Rabu, 11 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dikritik dari segi penampilan

Posted:

Dikritik dari segi penampilan

Dikritik dari segi penampilan

BIARPUN ramai selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab namun keputusan mereka itu masih tidak dapat memuaskan hati peminat.

Ada segelintir peminat yang tidak suka pula dengan cara pemakaian selebriti berhijab tersebut yang dikatakan mengikut badan dan kelihatan seksi.

Antara selebriti berhijab yang pernah menerima kritikan peminat menerusi cara berpakaian ialah penyanyi hebat Shila Amzah, Alyah, pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida, penyanyi antarabangsa Yuna dan juga penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, terdapat juga selebriti yang sudah berubah sepenuhnya dari segi penampilan seperti pelakon Yatt Hamzah, Diana Amir dan Irma Hasmie.

Alyah suka pada fesyen

Setelah mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sekitar bulan April tahun lalu, ramai yang memuji penampilan baharu penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan.

Lega dengan penerimaan peminat itu, bagaimanapun, ada segelintir peminat yang mengkritik pula penyanyi berusia 33 tahun itu dalam berpakaian.

Walaupun berhijab, Alyah dikritik kerana memakai pakaian yang ketat dan juga mengenakan solekan yang tebal.

Menjawab mengenai perkara itu, Alyah mengakui, sangat gemar berfesyen dan mengambil inspirasi tersebut melalui wanita-wanita Arab di Dubai dan Kuwait.

ALYAH mengakui ramai yang tidak boleh menerima cara dirinya berpakaian selepas berhijab.


"Sebelum memakai hijab lagi saya seorang yang gemar berfesyen. Walaupun mengambil keputusan berhijab saya tetap mengikut perkembangan fesyen seperti di negara Dubai dan Kuwait. Mereka sangat pandai berfesyen.

"Memang ramai yang tidak boleh terima cara pemakaian saya ini tetapi sekurang-kurangnya saya tidak mengenakan pakaian yang melampaui batas seorang wanita Muslimah," jelas Alyah ketika dihubungi Kosmo!.

Ujar Alyah lanjut, sebagai seorang penyanyi dia juga harus menjaga imejnya dan mengenakan solekan ketika membuat persembahan.

Biarpun begitu, akui Alyah, dia tetap beribadat dan melakukan amal jariah.

Mengenai perasaannya yang sering dikritik peminat setiap kali memuat naik gambarnya di Instagram, kata Alyah: "Cara pemakaian adalah perkara peribadi. Saya tidak kisah mengenai komen yang membina di laman sosial tetapi tidak boleh terima kritikan yang keterlaluan.

"Sebenarnya peminat tidak memahami kerjaya seorang penyanyi atau pelakon yang perlu menjaga imej dalam berpakaian.

Bicaranya sebelum menamatkan perbualan: "Memang pada mulanya saya terkejut dengan kritikan peminat mengenai penampilan saya. Saya ingat, selepas berhijab perjalanan hidup saya akan lebih lancar tetapi ia tidak seperti yang difikirkannya."

Shila ambil teguran

Sebelum ini pelantun lagu Patah Seribu, Shila Amzah pernah memuat naik gambar badannya dari paras dada sehingga ke perut dengan mengenakan pakaian sukan yang ketat di laman sosial Instagramnya @shahilaamzah.

Akibat daripada perbuatannya itu, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, dikritik hebat oleh peminat-peminatnya yang meminta dia memadam gambar tersebut dan turut mengatakan perbuatannya itu tidak sesuai dengan statusnya sebagai selebriti yang sudah berhijab.

YATT HAMZAH mengakui gemar memakai bulu mata palsu sebelum dan ketika baru-baru mengenakan hijab.


Terima segala kritikan peminat, Shila kemudiannya memadamkan gambar tersebut namun dia tetap ditegur peminatnya yang tidak menyukai caranya berpakaian yang dikatakan sering mengikut badan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, ujar Shila, dia mengambil segala teguran peminat secara positif.

"Mereka (peminat) menegur kerana mahu tengok saya berubah menjadi lebih baik. Saya terima tetapi apa yang penting saya sudah mengambil keputusan untuk berhijab," ujarnya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh syarikat milik pelakon dan pengacara, Zizan Razak di Subang Jaya, Selangor.

Bicara Shila lanjut, sebagai selebriti sepertinya, imej dalam berpakaian sangat penting.

Katanya, dia harus mengikut fesyen dan usia dalam berpakaian kerana masa mula-mula berhijab dahulu dia juga pernah dikutuk peminat gara-gara mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan usianya.

"Dahulu badan saya agak gempal. Selepas ambil keputusan pakai tudung, saya tidak tahu memakai baju yang sesuai dan ramai yang tegur mengatakan penampilan saya seperti orang tua.

"Selepas itu, saya ambil keputusan untuk kuruskan badan dan mengenakan pakaian mengikut fesyen dan imej saya sebagai seorang penyanyi.

Bagaimanapun, saya masih menutup aurat dan tidak memakai pakaian yang keterlaluan sebagai seorang Muslimah," jelasnya yang akan berubah ke arah yang lebih baik secara berperingkat-peringkat.

Shila Amzah memberitahu, imej berpakaian sangat penting sebagai artis.


Yatt akui banyak kekurangan

Sementara itu, menurut pelakon Haryati Hamzah atau Yatt Hamzah, 33, pada mulanya dia juga seperti selebriti lain yang hanya mengenakan hijab tetapi masih berpenampilan menarik.

Begitupun, selepas melibatkan diri dalam Usrah Fitrah yang turut disertai selebriti seperti Diana Amir, Heliza Helmi dan Irme Hasmie, Yatt seterusnya mendapat hidayah Allah untuk berhijrah sepenuhnya.

"Saya dahulu juga berubah secara berperingkat-peringkat. Pakai baju yang tidak labuh dan tidak betul-betul mengikut syariat. Bukannya drastik seperti sekarang. Memang dahulu saya zahir sahaja Islam tetapi tidak pada batin. Selepas dapat hidayah daripada Allah saya mula berhijab dan sedikit demi sedikit mula memakai pakaian yang labuh," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.

Yatt turut mendedahkan, dia sangat suka memakai bulu mata sehingga selepas berhijab tabiatnya itu sukar untuk dikikiskan.

"Saya ratu bulu mata. Sehinggakan pergi pasar raya pun pakai bulu mata. Ramai ustaz dan ustazah cakap tidak boleh tetapi susah hendak kikis tabiat tersebut namun, Alhamdulillah kini saya tidak lagi memakai bulu mata dan memakai solekan tebal kecuali jika ada sesi fotografi," ulasnya.

Jelas Yatt, biarpun sudah berubah dia sentiasa berasakan banyak lagi kekurangan yang terdapat pada dirinya dan sentiasa belajar untuk menjadi Muslimin yang lebih baik.

Selebriti Indonesia berhijab sementara

Posted:

Selebriti Indonesia berhijab sementara

Selebriti Indonesia berhijab sementara

RAMAI yang terkejut apabila Dewi Persik tidak ketinggalan mengenakan hijab.


JIKA di Malaysia, ramai yang mengkritik penampilan selebriti- selebriti yang berhijab kerana menyarung pakaian ketat dan mengikut badan. Namun, lain pula di Indonesia apabila beberapa selebriti seksi mengambil keputusan untuk berhijab.

Bagaimanapun, hijab mereka cuma seketika iaitu pada bulan Ramadan, selepas mengerjakan umrah atau haji atau ketika membawakan watak berhijab.

Rossa

Penyanyi Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35, antara selebriti yang dikritik hebat oleh peminat- peminatnya kerana membuka hijab.

Pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu hanya mengenakan hijab selama dua bulan selepas menunaikan haji pada 12 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, Rossa mempunyai jawapan pada tindakannya membuka hijab itu.

Ujarnya, dia hanya berniat untuk berhijab selama 40 hari dan kemudiannya melanjutkan niatnya itu sehingga dua bulan.

"Saya faham ramai yang tidak senang melihat saya masih tidak berhijab walau- pun sudah bergelar hajah.

"Ramai yang mengkritik tetapi saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya tahu kritikan tersebut untuk kebaikan saya juga.

"Begitupun, keputusan itu harus datang daripada saya sendiri. Sampai masanya saya juga akan berhijab. Buat masa ini saya mula meninggalkan pakaian-pakaian seksi," ujarnya kepada Kapanlagi.com.

Julia Perez

Sebanyak 20 filem lakonan Julia Perez atau Jupe menonjolkan sosok tubuhnya. Begitupun, Jupe kemudiannya memuat naik gambarnya mengenakan hijab di laman sosial Twitter.

Ramai peminat yang memuji perubahan bintang seksi itu. Bagaimanapun, Jupe hanya mengenakan hijab pada bulan Ramadan sahaja atau ketika membawakan peranan berhijab dalam sesebuah filem.

ROSSA kelihatan manis ketika dalam tempoh mengenakan hijab.


Dewi Persik

Pelakon Dewi Persik juga seperti Jupe apabila mengenakan hijab sekali dalam setahun iaitu semasa bulan Ramadan. Ketika mula-mula Dewi mengenakan hijab, ramai yang terkejut dengan perubahan pelakon yang penuh dengan kontroversi itu.

Cinta Penelope

Selama ini, penyanyi Cinta Penelope begitu terkenal dengan penampilan seksi. Bagaimanapun, selepas berkahwin dengan vokalis kumpulan Debu, Mustafa, Cinta berubah secara drastik. Dia tidak lagi memakai pakaian seksi, malah ketika bulan Ramadan, Cinta sering kali dilihat mengenakan hijab lengkap demi menghormati bulan mulia itu.

Trio Macan

Kumpulan Trio Macan yang dianggotai oleh Ifa, Lia dan Dian tidak akan beraksi seksi di pentas nyanyian semasa bulan Ramadan. Ini kerana menjelang Ramadan, ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk menyarung hijab. Perubahan penampilan Trio Macan itu akhirnya membuahkan hasil apabila mereka terpilih menjadi salah seorang penyampai anugerah AMI Award 2012.

Donita

Bekas kekasih kepada pelakon terkenal, Randy Pangalila iaitu Donita juga memakai hijab ketika membawa peranan ustazah dalam sinetron Kami Bukan Malaikat. Malah, selama proses penggambaran tersebut Donita tidak membuka hijabnya. Bagaimanapun, selesai sahaja penggambaran, Donita menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa menyarung hijab.

Nuri Maulida

Terkenal menerusi filem Me vs High Heels, Nuri Maulida mengambil keputusan untuk memakai hijab selepas mengerjakan umrah.

Anjing gembala kambing

Posted:

Anjing gembala kambing

Anjing gembala kambing


JOUBERT begitu yakin Bonzo merupakan penyelesaian terbaik masalah ladang ternakannya.


MENYUSURI kawasan tanah ladang yang kering kontang di Gababis, Namibia, seekor anjing gembala Anatolia, Bonzo mempunyai satu fokus iaitu melindungi sekumpulan kambing daripada pemangsa.

Anjing jantan itu melalui seluruh kawasan, menghidu udara sekeliling dan berlagak seperti pengawal peribadi yang bersedia menangkis sebarang ancaman terhadap kambing-kambing bawah jagaannya yang dianggap keluarga.

"Ini bukan haiwan peliharaan, anjing ini tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan," kata pemilik Bonzo dan ladang, Retha Joubert bersungguh-sungguh.

Bonzo datang daripada baka anjing menjaga ternakan yang digunakan selama beribu-ribu tahun lampau di tengah Turki. Ia bukan setakat menyelamatkan kambing dan biri-biri, tetapi membantu menyelesai masalah penurunan bilangan harimau cheetah dengan mengurangkan konflik antara peladang dan pemangsa.

"Anjing-anjing melindungi kawanan kambing dengan cara yang menyebabkan petani tidak perlu membunuh haiwan-haiwan pemangsa.

"Ia merupakan kaedah pengawalan haiwan perosak tidak berbahaya, malah bersifat mesra alam, menggembirakan dan satu penyelesaian sama menang," kata wakil Tabung Konservasi Cheetah (CCF), Laurie Marker. CCF membiakkan anjing-anjing baka itu berdekatan utara bandar Otjiwarongo.

Anjing-anjing diletakkan bersama-sama kawanan kambing ketika berusia beberapa minggu bagi mewujudkan ikatan dengan haiwan ternakan tersebut. Kedua-dua jenis haiwan itu kekal hidup bersama, si anjing setia untuk keluar bersama-sama setiap hari bagi menghalang pemburu dan turut sama tidur dengan kambing pada waktu malam.

Biak anjing

Pusat milik Marker mula membiakkan anjing-anjing untuk ternakan itu bagi mempromosi peladangan mesra cheetah selepas hampir 10,000 ekor kucing besar itu dibunuh atau dihalau keluar ladang sekitar tahun 1980-an.

Dalam setahun sebanyak 1,000 ekor cheetah dibunuh oleh para penternak yang melihat haiwan itu sebagai pembunuh ternakan.

Namun, penggunaan anjing telah mengurangkan kerugian kambing dan biri-biri sekali gus kurang tindakan balas terhadap cheetah.

"Kami melihat antara 80 hingga 100 peratus penyusutan kerugian haiwan ternakan akibat pemangsa apabila penternak mempunyai anjing," kata Marker.

Sejak 19 tahun kebelakangan ini, lebih kurang 450 anjing telah pun berada di ladang-ladang dan lebih 3,000 orang penternak dilatih.

Kini, terdapat senarai menunggu selama dua tahun untuk anjing-anjing sama ada anjing gembala baka Anatolia atau Kangal. Malah program tersebut dikembangkan ke negara-negara lain yang turut mempunyai masalah sama.


MARKER dan anjing gembala Anatolian ketika berada di pusat CCF.


Bagi Joubert, berjaga sehingga dinihari kerana risaukan kambing dan biri-biri tidak pulang ke kandang sudah menjadi kisah silam.

Ladangnya berdekatan Gobabis, di timur ibu negara Windhoek, telah kehilangan 60 ekor ternakan pada tahun 2008.

Namun, kehadiran Bonzo lima tahun lalu telah mengurangkan kehilangan ternakan sehingga seekor haiwan setahun.

Joubert sekarang sedang melatih anjing Kangal berusia empat bulan, !Nussie. Namanya bermula dengan tanda seru (!) yang merupakan tipikal bagi nama-nama orang Namibia.

!Nussie juga bakal mengikut jejak Bonzo kelak.

Anak anjing yang dipenuhi bulu-bulu pendek itu belajar menjadi pengawal dengan keluar bersama-sama kambing setiap hari sambil dikawal manusia dan tidur dengan haiwan ternakan itu pada waktu malam.

Anjing betina itu mendapat masa selama setengah jam pada waktu petang untuk bermain.

"Ia mesti kaitkan dirinya dengan kambing, ia mesti menjadi kambing dan berasa sebahagian daripada kumpulan itu. Itu merupakan perkara penting saya fikir untuk memastikan anjing-anjing ini dapat melindungi haiwan ternakan," ujar Joubert yang tampak amat berbangga dengan anjingnya.

Kehadiran anjing dan salakan yang menakutkan selalunya sudah cukup untuk menghalang pemangsa yang akan memilih untuk menyerang kawanan kambing tanpa penjaga.

"Anjing akan menyerang jika 'pemburu' tidak berundur. Jikalau pemangsa datang, anjing akan melawan balik dan bertahan sehingga ke akhir," kata Marker.

Pembunuh

Perbalahan antara anjing dan cheetah sangat jarang berlaku, kebanyakan yang menyerang ternakan selalunya dalam keadaan terdesak seperti sedang mengalami kecederaan.

Ironiknya, biarpun cheetah dilihat sebagai pembunuh haiwan ternakan, analisis terhadap penurunan itu menunjukkan hanya lima peratus yang menyerang ladang binatang.

"Kadangkala ia menyerang ternakan, tetapi persepsi bahawa membunuh binatang ternakan sebagai makanan ruji cheetah adalah amat salah," kata pakar konflik manusia dengan haiwan liar, Yayasan Alam Semula Jadi Namibia, Gail Potgieter.

Bilangan cheetah mencecah angka paling rendah pada tahun 1986 iaitu sebanyak 2,500 ekor, tetapi populasi sekarang berpotensi meningkat hampir 4,000 ekor sekali gus menjadi populasi cheetah liar tertinggi di dunia.

Cheetah masih lagi berhadapan ancaman dari ladang yang diserang oleh haiwan itu dan masih lagi belum mempunyai anjing kawalan.

Sungguhpun begitu, bagi penternak kecil, anjing-anjing telah membuktikan ia berbaloi.

"Bagi jenis perladangan haiwan ternakan yang dijalankan di Namibia, ia merupakan penyelesaian paling baik yang ada," kata Potgieter yang pernah menguruskan program anjing CCF. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Bertemu tokoh ternama dunia

Posted:

Bertemu tokoh ternama dunia

Bertemu tokoh ternama dunia

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

MELIHAT iklan-iklan di dada akhbar dan internet mengenai pembukaan muzium patung lilin di i-City, Shah Alam, Ogos lalu ternyata mengimbau kenangan Radziah Abdullah, 44, ketika bercuti bersama keluarga di Universal Studios, Resort World Sentosa, Singapura tahun lalu.

Apa yang tersimpan dalam memorinya ketika kunjungannya itu ialah rupa paras dan bentuk fizikal ukiran patung-patung lilin tokoh, selebriti dan ahli sukan ternama dunia yang dipamerkan itu sama seperti yang ditontonnya menerusi kaca televisyen dan internet.

Sehubungan itu, pembukaan Red Carpet iaitu sebuah muzium yang menempatkan patung-patung lilin interaktif di i-City, Shah Alam pada pertengahan Ogos lalu amat ditunggu-tunggu oleh ibu kepada empat cahaya mata itu.

"Anak lelaki saya ingin melihat patung lilin legenda seni bela diri dan pelakon aksi Hong Kong, Bruce Lee. Ia merupakan matlamat asal saya dan keluarga datang ke sini. Dia (anak lelaki) juga terpegun melihat tekstur lilin rupa paras pelakon itu kerana ukirannya amat terperinci.

"Kami berpeluang menyentuh dan mengambil gambar bersama patung-patung lilin yang dipamerkan tanpa halangan daripada pihak pengurusan. Sebagai pengunjung, saya juga bertanggungjawab untuk mengawasi anak-anak agar tidak merosakkan patung-patung yang dipamerkan itu," ujar guru yang bertugas di sebuah sekolah di Shah Alam itu.

DUA orang pelawat terpegun melihat patung Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pada Hari Merdeka 1957.


Suasana eksklusif

I-City telah dimajukan oleh I-Berhad di kawasan seluas 29 hektar di Seksyen 7, Shah Alam. Antara daya tarikan pelancongan di i-City ialah Bandar Lampu Digital yang mempunyai kira-kira 1 juta lampu diod pemancar cahaya (LED), Snowalk, WaterWorld dan FunWorld .

Kini, Red Carpet merupakan produk pelancongan baharu milik i-City di dalam kategori FunWorld selain daripada Muzium Seni Silap Mata.

Red Carpet menempatkan kira-kira 100 patung lilin tokoh-tokoh, pemimpin, selebriti dan ahli sukan terkenal dari dalam dan luar negara dan ia merupakan muzium lilin yang pertama di Malaysia.

Dengan tema berkonsepkan Anugerah Oscar, bangunan tiga tingkat di dalam kawasan seluas 2.7 meter persegi itu menampilkan suasana eksklusif untuk pengunjung berjalan di atas karpet merah sambil melihat patung-patung lilin yang dipamerkan.

Radziah juga berpendapat, muzium tersebut memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia melihat patung-patung lilin seperti di Universal Studios, Singapura dan Disneyland, Hong Kong tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk ke luar negara.

"Ia merupakan satu strategi yang baik untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara ke i-City. Bagi saya yang tinggal di sekitar Shah Alam, lokasi muzium ini tidak menjadi halangan untuk kembali berkunjung ke sini pada bila-bila masa," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, patung lilin Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri Pertama Malaysia turut menarik minat generasi muda untuk lebih mengetahui ciri-ciri fizikal bapa kemerdekaan itu walaupun tidak sempat menatap wajahnya ketika beliau mentadbir negara.

Red Carpet merupakan salah satu produk pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014). Sejak mula dibuka kepada umum pada bulan Ogos lalu, muzium tersebut berpotensi menambah bilangan pengunjung sebanyak 30,000 sebulan ke i-City.


KEHADIRAN patung lilin Presiden AS, Barrack Obama di muzium itu mencuri tumpuan pengunjung.


Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Red Carpet merupakan salah satu produk pelancongan terbaharu yang telah diperkenalkan oleh kerajaan di Selangor bersempena dengan TMM 2014.

"Kewujudan muzium ini juga akan menarik pelancong berkunjung ke ibu negeri Selangor dan menerokai produk pelancongan yang terdapat di sini terutamanya di i-City. Kerajaan akan memberi komitmen dan kerjasama dalam mempromosikan muzium lilin ini.

"Saya sendiri amat kagum dengan rekaan patung-patung lilin yang dipamerkan di muzium ini. Ia merupakan satu idea bernas dan salah satu produk pelancongan terbaik yang ada di Malaysia," ujarnya pada satu sidang akhbar selepas merasmikan muzium tersebut Ogos lalu.

Konsep muzium

Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates, aktres legenda Amerika Syarikat (AS), Marilyn Monroe, saintis terkemuka, Albert Einstein dan pemain badminton nombor satu di dunia, Datuk Lee Chong Wei merupakan karakter patung lilin yang dipamerkan di muzium itu.

Sebanyak 100 patung lilin itu mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan di sebuah kilang di China. Pengarah Reka Bentuk Kreatif dari AS, Bernardo Munoz merupakan individu penting yang merancang konsep muzium tersebut.

Idea dan pengalaman Munoz yang pernah bekerjasama dengan produksi filem animasi studio Pixar, The Walt Disney dan Universal Studio ternyata memberi nilai eksklusif dalam segenap perincian bangunan dan patung-patung lilin yang dipamerkan.

Kafe Bellagio yang menjual aneka kek cawan dan air minuman menjadi tumpuan para pengunjung berehat sambil ditemani oleh beberapa patung lilin yang duduk di kerusi kafe tersebut. Antaranya, pelakon legenda British yang terkenal sekitar tahun 1950-an, Audrey Hepburn.

Pengurus Perkhidmatan Korporat i-City, Tang Soke Cheng memberitahu, menerusi setiap patung lilin yang dipamerkan, pengunjung dapat merasai suasana sebenar ketika berada di majlis rasmi yang membabitkan tokoh-tokoh patung lilin itu.

Sebagai contoh, postur badan patung lilin tokoh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan pakaian yang dipakainya ketika melaungkan perkataan keramat, Merdeka di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957 digambarkan dengan jelas untuk tatapan para pengunjung.

Selain itu, momen perkahwinan pewaris takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton dapat dilihat dan difahami dengan jelas walaupun tiada papan maklumat yang disediakan oleh pihak i-City.

"Pihak kami juga menyediakan kostum dan pakaian yang sesuai dengan karakter patung lilin untuk dipakai oleh pengunjung bagi sesi fotografi.

"Ia merupakan satu idea baharu untuk pengunjung lebih merasai detik dan suasana ketika bersama dengan idola mereka," ujarnya yang turut memberitahu muzium tersebut mengambil masa selama setahun bermula daripada perancangan sehingga dibuka kepada pengunjung.

Menurutnya, Red Carpet menjadi destinasi pilihan untuk pengunjung yang rata-rata terdiri daripada keluarga untuk merasai pengalaman baharu ketika berkunjung ke i-City.


KAFE Bellagio menghidangkan aneka kek dan minuman untuk para pengunjung di Red Carpet.


"Pihak pengurusan juga dalam perancangan untuk menambah bilangan patung-patung lilin dari semasa ke semasa. Setakat ini, sambutan pengunjung amat menggalakkan. Mereka juga menghargai patung-patung lilin itu yang kebanyakannya masih elok tanpa sebarang cacat cela," ujarnya.

Selain itu, pihak pengurusan juga merancang untuk menambah karakter patung-patung lilin dari semasa ke semasa dalam usaha untuk menarik pengunjung sempena TMM 2014 pada tahun hadapan.

Seorang selebriti kanak-kanak yang popular menerusi rancangan realiti televisyen Idola Kecil 3, Abdul Hadi Abdul Mazlan, 14, memberitahu, kunjungannya ke Red Carpet memberi peluang kepadanya untuk melihat idola yang dipuja seluruh dunia secara lebih dekat walaupun hanya menerusi ukiran patung lilin.

"Sememangnya mustahil untuk saya berjumpa dengan Presiden AS, Barrack Obama. Tetapi saya dapat mengambil gambar bersama patung lilinnya di sini. Saya juga tertarik dengan patung warga Angola, Francisco Domingo Joaquim yang mempunyai keluasan mulut terbesar di dunia. Patung lilin dengan setin minuman Coca-Cola di dalam mulutnya itu ternyata amat melucukan," ujarnya ketika ditemui selepas tamat sesi penggambaran rancangan televisyen di Red Carpet baru-baru ini.

Keasyikan Masjid al-Aqsa

Posted:

Keasyikan Masjid al-Aqsa

Keasyikan Masjid al-Aqsa


PEMANDANGAN Masjid Al-Aqsa.


SEWAKTU seorang rakan baik saya mencuba beberapa kali mengajak untuk menunaikan umrah bersama-sama, terasa seperti ada batu memberat di dada yang membuatkan saya menolak pelawaannya.

Sejak dulu lagi saya lebih gemar melancong ke destinasi yang terdapat dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia seperti Taj Mahal di India, Statue of Liberty (Amerika Syarikat), Piramid (Mesir), Menara Condong Pisa (Itali), Tembok Besar China dan Petra (Jordan).

Namun, saya berubah fikiran selepas rakan baik saya iaitu penulis lirik dan wartawan hiburan terkenal, Mama Juwie memujuk saya menunaikan umrah sambil melawat Masjid al-Aqsa di Palestin. Saya tertarik kerana beliau mengatakan pengalamannya ke sana sungguh berbeza.

Hati saya kuat menerima ajakan Mama Juwie kerana telah bermimpi tentang arwah ibu sedang menunaikan umrah di Masjidilharam beberapa hari sebelumnya. Malah kakak saya juga secara kebetulan mempelawa saya untuk ke sana.

Saya membuat keputusan untuk mengikuti pakej umrah yang merangkumi lawatan ke Baitulmuqaddis, Amman, Madinah dan Mekah selama 15 hari 12 malam yang dianjurkan oleh Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd.

Semakin hari, saya semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki di bumi penuh keberkatan itu. Setelah mengikuti taklimat khas mengenai Baitulmuqaddis yang diadakan pihak penganjur, saya bertolak bersama ahli rombongan ke sana pada 6 Mei hingga 20 Mei lalu.

Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Queen Alia di Amman, Jordan menggunakan pesawat Royal Jordanian.

SALAH sebuah masjid yang telah dijadikan gereja di Jerusalem.


Penerbangan yang memakan masa tujuh jam itu bermula pada pukul 10.10 malam dan tiba pada pukul 5.15 pagi keesokan harinya. Kemudian, kami terpaksa menaiki pesawat lain untuk ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel.

Penerbangan tersebut cuma memakan masa selama 45 minit tetapi masa yang panjang terpaksa dilalui ketika menjalani pemeriksaan imigresen iaitu kira-kira empat hingga lima jam.

Saya terpaksa bersikap bermuka-muka dengan pegawai di sana agar tidak mengecop pasport antarabangsa saya. Jika tidak, saya tidak akan dibenarkan masuk ke Madinah dan akan dihantar pulang terus ke Malaysia.

Pemeriksaan yang ketat membuatkan kami tidak berani bercakap dengan kuat dan hanya mampu tersenyum serta menurut sahaja arahan yang ditetapkan oleh pihak imigresen.

Semua jemaah yang berjanggut terutamanya yang beragama Islam akan disiasat dengan teliti kerana pihak berkuasa Israel beranggapan mereka berpotensi mengancam keselamatan negara Yahudi itu.

Setelah selesai melayan kerenah penguat kuasa tersebut, kami pun bergegas menaiki bas yang disediakan untuk menziarah makam Nabi Musa yang terletak tidak jauh dari Jerusalem. Selepas itu, kami mendaftar masuk di Hotel Holy Land yang terletak berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa.

Hati ini terusik tatkala kanak-kanak Palestin datang mendekati dan menawarkan bantuan untuk menunjukkan jalan ke Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga terpenting bagi umat Islam seluruh dunia.

Kami juga diingatkan agar tidak memberikan wang mahupun hadiah kepada rakyat Palestin di Israel kerana dikhuatiri ia dapat membantu ekonomi umat Islam di sana. Mata yang berkaca dan wajah yang hampa jelas terukir di wajah kanak-kanak berkenaan.

Hanya doa sahaja yang boleh saya panjatkan kepada saudara seagama yang ditindas di Palestin.

Keadaan kawasan di sekitar Masjid al-Aqsa kelihatan lengang kerana dikawal ketat tentera Israel. Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk saya menjejakkan kaki di hadapan masjid suci tersebut.


PENULIS (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama para jemaah dari Malaysia di hadapan Dome of The Rock atau Qubbat As-Sakhrah.


Sebaik berdiri betul-betul di hadapan Masjid al-Aqsa, kelopak mata bergenang dengan air mata dan lidah saya seolah-olah kelu tidak dapat meluahkan kata-kata. Sesungguhnya, keindahan binaan yang dilihat pada waktu itu terlalu cantik untuk digambarkan.

Sayangnya, masyarakat Islam di Palestin dinafikan peluang untuk menunaikan solat di masjid agung yang merupakan kiblat pertama umat Islam itu.

Hanya pelancong asing dibenarkan bersolat di sana kerana tentera Israel bimbang jika rakyat Palestin dibenarkan berbuat perkara yang sama, mereka mudah mendapatkan bantuan daripada pelancong.

Pengalaman berharga ini membuatkan saya benar-benar sebak kerana melihat sendiri penindasan yang dilakukan ke atas saudara seagama di bumi yang dirampas oleh bangsa Yahudi.

Banyak masjid yang dirampas daripada penduduk Palestin sebelum dijadikan pusat penginapan dan bar yang menjual arak.

Sebelum kembali ke Amman, saya dan jemaah lain dalam rombongan ziarah itu dibawa mengelilingi bandar Tel Aviv.

Bagaikan menginap di rumah sendiri

Posted:

Bagaikan menginap di rumah sendiri

Bagaikan menginap di rumah sendiri

Oleh ADLAN JAAFAR


RUANG lobi mengetengahkan gaya minimalis.


BAGI ahli-ahli perniagaan mahu pun pelancong yang ke Kuala Lumpur dan ingin menginap di satu pusat peranginan yang berbeza dari segi dekorasi atau lokasi, Hotel Vivatel (Vivatel) mungkin pilihan yang sesuai.

Terletak sejauh 7.4 kilometer dari Menara Berkembar Petronas, Vivatel merupakan hotel butik perniagaan bertaraf empat bintang dengan lokasi di pinggir pusat bandar dan mempunyai akses yang mudah.

Membuka pintu buat kali pertama kepada pengunjung pada 15 Disember 2012, ia menawarkan sebanyak 302 buah bilik.

Ruang lobi Vivatel menampakkan rekaan ringkas dengan penerapan ciri-ciri minimalis.

Namun, suasana bertukar sebaik memasuki ruang kafe yang berada di aras yang sama, Retro Cafe. Menggunakan tema yang sama dengan nama restoran tersebut, segala-galanya berkenaan dekorasi, warna dan reka bentuk perabot menepati cita rasa itu.

Menariknya, buat kali pertama bagi sebuah hotel di Malaysia, tema-tema unik lima elemen semula jadi iaitu air, api, kayu, tanah dan logam diserlahkan dalam rekaan hotel.


UNIT Duplex mempunyai gabungan dua tema berbeza mengikut aras bilik.


Setiap unsur menjadi tema bagi setiap tingkat iaitu tema Platinum di tingkat 12, tingkat 11 (logam), tingkat 10 (kayu), tingkat sembilan (air), tingkat lapan (api) dan tingkat tujuh (tanah).

Apabila melangkah masuk ke salah satu bilik di tingkat 11 contohnya, anda pasti terkesima dengan pemilihan dan perincian tema yang dibuat sehingga menghampiri elemen sebenar.

Di kamar mandi, permukaan marmar yang dipilih memberi kesan logam yang sudah mula mengalami proses pengaratan dengan campuran warna kuprum dan kelabu kehitaman.

Amat logik dan teliti, sudah pasti logam akan berkarat apabila terlalu lama terdedah pada percikan air.

Begitu juga di tingkat 10, warna coklat kayu melatari suasana bilik dengan penambahan perhiasan yang sesuai dengan tema seperti tumbuh-tumbuhan.

Setiap bilik yang dimasuki, menerbitkan perasaan unik dalam diri yang berkemungkinan datang daripada gabungan jenis bahan, warna dan teknik pencahayaan.

Bagi unit dupleks, menurut Eksekutif Kanan Vivatel, Samantha Lui, tema yang dipilih mempunyai campuran dua unsur berbeza.

Ia disebabkan unit itu berada pada dua aras berbeza yang dihubungkan dengan tangga. Sebagai contoh, dupleks di tingkat 11 dan 12 mempunyai tema gabungan antara unsur platinum serta logam.

"Kami mahukan setiap pengunjung yang hadir terutamanya tetamu berulang, mendapat pengalaman berbeza setiap kali menginap di sini," kata Pengarah Urusannya, Engamin Bong, 25.

Setiap bilik juga mempunyai cetakan kanvas dinding dan hiasan meja yang berlainan tetapi masih seiring dengan tema.


SETIAP perincian seperti lantai, warna, bahan dan barang perhiasan dipilih mengikut tema.


Pengunjung juga berpeluang membeli perhiasan yang terdapat pada bilik jika mereka berminat.

Fakta menarik mengenai bilik Grand Suite di tingkat 10, ia pernah menjadi kamar tidur pelakon Korea Selatan yang terkenal dengan drama bersiri Boys Over Flowers, Lee Min Ho, ketika dia dalam siri jelajah Asia.

Di ruang seminar dan mesyuarat pula, Vivatel menggunakan tema alam semula jadi dengan kertas dinding bercorak tumbuh-tumbuhan dalam sebuah hutan hujan tropika.

"Sesuai dengan suasana mesyuarat yang kerap kali tegang apabila ada isu berbangkit, warna dan tema ini diharap dapat mengurangkan tekanan yang ada," ujar Lui.

Segala-gala yang berkaitan dengan dekorasi, pemilihan perabot dan perhiasan diurus serta dipilih sendiri pemilik hotel itu.

Pemilihan barang-barang perhiasan, warna dan rekaan yang terperinci membuatkan pengalaman menginap di Vivatel begitu selesa, seakan-akan berada di rumah sendiri.

Namun demikian, sifat eksklusif hotel itu masih terasa.

Bagi memastikan pengunjung sentiasa mendapat kemudahan terbaik, tiga buah kios daftar masuk disediakan bagi tetamu hotel.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Polis Thai kalahkan PDRM dalam perlawanan ragbi

Posted:

Polis Thai kalahkan PDRM dalam perlawanan ragbi

Polis Thai kalahkan PDRM dalam perlawanan ragbi

PEMAIN ragbi PDRM bergambar bersama pasukan polis Thailand pada Kejohanan Ragbi Piala Rujirawangse Edisi ke-24 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang baru-baru ini.


TANGKAS. Ketangkasan pemain ragbi pasukan Polis Diraja Thailand (RTP) sukar dijinakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perlawanan ragbi Piala Rujirawangse Edisi ke-24 di padang Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang baru-baru ini.

PDRM mengakui kehebatan RTP yang sukar digugat menang dengan keputusan 37-10 dalam kategori Regular dan 21-7 bagi kategori Veteran yang disaksikan kira-kira 500 penyokong tuan rumah.

Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Suwat Chanitthihikul.

Perpustakaan Perak dapat 708 komputer riba

Posted:

Perpustakaan Perak dapat 708 komputer riba

Perpustakaan Perak dapat 708 komputer riba


SEBAHAGIAN penerima individu komputer riba 1Malaysia sumbangan SKMM Perak bersama komputer masing-masing di Ipoh, Perak baru-baru ini.


AGIH. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perak menyumbang 708 komputer riba 1Malaysia kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak di Dewan Bandaran, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Ketua Pejabat SKMM Perak, Mohd. Faizal Azizan berkata, pemberian komputer riba bernilai RM778,800 itu merupakan inisiatif bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan bandar.

Beliau berkata, kemudahan terbabit akan diagih-agihkan kepada individu dan 56 buah perpustakaan desa di seluruh negeri tersebut menerusi program Gerbang Ilmu.

"Ia antara strategi untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah Perak yang kini pada kadar 56.7 peratus," katanya.

Nelayan Kemaman cipta rekod konvoi bot fiber

Posted:

Nelayan Kemaman cipta rekod konvoi bot fiber

Nelayan Kemaman cipta rekod konvoi bot fiber


AHMAD SHABERY (tengah) dan Aziz (lima dari kanan) pada majlis penyerahan sijil MBOR kepada konvoi menggunakan bot fiber terbesar di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.


REKOD. Para nelayan di Kemaman mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berkonvoi menggunakan 265 bot fiber di bawah kapasiti 125 kuasa kuda sejauh 55 kilometer baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Aziz Hamdan, memberitahu, lebih 1,000 nelayan yang terbabit bukan sahaja mencipta rekod Malaysia, bahkan rekod dunia.

"Belum ada peserta konvoi menggunakan bot fiber di bawah kapasiti 125 kuasa kuda sejauh lebih 50 kilometer," katanya.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Konvoi sempena Hari Kemerdekaan ke-56 itu bermula dari tambatan bot Kuala Kertih sebelum berlabuh di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Kemaman.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Angkara pemandu kereta cilik

Posted:

Angkara pemandu kereta cilik

Angkara pemandu kereta cilik

MAYAT Mohd. Adam yang ditutup dengan kertas surat khabar selepas maut dirempuh kereta 'dipandu' abangnya di Taman Kerian, Parit Buntar semalam.


IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila jasadnya ditemui dalam keadaan terduduk secara melutut dihimpit ke dinding rumah teres manakala kedua-dua belah tangan memegang selipar di Taman Kerian, Parit Buntar di sini semalam.

Lebih menyedihkan apabila tragedi pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur.

Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang berada di belakang kereta untuk memakai selipar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Permohonan bedah siasat ditolak

Posted:

Permohonan bedah siasat ditolak

Permohonan bedah siasat ditolak

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


MOHD. DAMANHURI (dua dari kanan) berbincang dengan peguamnya di perkarangan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak semalam.


IPOH – Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan seorang peniaga, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat anaknya, Sherul Aizam yang mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur sebuah rumah di Taman Saz, Silibin pada 20 Julai lau.

Hakim Zainal Adzam Abd. Ghani memutuskan demikian selepas mendapati permohonan afidavit yang dihantar menerusi peguam, Mohd. Fitri Asmuni tersebut tidak berasas.

"Adakah keputusan bedah siasat kedua boleh memenuhi kehendak pemohon? Jika tidak, kenapa hendak diteruskan?

"Laporan perubatan (keputusan bedah siasat) pertama direkod dengan teliti kawasan-kawasan lebam. Punca kematian disahkan akibat postural asphyxia (sesak nafas akibat tersepit) dan kesan tiga jenis dadah yang terdapat dalam badan si mati.

"Lebam itu tidak menyebabkan kematian," jelas beliau ketika membacakan penghakiman di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pendidikan Islam pupuk toleransi

Posted:

Pendidikan Islam pupuk toleransi

Pendidikan Islam pupuk toleransi


MUHYIDDIN (tengah) semasa tiba di Pusat Pengajian Islam Oxford, Ditchley Park Country House di United Kingdom kelmarin.


OXFORD (United Kingdom) - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kurikulum pendidikan Islam Malaysia yang memfokuskan bidang akidah, muamalat dan akhlak berjaya memupuk umat Islam yang mampu bertoleransi dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Menurut beliau, pendidikan Islam yang betul merupakan faktor utama bagi melahirkan masyarakat Islam yang berasa tenang dalam dirinya dan dengan orang lain.

"Saya yakin satu daripada sebab-sebab utama kenapa umat Islam di Malaysia boleh hidup dengan aman di samping masyarakat yang berlainan agama ialah disebabkan cara pendidikan Islam yang mereka terima di sekolah-sekolah kita di mana prinsip kesederhanaan, toleransi agama dan menghormati orang lain yang ditanam dalam kurikulum rasmi agama kita," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bawa pulang 60 Vespa dalam tempoh 60 hari

Posted:

Bawa pulang 60 Vespa dalam tempoh 60 hari

Bawa pulang 60 Vespa dalam tempoh 60 hari

PRAVEEN (kanan) dan Lee menunjukkan Vespa LX150 bernilai RM8,800 yang ditawarkan dalam kempen 60 vespa dalam tempoh 60 hari anjuran DiGi baru-baru ini.


MENDEKATI dan menghargai pelanggan adalah antara objektif yang menjadi sasaran DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi).

Bagi merealisasikan objektif itu, pengguna perkhidmatan internet mudah alih prabayar DiGi kini berpeluang memenangi sebuah Vespa LX150 bernilai RM8,800 setiap hari melalui peraduan 60 buah Vespa dalam tempoh 60 hari bermula 2 September hingga 31 Oktober ini.

Sepanjang tempoh dua bulan itu, pelanggan yang mendaftar pakej internet mudah alih prabayar secara mingguan atau bulanan dapat menyertai pertandingan itu secara automatik.

"Pertandingan terbaharu ini merupakan salah satu usaha DiGi untuk mendekati dan menghargai pelanggan, di samping meningkatkan jumlah pengguna internet di Malaysia sejajar dengan moto kami Internet untuk semua," kata Ketua Perkhidmatan Internet Mudah Alih dan Data Maju DiGi, R. Praveen.

Turut hadir ialah Ketua Komunikasi dan Pemasaran DiGi, Amelia Lee.

Bercerita lanjut mengenai pertandingan itu, Praveen berkata, ia juga terbuka kepada pengguna pelan prabayar DiGi.

"Pelanggan hanya perlu mendail *116# untuk melanggan pelan internet mudah alih DiGi. Mereka boleh memilih pakej mingguan iaitu RM7 bagi 100 megabait yang menawarkan satu penyertaan secara automatik ke dalam sistem sehingga ke pakej bulanan bernilai RM68 bagi lima gigabait yang melayakkan mereka mendapat tujuh penyertaan.

"Lebih tinggi nilai pelan internet mudah alih yang dilanggan, lebih banyak peluang untuk menang," jelasnya.

Menurut beliau, pelanggan yang terpilih setiap hari akan dihubungi oleh pihak DiGi untuk menjawab beberapa soalan mudah sebelum berpeluang membawa pulang hadiah Vespa yang disediakan.

Tambah Praveen, upacara penyerahan hadiah kepada semua pemenang dijangka diadakan pada 9 November ini, nanti sebaik sahaja pertandingan itu berakhir.

"Semua keputusan kemenangan akan diumumkan melalui laman web rasmi, laman sosial Facebook dan Twitter DiGi," ujarnya.

Pengguna yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh layari www.digi.my/vespa. - AMMAR JAZLAN MAD LELA

Habib perkenal Koleksi Harimau Malaya

Posted:

Habib perkenal Koleksi Harimau Malaya

Habib perkenal Koleksi Harimau Malaya


AMRI menunjukkan pelbagai koleksi terbaharu batu permata rekaan Habib yang diinspirasikan daripada Harimau Malaya.


MENGHARGAI semangat berani dan kesungguhan rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada perkembangan pesat dan kemajuan negara sempena Hari Merdeka tahun ini, syarikat barang kemas tempatan, Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib) melancarkan koleksi istimewa yang diilhamkan daripada Harimau Malaya.

Harimau dijadikan inspirasi dalam koleksi khas kaum Adam ini kerana ia sering digambarkan sebagai haiwan yang berani dan tidak gentar terhadap sebarang cabaran.

Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Sadik Habib berkata, penghasilan koleksi Harimau Malaya ini adalah sebagai salah satu cara pihaknya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menjadi tonggak kepada perkembangan negara sehingga menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain.

"Kami percaya semangat harimau ini akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih tinggi pada masa hadapan," ujarnya ketika pada majlis pelancaran melancarkan koleksi itu baru-baru ini.

Turut hadir ialah Duta Koleksi Harimau Merdeka yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Amri Yahyah.

Batu permata mata harimau dijadikan sebagai permata utama yang disematkan dalam 20 rekaan menarik koleksi yang merangkumi butang Melayu serta variasi cincin lelaki ini.

Batu kumpulan kuarza yang berwarna coklat kemerah-merahan dengan garisan-garisan halus yang menyerupai mata harimau itu mempunyai kilauan licin yang menampakkan kemewahan dan kehalusan rekaannya.

Koleksi Harimau Malaya boleh didapati di semua cawangan Habib di seluruh negara dari harga permulaan RM600. - HAFIZ AHMAD

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Syria terima inisiatif Rusia selesai isu senjata kimia

Posted:

Syria terima inisiatif Rusia selesai isu senjata kimia

Syria terima inisiatif Rusia selesai isu senjata kimia

MENTERI Luar Syria, Walid Al-Moallem (kiri) berjalan bersama rakan sejawatannya dari Rusia, Sergey Lavrov selepas mengadakan sidang media
di Moscow, Rusia kelmarin.


MOSCOW - Syria menerima cadangan Rusia agar semua senjata kimianya diletakkan di bawah kawalan antarabangsa untuk tindakan berikutnya bagi mengelak serangan udara Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar Syria, Walid Al-Moallem menyatakan perkara itu semalam selepas beliau mengadakan pertemuan dengan speaker Parlimen Rusia di sini.

Kenyataan Walid hadir beberapa jam selepas Setia- usaha Negara AS, John Ker- ry mendesak negara Asia Barat itu menyerahkan semua senjata kimianya sebelum hujung minggu ini jika mahu mengelak daripada diserang.

Beberapa jam selepas kenyataan Kerry, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menyatakan Moscow menggesa Syria supaya akur dengan desakan AS tersebut.

Lavrov berkata, Rusia kini bekerjasama dengan Syria untuk menyediakan butiran mengenai pelan tinda- kan yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Menurut Lavrov, Rusia kemudian akan memuktamadkan pelan berkenaan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki- moon dan Pertubuhan Lara- ngan Senjata Kimia.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden AS, Barack Obama menyatakan kelmarin bahawa inisiatif Rusia itu berpotensi mencipta kejayaan, namun beliau masih curiga bahawa Syria akan mematuhi pelan tersebut.

AS mendakwa, rejim Presiden Bashar Al-Assad menggunakan senjata kimia untuk menentang rakyatnya sendiri sejak konflik berlanjutan lebih dua tahun.

Menurut AS, serangan di pinggir bandar Damsyik pada 21 Ogos lalu mengorbankan seramai 1,429 orang termasuk 426 kanak-kanak. - Agensi

Peminat One Direction ugut bunuh pemain bola sepak

Posted:

Peminat One Direction ugut bunuh pemain bola sepak

Peminat One Direction ugut bunuh pemain bola sepak


LOUIS TOMLINSON muntah di tepi padang selepas bangun daripada terjatuh.


LONDON - Pemain bola sepak, Gabriel Agbonlahor menerima ancaman bunuh daripada peminat One Direction selepas beraksi dengan salah seorang bintang kumpulan itu di perlawanan amal Stiliyan Petrov di sini.

Pemain kelab Aston Villa itu dikatakan melakukan terjahan ke atas Louis Tomlinson yang bermain untuk pasukan Doncaster. Terjahan itu menyebabkan Tomlinson terjatuh dalam perlawanan amal yang dipersetujuinya pada bulan lalu.

Menurut laporan akhbar Daily Mail, bintang One Direction tersebut kemudian muntah selepas bangun daripada terjatuh.

Salah seorang peminat setia kumpulan Britain itu menghantar mesej menerusi laman sosial Twitter dengan menulis "@gabby_10 Lelaki ini telah mencederakan lutut Tomlinson. Saya patut cederakan muka anda. Lebih baik kamu meminta maaf atau saya akan cari dan bunuh kamu."

Menurut pengurus, Martin O'Neill, Tomlinson berada dalam keadaan sakit ketika berada di dalam bilik persalinan.

Dalam pada itu, Agbonlahor berkata, dia akan meminta maaf.

"Saya akan meminta maaf kepada Tomlinson apabila kami berjumpa dengan semua orang selepas perlawanan.

"Saya tahu dia menikmati saat bermain dalam perlawanan ini. Ia adalah sesuatu yang hebat apabila dia sanggup meluangkan masa untuk berada di sini bersama-sama dengan pemain lain," tambahnya.

Bagaimanapun, beberapa peminat bola sepak turut memuji Agbonlahor yang telah bermain untuk pasukan England sebanyak tiga kali, menerusi laman sosial. - Agensi

Roda Ferris terbesar di dunia dibina di Las Vegas

Posted:

Roda Ferris terbesar di dunia dibina di Las Vegas

Roda Ferris terbesar di dunia dibina di Las Vegas


RODA Ferris terbesar di dunia kelihatan separuh siap terletak di tengah-tengah bandar Las Vegas di sini kelmarin.


LAS VEGAS, Amerika Syrikat - Sebuah roda Ferris terbesar di dunia akan mula dipasang di tempatnya di sini pada Isnin depan.

Menurut jurucakap syarikat Caesars Entertainment Corp. Christina Karas, projek raksasa setinggi 55 tingkat itu kini dapat dilihat dari seluruh bandar termasuk lapangan terbang.

"Roda Ferris Las Vegas ini akan mengambil masa 30 minit untuk melakukan satu pusingan.

"Harga tiket roda ini juga akan berbeza daripada roda Ferris di London. Harga tiketnya adalah AS$30 (RM98)," katanya.

Pada awal tahun depan, roda gergasi tersebut akan dilengkapi 1,500 lampu LED dan mula berpusing perlahan-lahan.

Roda itu bakal mempunyai ketinggian 30 meter lebih tinggi berbanding buaian gergasi London Eye yang dibuka pada tahun 2000, sembilan meter lebih tinggi daripada Bintang Nanchang di China yang dibuka pada tahun 2006 dan 2.7 meter lebih tinggi daripada Singapore Flyer yang dibuka pada 2008.

"Ia bakal menjadi sebuah ikon. Ia juga bakal menjadi satu lokasi kunjungan anda ke Las Vegas sama ada anda menaikinya atau tidak," kata Pengarah Projek, David Codiga. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Enam pekerja Myanmar cedera parah, tong gas meletup

Posted:

Enam pekerja Myanmar cedera parah, tong gas meletup

Enam pekerja Myanmar cedera parah, tong gas meletup

11/09/2013 9:31pm

MUAR - Enam pekerja warga Myanmar cedera parah apabila 15 daripada 300 tong gas di sebuah stor bangunan industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan Perindustrian Parit Bakar Darat, di sini meletup malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 malam itu, kesemua mangsa berusia 30-an dipercayai sedang melakukan kerja pemindahan gas memasak secara haram daripada tong 14 kilogram ke tong 50 kilogram di premis yang menempatkan 300 tong gas tersebut apabila ia tiba-tiba meletup.

Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ismail Mahmod berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 8.52 malam, 18 anggota berserta dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

"Apabila tiba, api telah marak dan mula merebak ke bangunan kedua dan pihak bomba terpaksa memadam kabakaran dengan menggunakan kaedah penyejukan bagi memastikan tong gas lain tidak meletup.

"Kita juga terpaksa menutup kawasan perindustrian tersebut untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini semasa operasi pemadaman dilakukan dan akhirnya api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 10.50 malam," katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama

Gangguan bekalan air di Gombak Utara esok

Posted:

Gangguan bekalan air di Gombak Utara esok

Gangguan bekalan air di Gombak Utara esok

11/09/2013 9:12pm

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Gombak Utara dekat sini mungkin mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah, esok berikutan kerja membaiki kebocoran paip Empangan Sungai Batu.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini akibat kerja-kerja itu, Loji Rawatan Air Sungai Batu yang mempunyai kapasiti pengeluaran semasa sebanyak 133 juta liter sehari, terpaksa dihentikan operasi selama lima jam.

Gangguan itu dijangka bermula dari 9 pagi hingga 9 pagi keesokannya di Selayang, Batu Caves dan Kepong.

Justeru, SPAN menasihatkan pengguna di kawasan berkenaan supaya berhemah menggunakan air dan menyimpan air secukupnya.

Pengguna yang memerlukan bekalan air bagi tujuan kecemasan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) Syarikat Bekalan Air Selangor di talian bebas tol 1-800-88-5252. - Bernama

IKIM anjur muzakarah pakar isu pluralisme pada 17 September

Posted:

IKIM anjur muzakarah pakar isu pluralisme pada 17 September

IKIM anjur muzakarah pakar isu pluralisme pada 17 September

11/09/2013 9:02pm

KUALA LUMPUR - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan muzakarah pakar bertajuk 'Pengalaman Hidup Beragama Masyarakat Majmuk di Malaysia: Muhibah atau Pluralisme Agama' di Dewan Besar institut itu, pada 17 September depan.

Menurut kenyataan IKIM di sini hari ini, ia antara lain bertujuan menjelaskan perbezaan di antara konsep muhibah dan pluralisme agama dalam kehidupan beragama masyarakat majmuk di negara ini.

"Ia juga bertujuan memahami realiti kehidupan beragama masyarakat majmuk di Malaysia dan cabaran yang dihadapi selain mengemukakan cadangan kepada usaha penerapan nilai muhibah dalam dasar dan program berkaitan penganut agama di negara ini," menurut kenyataan itu.

Empat kertas kerja akan dibentangkan dalam muzakarah itu termasuk oleh Pensyarah Kulliyyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Haslina Ibrahim dan Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Jaffary Awang.

Turut membentang kertas kerja ialah Pensyarah Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Tamadun (Casis), Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved