah jalan cerita dan karakter yang perlu dibawa. Ternyata peranan membawakan watak sebagai Maya berbeza dengan karakter yang pernah saya lakonkan sebelum ini.

"Sebenarnya ia bukankah sebuah telemovie komedi, sebaliknya situasi yang berlaku dalam kebanyakan babak yang dipaparkan mampu mencuit hati penonton," ujarnya.

NADIYA NISAA bersetuju terbabit dengan telemovie ini kerana jalan cerita yang ringan dan menarik.


Berkongsi cerita tentang pengalamannya bergandingan dengan Kilafairy dan Intan, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Cun itu berkata, ia banyak memberi peluang kepada dirinya mengenali kedua-dua pelakon itu lebih dekat.

Jelas Nadiya, sepanjang berada di lokasi penggambaran, mereka banyak berkongsi pengalaman masing-masing berkenaan kerjaya dalam lapangan seni tempatan.

"Biasanya kalau kami bercerita, itu bukanlah sekadar berbual-bual kosong sahaja. Dengan cara sedemikian kami saling dapat mengenali diri masing-masing lebih rapat dan ia banyak membantu dari segi lakonan untuk telemovie ini," ujarnya.

Semakin akrab

Memegang watak sebagai seorang perancang perkahwinan bernama Melissa, pelakon Kilafairy mengakui dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Nadia Nisaa dan Intan Ladyana memang sudah lama dinantikan.

Jelas pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu, ketika Tam menyerahkan skrip dan membaca keseluruhan jalan ceritanya, dia mengakui amat teruja apabila diberitahu Nadiya dan Intan turut berlakon bersama-sama.

"Dalam telemovie ini, Melissa dan Arianna memang bermusuh kerana masing-masing merasakan diri sebagai seorang individu yang hebat sehingga Maya pula menjadi mangsa.

"Bagaimanapun, secara realitinya hubungan saya, Nadiya dan Intan semakin akrab apabila berlakon dalam telemovie ini. Pengalaman kali pertama dapat berlakon bersama mereka memang menarik," ujarnya.

Menjelaskan mengenai perkembangan kerjayanya pula, Kilafairy memberitahu, sekarang ini dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie Beranak Dalam Kubur dan kini sibuk memberi tumpuan butik pakaian Rack yang diusahakan bersama kakaknya.

INTAN LADYANA bukan sekadar berlakon, namun terbabit sebagai penerbit bersama Tam Suhaimi, Farish dan Sari Yanti untuk menerbitkan telemovie bercorak santai ini.


Projek sulung

Pelakon Intan Ladyana yang turut menyertai sesi fotografi berkenaan meluahkan rasa gembiranya kerana projek sulungnya bersama tiga orang rakannya itu akhirnya direalisasikan.

Ujar Intan, meskipun kini sudah bergelar seorang penerbit, namun tanggungjawab sebagai artis yang bernaung di bawah Metrowealth tetap diteruskan kerana kontraknya masih lagi belum berakhir.

"Ketika ini memang ramai yang melihat saya agak kurang berlakon Metrowealth tetapi saya masih lagi bersama mereka. Cuma, saya lebih banyak berlakon dengan produksi luar sekarang.

"Mengenai perkara ini, pihak Metrowealth memang menggalakkan saya berbuat demikian dan tidak terlalu terikat dengan mereka. Lagipun dengan cara ini akan membuka lebih banyak peluang kepada bakat-bakat lain yang bernaung di bawah Metrowealth," ujarnya yang memegang watak Arianna dalam telemovie tersebut.

Berkenaan dengan usaha terbaharunya itu sebagai penerbit, pelakon yang mula menjadi sebutan ramai ketika membintangi filem Adnan Sempit itu menyatakan ia merupakan lembaran baharu buat dirinya untuk melangkah lebih jauh dalam dunia hiburan tempatan.

"Saya sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama tujuh tahun dan berlakon dalam banyak drama, telemovie dan filem. Kini, saya perlu meluaskan lagi cabang seni dan peluang untuk menjadi salah seorang penerbit bersama rakan-rakan rapat sesuatu yang tidak harus dilepaskan," ungkapnya.

Keintiman Nadeem, Nora sehingga ke Myanmar

Posted:

Keintiman Nadeem, Nora sehingga ke Myanmar

Keintiman Nadeem, Nora sehingga ke Myanmar

Oleh HARYATI KARIM

NORA DANISH tidak mahu menyalahkan peminat jika mendakwa dia dan Nadeem bercinta kerana dia begitu terbuka berkongsi gambar dan aktiviti mereka menerusi Instagram masing-masing.


RAMAI yang tahu, pelakon Nora Danish membawa pulang 'kekasihnya' yang dikenali dengan nama Nadeem atau nama sebenarnya Nadim Mohamed Nazri ke kampung sebelah ibunya di Myanmar baru-baru ini.

Pemergian mereka turut diiringi ibu serta kakak Nora. Bagaimanapun, apabila Nadeem menemani Nora balik ke kampung, ramai yang membuat spekulasi mungkin hubungan mereka sudah berada pada tahap yang lebih serius.

Nora yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonannya bersama Farid Kamil, Bencinta di TGV, Sunway Piramid pada Isnin lalu tidak menyembunyikan perkara tersebut.

Secara terang-terangan, Nora mengakui membawa kekasihnya itu yang juga anak kepada Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ikut serta untuk menjaga keselamatan mereka semua memandangkan keadaan bergolak yang berlaku di negara tersebut.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Nora.

Kosmo!: Apakah tujuan Nora membawa Nadeem ke Myanmar?

NORA: Nadeem menemani saya ke Myanmar lebih kepada menjaga keselamatan kami memandangkan semua yang pergi adalah wanita. Myanmar sedang bergolak dengan isu masyarakat Islam Rohing- ya, jadi Nadeem dan rakannya menemani kami dan saya berbesar hati kerana rasa lebih selamat dengan kehadirannya.

Kenapakah anda ke Myanmar?

Saya ke Myanmar kerana moyang saya yang berusia 96 tahun telah meninggal dunia pada minggu lalu. Ibu saya memang teringin sangat untuk berjumpa dengannya tetapi asyik tertangguh sehingga dia meninggal dunia. Sekarang, ibu dalam proses untuk memujuk nenek saya di Myanmar untuk tinggal bersama kami di Malaysia. Selain itu, saya juga melawat kilang produk bedak Tanaka keluaran saya.

Bagaimanakah dengan penerimaan keluarga anda di sana terhadap Nadeem?

Sebenarnya kami ada masalah bahasa, hanya ibu saya yang faham dan fasih bahasa Myanmar. Mereka tidaklah berbual banyak sangat sebab lebih guna bahasa isyarat. Setakat apa yang saya lihat semuanya okey dan dapat menerimanya dengan baik.

Tidakkah anda rasa kalian terlalu terbuka dengan hubungan cinta kerana kerap berkongsi gambar bersama peminat?

Saya tidak salahkan sesiapa apabila orang bercakap tentang kami sebab semuanya salah saya sendiri yang gatal tangan memuat naik gambar kami berdua di Instagram. Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila Nadeem turut membuka akaun khas kami berdua untuk tatapan peminat.

Nampaknya Nadeem seperti sudah serasi dengan dunia glamor anda?

Alhamdulillah, memang dia boleh masuk dengan dunia saya, bahkan dia sekarang sudah ada peminatnya sendiri dan cukup rajin melayan mereka di Instagram (ketawa).

Jika sudah begitu, nampaknya kalian memang tidak menyembunyikan langsung percintaan kalian. Mungkinkah itu satu tanda kalian akan berkahwin tidak lama lagi?

Buat masa ini, kami tidak terfikir ke arah itu lagi kerana masing-masing sudah ada pengalaman dengan kegagalan perkahwinan sebelum ini. Jadi, banyak perkara yang harus kami ambil kira dan fikir sebelum ambil langkah seterusnya. Siapa yang tidak mahu berkahwin, doakan yang terbaik untuk saya.

Awie, Erra kembali bersatu

Posted:

Awie, Erra kembali bersatu

Awie, Erra kembali bersatu

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

AWIE dan Erra bakal berkongsi pentas untuk membangkitkan zaman kegemilangan mereka sewaktu terbabit dalam filem Sembilu.


PERTEMUAN semula Awie dan Erra Fazira dalam program bual bicara Tunggu Sekejap sekitar bulan Mac lalu bukan terhenti di situ sahaja.

Hero filem Sembilu itu kemudian telah menyunting Erra untuk sama-sama terlibat dalam sebuah konsert berskala besar yang dijangka berlangsung pada bulan Mac tahun depan di Istana Budaya.

Akui Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, dia sengaja menyunting Erra bagi mengembalikan sejarah silam mereka.

Bagaimanapun, sejarah silam yang dimaksudkan bukanlah ketika mereka bercinta dan bertunang dahulu, sebaliknya semasa sama-sama berlakon dalam filem pecah panggung, Sembilu.

Sejenak mengenai Awie dan Erra, mereka pernah bertunang pada tahun 1997 selepas bercinta selama empat tahun, namun pertunangan mereka putus pada tahun 1998.

Selain Erra, Awie turut menyunting penyanyi Ziana Zain untuk konsert yang berjudul Suara Kita itu.

"Selepas Erra hadir pada program Tunggu Sekejap, saya mula terfikir untuk mengajaknya dan juga Ziana mengadakan konsert. Saya teringin untuk kembalikan sejarah silam kami. Ketika suara dan lakonan kami berada di mana-mana sahaja iaitu di radio dan juga di panggung-panggung," tuturnya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Cinta Rimau hasil penulisan pertama kakak iparnya, Haliza Misbun di R.A Fine Arts The Gallery di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Bukan sekadar konsert, Awie turut merancang untuk menghasilkan filem bersama Erra dan Ziana bagi kesinambungan konsert tersebut.

AWIE berharap agar tiada pihak yang membangkitkan isu lama antaranya dengan Erra Fazira kerana perlu menghormati keluarga masing-masing.


Jangan kait soal cinta

Bagaimanapun, pinta Awie, agar perancangannya untuk mengadakan konsert dan projek lakonan bersama Erra itu tidak dikaitkan dengan soal cinta.

"Kalau boleh saya tidak mahu projek bersama Erra ini, orang kaitkan kami ingin kembali bercinta atau sebagainya. Kami masing-masing sudah ada tanggungjawab terhadap keluarga. Dia ada anak yang ingin dibesarkan, begitu juga saya yang sudah memiliki lima orang anak," tegasnya.

Bicara Awie lagi, perkara itu (menyanyi dan berlakon bersama Erra) juga sudah disuarakan dahulu kepada isterinya, Ruzana Misbun dan ia mendapat sokongan.

"Sebelum buat apa-apa program atau projek bersama Erra, saya terlebih dahulu bertanya pada dia (isteri). Dia cakap buatlah tapi jangan lebih-lebih," ungkap Awie sambil ketawa.

Mengulas lanjut mengenai konsert tersebut, ujar Awie, konsert yang bertemakan Italian Elegan itu bakal memuatkan lagu-lagu dalam filem lakonan mereka sebelum ini.

Selain itu, Awie turut memberitahu, akan menyelitkan susunan muzik Itali dalam konsert berkenaan untuk memberi muzik yang lebih segar kepada penonton.

Korban

Biarpun sibuk dengan pelbagai projek di bawah syarikatnya, namun, ketika diminta oleh Hans Isaac untuk berlakon dalam teaternya yang berjudul Supermokh The Musical, Awie tidak mampu menolaknya.

Bagi Awie, peluang untuk membawakan watak legenda bola sepak negara iaitu Datuk Mokhtar Dahari dalam teater yang bakal dipentaskan pada bulan November di Istana Budaya itu tidak harus dilepaskan.

Awie juga mengakui sanggup mengorbankan jambang yang disimpan sekian lama untuk menyerupai dirinya dengan legenda tersebut.

"Saya perlu menguruskan badan dan membuang jambang untuk menjadi seperti dia (Mohktar Dahari). Saya juga perlu memakai pakaian tahun 70-an seperti berseluar ketat untuk mengimbau tahun yang mengangkat legenda itu. Namun, bagi saya itu suatu pengorbanan untuk menjayakan watak terbabit," jelasnya kini sedang mendalami mengenai legenda itu.

Mengenali Mokhtar menerusi buku secara tidak langsung, ujar Awie lagi, dia merupakan seorang yang berwajah garang tetapi mempunyai hati yang baik.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved