Selasa, 24 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Penembak upahan professional tanpa empati

Posted:

Penembak upahan professional tanpa empati

Penembak upahan professional tanpa empati

Oleh Nizha Perias Wawy
nizha.periswamy@kosmo.com.my

LAPORAN-laporan muka hadapan akhbar tempatan yang mendedahkan kes mati ditembak mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini khususnya apabila kes-kes tembak ini melibatkan individu berprofil tinggi dan kakitangan awam berjawatan tinggi, misalnya kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya pada 26 April lalu.

Seolah-olah satu musim yang berterusan, kejadian-kejadian tembak secara dekat ini umpama tiada berkesudahan. Pelbagai spekulasi timbul setiap kali kes-kes tersebut mewarnai dada-dada akhbar.

Kekerapan kejadian yang dilakukan secara terbuka tanpa mengira persekitaran secara tidak langsung menunjukkan beberapa kelemahan. Antaranya, keupayaan memiliki senjata api yang mudah di negara ini dan penularan sindiket yang dipercayai menjadi pembunuh upahan.


KEJADIAN tembak di tempat-tempat terbuka mewujudkan kegusaran dalam kalangan masyarakat negara ini. – Gambar hiasan


Faktor mempengaruhi

Menurut Pensyarah Kanan, Bahagian Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku, Universiti HELP, Dr. J. Anasuya, dari segi kesan sosiologi, mereka yang terlibat dalam jenayah tembak terkesan dengan persekitaran, mahu diberi perhatian, rasa tercabar dengan rakan yang turut terlibat dalam jenayah yang sama dan kemahuan untuk memenuhi sesuatu melalui jenayah.

"Kegiatan tembak ini juga dipercayai banyak mempengaruhi generasi masa kini apabila mereka secara mendadak terdedah dengan realiti dunia luar, mudah mengakses kegiatan jenayah sama ada secara langsung atau tidak menerusi internet, filem-filem dan permainan video dengan elemen keganasan, mahupun dan pengaruh rakan sebaya. Kesan pendedahan ini meningkatkan nafsu mereka untuk mencuba," katanya.

Walaupun tidak pernah mengendalikan atau membuat penyelidikan berkaitan penembak, Anasuya akui, kumpulan penjenayah ini secara umum mempunyai psikologi yang hampir serupa dengan seorang pembunuh.

"Mereka yang terlibat dalam kes tembak ini boleh dibahagi kepada dua kategori. Pertama, penembak upahan yang melakukannya sebagai satu kerjaya. Kedua, ialah penembak berperasaan membunuh mengikut emosi," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


PENEMBAK yang diupah membunuh lazimnya terdiri daripada mereka yang mahir menggunakan senjata dan bijak merancang.


Tambah beliau, apabila seseorang itu memilih membunuh seseorang sebagai satu pekerjaan, dia tidak akan terikat dengan sikap empati atau kesan emosi. Ini kerana bagi mereka, sasaran itu hanya untuk wang.

"Mereka juga mungkin seorang penembak yang mahir dan teliti dalam merancang agar mudah terlepas daripada pihak berkuasa. Lagipun, mereka sukar dikaitkan dengan jenayah terlibat kerana merupakan orang yang tiada kaitan dengan mangsa," ujar Anasuya lagi.

Bagi kategori kedua, iaitu penembak yang mengikut emosi, kumpulan ini melakukannya atas dasar perasaan peribadi, balas dendam atau cemburu. Tindakan mereka lebih mudah dikesan kerana jenayah yang dilakukan tidak dirancang dengan baik dan tanpa memikirkan jalan keluar.

"Secara umum, penembak atau pembunuh, mempunyai personaliti seorang yang suka menyendiri, antisosial dan tidak empati kepada sesiapa. Namun demikian, ia berbeza dengan pembunuh upahan yang boleh terdiri daripada seorang yang berpelajaran, berstatus, suka bersosial dan mempunyai kemahiran misalnya dalam mengendalikan senjata," jelasnya.


PERASAAN marah dan berdendam juga dilihat sebagai salah satu faktor jenayah tembak.


Apabila ditanya tentang rasa bersalah atau kesal, Anusuya berkata, penembak upahan melihat sasaran mereka sebagai satu tuntutan tugas dan tidak lebih daripada itu.

Tiada kekesalan

Seorang lagi pensyarah, Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail, 53, dari Pusat Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia turut menyokong kenyataan bahawa pembunuh upahan tidak mempunyai sifat kekesalan kerana minda mereka seolah-olah sudah diaturcara sedemikian.

"Daripada penyelidikan saya terhadap banduan-banduan yang melakukan keganasan membunuh, kumpulan ini bersikap tidak kisah akan tindakan mereka. Bagi mereka, sungguhpun mengetahui terdapat kesan mendalam terhadap perlakuan itu, namun ia dianggap sebagai suatu perkara yang telah berlaku dan tidak boleh diubah," katanya.

Ujar beliau, sekiranya ada yang sesal, ia mungkin melibatkan banduan yang telah lama dipenjarakan, mendapat bimbingan agama dan dalam proses keinsafan.

Khaidzir bagaimanapun tidak menafikan masyarakat umum turut terkesan daripada pembunuh menggunakan senjata api ini. Masyarakat berasa tidak selamat dan takut apabila senjata api diperoleh atau digunakan secara mudah tanpa pengawasan atau kawalan.

"Namun, jika diteliti, membunuh menggunakan pisau, parang dan ilmu hitam merupakan antara kaedah membunuh yang digunakan sejak sekian lama. Tetapi pembunuhan menggunakan senjata api seperti pistol dilihat sebagai satu cara baharu dan semakin menonjol.

"Ia mungkin kesan daripada keterbukaan untuk mendapatkan senjata itu di pasaran termasuk melalui laman-laman web. Tidak cukup dengan itu, kaedah membuat senjata api juga banyak dikongsi di internet," katanya.

Kenal pasti masalah

Dalam pada itu, Pakar Kriminologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr. P. Sundramoorthy berkata, kekerapan paparan jenayah menembak di akhbar tidak bermakna angka tersebut meningkat, sebaliknya lebih menonjol berbanding dahulu.

"Kekerapan media melapor kes seumpama itu telah menarik perhatian umum secara besar-besaran. Ia turut menyedarkan orang ramai untuk bekerjasama dengan polis dalam menawarkan maklumat," katanya.

Bercakap dari sudut krimonologi, katanya, pihak penguat kuasa dan perundangan perlu mengena lpasti masalah akar umbi termasuk penularan kemasukan haram senjata api di Malaysia.

"Pengumpulan maklumat dan analisis memainkan peranan penting dalam perancangan jangka panjang untuk mengurang dan mengelakkan senjata diseludup ke dalam negara pada masa hadapan," katanya sebagai salah satu cara menangani masalah ini.

Meneliti motif pembunuhan bersenjata terutamanya yang menggunakan pistol, Sundramoorthy memberitahu, ia boleh berlaku di atas pelbagai sebab dan faktor misalnya persaingan dalam perniagaan, sifat cemburu, tamak, penipuan, korupsi, konflik geng dan kebencian.

Walaupun demikian, ujarnya, kejadian seperti tembak mati bukan merupakan suatu perkara baharu di arena global dengan kebanyakan kejadian disebabkan faktor-faktor yang hampir serupa.

Kajian secara global menunjukkan beberapa negara memegang rekod kes tembak tertinggi. Menurut data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Amerika Syarikat mempunyai rekod kes pembunuhan tembak sebanyak 9,146 kes pada tahun 2009. Tahun yang sama, Colombia dan Venezuela masing-masing merekodkan 12,808 dan 11,115 kes.

Tiga negara lain dengan kes bunuh tembak tertinggi adalah Brazil dengan 34,678 (tahun 2008), Mexico (11,309 kes pada tahun 2010) dan Thailand (20,032 kes pada tahun 2000).

Pameran seni terpanjang dunia

Posted:

Pameran seni terpanjang dunia

Pameran seni terpanjang dunia


SALAH satu arca yang menghiasi sudut stesen kereta api bawah tanah di Stockholm.


IA terletak jauh di bawah muka bumi dan menerima gelaran pameran seni artistik terpanjang di dunia. Bermula daripada arca patung dari Empayar Rom sehingga ke bunga tulip gergasi, pelbagai karya unik boleh dinikmati pengguna yang menggunakan sistem kereta api bawah tanah di Stockholm, Sweden.

Seramai 150 artis terlibat mempersembahkan bakat mereka di 100 buah stesen keretapi api bawah tanah yang merangkumi jarak sejauh 110 kilometer.

Matlamat mereka sama iaitu untuk menghibur, menarik minat dan mengalih perhatian puluhan ribu pengguna sistem pengangkutan berkenaan setiap hari.

"Stesen kereta api bawah tanah menjadi semakin penting dalam kehidupan masyarakat di sini," kata seorang artis, Ulrik Samuelson, 78.

Dia bertanggungjawab mereka bentuk laluan pejalan kaki di Stesen Kungstraedgaarden pada tahun 1977. Menariknya, keindahan dan keunikan seni tersebut terus diperkatakan sehingga kini.

Warganegara Sweden itu, yang pernah menyertai pameran seni di New York hingga ke Paris, sememangnya gemar menghasilkan karya yang luar biasa bagi menarik perhatian orang ramai.

Dia mengecat laluan pejalan kaki bawah tanah dengan corak jalur putih, hijau dan merah serta menghias dindingnya dengan arca dan serpihan bangunan. Karya seni berkenaan menggambarkan sebuah istana abad ke-17 yang pernah wujud di tapak laluan tersebut.

Kira-kira 10 tahun kemudian, dia membina struktur sebuah gua kecil, menanam pokok-pokok tropika dan meletakkan patung-patung serta serpihan bangunan yang dikutip dari sebuah bandar lama di daerah itu yang telah musnah pada tahun 1950-an.

"Ruang ini boleh digelar sebagai Forum Romanum atau mungkin, Forum Stolckholmium," kata Johanna Malmivaara, pemandu pelancong bagi syarikat operator sistem kereta api bawah tanah itu.

Karya seni unik


LALUAN pejalan kaki di Stesen Kereta Api Kungstraedgaarden dihias indah dengan hasil karya seni kreatif pelukis Ulrik Samuelson.


Samuelson menghasilkan pelbagai karya unik yang memenuhi lebih separuh daripada stesen atau laluan pejalan kaki kereta api bawah tanah di bandar raya itu. Ada antara rekaannya dihasilkan pada tahun 1950-an, ketika stesen kereta api bawah tanah pertama dibuka.

Selepas perkhidmatan pengangkutan itu berkembang sekitar tahun 1960-an dan 1970-an, terdapat kebimbangan apabila orang ramai enggan menggunakan laluan pejalan kaki bawah tanah.

"Kedudukannya yang jauh ke bawah menimbulkan perasaan gerun kerana mereka menyifatkan seolah-olah berada dalam dunia yang gelap.

"Mengambil kira pandangan itu, pihak berkuasa bertindak mewujudkan persekitaran yang lebih menyeronokkan. Salah satunya adalah dengan mempamerkan pelbagai karya seni yang unik dan menarik," jelas Malmivaara.

Hari ini, syarikat operator yang bertanggungjawab mengendalikan stesen-stesen kereta api bawah tanah itu menanggung kos penyelenggaraan tahunan yang mencecah AS$1.6 juta (RM5 juta) bagi memulihara lukisan-lukisan elektik, arca, mozek dan tekstil di situ.

Namun demikian, tidak semua penduduk di Stackholm mengambil peduli mengenai kewujudan karya-karya berkenaan. Kebanyakan pengguna lebih selesa membelek akhbar dan leka bermain telefon pintar mereka berbanding memerhatikan persekitaran sekeliling.

Bagaimanapun, kehadiran seni itu berjaya mengubah landskap sistem kereta api bawah tanah sebagai tarikan utama pelancong asing, termasuk golongan selebriti. Ratu pop terkemuka, Madonna misalnya pernah menjalani penggambaran di Stesen Hoetorget dan T-Centralen sewaktu pembikinan klip video lagu Ray of Light yang popular pada tahun 1998.

Pemilihan tema


BAGI menyuntik kelainan, pelukis Ulrik Samuelson memilih tema lukisan yang berbeza-beza.


"Kami tidak pernah melihat karya seindah ini," kata pasangan pelancong dari California, Amerika Syarikat, Fay dan Paul Krivonos.

Kata mereka, biarpun pernah melihat karya yang sama di stesen kereta api bawah tanah di Moscow, Rusia, namun seni yang dihasilkan dilihat lebih berunsurkan propaganda.

Setiap stesen mengetengahkan tema yang berbeza. Misalnya, Stesen T-Centralen yang dibina pada pertengahan tahun 1970-an memberi fokus tema agitprop iaitu gabungan seni dan propaganda.

Kawasan pergunungan Atlas di Maghribi pula menjadi inspirasi artis, Sigvard Olsson yang tampil dengan karya berbentuk ikan salmon berwarna merah jambu di Stesen Raadhuset. Sementara itu, Lasse Lindqvist pula selesa memilih tema sukan di Hentian Stadshagen, Sweden. Di sana terdapat arca pasukan hoki ais, perenang dan peluncur ski yang dihasilkan daripada kertas-kertas aluminium.

Sebanyak tujuh buah stesen dikhaskan untuk memaparkan perubahan tema setiap tahun. Salah satunya, Hentian Odenplan yang turut menawarkan peluang kerjaya kepada empat pelajar seni yang baru menamatkan pengajian selepas terpilih menganggotai kumpulan seni berkenaan.

Bagaimanapun, kepuasan penumpang tetap menjadi keutamaan pemaju projek dan artis-artis yang terlibat.

"Pameran seni begini sesuai bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke pameran atau galeri seni," kata Samuelson. – AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Fokus promosi, material bacaan berkualiti

Posted:

Fokus promosi, material bacaan berkualiti

Fokus promosi, material bacaan berkualiti

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my

PERBINCANGAN mengenai sama ada internet akan mengambil alih tugas media cetak sudah begitu banyak dibincangkan.

Seperti yang dijangka, jawapan dan hujah yang diberikan jarang sekali mencapai titik temu. Satu ke barat dan satu lagi ke timur.

Ada orang yang selesa menatap skrin komputer, tablet atau telefon pintar. Tetapi, ada juga yang lebih senang memegang kertas dan membelek setiap halaman demi memenuhi keinginan membaca.

Pada tahun 2010, taikun media veteran Amerika Syarikat (AS), Sumner Redstone meramalkan akhbar dan media cetak lain akan berkubur dalam tempoh dua tahun kerana peranannya diambil alih oleh internet.

Alasan Redstone berpaksikan aspek tekanan kos dan trend pengiklanan. Akhbar serta majalah secara relatifnya lebih mahal untuk dihasilkan dan diedar. Itu belum dicampur dengan kos para pekerja yang terlibat dalam kitaran penghasilan bahan bacaan tersebut.

Redstone berpendapat, perolehan daripada pengiklanan dan langganan sudah tidak lagi cukup untuk menyokong operasi sedia ada, apatah lagi untuk membuat untung.

Berbeza dengan laman web, ia tidak memerlukan kos operasi dan penyelenggaraan yang banyak.

Jadi, untuk kekal relevan, perubahan dan adaptasi terpaksa dibuat. Itulah realiti yang berlaku di AS dan Eropah sekarang.

Namun, editor kanan agensi berita Reuters, Jack Shafer tidak bersetuju. Shafer menyifatkan pembacaan elektronik sebagai superfisial. Beliau juga menganggap media cetak terutama akhbar menuntut lebih perhatian dan berhubung dengan pembacanya. Inilah antara sebab kenapa ia akan tetap diminati.


ARTIKEL dalam Mekanika Malaysia melibatkan semua segmen kenderaan.


"Akhbar juga mendedahkan anda kepada topik-topik dan idea yang tidak akan anda cari sendiri di internet," jelas Shafer.

Jelas, pengasas laman web pemotoran berbahasa Melayu, Afzannizam Zainuddin, 31, dan rakannya, Ridhwan Nagib, 26, menyokong ideologi Redstone.

Biarpun masih kabur bilakah internet akan menjadi begitu berkuasa, mereka berdua yakin laman web sebegini mempunyai potensi yang cukup besar.

Sebenarnya, sesi sumbang saran untuk membangunkan laman web www.mekanika.com.my (Mekanika Malaysia) tercetus pada Disember 2012. Sebulan kemudian, Mekanika Malaysia lahir dan beroperasi secara rasmi.

"Saya menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) untuk tujuan pemprosesan, penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai bahan bacaan laman web ini," kata Ridhwan yang merupakan graduan jurusan Sains Komputer Media Interaktif dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Enam kategori

Fokus utamanya adalah untuk berkongsi perkembangan automotif semasa, terutama di pasaran tempatan selain melaporkan apa yang berlaku dalam dunia pemotoran antarabangsa. Ia juga menyediakan satu kolum khas untuk peranti atau gajet.

Menurut Afzannizam yang lebih selesa dipanggil Nizam, penghasilan laman web itu dicetuskan atas rasa prihatin dan reaksi terhadap kurangnya sumber maklumat berkaitan skop yang dinyatakan dalam bahasa Melayu.

Melihat dari sudut pembaca pula, beliau berpendapat sumber bacaan di laman web sedia ada jarang memberi penekanan kepada kualiti laporan. Malah, tingkat penggunaan bahasa itu sendiri kadangkala tidak dihiraukan.

Keistimewaan Mekanika Malaysia terletak pada variasi kandungannya. Bagi memudahkan pembaca mencerna apa yang dibaca, material dibahagikan kepada enam kategori iaitu buletin, modifikasi, motosikal, prebiu atau pandu uji, automotif dunia dan peranti. Pastinya laman web tersebut boleh dijadikan sumber utama para pembaca.


NIZAM (baju biru) bersyukur kerana usahanya mendapat sokongan rakan-rakan.


"Cabaran paling besar kami, pastinya kekangan masa untuk mengemas kini laman web ini dengan bahan bacaan yang berkualiti pada setiap hari.

"Promosi berkesan juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Kami terpaksa memikirkan sesuatu yang berbeza demi menaikkan jumlah kunjungan ke laman web ini," jelas Ridhwan.

Katanya, usaha memperkenalkan laman web itu dimulakan menerusi penganjuran peraduan Mekanika Malaysia - Shell Helix. Berlangsung selama sebulan pada Mei lalu, lapan pemenang bertuah dihadiahkan dengan sebotol minyak pelincir Shell Helix bernilai RM218. Pembaca hanya perlu menjawab soalan-soalan mudah berdasarkan video Shell Helix Driven to Extremes di YouTube.

Memanfaatkan kemahiran fotografinya, Nizam tahu bahawa peminat fesyen memang ramai. Jadi, beliau cuba untuk menggabungkan elemen fesyen dengan kereta. Bagi tujuan itu, Nizam pernah bekerjasama dengan butik Shawn Sinar Sutera dan pereka fesyen, WanPa dalam beberapa sesi fotografi.

Aspek promosi diperkukuhkan menerusi kerjasama dengan pengeluar kenderaan. Mekanika Malaysia dijadual akan turut sama mempromosikan kempen hibrid Honda iaitu The Honda Hybrid Family Road Trip 2013 yang dijangka berlangsung hingga akhir tahun ini.

Memandangkan Mekanika Malaysia masih terlalu baharu, purata pelawat setiap hari adalah sekitar 200 sehingga 300 kunjungan.

Namun, dengan pendedahan dan promosi berterusan yang telah dirancang, Nizam dan Ridhwan yakin jumlah pelawat akan terus meningkat pada masa hadapan.


GABUNGAN elemen fesyen dan jentera terbaharu di pasaran.


"Tentunya kami berhasrat untuk mengembangkan lagi liputan laman web ini dan menarik lebih ramai pengunjung.

"Di samping itu, kami juga berharap Mekanika Malaysia diberi peluang oleh para pengeluar kenderaan, gajet dan pengiklan untuk sukses seperti laman web pemotoran berbahasa Inggeris," kata Nizam.

Banjir terburuk di Rusia

Posted:

Banjir terburuk di Rusia

Banjir terburuk di Rusia


HUJAN lebat sejak Julai lalu menyebabkan wilayah Timur Jauh Rusia dilanda banjir terburuk dalam tempoh 120 tahun.


HUJAN lebat dan berterusan yang melanda Rusia dan China sejak penghujung Julai lalu menyaksikan paras Sungai Amur sungai kesepuluh terpanjang di dunia, meningkat kepada paras tertinggi dalam sejarah.

Keadaan itu menyaksikan keseluruhan Bandar Khabarovsk di wilayah Timur Jauh Rusia ditenggelami air. Tragedi itu disifatkan sebagai banjir terburuk yang pernah melanda negara itu dalam tempoh 120 tahun.

Menurut laporan agensi keselamatan Rusia, Emercom, banjir tersebut telah menjejaskan kira-kira 34,000 orang penduduk yang meliputi 130 penempatan di 25 bandar-bandar kecil di wilayah itu.


SEORANG penduduk memeriksa barang-barang di kediamannya yang rosak teruk ditenggelami air.


Sungai Amur, yang menghubungkan sempadan kedua-dua negara itu telah meningkat ke paras tertinggi iaitu tujuh meter berbanding paras biasa dua meter. Limpahan sungai menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan berpindah ke tempat lebih selamat.

"Kami tidak pernah melihat banjir berskala besar seperti ini. Banjir menenggelami seluruh wilayah bermula dari Teluk Baikal sehingga ke Lautan Pasifik," kata Ketua Jabatan Kaji Cuaca Pusat, Alexander Frolov dalam satu kenyataan yang disiarkan di saluran televisyen Rossiya 24.

Katanya, Kementerian Kecemasan Rusia telah memindahkan lebih 17,500 penduduk di tiga wilayah yang terjejas teruk iaitu di sekitar Amur, Khabarovsk dan wilayah autonomi Yahudi.


ARUS banjir hampir menenggelamkan sebuah stadium di wilayah Timur Jauh Rusia.


"Mereka dipindahkan sebaik sahaja paras sungai meningkat kepada 6.2 meter, iaitu paras tertinggi yang pernah direkodkan setakat ini.

"Proses pemindahan penduduk akan diteruskan ke bandar-bandar berhampiran memandangkan paras sungai masih terus meningkat," ujarnya.

Persatuan Palang Merah Rusia telah melancarkan misi khas menyalurkan pelbagai barangan keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk terlibat.

Pertubuhan itu turut bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi badan bukan kerajaan yang lain untuk membina penempatan sementara kepada penduduk.


KIRA-KIRA 34,000 penduduk telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara.


Misi menyelamat

Menurut wakil Persatuan Palang Merah Antarabangsa, Stephen Ryan, pihaknya telah menyalurkan bantuan sebanyak RM1.4 juta daripada Tabung Kecemasan Bantuan Bencana untuk membantu Pertubuhan Palang Merah Rusia.

"Ia bagi membantu melancarkan kerja-kerja bantuan dan usaha menyelamat yang dijalankan ketika ini. Persatuan berkenaan akan menyediakan bantuan seperti selimut, ubat-ubatan, makanan dan sebagainya," jelasnya.

Presiden Rusia, Vladimir Putin turut berkesempatan meluangkan masa melawat kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir.


ANGGOTA pasukan keselamatan Rusia bertungkus-lumus membina benteng pasir untuk menghalang banjir.


"Kami berharap penduduk dapat bertenang dan bersabar. Pihak berkuasa sedang melakukan pelbagai usaha menyelamat," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen Rusia.

Putin turut berjanji untuk melipat gandakan usaha bantuan kemanusiaan yang sedang dilaksanakan di samping berusaha membayar pampasan kepada mangsa-mangsa terlibat.

Selain itu, beliau turut memecat wakil Rusia di wilayah itu, Viktor Ishayev dan mengarahkan Moscow menyiasat punca berlakunya banjir.

Penganalisis ekonomi berpendapat kerugian akibat banjir dianggarkan mencecah RM3.3 bilion.

"Bencana kali ini lebih dahsyat berbanding banjir kilat di Krymsk tahun lalu yang mengorbankan lebih 171 penduduk," kata satu sumber yang enggan dikenali.

Kementerian Pengangkutan Rusia melaporkan jalan raya sejauh 280 kilometer dan 71 jambatan turut musnah dilanda banjir. Keadaan itu mengakibatkan ribuan penduduk di beberapa kawasan terputus hubungan.

Harga makanan juga meningkat 10 peratus dengan makanan asas seperti roti, telur, gula dan ayam meningkat paling mendadak.

Menurut Kementerian Pertanian Rusia, di setengah kawasan, harga gula naik sebanyak 7.4 peratus dalam tempoh seminggu manakala telur sehingga 17 peratus.

Model Blackberry tercanggih

Posted:

Model Blackberry tercanggih

Model Blackberry tercanggih

Oleh HAFIZ AHMAD
mohammadhafiz.ahmad@kosmo.com.my


BLACKBERRY Z30 menampilkan teknologi terkini dengan beberapa fungsi tambahan.


SEJAK akhir-akhir ini, syarikat telefon pintar seakan berlumba-lumba memperkenalkan produk baharu dengan teknologi dan fungsi yang telah dimajukan. Tidak ketinggalan, telefon pintar Blackberry hadir dengan pilihan terkini iaitu Blackberry Z30.

Ia dikatakan model Blackberry dengan skrin terbesar, laju dan canggih mendahului deretan produk terdahulu. Menggunakan sistem operasi Blackberry 10 OS versi 10.2, telefon pintar ini mempunyai paparan skrin lima inci (12.7 sentimeter).

Antara fungsi terbaharu yang diperkenalkan ialah hub utama Blackberry yang menjadi pusat pengurusan mesej dan pemberitahuan aplikasi. Ia berkebolehan untuk mengutamakan sebarang mesej atau panggilan daripada individu yang berkepentingan seperti ahli keluarga. Selain itu, ia juga menyusun e-mel, rangkaian sosial, akaun-akaun lain bagi memudahkan pengguna mendahulukan sebarang informasi penting.

Sistem Blackberry 10 OS versi 10.2, membolehkan pengguna membaca mesej baharu tanpa perlu meninggalkan aplikasi yang digunakan. Sebagai contoh, jika seseorang sedang membuka aplikasi laman sosial Facebook, dia tidak perlu ke menu utama untuk membalas, hanya perlu baca dan membuat balasan mesej pada waktu itu.

Dilengkapi teknologi Super Amoled membuatkan paparan skrin lebih luas, jelas dan mantap. Pemproses 1.7 GHz membuatkan permainan video lancar, laju dengan imej yang terperinci.

Selain itu, produk baharu Blackberry ini juga disertakan pembesar suara stereo yang menghasilkan bunyi mengagumkan.

Usah risau dengan jangka masa ketahanan bateri kerana Blackberry Z30 mempunyai bateri 2880 mAh yang membolehkan pengguna menggunakan telefon selama 25 jam.

Sistem Blackberry 10 OS versi 10.2 dijangkakan boleh dimuat turun oleh pengguna Blackberry Z10, Q10 dan Q5 bermula pertengahan Oktober.

Blackberry Z30 akan dijual secara eksklusif menerusi Celcom pada 5 Oktober 2013 sebelum dipasarkan ke seluruh negara mulai 19 Oktober 2013.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Angkara potong barisan

Posted:

Angkara potong barisan

Angkara potong barisan

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN – Polis semalam mengesahkan kematian Muhammad Suhaimi Norhamidi, pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah Ahad lalu akibat dibunuh selepas mangsa terlibat dalam pergaduhan yang berpunca daripada rasa tidak puas hati.

Mangsa dipercayai dipukul di kepala menggunakan objek tumpul.

Ekoran itu, polis telah menahan reman tiga pelatih PLKN kem tersebut yang berusia antara 18 dan 21 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Ketiga-tiga remaja dari Pahang dan Johor itu ditahan kelmarin.

Mereka direman selama seminggu sehingga 30 September ini selepas laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana berlaku pendarahan dalam kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd. Haris Daud berkata, siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca apabila mangsa didakwa telah memotong barisan ketika hendak mengambil sarapan pagi.

Katanya, ekoran tindakan mangsa itu, beberapa pelatih lain dipercayai tidak berpuas hati hingga tercetus pergaduhan antara mereka.

"Terdapat dua pergaduhan membabitkan mangsa dan beberapa pelatih lain iaitu pada tengah hari dan pada pukul 11.30 malam sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air asrama oleh rakannya 30 minit kemudian.

"Belakang kepala mangsa kemungkinan telah dipukul dengan objek tumpul ketika pergaduhan tersebut sehingga menyebabkan kematiannya," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga maut, bas ekspres rempuh lori

Posted:

Tiga maut, bas ekspres rempuh lori

Tiga maut, bas ekspres rempuh lori

Oleh TAUFIK SALIMIN
jenayah@kosmo.com.my

KULAIJAYA – Perjalanan 20 penumpang sebuah bas ekspres dari Pulau Pinang ke Johor Bahru dicemari insiden berdarah apabila dua daripadanya maut manakala 13 lagi cedera selepas kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan di Kilometer 45.9 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Kejadian pukul 5.50 pagi itu mengorbankan pemandu bas R. Shashi Kumar, 23, dari Taman Bemban Utama, Melaka dan penumpang, Edi Setiono, 41, dari Tanjung Sengkuang, Batu Ampar, Indonesia apabila kedua-duanya cedera parah di kepala.

Kemalangan berlaku apabila bas tersebut merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan kayu dipandu A. Majid Sadar Mohd., 59.

Bagaimanapun, Majid dari Taman Desa Permai, Gemas, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim di sini akibat diserang penyakit jantung ekoran terkejut dengan kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu lalu merempuh belakang lori yang berada di lorong kiri.

Katanya, bas tersebut membawa 20 penumpang menuju ke Johor Bahru dari Pulau Pinang.

"Di tengah perjalanan, bas itu berhenti di Hentian Pudu Sentral, Kuala Lumpur untuk mengambil penumpang," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Remaja direman bantu siasatan kes bunuh

Posted:

Remaja direman bantu siasatan kes bunuh

Remaja direman bantu siasatan kes bunuh

MELAKA – Polis semalam mendapat perintah untuk menahan reman selama tujuh hari terhadap seorang remaja bagi membantu siasatan berhubung kes seorang anggota polis yang mati akibat kepalanya dihentak dengan batu di Taman Teknologi Cheng di sini kelmarin.

Perintah reman terhadap remaja berusia 17 tahun yang tidak lagi bersekolah dan menganggur itu, dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V. Kanasan.

Difahamkan, polis dijangka akan menyoal siasat remaja berkenaan untuk menyelesaikan kes yang mengakibatkan kematian Koperal Zal-Azri Abd. Somad, 31.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di pekarangan mahkamah semalam mendapati, ia penuh sesak dengan ahli keluarga remaja berkenaan yang dilihat menangis dan sugul.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rakaman foto ibu dan anak

Posted:

Rakaman foto ibu dan anak

Rakaman foto ibu dan anak

NOR HAFIZAH dan suami, Nik Mohd. Fikri Mohd. Nor mempunyai cara tersendiri untuk meraikan kehadiran orang baharu dalam hidup mereka.


TIDAK dinafikan bahawa setiap gambar yang dirakamkan dapat mengabdikan saat-saat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Peraduan Facebook Nestle Mom & Me, First Moments menyeru semua golongan ibu dan bakal ibu untuk menghantar gambar pengalaman pertama ketika hamil bagi merebut peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM17,000.

Susu khusus buat wanita hamil dan menyusukan anak, Nestle Mom & Me telah mengumumkan para pemenang bagi dua peraduan Facebook yang dianjurkan iaitu peraduan foto First Moments dan First Mother's Day baru-baru ini.

Antara ratusan gambar yang diterima, para hakim sebulat suara memilih penyertaan daripada Nor Hafizah Abdul Wahab, 24, dan Noor Hassiemah Mohd. Halim, 34, kerana gambar mereka berjaya menonjolkan intipati pengalaman sebelum bergelar ibu.

Kedua-dua pemenang utama tersebut masing-masing menerima hadiah berupa sesi fotografi profesional bersama keluarga, manakala 16 pemenang lain membawa pulang pakej hadiah Nestle Mom & Me.

"Ini kali pertama saya menyertai peraduan dan gambar yang dihantar sangat bermakna buat diri saya.

"Saya amat teruja kerana dapat mengabadikan pengalaman saya dalam gambar tersebut, pada masa yang sama berpeluang berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain," kata Nor Hafizah.

Bagi Noor Hassiemah pula, segalanya bermula apabila dia terbaca pengumuman mengenai peraduan Nestle Mom & Me di dada akhbar.

"Kehamilan merupakan sesuatu yang sangat indah.

"Saya berasa gembira kerana para hakim dapat memahami perasaan yang ingin saya sampaikan dalam gambar tersebut," ujarnya yang melahirkan anak pada penghujung bulan Ogos lalu.

FOTO Noor Hassiemah ini menggambarkan keterujaannya untuk menyambut kelahiran cahaya mata.


Pengalaman bermakna

Pengurus Perniagaan Negara, Pemakanan Ibu dan Bayi Nestlé (Malaysia) Bhd., Chandan Ghosh berkata, pengalaman kehamilan dan menjadi seorang ibu adalah antara cabaran dan ganjaran yang paling bermakna dalam kehidupan seorang wanita.

"Nestle Mom & Me merupakan jenama yang mempunyai hubung kait dengan khasiat pemakanan bagi wanita-wanita hamil dan ibu yang menyusu menyediakan satu permulaan baik membesarkan si manja mereka," katanya.

Sepanjang bulan Mei lalu, sempena sambutan Hari Ibu, Nestle telah menganjurkan peraduan Facebook Nestle Mom & Me, First Mother's Day.

Peraduan tersebut mempelawa para ibu berkongsi pandangan mengapa mereka patut dimanjakan dengan layanan istimewa.

Pemenang-pemenang hadiah utama iaitu V. Sujitra, 39, dan Siti Hajar Abdullah, 33, masing-masing berjaya memenangi pakej percutian tiga hari dua malam di Pangkor Laut Resort untuk dua orang bernilai RM3,000.

Sujitra yang kini sedang hamil dan menjadi ibu julung-julung kalinya sangat gembira apabila mengetahui dia dipilih sebagai pemenang.

Dia yang meluangkan masa memerah idea ketika waktu makan tengah hari memberitahu, kehamilan merupakan sesuatu yang istimewa dan amat teruja dengan perkembangan kehamilan itu.

"Setiap orang merasai pengalaman yang berbeza-beza dan saya tidak mahu ketinggalan berkongsi pengalaman dengan semua orang," ujarnya.

Dalam pada itu, empat pemenang yang berkongsi tempat kedua menerima produk penjagaan kulit Clarins bernilai RM1,000, manakala 10 pemenang sagu hati masing-masing memenangi set penjagaan sebelum dan selepas bersalin bernilai RM360.

Sebanyak 500 penyertaan pertama yang dipaparkan di laman tersebut menerima satu pek 350 gram susu Nestle Mom & Me secara percuma daripada Nestle Product Sdn. Bhd.

Tiga gambar syarat penyertaan

Posted:

Tiga gambar syarat penyertaan

Tiga gambar syarat penyertaan

HANYA tudung koleksi Fareeda Aisya diterima untuk penyertaan Pencarian Model Fareeda musim keempat.


KAUM hawa yang mahukan nama mereka terpilih sebagai salah seorang daripada peserta Pencarian Model Fareeda musim keempat perlu memastikan borang yang dihantar turut disertakan dengan tiga keping gambar masing-masing.

Selepas maklumat diri dilengkapkan, pastikan anda membeli tudung Fareeda Aisya dari Butik Fareeda atau mana-mana pengedar sah bagi tujuan fotografi. Hanya gambar bersama tudung Fareeda Aisya layak untuk dipertimbangkan bagi pemilihan. Penggayaan tudung lain secara automatik akan ditolak.

"Mereka yang ingin menyertai pertandingan ini boleh memilih daripada lapan pilihan koleksi tudung Fareeda Aisya. Beli salah satu tudung daripada koleksi ini, gayakan dengan aksi menarik dan ambil tiga keping gambar.

"Koleksi tudung Fareeda Aisya terdiri daripada Aisya Kerongsang Rozana, Aisya Kerongsang Sofiya, Aisya Ton, Aisya bercorak, Aisya baldu penuh, Aisya baldu separuh, Aisya bersaiz labuh dan Aisya istimewa," ujar Pengurus Pemasaran dan Jualan Fareeda, Mawar Abdul Karim.

Tiga keping gambar yang disediakan mestilah memaparkan gambar penuh diri anda (dari kepala hingga kaki), foto separuh badan dan paras bahu yang memfokuskan bahagian tudung dan wajah anda.

Ketiga-tiga keping gambar itu mestilah bersaiz 3R dan dikepilkan bersama borang penyertaan yang disediakan. Borang berserta gambar perlu dihantar ke alamat seperti yang tertera di borang. Setiap borang perlu disertakan dengan tiga keping kepala akhbar Kosmo! yang asal.

Anda juga perlu mengirimkan ketiga-tiga gambar itu dalam bentuk dokumen fail digital dan maklumat diri yang lengkap ke alamat e-mel fareeda@fareedascarf.com.

Setiap penyertaan perlu dihantar sebelum 16 November 2013. Hanya calon terpilih akan dipanggil bagi menjalani sesi fotografi di lokasi yang akan diumumkan kelak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pafa gantung Azraai dua minggu

Posted:

Pafa gantung Azraai dua minggu

Pafa gantung Azraai dua minggu

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my

KHAIRUL AZWAN (tengah) menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar mengenai hukuman penggantungan terhadap jurulatih dan pegawai skuad Perak di pejabat Pafa di Ipoh semalam.


BERKUATKUASA semalam, ketua jurulatih, Azraai Khor Abdullah, penolong jurulatih dan semua pegawai skuad Perak digantung selama dua minggu.

Langkah drastik itu dilakukan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dua hari selepas skuad Kejor Yob Kejor tewas besar 1-6 kepada Sarawak pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Malaysia di Kuching Sabtu lalu.

Timbalan Presiden Pafa, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya mengesyaki wujudnya unsur sabotaj dan rasuah membabitkan pasukan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga pengurus pasukan Perak enggan mendedahkan identiti individu terlibat, sama ada melibatkan jurulatih, pegawai atau pemain.

"Kita boleh terima sebarang kekalahan termasuk di Kuching tetapi apa yang berlaku sangat mencurigakan, malahan Pafa mengesan perkara ini sejak tiga, empat perlawanan sebelum ini.

"Justeru, kita bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pafa, Datuk Ismail Saffian untuk menyiasat secara terperinci apa yang kami syaki ini.

"Siasatan akan dijalankan dalam tempoh dua minggu. Mereka akan melaporkan siasatan kepada Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan Jawatankuasa Eksekutif Induk Pafa," katanya pada sidang akhbar di pejabat Pafa di Ipoh semalam.

Katanya, satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis di Ipoh semalam sambil berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dalam penyiasatan tersebut.

"Apabila bermain tanpa komitmen, tiada kesungguhan dan tiada disiplin kita boleh kaitkan dengan unsur sabotaj dan mungkin wujud rasuah membabitkan wang ringgit.

"Saya sendiri telah maklumkan tindakan ini kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan beliau tidak mempunyai halangan kerana ia di bawah bidang kuasa persatuan negeri," katanya.

Sepanjang tempoh penggantungan, semua jurulatih dan pegawai terlibat diwajibkan melaporkan diri di pejabat Pafa pada setiap hari dan mereka tidak dibenarkan meninggalkan bandar raya Ipoh sehingga siasatan tersebut selesai.

"Kesemua pemain yang mempunyai kontrak pula diwajibkan melaporkan diri pada esok (hari ini) dan menjalani latihan seperti biasa.

"Kita serius dalam hal ini memandangkan Perak merupakan salah satu pasukan yang komited menjaga kebajikan dan keperluan jurulatih, pegawai serta pemain," katanya.

Jelasnya, jurulatih akademi bola sepak Pafa yang juga bekas pemain Seladang dari Australia pada musim 1993-1994, Marshall Soper dan jurulatih pasukan Yayasan Bina Upaya Perak, Sayuddin Mat Isa dilantik sebagai pengendali sementara Perak.

Beliau turut menasihati para penyokong supaya lebih adil dan terbuka serta memberi ruang kepada Pafa menyiasat punca Perak tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

"Ramai peminat yang hentam saya melalui laman sosial Twitter dan Facebook . Bukan saya yang tentukan kesebelasan utama, bukan saya atur taktik (perlawanan)," katanya.

Azraai akur digantung dua minggu

Posted:

Azraai akur digantung dua minggu

Azraai akur digantung dua minggu

Oleh AZIZUL FAHMI
azizulfahmi.zabidi@kosmo.com.my


AZRAAI (kanan) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk SPRM bagi membersihkan kembali nama skuad Kejor Yob Kejor.


PENGENDALI Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah tidak menunjukkan sebarang reaksi kecewa sebaik sahaja Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) membuat keputusan menggantung tugas beliau selama dua minggu berkuat kuasa semalam.

Sebaliknya, Azraai, 60, berkata, beliau akur dan menerima dengan hati terbuka segala keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan Pafa itu.

Selain Azraai, dua pembantu jurulatih, Choong Yee Fat dan Syamsol Saad serta para pegawai pasukan Perak turut dikenakan tindakan yang sama gara-gara Pafa mengesyaki wujudnya unsur rasuah membabitkan skuad Kejor Yob Kejor itu.

"Saya anggap tindakan yang dibuat Pafa ini merupakan satu langkah yang positif. Ini membuktikan bahawa pihak pengurusan Pafa serius menangani isu rasuah.

"Saya juga lihat ia sebagai satu tindakan yang bertanggungjawab oleh pihak Pafa. Jika kita tidak terlibat (dengan gejala rasuah), apa yang hendak ditakutkan," jelas Azraai kepada Kosmo! semalam.

Menurut Azraai, beliau bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkenaan bagi membantu siasatan dalam tempoh penggantungan tersebut.

"Sebelum ini saya sudah memberi peringatan kepada mana-mana pemain agar tidak terlibat dengan rasuah. Kita nak sara keluarga, anak isteri, mesti dari duit yang halal.

"Sekarang ini, biarlah pihak pengurusan Pafa yang siasat jika benar berlaku gejala tidak bermoral itu dalam skuad Perak.

"Setakat ini, kita hanya dengar desas-desus dan tiada buktikan yang dikemukakan. Jadi kita tidak boleh membuat tuduhan melulu," jelasnya.

Azraai berkata, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, beliau dan pembantu jurulatih dan pegawai terlibat diwajibkan melaporkan diri di pejabat Pafa pada setiap hari.

"Kesemua pemain yang mempunyai kontrak pula diwajibkan melaporkan diri esok (hari ini) dan menjalani latihan seperti biasa," jelasnya.

Ditanya sama ada hukuman yang dikenakan Pafa itu mengejutkannya atau sudah diduga, Azraai menjawab: "Pihak pengurusan Pafa tahu apa yang patut dilakukan.

"Ini satu perkara yang baik bagi membanteras gejala tidak bermoral dalam pasukan. Saya terima hukuman ini dengan hati terbuka."

Alex Miller sedia ganti Rajagobal

Posted:

Alex Miller sedia ganti Rajagobal

Alex Miller sedia ganti Rajagobal

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PENGALAMAN luas Miller (kanan) di pentas Eropah menjadikan beliau antara calon terbaik membimbing Harimau Malaya.


BEKAS jurulatih skuad utama Liverpool, Alex Miller secara terbuka menyuarakan hasratnya untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan skuad Harimau Malaya.

Lebih tepat, Miller berazam membantu Harimau Malaya memperbaiki ranking dunia jika beliau diberikan peluang untuk menggantikan tempat Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih.

Miller, antara salah seorang calon daripada 40 jurulatih yang mengemukakan permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya, bertugas sebagai jurulatih utama Liverpool ketika di bawah bimbingan bekas pengurus, Rafael Benitez.

Selain The Reds, pengendali kelahiran Scotland berusia 64 tahun itu turut memiliki pengalaman melatih pasukan Liga Divisyen Satu Jepun, JEF United Chiba.

Justeru, Miller yakin dengan pengalaman sedia ada, beliau optimis mampu mengangkat nama Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi.

"Asia bukanlah satu tempat asing bagi saya meskipun saya lebih banyak meluangkan masa di Eropah tetapi saya pernah melatih pasukan dalam Liga Jepun selain pernah beraksi bersama pasukan Hong Kong (South China AA).

"Saya cukup memahami budaya Asia yang mana faktor ini adalah paling mustahak bagi jurulatih kerana saya harus mengetahui untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini.

"Saya yakin dengan kemampuan, pengalaman dan ilmu yang ada, saya berusaha untuk menaikkan lagi imej pasukan kebangsaan Malaysia (Harimau Malaya) pada kedudukan ranking FIFA," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Miller, kejayaan beliau menjulang trofi Liga Juara-Juara 2005 bersama Liverpool dan menjadi watak penting membawa Scotland ke pentas Euro serta Piala Dunia memberikannya lebih motivasi untuk membimbing Harimau Malaya.

"Sebagai jurulatih berpengalaman, saya memiliki pengetahuan yang cukup meluas mengenai soal taktikal, teknikal dan fizikal dalam sukan bola sepak di tahap tertinggi ketika bersama Liverpool.

"Malah, saya juga pernah terbabit secara langsung dengan bola sepak peringkat antarabangsa semasa saya menjadi Penolong Pengurus Scotland yang merupakan kali terakhir layak ke Kejohanan Eropah 1996 dan Piala Dunia 1998," katanya.

Selain Miller, bekas pengendali Jepun, Phillippe Trouisser dan legenda Jerman, Rudi Voller turut dikaitkan sebagai pengganti Rajagobal yang kontraknya akan tamat pada 31 Disember depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Olesan gincu yang ideal

Posted:

Olesan gincu yang ideal

Olesan gincu yang ideal

Oleh NURUL IZZA ROSLY

ALAT solek yang sering disapu pada bibir wanita ini boleh dianggap sebagai item wajib ada di dalam beg tangan mereka. Baik gadis remaja mahupun wanita dewasa, sekurang-kurangnya sebatang gincu pasti disimpan dalam beg tangan yang berfungsi meningkatkan keyakinan diri dalam berpenampilan.

Bahkan, ramai yang tidak kisah jika tidak memakai maskara, pemerah pipi atau pembayang mata, tetapi ada yang enggan keluar rumah tanpa gincu. Bergantung kepada cita rasa masing-masing, ada yang menggemari warna lembut, warna gelap dan tidak kurang yang memilih warna terang.

Gincu merupakan produk kosmetik yang mengandungi pigmen, minyak, lilin dan emolien memberikan warna, tekstur serta perlindungan pada bibir.

Pemakaiannya bermula sejak zaman purba. Wanita purba pada zaman Mesopotamia dipercayai merupakan wanita pertama yang mencipta dan memakai gincu dengan menghancurkan batu permata untuk dioles pada bibir.

Sepanjang awal abad ke-20, gincu hadir dalam bilangan warna yang terhad. Warna merah gelap merupakan salah satu warna yang popular sepanjang abad ke-19 dan abad ke-20.

Warna tersebut juga pernah popular pada tahun 1920-an dan golongan Flappers iaitu wanita muda generasi baharu di Barat memakainya sebagai simbol kebebasan.

Pada awal tahun 1930-an, Elizabeth Arden mula memperkenalkan warna-warna gincu berbeza sekali gus memberikan inspirasi kepada syarikat-syarikat lain mengikut jejak langkahnya.

Sekitar tahun 1930-an, gincu dilihat sebagai simbol seks dewasa dan remaja perempuan ketika itu percaya bahawa gincu merupakan simbol kewanitaan.


SELAIN warna merah dan coklat, warna gincu merah jambu turut menjadi pilihan ramai wanita termasuklah penyanyi antarabangsa, Beyonce Knowles.


Kini, kepelbagaian warna yang ditawarkan membuatkan golongan Hawa rambang mata untuk membuat pilihan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa ada dalam kalangan mereka masih khilaf mengenai warna yang bersesuaian dengan personaliti masing-masing.

"Biasanya dalam dunia perniagaan, kebanyakan syarikat mahu melihat stafnya kelihatan kemas dan cantik, namun warna gincu yang dipakai tidak perlu keterlaluan hingga menenggelamkan personaliti, imej dan bidang tugasan yang dibawa.

"Sebagai contoh, bagi mereka yang bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan, mereka seharusnya nampak natural dan mesra. Pada waktu pagi biasanya orang Asia khususnya di Malaysia, mengenakan warna merah jambu atau nude," kata Penasihat Kecantikan Farmasi Colour Cosmetics (FCC), Ili Ruzanna Ismail.

Tambahnya, warna nude yang digunakan tetap akan ada warna asas merah jambu. Gincu berasaskan warna pic dan oren lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit tidak terlalu gelap.

Jika seseorang yang berkulit cerah memakai gincu berwarna oren, dia akan kelihatan pucat dan bagi mengelakkan ia berlaku warna oren boleh dicampurkan dengan warna merah jambu.

"Jika mahu nampak manis dan segar pada waktu pagi, oleskan gincu berasaskan warna merah jambu tetapi bukan rona yang terang.

Pilihan warna gincu

"Warna-warna gincu berasaskan warna natural, merah jambu dan coklat lebih elok dipakai pada siang hari berbanding warna-warna yang terang memandangkan kita aktif dan banyak berkomunikasi," ujarnya sambil memberitahu pemakaian gincu berwarna terang pada siang hari menyebabkan seseorang nampak comot berikutan warna gincu yang pudar.

Pada waktu petang dan malam, tiada masalah jika seseorang itu memakai gincu berwarna gelap dan lebih terang kerana cahaya pada ketika itu tidak sekuat cahaya pada waktu pagi.


CALITAN gincu menggunakan berus khas membuatkan olesan gincu menjadi rata dan kemas pada bibir si pemakai.


Ramai yang menggunakan kesempatan untuk lebih berani mengenakan warna-warna terang pada waktu malam dan kebiasaannya warna merah terang dan burgundy menjadi pilihan.

"Bagi mereka yang mahu mencuba warna-warna terang, dinasihatkan mencuba sampel terlebih dahulu kerana warna pada katalog dan produk sebenar tidak sama.

"Seperkara lagi, tiada syarat jika seseorang itu memakai baju merah, harus mengenakan gincu merah dan jangan pernah menyamakan warna baju dengan warna gincu kerana ia dua perkara yang berbeza,"

Ujar Ili, seseorang itu perlu memilih apa yang mahu ditonjolkan, sama ada baju atau wajahnya. Jika memilih untuk menonjolkan wajah, bahagian mata yang mahu difokuskan, mata, bibir atau pun pipi.

Kebiasaannya, seseorang itu cuma memakai warna senada bagi pipi dan bibir supaya nampak lebih berseri serta natural.

Bagi mereka yang mahu berpenampilan ceria dan segar, boleh memakai gincu berasaskan warna merah jambu seperti warna natural bibir tetapi lebih terang sedikit iaitu warnanya lebih cair daripada bibir.

Mengikut personaliti

"Warna kulit juga mempengaruhi gincu yang dipakai. Orang yang berkulit gelap boleh memakai warna terang tetapi bibirnya akan kelihatan lebih besar kerana asasnya gelap.

"Andai dia mahu memakai warna merah, gincu merah yang dipakai perlu berasaskan warna biru dan bukannya warna coklat. Warna merah yang terang menunjukkan ia mempunyai warna merah jambu atau biru dalam campurannya," jelasnya.

Jika tidak mahu bibir kelihatan besar, pakai gincu berasaskan warna coklat dan bagi mereka yang berkulit cerah, pemakaian gincu warna cerah akan menyebabkan garisan bibir tidak kelihatan.

PADA tahun 1930-an Elizabeth Arden memperkenalkan himpunan gincu pelbagai warna.


Warna yang sesuai ialah warna merah yang lebih gelap supaya nampak lebih natural.

Ditanya sama ada warna gincu dipengaruhi faktor umur, Ili memberitahu, tiada panduan sedemikian dan sesiapa sahaja bebas memilih warna gincu yang sesuai buat mereka.

Warna-warna terang membuatkan si pemakai berasa lebih muda, namun demikian ia terpulang kepada majlis. Jika menghadiri majlis agama, agak kurang manis apabila memakai warna-warna terang.

"Pemakaian pengilat bibir tidak wajib dan ia boleh dipakai pada waktu siang dan malam. Penggunaannya membuatkan bibir kelihatan sentiasa basah dan tidak kurang pula yang mahu membuatkan bibir nampak lebih besar.

"Cara yang terbaik untuk menentukan gincu yang sesuai adalah terpulang kepada diri sendiri. Jika anda yakin dengan warna gincu yang dipakai menarik, maka teruskan," katanya.

Nilai ketimuran ceongsam moden

Posted:

Nilai ketimuran ceongsam moden

Nilai ketimuran ceongsam moden

Oleh ALIF ABU BAKAR

WARNA pastel melatari indah ceongsam rekaan Keith Kee.


CEONGSAM merupakan pakaian tradisi kaum Cina yang menonjolkan susuk tubuh dan nilai feminin seorang wanita. Kolar Mandarin pada busana itu pula menyerlahkan leher jinjang si pemakai manakala belahan sisi pada bahagian bawah baju mendedahkan keseksian kaki perempuan.

Keagungan busana klasik itu diangkat tiga pereka tempatan dalam hasil kerja terbaharu mereka. Pemilik jenama Shanghai Sun, Sunny Ng; pereka muda, Keith Kee dan pereka prolifik, Bill Keith berkongsi pentas peragaan bagi memaparkan koleksi ceongsam masing-masing.

Bertempat di The Weld, Kuala Lumpur, pertunjukan fesyen bertemakan Oriental Rhapsody itu turut diserikan dengan keindahan aksesori daripada Rafflesia seperti batu jed yang melengkapi sempurna sehelai ceongsam.

Acara dimulakan dengan paparan tujuh helai ceongsam labuh daripada Shanghai Sun. Supermodel terkenal, Amber Chia mengetuai pentas peragaan dengan persalinan glamor merah jambu. Penggunaan fabrik berkilat dan bergemerlapan meningkatkan ciri eksklusif ceongsam urban tersebut.

"Koleksi kali ini mempunyai fungsi yang sama seperti busana petang atau malam. Pemilihan rona terang seperti merah, perak dan emas memberikan keyakinan kepada wanita ketika melangkah.

"Ceongsam potongan klasik ini elegan digayakan wanita berusia 20 tahun ke atas meskipun ia sarat dengan perincian. Namun jangan bimbang kerana perincian yang diterapkan tidak kelihatan serabut," jelas Sunny yang turut memaparkan lapan koleksi ceongsam pendek yang digayakan lapan selebriti wanita Melayu.


BILL KEITH (lima dari kiri) bersama para peserta Miss Chinese Cosmos yang memperagakan ceongsam rekaannya.


Kolar Mandarin

Sementara itu, pereka yang sedang meningkat naik, Keith Kee berjaya memukau pandangan mata hadirin dengan rekaan ceongsam koleksi musim bunga/panas 2014 jenamanya. Tujuh ceongsam labuh yang dipertontonkan sedikit lari daripada asas sehelai ceongsam dan cenderung pada rekaan pakaian moden.

Keith sengaja menampilkan rekaan yang sedemikian bagi menyerlahkan nilai couture.

"Pada asasnya, ia tetap sehelai ceongsam kerana saya mengekalkan penggunaan kolar Mandarin. Nilai kontemporari yang diterapkan dalam koleksi terbaharu ini boleh digayakan pada waktu siang atau malam, mengikut kesesuaian majlis.

"Penggunaan fabrik seperti syantung iaitu sutera tebal yang mempunyai permukaan tidak rata atau berkedut-kedut, sutera Thailand, broked China, tulle, kain net dan renda Perancis menambah elegan pakaian ini. Tidak ketinggalan, saya turut menggabungkan nilai Barat dan Timur dengan sempurna,"tutur Keith.

Sementara itu, koleksi ceongsam pendek Keith Kee pula tampak indah digayakan lapan aktres Cina tempatan. Rekaan ceongsam Bill Keith pula diperagakan lapan peserta Miss Chinese Cosmos.

Usah abai kecantikan kaki

Posted:

Usah abai kecantikan kaki

Usah abai kecantikan kaki


RAJINKAN diri merendam kaki di dalam air suam bersama limau dan beberapa jenis bunga.


KETAHUI cara mudah dan ringkas bagi mendapatkan tumit dan kuku kaki yang bersih serta cantik menerusi enam langkah yang praktikal.

1) Batu pumis

Amalkan penggunaan batu pumis iaitu batu gunung berapi yang poros dan ringan. Gosok batu itu pada tumit yang kering dan bahagian yang berkematu. Ia membantu kaki kekal cantik ketika menyarungkan kasut tanpa penutup belakang atau selipar.

Sebelum menggosok batu pumis pada permukaan kulit kaki yang bermasalah, rendamkan kaki ke dalam air suam untuk tempoh 10 hingga 15 minit bagi melembutkan tekstur kulit.

Selain batu pumis, lulur pelembap kaki yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan juga ideal untuk menyingkirkan sel-sel mati. Selepas proses melulur, sapu krim kaki atau salap yang mengandungi mentega shea atau mentega koko.

Cari salap atau krim tumit yang mengandungi asid salisilik atau urea bagi melembutkan kematu.

2) Pelembap

Jika tumit kering dan merekah, jumpa pakar kaki atau pakar dermatologi untuk rawatan. Jika masalah itu tidak serius, gunakan produk pelembap yang terdapat di pasaran.

Anda mungkin boleh mencuba memakai pelapik tumit yang dilengkapi fungsi melembutkan kematu ketika berjalan. Selepas kematu itu mengelupas, gunakan krim kaki bagi melembutkan permukaan kulit yang kasar pada tumit.

Gunakan krim yang mengandungi petrolatum, emolien atau humektan seperti asid laktik yang membantu melembapkan kulit.

3) Perangi kulat

Terdapat banyak jenis produk antikulat dijual di pasaran seperti lakuer, krim, losen, cecair, serbuk penyembur dan cecair penyembur. Kesemua produk itu hanya berkesan untuk masalah kaki yang sederhana dan tidak melibatkan jangkitan kulat pada kuku kaki.

Cari serbuk atau penyembur yang berfungsi secara klinikal pada kaki yang mudah berpeluh. Serbuk selalunya mengandungi aluminium heksahidrat klorida bagi membantu mengekalkan kulit dalam keadaan kering.

Namun untuk kaki kering gunakan losen antikulat. Keringkan kulit anda sebelum mengaplikasi serbuk atau losen tersebut.

Bagaimanapun langkah terbaik bagi mencegah masalah kulat ialah dengan menjaga kebersihan kaki. Basuh kaki dengan kerap dan keringkan terutamanya pada celahan jari. Jangan lupa memakai stoking yang bersih.


KUKU kaki perlu dipotong dengan kerap dan pastikan kikis kutikel menggunakan penggilap kuku.


4) Pakai pelindung matahari

Usah meragui kepentingan krim pelindung matahari untuk kaki. Sapukan krim pelindung matahari yang dilengkapi SFP30 ketika berkaki ayam, memakai selipar atau sandal.

5) Sokongan kaki

Berdiri terlalu lama boleh melenguhkan kaki. Memakai pelapik kaki boleh memberi keselesaan pada kaki.

Gunakan pelapik yang memiliki sarung plastik pada bahagian bawah. Pakar kaki mengatakan, sarung jenis itu menguatkan pelapik yang bertujuan menyokong kaki.

6) Kuku kaki

Anda gemar merawat kuku kaki? Teknik yang digunakan amat penting dalam memastikan kebersihan kuku. Potongan kuku yang tidak sekata boleh meninggalkan lebihan kuku dan pertumbuhan kuku kaki yang tidak seragam.

Elakkan memotong kutikel kerana ia mengundang kepada jangkitan kuman pada kuku kaki. Sebaliknya, kikis kutikel itu dengan lembut menggunakan penggilap kuku.

Kuku mudah patah seiring pertambahan usia. Bahan-bahan dalam pewarna kuku atau pembersih pewarna kuku akan mempercepatkan proses tersebut sekali gus mengeringkan tekstur kuku anda.

Bagi melembapkan kulit kaki, anda disaran menggunakan krim untuk kutikel, jeli petroleum atau minyak vitamin E. Sapukan pada keseluruhan kuku kaki termasuk kutikel dan gosok dengan perlahan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Yingluck yakin keadaan banjir dapat diurus dengan baik

Posted:

Yingluck yakin keadaan banjir dapat diurus dengan baik

Yingluck yakin keadaan banjir dapat diurus dengan baik

24/09/2013 10:06pm

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yakin negaranya, yang kini dilanda banjir yang menjejaskan 605,000 orang di 21 wilayah, akan dapat mengurus keadaan itu dengan lebih baik berbanding dua tahun lepas.

Jumlah air banjir kali ini berkurangan berbanding dua tahun lalu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kabinet mingguan di sini hari ini.

Keadaan itu berbeza dua tahun lalu apabila banjir menjejaskan banyak wilayah, dan banyak daerah di Bangkok dilanda banjir selama berminggu-minggu.

Beliau berkata, kawasan perindustrian di wilayah Ayutthaya akan dapat menangani keadaan banjir tahun ini sambil melahirkan kebimbangan bagi kawasan perindustrian Saha Rattans Nakorn yang masih belum selesai membina tembok penahan banjir.

Yingluck berkata, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa menangani keadaan banjir di daerah Kabinburi, wilayah Prachinburi (kawasan timur) yang berdepan keadaan banjir yang serius.

Setakat ini, 4,025 perkampungan di 114 daerah meliputi 21 wilayah dilanda banjir, kata Ketua Pengarah Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana, Chatchai Promlert.

Katanya wilayah yang dilanda banjir ialah Phitsanulok, Phichit, Kamphaengphet, Petchabun di kawasan utara manakala kawasan timur laut ialah Nakhon Ratchasima, Surin, Kalasin, Si Sa Ket, Ubon Ratchathani, Amnatcharoen dan Buri Ram.

Bagi kawasan tengah, kawasan terbabit ialah Nakhon Sawan, Saraburi, Lopburi, Nakhon Nayok, Ayutthaya, Angthong, dan di sebelah timur ialah Kanchanaburi, Sakaeo dan Prachinburi. Di selatan ialah Chumphon. - Bernama

30,000 pengunjung dijangka banjiri Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu

Posted:

30,000 pengunjung dijangka banjiri Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu

30,000 pengunjung dijangka banjiri Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu

24/09/2013 10:04pm

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 30,000 pengunjung disasar mengunjungi Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu yang diadakan selama tujuh hari bermula 21 September lepas.

Pekan budaya anjuran kerajaan Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu itu bertujuan memartabat dan memperkenalkan budaya dan kesenian di daerah itu.

"Program ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat di negeri ini kerana setiap daerah menampilkan budaya dan kesenian yang tersendiri selain pelbagai aktiviti yang berlainan setiap tahun," kata Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim.

Beliau berkata, program kali ini menampilkan tiga kesenian yang menjadi tarikan daerah Hulu Terengganu iaitu silat kura-kura, tarian balai dan persembahan kertok hulu iaitu penggunaan alat muzik yang diperbuat daripada ruas buluh.

Program itu turut melibatkan 36 jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian dengan membuka gerai-gerai pameran dan jualan, katanya. - Bernama

Lorong paling kanan jalan susur ke Lebuh Raya Sprint ditutup setahun

Posted:

Lorong paling kanan jalan susur ke Lebuh Raya Sprint ditutup setahun

Lorong paling kanan jalan susur ke Lebuh Raya Sprint ditutup setahun

24/09/2013 10:06pm

KUALA LUMPUR - Lorong paling kanan jalan susur ke Lebuh Raya Sprint berhampiran Pusat Bandar Damansara akan ditutup beberapa hari dalam seminggu mulai esok selama setahun sehingga 24 September 2014 bagi memudahkan kerja pembinaan bagi projek Mass Rapid Transit (MRT).

Menurut kenyataan Mass Rapid Transit (MRT) Corporation Sdn. Bhd. hari ini, penutupan lorong sepanjang 200 meter bermula di jalan susur ke Lebuh Raya Sprint selepas persimpangan Jalan Damansuria di Pusat Bandar Damansara dan ia akan ditutup selama 24 jam, jika perlu.

Kenyataan itu menyebut penutupan sementara itu perlu bagi memudahkan kerja-kerja seperti membersih dan menanam cerucuk serta konkrit sebagai persediaan bagi pembinaan tiang untuk projek MRT.

MRT turut menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika melalui kawasan itu serta mematuhi tanda arah.

Syarikat itu turut meminta maaf atas sebarang kesulitan yang terpaksa dihadapi pengguna sepanjang tempoh itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.mmymrt.com.my, atau hubungi talian 1800-82-6868 atau ikuti twitter MRT @MRTMalaysia. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved